Videos
HISTORY IN THE MAKING : This page is about the profile of Rufaqa Coorporation, a company which was dissolved at the end of 2007.
——————————————————————————–
Before viewing the Videos, feel free to view and save some Free Wallpapers from Rufaqa Corporation! onto your desktop [COPYRIGHTS RESERVED]
——————————————————————————————————————————————-
VIDEO 1
ATTRIBUTES OF A MUJADDID
1. Selaku sebuah jemaah Islam yang berpusat di Malaysia dan mempunyai cawangan di banyak negara di Asia dan di dunia, Rufaqa tentunya mempunyai pemimpin yang bukan calang-calang orang. Pemimpin ini telah berjuang selama 40 tahun dan telah membuktikan kemampuannya yang luar biasa kepada dunia.
Ada dua ciri kelayakan yang ada padanya, yang membuatkan dia jadi berbeza dengan pemimpin-pemimpin dunia yang ada.
i. Perjuangannya dapat menzahirkan sistem hidup yang boleh dikatakan sistem penyelamat. Yang mampu menjadi model dan alternatif kepada sistem-sistem di dunia hari ini yang sedang berhadapan dengan keruntuhan serta membahayakan kehidupan manusia.
ii. Seribu satu halangan dan rintangan yang sudah dicubakan kepadanya oleh penentang-penentangnya dengan tujuan menyekat kegiatannya, namun semuanya dapat dilepasi dan kini perjuangannya kekal teguh dan berwibawa. Menyaksikan ini, kami beranilah menyatakan bahawa untuk zaman ini, dialah
orangnya yang disabdakan Nabi:
“Akan datang di awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang membaharui agama.”
2. Pemimpin Rufaqa ini, yang dulu nama jemaahnya Darul Arqam tampil dengan suara lantang dan jelas sekali memberitahu dunia, khususnya Malaysia, perihal akan datangnya seorang pemimpin besar dunia iaitu Imam Mahdi.
Keadaannya bagaikan tidak takut apa pun risiko dari sikapnya itu.
Dia amat serius dan menyiapkan jemaahnya sebagai tapak untuk sistem kekhalifahan demi menyambut ketibaan Imam Mahdi yang menjadi penyelamat untuk dunia itu.
Logiknya tentu dia akan kandas bersama visinya yang sangat kontroversi itu. Namun sungguhlah menakjubkan sekali bilamana hasilnya dia dapat mempengaruhi Malaysia dan dunia tentang akan datangnya Imam Mahdi itu tidak lama lagi.
Keupayaan yang dapat dibuktikannya ini, mengingatkan kita apa yang disabdakan oleh baginda Rasul :
Dari Thauban r.a dia berkata telah bersabda Rasulullah saw,
“Akan datang panji-panji hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur seolah-olah hati mereka (pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani).
Barangsiapa mendengar tentang mereka hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah
kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.”
3. Pemimpin Rufaqa ini juga telah membuktikan kepada negaranya ini, keupayaan mendidik segolongan orang Melayu iaitu ahli jemaahnya, menjadi satu etnik baru dengan ciri-cirinya seperti apa yang disabdakan baginda :
“Aku merindui satu thoifah umatku yang datang sesudah ketiadaan aku di akhir zaman. Mereka ialah ikhwanku.
Mereka tidak berjumpa aku tapi sangat menyintaiku lebih dari anak dan orang tua mereka.
Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Mereka berakhlak dengan akhlak nabi-nabi, mengikut jalan hidup para siddiqin dan mereka ganjil di kalangan orang mukmin yang umum.”
4. Pemimpin Rufaqa ini telah bercakap pada dunia tentang masa depan politik dunia dan khususnya Malaysia, yang ramai orang dapat rasakan bahawa apa yang dicakapkan itu benar dan banyak yang telah terjadi. Dia bagaikan tahu tentang nasib dunia dan bangsa-bangsa. Tembusnya pandangan hati dan fikirannya ini mengalahkan inteligen.
