Foto Kenangan Anwar Ibrahim & Fadhlullah Wilmot

20140421-143244.jpg

Foto di zaman kegemilangan ABIM, Ustaz Ashaari Muhammad, DS Anwar Ibrahim, Ustaz Fadhlullah Wilmot bersama salah seorang anaknya

When ABIM (Muslim Youth Movement of Malaysia) was set up in 1971, Ashaari brought 60 of his friends to join ABIM with the intention to integrating their ambitions and finding many friends. He was once closed to Anwar Ibrahim. For two weeks, they were together in Langkawi for da’wah work. He gave lectures, and so did Anwar. What a big difference between them, they turned out to be!

ABIM appointed him as Head of Da’wah in Kuala Lumpur. At first he declined the post because he was leading Arqam by then, but when the position was left vacant for two months, he accepted it. He had differed in opinion and debated with Sanusi Junid during the ABIM General Assembly. ABIM rejected his views. This show how far apart were their views of Islam from each other. When ABIM understood that he had his own beliefs and ambitions, they retracted all of his posts in the inaugural General Assembly. He and his friends then left ABIM.


Bila Artis Pertikai Ulama ( Wardina Safiyyah Vs Ustaz Don Daniyal )

20140420-073858.jpg

Yg Bhg Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid

20140420-073840.jpg

Wardina Safiyyah binti Fadhlullah Wilmot

248

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang, masih hangat di internet tentang isu ini. Melalui post Facebook rakan-rakan alam maya, dapatlah saya membaca maklumat -maklumatnya, walau jarang sekali bersuara. Terima kasih kepada friends  FB saya yang meluangkan masa mereka.

Iya, sekarang, Facebook, Twitter adalah platform untuk ramai antara kita, yang bertaraf imam/ustazah  muda atau ustaz/ustazah veteran, artis yang insaf atau separuh insaf, atau kita orang-orang marhaen biasa untuk berkongsi maklumat, nasihat-menasihati dengan tulus kerana Allah semata-mata atau mungkin kurang tulus, mencari pengaruh, malah ramai antaranya yang syok sendiri atau tunjuk pandai walau kurang pandai, yang memang pandai, ada juga tunjuk bodoh walau sebenarnya pandai, atau kombinasi beberapa di atas.

Inilah dunia kita.

Di sini saya petik satu artikel dari sebuah buku lama, untuk panduan kita bersama. Semoga ada manfaatnya. Ampun maaf.

——————————————-

Telah bersabda Rasulullah SAW ” Manusia memusuhi apa yang tidak diketahuinya”

Ilmu Allah SWT yang termaktub di dalam Al Quranul Karim dan Hadis nabiNya terlalu luas. Ini dapat kita saksikan berapa banyaknya kitab-kitab yang haq, ditulis oleh ulama -ulama muktabar di dalam menafsirkan Quran dan Hadis tersebut.

Ziarahlah ke negara-negara Afrika dan Timur Tengah, yakni tempat yang dahulunya berkumpul ulama-ulama besar Islam. Kita akan saksikan timbunan kitab-kitab yang tingginya mengalahi bukit, yang kalau kita mahu membacanya sehabis umur kita pun tak akan selesai.

Ini tidak termasuk kitab-kitab yang sudah dimusnahkan oleh musuh (kitab-kitab yang telah dibakar dan dihanyutkan oleh orang-orang Monggol di Baghdad sehingga hitam pekat air sungai oleh dakwatnya).

Demikianlah luasnya ilmu-ilmu Islam yang mampu dicatatkan oleh ulama-ulama, yang ada pada Allah SWT lebih-lebih lagilah tiada hadnya.

Berapa buah kitab yang sudah kita baca?

Katalah beberapa pun, maka baru sebanyak itulah yang kita tahu tentang selok belok agama kita. Walhal masih banyak yang belum kita tahu. Ini satu hakikat yang mesti kita sedari dan akui. Bahawa ilmu Islam bukan terbatas pada apa yang kita tahu. Ilmu Islam bukan setakat ilmu yang ada pada kita, bukan sebanyak yang terdapat di dalam kitab-kitab yang hanya sempat kita baca.

Yakinlah ilmu Islam yang datang pada kita, pun yang mampu kita terima hanyalah serpihan atau debu-debu kecil dari sebuah gunung yang maha besar lagi tinggi.

Sesuailah dengan kita yang kerdil-kerdil, banyak dosa dan sudah beribu tahun ditinggalkan oleh Pemimpin Agung Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, kalau kita lihat ada orang sezaman kita dan setempat dengan kita meyakinkan atau mengamalkan sesuatu dalam Islam yang kita tidak tahu asal-usulnya dan tidak faham, janganlah segera menyalahkannya.

