(III) Dialog Imaginasi Perisikan Yahudi – Bangsa(t)! Melayu

 Bangsa(t) Melayu ditulis seperti itu untuk menekankan lagi betapa bencinya bangsa Yahudi terhadap bangsa yang akan membebaskan Haramain khususnya Kaabah dari Yahudi dan Wahabbi serta  Masjdil Aqsa ini.

Maaf! (3X) Ini hanya imaginasi penulis blog yang suka berimaginasi seolah spy.

Mesyuarat Perisikan

Kehadiran :

Jeneral Sakhr Mattityahu : Ketua Perisik
Rabbi Rabin Masaqurry : Ketua Paderi Besar
Agen Q : Perisik berkulit sawo matang ( keturunan Filipina dari sebelah ibu, ayah keturunan Sepanyol @ Andalusia )

Jeneral Mattiyahu :

Akhir-akhir ini berita-berita menjengkelkan terlalu banyak dilaporkan dari Timur Tengah. Benar Agen Q?  Bagaimanakah bangsa Arab boleh menghormati bangsa Ajam, malah para pekerja Arab itu bossnya orang Ajam, apatah lagi Ajam itu hanya bangsat Melayu, yang terkenal dengan kemundurannya, kemalasannya serta kurang pengetahuannya ( Aku tahu bangsa ini tidak akan mengakuinya di mulut, tapi jauh di sudut hati mereka, itulah realitinya ) Sedangkan kau tahu Bangsa Arab tinggi egonya berbanding Islam ajam, kerana Muhammad lahir di kalangan  mereka. Sama juga kita dulu, bangsa Yahudi megah kerana para Nabi lahir dari bangsa kita. Juga kau terangkan Agen Q, apa istimewanya bangsa Melayu baru ini, yang dipimpin oleh para ‘Muhammad’ ( ketiga-tiganya) ini?

Rabbi Masaqurry :

Melayu dari Malaysia dan Indonesia itu bekas jajahan kita. Kau lihat, hasil caturan kita, Melayu hampir jadi hamba di Semenanjung Emas, kalau bukan diselamatkan oleh takdir Tuhan Muhammad, negara yang kita sudah rosakkan pribuminya dan kita injek kepelbagaian bangsanya itu pasti sudah kucar kacir malah tidak akan semaju sekarang. Itu dilihat dengan mata kasar.

Hakikatnya kehadiran Melayu  fanatik pencinta Tuhan Muhammad  di bumi itu telah menyebabkan Tuhan Muhammad memakmurkan tanahnya. Di izinkan punya Perdana Menteri yang innovatif yang memajukan lahiriahnya. Negara lain yang sama merdeka tahun 1957 atau lebih awal dari itu pun tak mampu menandingi kemajuan dan kemakmurannya.

Bala yang menimpa, disukat-sukat. Kau lihat tsunami 2004, berapa kerat sahaja yang tewas jadi korban berbanding dunia Asia seluruhnya. Kurang 70! Padahal jumlah kematian sekelilingnya hampir sepertiga juta ! Sungguh, Malaysia tanah yang bersambung terus dengan Haramain ini pasti akan menjadi pusat Kerajaan Al Mahdi yang paling menakutkan kita!  Aku sebagai orang yang berpengetahuan yakin. Yakinnya kita sebagaimana yakinnya nenek moyang kita di Khaibar dulu yang Muhammad akan menewaskan mereka … Tapi nenek moyang kita tetap memerangi Muhammad.. Walau kubu-kubu mereka kukuh, mereka tetap menggeletar bersembunyi di dalamnya… adakah aku menggeletar sekarang?!

Habis, habis kita!
Sebelum kemenangan itu terjadi tidak berapa lama lagi, kita belasah sahaja anak-anak Palestin, sekurang-kurangnya kalau umurku tak panjang, aku akan mati dengan tersenyum puas.

Agen Q, apa pandanganmu tentang watak Bangsa Melayu sekarang setelah kau bergaul dengan mereka?

