(I) Pandangan Seorang Muallaf Cina Muslim terhadap Melayu.

Merujuk kepada posting Loo Joo Yee gadis Cina yang memeluk Islam – TV Al Hijrah, saya merancang untuk menulis sesuatu tentang paparan yang menarik itu tetapi rasa blank fikiran ini. Mulanya tertarik dengan video itu, , tetapi di penghujungnya saya sebenarnya agak malu menonton tentang persepsi orang Melayu terhadap agamanya sendiri.

Alhamdulillah, ada jawabannya. Di sini saya kongsikan email seorang pengunjung blog, yang ketika menulis catatan ini, beliau baru sahaja memeluk Islam secara rasmi – seminggu sebelumnya. Tulisan sumbangan adik @LookingForTruth – username di blog ini, atau nama Islamnya Ahmad Mustaqim. Tulisan ini terdiri dari beberapa bahagian.

  1. Islam Hari Ini
  2. Hukum Hudud yang ditakuti kaum bukan Islam (serta Islam)
  3. Pandangan Serong Masyarakat Melayu Terhadap Perjuangan Abuya Imam Ashaari Muhammad @ al Fata at Tamimi
  4. Kekuatan sebenar Melayu adalah Islam
  5. Kehebatan bangsa Melayu terserlah dalam mengamalkan Islam
  6. Kesimpulan

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang menciptakan langit tanpa sokongan tiang, yang menjadikan bumi dengan kuasa graviti, yang menjadikan siang dan malam mengikut pengiraan Mu yang Maha Perancang dan Maha Bijaksana. Siapakah hambaMu ini kalau bukan kerana sifatMu yang Maha Mengetahui segala isi hati hambaNya. Kaulah yang Maha Mulia yang memuliakan hambaMu dan Kaulah yang Maha Adil yang menghinakan musuh-Mu. Segala-gala pujian bagiMu. Hambamu yang hina ini mengharapkan keberkatan menulis dariMu dan semoga ia bermanfaat kepada muallaf yang lain. Ampun maaf sekirannya terguris hati yang membaca.

Assalamualaikum kepada para pembaca, terlebih dahulu adik ingin memperkenalkan diri. Nama Islam adik adalah Ahmad Mustaqim dari keluarga Cina kacukan Baba Nyonya di Melaka. Disini adik ingin menulis pandangan adik sebagai seorang muallaf Muslim yang baru berusia seminggu terhadap Islam di Malaysia.

Islam Hari Ini
Adik di sini tertarik terhadap Islam bukan atas kehendak pernikahan, kewangan, pangkat, darjat tetapi kebenaran. Islam memperlihatkan kebenaran, merungkaikan permasalahan, menyediakan solusi kepada setiap permasalahan. Andai kata kita tulis setiap permasalahan yang setebal dan selebar kamus, Islam sahaja dapat merungkaikan segala simpulan mati itu. Memang dari peringkat remaja adik suka sahaja memikirkan permasalahan diri dan sekeliling. Tetapi setiap kali disoalkan, tidak ada hasil di penghujungnya. Hasilnya selalu tidak elok.

Waktu remaja dahulu memang tidak faham Islam, adik percaya Islam itu terrorist. Ya, selepas kejadian 11 September2001 yang dirancang Yahudi dan sekutunya, adik memang memusuhi Islam dalam diri. Rasa menyampah yang meluap-luap apabila lihat orang Islam. Mana tidaknya, kalau baca sahaja berita dalam sebulan itu mesti ada kes-kes buruk perlilaku ustaz, datuk, ayah dan abang seperti liwat, rogol dan sumbang mahram. Waktu jadi pengawas sekolah dahulu perasaan ini cukup benci sekali melihat akhlak anak-anak muda bangsa Melayu ini, buruk sekali akhlaknya, yang si lelaki suka terjerit-jerit, ketawa terbahak-bahak, memperli, mengusik, menggatal, dengan tidak kira guru atau rakan perempuan. Suka merokok, ponteng kelas, merempit, menconteng, membuli dan lain perkara yang adik malas nak memikirnya disini. Yang si gadis pun lebih kurang, ada di antara kawan sekelas adik, gadis Melayu ini, kalau datang ke kelas pakaian tudungnya melabuh lebih besar tutupannya berbanding akan sekelas kawan yang lain. Adik berbisik dalam hati, mesti baik gadis perempuan ini. Tetapi alangkah terkejutnya Ya Allah apabila kawan-kawan Melayu adik kata dia melakukan zina dengan teman lelakinya malah sempat merakamkan aksi mereka. Bertambah jauh hati dengan Islam, memang dah rasa menyampah ditambah lagi siraman cuka.

Sampai adik selalu memperli bangsa Melayu dangan kawan-kawan Cina yang lain. Kalau ada pembasmi atau vakum yang kuat kita sedutkan keluar sahaja parasit-parasit ini! Kata saya kepada mereka.

Mana tidaknya, sudahlah bangsa subsidi, senang sahaja mendapat bantuan kerajaan. Manakala bangsa Cina susah-payah cari makan dan kerajaan yang bias selalu menangkan orang-orangnya. Biar dapat berpuluh-puluh A dalam SPM pun belum tentu dapat JPA scholarship. Tetapi anak Melayu takda A tapi guna khidmat ‘orang dalam’ pasti dapat tempat. Kebanyakan kami anak-anak bangsa Cina sudah dididik bencikan bangsa Melayu sejak kami kecil lagi. Kalau nak kawan dengan anak Melayu, ibu adik selalu bantai dengan ranting pokok kecil sehingga adik tak berani nak berkawan dengan mereka. Kalau ke sekolah, ibu akan nasihat jangan kawan dengan budak Melayu. Didikan ibu adik sebenarnya amat memberi kesan yang mendalam ke peringkat remaja. Seperti dalam filem perisikan Hollywood, adik di-brainwash. Adik sebenarnya anti-Melayu jadi secara automatiknya anti-Islam kerana bagi adik Melayu=Islam.

