Pedoman : Roh ‘suci’ isteri pulang berjumpa suami

Hiasan : Majalah Mastika yang memaparkan kisah-kisah misteri menarik, dihidangkan dalam gaya ‘popular writing’ , targetnya untuk golongan remaja, muda dan dewasa dalam kelasnya yang tersendiri.

Baca pautan di blog ini : Membongkar Rahsia Kehebatan Roh

————————————————————–

Kelmarin, saya terbaca sebuah artikel menarik di Majalah Mastika edisi Mei 2008, yang telah dibeli lebih sebulan yang lalu tetapi belum berkesempatan untuk membacanya. Saya mulanya tertarik dengan tajuk kecil di kulit Majalah berbunyi ‘Politik Malaysia dalam bahaya? ‘ lantas membelinya.

Artikel yang paling menarik itu adalah di muka surat 26, tulisan wartawan terkenal Mastika, saudara Shahidan Jaafar bertajuk “ Roh isteri jengah suami di Felda Hulu Tebrau”.

Berdasarkan maklumat dari artikel tersebut, saya membuat carian di internet ke atas nama ‘Dr Talib Samat – UPSI’ , dan hasilnya beliau adalah Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Artikel ini berkenaan arwah ibunya yang telah meninggal dunia tetapi rohnya masih berkunjung ke rumah keluarga mereka di kampung Felda Hulu Tebrau untuk berbual2 dengan ayahnya. Dr Talib mengundang Mastika untuk menyiarkan kisah ini untuk dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua.

Pada hari Jumaat 30 November 2007, jam 12.05 tengahari, ibu kepada Dr Talib Samat, Puan Nea Mohd Zain, 75 telah meninggal dunia dan disemadikan pada petangnya di Tanah Perkuburan Islam Hulu Tebrau. Di sini saya petik sebahagian isi artikel tersebut sepertimana yang diceritakan Encik Samat Tukiman, 75, kepada wartawan Mastika.

—————————————————————————

Foto Mastika : Pakcik Samat Tukiman, foto kecil – almarhum makcik Nea Mohd Zain ( moga2 kita bertaubat bersungguh-sungguh demi menelusuri jejak langkah kesolehan makcik Nea)

MALAM itu, majlis tahlil arwah diadakan. Jiran-jiran dan saudara-mara terdekat dijemput.Tiba-tiba ketika majlis tahlil sedang berlangsung, Samat terpandang arwah isterinya datang dengan memakai telekung putih.

Arwah isterinya muncul dari pintu utama dan kemudian berjalan ke kelompok jemaah wanita. Setelah itu, arwah mendekatinya. Samat melihat tubuh isterinya tidak longlai seperti ketika dia sedang sakit dahulu. Tubuhnya segar dan kuat.

“Saya sihat!” jelas arwah isterinya sambil memerhatikan orang yang sedang bertahlil.

Samat senyum dan mengangguk. “Ramai orang di rumah kita ni!?” tanya arwah isterinya.

“Tengah tahlil, baca doa untuk awak!” beritahu Samat.

“Baguslah! Tapi di sana lebih istimewa. Kawan-kawan pun ramai,” beritahu arwah isterinya lagi.

Arwah isterinya itu tidak lama menghadiri majlis tahlil. Setelah muncul beberapa minit dan berbual-bual dengan Samat, wanita itu berjalan menerusi pintu utama dan terus ghaib.

Ketika itu tiada sesiapa yang menyedari kehadiran arwah kecuali Samat seorang.

Pada malam kedua, arwah isterinya datang lagi ketika majlis tahlil sedang berlangsung.

“Masih tahlil lagi?” tanya arwah isterinya.

“Ya. Tahlil,”jawab Samat.

Pada malam berkenaan, itulah sahaja perkara yang ditanya arwah isterinya.

Malam-malam berikutnya, arwah isterinya datang lagi, semasa majlis tahlil diadakan. Selepas bertanya khabar, wanita itu menghilangkan diri semula.

Namun pada malam ketujuh, arwah datang dengan membawa rombongan kawan-kawannya
seramai lebih kurang 60 orang. Setiap ceruk rumahnya penuh dengan kawan-kawan arwah
isterinya. Semua wanita yang dibawa isterinya itu memakai telekung putih, seorang pun tidak dikenalinya.

“Macammana di sana (kubur) ?” tanya Samat.