Entah-entah di tempat kita sahaja ulama-ulama pemerintah atau berpengaruh yang menyibuk-nyibukkannya…

Bukan semua yang kita tidak buat itu tidak betul, entah-entah kita yang bernasib malang kerana tidak tahu ianya betul dan benar.

Begitulah jika Islam itu diambil dari buku-buku moden yang kebanyakannya diambil dari buku berbahasa Inggeris, dan Bahasa Malaysia dan Indonesia, dan dikarang oleh ulama-ulama Islam di abad ke 20 yang banyak terpengaruh dengan fahaman Wahabi, seperti golongan Kaum Muda yang mengambil Islam dari teks bahasa Inggeris, yang ditulis oleh penulis-penulis moden yang mencampur-adukkan wahyu dengan akal fikiran mereka.

Apalagi kita yang rata-rata tidak menguasai Bahasa Arab, dan bergantung kepada buku terjemahan sebagai rujukan. Berapa banyak sangatlah ilmu yang kita mampu baca!

Fahaman Wahabi adalah satu fahaman yang wujud setelah ratusan tahun mazhab imam yang 4 telah menapak kuat sebagai pegangan umat Islam.

Mereka menolak mazhab fiqh Imam yang empat dan menolak mazhab Tauhid Imam Abu Hassan AlAshaari. Tuan gurunya Muhammad Abdul Wahab banyak mengambil fatwa Ibnu Taimiyyah sebagai pegangan fahamannya, iaitu antaranya menjisimkan zat Allah, haram menziarahi makam Nabi dan makam para Auliya dan mensyirikkan amalan tarikat dan amalan tassawuf para ahli sufi, sehingga Ihya Ulumuddin Imam Ghazali pun dituduh sesat oleh mereka.

Walhal sumber sebenar Islam adalah dari bahasa Arab dan pewaris agama sebenar ialah para ulama Mujtahid, Mujjadid, dan sesetengahnya adalah para wali Allah yang begitu hebat ibadah dan akhlaknya. Merekalah yang membukukan ilmu-ilmu itu di dalam Bahasa Arab.

Berapa buah kitab ulama muktabar yang sudah kita baca, berapa orang yang kita kenal?

Apa nama kitab-kitab mereka? Pernah kita baca kitab karangan Imam Abu Hassan AlAshaari? Imam Al Fadhil Jalaluddin Abdul Rahman Abu Bakar AsSayuti? Imam Ibnu Hajar, Imam Nawawi, Imam Shafie dan bermacam nama Imam Muktabar yang terdiri dari mujtahid, mujjadid, imam tafsir, muhaddis dsb. Read the rest of this entry »


Lapisan-lapisan Ilmu Al Quran

 

mountain

Al Quran diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia dan untuk menunjukkan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebenaran. Al Quran juga adalah pemisah antara yang haq dengan yang batil.

Al Quran inilah ibu ilmu, ilmu yang tidak pernah disentuh lagi oleh manusia, belum ada manusia campur tangan sebelum mahupun sesudahnya. Al Quran adalah sesuatu yang ‘pure’ dari Tuhan untuk manusia, bukan untuk orang beriman semata-mata malah untuk seluruh manusia.

Ilmu Tuhan itu dikatakan di dalam Al Quran jika ditulis dengan dakwat sebanyak air laut di dunia pun tidak akan cukup, walau didatangkan berlautan-lautan lagi dakwat.

Berapa banyak ilmu Al Quran yang kita sudah dapat? Ibarat kalau sedikit dari seribu itu sudah banyak…tetapi kalau hanya sedikit dari berbillion itu umpama secebis debu.

Jika ilmu AlQuran itu umpama barang berjisim maka tidak akan mampu kita memikulnya.

Ilmu al Quran ini boleh dibahagikan berlapis-lapis secara tamsilan.

1. ILMU KULIT

Apakah ilmu kulit Al Quran?

Contoh ilmu kulit Al Quran..

  • Bagaimana sesuatu ayat itu diturunkan?
  • Wahyu itu dalam bentuk bagaimana dibawa oleh malaikat?
  • Di mana diturunkan, Makkah atau Madinah?
  • Apa maksud ayat Makkiyah. Apa maksud ayat Madaniyah?
  • Diturunkan ketika dalam perjalanan, atau ketika bermukim?
  • Diturunkan pada waktu malam atau siang?
  • Diturunkan sewaktu musim sejuk atau musim panas
  • Adakala sewaktu berkenderaan, adakah semasa bersama isteri dan sebagainya

Jika seseorang dapat menguasai ilmu sekadar ilmu kulit Al Quran pun sudah hebat!

Tetapi apa yang kita tahu mengenai Al Quran?

Ilmu kulit pun perlu juga, namun faedah isinya jauh lebih hebat dan agung.