Waktu inilah adik sangat-sangat menyanjungi para sarjana barat, cara hidup Barat, malah banyak buku-buku motivasi sekular barat ini adik baca dan amalkan. Semua harus mengamalkan dasar pandang ke Barat kerana segala-gala keperluan ada di sana. Fasiliti yang baik, bangunan yang canggih, pendidikan yang melahirkan individu yang bagus personalitinya dan bermacam kebaikan yang nampak sahaja baik. Pada waktu itu fahaman atheism dan –isme2 yang lain mudah diterima. Adik waktu itu belum kenal Abuya lagi.

Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang serta Maha Bijaksana dan Maha Perancang. Allah SWT mengaturkan hidup hati ini berkecelaruan, resah, adik mengalami sepertimana sarjana Barat hebohkan masalah personality, Inferiority Complex. Satu penyakit jiwa yang sukar diubati dan lebih perit dari penyakit fizikal.
Adik dari keluarga yang sederhana, rupa yang sederhana, kebijaksanaan yang sederhana, motivasi diri yang sederhana, keinginan dunia yang kuat menyebabkan adik selalu sahaja risau masa depan untuk bersaing dengan pemuda yang lain. Ombak dalam hati bergelora setiap hari, risau amat sangat. Sebab itu adik suka membaca, asyik sahaja ke Popular dan MPH bookstores untuk mencari buku motivasi.

Buku motivasi Islam pun adik ada selakkan, seperti Ust K (maaf lupa namanya) – (mungkin Fadhilah Kamsah?- Heliconia) yang cukup popular,adik percaya para pembaca kenal Ustaz cari makan ini yang selalu muncul di radio dan TV yang suka memberi ceramah motivasi disana-sini. Bagi adik pada waktu itu, cara Ustaz ini tidak sesuai dengan kehendak adik yang amat inginkan dunia, semenjak itu adik tidak lihat lagi buku-buku motivasi Islam. Walaupun adik telah memeluk Islam, masih tidak ingin membacanya dan sarankan kawan-kawan samaada yang muallaf atau mukallaf tidak perlu membazir waktu dan wang ringgit mengkayakan mereka. Ini adalah sebab-sebabnya:
1. Sebahagian buku motivasi yang mereka terbitkan tidak mengajak manusia mengejar cinta Allah SWT dan mengenali Rasullulah SAW dan mencintai sunnahnya, mereka mengguna pakai kandungan Al-Quran dan Hadis untuk tujuan keduniaan dan kepentingan diri. Ia amat mengelirukan untuk pengamalan samaada yang mencari dunia mahupun akhirat.
2. Tidak memberi rasa kehambaan kepada pembaca dan kurang mengharapkan bantuan Allah SWT. Mencampurkan fahaman sekular seperti fahaman individualism dalam mendidik pembaca. Sangat jauh sekali dengan cara didikan Rasullulah SAW.
3. Manakala buku-buku  yang memperkenalkan Islam pula amat mengelirukan dan sukar difahami cara penyampainya. Gemar membicarakan syariat Islam dan kesahihan hadith-hadith.

Ampun maaf atas pandangan adik ini.

Setelah begitu lama mencari-cari buku-buku yang sesuai untuk diamalkan dalam kehidupan , akhirnya atas takdir Allah SWT, adik berkenalan dengan seorang abang yang sudah lama mengikuti perkembangan Abuya semenjak tahun 90-an. Disebabkan sifat banyak bertanya dan ingin tahu mengenai Islam, beliau meminjamkan adik buku Abuya yang pertama adik baca “Inilah Pandanganku”. Pandangan Abuya mengenai umat Islam akhir zaman yang semakin hari semakin kacau-bilau kehidupan mereka. Abuya memberikan sebab-sebabnya berserta hadith Rasullulah SAW akan penyakit wahan yang melanda hati umatnya.
Pandangan beliau cukup ringkas dan mudah difahami kerana banyak memberi contoh yang praktikal. Umat Islam hari ini dipandang begitu hina sekali kerana mengamalkan Islam tanpa merasai kewujudan Allah SWT, tanpa cinta kepada Rasullulah SAW. Syariat lahir seperti sembahyang, zakat, haji, puasa, khatam Al-Quran semuannya dibuat tetapi akhlaknya masya-Allah. Sikap sombong, kedekut, dengki, hasad, dan berbagai mazmunah menguasai diri. Orang lain lihat pun menyampah, tidak mesra, jumpa orang tidak tahu senyum, tidak mahu belajar membetulkan diri. Akhlak paderi lebih cantik daripada para ulama.

(Tidak hairanlah kalau bangsa Cina di Malaysia lebih tertarik kepada Kristian dan ramai Muslim yang murtad!). Abuya kata lagi, kalau hendak beramalkan mesti ada modelnya tak boleh syok sendiri. Mesti ikut cara Rasullulah SAW. Ditambah dengan pemimpin yang bertaqwa dan guru yang mursyid sebagai pemimpin. Tetapi di akhir zaman ini, guru mursyid tinggal bilangan jari, haruslah cari mujaddid Allah yang dijanjikan setiap seratus tahun. Islam tidak dipebaharui tetapi diperhalusi dan diperkemasi lagi mengikut perkembangan zaman. Sebab itu ada para ulama hari ini masih lagi ketinggalan zaman, ikut cara lama ahli-ahli sufi di zaman salafusolleh. Hasilnya, dia sahaja yang selamat masyarakat sendiri terbiar, Islamnya tidak syumul, tidak membawa kemajuan. Itu bukanlah Islam yang dibawa Rasullulah SAW. Tidak salah mengikuti cara sufi, tetapi harus kita tahu, zaman salafusoleh, masyrakatnya masih baik-baik, masih cinta Allah dan Rasul, perkembangan ilmu Islam amat pesat begitu juga dengan teknologi lahir dan batinnya. Jadi tidak salah mereka hendak membawa diri jauh dari masyarakat kerana kewajipan fardu kifayah sudah dipenuhi.

