Testimonial
——————————————————————
Sebahagian Laporan yg sempat dirakam di majlis
Peluncuran Buku ‘ Abuya Ashaari Muhammad, Pemimpin Ajaib di Zamannya’
Di Chamjuree Hall, Phuket Merlin Hotel, Phuket, Thailand
pada 30 Oktober 2006
1. Muhammad Adam – [Bahasa Thailand]
Penganjur Majlis
Pengarah Rufaqa Thailand,
Ketua Penasihat Islamic Phattana School
Mengucapkan terima kasih kepada En Damrung Sumal Yasakh,
Ahli Jabatan Undang2 Negara, KSU Syeikhul Islam, Pemangku Gabenor
Phuket dll.
Juga mengucapkan terimakasih kepada hadirin dari Malaysia,
Singapura, Indonesia, Jordan, Mesir, Syria, Amerika, Uzbekistan, Perancis dan Thailand yg datang meraikan acara, sekaligus meraikan majelis lebaran, berakhirnya 6 Syawal serta hari Vegetarian.
Islamic Phattana School telah ditubuhkan lebih 10 tahun, bermula pada tahun 1989.
Pada tahun 1999, ia telah diiktiraf oleh kerajaan Thailand. Pelajar2nya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Malaysia, Indonesia, Timur Tengah dll..
Sekolah ini juga telah dikunjungi Puteri Raja Thailand untuk melihat berbagai aktiviti serta mendapat pujian oleh Puteri atas usaha2 pembinaan insan dan materialnya sesuai dengan ungkapan Raja Thailand yg berbunyi :-
“ Bahawa mendidik akal mestilah disertai dengan mendidik jiwa [akhlak]”
Daripada teori kepada praktikal, menekankan pembinaan peribadi agung dan tamadun material..melalui program kasih sayang, semua lapisan masyarakat mengenali Islamic Phatanna School.
Cetusan program kasih sayang ini adalah cetusan idea Abuya Ashaari Muhammad sekaligus sebagai pengasas Islamic Phatanna School.
Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kasih Sayang.
Walaupun kami orang Thailand, kami sangat menghargai dan mengenang besarnya budi dan jasa beliau yang membuatkan kami dapat bersatu padu dan berkasih sayang.
Sebab itu buku beliau ini diterjemahkan kepada Bahasa Thai untuk menyampaikan cita2 beliau agar masyarakat sedunia dapat berkasih sayang dan aman harmoni.
Hari ini bukan sahaja kita dapat menyambut Hari Raya Idul fitri, bahkan merupakan hari yg sangat penting bagi murid2 dan pengikut Abuya untuk meraikan ulang tahun kelahiran Abuya Ashaari Muhammad.
Selain dari itu kami juga ingin mempersembahkan Nasyid Islam yg mengajak kita untuk berkasih sayang.
Melalui hiburan yg sesuai dgn fitrah yg akan dipersembahkan oleh duta2 remaja dari berbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia, Jordan dan Thailand.
————————————————————————————————————————-
2.Imam Ghazi Wang Boo [ Bahasa Thailand]
Ketua Persatuan Pelajar Lulusan Timur Tengah
Ketua Unit Keselamatan Orang Islam Thailand.
Dengan berbesar hati, saya sebagai kawan kepada penganjur majlis ini,
Ustaz Muhammad Adam yg mana saya bersamanya pernah belajar di Mesir dan Saudi Arabia. Hari ini saya dapat melihat bukti kejayaan dalam cara mendidik remaja…mereka dapat belajar agama..dan
Saya merasa gembira dengan kejayaan Abuya walaupun beliau orang Malaysia.
Kita sebagai orang Islam mestilah berukhuwah walaupun berbeda bangsa dan agama.
Saya mengucapkan terimakasih kepada saudara Muhammad Adam yg berpandangan jauh dan melihat pentingnya mengadakan majlis perpaduan seperti ini.
Rakyat Malaysia, Indonesia, Thailand dan Arab boleh bersatu dalam majlis di negara Thai pula.
Saya berharap majlis ini dapat menjadi suri teladan yg baik kepada kita.
Selepas ini kita mengharapkan sektor ekonomi dan pendidikan kita lebih meningkat lagi.
Terimakasih kepada Mawaddah yg menyampaikan mesej kasih sayang dalam berbagai bahasa Arab, Melayu, Thai.. yg seolah2 menyatukan hati2 yg berlainan bahasa.
Kejayaan majlis ini berpunca dari perpaduan dan kasih sayang. Kita mesti berkasih sayang sesuai dengan ucapan Raja Thai,
“ Rapat, Faham dan Membangun”
——————————————————————————————————————————-
3. Mr Phongsakh Traiweth [ Buddhist]
Timbalan Gabenor Phuket
Inilah kali pertama saya menghadiri majlis seperti ini dan hati kecil saya merasa amat kagum bila melihat perpaduan dan kesatuan dalam majlis ini. Lebih2 lagi di Phuket yg baru2 ini dilanda Tsunami. Semua kaum, agama dan bangsa saling bahu membahu & berkasih sayang, menjadikan Phuket ini dibangunkan semula dari sudut kemasyarakatan dan ekonomi.
Sebagai orang Phuket dan mewakili masyarakat Phuket, saya mengucapkan terimakasih kepada semua yang membangunkan Phuket dengan laju.
Akhirnya saya mengucapkan agar semua orang berbahagia dan berkasih sayang selama2nya.
—————————————————————————————————————————-
4. Ucapan Perasmian
Mr Damrung Sumal Yasakh [ Muslim]
AJK Perundangan Negara
KSU Syeikhul Islam Thai
Mewakili Menteri Dalam Negeri & Syeikhul Islam
& General Phalang Kulklahan- jurucakap tentera darat Thai
Saya menyampaikan ucapan salam daripada Syeikhul Islam kepada semua yg hadir di majlis ini.
Saya merasa mendapat penghormatan bila dijemput untuk hadir ke majlis yang agung ini.
Penganjur majlis ini, Ustaz Muhammad Adam saya sudah kenal lama & saya sangat suka dengan beliau. Beliau mendapat banyak anugerah dari Allah seperti boleh bercakap banyak bahasa: Arab, Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Juga pakar komputer, setiap kali ke pejabat Islam, saya minta tolong dia setkan komputer.
Saya berbesar hati dapat hadir ke majlis ini, ia sebahagian dari amal solah.
Kita dapat bertemu bersama2, inilah ajaran Islam, kita boleh berbincang
[mesyuarat], boleh bertukar fikiran. Dan saya juga dapat membaca sejarah Abuya Ashaari Muhammad. Beliau adalah seorang pejuang, bersungguh2 menyebarkan kasih sayang, tidak kira agama, bangsa dan negara.
Di saat ini saya berdoa kepada Allah, semoga kita semua yang hadir di majlis ini diberi kesihatan lahir, hidup bahagia, semoga seluruh fikiran kita——-iman dan taqwa.
