Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Maulid

              makamrasulullah.gif    

                    scan0012.jpg

  • Mari kita bercerita tentang Nabi kita. Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
  • Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
  • Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
  • Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
  • Supaya yang lupa diingat kembali.
  • Bertambah ingat lagi.
  • Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
  • Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
  • Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.
  • Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia.

                            scan0014.jpg

  • Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
  • Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
  • Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’.
  • Bahkan yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasulNya.
  • Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
  • Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
  • Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya.
  • Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya.
  • Kerana inilah dia tidak pertu menulis.
  • Dan membaca seperti manusia biasa.
  • Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
  • Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
  • Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat ’

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Tawakalnya luar biasa.
  • Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
  • Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
  • Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Tuhan merezekikannya.
  • Dia tidak membunuh orang.
  • Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
  • Tapi dia tidak membunuhnya.
  • Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
  • Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
  • Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
  • Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
  • Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kasih sayangnya sangat ketara.
  • Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
  • Orang yang bersalah dimaafkannya.
  • Sekalipun orang itu tidak memintanya.
  • Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya.
  • Dia membuka bajunya untuk disebat.
  • Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya.
  • Lalu dimerdekakannya.
  • Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.
  • Pemurahnya tidak ada taranya.
  • Macam angin kencang lajunya.
  • Tiada siapa yang boleh menandinginya.
  • Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta .
  • Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kalau ada orang mengata dan menghinanya.
  • Dia diam sahaja, tidak menjawabnya.
  • Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja.
  • Cuma ketaranya pada mukanya.
  • Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya.
  • Sekalipun musuhnya.
  • Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya.
  • Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar.
  • Paling tidak, dia makan berdua.
  • Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu.
  • Dia tidak pula mencercanya.
  • Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya.
  • Sehingga orang tidak tahu marahnya.
  • Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia.
  • Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}

  • Sabarnya luar biasa.
  • Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya.
  • Dia redha.Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’.
  • Yang tiada bandingannya.Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan rasul-rasul.
  • Di tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa.
  • Diberi gelaran Sahabat namanya.
  • Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya.
  • Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya.
  • Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga.
  • Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya.
  • Kerana berkat menjadi Sahabat-Sahabatnya.
  •  Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di langit.
  • Rasul adalah bulan pumama.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya}

  • Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur.
  • Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.
  • Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
  • Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya.
  • Sekalipun orang itu kafir.
  • Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya.
  • Kerana menghormati tetamunya.
  • Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan.
  • Sekalipun binatang yang melata.
  • Begitu juga tidak pemah melakukan kesalahan.
  • Sekalipun menyalahi utama.
  • Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya.
  • Dia orang paling pemalu.
  • Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.
  • Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya ..