Tetapi kalau kita lihat masyrakat Islam hari ini, kicap di dapur pun masih ciptaan orang kafir, pendidikan sekular yang membawa ke neraka, hiburan yang merosakkan fitrah. Jadi bolehkah kita menggunakan tafsiran para ulama besar zaman dahulu bulat-bulat tanpa pembaiki daripada orang pilihanNya? Jadi tidak salah kalau seorang mukmin cuba berusaha membuat kilang sos, sistem pendidikan Rasullulah SAW, dan perkampungan sendiri. Ada perkampungan maknanya ada perjuangan daripada Jemaah yang sehaluan, dari kampung kepada negeri kemudian kepada Negara kemudian ke rantau setempat dan barulah seluruh dunia.

Pandangan Abuya itu cukup bijak sekali, Islam tidak membawa kehinaan, tetapi bergantung kepada pengamalnya. Kalau sempurna pengamalnya dari segi batin dan rohani maka cantiklah akhlaknya dengan Allah dan manusia. Terbuka pintu adik sedikit kepada cahaya Islam. Seterusnya adik meneruskan pembacaan adik kepada persoalan hukum hudud yang ditulis Abuya juga.

About these ads

13 Comments on “(I) Pandangan Seorang Muallaf Cina Muslim terhadap Melayu.”

  1. heliconia says:

    Maaf tragedi 911 bukan berlaku pada tahun lalu. Nanti saya kena betulkan di PC bila online.

    Like this

  2. jahfar said mohamed says:

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Alhamdulillah.Bergoncang ARASHI ALLAH Azza Wajallah.Subhanallah.Perluaskan perjuangan anta dengan ahli2 jemaah ABUYA for morale & moral support.URUF zaman kalau dipimpin oleh KHALIFAH memang CANTIK.Itu sebab Nabi {SAW} suruh cari guru MURSHYID..Tapi kalau kita tengok pengamatan SUNNAH NYA & PERJUANGAN NYA,ABUYA lah yang TERUNGGUL.Pendek kata,THE CHOSEN ONE.Syukran,Selawat & Salam dari ana,jahfar sm.

    Like this

  3. Nurul Husna says:

    Sambungan lama lagi ke? Tak sabar nak baca lagi. :)

    Like this

  4. Muslim Realis says:

    Assalamualaikum…

    Hanya ingin berkongsi..Peristiwa Sept 11 2001 adalah angkara sebilangan umat Islam sendiri, itu harus kita acknowledge dan bukan menepis kebenaran hanya kerana sifat susah menerima kenyataan. Islam menegakkan kebenaran, dan adakalanya kebenaran itu tidak semestinya memihak kepada diri kita. Kita harus akui ada umat Islam yg masih ditakluki sifat negatif walaupun telah mendapat bimbingan agama yg secukupnya. Memang tidak semua Muslim itu terrorist, tetapi hampir semua terrorist itu adalah org Islam. Jangan lah begitu mudah kita menuding jari ke Yahudi dalam setiap perkara, harus kita bersikap objektif dan realistik dalam menegakkan kebenaran. Saya bukan memihak kepada Yahudi, tetapi saya hanya rasakan sudah tiba masanya kita menggalakkan umat Islam bertanggungjawab atas segala perbuatannya, bukan menyalahkan org lain. Itu satu tabiat yg amat buruk dan sudah tentu dimurkai Allah SWT.

    Like this

  5. heliconia says:

    waalaikumsalam.
    muslim realis,tks sudi tinggalkan komen.saya rasa sdra/sdri tidak mengikuti perkembangan terkini( actually bukanlah terkini) tentang 911. Orang2 Amerika sendiri ada yang percaya ia satu konspirasi. bukan omong kosong atau taksub, tapi dengan bukti. cuba lihat website yang sangat famous ini : http://www.reopen911.info/

    atau lihat filem ini : https://heliconia.wordpress.com/2011/09/11/filem-skrip-penuh-fahrenheit-911/

    —————————————————————

    Bukti2 yg dikemukakan group NGO = reopen 911,
    menunjukkan bahawa 911 adalah satu konspirasi,
    oleh kerajaan Amerika sendiri.

    ‘ Amerika akan diserang dari dalam”,
    satu kata2 yg diucapkan Ustaz Ashaari Muhammad
    pada awal 2001..”

    namun pihak siapakah yg berani dan mampu dari segi kewangan dan
    intelligen membuka siasatan semula?

    Hadiah lumayan USD 1 juta ditawarkan kepada sesiapa
    yg dapat memberi maklumat bahawa satu letupan bom berlaku di basement
    WTC beberapa saat sebelum pesawat melanggar WTC,
    seperti yg diyakini oleh seorang survivor 911, William Rodriguez.