——————————————————————————————————————————–
Wawancara Tetamu
5. Mr Lee [ Ahli Korporat dari Malaysia]
Saya belum membaca [buku] lagi tetapi yang saya dengar dan lihat , video itu memang hebat…pada masa ini…. sebab dunia sedang kelam kabut, pemimpin demokrasi tidak dapat di [percayai?]——Kita menunggu pemimpin yang baik itu sahaja [datang]….
6. Kamarussamad [Ahli Korporat dari Indonesia & ketua KPNI]
Saya belum lagi membaca buku itu tetapi malam ini membuktikan bahawa memang benarlah Abuya itu pemimpin ajaib di zamannya. Kenapa?
Kerana malam ini [beliau] diperbincangkan oleh banyak orang, bahkan ulangtahun beliau dihadiri oleh tetamu dari seluruh negara, dirasakan kewibawaan dan kemuliaannya oleh para tetamu sekalian, sedangkan beliau sendiri tidak hadir di tengah2 kita.
Tuhan menunjukkan [bahawa] memang ajaiblah pemimpin Abuya kita ini.
Saya kira itu kesan saya..sekaligus saya menyampaikan selamat ulang tahun kepada Abuya Ashaari Muhammad Sahibulzaman.
7. Bambang Trim [ Wakil Daarut Tauhid, Indonesia]
Alhamdulillah pada malam ini kami merasakan sesuatu yg luar biasa. Saya mewakili dari Indonesia, dari Daarut Tauhid, dari Kiayi Abdullah Gymnastiar, menyampaikan salam hormat yang sebesar2nya pada Abuya Ashaari Muhammad serta keluarga.
Alhamdulillah kami menyaksikan sesuatu yang luar biasa dengan peluncuran buku ini. InsyaAllah buku ini [akan] menjadi sesuatu daya penarik bagi sesiapa yang belum mengenal Abuya dan moga2 buku ini menjadi inspirasi terutama bagi seluruh umat Islam [mengenai] seorang pemimpin yg akan berjaya di masa depannya.
Terimakasih sekali lagi, semoga acara ini bisa sukses dan menjadi motivasi & inspirasi bagi kami untuk masa depan yg lebih gemilang.
8.Jeneral Suphod Preksa [ Jeneral Tentera Laut Bahagian Selatan Thailand]
Ini kali pertama kami menghadiri program seperti ini. Kami sangat kagum dengan program ini..ia menyatukan kelompok2 dan agama.
Walaupun ini program orang Islam, vegetarian pun dapat menghadiri program ini, kami dalam agama Buddha pun dapat sama menghadiri majlis ini untuk melahirkan kasih sayang.
9. James Mabey [Foreign Affairs Strategist] American
It is actually very impressive, to hold an event which is put together very professionally, with especially good and important message for the time that we are ini now.
I think the message that he teaches us is a very important message for the people of the world today.
I think there is a lot we can learn…for people with many different faith..because the idea of love and companionship is very2 important.
10.Suphot Saguankittipan [ Ketua Kementerian Kebudayaan Phuket]
Saya rasa program malam ini sesuatu yg luar biasa dan baru bagi kami..program ini sangat besar. Program ini memberitahu kita bahawa Abuya adalah pemimpin yang dihormati oleh masyarakat dan cara hidup beliau menjadi contoh yg baik kepada generasi yg akan datang.
Program kasih sayang ini merubah pandangan kami orang2 Buddha terhadap orang2 Islam.
Sebelum ini saya ingat mereka tiada hiburan, tetapi sekarang saya tahu Islam pun ada hiburan yang ada batasannya, dan dalam program ini juga, menggambarkan Islam itu tidak jumud, dan tidak tahu apa2….tetapi sebenarnya mempunyai hiburan yg sangat menonjol.
11.Chian Siereng [Pengarah Pendidikan Phuket]
Sekarang ini masyarakat Islam sudah mula bermasyarakat, perkara yg penting kerana membawa kasih sayang sesama manusia.
Ini cara yg baik untuk menjadikan dunia ini aman damai dan berkasih sayang.
———————————————————————
Majelis Acara Peluncuran Buku Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya dengan jayanya telah diadakan di Grand Ballroom, Sultan Hotel, Jakarta pada 23 November 2006.
Allah Tuhan Yang Maha Baik, telah menggilirkan di kalangan bangsa2 baik di Barat mahupun di Timur untuk menguasai dunia.
Allah jugalah yang telah menaikan dan menurunkan kedudukan hamba2Nya.
Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW sadiqul masduq yg telah menuturkan khabar gembira tentang kebangkitan Islam di akhir zaman dari bumi sebelah timur.
Ucapan Perasmian oleh Adyaksa Dault
Menteri Negara Pemuda dan Olahraga - MENPORA
Republik Indonesia
Yang saya hormati, pimpinan Rufaqa Internasional, Ustaz Nizamuddin beserta isteri, pimpinan Rufaqa Indonesia, yg juga sahabat saya Dr Abdurrahman Effendi dan Dr Gina yang kami saling berdiskusi.
Panitia penyelenggara peluncuran buku dan para senior yang hadir serta duta2 besar dari negara sahabat, Bapak Adi Harsono yang saya akrab dengan dia dan memanggilnya Mas Adi, tokoh ekonomi kerakyatan Indonesia yang tetap gigih berjuang sampai hari ini.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah yang sentiasa melimpahkan hidayah, rahmatNya dan berkahNya sehingga kita semua dapat menghadiri acara peluncuran buku ini.
Saya merasa berbahagia dapat berkesempatan meluncurkan buku AAMPPADZ yg ditulis oleh isteri beliau ibu Khadijah Aam.
Abuya Ashaari Muhammad adalah seorang pemimpin yang telah memberikan inspirasi dan motivasi bagi umat Islam di berbagai dunia untuk berani menentang kezaliman yang dapat membahayakan kehidupan manusia. Beliau juga sosok pemimpin yang kokoh dalam menghadapi segenap rintangan dan hambatan yang menghalangi kegiatan dakwah, melalui pikiran dan tindakannya.
Beliau melakukan pelbagai perubahan untuk menyelesaikan permasalahan2 umat pada masa ini. Abuya Ashaari Muhammad adalah pemimpin sebuah jemaah Islam yang berpusat di Malaysia, Alhamdulillah pada hari ini memiliki cabang terbanyak di negara Asia dan di bahagian dunia lainnya, termasuk di dalamnya Indonesia.
Sebagai pemimpin, beliau telah berjuang selama 40 tahun dan telah membuktikan kepada dunia kemampuannya yang luar biasa. Perjuangan beliau telah melahirkan sistem hidup yang dapat dikatakan sebagai sistem yg dapat menyelamatkan umat manusia pada hari ini, yang mampu menjadi model dan alternatif bagi sistem2 di dunia saat ini yang sedang mengalami kehancuran serta membahayakan kehidupan umat manusia.