Agen Q :

Tuan, watak Melayu biasa atau yang luar biasa? – maksud saya puak yang dihormati di bumi Arab itu?  Setahu saya dengan munculnya puak ini, yang membuka perniagaan di Mekah, Madinah, Jordan, Syria, Mesir dalam kelompok tersendiri dan bergaul dengan masyarakat setempat, bangsa Melayu secara amnya , telah disamaratakan sebagai puak Islam yang hebat. Di televisyen negara-negara Arab, dahulu Negara ini disebut Malaysia sahaja, sekarang disebut Daulah Maliziyah al Islamiyah. Mereka juga mencintai  solat….

Jeneral Mattiyahu :

Sudah!! Definisikan bangsa Melayu secara am.

Agen Q :

Ini laporan saya. Secara am, bangsa Melayu yang tidak tinggi, tidak rendah, tidak gelap dan tidak putih, tidak cantik dan tidak buruk , hidungnya pula tidak mancung juga tidak pesek ini, sederhana wataknya.

Dari sudut positif, mereka yang keturunannya hidup di suasana panas dikelilingi hutan hijau Khatulistiwa yang mengalir sungai-sungai di antaranya ini, amat mudah dan sabar wataknya.

Mereka lebih suka memaafkan daripada berbalah. Mereka pemurah, sangat berdiplomasi, sifat mengalah ini dilihat suatu kelemahan, tetapi secara global ia mendamaikan. Sebab itu kaum ini, sebagai pemerintah, mereka dapat menyejukkan,walau bukan benar-benar dapat menyatukan berbagai –bagai bangsa dan agama yang bernaung di bawah satu negara.

Berlainan bangsa-bangsa itu hidup berkelompok seperti dalam kepompong mereka sendiri, mereka tidak mengganggu satu sama lain. Mereka senang dan cukup serta puas hati dengan apa yang mereka  ada.

Jeneral Mattiyahu :

Perincikan puak-puak bangsa di Malaysia ‘hidup dalam kepompong’ sendiri.

Agen Q :

Bangsa Melayu ada sekolah sendiri, di mana kaum lain kurang mencampuri sekolah kebangsaan ini, kalau adapun sebahagian kecil sahaja. Sekolah Islam dari tadika ke kolej  juga mercup tumbuh di mana-mana. Kaum Cina, India pun begitu, mereka ada sekolah JENIS kebangsaan sendiri. Di peringkat universiti, universiti swasta didominasi kaum bukan Melayu.. Di rumah, rata-rata mereka menonton TV siaran dari negara asal keturunan masing-masing. Pakej Cina, Pakej Tamil, Pakej Melayu, semua berasingan.
Jika ada puak Metro yang tidak terperuk dalam kepompong masing-masing dan lebih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, itu hanya sebahagian watak kelas pertengahan dan atasan. Suratkhabar, tulisan, buku cerita kank-kanak, semua dalam kepompong tersendiri. Malah sekarang pakej TV Indonesia pun ada untuk ‘niche’nya yang tersendiri.

Rabbi Masaqurry :

Apa erti Melayu di Malaysia?

Agen Q :

Keturunan mereka adalah dari tanah Melayu, atau Borneo bahagian Malaysia, yakni bangsa pribumi, atau bangsa pendatang kaum Melayu dari seluruh kepulauan Melayu nusantara yang berhijrah sebelum tahun 1970 ke 1980an, bergantung.. Tidak termasuk influks bangsa Melayu pekerja warga Indonesia yang semakin ramai mendapat taraf Permanent Resident kerana sudah lama menetap di sini dan tidak mahu pulang ke negara asal akibat kesempitan hidup di negara sendiri. Jabatan Pendaftaran Negara dengan mudah meluluskan taraf PR warga Indonesia kerana darah keturunan mereka boleh dikategorikan Melayu. Ribuan anak-anak pendatang Indonesia bertaraf PR bersekolah di seluruh Malaysia dan bakal menjadi anak-anak Melayu Malaysia yang  mengimpikan menjadi warga Malaysia berdaulah. 