    Re-open 911 = minta bantuan Dr. Mahathir
    Oleh HABIBAH OMAR

    PUTRAJAYA 12 Jun – Sebuah pertubuhan dari Amerika Syarikat (AS)
    meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membantu
    mereka mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap
    kempen membuka semula siasatan ke atas kejadian serangan
    11 September 2001.
    Pertubuhan dikenali sebagai ReOpen911 itu menyatakan perkara
    tersebut kepada Dr. Mahathir dalam pertemuan antara pengasas
    pertubuhan itu, Jimmy Walter, mangsa kejadian di World Trade
    Center (WTC), New York, William Rodriguez serta wartawan dan
    bekas tahanan perang Taliban, Yvonne Ridley dengan beliau di
    Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

    Bercakap pada sidang akhbar selepas pertemuan itu, Walter
    berkata, Dr. Mahathir menyatakan bahawa beliau akan
    menimbangkan permintaan tersebut.

    Menurut Walter, matlamat ReOpen911 (www.reopen911.org)
    ditubuhkan adalah bertujuan memberi kesedaran selain memperjelaskan
    mengenai konspirasi yang dilakukan Presiden AS, George W. Bush
    yang mengaitkan orang Islam dengan kejadian serangan berkenaan.

    Kata beliau, semua penipuan dan manipulasi yang dilakukan oleh
    Bush perlu dibongkarkan kerana ‘orang’ itu adalah seseorang yang berbahaya.

    ”Itulah orang (Bush) yang sama menyatakan bahawa Saddam Hussein
    mempunyai kaitan dengan 9/11, dia juga menyatakan Saddam Hussein
    memiliki senjata pemusnah dan mencipta propaganda bahawa Iran
    memiliki senjata nuklear menyebabkan lebih 65 peratus daripada rakyat AS
    mempercayai bahawa Iran adalah ancaman besar kepada mereka,” katanya.

    Walter berkata, dalam usaha menjayakan kempen ReOpen911,
    beliau telah menawarkan hadiah RM3.8 juta (AS$1 juta) kepada orang
    ramai yang berani menyatakan bahawa kejadian itu bukan satu konspirasi,
    namun malangnya jurutera dan arkitek yang bekerja dengan kerajaan AS
    tidak berani menyahut cabaran itu.

    Selain Malaysia, katanya, pertubuhan itu akan ke Jepun, Indonesia,
    Chile, Brazil, Afrika Selatan dan Los Angeles untuk memperjuangkan
    matlamat mendapatkan sokongan antarabangsa untuk kempen tersebut.

    Sementara itu, salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian
    berkenaan, Rodriguez ketika mengulas mengenai kempen membuka
    semula siasatan itu berkata biarpun selama ini beliau diangkat sebagai
    hero kerana berjaya menyelamatkan mangsa lain, namun ia tidak bererti
    apabila fakta sebenar dilindungi.

    Rodriguez berasal dari Puerto Rico dan bekerja di bahagian penyenggaraan
    WTC sejak 20 tahun lalu memberitahu, apa yang berlaku selama ini telah
    diputar belit oleh media utama AS malah kenyataannya mengenai kebenaran
    langsung tidak disiarkan.

    ”Saya berada di tempat kejadian dan saya tidak akan melupakan
    letupan pertama di bahagian bawah tanah WTC yang sangat kuat dan panas.
    Letupan itu berlaku dalam tempoh beberapa saat sebelum sebuah
    kapal terbang melanggar WTC.

    ”Namun kebenaran mengenai letupan di bahagian bawah tanah
    itu langsung tidak dibangkitkan malah fakta yang meragui mengenai
    kejadian itu tidak dihuraikan. Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena
    dalam kejadian itu kerana testimoni saya diambil dalam
    keadaan tertutup,” katanya.

    Dalam kejadian itu, Rodriguez telah menyelamatkan
    15 orang dan merupakan satu-satunya orang di bangunan
    berkenaan yang mempunyai kunci utama ke bahagian tangga
    North Tower WTC dan telah membantu pasukan bomba untuk
    menuju ke tangga serta membuka pintu ketika kejadian itu

    http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0613&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_08.htm&arc=hive

    Jimmy Walter, Rodriguez, Piper
    Meet With Mahathir Mohamad
    Group Seeks Dr Mahathir’s Assistance To Reopen 9-11 Investigation
    From Bernama
    The Malaysian National News Service
    6-12-6
    PUTRAJAYA (Bernama) — A group of concerned Americans and their sympathisers has sought the support of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in their effort to push for an international investigation into the Sept 11 2001 (9-11) tragedy.

    Representatives of the group, including a survivor of the attacks on the World Trade Centre (WTC) in New York, met Dr Mahathir here Monday with a claim that the official version of what transpired on that day was far from the truth.

    “We want him (Dr Mahathir who is chairman of Perdana Global Peace Organisation) to help us set up an international commission to reopen the investigation,” said Jimmy Walter who has brought together individuals under the Reopen 911 organisation dedicated to opening a real investigation into the tragic attacks.

    Joining him today were American Free Press journalist Michael Collins Piper, Yvonne Ridley who is the political editor of Islam Channel United Kingdom and William Rodriguez — the last man to run out of the WTC before it collapsed.

    They claimed to have evidence that the towers came down in a controlled demolition, and that a much bigger agenda lurked behind the war on terror, unleashed soon after with the attack on Afghanistan and Iraq by United States-led forces.

    Convinced that that was what really happened, the Reopen 911 organisation is offering US$1 million to anyone who can prove that explosives were not used in the catastrophe that killed thousands.

    Recounting his ordeal, Rodriguez, a janitor of Puerto Rico descent, said he heard a huge explosion occurring in the basement of the North Tower seconds before an aircraft struck the building.

    He single-handedly rescued 15 persons from the WTC, and as Rodriguez was the only person at the site with the master key to the North Tower stairwells, he led firefighters up the stairwell, unlocking doors as they ascended, thereby aiding in the successful evacuation of unknown hundreds of those who survived.