“Lagi istimewa. Dalam kubur, ada cahaya terang benderang!”

Semasa berbual-bual itu, arwah banyak mengingatkan supaya jangan lupa sembahyang, bersedekah dan membuat ibadat supaya apabila meninggal dunia kelak kuburnya dilimpahi cahaya terang-benderang.

Samat juga diberi gambaran oleh arwah keadaan di kuburnya tidaklah sunyi dan gelap seperti disangka tetapi terang benderang seperti sebuah bandar.

“Rumah kita ni gelap sikit. Tapi sana (kubur) macam bandar, terang-benderangl”
beritahu isterinya lagi.

Rakan-rakan arwah semuanya hanya mendiamkan diri.

Samat sempat bertanya arwah bagaimana corak kehidupan dalam kubur.

” Sana saya bukan makan nasi, saya makan kalimah syahadah, lailahaillah dah kenyang,” beritahu isterinya lagi.

Setelah majlis tahlil berakhir, arwah isterinya mengajak 60 orang rakannya tadi pulang. Tapi sebelum pulang, sekali lagi arwah isterinya berpesan kepada Samat supaya jangan lupa bersembahyang.

Kalau berhutang boleh dibayar tapi sembahyang, wajib kena buat,” pesan
arwah lagi.

Samat juga pernah bertembung dengan arwah isterinya dalam sebuah kereta ketika
dalam perjalanan menghantar anaknya, Dr. Talib ke perhentian bas di Larkin, Johor Bahru.

Apabila ditanya Samat, arwah isterinya memberitahu dia sengaja datang untuk mengetahui ke mana anak dan suaminya hendak pergi. Arwah muncul dan sepantas kilat boleh menghilangkan diri – lolos ketika kereta sedang laju bergerak.

Samat juga pernah bertembung dengan isterinya ketika mereka sekeluarga sedang minum di restoran.

Roh arwah juga ada kalanya muncul untuk menolong Samat ketika orang tua itu dalam kesusahan, mengangkat barang seperti kerusi atau menyapu sampah.

“Pernah arwah tolong cabutkan pokok cempaka tu!” cerita Samat. Pokok cempaka tersebut sudah bergoyang- goyang akarnya. Tidak semena-mena arwah isteri Samat datang membantunya mencabut pokok tersebut.

Foto Mastika : Pakcik Samat berbual dengan arwah isterinya, di sebelahnya adalah anaknya Ashidah, adik Dr Talib.

KETIKA  wartawan  Shahidan Jaafar sedang berbual-bual di meja makan di dapur ( dalam pukul 4.00 petang) dengan Samat, tiba-tiba orang tua itu memberitahu arwah isterinya datang.

“Kenapa?, tanya Samat. Ini wartawan Mastika, Shahidan Jaafar. Ini Talib punya syor, Talib suruh masuk cerita awak dalam Mastika, boleh?” kata Samat seolah-olah bertanya kepada arwah isterinya.

Kemudian Samat diam.

“Tak apa! Dia kata boleh tulis. Ceritalah” beritahu Samat seketika kemudian.
Samat menjelaskan, arwah isterinya datang bertudung biasa.

Setengah jam kemudia, sekali lagi isterinya datang, kali ini duduk di atas kusyen pula.

“Awak nampak? Nampak ya? Inilah wartawan Mastika tu!” kata Samat

“Tadi dia beritahu saya, dia nampak wartawan Mastika. Dia kata, baguslah cerita perkara-perkara lama. Dia tanya, Wartwan Mastika nak tidur sini ke?”

“Saya kata tak, Datang nak interviu saja. Dia tanya nakbuat apa? Nak buat pedoman dan iktibar dalam Mastika ke? ” tanya Samat.

Ya! Cerita ini untuk pedoman dan iktibar!

NOTA: Anak-anak Samat juga sering merakam interaksi antara orang’ tua itu dengan arwah ibu mereka. Seperti yang dialami Mastika, gambar dan video yang mereka rakam itu menunjukkan Samat berbual seorang diri. Bayangan arwah ibu mereka tidak kelihatan langsung. Kata mereka, Samat sihat. Percakapan ayah mereka itu normal. Ingatannya masih waras. Selepas seminggu mengunjungi Samat, kami menerima SMS daripada anaknya, Dr. Talib Samat yang memberitahu ada perkembangan terbaru daripada adiknya, Ashidah Samat di Felda Hulu Tebrau di Johor.