Fenomena ini selaras dengan wawasan Dr Mahathir Mohamad yang mahukan rakyat Malaysia mencapai angka 70 Juta, terutama orang Melayu, supaya dapat terus menjadi tuan di Negara sendiri. Itulah pemikiran Dr Mahathir yang fanatik Melayu. (Di Singapura pula, warga negara tanah besar China diimport beramai-ramai malah dibiayai pelajaran kelas malam mereka untuk memahirkan Bahasa Inggeris, dengan tujuan kaum Cina terus menjadi tuan di negara itu).

Dalam kad pengenalan, Melayu dikenali dengan perantara namanya , BIN atau BINTI sebelum nama ayahnya, ini undang-undang.

Rabbi  Masaqurry :

Sebab itu hadis menyebut Fata at Tamimi itu, namanya adalah Shuaib BIN Solleh. Bukan Shuaib IBNU Solleh. Itu kodnya. Sah, Fata at Tamimi memang dari Tanah Melayu, lahir di Tanah Melayu !

Jeneral Mattiyahu :

( Bengang ) Teruskan, siapa bangsa (t) Melayu yang bakal menghancurkan kita ini…watak mereka..?

Agen Q :

Selain bangsa yang tinggi diplomasi, lemah lembut, berbanding bangsa Arab, mereka tinggi sifat hasad dengki terutama pada bangsa sendiri. Agama Islam mereka sekadar keturunan, pengamalan Islam sekadar Islam baka. Tetapi sejak munculnya jemaah Muhammad pada awal tahun 1970an, kaum wanita bangsa ini sudah mula memakai tudung kepala…hampir 90% wanita Melayu memakai tudung kepala sebagai tuntutan agama/kebiasaan/fesyen… Baiknya wanita akan membaikkan suatu bangsa…

Rabbi Masaqurry :

Watak hasad dengki itu, adalah watak universal semua bangsa. Tapi kamu melihatnya menonjol di kalangan orang Melayu, begitu?

Agen Q :

Iya. Itu pendapat saya. Juga bangsa ini kurang menonjol dari segi akademi berbanding kaum Cina. Juga sesuai dipanggil bangsa subsidi kerana suka mengharapkan bantuan kerajaan dalam perniagaan, pelajaran, pertanian dll

Rabbi  Masaqurry :

Di Amerika pun kaum kulit putihnya  sudah terkebelakang berbanding kaum Cina dalam akademi. Bilangan Chinese American di universiti-universiti berprestij semakin meningkat naik. Ini semua adalah kerana sikap dan rajinnya usaha, bukannya sebab lebih tinggi  IQ mereka. Bangsa subsidi jika dirujuk kepada bangsa Melayu di Malaysia sangat tepat. Jika universiti awam Malaysia tidak mengambil dasar mengutamakan anak Melayu serta anak luar bandar, aku jamin bangsa ini tak akan maju langsung sampai sekarang…

Agen Q :

Namun sekarang wujud segolongan Melayu yang tidak bersandar pada subsidi malah mengutamakan pengamalan agama dalam hidup mereka. Tidak bergantung kepada kerajaan, mahupun bantuan pihak bank untuk maju. Mereka meletak harapan pada agama setelah berusaha sungguh-sungguh. istilahnya TAQWA.

Mereka kelihatan kaya secara jemaah, namun individu mereka miskin….

Merekalah jemaah Muhammad itu tuan…

Mereka bukan Melayu biasa.. Bilangan mereka tidak ramai, tetapi pengaruhnya luas di hampir semua negara Islam Arab serta Timur Jauh. Mereke hebat. Pemerintah takut kepada mereka. Namun mereka sebaik-baik manusia kerana berusaha mencontohi Nabi mereka dalam semua urusan tuan…

Mereka menunggu Imam Mahdi dan berusaha mempersiapkan tapak pemerintahannya… seperti yang Tuan beritahu saya bukan?

Rabbi menepuk kepalanya dan Jeneral  kelihatan muram…. Wajah bimbang semakin terserlah, menenggelamkan kemarahan tadi.

Pagi itu, setelah Agen Q  mengemukakan laporannya kepada dua orang tersebut, fikirannya menjadi lebih lega,  namun semakin resah dengan perubahan cara dia berfikir tentang beberapa  isu di dalam dirinya,  juga tentang Islam.