5. Keupayaannya membuatkan ISA sebagai sebab untuk membesarkan perjuangannya, sedangkan ISA itu kemampuannya membunuh semua perjuangan yang dihantarkan kepadanya adalah lagi satu bukti bahawa pemimpin Rufaqa ini mempunyai karamah yang sangat besar yang Allah berikan kepadanya.
6. Ada pada pemimpin Rufaqa ini, ciri-ciri pemimpin kebenaran yang Allah lantik untuk setiap zaman. Menjadikan mereka yang mengenalinya yakin beliau ialah pemimpin kebenaran (dari Tuhan) untuk zaman ini. Kalau bukan pemimpin dari Tuhan nescaya tidak ada ciri-ciri ini.
—————————————————————————————–
Ciri-ciri tersebut ialah:
i. Ilmunya merupakan ilham dari Allah.
ii. Rezekinya ditanggung oleh Allah.
iii. Tidak dilantik oleh jari atau undi, yakni dia dilantik oleh Allah.
iv. Dapat melepasi ujian-ujian seperti orang yang dapat hidup semula selepas mati.
v. Yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu benci.
vi. Pengaruhnya berlaku di kalangan semua negara dan bangsa.
vii. Pengikutnya tidak ramai tapi pengaruhnya besar.
——————————————————————————————
7. Di waktu kebanyakan manusia di dunia sedang mengalami krisis rumah tangga dengan isteri yang seorang, pemimpin Rufaqa ini sedang berkasih sayang dan berbahagia dengan isteri-isteri yang dipoligamikan. Anak-anaknya dan pengikut-pengikutnya ikut mengamalkan poligami yang aman tenteram ini.
Bila Tuhan sudah datangkan seorang pemimpin seperti beliau ke muka buminya, ertinya penyelamat dari Tuhan sudah pun berperanan.
Siapa mahu selamat dunia dan Akhirat hendaklah mencarinya dan kemudian berbai’ah padanya dan taat padanya.
Sementelahan dunia, khususnya Malaysia, sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius.
Wibawa Melayu sangat jatuh, politik demokrasi sedang digugat oleh pejuang-pejuangnya sendiri.
Maka jalan keluar amatlah diperlukan. Lalu kami atas nama Allah dan Rasul, memberani-kan diri untuk menawarkan pemimpin kami sebagai alternatif dan jalan keluarnya.
Kami tidak sedikit pun bermaksud untuk mencabar sesiapa. Ini bukan bererti gila kuasa atau merampas kuasa. Ia bererti Tuhan sedang proses kita semua untuk menerima jadual Allah secara rela, di waktu jadual-jadual kita yanglain nampaknya tidak begitu berhasil dan sering mengecewakan.
Urusan selanjutnya kami serahkan kepada Tuhan kerana Dialah yang telah membuatkan kami melakukan semua itu.
Kalau bukanlah kerana cinta dan takutkan-Mu ya Allah, masakan kami sanggup memperjuangkan sesuatu yang entah apa pula risikonya ini.
————————————————————————————————————————————-
VIDEO 2
A SHORT BIOGRAPHY OF A MUJADDID
ABUYA ASHAARI MUHAMMAD,
THE MIRACULOUS LEADER OF HIS TIME
1. As an Islamic organisation based in Malaysia with branches all over Asia and other parts of the world, Rufaqa certainly has a leader with extraordinary qualities. This leader has struggled for the last 40 years and has proven his extraordinary, in fact miraculous capabilities to the world.
There are two characteristics shown in his leadership, distinguishing and making him different from the rest of the world leaders.
i. His struggle has developed a living system which can be described as a protective system; a system that is capable of being a model and alternative to all other failing systems in the world today that are endangering humanity.
ii. Despite having to confront a thousand and one challenges and hurdles from his various opponents who are tirelessly trying to obstruct his activities - he has miraculously however, overcome all those. And today, his struggle prevails formidably with dignity. Seeing and being part of all these, his followers are confident to say that for this era or period, he is the one mentioned by our beloved Prophet:
“There will appear at the beginning of every 100 years, a Mujaddid (reformer) who will reform the religion.”