Sistem dan model yg berkuasa misalnya materialisme dan hedonisme telah merusak nilai yang akan menghantar dehumanisasi, kerusakan moral, dan kerusakan lingkungan adalah petanda dari kerusakan daya sistem yg ada sekarang ini.
Di tengah hal ini semua, sistem alternatif yang digagas dan dilakukan Abuya Ashaari Muhammad dapat diapresiasikan sebagai landasan membangun dunia yang harmonis dan tidak merusak kerana degradasi dan demoralisasi yang parah. Inilah yang dinamakan masyarakat madani.
Tindak tanduk Abuya Ashaari Muhammad patut diteladani oleh kita semua, sebagai pemimpin beliau tegas dan rela berkorban untuk membela dan melayani kepentingan umatnya.
Langkah2 perjuangannya menolong umat Islam agar menjadi umat yang terhormat dan mandiri, berwibawa serta teguh.
Pada malam ini kita saksikan pengakuan dari isteri beliau bahawa beliau tidak meng’claim’ bahawa beliau adalah pemimpin dunia, bahkan serentak berdiri dengan tiba2 ketika disebut kedatangan Imam Mahdi nanti. Beliau mengatakan adakah beliau harus berdiam diri untuk menunggu datangnya seorang Imam Mahdi nanti?!-saya harus berbuat! Jadi artinya beliau adalah seorang mujaddid yang tidak mempamerkan dirinya adalah mujaddid.
Itulah yang sesungguhnya yang terdapat dari pemimpin umat yang lahir, yang pengakuan itu bukan dari dirinya tetapi dari umat Islam yang ada. Jadi ini adalah hal yang patut kita contohi .
Sebagai pemimpin tentunya beliau tempatnya adalah sebagai mujaddid dan kita sudah sama2 harus mengerti tetapi beliau pun mengakui bahawa daripada berdiam diri, marilah kita berbuat sesuatu untuk menyambut kedatangan Imam Mahdi dan perbuatannya sangat panjang dan Alhamdulillah hari ini berbuah hasilnya. Semua ini dilakukan semata2 kerana redha kepada Allah
Tetapi kita harus mengerti bahawa Abuya adalah manusia biasa yang juga ada kekurangan2 dan kelemahan2nya sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al Kahfi ayat 11 0, ayat terakhir kepada Nabi Muhammad SAW, “ Katakanlah Nabi Muhammad adalah manusia biasa tetapi ada wahyu yang turun kepadanya”
Dan insyaAllah Abuya tidak pernah mempamerkan dirinya seorang Mujaddid tetapi kita yang mengakuinya bersama2 bahawa beliau adalah mujaddid kerana perjuangannya yang ikhlas di dunia Islam. Dan ini yang harus kita pertahankan.
Bahawa insyaAllah di dalam hidup kita ini, akan lahir Abuya2 yang akan meneruskan perjuangan Islam sampai datangnya Imam Mahdi dan insyaAllah membawa keselamatan bagi umat Islam sedunia.
Akhirnya saya berharap , apa yang ditulis dalam buku ini dapat dijadikan pencerahan dan sumber inspirasi bagi kita semua dalam mengimplementasikan kehidupan yang lebih baik sehingga tataan dunia ini tidak lagi carut marut dengan huru-hara, peperangan dan bala bencana di mana2.
Bacaan Doa ALFATIHAH untuk Abuya Ashaari Muhammad
Sebelum saya tutup, izinkan saya [saya sudah minta izin dari Dr Abdurrahman] untuk mari kita sama2 bacakan suratul Fatihah pada Abuya Ashaari Muhammad,
agar beliau dipajangkan umurnya oleh Allah SWT dan kepada kita semua insyaAllah diberikan kekokohan iman dan istiqamah dalam perjuangan hidup ini, tidak materialisme, tidak mengejar jabatan tetapi semata2 kita mencari redhanya Allah SWT.
Oleh kerana saya mohonkan keikhlasannya, kita kirimkan doa suratul Fatihah buat Abuya Ashaari Muhammad agar dipanjangkan umurnya oleh Allah SWT, diikhlaskan niatnya, insyaAllah umat Islam di Indonesia, dan juga di dunia, bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, tetapi di dunia akan memperoleh kemenangan sebagaimana janji Allah SWT.
AL FATIHAH
Ya Allah ampukanlah dosa2 kami, dosa2 org mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat, yang msih hidup mahupun yang telah meninggal. Ampunkan dosa2 kami, dosa2 kedua orang tua kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani kami sedari kecil.
Ya Allah, Engkau Zat yang paling dulu, tiada permulaan, Engkau Zat yang paling akhir, tiada akhiran, Kau berdiri sendir, Kau Maha Mulia, Kau Maha Pemberi Rezeki, Kau beri kekuasaan kepada siapa yang Kau kehendaki, Kau muliakan sesiapa yang Kau kehendaki, Kau hinakan siapa yang Kau kehendaki.
Ya Allah, pada malam ini kami bersyukur segala nikmatMu Ya Allah, dalam peluncuran buku AAMPPADZ kami mohon keredhaanMu agar Kau panjangkan umurnya, kau kokohkan akidahnya, untuk berbuat yang terbaik buat umat Islam di dunia ini dan kami mohon keredhaanMu ya Allah agar kami umat Islam di yg berada di Indonesia ini dapat mengikuti jejak langkahnya sebagai pemimpin umat Islam pada hari ini yang sentiasa berpedoman pada ajaran2Mu melalui Rasul kami Muhammad SAW.
Ya Allah, Ya Aziz, Ya Rahman, Ya Mutakkabir, begitu banyak nikmat yang Kau kurniakan kepada kami, kau berikan kepada kami nikmat cahaya, dengan cahaya itu kami bisa menatap antara satu sama lain dan timbul rasa cinta kasih di antara kami.Engkau berikan kepada kami udara yang kami tidak tahu dari mana datangnya, tiba2 udara itu telah menjelma menjadi nafas kami.
Maka jadikan nafas kami, hari2 yg berikut - nafas yang selalu menyebut namaMu, Dan jadikan nafas yang terakhir kelak di dunia ini nafas yg menyebut namaMu. Jadikan kalimat yang terakhir keluar dari mulut kami ini kalimat La Ilah haillallah.
Jadikan periodisasi, penghujung kehidupan kami yang paling baik amalnya bagi kami, dan jadikan hari yg paling bahagia bagi kami karena dapat memandang wajahmu yang Maha Mulia di dalam syurgaMu Ya Allah.
Ya Allah, kabulkan doa kami
Ya Allah kami mohon kepadaMu Engkau beri kemenangan kepada umat Islam hari ini
Kau beri kedamaian bagi kami seluruhnya ya Allah
Ya Allah, jadikan pasangan2 dan anak2 kami permata hati kami dan jadikan mereka pemimpin2 yg bertaqwa,
Ya Allah, telah banyak ulama yang baik dan istiqamah yang Engkau cabut nyawanya, maka kami mohon kepadaMu agar lahirkan ulama2 baru yg istiqamah di dunia ini dan salah satu antaranya anak2ku , anak2 kami.