About these ads

7 Comments on “(III) Dialog Imaginasi Perisikan Yahudi – Bangsa(t)! Melayu”

  1. LookingForTruth says:

    menarik sekali dialog yang direka.kalah penulis novel no1 M’sia.
    bangsa Cina memang rajin berusaha mungkin faktor populasi yang ramai di Tanah Besar dan didikan keluarga.
    Dulu tertanya-tanya mengapa bangsa Melayu Sem M’sia nie lain dari yang lain.
    Masa belajar bermain dalam kelas. Masa main mereka bermain-main.
    Kalau berniaga mesti tiada duit kecil. Suka usik-usik gadis. Kerja sambil lewa. Bangsa yang tidak serius.
    Setelah membaca buku tulisan IAM. Barulah sedar bangsa Melayu ini mempunyai kekuatan yang lebih hebat daripada bangsa-bangsa yang lain. Dengan syarat mereka b’pegang kepada Kitabulah dan Sunnah dan hanya bergantung kepada Allah.

    Jemaah IAM telah membuktikannya. Sifat lemah-lembut digunakan sebagai senjata untuk berdakwah.Perwatakan yang sederhana menarik ramai kawan.Sikap diplomasi diguna menyejukan suasana. Sifat dengki dan cemburu diguna untuk mencerca diri supaya lebih maju lagi. Sikap taat dan setia ditumpukan kepada Allah dan Rasul. Sikap suka bekerjasama diguna untuk bersatu memperjuangkan agama. Anak-anak gadisnya kalau dididik mempunyai sifat pemalu yang tertinggi.Sifat muslimah yang mukmin.

    Sikap-sikap itu adalah satu pakej yang tiada pada mana-mana bangsa.Amat sesuailah orang Melayu jua yang bakal membebaskan manusia dari lautan Yahudi. Itu pun ramai cendekiawan Melayu tidak dapat melihatnya. Nasib baik IAM menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin.

    Tokoh besar macam IAM amat disanjung oleh masyarakat Cina kerana mempunyai cita-cita yang tinggi.”Tokoh macam IAM cukup menakutkan. Mana tidaknya. Bermacam-macam ujian ditimpakan tetapi beliau tidak pernah merungut dan mengadu domba. Sentiasa ceria,sabar dan tabah.Tidak menunjukan emosi walau dihina musuhnya.Apakah cita-cita yang beliau perjuangkan sehingga mampu bersifat demikian?” Dialog ini penah ducapkan oleh seorang cendekiawan Cina(Chen Gong) kepada Panglima perang(Lu Bu) agar berjaga-jaga dengan musuhnya (Liu Bei).Tidak hairan Yahudi mahu membunuhnya dengan sihir Kabbalah mereka.

    Like this

  2. heliconia says:

    Saya kagum sungguh dengan ulasan L4T…. benar, bukan utk memuji ya.. sebagai seorang yang belum Islam, ulasan itu sungguh menarik. Saya teringat seorang zimmi jemaah, Mr Chee (dan Mr Yee) yang sangat sayang pada Abuya. Abuya memberitahu, Mr Chee ini, rohnya sudah roh wali, cuma belum masuk Islam… Mr Chee pernah melawat maqam Abuya di Pilin dan menciumnya..
    Mohon saya copy idea ulasan L4T untuk dialog siri ke IV…

    Like this

  3. mueezza says:

    as salam puan heliconia

    terima kasih diatas sambungan siri dialog imaginasi ni..:)
    ia sama hebat dgn penulis2 misteri dlm mistisfiles spt hermit, lodgekeeper, srikandi dll.

    ia melengkapkan puzzle2 yg diberikan oleh blogger2 teori konspirasi – iaitu secara spesifik menerangkan kelompok melayu manakah yg digeruni oleh zionis. melayu2 ini dgn beraninya menongkah arus tidak terlibat dgn permainan politik demokrasi ciptaan yahudi serta membangunkan ekonomi tanpa terjerat dgn sistem riba kapitalis. juga berani membela Ka’baah dari terus dikuasai wahhabi, menulis surat kepada vatican, memberi amaran kepada kerajaan malaysia, mempromosikan parlimen roh serta mempopularkan teknologi roh.