 

2. ILMU KULIT NIPIS

Umpamakan ubi kayu, jika tadi kulit luarnya yang tidak boleh dimakan, ada lagi kulit dalam yang nipis.

  • Imu yang mana Al Quran itu menjadi petunjuk bagi manusia
  • Ilmu mengandungi hujah akal seperti hujah ilmu sains yang membuktikan kebenaran Al Quran
    ( contoh pembentukan embrio, pembentukan awan, pendebungaan, ilmu mengenai sistem saraf manusia, anatomi kulit manusia secara am, geologi dan berbagai ilmu sains lainnya)
  • Ada ilmu-ilmu yang mempunyai dan menyentuh kekuatan mental, perasaan dan fizikal manusia
  • Ada ilmu yang sangat berguna bagi orang yang mempunyai kekuatan perasaan / roh  yang tinggi
  • Ilmu alam ghaib seperti Arasy, Kursi, Siratol Mustaqim dsb. Akal manusia tidak mampu menjangkau ilmu-ilmu ghaib ini walau memerah otak sebanyak manapun, termasuk ilmu mengenai malaikat dan jin
  • Ilmu-ilmu lahir, ilmu kehidupan yang ada hubungkait dengan manusia, watak manusia, ilmu psikologi, watak bangsa, masyarakat, politik, kepemimpinan, kebudayaan, pendidikan, sejarah, ilmu padang pasir, sungai, perjuangan, bagaimana membangunkan jemaah, kesatuan dan sebagainya

 

3. ILMU ISI

Ini hanya untuk manusia luar biasa yang mampu mendapatkannya. Orang yang mendapat ilmu ini akan dapat menjawab contoh soalan-soalan seperti begini..

  • Cuba anda ceritakan mengenai masyarakat manusia di dalam Al Quran
  • Cuba kaitkan sejarah di dalam Al Quran dan hubungkaitkan dengan sejarah yang akan datang. Orang yang mampu menjawab soalan ini dapat menceritakannnya dengan jelas satu persatu…
  • Cuba ceritakan ilmu ekonomi dirujuk kepada Al Quran dan Hadis
  • Cuba ceritakan ilmu jihad dirujuk kepada Al Quran dan Hadis
    Jika ada seorang ustaz yang tahu ilmu-ilmu  ini, orang akan memburunya kerana tidak jemu didengar.

Read the rest of this entry »


Kehilangan Pesawat MAS Dikait Alam Ghaib Untuk Beri Alasan Mudah

20140416-222156.jpg

Syed Kamarulzaman Syed Kabeer

Kosmo! Khamis : Mac 13, 2014

KUALA LUMPUR – Mengaitkan alam ghaib ataupun dimensi keempat dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 merupakan alasan mudah dalam merungkai misteri tersebut yang masuk hari kelima semalam.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, mengaitkan alam ghaib dengan misteri kehilangan pesawat tersebut tidak salah tetapi beliau percaya masih ada kaedah sains yang belum digunakan sepenuhnya untuk merungkai kejadian itu.

“Bukan kita menolak kewujudan alam ghaib namun sains yang kita belajar juga merupakan Sunnatullah, sebahagian daripada ilmu yang Allah kurniakan kepada kita sebagai manusia. Sains dan kuasa Tuhan bukan suatu yang boleh kita pisahkan.

“Persoalannya, adakah usaha kita sudah memadai untuk kata kejadian itu sebagai ghaib,” kata Syed Kamarulzaman ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, penglihatan bomoh dan kaitan dengan ilmu ghaib ini sangat sensasi kerana sikap masyarakat negara ini memang gemar dan mudah untuk mengaitkan sesuatu perkara itu yang melangkaui logik akal.

Oleh itu, kata Syed Kamarulzaman, ritual yang pelik dan aneh serta adakala melucukan boleh menjatuhkan reputasi negara ketika seluruh dunia kini memberi tumpuan ke negara ini.

“Dalam sains, sesuatu benda yang tidak boleh dicapai dengan pancaindera maknanya ia tidak wujud namun sebagai seorang muslim, kita tetap percaya bahawa Allah itu maha berkuasa,” kata beliau.

Justeru, beliau memberi saranan supaya pasukan mencari memperluaskan lokasi pencarian yang kini difokus di lautan ke daratan.


Pakar Aeroangkasa Sangsi Isyarat Ping Dikesan Tanpa Serpihan #MH370

20140416-103706.jpg

Dr Mohd Roshdi Hassan

Kosmo! Jumaat, April 11, 2014

Pakar sangsi isyarat dikesan tanpa serpihan

KUALA LUMPUR – Penemuan isyarat daripada kotak hitam sebuah pesawat yang terhempas ke dasar laut tanpa sebarang petanda atau serpihan di permukaan air kelihatan pelik dan hanya menambah misteri kehilangan Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pensyarah Jabatan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Roshdi Hassan (gambar) berkata, secara logiknya, mesti ada komponen pesawat yang pecah dan timbul di permukaan air apabila berlakunya kes pendaratan di atas air, lebih-lebih lagi dalam kes MH370.