Telah banyak orang kaya yang bersyukur yang kau cabut nyawanya, maka kami mohon keredhaanMu agar kau lahirkan orang kaya bersyukur dan antaranya adalah putra2 kami.
Ya Allah pada malam ini, kami mohon Kau panjangkanlah umur ulama2 kami yg istiqamah yang berjuang di jalanMu dan salah seorang daripadanya adalah pemimpin kami, Abuya Ashaari Muhammad. Kami mohon kepadaMu agar Kau panjangkan umurnya
Ya Allah..agar banyak bermanfaat untuk agamaMu demi syiar Islam dan tegaknya Islam di dunia pada hari ini.
Jauhkan kami dari balaMu yang besar,
jauhkan kami dari bertemunya dengan kecelakaan,
jauhkan kami dari takdirMu yg buruk,
jauhkan kami dari orang2 yg dengki kepada kami
jauhkan kami dari gembiranya musuh2 kami
jauhkan kami dari hati yang tak khusyuk
jauhkan kami dari doa yg tak diterima
jauhkan kami dari ilmu yg tak bermanfaatjauhkan kami dari kesombongan dengan jabatan dan kekayaan yg sementara ini
serta jauhkan kami dari kehinaan kerana kemiskinan.
Ya Allah jika tiba masanya kelak, Kau cabutlah nyawa kami dalam keadaan husnul khatimah, jangan Kau cabut nyawa kami dalam suul khatimah
Dan jadikan kami yg hadir di ruangan ini insyaAllah akan bersama2 dalam syurga Jannatul Firdaus bersama turunan kami.
SELESAI
Sebahagian Wawancara dengan tetamu di Majlis Peluncuran Buku di Jakarta.
Erick - Pendeta Kristian
Nama saya Erick, saya seorang pendeta dan saya baru pertama kali diajak ke tempat ini. Saya melihat suasana yang cukup akrab dan cukup baik. Juga tayangan2 yang disajikan cukup menarik. Saya melihat ternyata yang dia merupakan dapat dikatakan orang yang memiliki hati yang sangat besar. Hati yang mahu mengasihi banyak orang dan itu sangat luar biasa.
Reza Syarif - Supertrainer
Alhamdulillah, program ini saya bilang, kalau dikalimatkan ..it’s powerful and meaningful…sangat memberikan suatu pencerahan bermakna, memberikan satu energy dan charging buat kita semua, sehingga keluar dari ruangan ini kita masih bisa menjadi lebih baik dan yakin bahawa tidak bisa kita hidup menyelesaikan masalah hanya sendirian.
Kita butuh tangan Tuhan dan kita sudah banyak belajar dari orang yang mendapatkan pilihan dari Tuhan iaitu Abuya.
Disebutkan dalam satu ungkapan hadis, di antara ciri orang2 soleh itu, ketika engkau memandang wajahnya membuat engkau ingat pada Tuhan, ketika engkau mendengar ucapannya, penuh dengan hikmah, ketika engkau melihat dia beribadah, ia mengingatkan akhirat.
Ketiga2nya saya dapatkan ketika saya mampir bermalam di rumah beliau menyaksikan secara langsung, bertatapan wajahnya, mendengarkan ilmu dari beliau, kemudian beribadah. Itu saya rasakan semuanya.
Saya sebagai seorang trainer, sebagai seorang motivator yang sudah banyak membincangkan motivasi pada setiap orang bermula dari keluarga paling bawah, sampai ke Presiden sekalipun, Alhamdulillah saya tak punya perasaan gentar, tak punya perasaan minder menghadapi mereka.
Tetapi berhadapan dengan orang soleh, saya merasa gentar, terutama salah satunya kepada Abuya. Rasanya ada semacam rasa kecil di hadapan beliau dengan kesolehannya, yg membuatkan kita berasa sangat minder di hadapan beliau. Dan saya banyak belajar dari beliau tentang masalah hidup ini.
KRISIS, buat orang yang di kepalanya hanya berfikir bahawa semua itu bisa diselesaikan dengan tangan manusia, omong kosong!…
Problem itu yang memberikannya Tuhan, maka yang tahu solusinya adalah Tuhan. Jadi kalau manusia itu menyelesaikan problem dengan caranya sendiri tidak bisa. Jadi kita harus menyelesaikan problem itu dengan cara Tuhan.
Siapa yang bisa melakukannya? Orang yang dipilih Tuhan yang dapat meyelesaikan dengan caraNya.Ya, orang2nya Tuhan [Rijalullah].
Foto2 Majlis Pelancaran Buku Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya
—————————————————————————————–






Assalamualaikum,
Benarlah apa yg di sebut oleh tuan webmaster, banyak sgt perkara negatif tentang abuya berupa fitnah dan tohmah yg tak henti2 dihamburkan di media arus perdana/media rasmi dari dulu hinggalah sekarang ni. Semakin Abuya diperlakukan sebegitu semakin terserlah pula kebenaran yg Abuya bawa. Inilah kuasa Tuhan yg Maha Bijaksana, diperlakukan sebegitu rupa kepada hambanya supaya hambanya itu bertambah dekat padaNya dan dlm masa yang sama mendedahkan tembelang sebenar musuh2 Abuya ASZ. Tuhan sentiasa menunjukkan kebenaran kerana kebenaran itu adalah hanya dari Tuhan.
-Terasa benar didikan Abuya mendidik diri ini. Bahkan barokahnya terasa sentiasa mengalir tanpa henti2. Manakan tidaknya, aku sendiri yang merasainya. Tipulah kalau aku menafikannya. Ajaib sungguh, walaupun bukannya aku selalu berdamping dengannya tapi terasa dia sentiasa bersama untuk sentiasa mendidikku.
-Aku sangat yakin dengan janji Tuhan untuk kita di akhir zaman ini. Abuyalah yg mendidikku untuk meyakininya. Allahlah yg mencampakkan rasa yakin itu dengan barokah mursyidku itu.
-Ya Tuhan Engkaulah segala galanya. Inilah yg sentiasa didik oleh Abuya. Sebelum ini aku hanya tahu Tuhan itu ada tapi tidak merasa Dialah segalanya. Abuya mendidikku merasai rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Terkesan sungguh hatiku dengan cara didikan Abuya. Tauhidku bertambah mantap. Cintaku padaNya sentiasa meningkat hasil didikan Abuya.
-Terima kasih Tuhan yang telah menganugerahkan Abuya kepada kami untuk mendidik kami. Terima kasih Tuhan Kaulah Segalanya buat kami.
-Wahai Tuhan kami selamatkanlah kami dan ibubapa kami yang banyak jasanya kepada kami. Selamatkan Abuya, keluarga serta jemaahnya. Engkau segerakanlah terjadinya janjiMu untuk umat akhir zaman ini. Datangkanlah segera pembela.