2. This remarkable leader whose organisation was previously named Darul Arqam has bravely and clearly conveyed his triggering message about the arrival of the great world leader, Imam al Mahdi to the world, especially his own country, Malaysia.
From his vehemence, he appears totally fearless of taking any risk of any kind and magnitude. He strives pragmatically to form his organisation the foundation of the caliphate system that awaits the arrival of the prophesied Imam al Mahdi, the saviour of the world towards the end of time.
Without tangible proofs though, it seems inevitable that he would falter with his extremely controversial vision.
Amazingly though, the results prove otherwise, whereby he in turn manages to influence his country and the world over about the coming of Imam al Mahdi in the very near future.
His amazing accomplishment in undertaking this mission reminds us of the Prophet’s words:
From Thauban r.a., Rasulullah SAW has said,
“there will appear the black banners (force) from the East, their (the followers) hearts are like steel plates (brave souls).
Whoever hear of them should find a way to reach them and submit to them even if they have to crawl over the snow.”
3. The Rufaqa leader has also proven to his nation, his capability to lead and guide the Malays, namely, his own followers, turning them from a lesser into a new ethnic that possesses commendable characters as described by the Prophet:Translation:
” I’m longing for a thoifah from among my followers who comes after my time, at the end of time, and they are my Ikhwan.
They do not get to meet me but they love me deeply more than their love for their children and parents.
They read the Al Quran and believe in all its contents.
They emulate the characters of the Prophets, following the lives of the Siddiqin and they seem to be strangers among the normal Mukmin.”
4. Another peculiarity, this Rufaqa leader often makes predictions about the future world politics, and especially that of Malaysia.
Often too many, his predictions prove to become true. The fate of the world and its people, all seems to be in his knowledge.
Truly, he is ordained with prophetic vision, more accurate than any others’ including that of top intelligence service. This miraculous ability thus further convinces his followers that he is the Sohibuz Zaman - the (virtual) ruler of the world.
5. To most - if not to all - to be detained under the Malaysian Internal Security Act (ISA) means the end of one’s career or struggle, but for this scheming leader, ISA has helped him extend his influence over the police and intelligence community. Yet another proof that this man is no ordinary leader, but a leader bestowed with miraculous power (karamah) by Allah.
His followers believe that this power comes from Aurad Muhammadiah, also known as `the supreme zikr’ practised by him since his childhood days.
6. Abuya Ashaari Muhammad displays characteristics identifiable only to holy leaders of Truth sent by God for every era, convincing those who know him even more, that he is the one sent for this period. If he was not the God-sent leader, how could the following be possible for him:
—————————————————————————————-
i. His extensive knowledge is gained directly from Allah
ii. His unlimited sustenance is provided by Allah
iii. His power of leadership is not gained by elections, but from Allah
iv. He surpasses grave tests and survives like the dead coming again to life
v. Those who love, love him dearly; those who loathe, loathe him extremely
vi. His influence spreads over all countries and nations
vii. His followers are few but possess great influence
—————————————————————————————–
7. While the whole world is undergoing endless crises in monogamous marriages, this Rufaqa leader is living blissfully with his wives in a polygamous marriage. Many of his children and followers too are peacefully and blissfully practising polygamous marriages.
‘When God has sent a leader like him to this earth, it means a saviour from God has come to lead.
Those who wish to gain safety both in this world and the Hereafter, they have to seek him and submit to him and become his obedient followers.
8. While the world and specifically Malaysia are facing leadership crises, while the dignity of Malays is being gravely tarnished, and democracy in politics is being challenged by its own followers, a solution is badly needed.
Hence, we, in the name of Allah and His Messenger, offer our leader as the alternative and the only solution. We do not have the slightest intention to challenge anyone.
We are no power-cravers nor do we want to take over the country’s leadership. What this means is that God is processing our hearts to follow His plan, when all our own plans and efforts have proven to be unsuccessful and at times very frustrating.
What would happen in the future, we leave the matter wholly to God for He is the One who has willed us to do all these.
If it is not for the love and fear of Thee, O Allah, we could not have the courage, let alone the strength to put forward something so different and risky.O Allah, in the name of Thy Noble Messenger, please help us in this undertaking. Ameen O, Allah. Thank You.