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam
  • Hingga bengkak-bengkak kakinya.
  • Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga.
  • Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.
  • Tapi dia buat dengan sukarela.
  • Kerana mencari redha TuhanNya.
  • Dia sebaik-baik suami.
  • Tidak mampu orang lain membuatnya .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya.
  • Satu cerita yang menyayat hati kita.
  • Seorang buta yang benci kepadanya .
  • Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya .
  • Hingga sampai waktu wafatnya.
    Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.
  • Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya .
  • Kamu ini siapa?.Saidina Abu Bakar berkata: “Saya Abu Bakar.
  • Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat.”
  • Si buta itu terkejut!Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci.
  • Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.
  • Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kalau dia bersahabat atau berkawan.
    Mengutamakan kawannya.
  • Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya.
  • Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya.
  • Setiap orang merasa dia dihormatinya.
  • Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya.
  • Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita.
  • Supaya lebih terperinci lagi.
  • Cerita dan beritanya.
  • Dia manusia luar biasa kekasih Tuhannya.
  • Agar lebih nampak dia manusia istimewa.
  • Dia tidak akan makan sebelum lapar.
  • Dia akan berhenti sebelum kenyang.
  • Tidak macam manusia biasa.
  • Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya ..
  • Kalau dia suka kerana Tuhannya.
  • Kalau dia marah pun kerana Tuhannya.
  • Bukan kerana peribadinya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
  • Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
  • Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
  • Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
  • Makan minumnya bukan diusahakannya.
  • Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
  • Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
  • Terutama yang ada keluarga.
  • Dia tidak menerima upah
  • Lebih-Iebih Iagi meminta upah.
  • Kerana usaha perjuangannya.
  • Tetapi ulama di hari ini, memakan upah.
  • Dari usaha dakwahnya .
  • Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia.
  • Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Takut dengan Tuhan ketara di mukanya .
  • Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya .
    Hartanya diserahkan habis kepadanya .
  • Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
  • Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
  • Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
  • Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
  • Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kalau dia bercakap lantang suaranya .
  • Tegang urat merihnya.
  • Kalau dia bercakap bak mutiara.
  • Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
  • Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya .
  • Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
  • Tidak seperti ulama-ulama hari ini.
  • Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
  • Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
  • Bukan dari hatinya.
  • Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia.
  • Dia bercakap pendek sahaja.
  • Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Dikatakan oleh hadis ‘jawa  miul kalim’ .
  • Kata-katanya singkat tapi padat .
  • Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas .
  • Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.
  • Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada.
  • Masa terbuang, cakapnya tidak menggetarkan jiwa
  • Kita sambung lagi cerita nabi kita.
  • Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa.
  • Juga tidak akan bercakap yang sia-sia.
  • Sekalipun tidak berdosa.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Kalau dia ketawa tidak berbunyi.
  • Insafnya dapat dilihat di mukanya.
  • Takutnya kepada Tuhan di mukanya ketara .
  • Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira .
  • Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya.
  • Rasulullah mudah menangis.
  • Kerana takutkan Tuhannya  
  • Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya.
  • Akhlaknya sungguh agung..
  • Tuhan memujinya.
  • Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia ..
  • Sebelum dan sesudahnya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya.
  • Tuhan berkata: “Akhlaknya, sungguh agungnya.”
  • Tidak ada siapa boleh menandinginya.
  • Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba.
  • Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya.
  • Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya.
  • Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya.
  • Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya.
  • Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya.
  • Tawadhuk. dengan Tuhannya, sentiasa ada.
  • Sangat ketara, di dalam hidupnya.

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Dia berpakaian jubah dan serban.
  • Warna yang disukai kebanyakannya putih dan hijau
  • Warna hitam ada juga dipakainya.
  • Tapi sekali sekala.
  • Makanan yang dia suka, susu dan tamar.
  • Daging sebagai lauknya
  • Itulah penguat  badannya.
  • Demikianlah secara ringkas.
  • Yang global tentang cerita nabi kita
  • Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya. .

{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }

  • Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita .
  • Mukjizat banyak berlaku di tangannya.
  • Yang lahir dan yang batin .
  • Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis .
  • Yang kekal sampai ke akhir zaman.
  • Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia .
  • Demi keselamatan manusia dunia dan Akhiratnya .
  • Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memada.
  • Bagi orang yang tiada masa mengkajinya .

Berdiri untuk Marhaban

nabawi-dusk.gif

12 Comments »

  1. Ya RasuluLLAH… aku ingin mengadu kepada kekasih ALLAH, bahwasanya, kami Ahlul Bait mu ditindas dan tertindas dan dimusuhi oleh pihak yang tidak memahami agama ALLAH..

    Khusbiyadee* Ya RasuluLLAH, Khusbiyadee Ya KhaliluLLAH, Khusbiyadee Ya HabibuLLAH…

    *”Peganglah tanganku”

    Comment by Sayyed | March 29, 2007

  2. saya ingin memohon keizinan untuk menyalin maulid ini dan menjadikan bahan rujukan saya