Perkenankanlah permintaan hambaMu yg terlalu kotor dan hina ini. Amiiin
KENYATAAN SYEIKH TAREQAT RIFAIYAH TENTANG USTAZ ASHAARI.
SYEIKH TAREQAT RIFAIYAH BAI’AH KEPADA ABUYA WAKILI RATUSAN RIBU PENGIKUTNYA.
Amman, Jordan – Syeikh tareqat Rifaiyah, Syeikh Nasiruddin, mewakili seluruh muridnya yang berjumlah ratusan ribu, berbai’ah sebagai murid kepada Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi dengan menukar amalan tareqatnya kepada Aurad Muhammadiah.
Beliau mengucapkan bai’ah kepada Abuya dan menukar amalan tareqatnya kepada Aurad Muhammadiah di hadapan wakil-wakil Abuya yang diketuai Ustaz Fakhrur Razi Ashaari At Tamimi pada zaman Al Arqam dahulu.
“Mulai sekarang, saya murid kepada Abuya. Tiada apa-apa lagi yang ada pada saya.” Kata Syeikh Nasiruddin yang dilahirkan di Quds.
Mengenai Abuya, beliau berkata: “ Abuya seorang yang mahfuz (terpelihara dari maksiat) dan merupakan sohibuz zaman (penguasa zaman ini).”
Sebelum bertemu wakil Abuya, beliau banyak mendengar tentang Abuya dan Darul Arqam daripada bekas anak muridnya Syeikh Mustafa, Imam Masjis Suhaib ibnu Sinan di Jordan yang telah lebih dahulu mengambil ijazah Aurad Muhammadiah daripada Abuya pada akhir 1993.
Walaupun mempunyai ratusan ribu murid dan merupakan pewaris keempat Tareqat Rifaiyah yang diasaskan oleh Imam Rawas, Syeikh Nasiruddin kurang mengijazahkan wirid tareqat itu sejak lebih 10 tahun lalu.
Hatinya tidak lagi terdorong untuk berbuat demikian, malah beliau memberitahu murid-muridnya bahawa mereka perlu berbuat sesuatu kepada Tareqat Rifaiyah.
“Rupa-rupanya Allah hendak kosongkan fikiran saya untuk diisi dengan Minda Abuya.”
katanya.
Pada malam selepas pertemuannya dengan wakil Abuya, Syeikh Nasiruddin bermimpi bertemu dengan Imam Rawas.
Dalam mimpinya itu, beliau meminta maaf kepada Imam Rawas kerana meninggalkan amalan tareqat itu dan berbaiah dengan Abuya, lalu dijawab oleh Imam Rawas, “Bukankah sudah kutulis dalam kitabku, dialah (Abuya) orang yang aku maksudkan.”
Imam Rawas telah menyebut dalam sebuah kitab karangannya bahawa pewaris keempat Tareqat Rifaiyah akan bertemu dengan pembawa kebenaran yang akan membawa kepada Imam Mahdi.
Syeikh Nasiruddin yakin Abuya merupakan pembawa kebenaran yang dimaksudkan oleh Imam Rawas.
Beliau menunjukkan kepada wakil-wakil Abuya sebuah kitab Al Quran berusia 120 tahun yang ditulis tangan oleh Imam Rawas, sambil berkata bahawa beliau akan menyerahkan kitab Al Quran itu kepada Abuya sebagai tanda berakhirnya era Tareqat Rifaiyah di muka bumi ini.
Beliau juga memberitahu wakil Abuya bahawa beliau telah mendapat isyarat bertemu dengan Abuya lebih 4 tahun lepas.
Waktu itu beliau melihat Abuya sedang membangunkan sebuah bandar baru di celah-celah 2 bukit. Beliau menyatakan keinginannya bertemu Abuya, tetapi Abuya memberitahunya bahawa yang penting beliau berbuat untuk Islam.
“Waktu itu mungkin belum masanya tetapi sekarang saya menunggu-nunggu peluang untuk bertemu Abuya. Malah jika ada peluang, saya akan segera pergi berjumpa Abuya walau di mana sahaja, baik di China, di Rusia, di Asia Tenggara atau di mana sahaja.” kata Syeikh Nasiruddin.
Mengenai persediaan tapak ummah, beliau berkata: “Sekarang ini seluruh rijalul ghaib telah berkumpul di Malaysia.”
(Sumber: Siri Terkini Era Kasih Sayang; Penerbitan Hikmah 1994)
http://alarqam.blogspot.com/2006/12/kenyataan-syeikh-tareqat-rifaiyah.html
Admin Juga Manusia 2.0 ™Apalah Artinya Hidup Tanpa Pimpinan, Tiada Cahaya, Tiada Panduan
http://affanzbasalamah.wordpress.com/
Assalamu ‘alaikum wr.wb.
Ada posting teman saya Mas Indratmoko di milis ITB, terlalu bagus untuk tidak disebarluaskan. Mudah-mudahan ada manfaatnya.
Islam itu mudah.
Itulah Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah SWT.
Kalau Islam itu artinya harus hafal Al Qur’an dan harus hafal hadits, alangkah susahnya, tidak semua orang bisa, tidak semua orang mampu. Kalau Islam itu artinya harus mengerti tafsir Al Qur’an, alangkah sulitnya karena Professor dalam bidang Tafsir pun sebenarnya tak benar-benar faham tafsir Al Qur’an. Kita bicara tentang orang cerdas yang telah mendedikasikan seluruh waktunya untuk belajar Tafsir. Takkan semua orang Islam Allah tuntut untuk bisa seperti professor itu. Jadi dimana kemudahan Islam sebenarnya?
Kemudahan Islam adalah berada dalam keberkatan seorang pemimpin, seorang guru yang menyuluh kehidupan kita dengan Al Islam. Allah SWT pasti kirimkan pemimpin dan guru semacam itu pada kita semua, terlepas dari kita mau tahu atau tidak, mau menerimanya atau tidak. Pemimpin ini lah yang akan memperkenalkan kita pada Allah SWT, Tuhan kita, dia juga yang akan mengajari kita bagaimana menjaga adab pada Tuhan. Dia juga akan mendisiplinkan hidup kita agar terjaga keberkatannya: hidup ber-Tuhan, dimana Tuhan sentiasa dikenang, diingat, diharap-harap. Dia juga yang akan memberi kita solusi atas segala permasalahan hidup kita dan permasalahan masyarakat dan ummat Islam seluruhnya.
Ilmunya, kata-katanya adalah tafsir dari Al Qur’an dan hadits, diterjemahkan dalam bahasa orang biasa yang bisa ditangkap nalar [akal fikiran] orang biasa dan bisa diterima kemampuan praktek orang biasa karena sang pemimpin dan guru itu sendirilah yang pertama kali memberi contoh teladan ttg bagaimana mempraktekkannya. Dengannya tanpa terasa, hidup kita akan tersuluhkan dengan Al Qur’an dan hadits.