—————————————————————————————————————————————–
VIDEO 3 - The STAR 2006
Serba sedikit mengenai perniagaan Rufaqa Coorporation.
WANG BUKAN MODAL UTAMA DAN PERTAMA
Bandar Country Homes suatu masa dahulu adalah sebuah bandar yg boleh dikatakan mati, kawasan tu kalau orang hendak pergi pun takut, tapi lihatlah sendiri hasilnya, ilham seorang bangsa melayu yg kuat jiwa, besar cita-citanya, menjangkau dunia.
courtesy of CintaAgung
—————————————————————————————————————————
VIDEO 4
AL ARQAM BERKUBUR, RUFAQA BERKUBU…[ A HISTORICAL PROFILE OF RUFAQA COORPORATION - composed by Abuya Ashaari Muhammad, narrated by Khadijah Aam]
Bahagian 1
Bahagian 2
————————————————————————————————————————————–
Rufaqa’ Corporation telah didaftarkan sebagai syarikat perniagaan pada tahun 1997 oleh bekas pemimpin Al-Arqam Ustaz Haji Ashaari Muhammad bersama dengan ahli keluarganya.
Berbeza dengan ABIM, PAS dan JIM yang mengambil koperasi sebagai wadah perniagaan Islam mereka, Ustaz Ashaari Muhammad memilih syarikat perniagaan sebagai wadah melanjutkan usaha perniagaan Islam yang diasaskannya melalui gerakan Al-Arqam dahulu.
Perniagaan Al-Arqam yang telah bermula pada tahun 1997 dan telah berkembang ke peringkat antarabangsa telah turut musnah dengan pengharaman Al-Arqam di Malaysia pada tahun 1994. Selepas pengharaman ini, bekas-bekas ahli Al-Arqam di Malaysia berpecah kepada empat kumpulan.
Pertama,
golongan yang hilang keyakinan terhadap perjuangan Islam cara Al-Arqam;
kedua, golongan yang tinggal di atas pagar dan mengambil sikap tunggu dan lihat di mana ada keuntungan;
ketiga, golongan yang terus yakin dengan perjuangan Islam tetapi berdiam diri kerana tidak mampu meneruskannya; dan
keempat, golongan yang yakin dengan perjuangan Islam dan terus mengekalkan cara hidup Islam walaupun hanya di peringkat keluarganya, umpamanya dengan mengekalkan pengamalan syariat dan tarbiyyah, membaca dan menghayati Al-Qur`an dan Hadith, mempelajari dan mengamalkan ilmu fardhu `ain dan sebagainya.
——————————————————————————————————————————-
Rufaqa` Corporation lahir dari golongan yang keempat ini, yakni dari keluarga bekas pemimpin Al-Arqam Ustaz Haji Ashaari Muhammad sendiri.
Dengan empat orang isteri, 35 orang anak, 26 orang menantu dan 123 orang cucu, Ustaz Ashaari Muhammad mempunyai cukup tenaga untuk memulakan perniagaan Rufaqa`.
Apabila syarikat Rufaqa’ Corporation didaftarkan, Ustaz Ashaari Muhammad sendiri menjadi Pengerusi Eksekutifnya manakala beberapa orang anak dan menantunya menganggotai Lembaga Pengarahnya.Seperti Al-Arqam, Rufaqa’ juga berpegang kepada tujuan perniagaan sebagai hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak dengan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT melalui niat dan kaedah pelaksanaan yang betul.
Bagi Rufaqa’, perniagaan mempunyai syariat dan ibadahnya yang sangat luas.
Umpamanya disebutkan bahawa melalui perniagaan, mereka akan mendapat kawan, memberi khidmat kepada masyarakat, mendirikan kerjasama, memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidup, menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam, mengumpul pengalaman sama ada dari segi pengurusan, mengenal tempat, barangan dan sebagainya, melatih dan mengamalkan sifat sabar, berlapang dada, bertolak ansur, memberi dan meminta maaf, berlebih kurang, bersimpati, memajukan agama, bangsa dan negara, berpeluang mengeluarkan zakat, dan menyediakan peluang pekerjaan.
