MH370 ‘Hilang’ : Misteri & Hikmah

20140310-111203.jpg

Petikan blog MATAHATI http://matahati313.blogspot.com/

Selepas lebih 24 jam pesawat MAS hilang secara tiba-tiba daripada pemantauan radar trafik udara di Subang, semakin banyak spekulasi timbul mengenainya.

Antaranya ialah;

1. Kemungkinan terhempas. Tetapi menjadi tandatanya pakar kerana tidak ada komunikasi awal yang menunjukkan pesawat sedang mengalami sebarang masalah teknikal termasuk masalah cuaca. Pesawat hilang secara tiba-tiba dari radar!

2. Kemungkinan pesawat terus tenggelam ke dalam laut. Namun mustahil tidak meninggalkan sedikit serpihan pun! Jika ianya berlaku juga, secara teorinya masih boleh dikesan oleh teknologi canggih masakini.

3. Ada pakar mengandaikan bahawa pesawat B777-200, MH370 kemungkinan meletup secara tiba-tiba dan berkecai sama sekali atau bagaimana?

4. Ada juga yang membuat telahan pintu kargo terbuka atau tercabut menjadikan pesawat boleh hilang di angkasa kerana hilang kawalan. Mungkin pesawat melayang-layang macam layang-layang putus tali?

5. Timbul pula sangkaan dari pihak keselamatan yang mengatakan kemungkinan pesawat dirampas dan telah dibawa ke suatu destinasi yang tidak dapat dikesan oleh mana-mana pihak. Dakwaan ini dikuatkan lagi yang kononnya ada dua atau empat penumpang dikatakan menggunakan passport palsu.

Apa pun, sehingga artikel ini ditulis, kehilangan pesawat ini masih berstatus misteri yang belum mana-mana pihak berani tampil membuat pengumuman rasmi tentang kedudukan sebenarnya.

Ironinya ada beberapa fakta menarik di sekitar berlakunya peristiwa misteri pesawat MAS “hilang” seperti berikut;

1. Pakar mengakui bahawa MAS sebuah syarikat penerbangan terkenal dan mempunyai rekod cemerlang selama lebih 37 tahun tanpa kemalangan ‘major’.

2. Peristiwa ini berlaku selepas pada sebelah petang harinya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah dalam kes sodomi-ll oleh Mahkamah Rayuan.

3. Malaysia telah pun diramal akan menjadi tumpuan dunia kesan dari keputusan Mahkamah Rayuan tersebut dan sekaligus menjelang PRK Kajang.

4. Namun belum sempat Malaysia dihujani dengan macam-macam tuduhan atas nama politik, MAS telah menarik seluruh perhatian antarabangsa ke Malaysia atas peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan!

5. Berlaku satu senario mendadak terutamanya mesej atau status pengguna laman social atau media alternative berhubung peritiswa pesawat hilang ini iaitu “suara hati” yang mengajak seluruh dunia mengharapkan keajaiban dari kuasa TUHAN! Read the rest of this entry »


Berita dari Global Ikhwan, Papua Indonesia

Berita keluaran November 2011, diharap tidak terlalu lambat untuk menghayati  kebangkitan Islam di tanah asing ini.

Kepada pembaca selain orang Indonesia, ada istilah-istilah yang kurang difahami.

Maaf, kena faham-faham sendiri  kerana buat masa ini belum sempat cek.


Lawatan Mahabbah Masjid Negara ke Baitul Barokah

20130613 - Lawatan Barakoh 01

20130613 - Lawatan Barakoh 08

Berita dan foto dipetik dari : http://www.masjidnegara.gov.my/v2/86-berita-masjid/150-lawatan-mahabbah-ke-baitul-barokah

Masjid Negara telah menganjurkan Program Lawatan Mahabbah Dan Penyampaian Sumbangan  kepada penghuni asrama anak-anak yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah Sepang, Selangor pada 13 Jun 2013 (Khamis). Program ini merupakan salah satu program kebajikan di luar Masjid Negara dan ianya merupakan program tahunan yang dijalankan secara bergilir-gilir. Baitul Barokah Wal Mahabbah adalah merupakan rumah kebajikan yang pertama dilawati pada tahun ini.
Program ini dihadiri oleh pegawai serta kakitangan Masjid Negara seramai 20 orang. Sumbangan berupa goodies, wang tunai, barangan keperluan harian seperti beras, minyak, biskut dan sebagainya telah diserahkan kepada pengurusan asrama untuk diedarkan kepada semua penghuni asrama yang terdiri daripada anak-anak yatim yang berumur anatara 7 hingga 16 tahun.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh kakitangan Al Barokah bersama penghuninya. Acara telah dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan daripada pihak Al Barokah dan Masjid Negara. Sebelum bersurai rombongan Masjid Negara telah dihiburkan dengan alunan nasyid daripada penghuni Al Barokah sebagai tanda terima kasih diatas kedatangan pihak Masjid Negara ke Baitul Barokah.
Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kakitangan Masjid Negara dengan kakitangan Al Barokah Wal Mahabbah dan anak-anak yatim di samping dapat memupuk budaya bantu membantu. Ianya juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada anak-anak yatim yang menginap di asram tersebut dengan adanya program lawatan sebegini.
Di harap program-program ini akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi untuk terus mengimarahkan Masjid sebagai institusi untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selain melakukan amalan-amalan yang sedia menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. Read the rest of this entry »


Foto-foto Ekspo & Hiburan Islam GISB di Thailand

Sumber : BBM Group

20130629-173705.jpg

Promosi bersiaran dengan lori

20130629-173715.jpg

Ucapan Sh Muhammad Adam dari Thailand, majlis dirasmikan wakil Gabenor Satun

20130629-173727.jpg

Persembahan hiburan Islam, 28 Jun 2013


Berita tentang Rumah Amal Giching, Sepang di Utusan Malaysia 21/6/2013

photo (16)

photo (15)

DUA SNAPSHOT DI ATAS ADALAH PETIKAN LAMAN WEB RASMI RUMAH AMAL BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH  http://www.rumahamalbangi.org/

photo (14)

Anak-anak rumah ini bukan sahaja didedahkan kepada ilmu akademik tetapi dicungkil kemahiran masing-masing sejak kecil

20130622-073053.jpg

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar SHIDDIEQIIN ZON

FOKUS GILAP BAKAT TERPENDAM
Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah seiringkan bidang pendidikan dan kemahiran kepada penghuninya.
*********************

MENCUNGKIL bakat penghuni, seterusnya digilap dan didedahkan dengan kemahiran bertaraf industri.Itulah yang dititikberatkan oleh Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah kepada penghuni di rumah kebajikan tersebut.

Mempercayai bahawa setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri, pusat amal yang menempatkan anak-anak yatim dan fakir miskin di Sepang, Selangor itu komited dalam melahirkan golongan kurang bernasib baik yang cemerlang di dunia mahupun akhirat.

Walaupun masih baharu ditubuhkan, pada pertengahan 2011, namun itu tidak menghalang pihak pengurusan Baitul Barokah dalam mengejar misi tersebut dengan menempatkan penghuni seawal usia 14 tahun ke pusat latihan kemahiran di luar waktu persekolahan.

Malah, rumah kebajikan yang menjadikan pendidikan dan kemahiran sebagai sasaran utama itu juga menubuhkan sekolah rendah Agama di dalam pusat berkenaan di samping membina bengkel kemahiran dan alatan kemahiran buat penghuni.

Penyelaras Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah, Noor Aishah Ramli berkata, langkah itu penting bagi memastikan setiap penghuni di rumah kebajikan tersebut menjadi insan yang berjaya untuk meneruskan hidup berdikari.

“Setiap penghuni ditempatkan di Baitul Barokah ini datang daripada latar belakang berbeza.

“Ada yang tinggi IQ, begitu juga ada yang lemah. Kita tidak boleh pinggir yang lemah ini atau memaksa mereka melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

“Ini hanya akan membebankan dan menghilangkan semangat mereka apabila terus berasa tertekan. Oleh itu, Baitul Barokah mengambil langkah mengenal pasti apakah kebolehan daripada setiap penghuni.

“Kerana kita yakin setiap individu yang diciptakan Allah SWT mempunyai kelebihan diri masing-masing yang jika digilap ia boleh dimanfaatkan dan menjadikan mereka berjaya seperti masyarakat lain walaupun dalam kekurangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah menempatkan 97 penghuni iaitu berusia dari tujuh hingga 16 tahun.

Kepelbagaian pengetahuan adalah elemen yang dititikberatkan oleh rumah kebajikan itu.

Antara aspek penerapan utama adalah pendidikan agama,kebudayaan, pertanian dan kemahiran.

Selain mempunyai sekolah rendah agama bagi kegunaan penghuni, Baitul Barokah juga mempunyai ladang ternakan, pusat jahitan, dapur membuat roti dan surau.

Aishah berkata bagi penghuni wanita akan didedahkan dengan kemahiran menjahit dan membuat roti. Manakala lelaki didedahkan dengan kemahiran
mekanikal dan muzik.

“Selain menyediakan beberapa kemudahan kepada penghuni, kita juga menjalinkan kerjasama untuk menghantar mereka ke Pusat Giat Mara Sepang.

“Begitu juga bagi pelajar lelaki, akan didedahkan dengan kemahiran mekanikal. Dengan kemahiran yang mereka pelajari itu, boleh dipraktikkan di rumah ini. Apabila berlaku masalah kecil pada alat elektrik seperti penghawa dingin dan lampu yang rosok boleh dibaiki oleh pelajar ini.

“Kita tidak bimbang kerana mereka telah mendapat sijil kelayakan daripada pusat kemahiran tersebut. Dengan kemahiran ini boleh menjadi asas kekuatan bagi mereka untuk berdikari apabila keluar nanti,” jelasnya.

Kata beliau, matlamat utama penubuhan Baitul Barokah untuk menanamkan sifat kehambaan yang tinggi tetap diteruskan selari dengan pelbagai pengisian yang diterapkan kepada penghuni.

“Apa yang penting, matlamat utama kita bukanlah mengejar kesenangan duniawi semata-mata, sebaliknya bagi melahirkan individu yang mempunyai sifat kehambaan yang tinggi kepada Allah SWT dengan nilai kasih sayang.

“Saya sering berpesan dengan penghuni di sini, jika hari ini kita susah, pasti ada lagi mereka yang susah di luar sana. Dan jika diberi kesenangan jangan pula sesekali lupa pada mereka yang lebih memerlukan. Yang penting adalah rasa syukur dengan apa yang ada.

“Dengan sifat kehambaan dan nilai kasih sayang inilah rahsia kejayaan sebenar bagi umat Islam. Namun, untuk mengecapi sifat kehambaan itu kita perlu kepada kejayaan di dunia agar dapat membantu mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Komersial
———
Bukan sekadar manfaat penghuni, kemahiran yang digilap kepada penghuni Rumah Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah turut mula mendapat sambutan luar sehingga memasuki pasaran.

Aisyah berkata, kebolehan penghuni menghasilkan roti dan biskut telah berjaya dipasarkan yang pada mulanya kepada penduduk kampung sekitar, kini telah dijual di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Read the rest of this entry »


Radio Show on Obedient Wives Club @Evening Edition BFM 89.9

(This is a download from BFM 89.9. The Business Station) Please kindly listen to the whole program I have uploaded into the Boxnet located at the sidebar of this blog —>

Caroline Oh :
BFM 89.9, The Business Station. I am Caroline 0h
Ezra Zaid :
And I am Ezra Zaid
Caroline Oh :
This is evening we are going to be talking about the Obedient Wives Club.

Ezra Zaid :
A nice little light topic for our listeners out there. We will be chatting, addressing the role of sex, gender politics in Islam and in our studio today we have  a committee member of the infamous but misinformed Obedient Wives Club, Dr Azlina Dato Jamaluddin, she’ll be sharing her thoughts with us and clarifying to us much of  the headlines that had been made and of course we have today, representing SIS, a group which seeks to articulate women’s rights in Islam which also fights for justice and equality for muslim women.

Caroline Oh :
Representing SIS is the familiar name to all Malaysians and needs little introduction, Datin Paduka Marina Mahathir who is the member of Board of Directors of SIS.
As well as Dr Ahmad Farouk Musa of the Islamic Renaissance Front. Thank you so much for joining us.

Ezra Zaid :

We have three wonderful perspectives for the survival of our discussion.

Caroline Oh :

Let’s start with you Dr. Lets start how the OWC started and where it originate from, the whole idea.

Dr Azlina :
Seeing what is happening in public these days, there is a survey in the internet that says at every 15 minutes there is a divorce and every 17 minutes, there is a baby being discarded. Members of the club were initially before, started a group of people from Global Ikhwan, comprising about 1000 ladies, we got together and thought, if the basic unit was stable, then we could have out there in public, in the community, once the unit, the basic unit, the family unit is stable then there will be less divorce and less children being discarded, basically, that was the idea. So, get back into the right track, starts going back to the Quran and Sunnah, so that you follow God’s way, then everything will be right. Read the rest of this entry »


Foto – foto baru di Flickr

PLASTER CEILING DECOMAWADDAH AT CAFE IKHWAN BKT BINTANG

THE STABLELAHAR YOOI AYAM HALAL FABULOUS

Lebih 20 keping foto baru ( ihsan Zailani dari Australia ) baru diupload di Heliconia’s Flickr attached kepada blog ini. Banyak lokasi foto tidak dapat dikenal pasti seperti Kafeteria, Farmasi, Cafe Sudut Rasa, Surau,  Koleksi Pakaian dsb. Diharap dapat update kpd saya akan lokasinya di ruangan komen Flickr, blog ini atau melalui e-mail dsb. Terima kasih.


(II) Strategi Menawan Barat

        ozshow

  Group Nasyid Mawaddah di Australia bersama bekas PM, John Howard

Untuk menawan Barat, ada dua cara yang sangat berkesan, insyaALLAH, iaitu:

1. Melancarkan peperangan fikiran.

2. Melancarkan peperangan sikap (lisanul~hal).

1. Peperangan Fikiran

a) Hantarkan mesej Islam ke Barat melalui segala bentuk media termasuk  melalui penggunaan medium internet, menggunakan gaya dan bahasa yang menarik untuk bangsa itu. Pastikan bahawa kandungan mesej itu ialah ubat kepada jiwa dan fikiran mereka yang sedang kekosongan dan kegelisahan itu. Maknanya Islam yang hendak dihantar ke sana, untuk peringkat awal bukannya hukum-hakam dan peraturan hidup Islam tapi Islam yang mampu mengungkai segala simpulan kekafiran dan kedegilan dalam fikiran mereka. Serta yang lebih penting ialah ilmu Islam yang dapat mengisi kekosongan jiwa dan mengubat jiwa yang sakit. Bila orang Barat itu melihat jawapan dan penyelesaian kepada masalah hidup mereka ada dalam Islam, maka mereka tidak teragak-agak lagi untuk menganut Islam, insya-ALLAH, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

b) Untuk mengiringi alat-alat atau senjata-senjata peperangan fikiran yang dipaparkan kepada Barat, supaya kita dapat memastikan kesan dan maklum balas dari mereka, lebih-lebih lagi harus melakukan penekanan dan follow-up serta didikan kepada mereka yang sudah jatuh hati kepada Islam dengan dikirim kader-kader dakwah atau mubaligh-mubaligh seramai mungkin ke tempat mereka. Kader-kader itu hendaklah kader yang sudah terlatih yakni sudah mahir dalam bidang praktikal dakwah. Tentunya yang tahu berbahasa Barat, ilmunya cukup, akhlaknya baik dan pengalaman hidup agak luas sama ada tentang hidup dunia atau mengenai kehidupan Akhirat.

Setiap kali menghantar mereka (kader atau mubaligh) ke sana, mereka dibekalkan lagi buku-buku, risalah, filem, video dan lain-lain senjata peperangan fikiran itu. Supaya ianya dapat disebarkan ke setiap pelusuk tempat di negara Barat itu. Mereka akan dekati masyarakat terutama muda-mudi untuk diajak berfikir tentang corak kehidupan yang mereka sedang jalani, tentang matlamat hidup, tentang kebahagiaan sebenar dan lain-lain lagi ajaran dan fikiran Islam.

Sesuai dengan watak orang Barat yang suka berbincang maka cara ini diharapkan dapat membuka fikiran mereka untuk melihat kepada Islam dan seterusnya menganutnya, insya-ALLAH.

21082007_001_

foodvan

 Cafe Love and Care dan Food Van di Perth, Australia.

2. Peperangan Sikap  ( Lisanul Hal )

Biasanya teori yang cantik saja tidak cukup untuk meyakinkan manusia tentang kebenaran dan keindahan sesuatu ajaran itu. Hanya bila dipraktikkan barulah ianya menjadi sesuatu yang benar-benar diyakini kebenarannya. Demikianlah dengan Islam yang hendak kita kirimkan ke Barat sana. Kalau kirim ilmunya saja, mungkin tidak cukup lengkap untuk dilihat keindahan dan kebenarannya. Sebaik-baiknya dikirim bersama-sama mereka contoh Islam yang praktis yang menghasilkan kehidupan yang benar-benar tenang dan bahagia itu.

Antara langkah yang boleh dilaksanakan.

Kader-kader yang sudah terlatih yang dikirimkan ke Eropah atau memang mereka sudah belajar di sana itu, usahakan agar mereka ini dapat terus tinggal di Barat dan menjadi warganegaranya. Apabila langkah ini berjalan maka mereka ini diarahkan bertindak seperti berikut:

a) Bekerja di pejabat-pejabat atau berniaga atau buat apa-apa tugas yang membolehkan terlibat secara langsung dalam masyarakat Barat. Maka bekerjalah dengan disiplin kerja dan akhlak yang diajarkan oleh Islam. Yang mana hasilnya nanti, orang-orang Barat akan tertarik dengan kerajinan, kejujuran dan baik budinya orang-orang yang beriman.Kalau selama ini mereka lihat orang-orang Islam lain di Barat sama saja perangainya dengan orang Barat yang bukan Islam, maka tentu kelainan yang dibawa akan menarik perhatian mereka untuk mengetahui tentang Islam itu.

Dalam pada itu, perlu diingatkan supaya para da’i menunjukkan syiar Islam dalam setiap inci hidup mereka. Islam mesti ditonjolkan dalam sebarang bentuk dan sikap. Umpamanya pakaian. Maka dalam hal pakaian, pendakwah kenalah mengikut Sunnah ( sekurang-kurangnya menutup kepala ) supaya orang Barat itu faham bahawa Islam memang unik hingga ada pakaian sendiri yang tujuannya pula tersendiri. Bukan menafikan terus tentang adanya orang-orang yang akan mencemuh pakaian Islamik. Cuma kita harus faham bahawa bilangan mereka tidak ramai, dan lagipun memang orang-orang yang akan tertarik pada Islam ini bukannya semua sekali. Hatta umat Islam sendiri pun ada yang menentang cara Islam ini.

b) Usahakan perkahwinan antara kader-kader dengan wanita-wanita Barat yang sudah ramai memeluk agama Islam hari ini. Kemudian binalah rumahtangga Islam yang indah dan bahagia yang jarang lagi  berlaku di Barat. Yakni si suami sangat bertanggungjawab dan si isterinya taat. Dari sana lahirlah kasih sayang yang hakiki dan suasana hidup yang harmoni. Pergaduhan dah pertengkaran jarang terjadi. Bahkan mereka sentiasa seiring bersama dan tidak berlaku suami keluar pintu depan, isteri keluar pintu belakang.

Hal ini sudah tentu menawan orang Barat. Bagaimana Islam boleh menjadikan rumahtangga manusia yang indah dan bahagia begitu? Maka mereka akan belajar dari Islam rahsia ini dan seterusnya akan tertarik kepada Islam, insyaALLAH. Sebab masalah rumahtangga adalah di antara masalah yang kronik yang sedang dihadapi oleh Barat kini. Kiranya mereka melihat rumahtangga yang bahagia, tentu mereka akan tertarik dan mempelajarinya.

c) Kader-kader yang sudah berumahtangga itu, galakkan mereka tinggal berkelompok supaya kita mudah bangunkan sebuah masyarakat Islam contoh. Di dalam kelompok tersebut, tegakkan sistem kemasyarakatan (sosial) Islam yang dihiasi suasana hidup berkasih sayang, bertolong bantu, tidak berkasta-kasta, bermaruah dan bersopan, berakhlak dan berlemah lembut serta boleh memberi bantuan kepada orang bukan Islam yang susah. Hal ini kalau disaksikan oleh orang Barat tentu sangat memberi kesan pada jiwa mereka.Tidak mustahil mereka akan peluk Islam kerana itu.

Selain dari menjalankan sistem sosial, bangunkan juga sistem pendidikan Islam terutamanya untuk anak-anak. Diharapkan sistem pendidikan Islam ini akan dinilai sebagai jalan keluar kepada sistem pendidikan Barat yang sudah gagal itu. Bila mereka lihat adanya pendidikan yang melahirkan manusia yang begitu berakhlak, sangat menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang dewasa, itu sudah cukup untuk membuat orang Barat itu jatuh hati dan menyerah diri atau angkat tangan dengan Islam.

d) Satu lagi strategi penting untuk menawan Barat ialah  menyambut para  pelancong dengan risalah-risalah Islam, buku-buku, video dan lain-lain media yang dapat memperkenalkan Islam kepada mereka. Untuk itu disiapkan penyambut-penyambut tetamu yang terlatih di pusat~pusat pelancongan di negara kita. Bawa mereka melihat kehidupan Islam dalam kelompok masyarakat Islam yang menjalankan cara hidup Islam. Layan mereka dengan baik yakni dengan akhlak Islam supaya nampaklah oleh mereka Islam yang sebenarnya. Moga-moga itu menjadi kenangan manis mereka di negara kita dan untuk menjadi modal mereka mula jatuh hati dengan Islam.

Sepatutnya institusi-institusi agama kepunyaan kerajaan terutamanya JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama mesti mendahului peranan ini sebab mereka mempunyai kedudukan dan kemampuan yang mencukupi.

ITULAH dia strategi kita untuk menawan Barat. Sekiranya strategi ini dirancang dari sekarang dengan bersungguh-sungguh, penuh teliti, sistematik, dengan pengorbanan yang total dan teknik yang moden, maka hasilnya akan dapat dilihat. Perlu diingat bahawa kiranya strategi peperangan fikiran dan peperangan sikap ini terkesan oleh Barat sekalipun, mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Sebab Islam bukan menyusahkan mereka. Strategi ini hanya meminta mereka membaca atau menonton tentang Islam tanpa paksa.

Tentunya orang Barat boleh terima hakikat ini.

Firman ALLAH:

Serulah ke jalan T uhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.

(An Nahl: 125)

Bangunlah wahai pejuang Islam, untuk menjayakan strategi ini, demi mengembalikan dunia ini ke tangan Islam. Barat sudah tidak boleh dibiarkan lagi memerintah dunia!  Sebab mereka sudah kehilangan panduan yang menjamin keselamatan dunia.

   THE MIND, THE SPIRIT & THE REFORMERS  

header-fixed1 

  Click the image to go to Ikhwan-Insight.com

—————————————————————–

87% Hits  adalah dari Amerika Syarikat

 stat-iinsight1


Roti Ikhwan in the news

Among the guests present, including reporters – pix HeliconiaWP

Businessman told to look ahead, The Star 8 April 2008

Story and Photo by EDWARD RAJENDRA

YOUNGSTERS venturing into business must focus on creativity and innovation instead of just the operational element, said Modern Agriculture Methods, Natural Resources and Entrepreneurship Development Selangor chairman Yaakob Sapari.

He also added that one must be open to all ideas and possibilities when it came to marketing their business.

“Now, we just can’t have a shoe retail outlet and wait for customers to walk in.

 

Pix : The Star

“We have to unleash our products into their living room or even working place by joining the online community,” he said after launching Roti Ikhwan, a bread factory in Shah Alam.

Global Ikhwan Sdn Bhd that sells breads at RM2.50 per loaf operates Roti Ikhwan.

He added that entrepreneurs nowdays even resorted to Facebook to network.

Your store can be in Shah Alam but orders could come in as far as Brazil if we use the internet,” he said.

Yaakob said the state government was interested in educating and empowering youngsters to engage customers in social networking online.

“We can exchange ideas over the net. It’s a global market so we must move forward and learn to tap new markets abroad without having the need to travel much,” he said.

“We must share business ideas as it will help us identify opportunities. Through sharing, these entrepreneurs can discover new concepts that they were not aware of before, thus galvanising the business into a profitable realm,” he said.

Yaakob added that vetting ideas with respected and individuals was priceless and would offer much help instead of just going down a rather expensive journey, in both time and financial aspects.

“Sharing business ideas is exciting for me. Some may value it and add something to make it better,” he added.

Roti Ikhwan Central Region manager Zulkifli Awang Kechik, 48, said the bread, which had a milk flavour, was being promoted in Selangor, Malacca and Negri Sembilan.

——————————————————————————

Pix : Umniyah

Lihat foto2 Pelancaran Roti Ikhwan di Seremban ( juga di Kuching, Sarawak) di Album Umniyah

Utusan Malaysia Edisi SELATAN

SEREMBAN 6 Apri l – Jenama roti Ikhwan keluaran syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd. membuktikan usahawan bumiputera dan Islam mampu menghasilkan produk makanan halal berkualiti.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Yunus Rahmat berkata, beliau berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. untuk meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dan Islam dalam industri pembuatan makanan.

”Kerajaan sentiasa menggalakkan usahawan bumiputera dan Islam bergiat dalam bidang pembuatan makanan selaras dengan hasrat menjadikan negara ini sebagai hab makanan halal dunia.

”Saya berharap jenama roti Ikhwan ini akan diperluaskan pasarannya di dalam dan luar negara,” kata beliau ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Roti Ikhwan di Pasar Raya Al-Ikhwan, Seremban 2 di sini hari ini.

Hadir sama wakil Pengarah Urusan Global Ikhwan Sdn. Bhd., Zulkifli Awang Kechik.

Tambah Yunus, langkah syarikat tersebut melatih golongan muda lepasan universiti dan sekolah dalam selok-belok pemasaran roti Ikhwan turut membantu mempersiapkan mereka dengan ilmu keusahawanan.

”Selain itu, langkah ini turut membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan lepasan universiti di negara ini,” katanya.

Yunus juga berharap lebih ramai lagi usahawan bumiputera dan Islam yang mengikuti jejak-langkah Global Ikhwan Sdn. Bhd. bagi mempelbagaikan jenama produk halal di negara ini.

Sementara itu, Zulkifli menjelaskan Global Ikhwan Sdn. Bhd. menganggap penghasilan roti Ikhwan sebagai satu cara untuk syarikatnya menunaikan fardu kifayah berhubung pembuatan makanan.

”Seperti yang kita lihat hari ini, penyertaan usahawan bumiputera dan Islam dalam industri pembuatan makanan masih boleh ditingkatkan.

”Selain roti, Global Ikhwan Sdn. Bhd. telah mengeluarkan produk-produk makanan lain seperti kicap, sos cili dan cuka. Kami juga sedang merancang untuk mengembangkan rangkaian produk dalam usaha untuk muncul sebagai salah satu pengeluar makanan halal terbesar di negara ini,” kata beliau.

Menurut Zulkifli, pada masa ini hanya terdapat sebuah kilang milik syarikatnya di Kodiang, Kedah yang menghasilkan roti jenama ini.

”Kami sedang mengkaji untuk membina sebuah kilang di setiap negeri bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap roti Ikhwan di seluruh negara,” jelasnya


Iklan Multimedia Produk Roti Ikhwan

                        rotiflyers.jpg

                        Roti Ikhwan : Pure food forms pure hearts


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,062 other followers