    Comment by ubie | March 30, 2007

  3. ya rasulullah engkau manusia yg amat luarbisa dan teramat luarbiasa,sabar mu,akhlak mu,penyayang mu,pemaaf mu sukar untuk di contohi,engkau pendidik dan penyelamat bagi umat,dan di akhir zaman ini umat mu penuh dengan kucar kacir sehingga tak dapat menilai mana kaca dan mana permata,manusia yg membawa kepada tuhan di sesatkan manakala manusia yg membawa kepada kebinasaan pula diagung-agungkan,namun tuhan itu amat mendengar rintihan hambanya,pasti penyelamat akhir zaman akan zahir untuk membetulkan keadaan,membaiki sistem yg telah rosak ini,aku yakin islam itu pasti bangkit semula bagi kali ke 2,dan aku juga yakin ya rasulullah engkau berperanan diakhir zaman ini dalam merealisasikan janji tuhan bahawa penyelamat akan zahir untuk membawa manusia kepada tuhannya,dan penyelamat itulah yg kami tunggu2 kedatangannya dialah imam mahdi yg di janjikan,bersama manusia ajaib yg melagangkan perjuangan nya iaitu pemuda bani tamim,ya rasulullah semoga aku dan juga pada mereka yg rindukan kebenaran agar dapat bersama imam mahdi dan pemuda bani tamim dalam merintis kebangkitan islam kali 2 ini,amin.

    Comment by rayme | March 31, 2007

  4. Assalamualaikum..
    Yang menghairankan saya, kenapa gambar abuya di merata2 premis ?

    Comment by bisme | June 5, 2007

  5. Waalaikumsalam,
    Jika di zaman rasulullah ada kamera, mungkin gambar Rasulullah akan digandingkan dengan gambar Abuya di premis2 Rufaqa.

    Gambar2 Yang Dipertuan Agong dan Pak Lah digantung merata2 di premis kerajaan, itulah tanda cinta kepada pemimpin2 yang disanjungi.

    Cinta kepada pemimpin bukan terbatas ditunjukkan kepada foto2 yg digantung, ia lebih kepada cinta dalam hati.

    Comment by heliconia | June 5, 2007

  6. Sayangnya anak-anak zaman sekarang lebih percaya Superman, Spiderman, Batman dan seangkatannya sebagai luar biasa. Malah dilihat sebagai penyelamat dunia. Betapa minda muslimin dijajah lagi. Sedang nabinya sering dilupakan.

    Comment by careliph | June 9, 2007

  7. Apa yang nak dihairankan gambar Abuya berada di merata. Kami merasakan beliau pemimpin kami dan ingin sekali mengikuti jejak langkahnya.

    Paling tidak pun dengan melihat gambar atau wajah orang baik-baik ni banyak kebaikannya.

    Gambar superman, spiderman, batman, cicak man, maksiat man, banyak lagi terpampang di mana-mana, itu yang sepatutnya kita hairankan.

    Comment by barokah | June 9, 2007

  8. yes, betul tu barokah…

    Comment by waja halilintar | July 25, 2007

  9. Betul tu. Sokong! Sokong! Sokong! World peace! Ya Allah Bantulah aku mencintai-Mu…

    Comment by nor | September 17, 2007

  10. Di sepanjang lebuhraya ada billboard2 yg display football player EPL memakai seluar pendek..Fikirkanlah. Belum lagi model2 seksi. Inilah zaman fitnah.

    Comment by heliconia | October 5, 2007

  11. terjemahan berzanji maulid nabi boleh di dapati dari kitab berzanji yang ada terjemahannya… bila baca balik terjemahan ni, teringat dulu masa time sekolah, paling seronok bila masuk bulan rabiul awal… mana tak eh, lepas maghrib terus ada program berzanji ramai, kat situ la saya belajar dua lagu berzanji yang popular dijohor iaitu lagu sikkah dan lagu rast… lagu rakbi dan rakbi manjaka je yang masih tak dapat kuasai lagi….

    Comment by al-farouq | October 25, 2007

  12. [...] Maulid [...]

    Pingback by Rasulullah SAW: Sumber Limpahan Rahmat « Heliconia’s Weblog @ Malaysia | March 20, 2008

Leave a comment