Secara lebih tersusun, tabloid bulanan Rufaqa`, Ana (Mac 2001:7), menyenaraikan dua belas peluang tujuan berniaga seperti berikut:
1- Dapat berkhidmat dan menyediakan khidmat kepada masyarakat;
2- Dapat menyediakan makan minum serta keperluan asas yang halal;
3- Dapat menjalinkan hubungan persahabatan di antara penjual dan pembeli;
4- Dapat bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain;
5- Dapat belajar untuk bertolak ansur dan mengalah dengan orang;
6- Dapat melatih diri untuk sabar serta berharap kepada Allah SWT melalui ujian di dalam perniagaan;
7- Dapat berlatih untuk berlapang dada dan memaafkan orang dalam menghadapi karenah pelanggan;
8- Dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai;
9- Dapat membantu memasarkan barangan orang Islam;
10- Dapat menegakkan syiar Islam melalui kemajuan yang dibangunkan melalui perniagaan;
11- Dapat membantu fakir miskin serta orang yang memerlukan; dan
12- Dapat menunaikan kewajipan zakat.
Di samping itu, Rufaqa` juga menekankan dengan jelas kepada sistem ekonomi Islam yang menjadi teras kepada perniagaannya.
Menurut Rufaqa`, sistem ekonomi Islam mengandungi landasan yang dasarnya Islam (tanpa riba, tanpa penipuan, tanpa spekulasi dan sebagainya).
Dari segi bathinnya pula, ia mempunyai niat kerana Allah SWT supaya aktiviti ekonomi itu boleh menjadi ibadah.
Matlamatnya ialah untuk membangun yang didorong oleh iman, sama ada dalam bentuk maknawiyah seperti pembangunan insaniah dan akhlak mulia, atau dalam bentuk maddiyah seperti mendapat keuntungan dan sebagainya.
Dalam mencapai matlamat ini, perlulah ada alat dan kaedah mengikut keperluan di samping mencapainya secara bertahap-tahap dan mempunyai jangka masa tertentu.
Rufaqa’ juga menekankan bahawa sistem ekonomi Islam mesti membawa hati untuk bersama berekonomi agar mengambilkira tentang niat kerana Allah SWT dan sentiasa tunduk kepada Allah SWT.
Perniagaan dijadikan tempat saluran untuk melahirkan akhlak mulia, keuntungan dimanfaatkan untuk masyarakat, hubungan majikan-pekerja berdasarkan kasih sayang seumpama bapa dengan anak, setiap individu terbela, menghindar riba dan tidak menggalakkan hutang, bermodalkan pembangunan insaniah (iman dan taqwa), bermatlamatkan akhirat, meyakini sumber rezeki adalah dari Allah SWT dan boleh dikurniakan Allah SWT tanpa diduga, dan dibina di dalam suasana Islam.
Rufaqa` juga menganjurkan agar tidak berhutang kerana apabila berhutang, akan hilanglah kewibawaan, kemerdekaan, dan penghormatan orang kepada mereka.
Selain itu, aktiviti ekonomi Islam ini dibahagikan kepada tiga bentuk, yakni
ekonomi fardhu kifayah,
ekonomi strategi dan
ekonomi komersil.
Ekonomi fardhu kifayah adalah ekonomi bertujuan melaksanakan tuntutan fardhu kifayah agar dengan itu umat Islam mendapat keperluan yang dijamin halal dan suci di sisi Islam serta terselamat dari dosa.
Ekonomi strategi adalah ekonomi bertujuan mempamerkan kekuatan umat Islam misalnya dengan mempunyai rangkaian perniagaan seluas mungkin agar ditakuti dan dihormati musuh.
Ekonomi komersil pula adalah ekonomi bertujuan mendapat keuntungan agar dengan itu bukan sahaja taraf sosio-ekonomi pekerja dan umat Islam dapat ditingkatkan dan perniagaan dapat dikembangkan, tetapi juga dapat menampung kerugian yang mungkin dialami oleh ekonomi fardhu kifayah dan ekonomi strategi.