“Arwah mak saya menghubungi
Mak cik Niah, isteri Pak cik Sitam, jiran
kami. Roh mak saya ucap terima kasih
kerana pimpin majlis tahlil untuknya. Ini
menunjukkan betapa arwah mak saya
dapat menghubungi orang luar keluarga
saya. Terimakasih. Dr. Talib Samat.”

About these ads

10 Comments on “Pedoman : Roh ‘suci’ isteri pulang berjumpa suami”

  1. Kalijogo87 says:

    “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup[*], tetapi kamu tidak menyadarinya.”
    Al-Baqarah:154

    [*]. Yaitu hidup dalam alam yang lain yang bukan alam kita ini, di mana mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah, dan hanya Allah sajalah yang mengetahui bagaimana keadaan hidup itu.

    Like this

  2. samson says:

    banyak kali juga kita dengar cerita begini dan memang ada sesetangah manusia dapat mengusai 6 sense ini termasuk org kafir juga, dalam hal ini kita pun berpandukan pada hadis yang setiap manusia mempunyai pendamping nya(qarin) yg menyerupai dirinya sendiri,bagi yg elok maka elok lah qarinya itu

    memang ada rijalulghaib juga iaitu roh manusia yg soleh yagng berlaku pada kekasih Allah seperti mana yg disebutkan oleh kalijogo itu dalm maksud alquraan

    Like this

  3. puteri says:

    MasyaAllah, banyak menegnai Roh yang kita tak tahu.

    Like this

  4. heliconia says:

    Terima kasih kalijogo….

    Samson, lihatlah dari kacamata hati. kisah pedoman ini seeloknya bukan kita bahaskan dari segi logik atau tidak logiknya. Betapa ramai antara kita yang hatinya dapat menerima kebenaran ini, betapa ramai juga mungkin yang memperlekehkan,demand dalil2 naqli lagi, sebab dalil aqli tak masuk akal. Mengapa melihat dari kacamata org2 kafir, bahawa mereka pun berkeupayaan hal2 sebegini, mengapa kaitkan dengan jin qarin dan 60 konconya lagi?

    Nilailah hati kita. Adakah keinsafan yang timbul dari kisah ini? Tidak Tuhan menjadikan sesuatu tanpa sia2.

    Dalam hati yang masih ada rasa mahu belajar mencintai dan takutkan Tuhan, kisah ini mungkin memberi impak besar dalam jiwanya. Mungkin jiwa itu akan menangis, tiba2 mengingati kematian, kemudian bertaubat dan cuba memaksa dirinya merindui kematian.

    Jika hati sudah lalai dan gersang, kisah2 orang diseksa di Mastika etc yang bermacam2 rupa seksa itu sudah tidak ada kesannya, apatah lagi kisah sebegini mungkin kesan insafnya hanya sementara, malah mahu diakal2kan lagi.

    puteri, begitulah, betapa banyak golongan orang Islam yang disesatkan atas perkara yang tak masuk akal, seolah2 Allah itu relevan dengan hal2 logik mereka sahaja.

    Like this

  5. aboutmiracle says:

    Salah satu ciri orang bertaqwa adalah beriman kepada yang Ghaib atau alam Ghaib. Yang Maha Ghaib ialah Allah, namun Allah bukan alam, Maha suci Allah dari bertempat dan bergantung pada dimensi, tempat atau alam. Justeru Allah-lah yang menciptakan dan mentadbir seluruh alam itu.

    Alam yang kita kenal diantaranya alam syahadah, alam barzakh, alam akhirat, alam manusia, alam Jin, alam haiwan, alam jamadat, dsb. Selain itu terdapat alam malakut atau alam kerohanian termasuk di dalamnya alam malaikat dan alam roh-roh suci para nabi dan rasul, para syuhada, wali-wali dan rijalul ghaib. Dan alam lain yang tak terhingga banyak bilangannya.