“Jika minyak sudah habis, tiada sistem kawalan yang berfungsi dan jatuh ke laut dari ketinggian 35000 kaki (10,668 meter), sukar untuk sebuah pesawat berada dalam keadaan sempurna di dasar laut tidak kira secantik mana ia menjunam.

Sekurang-kurangnya enjin akan tercabut, serpihan-dari pesawat seperti kerusi penumpang dan bahagian ekor malahan kargo yang didakwa termasuk buah-buah manggis pasti akan terapung dan bertaburan di permukaan laut,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebarangkalian pesawat tenggelam dalam keadaan sempurna ke dasar laut jika benar isyarat frekuensi 35.7 kilohertz (kHz) yang dikesan sejak Sabtu lalu adalah dari kotak hitam pesawat MH370.

Sebelum ini kapal Ocean Shield milik Australia dan Haixun 01 milik China berjaya mengesan isyarat yang disahkan daripada kotak hitam di Lautan Hindi yang terletak pada kedudukan 2,268 kilometer dari barat daya Perth.

MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal hilang pada 8 Mac lalu tanpa sebarang kesan termasuk sebarang serpihan pesawat sementara operasi mencari dan menyelamat sudah memasuki hari ke-34 semalam.

Maklumat terbaharu daripada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia semalam menjelaskan, hanya sebilangan kecil daripada objek-objek yang dikesan terapung di permukaan laut berhampiran berjaya dikutip tetapi tiada satu pun antaranya yang berkaitan dengan MH370.

Dalam pada itu, Mohd. Roshdi tetap menolak penemuan isyarat itu sebagai kotak hitam MH370 selagi ia tidak dikeluarkan dari dasar laut dan disahkan sebagai kotak hitam pesawat tersebut oleh pihak berkuasa.

“Sejak awal saya berpandangan MH370 tidak terhempas di Lautan Hindi dan masih berusaha mendapatkan data daripada Rolls-Royce untuk mengesahkan kelajuan pesawat. Tambahan pula. langsung tiada serpihan daripada pesawat itu yang ditemui sehingga kini. termasuk di sekitar kawasan isyarat tersebut.

“Walaupun lautan itu luas, sepatutnya boleh dikesan serpihan daripada pesawat bertaburan seperti kes Air France 447,”ujarnya.

Baca juga : Jangan andaikan MH370 sudah terhempas, kata pakar aeroangkasa


Isyarat Telefon Bimbit Fariq Dikesan Di Pulau Pinang

20140415-132057.jpg

Dari Agendadaily :

Isyarat telefon bimbit milik pembantu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Fariq Abdul Hamid dilaporkan telah dikesan sebuah menara telekomunikasi atau “cell tower” di Pulau Pinang, sejurus sebelum pesawat itu hilang dari radar pada hari kejadian.

Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat yang terbabit dengan siasatan kepada saluran berita CNN pada Isnin. Dia berkata maklumat itu telah dikongsikan oleh seorang anggota penyiasat Malaysia.

Namun disebalik pendedahan itu, katanya tiada sebarang bukti untuk mengatakan Fariq telah cuba untuk menghubungi seseorang.

Menara komunikasi terbabit terletak pada jarak 250 batu (400 km) dari tempat isyarat transponder pesawat kali terakhir dikesan radar.

Telefon bimbit yang aktif ketika itu dikatakan sedang berusaha mengesan sebarang isyarat dari menara telekomunikasi berdekatan, kira-kira 30 minit selepas pesawat dipercayai membuat lencongan ke barat Semenanjung, keluar dari laluan asalnya ketika perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China.

Selain dari isyarat itu, tiada lagi sebarang isyarat lain dikesan, katanya lagi.

Maklumat itu dikatakan sepadan dengan andaian sebelum ini bahawa pesawat terbabit telah terbang rendah bagi mengelakkan dikesan radar sehinggakan isyarat telefon bimbit dapat dikesan oleh menara telekomunikasi.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan melaporkan Fariq telah cuba untuk membuat panggilan ketika penerbangan.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien bagaimanapun pada Ahad menafikan laporan itu dan enggan membuat sebarang spekulasi.

Menurut seorang pakar penerbangan, adalah menjadi kebiasaan untuk seseorang juruterbang dan pembantunya untuk mematikan telefon bimbit ketika berada di dalam kokpit.-15/4/2014


Di Sebalik Ping Yang Dalam….

image 20140415-113049.jpg 20140415-113101.jpg
image


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,059 other followers