    “We have access to evidence and information… that we realise that the whole thing was a scheme. The government knew it was going to happen, they needed to shock the world so they can create an agenda and have an excuse to attack Iraq, Afghanistan and others,” said the man who was recognised as a national hero.

    Rodriguez said the so-called international war on terror meant that there would be a never-ending war that would benefit entities like weapon manufacturers.

    Journalist Piper said that everything in the US revolved around 9-11 with the survivors held up as heroes and Americans told that it was important to honour them as well as those who died.

    “But here is the problem — although they put his (Rodriguez’s) face on magazines, they will not tell you what he really has to say. What he told you today has never been reported by major US newspapers or newsmagazines,” he said.

    Piper said the fact was that in the US today there were “Jewish and Christian extremists” who used their combination of money and influence in Washington, taking command of the levers of power.

    “And we are saying we do not appreciate this, they do not represent us, nor do they represent most Americans of all races,” he said.

    Piper said it was important for Malaysia and Muslims all over the world to realise that the agenda of the detractors of Islam was much bigger than events in West Asia.

    “Islam is considered to be a major pillar of opposition to the establishment of a worldwide empire. The image they convey is that (former Iraqi leader) Saddam Hussein is an evil man, so we have to eliminate him.

    “Now they say we have to go after the Iranians because they are building nuclear weapons, ignoring of course the fact that it was Israel who started the arms race in West Asia,” he said.

    The team is also heading for countries like Chile, Venezuela, Japan, South Africa and the UK to canvass support for the reopening of 911 investigations.

    http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=202973

    Like this

  6. AhmadMustaqim says:

    Salam kak & @muslim realis, benar juga kata @muslim realis dalam hal ini.
    Tetapi kalau difikirkan secara logik dgn ilmu fizik sahaja sudah cukup membuktikan memang 9/11 itu dirancang musuh dalam memomokan Islam ajaran terrorist. Bukan hendak menuding jari sebarang, memang Abuya pernah menulis buku jangan salahkan musuh, sudah memang itu kerja musuh Islam.
    Tetapi disini kak heliconia dalam weblognya sentiasa memberi
    fahaman bagaimana musuh menjalankan kerjanya dalam meranapkan Islam & menjauhkan kafir zimmi daripada mengenali Islam sebenar.
    Setelah faham baru mudah membuka simpulan fitnah itu, baru mudah memberi fahaman kepada masyarakat yang terkeliru.

    Memang tidak mungkin bangunan yang dibina segagah WTC itu boleh runtuh dalam keadaan “free-fall” melainkan pusat graviti bangunan diletupkan terlebih dahulu. Bagaimana mungkin serpihan material bahagian atas WTC boleh menekan bahagian bawahnya hingga runtuh sedangkan berat bahagian atas yang dirempuh sentiasa kurang dari bahagian bawahnya. Ia telah pun tidak ikut rule akal hukum fizik yang Allah SWT sunnahkan.
    Kalau dislowkan video rempuhan itu by frame, lagilah pelik kerana rempuhan kapal terbang itu meletup kuat di bahagian depan. Sepatutnya meletup setelah beberapa saat rempuhan kerana minyak dari tangki memerlukan masa untuk mengalir keluar. Hasil daripada bikinan effect filem Hollywood yang banyak letupan, masyarakat terkeliru dengan campur-aduk kebenaran dan kebatilan. Masyrakat percaya setiap pelanggaran kenderaan berpetrol akan menghasilkan letupan.(Memang patutlah Abuya melatih ahli jemaah GISB tidak menonton wayang dan TV sekular.)

    Apa sahaja perancangan mereka, Allah SWT sebaik-baik perancang. Islam kini diambang kegemilangan zaman yang disabda Rasullulah SAW. Maka secara automatik Barat diambang kemusnahan.

    Syukran, mzb.

    Like this

  7. jahfar said mohamed says:

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Ribuan Syukran kepada Puan Heliconia & Puan Habibah Omar for the contributions {where was ana when all these took place???}.Ada satu buku yang diterbitkan dinegara Perancis which was regarded as the “FIRST ARTICLE” by those who have read it { removed from the shelves di negeri seberang tambak }.Anyway,pada pendapat ana yang tak seberapa ini,apa yang Muslim Reall mengulas boleh lah di terima secara UMUM tapi TERTOLAK secara KHUSUS { Sept 11 } berdasarkan ilmiah dan …..Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Like this

  8. seyzun says:

    Assalam alaikum,

    Menarik artikel di atas dan akak harap orang Melayu patut terima pandangan adik ini sebagai kritikan membina supaya orang Melayu dapat memperbaiki akhlak. Akak tidak pernah pulak tau yang ada ibu bapa Cina tak bagi anak-anak mereka berkawan dengan orang Melayu kerana di sekolah akak dulu tak perasan pulak hal ni sebab mungkin masih mentah.

    Kawan baik akak masa darjah 6 ialah seorang murid perempuan India dan bila di bertukar sekolah kami mengutus surat sehingga setahun. Bila masuk Tingkatan 1, ada seorang murid perempuan Cina (kat sekolah akak semua perempuan), gemuk dan selalu berbau sampaikan tiada murid lain dan kaumnya sendiri pun tak ingin berkawan dengannya melainkan akak. Dia peminat cerita-cerita P.Ramlee. Fasih berbahasa Melayu,

    Bila akak di Tingkatan 2,akak dimasukkan ke kelas yang akak selalu dapat no 1 atau 2 sebab kelas ni adalah kira kelas yang hampir corot. Akak tak dapat masuk kelas-kelas yang lebih baik sebab ramai lagi murid yang lebih pandai dari akak. Dalam kelas corot ini, murid Cina paling banyak bermasaalah. Semua perempuan tapi samseng jugak. Suka melanggar peraturan. Cakap Melayu macam budak Cina umur 7 tahun cuba belajar cakap Melayu walapun dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Bahasa Inggeris lagi lah hancur.