Kemudahan dan kejayaan orang Islam ternyata adalah dalam kehidupan berjemaah, memiliki pemimpin dan sekaligus guru yang bertaqwa. Pemimpin inilah penerjemah, penafsir dan orang yang mempraktekkan Al Qur’an sehingga Al Qur’an bisa di cerna dan dipraktekkan oleh orang-orang biasa seperti kita, tanpa kita merasa ditarik-tarik dan dipaksa-paksa.
Cobalah cara lain, niscaya hati kita akan terus menjerit, tidak tenang, tak kunjung terpenuhi hasrat untuk baiki diri. Sebenarnya fitrah kita semua adalah ingin memiliki pemimpin dan guru yang mengenal Tuhan. Melaluinya terpenuhi kebutuhan kita yang utama yang merupakan kunci kebahagiaan: Rasa Ber-Tuhan.
“Cintai Tuhan, Sayangi Manusia”
Ini adalah motto sebuah kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak muda remaja yang dinamakan Mawaddah. Asalnya, ia satu division dari Persatuan Pelajar Timur Tengah, yang diasaskan di Amman, Jordan. Pada Julai 2002, ia dilancarkan secara rasmi di Brunei Darussalam. Mawaddah menjalankan aktiviti nasyid, motivasi, kaunseling, teater, drama, deklamasi sajak, penerbitan video, video klip, buku, butik pakaian busana Muslim, kosmetik, restoran dsb di Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Semua album nasyid Mawaddah boleh didapati di pasaran beberapa negara iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Australia. Sehingga April 2003, penjualan album-album mereka yang terdiri dari Mawaddah Kecil, Mawaddah Putera dan Mawaddah Puteri telah dijual hampir 30 ribu unit
Kekuatan Mawaddah Puteri adalah pada kekuatan vokal penyanyi utamanya, Siti Fatimah Ashaari dan Khaulah Ashaari. Lagu-lagunya membawa mesej ketuhanan, yang menggandingkan 4 kekuatan utama, lirik & mesej, lagu, vokal dan penampilan.
Apabila ditanyakan kepada Fatimah, apakah cabaran dan ujian yang terpaksa ditempuh oleh kumpulan Mawaddah, beliau menjawab,
“ Perkara yang paling susah sekali ialah untuk berhadapan dengan pujian orang.
Bagi kami, kejian orang bukan satu masalah, malah disitulah dapat menebalkan rasa kehambaan.
Rasa hamba itulah yang mesti dibawa kemana-mana.
Sebab itu pujian manusia lebih kami bimbang dari kejian orang.
Sebagai penghibur, kita mestilah merasakan diri kita ini hanyalah alat untuk menyampaikan risalah Tuhan”
Rizal ( Mawaddah Putera) diajukan soalan – Mengapakah dipilih motto persatuan ini, Cintai Tuhan, Sayangi Manusia?
“ Manusia sebagai khalifah adalah wakil Tuhan. Sebagai wakil Tuhan dan orang Tuhan ( Rijalullah), sudah tentu manusia itu akan mempromosikan dan memperjuangkan Tuhan. Tuhan telah sediakan kita dengan bakat dan watak masing-masing.Dengan anugerah dalam bidang seni ini, moga-moga ia menjadi amal soleh untuk kami, bukan mencari glamour dan keuntungan duniawi.
Untuk membawa masyarakat kepada Tuhan, seorang penghibur mesti menjadi model kepada masyarakat. Baik diri kita, baiklah masyarakat. Begitulah sebaliknya.
Seorang penasyid itu mestilah kemas ibadahnya serta kuat hubungan dengan Tuhan, barulah dia dapat lebih kenal dan cinta Allah serta membawa manusia lain kepada Allah , insyaAllah”
ANTARA PERSEMBAHAN yang telah dijalankan adalah di Australia, Eropah, dan negara-negara Asean ie Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Sedikit petikan diari 2003 dan 2004 di Australia dan Eropah
• Melbourne – City Square menyambut kehadiran Mawaddah dengan suara reformasi ‘anti perang’. Alunan nasyid selama 2 jam ternyata memberi inspirasi keamanan dan keharmonian sejagat.
• Sydney – Majlis di Sheraton Hotel di hadapan PM Australia iaitu John Howard dan menteri-menteri kabinetnya. Program dianjurkan oleh Australian Federation of Islamic Council ( AFIC) dihadiri perwakilan Islam seluruh negara Australia dan perwakilan setiap agama.Suasana ‘panas’ akibat ucapan yang agak tegang berlaku apabila Presiden AFIC Dr Amier Ali menyentuh soal peperangan di Iraq, di balas pula dengan ucapan PM John Howard. Selesai ucapan Mawaddah muncul dengan lagu-lagu dari album Sayangi Tuhan. Penonton agak terpukau dengan mesej yang disampaikan Mawaddah. Di akhir majlis John Howard dan isteri telah beramah mesra dan mengambil foto bersama Mawaddah. Majlis ini telah disiarkan di seluruh stesen TV Australia.
. Di Darling Habour – menyampaikan lagu di hadapan 10 ribu penonton.
• Perth - Persembahan di sebuah dewan terkemuka menarik 600 penonton. Antara tetamu kehormat ialah Mr Edamer, Presiden Wilayah Utara Perth.
Beliau mengulas “ Saya tahu kamu bukan taliban dan militan sebab kamu boleh tonjolkan wanita di pentas”
• Canberra- Satu majlis dinner show diadakan di Dewan Canberra Islamic Centre. Lebih 1000 orang Islam hadir. Kumpulan Mawaddah telah dijemput makan tengahari di rumah kedutaan Malaysia di Australia serta membuat persembahan di hadapan kira-kira 100 tetamu dari kalangan rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei. Antara yang hadir ialah duta Malaysia dan duta Indonesia
• Port Hedland- Dewan Matt Dann Culture Centre.Sebelum ini ramai artis internasional membuat persembahan di sini. Poster Mawaddah telah diframekan seperti artis-artis lain yang telah membuat persembahan.Seramai 800 tetamu hadir kebanyakannya berkulit putih. Sambutan sangat memberangsangkan sehingga ada yang menitiskan air mata.
• Katanning-Dewan Studio Movies dengan 400 tetamu. Persembahan diserikan denagn pertunjukan Busana Muslim dari Butik Mawaddah. Program ini telah mengeratkan perpaduan masyarakat Islam dan bukan Islam setempat.
• EROPAH- Paris
Singgah di ekspo Le Bourge dalam ekspedisi promo-tour ke Eropah dan Middle East. Ekspo ini sebahagian besarnya disertai peniaga Islam pelbagai bangsa dari seluruh benua Eropah. Mawaddah telah menyanyikan pelbagai lagu dalam bahasa Melayu, Thai, Arab dan French. Hampir kesemua album mereka habis dibeli penonton, mereka telah dijemput membuat persembahan di United States dan negara-negara lain.