Walaupun Rufaqa’ merupakan kesinambungan kepada perniagaan Al-Arqam dan beberapa falsafah ekonomi dan perniagaan Al-Arqam masih diterima pakai kerana ianya berlandaskan kepada syariat Islam, namun dalam beberapa hal Rufaqa’ mempunyai perbezaan dengan Al-Arqam, seperti berikut:
1- Rufaqa’ adalah syarikat perniagaan sepenuhnya yang berdaftar dan bukan badan dakwah seperti Al-Arqam yang tidak berdaftar;
2- Mereka yang terlibat dengan Rufaqa’ mempunyai status sebagai pekerja, bukan sebagai ahli atau pengikut sebagaimana di dalam Al-Arqam. Mereka tidak perlu mencarum atau membayar apa-apa yuran, tetapi sebaliknya mereka menerima ganjaran di dalam bentuk gaji dan penyediaan keperluan-keperluan asas, dan sekali sekala mencari atau memberi sumbangan berbentuk kebendaan dan kewangan untuk merealisasikan sesuatu projek. Sebahagian dari pekerja Rufaqa’ adalah ahli-ahli keluarga Ustaz Ashaari Muhammad sendiri, manakala selebihnya adalah bekas-bekas ahli Al-Arqam dan orang-orang baru yang telah dididik;
3- Pekerjanya hanya 500 orang di seluruh Malaysia berbanding dengan Al-Arqam dahulu yang mempunyai lebih kurang 10,000 orang ahli;
4- Falsafahnya berdasarkan kepada perlunya menjadi rafiqul `ala (orang Allah SWT sepenuh hati dengan penghayatan yang sebenar dan mendalam), berbeza dengan Al-Arqam yang juga berhasrat memperkuatkan hubungan dengan Allah SWT tetapi lebih secara teoritikal daripada secara praktikal, terutamanya di hujung- hujung usianya; dan
5- Kaedah Rufaqa’ adalah berdasarkan kepada ilmu dan roh (hati) berbeza dengan Al-Arqam yang berdasarkan kepada ilmu dan aqal. Sekarang roh, atau hati dan kadangkala disebut juga oleh Rufaqa` sebagai fitrah, diutamakan lebih daripada aqal.
Roh, hati atau fitrah dikatakan sudah kenal dan mahu kepada semua yang baik-baik dan menolak semua yang tidak baik.Rufaqa’ percaya roh, hati atau fitrahlah yang membawa manusia rasa berTuhan dan merasakan dirinya dijadikan Tuhan, sentiasa berzikir kepada Tuhan, mematuhi suruhan dan meninggalkan larangan Tuhan, dan menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat.
————————————————————————————————————————————VIDEO 5
Penyelesaian Masalah Dunia
Download buku BUAH FIKIRAN SIRI 1 di sini :






Bagaimana cara saya dapat mendownload video2 di atas
Tuan dari Jakarta? Selamat datang…saya tak pasti samada bisa didownload guna situs ini..dapatkan URL nya di You Tube saya. Click di icon YouTube pada sudut kanan bawah video di atas.
http://www.hellopc.net/youtube_download/
Siapa ada cara yg bagus, bolehlah bantu di sini…
Sekadar berkongsi pengalaman,
“Mohamad Atok Arif Rifqi” boleh masuk
http://www.download.com
dan kemudian taip
“youtube grabber”
dalam search box…
download “Youtube Grabber 3.1″
pastu copy URL video di Youtube,
n paste dlm software..
InsyaAllah video akan disave dalam “C/Document n setting/user”
Ma’assalamah!
adakh cara ekonomi boleh kembangkan islam?adakah ia berkekalan?adakh ia sunnah rasullah?ana ingin belajar2 kenali islam dgn lebih mendlm
Ok..nanti kita bincangkan di blog ya..insyaAllah
Saya baru sedar page ni muncul kembali setelah sekian lama terkubur.
Alhamdulillah, insya Allah boleh menjadi tatapan kita bersama.
HISTORY IN THE MAKING..