    blogger2 teori konspirasi telah dpt menyedarkan ramai orang akan kebangkitan islam diakhir zaman ditangan org melayu diatas faktor sejarah gemilang dahulu yg sengaja digelapkan oleh thh (the hidden hand). tapi saya tak pasti sama ada mereka menyedari bhw jemaah RSA lah yg selama ini diburu oleh zionis. kebanykannya hanya bercakap secara general ttg Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, mungkin mahu mengelakkan isu2 sesat/haram yg masih menebal dlm masyarakat keatas al arqam. membiarkan pembaca mencari & menilai sendiri siapa melayu yg akan menjadi pemimpin itu.

    saya amat terkesan dgn tulisan dlm mistisfiles ttg orang cina ini. minta maaf nak cakap bhw secara amnya orang cina telah menjadi zombie ekonomi kpd thh.mereka asalnya adalah sahabat baik orang melayu di zaman dahulu, tetapi setelah terkena rasukan komunis, thh “mengeksport” rakyat cina dr tanah besar utk mewujudkan polarisasi kaum ditanah melayu. maharaja cina terakhir menangis kerana terpaksa membenarkan british membawa keluar rakyatnya ke negara lain sbg ganti bayaran hutang candu dlm perang candu dulu.

    saya juga sentiasa terkesan bhw thh telah melumpuhkan taat setia rakyat cina kepada maharaja mereka dlm sebuah negara yg sgt besar melalui candu dan ideologi komunis. of course – ramai orang cina di malaysia tidak sedar perkara ini sebab mereka sudah terlalu sebuk mengira ringgit & sen disetiap saat. saya salute mereka kerana rajin, tapi saya juga kasihankan mereka kerana jiwa mereka kosong. siapa kata orang cina tiada masalah – jika disorot dgn jujur, along haram, rumah pelacuran, sport toto, judi dll itu dilakukan oleh orang cina utk menjerat orang2 cina sendiri termasuk org melayu dan india juga.

    “The Chinese Who To Be Pawn by Jew”
    http://mistisfiles.blogspot.com/2009/05/chinese-who-to-be-pawn-by-jew.html

    “Li Bloodline V”
    http://mistisfiles.blogspot.com/2009/05/li-bloodline-v-apa-yang-dipaparkan-oleh.html

    saya nak kongsi pengalaman ustaz amin yg melawat kota lama Jerusalem dan merakamkan perangai org arab disana.

    Universiti Kehidupan 200 – “Macam Mana Nak Kuat Kalau Macam Ni..?”
    http://www.ustazamin.com/2011/07/universiti-kehidupan-200-macam-mana-nak.html

    “Macam mana nak kuat, baru bincang siapa orang amanah sudah berlarutan bertengkar, belum bincang pasal negara lagi..” – ustaz amin

    puan heli, saya nak kongsikan kemunculan semula blog umat terakhir versi ketiga. ia ditulis oleh sekumpulan wartawan yg berusaha utk menyedarkan pembaca ttg cara berfikir yg terbaik supaya tidak terjebak dlm politik demokrasi.
    http://umat-akhir.blogspot.com/

    L4T – saya suka ayat ini:
    “Sifat dengki dan cemburu diguna untuk mencerca diri supaya lebih maju lagi. ”
    hebatnya tarbiyah Abuya dlm counter attack sifat dengki & cemburu yg dieksploitasikan oleh thh utk memecah-belahkan org melayu & rakyat malaysia dlm permainan politik demokrasi.

    terima kasih!
    sorry – komen panjang…..

    Like this

  4. heliconia says:

    ok tks mueeza. disebabkan selalu promosi mistifiles maka sy letakkan di ruangan link

    Like this

  5. LookingForTruth says:

    Terima kasih puan kerana sudi mengopy ulasan saya yang ringkas itu.
    Selama ini saya ingat En Ann Wan Seng sahaja.Rupa-rupanya ada ramai lagi pernah bersama IAM.
    Sebahagian kehidupan ini sudah cukup bahagia kalau mempunyai guru seperti IAM. Bertuah sungguh mereka dapat bertemu IAM secara bersemuka.Indah sungguh.