    Semasa di universiti, kawan-kawan akak semuanya dari pelbagai kaum dan latar belakang, Cina, Sikh, India, Portugis, Iban, Kadazan dan Melayu. Dan sampai sekarang akan masih berrhubung baik dengan kawan berbangsa Cina dan Sikh itu dan sudah 21 tahun kami mengenali antara satu sama lain.

    Di kampung pula, jiran sebelah keluarga Cina, arwah mak amat baik dengan jiran ini. Bila Hari Raya mereka datang makan dan bagi kami hamper bila Tahun Baru Cina. Bila mereka pindah pun tetap datang pada Hari Raya dan bila arwah meninggal dunia mereka datang.

    Dan dulu di kampung setiap Hari Raya, kawan-kawan akak dan adik yang berbangsa Cina dan India paling ramai datang.

    Bila arwah mak pindah, sebelah dapat jiran India. Arwah mak pun baik dengan jiran ni yang selalu takde makanan di rumah. Arwah mak selalu beri ikan. Semasa arwah mak sakit, isterinya datang bersama-sama akak melawat arwah mak di hospital. Kami jalan seiring dan bayangkan semua mata Melayu tertumpu pada kami tapi bila akak jalan sebelah orang putih takde Melayu hairan pulak.

    Dulu akak ingat bila akak menghadapi masaalah, kawan bukan Melayu paling mudah menghulurkan bantuan tanpa ada apa-apa maksud terselindung. Kawan akak ni seorang penganut Buddha. Dan akak selalu perhatikan dulu apabila akak berada di dalam satu situasi yang menyulitkan, akak selalu dibantu oleh orang yang akak tidak kenali yang kebanyakkannya adalah Cina Buddhist. Pernah akak terbaca Allah akan memberi bantuan dalam apa jua cara dan bentuk. Mungkin ini adalah salah satu darinya.

    Jadi akak membesar dalam keluarga yang tidak rasis, akak pun tidak rasis dan tidak sedar tentang sikap kaum lain sehinggalah akak berkawan dengan seorang orang putih yang selalunya bila jumpa akak topiknya takde yang lain melainkan merungut tentang sikap orang Cina sampai kekadang telinga akak kebas dan akak terpaksa tukar topik sebab akak tak selesa untuk mendengarnya kerana akak sudah biasa dengan sikap mereka.

    Orang putih ni dan keluarganya tak makan khinzir kerana mereka geli.

    Apa yang dia kata ni harap adik tak kecik hati dengan akak tapi akak cuma nak cerita pandangan kawan orang putih akak ni tentang orang Cina yang dikatakan gopoh, makan gelojoh, buat semua nak cepat sampai membentuk sikap buruk pemandu di Malaysia, selalu potong line, mementingkan diri sendiri, berbau, berpakaian takde beza dengan orang gaji mereka bila keluar, hodoh, muka makin lama macam khinzir sebab lama sangat makan daging tu, rasis, macam robot, takde humor, mementingkan duit dan kebendaan, suka meniru antara satu sama lain, takde bahasa, biadap, demanding dan pengotor dari A to Z. Katanya kaum ini bina banyak hospital swasta sebab boleh buat duit dari pesakit Cina yang kaya raya yang selalu kena serangan jantung dan darah tinggi sebab selalu terkejar-kejar. Dia kata dia tau orang Cina cakap orang Melayu malas tapi dia kata orang Cina lagi teruk sebab kalau gagal, ambik jalan mudah dengan bunuh diri.

    Bila dah dengar dia cakap macam tu selalu, makin lama akak makin perasan apa yang dia selalu rungutkan tapi akak tetap hormat mereka selagi mereka tidak ambil kesempatan contohnya seperti di kaunter bayaran, akak selalu perasan, kaum ini yang selalunya potong line, tak tanya kita apa pun terus je ke depan dan yang cashier bongok yang kebanyakannya Melayu tak cakap apa-apa pun terus layan, sikap macam ni lah yang mengalakkan kaum ni buat apa mereka nak. Itu satu kelemahan orang Melayu, tidak tegas. Kalau potong line di kaunter bayaran satu hal, ni kat jalan raya pun lagi teruk, lebih-lebih lagi yang memandu kereta mewah dan Toyota Vios.

    Ada beza ke dari segi kelakuan di antara Cina Muslim dan Cina bukan Muslim? Ya ada. Cina Muslim tidak berperangai seperti semua yang di atas. Akak perasan Cina Kristian pula lebih bersih rumahnya dan penampilan mereka.

    Tentang Melayu yang masuk Kristian tu, ini kerana mereka nak ikut gaya hidup orang putih, Bukan kerana mereka percaya yang Nabi Isa a.s itu anak Tuhan. Kan mereka tau yang Nabi Isa a.s tu datang sebelum Nabi Muhammad s.a.w dan selepas Nabi Muhammad s.a.w tiada lagi nabi lain. Nak katakan mereka tak belajar tentangnya, macam mana pula anak Imam pun boleh terpengaruh?

    Akak pernah bertemu dengan seorang lelaki Melayu Kristian 20 tahun yang lalu. Dia cakap dengan akak, jadi Kristian lagi senang. Lebih bebas dari menjadi seorang Muslim dan katanya kalau mati pun masuk syurga sebab Tuhan yang sama selagi kita buat baik tidak kira apa agama kita. Tapi ada juga Melayu masuk Kristian sebab cinta.