KOMEN PENONTON
• Saya sangat tertarik dengan lagu-lagu yang kamu bawa dan pakaian kamu sangat cantik – PM Australia John Howard
• Mawaddah datang untuk mendidik kami – Mr Edamer, Presiden Wilayah Utara Perth
• Mawaddah sungguh bagus sekali.Saya sangat suka dengan lagu yang disampaikan – Ketua Paderi Australia
• Mawaddah adalah satu contoh yang baik kepada remaja sekarang yang banyak terdedah dengan budaya Barat- Ketua Persatuan Wanita, Women Support Group, Sidney
• Suara Mawaddah masih pure, mesejnya menenangkan dan menghiburkan – Ibu Heryati, Ketua Persatuan Wanita Canberra
• Perkataan inilah yang sepatutnya digunakan oleh masyarakat dunia hari ini: Cintai Tuhan, Kasih Sesama Manusia – Mr Mark, Sound Engineer , Dewan Matt Dann Centre
• Mesej yang disampaikan di dalam persembahan ini sangat sesuai digunakan untuk keamanan dunia hari ini – Mrs Joys, guru sekolah di Port Hedland, isteri seorang paderi
• Program ini merupakan titik permulaan bagi menyatukan orang-orang Islam di Port Hedland- Mr Faizal, wakil persatuan Islam Port Hedland
• Persembahan ini sangat luar biasa, selain dapat mengingatkan kita kepada Tuhan, kerjasama yang diberikan penganjur memberi kesan kepada diri saya – Penonton di Katanning
• Konsert ini telah memperkenalkan saya mengenai budaya melayu dan agama Islam.Saya sangat terhibur dan berbesar hati kerana diundang menghadiri majlis ini – Penonton di Katanning
BULETIN SUARA MAWADDAH, 2004
Ass. Dalam isu Rufaqa ini sebelum kita pergi jauh, kita lihat isu asal : ORANG MENUDUH RUFAQA :-Dalam Islam perkara terpokok adalah iman. Sekarang tuduhan dibuat ke atas kumpulan yang ingin membaiki iman dan memperjuangkannya sehingga ke tingkat tertinggi. Kedua: ORANG YANG MENUDUH:- Kita kena lihat siapa yang tuduh. Adakah mencukupi syarat sah iman iaiu diucapkan dengan mulut,dizahirkan dengan perbuatan atau amalan dan dibenarkan dengan dihati? Hakikatnya: Kelihatannya Taraf mereka secara umum lihat adalah fasik dan menunjukkan kefasikan mereka itu. Bolehkah menuduh orang yang kelihatan baik sesat?Bab dunia pun ini dikira…..(tak leh caya orang jahat yg panas punggung bila dia tau polis nak tangkap dia pasti kita kena tipu atau diperangkap untuk kenakan kita agar terlepas! Semua orang cerdik tau benda ni…).
Dulu kita sering disuap oleh berita-berita yang tidak benar melalui televisyen, radio dan akhbar, apa sahaja yg dikatakan pada masa itu dianggap betul dan diterima bulat-bulat, mungkin masa itu kita tidak lagi mempunyai kesedaran untuk mengkaji dan meneliti tentang apa yang berlaku, lebih-lebih lagi tentang diri Abuya. Tapi kini telah berubah, berita yang didengar dianggap sampah…makin ditengok bertambah menyampah, ditambah pula tentang penyakit masyarakat yang bertambah parah. Maka dengan itu lahirlah golongan yang ingin mencari kebenaran….lalu bertemulah mereka dengan sebuah jemaah yang mencakupi seluruh perihal masyarakat sekarang, yang menjadikan Allah dan rasulnya sebagai pegangan….selidik-punya selidik oh..inilah jemaah Abuya!! kenapalah sekarang baru kami mengenali mu…
Di sini saya mempromosikan sebuah copy/paste, testimonial dari seorang blogger yg sekarang sedang merantau,moga2 kita sama2 dapat mempromosikan KALIMAH TOYYIBAH ke serata dunia, dengan formula CINTA dan TAKUTKAN Tuhan..
Sudahlah, makan pun pakai sudu, nabi Muhammad pun tak buat, bid’ah bid’ah..
kalau camtu jangan naik kereta. nabi tak buat. mangkuk kuang naik kete jgakkan. bid’ad tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..
ampun maaf berseloroh skit.
Assalam! Nak tanya kepada moderator atau blogger blog ini, kenapa banyak sajak atau lebih tepat lagi tulisan-tulisan yang berkenaan, atau apa yang berkaitan dengan ALLAH hanya dizahirkan dengan kalimat TUHAN oleh Insan yang bergelar ABUYA?? pohon penjelasan…. thanks!!!
Sebelum saya menjawab terperinci permasalahan ISTILAH itu, boleh adi terangkan definisi perkataan Tuhan, juga definisi Asma ALLAH yg diterangkan oleh agama kita?
Juga apakah masalah yg tak difahami atas perkataan Tuhan/ atau Allah itu?
Sambil2 tu bacalah kuliah mengenai TUHAN kita yg ESA ini..
Di sini saya petik sedikit? kuliah dari Abuya Ashaari Muhammad mengenai SUDAHKAH KITA KENAL ALLAH?
1.Tuhan Tidak Terlibat Dengan Ruang
Yang dicipta terpaksa menempuh satu sistem.
Tidak terlepas dari sesuatu sistem.
Saya hendak sebut sebahagian darinya…
Contohnya : binatang, kayu, batu…
boleh kah tidak terlibat dengan masa?
boleh kah tidak terlibat dengan ruang?
Itu adalah sistem makhluk!
Jadi, makhluk mempunyai ruang, terikat dengan ruang
dan jika hendak keluar dari ruangan sudah tentu tidak boleh.
Boleh kah makhluk tidak terlibat dengan malam dan siang?
Allah tidak begitu, Dia terkeluar dari sistem makhlukNya.
Dia ada cara tersendiri yang malaikat pun tidak tahu.
2. Tidak Sama Seperti Makhluk
Allah Dia tidak tidur,tidak makan dan tidak minum.
Tuhan tidak perlu isteri dan anak.
Tuhan tidak ada nafsu,akal,roh,fizikal kerana fizikal perlukan ruang.Bagaimana hendak digambarkan?…
Bila tidak boleh digambarkan itulah Tuhan.
Bila boleh digambarkan, itu dari syaitan walaupun sebesar habuk.
Tuhan itu tidak sama dengan makhluk ,sekalipun sebesar habuk.
3. Tuhan Maha Mendengar
Sifat lain bagi Tuhan ialah Maha Mendengar.
Sedangkan Tuhan mendengar tanpa alat.
Tidak perlu telinga.
Jauh dan dekat sama saja boleh didengari-Nya.
Manusia kalau jauh sangat tidak boleh dengar.
Kalau dekat sangat, bahaya pula kerana boleh jadi pekak.
Pendengaran Tuhan samada ada suara atau tidak,jauh atau dekat,
Dia boleh mendengar.
Pendengaran Tuhan tidak pernah tergendala atau tersekat-sekat.
4.Tuhan Maha Melihat
Tuhan Maha Melihat tidak perlu menggunakan mata.