    Terima kasih puan mueezza atas pautan link di atas “The Chinese Who To Be Pawn by Jew”.
    Di akhir pemerintahan Dinasti Qing, terlalu banyak krisis dalaman yang berlaku antara kerabat diraja, pembesar,panglima,sarjana dan cendekiawan. Takdir Allah membiarkan zaman pemerintahan Qing dibawah maharaja yang lemah,tidak bijak,penting diri,zalim serta tidak dapat membezakan baik dan buruk.

    Bangsa Cina sekarang ibarat “naga tidur”. Tidur nyenyak dengan bantal Yahudi.
    Menunggu Tuan Imam Mahdi untuk mengejut mereka. Apabila naga-naga (korea,jepun,taiwan,hong kong,china,monggol) ini telah mendapat “Rider” (bangsa Melayu), bersama-sama mereka(bangsa Melayu dan Cina) menjadi tunjang kepada Daulah Islamiah. Ibarat aur dengan tebing.Jari dengan kuku. Tempang sebelah kaki kalau kurang salah satu bangsa ini.

    Di bawah panji-panji hitam kedua-dua bangsa ini akan bersatu hati.Bersandar antara satu sama lain dalam membangunkan Daulah Islamiah. Penyakit hati antara satu sama lain tidak wujud lagi.

    Like this

  6. heliconia says:

    assalamualaikum & salam sejahtera

    Saya tak pasti samada watak terlebih dengki pada bangsa sendiri di kalangan org Melayu itu memang fakta atau pengamatan saya sebagai pengarang dialog ini.. ( mungkin kena ada pakar sosiologi terangkan bab ini )
    saya menulis demikian atas sebab tersendiri… contoh dlm bidang perniagaan, org melayu bila dengki dgn pesaing, sanggup letak ‘black magic’ kat pintu kedai, tangga kedai dsb…pulak tu ada sy dengar cerita, org berniaga di gerai nasi, bersaing dgn gerai sebelah, bila gaduh saling siram air panas… itu dlm skop sempitlah.. dan sebab ini semua adalah kurang iman..

    polarisasi kaum yg menonjol di negara kita menyebabkan kaum terbesar di Msia ni, Cina dan Melayu sukar nak bersatu. Satu segi, dasar pendidikan dan perlembagaan macamtu. kalau di Indonesia, kaum Cina nak tak nak, jadi 1Indonesia, surname pun kena tukar, ..
    Ingat pemain bandminton, Rudy Hartono & Lim Swee King – dua2 kaum Cina. Satu dgn bangga menggunakan nama asal keturunannya.. pengaruh bangsa Cina di Indonesia pun kuat, terutama dlm ekonomi. Org Jakarta cakap gue, lu tu pun asalnya dari wa, lu.. ( tak tau dialek apa )

    berkenaan sejarah Cina,saya tak berapa mahirlah, cuma sy tahu negara China ambil nama dr Maharaja Chin…
    ada juga tengok natgeo & discovery buat documentary ttg teknologi Cina lama.. menarik…dlm sejarah China yg paling meluluhkan hati adalah penggunaan candu sebagai suatu senjata merosakkan suatu bangsa…sy sering berfikir betapa jahatnya bangsa penjajah ni…sungguh…JAHAT betul,,,

    Like this

  7. WINDSOR says:

    assalamualaikum & salam sejahtera

    sekadar ingin mahu mengikuti perjalanan Dialog Imaginasi Perisikan Yahudi – Bangsa (t) Melayu…sebenarnya apa yang perlu diambil perhatian dalam kelas tersebut adalah bagaimana bangsa dari keturunan tanah melayu ini mulai dari sekarang bersiap sedia untuk membetulkan fahaman terhadap islam itu sendiri…dari segenap aspek kehidupan mulai dari lahir sehinggalah menjadi ayah, ibu, nenek, datok, moyang dan seterusnya ……

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,059 other followers