    Kalau kaum lain peluk Islam dikatakan pula oleh seorang kawan 20 tahun yang lalu, ini kerana mereka nak jadi Melayu supaya dapat hak sebagai bumiputera. Cuma sekarang pandangan kawan tu tidak benar kerana sekarang nama dan bangsa pun tak payah tukar kalau dah peluk Islam.

    Bercakap tentang kicap kat dapur Muslim pun kafir yang buat, memang benar kata adik. Apa kata adik buat bisnes makanan yang orang bukan Muslim selalu buat seperti sos lada hitam (masih ada peluang di pasaran), sos tiram, kicap soya cair dan pekat (jenama lain tak sedap melainkan kafir punya, itulah masaalahnya tapi disahkan halal), sambal kacang dah siap, sambal belacan dah siap, pati asam jawa (ada satu jenama kat pasaran tapi tak sedap macam produk keluaran Thailand) dan kari kapitan Nyonya dah siap,

    Akak banyak idea tapi modal takde, lagi pun usia dah meningkat, nak ambik risiko anak masih bersekolah, harta pun takde, kereta pun buruk, savings lagi la takde. Adik muda lagi, banyak peluang, belum ada komitmen yang tinggi lagi, cubalah. Nanti dapatlah orang-orang Melayu macam kami yang mengidamkan sos tiram dan kari kapitan buatan Cina tapi Muslim yang rasanya setanding dengan sos tiram dan kari kapitan buatan bukan Muslim.

    Apapun akak doakan semoga adik sentiasa murah rezeki, sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa sihat walafiat.

    Akak mohon maaf jika terkasar bahasa dan menyebabkan adik tersinggung.

    Terima kasih.

    Like this

  9. AhmadMustaqim says:

    Walaikumsalam,

    Syukran komen akak di atas, kalau ada yang menyinggungkan sudah dimaafkan.

    Memang di zaman moyang, datuk dan ayah, mereka pun cukup baik sekali dengan jiran-jiran Melayu yang berhampiran, ada yang siap makan dengan keluarga kami kerana moyang adalah nyonya yang tak makan daging khinzir. Suasana dahulu memang macam sekeluarga, cukup berlainan dengan generasi Cina hari ini kebanyakan tinggal di bandar dan kawasan taman. Yang paling ketara adalah jurang bahasa yang menyebabkan banyak kawan-kawan universiti yang endah tak endah sahaja dengan kehadiran kawan Melayu. Yang kawan Melayu juga begitu. Jadilah apa yang Abuya selalu katakan bersenget-senget hati. Tetapi hal yang berlainan pula yang berlaku di universiti Kelantan. Disana jurang pergaulan kaum tidak ketara, semuanya baik sekali (dari apa yang saya dengar dari kawan).

    Mungkin kebanyakan dari kami terlalu mementingkan kejayaan dunia sehingga terlupa bagaimana hendak berkasih sayang walau pada ahli keluarga sendiri. Islam yang diberi faham oleh Abuyalah yang telah menyedarkan saya mengenai hal ini. Moga-moga orang Cina di Malaysialah yang dimaksudkan akan berbondong-bondong memeluk Islam. Sebenarnya peranan Melayu + Cina ini memainkan peranan yang besar di zaman yang dijanjikan kalau kedua-dua bangsa benar-benar menghayati dan mengamalkan Islam. Kalau bangsa Cina dapat beriman kepada Akhirat yang hebat itu, sudah tentu usaha dan amalan lahir menuju Akhirat akan lebih hebat lagi.Walahualam.

    Moga Allah mengizinkan berlakunya perkara baik yang akak maksudkan. Tetapi halangan gunung yang harus saya daki terlebih dahulu adalah pembersihan mazmunah diri sendiri, ini lebih afdhal dan fardhu. Hampir tidak ada kekuatan untuk mujahadah kalau bersendirian walaupun ilmunya sudah ada. Hendak jadi muslim mudahlah sangat tetapi hendak bersifat mukmin mesti ikut jemaah Ikhwan ini. Alhamdulillah, jalannya sudah terbentang lurus. Cuma pilihannya “To be or not to be”.

    Allah jualah yang memenangkan agamaNya yang sudah sekian lama terpinggir dan dipinggirkan.

    Semoga akak sekeluarga direzekikan rahmat Allah dari kurniaanNya yang bersifat lahir dan batin.

    Syukran n mzb.

    Like this

  10. Nurul says:

    salam,adik .. Alhamdulilah adk dbri hdayah oleh Allah s.w.t . Iyea,islam tidak salah. orangnya yg salah . syaitan dh berjnji bhwa dia akn myesatkan org islam.. krna islam adalah benar, mnakala agama laen,mmg syaitn xbpe ksah,cuz ikutannya . mksud akak at sni, orangya yg sndri tdak mgkut ajaran islam,n syaitn sdah brjnji akn myesatkn umat islam .. agama y dredhai Allah,adlah islam.. n org2 kafir smemangnya tmptny dneraka . stiap amalan baek n buruk ad blsan syurga n neraka . tp,org kafir,baek mn pun tmptnya dineraka . mf. andai tkasar

    Like this

  11. Nurul says:

    mf seandainya kta2 akak ad trsingung . yup, ap y adk ckp tuh mmg btol . n akak xslahkn .. tp, akak cma tersentuh adkah org cina mmg tdak suka org melayu, n dlarang bkwan dgn melayu .. actually im so sad . cuz, akak sukakan org cina .. heee .. tsentuh jgk lar, dlam stu malaysia, ad jgk trselit2 mcm ny .. Urm . akak xambil aty sngt lar, tp, ap y adk ckp mmg btol . tp, islam suci . . cuma orangnya . yg brpndukan agama, trikut2 zaman .. dunia akhr zaman,mcm ny lar . ap y dktakan nbi muhamad mmg benar tntg manusia akhr zaman . syurga untk org y briman sdah djanjikan oleh Allah . kak hargai pndangan adk

    Like this

  12. AhmadMustaqim says:

    Walaikumsalam kak,

    syukran atas pandangan akak yang ringkas dan singkat. Tidak ada kesinggungan.