    Dalam kisah majalah Mastika di atas, pada saya elok juga kita ambil pengajaran darinya, bahawa semua dari kita pasti merasai mati, alam barzakh itu memang wujud, munkar dan nakir itu nyata, seksa kubur itu nyata, baik atau buruknya keadaan seseorang di sana bergantung kepada amalan seseorang semasa hidupnya. Jika baik amalnya maka sesuai janji Allah ia akan mendapatkan tempat yang layak, jika buruk amalnya maka terseksalah dia hingga datangnya kiamat. Nauzubillah

    Dalam Islam, bertemunya orang yang masih hidup dengan orang yang telah wafat ianya memang boleh berlaku. Terutamanya bagi golongan orang-orang bertaqwa, waliyullah, para nabi dan rasul yang roh mereka suci lagi disucikan, aktif dan berperanan, muqaddasah wa mutasarif.

    Berlakunya hal itu dinamakan sebagai YAQAZAH – berjumpa dalam jaga ( bukan mimpi ) dengan roh-roh suci para Nabi dan Rasul, roh para wali, dsb.

    Imam Suyuti Bertemu Rasulullah lebih 75 kali dalam jaga

    Persoalan Mujaddid, yaqazah, berkaitan Nur Muhammad

    Atas dasar kasih sayang Allah, sesungguhnya umat Islam telah diberikan khazanah dari alam ghaib yang dengannya kita dapat mendapatkan berbagai-bagai manfaat dan pertolongan, terpulang kepada kita samada pandai atau tidak mengambil manfaat darinya, sepertimana selama ini kita mengambil manfaat dari alam zahir atau alam syahadah.

    Syaratnya dan asasnya adalah roh kita mestilah berTaqwa, cinta dan takut pada Allah, bersih daripada sebarang kekotoran dan sifat2 keji sehingga kita mampu berhubung dengan alam ghaib. Namun bukan mudah.

    Kalau tak bertaqwa, boleh juga dapat dari alam ghaib, tetapi ia berupa istidraj, sihir atau penipuan dari Syaitan, ini yang berlaku pada Coperfield, tukang sihir, bomoh, dsb.

    Mari kita baca lagi kisah sahabat dalam perang Badar, kisah Thariq ibnu Ziyad, Mimar Sinan, Nabi Sulaiman dan istana Balkis, Imam Ghazali, Imam Suyuti dsb.

    Mereka semua telah berjaya memanfaatkan “teknologi alam ghaib” yang ianya tak sanggup ditandingi oleh Barat, dan hasilnya Islam terbina sungguh luar biasa di tangan mereka.

    Allau’alam

    Like this

  6. barokah says:

    Allahu Akbar…Hebatnya Allah Tuhan kita.

    Dia mampu buat apa sahaja atas sifat IradatNya. Boleh dilojikkan atau pun tidak itu lain perkara.

    Cerita petikan dari Mestika ini saya rasa baik sekali, boleh memberi sedikit motivasi pada orang yang membacanya.

    Like this

  7. thoriqabqari says:

    universiti kehidupan terlalu luas………………kalau universiti yg sedia ada kita hanya belajar ilmu dr guru n buku.tapi universiti kehidupan,kita belajar dr pengalaman,kejadian,bencana..etc………….setiap yg berlaku ada hikmah n pengajarannya..cumanya terletak kpd diri kita………………
    mzb

    Like this

  8. wan omar says:

    Kalau arwah isteri samat yang telah meninngal dunia dapat berhubung dan bercakap dengan orang di dunia ini apatah lagi Abuya AlFatah Attamimi AlGhaibi sudah pasti dapat berhubung dengan Bonda Ummu Jah dan lain-lain pengikutnya untuk memberi panduan dalam meneggak islam kali kedua. Wallah hualam.

    Like this

  9. Dalia says:

    Salam,

    Saya juga mengalami perkara yg sama dgn pakcik Samad. Pada hari arwah meninggal dan mayat di bawa pulang dari hospital, dia datang duduk di sebelah saya. Arwah suami datang berkunjung selama lebih sebulan.Setiap kali dia datang, dia akan membawa saya keluar berjalan2. Di hari yg terakhir, dia memberitahu yg dia harus pergi ke satu tempat lain yg dia tidak lagi dapat mengunjungi saya dan saya tidak boleh mengikuti dia. Pada hari terakhir itu, dia mengucap kan selamat tinggal kepada saya dan masuk ke dalam suatu bukaan atau mirip seperti gua tp tidak lah berbatu batan, cuma ia seperti suatu bulatan yang terbit yang menjadi kan seperti laluan. Dia masuk kedalam dan laluan itu ghaib. Wallahualam.

    Like this

  10. shahira says:

    susah nak percaya……….

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers