Mujaddid
1. MAKSUD MUJADDID
Di zaman ketika masih ada Nabi dan Rasul, manusia merujuk kepada para nabi dan Rasul utusan Tuhan. Ketika kenabian sudah ditutup dengan kedatangan Rasulullah SAW manusia diminta bertanya kepada para ulama yang haq, ulama pewaris nabi.
Firman Allah SWT : “Bertanyalah kamu kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui.”
Untuk menyelamatkan umat Islam, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, setiap awal kurun, Allah kirimkan kepada umat Islam ini ulama besar yang bertaraf mujaddid (pembaharu).
Rasulullah saw pernah bersabda : ‘Sesungguhnya ALLAH akan mengutus pada umat ini (umat Rasulullah) setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang membaharui urusan agamanya. ”
Mujaddid berasal dari perkataan jaddada
yujaddidu, tajdidan, mujadidun, mujaddidun
Jaddada :dia telah membaharui
yujadidu :dia sedang atau akan membaharui
tajdidan :pembaharuan
mujadidun :orang yang membawa pembaharuan
Mujaddid maknanya orang yang membawa pembaharuan. Mujaddid itu bahasa Arab, dalam bahasa Inggeris dikatakan “Reformer”yang ertinya Pembaharu.
Apakan maksud memperbaharui urusan agama? Adakah dia membaharui isi Al Quran, atau isi Hadis atau isi Islam? Tidak. Ia tetap membawa Al Quran, Hadis dan akhlak Islam, isi yang lama yang pernah dibawa oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia mendapat ilham dari Allah dan membawa satu penafsiran baru tentang Al-Qur’an dan Hadis.
Penafsirannya yang bersumber dari ilham itulah yang paling tepat dan sesuai untuk diamalkan di zaman itu. Dia tidak hanya menafsirkannya tetapi juga mengamalkan tafsiran tersebut dalam diri, keluarga, jamaah dan perjuangannya. Dialah Al Qur’an dan ‘hadis berjalan’ di kurun itu.
Hasil dari keindahan Islam yang dibawa dan diperjuangkannya, banyak orang yang sangat fanatik dalam mencintai dan mengikutinya, tetapi tidak kurang juga yang sangat menentangnya, kerana tidak faham atau hasad dengki dengannya.
Dia juga membawa style yang baru yang tidak pernah ditempuh oleh orang lain selama ini. Hingga Islam dapat diamalkan oleh masyarakat.
Dengan kata-kata lain, agama yang sudah lama ditinggalkan itu dapat dihidupkan kembali oleh mujaddid tersebut dengan menggunakan method, uslub, teknik, strategi dan kaedah baru yang sesuai dengan fikiran dan suasana zamannya.
Dalam ajaran Islam ini tujuan dan matlamat tidak boleh berubah tetapi method dan uslub boleh berubah sesuai dengan fikiran manusia yang senantiasa berubah dan keadaan masa di zaman itu.
Sebab itu sekiranya ada seorang pemimpin tetapi dia ikut style yang lama, walau bagaimana hebat sekalipun kepemimpinannya tidak dianggap sebagai mujaddid. Lebih- lebih lagi kalau lahirnya bukan di awal kurun.
Kerana zaman dan situasi yang berbeza antara satu mujaddid dengan mujaddid lain,maka style antara satu mujaddid dengan mujaddid yang lain juga tidak sama. Tekniknya berbeza tetapi perkara yang diperjuangkan adalah sama yaitu mengajak manusia kepada Allah SWT Sebab itu jika kita mengkaji sejarah walaupun Islam tidak menjadi imperium tetapi di tangan mujaddid, Islam tetap hidup dan berkembang. Masih berlaku kesyumulan Islam dalam jemaah pimpinannya.
Jadi mujaddid itu tidak membawa agama yang baru, kerana tidak ada Nabi dan Rasul selepas Rasulullah. Dia hanya membawa ajaran Rasulullah. Supaya ajaran Rasulullah SAW itu diamalkan oleh masyarakat, maka dia meniti di atas teknik, method, uslub, cara, kaedah, style dan strategi yang baru yang sesuai dengan kerosakan yang berlaku di zamannya. Sebab itu orang mudah menerimanya, sedangkan pejuang-pejuang lain di zamannya masih lagi mengekalkan style dan cara yang lama. Sebab itu masyarakat tidak dapat menerima mereka. Tetapi pejuang-pejuang yang tidak faham ini kadang-kadang menyalahkan masyarakat yang tidak mahu menerima Islam. Padahal bukan masyarakat yang tidak mahu Islam, tetapi kaedah mereka yang gagal untuk menarik minat orang kepada Islam.Tetapi kepada mujaddid, ALLAH membekalkan padanya melalui ilham satu cara, method dan kaedah yang tersendiri.
Sehingga hati-hati manusia dapat menerima kaedah perjuangannya.
2. KEDATANGAN MUJADDID MEMPERBAIKI YANG ROSAK
Dengan kasih sayang Tuhan, selepas kewafatan Rasulullah SAW didatangkan setiap seratus tahun seorang mujaddid. Kedatangan seorang mujaddid yang membawa satu kaedah, cara teknik dan metod baru yang sesuai di kurunnya, bertujuan untuk memperbaiki yang rosak di waktu itu. Metod itu hanya menyangkut perkara yang telah rosak saja. Supaya yang rosak itu dapat dibetulkan dengan menggunakan metod yang baru.
Ini bererti, semakin kehujung semakin banyak yang rosak dan perlu dibaiki, makin banyaklah yang hilang, banyak yang rosak, banyak yang biasa wujud sudah tidak wujud lagi. Ertinya mujadid yang datang makin ke hujung, makin berat tanggung jawabnya. Sebab makin ke hujung makin banyak perkara dalam agama Islam yang sudah rosak.
Kalau begitu, tugas mujaddid pertama tidaklah seberat mujadid kedua. Tugas mujadid kedua tidak seberat mujaddid ketiga. Juga tugas mujadid ketiga tidak seberat mujaddid keempat. Tugas yang keempat tidak seberat yang kelima dan begitulah seterusnya.
Sebagai contoh, mujaddid pertama ialah Sayidina Umar bin Abdul Aziz. Dia membawa pembaharuan hanya berkaitan dengan masalah negara saja. Dia tidak menyentuh soal ibadah, akhlak, masyarakat atau ekonomi. Sebab di zamannya semua aspek itu tidak rosak. Yang rosak ialah soal pemerintahan negara.
Begitu juga kedatangan mujaddid kedua, Imam Syafie. Dia datang bukan untuk membetulkan masalah ibadah, akhlak, ekonomi, atau masyarakat. Dia menyelesaikan hal-hal mengenai ulama. Sebelum kedatangan Imam Syafie, ulama-ulama memberi fatwa tanpa ada kaedah atau cara. Pada masa itu, orang membuat hukum dan fatwa tidak mengikut prosedur. Maka Imam Syafie pun membuat kaedah. Lahirlah dua kaedah yaitu usul fiqh dan khawaidul fiqhiyah. Sampai sekarang ulama menerima dan memakai kaedah ini. Jadi Imam Syafie datang untuk menyelesaikan masalah ijtihad.
Di waktu kedatangan mujaddid ketiga, Imam Abu Hassan Asyaari, yang rosak adalah aqidah. Sebab di waktu itu Islam sudah mulai meluas, falsafah Barat dan Yunani sudah meresap masuk ke dalam Islam. Jadi mujaddid ini tidaklah menyentuh hal-hal ekonomi, akhlak dan ibadah, tetapi membetulkan aqidah yang sudah keliru. Sebab itu ada kaedah sifat 20 itu dalam ilmu tauhid dan usuluddin.
Begitulah pula datang mujaddid seterusnya, Imam Fakhrurrazi. Dia membuat kaedah bagaimana mentafsirkan Al Quran.
Kemudian, kerosakan semakin bertambah berat. Islam sudah terpecah-pecah. Ibadah sudah tidak ada hubungan dengan akhlak. Aqidah pula seolah-olah tersendiri.
Datanglah mujaddid seterusnya yaitu Imam Ghazali, membawa suatu kaedah untuk menggabungkan ketiga-tiga asas agama yaitu tauhid, fikih dan tasawuf. Dalam setiap amalan umat Islam mesti terangkum tauhid, fikh dan tasawuf. Sebab ketiga-tiga asas tersebut tidak dapat dipisahkan satu sama lain.
Kalau begitu, makin ke hujung makin besarlah masalah umat Islam. Di kurun ini semua masalah sudah wujud. Sistem pemerintahan sudah rosak, masyarakat rosak, rakyat rosak, ibadah rosak, aqidah rosak, akhlak rosak, tauhid rosak, ekonomi rosak, politik rosak, dan macam-macam lagi yang sudah rosak.
Ertinya seluruh aspek kehidupan itu sudah tidak dikaitkan dengan Allah. Sebab itu kedatangan mujaddid di kurun ini tentulah keadaannya lebih sulit lagi dan sangat ditentang. Apabila hendak membetulkan semua perkara tadi, semua golongan yang terlibat dalam kerosakan itu yang mungkin belum faham akan menjadi penentang perjuangan dan kedatangan mujadid ini. Bila semua sudah rosak, ertinya semua golongan yang terlibat akan menentang kedatangan mujaddid kurun ini.
Tetapi dengan ilmu ilham yang diberikan oleh Allah dan ketaqwaan yang dimiliki oleh mujaddid tersebut, Insya Allah ia akan sanggup membaiki kerosakan yang ada.
3. CIRI MUJADDID DAN JEMAAHNYA
TERCATAT dalam sejarah, jemaah yang dipimpin oleh mujaddid luar biasa kepemimpinannya. ALLAH membantu mereka dengan membekalkan ilmu, kemampuan dan kegigihan yang luar biasa sehingga pemerintah di zamannya segan dan takut dengan jemaah dan pimpinannya.
Allah membekalkan ilmu ilham dan karamah kepada mereka dalam memperjuangkan agama Allah. Mereka sangat berwibawa kerana ketaqwaan mereka. Pengikut mereka, walau sedikit, sangat taat setia, kuat beramal dan dapat membangunkan kesyumulan Islam dalam jemaahnya.
Namun begitu walau bagaimana hebat pemimpin dan pengikut-pengikut jemaah itu, mereka tidak dapat menguasai negara, kecuali mujaddid kurun yang pertama : Saiyidina Umar bin Abd. Aziz.
Selainnya, mereka hanya dapat membangun Islam dalam jemaah dan pengikut-pengikutnya saja sehingga berpengaruh di tengah-tengah masyarakat dan disegani oleh pemerintah di zamannya.
Kerana itulah pemimpinnya selalu diburu oleh pemerintah dan dimusuhi oleh ulama-ulama suk (jahat) di zamannya.
Kebiasaannya, jemaah yang dipimpin oleh seorang mujaddid, ia bukan bertaraf ummah, ia hanya bertaraf tho’ifah (jamaah).
Tho’ifah- tho’ifah inilah yang dilahirkan oleh ALLAH setiap masa, setiap zaman dan setiap kurun dengan tujuan untuk menjaga bara api Islam agar tidak padam.
Inilah diantara mafhum hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Akan berlaku di akhir zaman orang yang mempertahankan agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.” Riwayat at Tarmizi
Mereka bukan menyalakan api kerana yang dapat menyalakan api hanya di zaman ummah. Tho’ifah hanya dapat menjaga bara api.
Itulah yang dimaksudkan olah Allah dalam firmanNya:
“Mereka [orang-orang] kafir ingin memadamkan cahaya [agama] Allah dengan mulut[ucapan-ucapan] mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang2 kafir tidak menyukainya [As Shaff :8]
Apakah wujud kumpulan thoi’fah ini? Selagi dunia ini ada hingga dunia ini dikiamatkan, tho’ifah pasti wujud sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:
‘Akan senantiasa ada tho’ifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah datangnya ketentuan Allah [Kiamat] – Riwayat Muslim
Thoi’fah-tho’ifah ini wujud antara dua zaman ummah [ zaman salafussoleh dalam lingkungan 300 tahun pertama], sampai zaman kebangkitan Islam di akhir zaman. Mereka dapat mewujudkan kebenaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan manusia dan membangun kesyumulan Islam dalam jemaahnya atau zohirina-alal- haq’.
Kenaikan pemimpinnya luar biasa, terpilih bukan hasil pemilihan dan angkat tangan. Mereka juga mempunyai pengaruh ke atas masyarakat serta disegani oleh pemerintah di zamannya. Kumpulan thoi’fah ini yang berjuang di setiap kurun untuk menzahirkan [merealisasikan] kebenaran Islam di dalam seluruh aspek kehidupan dan mereka tidak dapat dilemahkan atau dihancurkan oleh para penentangnya sekalipun mereka bekerja sama untuk melakukannya.”
Di antara ciri yang terpenting adalah setiap mujaddid ini mesti zahir di awal kurun. Sebab itu walau bagaimana hebat sekalipun ketokohan pejuang-pejuang Islam dan memang menepati syarat yang sudah dijelaskan di atas, ia juga tidak dianggap thoifah mujaddid sekiranya ia tidak zahir di awal kurun.
Di antara ciri yang terpenting lainnya adalah perjuangan mujaddid itu mendapat tentangan yang hebat terutama dari kalangan pemerintah dan ulama suk (ulama yang ada kepentingan) di zamannya. Tetapi jemaahnya tidak dapat dihancurkan oleh para penentangnya sekalipun mereka bekerja sama untuk melakukannya, sebab Tuhan yang menjadi pembelanya.
Mereka diberi ilham dan isyarat-isyarat ghaib oleh Allah tentang perjuangan mereka dan usaha-usaha musuh-musuh Islam dalam menentang perjuangan mereka. Kerana itu mereka selalu berada di depan strategi dan perancangan musuh-musuh mereka.
Sebab itu walau bagaimana hebat sekalipun ketokohan pejuang-pejuang Islam dan memang menepati syarat yang sudah dijelaskan di atas, ia tidak dianggap thoifah mujaddid sekiranya ia dapat dihancurkan oleh para penentang-penentangnya.
4. MUJADDID DIBANTU ALLAH DENGAN KARAMAH DAN ILMU ILHAM
MUKJIZAT DAN KARAMAH
Rasulullah SAW bersabda :
‘Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka melihat dengan nur Allah” (hadist Riwayat Tarmizi)
Dalam sebuah hadist Qudsi Allah berfirman : Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
“Dan hambaKu yang senantiasa bertaqarrub kepada- Ku dengan nawafil (ibadah sunnat) sehingga Aku mencintainya, maka jadilah Aku seolah-olah sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya dun sebagai kakinya yang ia bertindak dengannya. Dan andaikata ia memohon pasti akan Kuberipadanya. Dan andaikan ia berlindung kepadaKu, pasti Aku lindungi. ”
Riwayat Imam Bukhari
Apabila seseorang sangat dekat dengan Allah SWT disebabkan ketaatan dan keikhlasannya, hatinya senantiasa bersama Allah, takut, rindu dan cintakan Allah, maka Allahpun dekat dengannya dan melimpahkan rahmat, kebajikan dan kurniaNya.
Allah mengurniakan kepada mereka berbagai kelebihan yang tidak diberikan kepada hamba-hambaNya yang lain.
Diantara kelebihan yang Allah anugerahkan kepada mereka adalah mendapat petunjuk, mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga, mendapat ilmu secara wahbiah (anugerah) tanpa melalui usaha ikhtiar, mendapat kejadian atau peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal sebagaimana Allah mengurniakan mukjizat kepada para Nabi dan RasulNya.
Mujaddid sebagai hamba Allah yang paling bertaqwa di zamannya tentu saja mendapat berbagai kelebihan, bantuan dan pertolongan yang luar biasa dari Allah SWT yang sangat berguna dalam memperjuangkan agamaNya.
Adapun peristiwa luar biasa yang tidak masuk akal atau di luar adat kebiasaan itu dapat terbagi menjadi 6 bahagian:
1.Mukjizat, yaitu kejadian luar biasa pada diri Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sesudah diangkat menjadi Rasul. Mukjizat dapat dikategorikan menjadi 2 jenis. mukjizat lahir seperti tongkat membelah lautan, tidak merasa panas dibakar, mengerti bahasa binatang, tongkat menjadi ular, membelah bulan dan sebagainya, dan yang kedua mukjizat maknawi misalnya diberi kesabaran untuk mendidik, diberi Al Qur’an untuk mendidik manusia sepanjang zaman dan sebagainya. Mukjizat maknawi ini biasanya diturunkan kepada Rasul-Rasul yang mendidik manusia dan dia lebih bernilai dari pada mukjizat lahiriah.
2. Irhash, yaitu kejadian luar biasa pada diri Nabi Muhammad SAW sebelum diangkat menjadi Rasul seperti dada dibelah oleh Malaikat tanpa merasa sakit dan sebagainya.
3. Karamah, yaitu kejadian luar biasa pada diri wali-wali Allah dan para mujaddid. Karamah juga dapat dikategorikan menjadi 2 jenis. Yang pertama karamah lahir seperti pandai terbang, mengusap daun menjadi wang, tidak merasa panas dibakar, menghidupkan ayam yang sudah mati dengan doanya dan sebagainya, dan yang kedua karamah maknawi misalnya diberi kesabaran untuk mendidik dan berjuang, diberi ilmu-ilmu untuk mendidik manusia, diberi ilmu-ilmu strategi perjuangan dan sebagainya.
Wali yang berwatak Nabi biasanya Allah beri banyak karamah lahiriah untuk meningkatkan lagi wibawanya di tengah masyarakat, kerana mereka biasanya tidak berjuang dan tidak membangunkan jemaah.
Sedangkan wali yang berwatak Rasul dan para mujaddid yang mendidik manusia lain, biasanya Allah beri karamah maknawiyah untuk memudahkan mereka mendidik dan membawa masyarakat kepada Allah.
4. Ma’unah, yaitu kejadian luar biasa yang berlaku pada diri orang Islam awam. Biasanya terjadi kerana berkat orang bertaqwa.
5. Istidradj, yaitu kejadian luar biasa yang terjadi pada orang Islam fasik, misalnya tidak lut dibakar, ditetak, ditembak dan sebagainya.
6. Sihir; yaitu kejadian luar biasa yang terjadi pada orang kafir/orang Islam sekadar nama misalnya tidak lut dibakar, ditetak, ditembak, membuat orang sakit dari jauh dan sebagainya.
ILMU ILHAM DAN ILMU LADUNI
Kalau para Nabi dan rasul diberi wahyu oleh Allah yang kebenarannya 100%,maka wali-wali Allah diberi jalan singkat oleh Allah untuk memahami ilmu-ilmu Allah secara ilham atau laduni. Iaitu ilmu yang terus dijatuhkan ke hati, tanpa melalui akal.
Allah berfirman : “Bertaqwalah (kepada Allah), niscaya Allah akan mengajar kamu” -Al Baqarah ;282
“Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan kemudahan baginya rezeki dari sumber yang tidak diduga. ” -At Tahrim ;4
Rezeki ini dapat dapat berupa ilmu, wang, makanan, kefahaman, dan lain-lain keperluan lahir batin manusia.
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang mengamalkan apa yang dia tahu, Allah akan mengajarnya apa yang ia tidak ketahui. ”
Ilmu ilham biasanya diberikan kepada wali atau ulama yang berwatak Rasul yakni yang berperanan mendidik dan memimpin umat, termasuk para mujaddid. Sebaliknya ulama yang berawatak Nabi, yang peranannya lebih kepada mendidik diri sendiri dan tidak wajib menyampaikannya pada orang lain, Allah beri ilmu laduni.
Kedua-dua bentuk ini berbeza sedikit dari fungsinya. Ilmu ilham banyak diberi atas keperluan masyarakat umum atau perjuangan semasa.llmu laduni diberi bilamana seseorang itu memerlukannya. Misalnya untuk menghurai suatu ayat A1 Qur’an, wali yang berwatak Nabi akan diberi ilmu laduni untuk memahami dan menghuraikannya bagi keperluan dirinya saja. Tetapi wali yang benwatak rasul atau mujaddid diberi ilmu ilham oleh Allah untuk memudahkan berhadapan dengan kejadian-kejadian dan pernasalahan yang sedang terjadi di masyarakat. Misalnya bagaimana memecahkan masalah sosial di suatu tempat, memecahkan masalah krisis kepemimpinan, krisis ekonomi di suatu negara dan sebagainya.
Dalam memahami tentang ibadah dan mendekatkan diri pada Allah, wali yang berwatak Nabi, ada yang tidak pernah tidur malam sepanjang tahun, hanya tidur sedikit di siang hari saja. Hal ini tidak dapat ditiru dan dicontoh oleh anggota masyarakat secara umum.
Sedang ulama yang berwatak Rasul dan para mujaddid, dalam memahami tentang ibadah dan mendekatkan diri pada Allah, mereka mengatakan bahwa ada 3 (tiga) jenis ibadah :
1. ibadah asas (zakat, puasa, shalat dan sebagainya),
2. fadhailul amal (seperti tahajud, baca Qur’an, berzikir dan sebagainya)
3.ibadah secara umum dimana setiap aktivititi manusia, berniaga, berteknologi, berbincang dan sebagainya, dapat bernilai ibadah dan akan mendekatkan diri manusia kepada Allah asalkan memenuhi 5 (lima) syarat :
1.niat yang betul,
2.pelaksanaannya betul,
3.aktiviti itu betul,
4.natijah (hasilnya) digunakan dengan betul dan
5.tidak meninggalkan ibadah asas.
Dengan konsep ini setiap anggota masyarakat dimudahkan untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan masing-masing sesuai dengan pekerjaan dan bidang keahliannya.
Ilmu ilham yang Allah berikan kepada mujaddid dan wali yang berwatak rasul yang memimpin (wali amri) dan berjuang dapat juga berupa berita-berita ghaib yang akan terjadi pada suatu tempat negara, strategi yang sedang musuh lakukan untuk menghancurkan perjuangannya atau berita-berita lain yang akan memudahkan mujaddid atau wali yang berwatak Rasul tersebut untuk menyusun strateginya dalam berjuang membangunkan Islam dan menyelamatkan umatnya.
5. MENENTUKAN MUJADDID
WALAUPUN Al Quran dan Hadis tidak menyebutnya tetapi ulama- ulama telah pun menetap dan menentukan siapa mereka itu. Terdapat khilaf ulama dalam menentukan mujaddid setiap kurun, hanya mereka sepakat terhadap mujaddid kurun pertama : Saiyidina Umar bin Abd. Aziz, mujaddid kurun kedua : Imam Syafie, mujaddid kurun kelima : Imam Ghazali.
Walaupun perjuangan mereka berbeza waktunya satu dengan yang lain tetapi mempunyai syarat atau faktor penentu kemenangan (taqwa) dan ciri perjuangan yang sama.
Sejak Rasulullah sudah tiga belas kurun berlalu, bemakna tiga belas mujaddid sudah berlalu. Ini mesti kita yakin sebab ianya sudah disabdakan oleh Rasulullah saw. Jadi ulama-ulama telah menentukan siapa mereka itu.
Berdasarkan pendapat mereka seramai tiga belas mujaddid telah berlalu untuk tiga belas kurun. Diantara mereka adalah ;
Mujaddid kurun 1 : Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Mujaddid kurun 2 : Imam Syafei
Mujaddid kurun 3 :Abul Hassan As-Syaari, Ibnu Suraij A1 Iraqi
Mujaddid kurun 4 : Imam Al Baihaqi, SyeikhAbu Hamid Isfaraini As Shafie
Mujaddid kurun 5 : ImamAl Ghazali
Mujaddid kurun 6 : Imam Fakhrurrazi
Mujaddid kurun 7 : Ibnu Daqiqi’Id
Mujaddid kurun 8 : Albalqini
Mujaddid kurun 9 : Imam As Sayuti
Mujaddid kurun 10 : Imam Muhammad Ar Ramli
Mujaddid kurun 11 : Abdullah Salim Al Basri
Mujaddid kurun 12 :Ad Dardiri
Mujaddid kurun 13 :Al-Syarqawi
Mujaddid kurun ini belum disebut dalam kitab sewaktu buku ini ditulis.
Biasanya yang menentukan siapa mujaddid setiap 100 tahun adalah ulama yang sezaman dengannya. Memandangkan dia mempunyai kelebihan- kelebihan dibandingkan dengan ulama-ulama yang lain terutamanya dari segi perjuangannya, keberaniannya, ketaqwaannya dan kepemimpinannya. Sehingga orang dapat taat dengan kepemimpinannya dan memberi kesan kepada masyarakat.
Tetapi ada juga di kalangan mereka sendiri yang mengaku dirinya sebagai mujaddid. Diantaranya ada dua orang yaitu Imam Ghazali dan Imam Sayuti.Imam Sayuti pemah memberitahu, “Saya rasa di kurun ini sayalah mujaddidnya.”Imam Ghazali juga pernah mengaku. Apakah mereka ini salah? Tidak salah!Kalau realitinya memang begitu.Kalau ALLAH sudah mengilhamkan mereka dan mereka juga sudah diberitahu oleh Rasulullah. Rasulullah yang menetapkan mereka itu sebagai mujaddid. Kemudian mereka mengisytiharkannya.
Ada dua cara mengapa mereka menentukan diri mereka sendiri mujaddid di zamannya. Pertama, mereka layak untuk berijtihad sendiri. Bila dibandingkan dengan ulama-ulama yang sezaman dengan mereka, mereka rasa ALLAH telah memberi mereka kelebihan dari orang lain. Maka merekapun mengisytiharkannya. Kedua, secara kerohanian atau secara ilham mereka mendapat pengesahan dari Rasulullah. Rasulullah sudah memberitahu kepada mereka bahwa merekalah mujaddid di kurun tersebut.Ini tidak hairan, sebab Imam Sayuti mengaku telah bertemu dengan Rasulullah secara yakazah (jaga) sebanyak 75 kali. Begitu juga dengan Imam Al Ghazali sewaktu ingin mengarang kitab, Rasulullah selalu berada di samping kanannya.Mereka berijtihad, mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid. Mereka tidak dikatakan sombong dan takabur. Mengapa? Sebab masih tidak berlawanan dengan sunnah Rasulullah.Hujahnya, Rasulullah pernah satu ketika berkata “Sayalah orang yang paling takut dengan ALLAH” atau “Saya orang yang paling bertaqwa” atau “Saya orang yang pertama masuk syurga” atau “Saya orang yang fasih sekali menyebut dhat” atau “Saya orang yang paling mulia dikalangan orang Arab ataupun dikalangan orang Ajam.”Inilah yang dikatakan “At Thaddus binikmatillah. ” Menyebut nikmat yang realitinya memang berlaku pada seseorang itu. Kalau tidak boleh sukarlah kita nanti.
Katakanlah kita memang seorang Menteri. Kerana ingin tawadhuk, bila ditanya orang, “Apa jawatan tuan di kementerian ini?’ Kita jawab, “saya pegawai kecil saja.” Ini sudah berbohong! Menteri mengaku pegawai kecil konon ingin tawadhuk. Apa salahnya kita katakan “saya Menteri. Mana salahnya?
Tidak salah asalkan jangan berbangga. Kalau hendak berbangga, tidak usah yang itu, benda lain pun kita boleh jatuh kepada khibir. Kita dapat sebuah epal Jika kita berbangga dengan epal itu, maka kita juga akan jatuh dosa.
Kebanyakan dari mujaddid, yang menentukan mereka adalah ulama- ulama yang se zaman dengan mereka, kecuali dua orang saja yang mengaku dirinya sendiri.
Ada juga ulama-ulama yang memberi pendapat bahwa setiap kurun itu ada dua atau tiga orang mujaddid. Tetapi tidak pernah orang mengatakan lebih dari pada tiga.
Ada satu dua kurun saja yang mujaddidnya ada dua atau tiga orang secara serentak. Tapi kebanyakkannya hanya seorang saja.
Melihat keadaan dunia sekarang ini yang begitu kacau dan penuh huru-hara, bukan tidak mungkin Allah kirim kepada umat ini lebih dari seorang mujaddid.






1. Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah kota Madinah [lokasi kebangkitan Islam pertama] disinari IMAN semula, seperti ular mencari perlindungan dengan kembali ke lubangnya..
From Abu Hurairah, may Allah be pleased with him :
The one upon whom we ask blessings and peace, said.
” The Hour [ judgement day] shall not take place until IMAN
returns to take refuge in Madinah just like the snake returning to take refuge in her hole.
2. Hari Kiamat tidak akan berlaku, sehinggalah manusia dari Timur dan Barat bertumpu di ‘Madinah’ kedua [di Timur], di mana di situlah SEGALA ILMU ISLAM akan dikembalikan kpd keagungannya…tamsilannya yg disebut dalam hadis menunjukkan jauhnya jarak kota itu, hingga unta2 akan dipaksa dan dikerah berjalan untuk sampai ke ‘Madinah’ yg kedua tersebut.
I)From Sufyan ibn ‘Uyayna from Ibnu Jurayj from Abu Zubaiyr
from Abu Salih from Abu Hurairah, may Allah be pleased with all of them:The Messenger of Allah, may Allah bless him said,’
There will come a time when the people will beat the livers of their camels
in search of knowledge and they will not find and ‘alim with more knowledge
than the one of Madinah.”
II) From Ma’an ibn Issa Abi al Mundhir at Tamimi
from Abdullah bin Umar from Abu Musa al AshaarI :
People will come from east and west in search of knowledge
and they will not find an ‘alim with more knowledge than
the ‘alim people of Madinah.
III) In another version from Jabir ibn Abdullah :
The world will not come to an end until an ‘alim appears in Madinah,
and people will will beat the livers of their camels to come to him.
There will never appear on the face of the earth a man with more knowledge than him.”
BENARKAH ILHAM ITU WAHYU?
1. Apa itu Ilham?
Ilham itu ialah satu bentuk ilmu yang Tuhan berikan secara langsung kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Nama lain bagi hamba-hamba ini ialah Wali Allah. Ilham diberikan kepada mereka sebagai karamah atau kemuliaan untuk membantu mereka memahami isi Al-Quran dan Hadis. Dikatakan juga ilham itu satu cabang daripada kasyaf.
2.Kenapa dikatakan kasyaf pula?
Dikatakan kasyaf kerana ia berlaku samada Allah singkap tabir Loh Mahfuz dan nampakkan [tulisan2] ilmuNya di sana kepada mereka atau boleh jadi juga didapatkannya ilmu itu terus masuk ke dalam hatinya tanpa melalui perantara lahir seperti guru atau bahan bacaan.
3.Ada yang mendakwa seolah-olah wahyu belum selesai atau syariat belum lengkap.
Perlu diingat, siapa yang mendakwa sebegitu, bererti dia mempermain-mainkan hukum Tuhan kerana jelasnya wahyu itu hanya khusus kepada Nabi dan Rasul. Nabi dan Rasul terakhir adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Malah Rasulullah pernah menegaskan dalam satu hadis beliau, “tidak ada lagi nabi sesudahku”. Bila Nabi atau sudah tiada lagi, bererti perutusan Allah dalam bentuk wahyu terhenti setakat Nabi Muhammad s.a.w. Mengenai wahyu yang terakhir sekali turun, ulamak berbeza pendapat, ada yang mengatakan ayat 3, surah Al-Maidah, Tuhan berfirman: Pada hari ini, telah kusempurnakan agama kamu…”. Ada juga yang yang mengatakan yang terakhir itu ayat tentang riba, ayat 278 dalam surah Al-Baqarah. Ini semua sedia maklum dan ini jelas, sejelas-jelasnya.
Dalam ayat 3, surah Al-Maidah itu juga memberi petunjuk kepada kita yang syariat itu telah lengkap. Sedangkan peranan ilham itu, dengannya Al-Quran dan Hadis boleh ditafsir dan dikupas mengikut suasana dan keadaan semasa. Benarlah seperti yang dinukilkan Imam Syaarani: Wahyu itu membawa syariat baru sedangkan ilham itu mendatangkan pengertian baru pada syariat itu.
Jadi, tak timbullah cakap-cakap yang mengatakan ilham itu wahyu.
Kalau kita bercakap soal hakikat, ilham dan wahyu itu rupa bentuknya lebih kurang sama. Yang nyata, ia adalah ilmu. Datangnya daripada sumber yang sama, iaitu langsung daripada Tuhan. Kemudian, ia diberi kepada orang pilihan Tuhan atau disebut sebagai ‘orang Tuhan’. Itulah dia para Rasul, Nabi, Mujaddid dan yang seangkatan dengannya. Bukti yang ia adalah sama, mari kita renung maksud at Al-Quran berikut:
Dan Kami wahyukan kepada ibu Nabi Musa (Al-Qasas:7)
Dan Kami wahyukan kepada lebah (An-Nahl:68 )
Perkataan yang Tuhan gunakan dalam ayat-ayat tersebut adalah wahyu. Malah dalam kitab-kitab tafsir ada diterjemahkannya secara direct kepada wahyu. Walhal kita pun tahu, ayat tersebut tak boleh kita ambil makna lahirnya. Kena ada huraiannya atau tafsirannya. Setelah kita mengkaji, sahihlah yang ayat tersebut merujuk kepada ilham. Persoalan yang menarik di sini, mengapa disebut wahyu? Menunjukkan ilham dan wahyu, pada umumnya adalah benda yang sama.
Untuk lebih tepat lagi, kita ambil satu hadis Rasulullah yang ada menyebut, “mimpi yang benar itu 1/46 bahagian daripada kenabian”. Mentakwil atau menghuraikan hadis ini bolehlah dikatakan ilham itu juga 1/46 kenabian atau sekira-kira satu juzuk daripada kenabian. Dalam perkataan lain, ia adalah wahyu yang sudah dinipiskan atau diringankan. Jelasnya wahyu khusus untuk nabi dan rasul, maka tak layaklah yang bukan nabi atau rasul menerima wahyu. Hanya sanya mereka yang mewarisi nabi dan rasul ini iaitu mujaddid dan para wali Allah itu diberikan ilham yang tarafnya jauh lebih rendah daripada wahyu.
4.Apa syarat untuk menerima ilham ini?
Ilham boleh diberikan kepada sesiapa yang Tuhan kehendaki. Ia adalah hak Tuhan. Namun, ada panduan daripada Tuhan. Contohnya:
Firman Allah:
Bertaqwalah kamu kepada Allah dan Allah akan mengajar kamu (Al-Baqarah: 282)
Rasulullah bersabda:
Barangsiapa yang mengamalkan ilmu yang dia tahu, nescaya Allah akan ajarkannya ilmu yang dia tidak tahu.
Perkataan “Allah mengajar” di sini membawa pengertian ilham. Orang yang bertaqwa Tuhan berjanji untuk bekalkan ilham. Lebih-lebih lagi kepada orang bertaqwa yang mempunyai peranan untuk memimpin dan mendidik manusia seperti mujaddid. Maka Tuhan akan beri ilham kepadanya dengan mengajar ilmu yang seni-seni bagi membantu perjuangan mereka.
5.Bagaimana jika ada yang mengatakan Al-Quran dan Hadis sudah lengkap dan kita tidak memerlukan ilham.
Itu seperti menafikan terus ilham, walhal ia adalah anugerah Tuhan kepada hambaNya terutama selepas wafatnya Rasulullah. Mungkin mereka menyokong penyataan mereka dengan membawa hadis Rasulullah: “Aku tinggalkan kamu 2 perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.” Itu asas. Tak boleh berpegang kepada asas sahaja. Kita lihat hadis ini pula, “Sesungguhnya Allah akan utuskan kepada umat ini di setiap awal kurun seorang mujaddid”.
6.Kalau Al-Quran dan Hadis sudah lengkap, apa tujuan Allah datangkan mujaddid?
Jelasnya Allah berbuat demikian kerana Allah lebih mengetahui tentang hamba-hambaNya. Dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan, Dia datangkan mujaddid bukan untuk membawa syariat baru tetapi menghidupkan kembali roh agama atau roh syariat agar agama Tuhan diamal dan diperjuangkan oleh hamba-hambaNya. Yang terlebih penting, membawa manusia kembali kenal, cinta dan takut Tuhan. Daripada mana kekuatan mujaddid ini? Dengan ilham itulah dapat membantu mujaddid memainkan peranannya.
7.Di dalam Al-Quran, kita biasa bertemu dengan ayat-ayat yang menyebut tentang hikmah. Apakah ia benda yang sama dengan ilham?
Ya, memang ada ayat tentang hikmah seperti berikut:
Dia memberikan ilmu hikmah kepada siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa mendapat hikmah, itu sesungguhnya dia mendapat kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah: 269)
Sesungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Luqman. (Luqman:12)
Di sini dapat kita perhatikan hikmah itu sebangsa dengan ilham. Malah boleh disebut juga dengan perkataan lain seperti ilmu laduni atau ilmu tanpa belajar.
8.Hasil penerangan tadi, sudah terang lagi bersuluh tentang ilham. Masalahnya, mengapa ada orang menolak ilham?
Ada banyak kemungkinan, antaranya ialah:
Pertama, umat Islam sudah tidak diberi pendedahan tentang ilmu-ilmu seperti ini. Ilham ini adalah cabang daripada ilmu tasauf. Orang sekarang kebanyakannya banyak tumpu pada fekah sahaja. Bila diceritakan tentang bab ilham, terus melenting mengatakan ia tiada dalam ilmu Islam. Padahal dia tak belajar sebab itu dia tak tahu.
Kedua, dia tahu hal-hal sedemikian ada dalam Islam tetapi pura-pura kata tak ada sebab dia dah terkena penyakit hasad dengki atau sakit hati.
Ketiga, dia bawa aliran dia sendiri, kononnya nak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sahaja. Orang seperti ini biasanya tak terima ilham. Malah, dia tak berpegang kepada mana-mana mazhab yang empat. Walhal Al-Quran dan Hadis ditafsirnya mengikut akal sendiri.[ - ini puak SALAFI aka WAHABI - musaddiq]
SUMBER ILHAM:
http://mindaglobal.forumsplace.com/index.html
WaliyuLLAH & Keramatannya
Susunan: Sayyed
Seringkali kita terdengar suara-suara sumbang didalam masyarakat kita mengenai WaliyLLAH. Disini saya ingin jelaskan secara rambang dan tidak terlalu detail, khuatir masyarakat tidak faham dan akan jadi lebih keliru. Kerana, dalam bab ini, kita perlu berguru untuk memahami perkara yang “tersurat dan tersirat” dalam sesuatu perkara. Oleh itu, dipersilakan baca dan jadikan ia bahan makan untuk minda kita, supaya ia terbuka. Jangan jadi jumud dan suka menyesatkan orang lain…
Siapa itu WaliyuLLAH?
Secara ringkas, para WaliyuLLAH adalah hamba-hamba yang dicintai ALLAH, selain para Nabi dan Rasul. Mereka benar-benar ‘mansusia sejarah’ dan ‘manusia ajaib’ bukan ‘manusia dongengan’ sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak orang yang tidak mempercayai adanya kekeramatan yang dilimpahkan oleh ALLAH s.w.t kepada para Auliya’uLLAH (wali-wali ALLAH). ALLAH s.w.t telah menjelaskan kepada kita tentang para Wali itu.[1]
ALLAH berfirman dalam Al-Quraan
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya paraWali ALLAH itu tidak khawatir terhadap mereka dan tidak pula mereka itu bersedih hati. Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan sentiasa bertaqwa.”
(Surah Yunus, Ayat 62-63)
Cinta dan mengagungkan WaliyuLLAH
Ada berberapa pihak yang menyifatkan kecintaan ‘mengagungkan’ pada WaliyuLLAH itu adalah sesat dan syirik.Menghukumkan atau mensyirik dan menuduh orang Islam sesat sewenang-wenangnya, tanpa bukti kukuh dan dalil yang betul adalah suatu perkara yang amat ‘serious’ dalam pandangan Islam. Para WaliyuLLAH adalah manusia yang soleh dan tinggi darjat taqwanya kepada ALLAH s.w.t dan sangat taqqarub (dekat) dengan ALLAH. Kalau perasaan cinta dan pengagungan secara jelas atas dorongan perasaan cinta, penghargaan dan penghormatan; maka alangkah peliknya kalau orang itu menuduh ia adalah perbuatan syirik.
Contohnya si Fulan sedang dilamun asmara cinta dengan pasangannya, pendek kata; makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Boleh kita hukum orang itu syirik? Kerana cintanya kepada pasangannya yang belum tentu tarafnya atau sedarjat dengan para WaliyuLLAH. Perbezaannya ialah, menyintai sesesuatu demi untuk memperolehi keredhaan ALLAH. Mengenai soal ini, Syeikhul-Islam Ibnu Taimiyah menegaskan:
“Terdapat perbezaan yang nyata antara cinta kepada ALLAH dan kecintaan kepada sesuatu selain ALLAH. Ahlul Tauhid dan orang-orang yang jujur kepada ALLAH mencintai sesuatu yang bukan ALLAH demi untuk memperolehi keredhaan ALLAH. Sedangkan orang-orang musyrik, mencintai sesuatu yang bukan ALLAH. Misalnya, kecintaan kaum musyrikin kepada tuhan-tuhan mereka, kecintaan kaum Nasrani kepada Isa Al-Masih dan kecintaan orang-orang yang mengikuti hawa nafsu kepada pemimpin mereka.”
Mu’jizat Nabi dan Karomah Para WaliyuLLAH
WaliyuLLAH adalah manusia yang teguh pada kebenaran ALLAH dan menjauhkan diri dari segala bentuk maksiat (kedurhakaan) dari yang sebesar-besarnya sehingga yang sekecil-kecilnya. Ulama’-ulama’ Salaf dan Khalaf dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, sependapat bulat; bahawa apa-apa boleh terjadi kepada seorang Nabi yang dikurniakan mu’jizat. Para WaliyuLLAH dibekalkan dengan karomah atau dibahasa kita sebagai keramat.
Hakikat sebab terjadinya perkara-perkara yang ajaib berlaku pada Nabi, Rasul dan WaliyuLLAH adalah bersumber dari ALLAH Azza wajal. Itu semua sebagai bukti ke Nabi-an dan ke-Rasul-an untuk umat mereka. Jika ALLAH kehendak untuk memperlihatkan kepada seorang Wali sebagai tanda kekeramatan atau hikmah, itu pun tidak ada sesuatu yang dapat mencegah-Nya.
Tidak wajib mempercayai melebihi apa yang dijelas
Kaum Muslimin tidak diwajibkan oleh syara’ mempercayai adanya kekeramatan yang ada pada seorang WaliyuLLAH atau orang soleh, melebihi apa yang telah dijelaskan tadi. Cukuplah bagi kita percaya bahawa kekeramatan itu bersifat ja’iz (mungkin), tapi tidak mustahil (ia berlaku), baik dari sudut akal mahupun dari sudut syariat. Kalau ALLAH berkehendak pada sesuatu, tiada sesiapa pun dapat menghalang-Nya dan ia tidak menjadi masalah pada ALLAH- untuk membuat sesuatu yang menyalahi hukum kebiasaan. Kita perlu memberi penghormatan dan penghargaan yang selayak baginya (WaliyuLLAH).
Facts or Fictions?
Kalau kita lihat dikaca televisyen kita, pelbagai-bagai cerita kita boleh ‘terima’ yang menyalahi hukum akal kita, daripada mereka yang bukan Islam, tidak bersyariat, yang boleh terbang sehingga mereka yang boleh cakap dengan roh-roh yang dah meninggal untuk menyelesaikan masalah mereka. Mungkin kita pernah mengalami peristiwa ‘pelik bin ganjil bin ajaib’ dan pernah dengan menokok tambahkan cerita asal untuk dijadikan ‘special’ kepada pendengar.
Tapi cerita-cerita mengenai WaliyuLLAH, mudah sahaja kita tolak, walaupun belum sempat cerita itu habis. Kenapa? Mungkin ‘mindset’ kita telah dijajah oleh Hollywood and Bollywood. Sehingga apa yang sudah ada dalam sejarah Islam, mudah saja kita tolak. Kerana apa? Kerana tidak masuk akal, tampa kita pelajari atau mengkaji, sekurang-kurangnya tanya kepada mereka yang arif dalam bidang tersebut. Cepat hati dan lidah kita menyebut; “..la, sesat nie…”
Kesimpulan
Dari itu, hentikanlah prasangka buruk dan pertikaman lidah yang menikam orang-orang soleh atau para Auliya’uLLAH yang masih hidup mahupun yang telah meniggal. Mereka mengabdikan hidup matinya hanya kerana ALLAH dan cuba menghidupkan cara hidup berteraskan kehendak Tuhan. Syariat Islam telah meletakkan cara untuk mengukur dan menilai mana yang benar dan mana salah, mana berita yang boleh dipercayai dan mana yang tidak.
Kalau kita betul-betul faham dengan jelas mengenai kedudukan dan martabat para WaliyuLLAH, dan kita yakin mereka memperolehi kekeramatan (karomah) atau bahasa pasarnya “power” dan hikmah, hakikatnya ia dari ALLAH, maka tidak ada salahnya kita mengharapkan keberkatan dari ALLAH s.w.t melalui curahan kasih-sayang dan kecintaan ALLAH kepada mereka. Wallahu A’lam…
——————————————————————————–
[1] Al Bayan Asy-Syafi fi Mafahimil Khilafiyah. Oleh H.M.H Al Hamid Al Husaini
Saya akan mulai memposting SIRI Mujaddid dari kurun pertama hingga ke 13 dalam page ini…Terimakasih kepada peng’upload’ asal di internet. Sama2lah kita berkerja untuk Allah…
Jangan ambil pusing musuh2 Islam, musuh2 Allah.Mereka tidak akan berdiam diri…Jika kita bermati2an mempertahankan Abuya Ashaari Muhammad, mereka juga sanggup disula [YE KE BANG?!] untuk mempertahankan yang Abuya itu sesat dan menyesatkan. Mereka juga rajin browse dan memposting ke blog ini cumanya saya tidak baca sangat kerana bahasanya terlalu CABUL dan semuanya saya delete saja.. Serlahkanlah ilmu2 berkah mursyid anda di sini…sebagai alternatif. Sedangkan ilmu2 ini pun bukannya dari kita, dari beliau juga…semoga Allah sentiasa memimpin tindak-tanduk kita. Moga2 kita dijauhkan dari fitnah dunia serta api neraka. Amien…Wassalam.
MUJADDID KURUN PERTAMA
Saiyidina Khalifah Umar ibnu Abdul Aziz RA.
Beliau adalah salah seorang khalifah Bani Umayyah. Gelarannya Abu Hafs dan dianggap sebagai Khalifah Ar Rasyidin ke-5 sesudah Sayidina Ali r.a.
Beliau dilahirkan di Mesir di sebuah kampung yang bernama Hulwan pada tahun 61 Hijrah ketika ayahnya bertugas menjadi penguasa di tempat tersebut. Ibunya bernama Ummu Asim binti Asim, cucu Sayidina Umar Al
Khattab.
Imam Tarmizi meriwayatkan bahawa khalifah Umar Al Khattab berkata: “Dari kalangan zuriatku akan ada seorang lelaki BERPARUT di wajahnya. Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan.”
Ternyata isyarat itu menjadi kenyataan kepada Sayidina Umar bin Abdul Aziz. Sewaktu kecil beliau telah dilukai seekor binatang tepat di dahinya. Bapanya menyapu darah yang mengalir di kepalanya lantas berkata :” Kalau engkau lelaki berparut di dahi yang diisyaratkan
itu, nescaya engkaulah orang yang berbahagia.” Kisah ini diriwayatkan
oleh Ibnu Asakir.
Di zaman pemerintahan khalifah Al Walid beliau dilantik menjadi gabenor Madinah dan pada tahun 99 Hijrah, beliau secara rasmi menjadi Khalifah sesudah wafatnya Khalifah Sulaiman bin Abd Malik.
Di zaman itu, empayar Islam semakin meluas, kerajaan banyak mengutus misi-misi ketenteraan membuka negara Afrika, Khurasan dan lain-lain.
Majoriti umat Islam adalah baik kerana mereka masih berada dalam lingkungan 3 kurun yang dijanjikan, namun Bani Umaiyah yang memerintah pada waktu itu terkenal dengan kehidupan bermewah-mewah dan banyak melanggar perintah ALLAH SWT.
Sistem kekhalifahan Bani Umayyah mengikuti budaya para raja di mana sistem itu bertentangan dengan sunnah Khulafah ur Rasyidin yang mengamalkan sistem Syura.
Kerana itulah Khalifah Umar bin Abd Aziz
mengembalikan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Khulafah ur Rasyidin. Pada hari perlantikannya, Sayidina Umar bin Abd Aziz naik ke atas mimbar masjid Imawi di Damsyik lalu mengisytiharkan perletakan jawatannya dan tidak akan memerintah melainkan jika
dilantik secara Syura. Ketika beliau turun dar mimbar, orang ramai membaiah dan melantiknya menjadi Khalifah berdasarkan sistem Syura.
Beliau menegakkan keadilan di dalam pemerintahannya. Penguasa yang zalim dipecat dan digantikan dengan orang yang lebih layak untuk memperbaiki keadaan masyarakat. Segala kemewahannya dan keluarganya diserahkan kepada Baitul Mal.
TAMBAHAN
Khalifah Umar Abd Aziz ra, adalah satu2nya khalifah Bani Umaiiyah yg
dilantik melalui bai’ah ie sistem syura. Walaupun perlantikannya sudah
diwasiatkan sebelumnya oleh Sulaiman bin Abdul Malik, selepas
diumumkan menjadi khalifah dia menarik diri daripada wasiat itu kerana
menurutnya cara itu tak sesuai dengan Islam, lalu beliau turun dari
mimbar utk diserah perlantikan khalifah baru kepada orang mukmin.
Belum pun sempat beliau sampai ke bawah mimbar, orang ramai semua
berteriak bahawa mereka melantik beliau sebagai khalifah mereka.
Saiyidina Umar Abd Aziz terpaksa beralah setelah orang ramai membai’ah
beliau dan membentangkan tangan penuh rela, tanpa dipaksa.
Semua orang berpuas hati kerana hati2 mereka dapat menerima beliau.
Kadangkala ada pemimpin dilantik oleh banyaknya bilangan jari. Jika
dihitung dengan bilangan hati, undinya pasti jauh lebih rendah..Bukan
begitu?
Pemerintahannya hanya sekejap ie 2 tahun [ 99H - 101 H]
Namun tempoh yg ghalibnya pendek itu telah meninggalkan kesan yg tersangat besar
kepada seluruh umat Islam, bukan sahaja pada waktu itu, malah ke hari ini.
Tempoh 2 tahun itu diguna sepenuhnya untuk
1. Berdakwah kepada orang kafir
2. Tidak menggunakan kekerasan untuk berdakwah, pedang askar2 disarung
kembali, diganti dengan usaha dakwah BI LISANUL HAL
bukan BILISANUS SAIF..Askar2 diperbatasan juga dipanggil pulang,
kecuali2 tempat yg bahaya jika ditinggalkan..
3. Ekspedisi2 dakwah dipergiatkan sepenuhnya ke mana2 sahaja termasuk ke wilayah
Nusantara
4. Harta benda melimpah ruah kerana BERKAH pemimpin bertaqwa, sehingga
zakat yg dihantar ke Mesir, Yaman, HABSYAH [ ETHIOPIA] utk diagih2kan
kepada fakir miskin, pulang semula ke Damsyik sebanyak yg dihantar
tadi..sesuatu yg tak pernah berlaku dalam sejarah mana2 khalifah pun.
( Disebabkan hal ini ada murid-sahabat @ tabi’in yg menyangka Khalifah
Umar Abd Aziz
adalah Imam Mahdi yg disebut2 hadis, walaupun hal ini dinafikan oleh
tabi’in2 lain)
5. Tempoh 2 tahun seperti dirasakan DUA PULUH TAHUN…kerana tempoh
masa dan waktu itu diberkatkan.
6. Manusia hilang rasa pergaduhan, padahal sewaktu itu pergeseran hati
puak Umaiiyi, Abbasi dan Alawi sedang hebat..boleh reda begitu sahaja.
7. Serigala dan kambing2 pun oleh berbaik2, seperti diriwayatkan
orang..bila serigala sudah menerkam kambing semula, rupa2nya orang
perasan bahawa khalifah sudah meninggal dunia.
Khalifah Umar Abd Aziz mendapat bantuan kuat 2 orang ulama utama yg
tidak menyandang apa2 jawatan dalam kerajaan ie ulama sufi Imam Hassan
Al Basri RH - tabi’in, murid kepada Huzaifah al Yamani RA dan Imam
Ibnu Syibab Az Zuhri yg menonjol dalam ilmu hadis, walaupun beliau
juga tokoh feqah dan tassawuf.
Assalamualaikum :
SAYA APPROVE MESEJ NI SEKADAR UTK MERAIKAN..DAN SUPAYA SAUDARA-SAUDARI MENILAI AKAN MESEJ2 DARI MUSUH2 ABUYA ASHAARI MUHAMMAD YG RAJIN DIHANTAR KE BLOG INI.
MESEJ MEREKA YG BERASAL DARI SUKU SAKAT ZABIDI DAN BLOGGER RUFAQA SESAT MEMANG ENTAH APA2..
ADA2 SAHAJA IDEA2 BARU..
ADA YG MENGAKU MEREKA NI WALI ALLAH, ADA YG MENGAKU ADA KASYAF, ADA YG MENGATAKAN ABUYA BUKAN FATA AT TAMIMI, CUMA WALI KUTUB JE HASIL KASYAFNYA, ADA YG MENGAKU DIA CICIT SHEIKH SUHAIMI.
DULU FATWA PUSAT ISLAM SAH MENGATAKAN MANAKIB SHEIKH SUHAIMI SESAT, AURAD SESAT, MEREKA PUN TUMPANG SEKALI MENGUTUK SHEIKH SUHAIMI..
SEKARANG NI MEREKA MENGAKU PULA YG MEREKA KETURUNAN SAIYIDI YG DUDUK DI KELANG, MENURUT MEREKA SAYIDI TAK PERNAH MENYURUH AURAD TU DIBERI PADA ORG AWAM..SEMUA ORANG KELANG TAHU, HUJAH MEREKA…
SAUDARA MARA SAYA YG BERKETURUNAN JAWA YG BERSEPAH2 DAN MERATA2 DUDUK DI SELURUH KELANG NI PUN MEREKA BUKAN PERNAH DENGAR AKAN SAIYIDI, KECUALI DATUK SAYA PERNAH BERCERITA MENGENAINYA YG GHAIB MASA DIKEBUMIKAN, JUGA DATUK SAYA PERNAH MENGAJAR AYAT LIMA VERSI AURAD PADA IBU SAYA..DATUK SAYA NI UNIK SIKIT, DIA NI SEORANG PELUKIS/PAINTER YG BANYAK KARYANYA YG KAMI MASIH SIMPAN..DIA BEKAS PEDAGANG YG BERHIJRAH KE KLANG DARI JOGJAKARTA SELEPAS SAYIDI GHAIB..TAPI SAYANG SAYA TAK PERNAH BERTANYA AKAN CERITA SAIYIDI SHEIKH KEPADANYA SEBAB MASA DIA MASIH HIDUP, ARQAM BELUM RELEVAN LAGI DALAM HIDUP SAYA.
BEKAS2 ARQAM YG GALAK MEMUSUHI NI…MEREKA PERNAH MEMBURUK2KAN ABUYA PADA KELUARGA SAIYIDI DI SINGAPURA, SEHINGGA ADA YG TERPENGARUH SEBAB KURANG FAHAM PERJUANGAN ABUYA. BARU2NI ALHAMDULILLAH KELURGA SAIYIDI DIMANA MEREKA INI ORG2 PENTING DI SINGAPURA SUDAH DATANG BERBAI’AH PADA ABUYA, DAN SEKARANG HUBUNGAN ITU AMATLAH ERATNYA.
NAMPAK GAYA MUSUH2 ABUYA YG TERDIRI DARI BEKAS2 ARQAM DAH TAK TAHU LAGI NAK BERHUJAH APA..MAKA JADILAH HUJAH ‘ TAMPOI’ ATAU HUJAH ‘TANJUNG RAMBUTAN’ MACAM KATA ATAS NI…
SORRY, CAPS ON SEBAB NAK BEZAKAN TULISAN SAYA DGN ESBIDI NI..
=HELICONIA=
Tajdid & Mujaddid
Apa yang tuan tulis mengenainya adalah benar tetapi menyandarkan kepada Ashaari Muhammad adalah tidak benar sama sekali. Imam Mahdi memang wujud, tapi dia di alam ghaib, orang Jawa atas pada wali Songo lagi, tapi tahukah tuan bahawa keturunannya ada pada hari ini? iaitu keturunannya yang keenam. Dia tidak dikenali oleh manusia di alam nyata hatta oleh isterinya tapi diketahui oleh makhluk tuhan di alam ghaib. Kewujudannya akan diketahui manusia melalui suatu bukti yang tak terfikir oleh manusia mengenainya iaitu 7 peti emas suatu khazanah dari Nabi Allah Yusuf A.S. Peristiwa ini dijangka akan berlaku pada bulan Ogos 2007 insyallah. Berita ini dapat diketahui oleh orang tertentu saja yang bertaraf waliyullah.Sama-samalah kita menunggunya.
masing2 ada pandangan dan itulah yg diyakini oleh esbidi mengenai Imam Mahdi pada pandangan beliau. Soal menetapkan siapa imam mahadi bukan soal aqidah. Jadi kita sama2 menghormati keyakinan masing2. Cuma pandangan itu mestilah atas hujah yg sahih, bukan mereka2 cerita. Ijtihad tu bukan semua org layak berbuat..ada syarat2nya.
keyakinan saya adalah pada mujaddid. mujaddid itu berwatak rasul. setiap 100 tahun akan ada mujaddid untuk memimpin kerana kita sudah jauh dgn Rasulullah. Dalam beribu2 ulamak, wali2, pak kiyai, pak ustaz & etc, kata siapakah yg betul dan benar serta tepat. sudah tentu berbagai pendapat.
Bg saya utk memudahkan diri, saya cari mujaddid dgn melihat ciri2nya, mengkajinya bukan sahaja melalui akal tetapi melalui hati (alat penghubung manusia dgn Allah). Kerana mujaddid itu wakil Rasulullah setiap kurun.
setelah kita yakin akan mujaddid itu maka jawapannya kepada segala persoalan termasuk imam mahadi sudah tentu tepat dan tidak perlulah teraba2 mencari kebenaran melalui pendapat2 dari pelbagai pihak.
kerana keyakinan 200% ABUYA adalah mujaddid, maka keyakinan mengenai imam mahadi sudah tentu bersandarkan kpd ilmu serta ilham ABUYA.
saya harap ebsidi ni bukannya ZABIDI yg takde kerja tu…
wassalam ampun maaf terkasar bahasa.
saya memang yakin Abuya memang mujaddid , kita tunggu saja.
Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bukalah pintu hati saudara-saudaraku ini.
Kau lindungilah mereka dari kesesatan syaitan yang direjam.
Wallahu’alam, logik ke para mujaddid ni terdiri daripada golongan orang Melayu padahal masih ramai lagi para ulama’ di tanah Arab dan pejuang yang lebih berani berbanding dari orang Melayu dalam memperjuangkan agama Allah SWT. Imagine what is Islam Hadhari, yang kita sendri tak boleh kekang di bumi Malaysia.. Renungkanlah..
Sebelum saya dan rakan2 menjawab kenyataan Sya, saya sarankan Sya gariskan fakta-fakta yang lebih kukuh untuk melogikkan hal ini..iatu orang Melayu tak layak jadi Mujaddid di sisi Allah.
Juga sertakan sejarah hidup tokoh2 yang tersebut di negera2 Arab sekarang, serta perjuangan mereka yang melayakkan jadi Mujaddid yang dilantik dan diutuskan Allah, sesuai dgn hadis ..
” Allah akan melantik seorang mujaddid setiap seratus tahun untuk memperbaharui urusan agama.”
juga testimonial ulama2 yang selayaknya, dipercayai lagi tidak berkepentingan dari seluruh dunia yang mengakui tokoh2 yang diketengahkan Sya itu ada ciri2 Mujaddid.
Logiknya adalah tak logik bagi kita memperkecilkan Allah yang Maha Kuasa itu untuk “mengutus” Mujaddid-Nya dari kalangan bangsa Timur a.k.a Melayu,
Sedangkan Rasulullah SAW sendiri yang sebut di dalam banyak hadist mutawatir maknawi bahawa Islam akan bangkit di akhir zaman dari bumi Timur ?
Sebuah kebangkitan Islam, yang Tuhan janjikan melalui lidah Rasulullah, tentulah bersama tokohnya sekali, tidak mungkin tidak. Begitulah sunatullahnya apabila kebenaran itu akan bangkit maka awal-awal lagi Tuhan akan datangkan pemimpinnya.
Dan mari kita baca lagi sejarah Islam, khususnya proses tersirat masuknya Islam di Nusantara ini, kemudian renungkan dengan hati.
Allahu’alam
Insya Allah…~ Dan terima kasih atas maklum balas kalian sahabat.
Kebangkitan di luar logika pastikan berlaku..
Amin ya Rabbal alamin..