    Mengenai larangan berkawan dengan orang Melayu itu kebanyakan hasil daripada pengalaman ibu bapa yang mendidik anak-anak. Mereka bimbang kalau perkara yang sama berlaku pada anak-anak mereka. Perkara ini jelas kelihatan di universiti, pernah satu kem dijalankan pada 3 tahun yang lepas, dihadiri lebih kurang 100+ mahasiswa dan mahasiswi Cina, dan salah satu programnya ialah perbincangan secara berkumpulan tentang sikap2 orang Melayu dan India. Macam2 keburukan dikatakan hasil pemerhatian mereka. Perbincangan tersebut hanya bertujuan untuk membetulkan sikap bias dan pandangan dingin mahasiswa/siswi baru terhadap masyarakat Melayu agar terbentuk semangat perpaduan di universiti.

    Jadi betulah apa yang Abuya katakan dalam bukunya, musuh itu tidak perlu disalahkan, memang itu kerja musuh dan gelaran diberi pun musuh. Takkan musuh suruh berbuat baik pada kita. Oleh itu Abuya tak pernah menyalahkan musuh lahir dan syaitan mahupun zaman, tetapi banyak menyuruh menyalahkan musuh diri iaitu nafsu yang tak dididik. “Nafsu itu highway bagi syaitan” , itulah yang selalu disebut Abuya. Tertutupnya highway maka secara automatik jalan syaitan ditutup rapat2. Tentang musuh Abuya suruh banyak study pasal mereka, kenal mereka betul2, highway2 yang digunakan mereka, yang utama ialah belajar ilmu tasawwuf. Pada masa yang sama, study pula bagaimana hendak suburkan iman, kalah dan tundukkan nafsu, suburkan sifat mahmudah dan taqwa. InsyaAllah di mana ada kemahuaan di situ jugalah Allah tunjukkan dan mudahkan perjalanan kita. Allah akan datangkan sebanyak2 peluang mujahadah untuk kita.

    Islam ini ibarat pokok, hasil menanam pokok untuk mendapatkan buah, iaitu taqwa, akarnya ibarat iman, batangnya ialah amalan fardhu, dahannya amalan kifayah, ranting dan daunya ibarat amalan sunat dan bunganya adalah akhlak. Yang sentiasa membesar dan perlu dijaga. Tujuan Rasulullah SAW mengatakan di zaman ini, umat Islam bagaikan buih2 di atas lautan, iman setebal kulit bawang, dan bermacam-macam lagi. Disini kita boleh memilih dua sikap, satu setuju, tunggu dan lihat; manakala satu lagi setuju, mencari, dan melaksanakan. Rasulullah SAW bersabda demikian agar datang rasa takut pada kita, rasa berharap diselamatkan, rasa sangat tidak senang dengan akhirat, sebab kita lebih dijanjikan ke neraka, kerana kehidupan kita lebih condong ke arah itu.

    Tetapi Rasulullah SAW sangatlah kasihan pada kita, diilhamkan pula pada Imam2 pengumpul hadith agar solusinya kekal hingga ke hari ini. Sebanyak pembacaan, Rasulullah SAW tidak akan menyatakan sesuatu bala/masalah tanpa mendatangkan satu solusi. Alhamdullilah, jemaah GISB itu adalah solusinya. Inilah gologan yang diberi kebahagiaan 7 kali, yang dirindui Rasulullah SAW. Berjuang menegakkan ISlam tidak mungkin lagi boleh dibuat seorang diri di zaman ini, harus berjemaah dengan jemaah yang serius dengan ISlam.

    Segala pujian bagi Allah SWT yang merezekikan hadiah nikmat termahal pada diri ini akan kebenaranNya, kebenaran agamaNya, dan rezeki keyakinan pada orang-orangNya melalui penulisan Abuya Syeikh Imam Ashaari bin Muhammad At Tamimi. Moga Allah SWT hadiahkan juga pada mereka yang mencari kebenaran hidup ini.

    “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan beribadah padaKu.” (Az-Zariyat:56)
    (firman yang membuka hati ini kepada Allah)

    Mohon kemaafan sekiranya akak dan pembaca sekalian rasa kurang senang, kalau ada yang salah mohon pembetulan.

    Syukran n mzb.

    Like this

  13. fikir umat says:

    assalam abang agree ngan adik nurul,semua agama itu utk kebaikkan tapi tak semua agama sempurna
    kecuali islam,sempurna dan Allah redha dgnnya maknanya adanya kebaikkan dunia dan akhirat anda berjaya ujian dunia tanpa riak anda bahagia bahagiannya dakhirat,satu hal lagi syurga n neraka ada levelnya ikut amalannyalah mudah difahamikan,jgn hairanlah tntang makin taqwa seorang itu makin kuat syaitan cuba menggoda kerna syaitan takut kebaikan jln lurus itu akan berkembang inilah janji syaitan membawa seramai yg boleh bersama dneraka tapi dgn rahmat Tuhan Allah pendekkan umur manusia lalu godaan itu tak berpanjangan,cuba bayanngkan umur mencapai 1000 tahun,pasti macam umat nabi nuh,berdakwah 1000 tahun pun 2n 3 orang jelah yg beriman,sampai saat ni gua sindir ngan kawan gua yg ber iman namun kosong tak beramal i kata kamu dari umat nabi nuh ke..?Allahu Aklam tq

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,059 other followers