Tidak perlu cahaya.Dekat atau jauh,tersembunyi,semua Dia nampak.
Manusia tidak dapat melihat yang jauh.
Yang dekat sangat pun tidak nampak.
Sepatutnya semakin dekat semakin nampak.
Sudahlah mata itu alat,perlu alat lagi iaitu kaca mata untuk melihat.
5.Tuhan Maha Berkuasa
Tuhan berkuasa tanpa batas.
Kehebatan kuasa Tuhan itu bila
menciptakan habuk dan menciptakan gunung sama sahaja.
Kita bila buat kuih kita terasa senang sikit.
Buat kereta terasa susah…
hendak buat pesawat lagilah terasa suasah.
Kalau begitu lemahnya manusia itu,
apakah kita hendak bercakap besar sedangkan
kemampuan kita terbatas?
Kemampuan Tuhan tidak terbatas.
Tuhan ciptakan dunia dengan ciptakan habuk,sama sahaja.
Cuba kita angkat meja dengan sebelah tangan seperti kita angkat cawan.!
6.Tuhan Maha Berkehendak
Kehendak Tuhan pula tiada yang boleh mengahalang.
Kalau boleh berpakatlah
di antara sesama manusia,jin dan binatang,malaikat
untuk bersatu menghalang kehendak Tuhan.
Tapi ini tidak boleh dilakukan.
Kehendak Tuhan tidak terbatas,pasti berlaku.
Kehendak kita pula,perlu buat sesuatu dulu,barulah menjadi.
Bagi Tuhan kalau Dia kata jadi,maka jadilah.
Kalau Tuhan kata sakit,sakitlah kita.
Ilmu Tuhan Tidak Terbatas
7.Ilmu Tuhan tidak terbatas.
Ilmu-Nya tidak terhingga dan tidak boleh disukat.
Apa saja yang telah ada dan kemudian tidak ada Dia tahu.
Yang sedang ada,yang bakal tidak ada Tuhan tahu sejak azali lagi.
Azali maksudnya satu waktu yang tidak ada permulaan.
Cuba ingatkan kita pernah ada barang yang ada kemudian tidak ada.
Kita pasti tidak mampu menyenaraikannya.
Begitulah sahaja kemampuan manusia
samada saintis,pensyarah dan sebagainya.
Ia sangat terbatas.
Sedangkan Tuhan, pengetahuan-Nya tidak pernah hilang.
Pengetahuan-Nya tidaklah dulu tahu sikit,sekarang tahu banyak.
Tuhan tidak bersifat seperti kita.
Sepanjang masa,Dia sentiasa tahu semuanya.
8.Hayat (Hidup) Tuhan
Hidup-Nya bukan dengan nyawa, darah,daging,
udara,tidak perlu air,tidak perlu makan.
Kalau manusia,satu hari tidak dapat air,lemah.
Satu hari tidak dapat udara..”Innalillah…….” matilah kita.
Kalau tidak makan 3 hari,kita rasa lemah.
Ini berlaku ke atas kita sama ada kita orang biasa atau raja.
Tuhan tidak perlukan nyawa,darah,daging dll.
Tuhan hidup tidak bersebab.Ini adalah kerana Dia kekal abadi.
9.Sifat Tuhan Berlaku Serentak.
Sifat Tuhan itu banyak tidak dapat dikira..
Cuma yang wajib kita tahu 13.
Yang hebatnya tentang sifat Tuhan ini
yang berbagai corak ini boleh berlaku serentak.
Bila manusia makan,pendengaran sudah kurang,
mata sudah kurang sebab kita tumpu pada perbuatan makan.
Tidak boleh berlaku serentak sifat-sifat manusia itu pada kita.
Berbeza dengan Tuhan.
Waktu Tuhan Mendengar,Dia boleh melihat,berkehendak dll.
Sedangkan kita bila dengar pengajian,
yang banyak berperanan ialah telinga dan mata.
Kehendak tiada. Bila sudah berhenti baru terasa hendak makan dan minum.
Itulah dikatakan Tuhan yang Maha Agung,Maha Besar.
Sebab itu kita disuruh besarkan dan sucikan Tuhan
sebab Tuhan itu sebesar habuk pun tidak ada penyerupaan
dengan makhluk-Nya.Itulah zat yang kita sembah.
Kalau begitu kita rasa tentang kehebatan Tuhan,barulah kita
menyembah-Nya dengan rasa seronok. Barulah ada rasa takut.
Barulah ada pendorong untuk kita beribadah
Kepada Adimurka, ini hanya pengunaan Bahasa. Ada yang menulis kalima ALLAH, Tuhan, God, Ella, Illah, Elohim, El, YotHuWaHu dan lain2 lagi.. ini semua pemilahan individu. Tidak semua kalimah dalam artile digunakan ialah kalimah “TUHAN” sahaja sebagai dakwaan pihak tertentu. Kalau dibac dan disemak kembali article2 Abuya, ada penggunaan kalimah ALLAH dan Tuhan, sesuai pada tempatnya… ALLAHu a’lam…
hmm ,kalau malas sangat nak kaji terjemaha aje surah fatihah tu? Apa erti Alhamduillahi Rabbil aalamin?
Tuhan tu kan bagi org Islam ialah Allah..?
Pastilah Abuya memaksudkan pada Allah…
nauzubillah pada selain-Nya..
lagipun xde beza antara makna perkataan Tuhan dan Rabb..
kan dlm al-Quran dan Hadis Rasul banyak disebut..
“Ya Rabbana..” = “Wahai Tuhan kami..”
Bole jadi isu ke bab ni..?
pada saya, kalau kita sebut TUHAN maka pasti IA adalah ALLAH ( nama TUHAN yang maha indah ), itu sudah otomatic…entah2 kalau ada orang yang bila sebut TUHAN asosiated bukan kepada ALLAH ( nauzubillah ). Sebab, TUHAN itu ESA, DIA-lah ALLAH, tiada jenis TUHAN selain DIA.
Saya dulu pernah dengar cerita seorang kawan bagi jawaban pada orang yang mempertanyakan istilah TUHAN dan ALLAH.
Kawan itu bertanya pada dia orang: “mas..kalau orang Jahiliyah dulu itu ber-TUHAN-kan berhala atau ber-ALLAH-kan berhala?mana satu yang betul?”
kata TUHAN, ianya adalah “PANGKAT” daripada ALLAH. Dan tiada sesuatu pun yang Ber-”PANGKAT” TUHAN melainkan hanya ALLAH saja.
bukankah buku ini sudah “*a*am”?
buku2 yang sudah “*a*am” yang lain ada di sini:
http://whasid.wordpress.com/2007/12/24/132/
Apa benda lah ya simbol2 tu.
Apapun terima kasih Makhfud utk infonya, teruskan sahaja dari Indonesia, untuk semua.
Thanks Indonesia.
ada profile siti fatimah ashari at-tamimi?
kirim ke:oim_moslem@yahoo.com