Luahan Hati
To Listen [ & Download] : Click the MUSIC Box Files at the blog’s sidebar
1. Rasa Hatiku Ketika Hendak Sembahyang
Bila hampir waktu sembahyang
Hatiku gelisah tidak menentu
Mataku ini tak mahu tidur
Buat apapun aku tidak mahu
Bila sudahku lakukan ibadah
Lagi hatiku bertambah susah
Rasa hatiku tidak menentu
Ertinya masa ibadah tadi membuat dosa
Tidak beradab tidak bersopan dengan Tuhanku
Aku rasa aku tidak menunaikan kewajipan
Aku rasa beribadah dalam kelalaian
Aku meminta ampun di dalam hatiku
Kerna kalalaianku ibadahku tak sempurna
Bila ku beri kuliah aku bertawasul
Dan meminta tolong dengan Tuhan
Agar aku tak riya
Agar aku tak megah
Supaya dijaga hatiku ini
Agar aku sentiasa memberi kuliah
Dengan hati yang penuh keikhlasan
2. Rasa Hatiku Melihat Kesusahan
Aku mengharap Tuhan, agar diizinkan
Bila ada orang yang ditimpa dengan kesusahan
Terutamanya kawan-kawan seperjuanganku
Aku rasa bersalah tidak dapat memberi bantuan
Kalau ada orang yang miskin
Aku berdoa di dalam hatiku
Jangan Engkau bertindak ke atasku
Diatas kesusahan mereka
Kalau kawan-kawanku
Mendapat nikmat dariMu
Aku turut rasa gembira
seolah aku mendapat nikmat itu
Bila ada orang mencaciku
Ataupun menghina diriku
Bukan hati tidak sakit
Tapi aku buat tak tahu
Atau buat tak peduli
Atau dilupakan saja
Supaya sakit hatiku tidak berpanjangan
Kerana sakit hati itu fitrah semula jadi
Sekali sekala terutama selepas tahajud
Kudoakan kebaikan buat mereka
Jadi aku memaksa hatiku
Tak berdendam dengan mereka
Makin banyak ku mendengar orang menghina diriku
Kerja aku bertambah lagi
Menjadikan aku mendoakan mereka
Agar mereka dapat Petunjuk dari Tuhan
Untuk memujuk hatiku
Supaya aku tak sakit hati
Aku bermujahadah
Agar aku dapat mengikut sunnah nabi yang sentiasa
mendoakan musuh dapat petunjuk
3. Rasa Hatiku Sepanjang Hari
Yang palingku takutkan
setiap hari berlaku [jika]
aku syirik dengan Tuhanku
Lagi jiwaku terganggu
aku syirik dengan Tuhanku
Lagi jiwaku terganggu
Bila aku berpakaian
Menaiki kenderaan
atau menghadap hidangan
Terbayang di fikiranku
Banyak orang yang terlibat
Dalam menyediakannya
Aku merasa berdosa
Aku merasa berdosa
Kalau tidak mendoakannya
Disaat ku ingin tidur
kuat ingatanku kepada Tuhan
Aku takut kalau ku mati
Didalam kelalaian
Bila aku bangun tidur
Aku merasa berdosa
Kalau tak bersyukur kepada Tuhan
Selepas itu aku berniat pada Tuhan
Kalau aku di hari itu masih dihidupkan Tuhan
Aku berjanji dengan Tuhan
Akan membuat kebaikan
Yang bersifat habluminallah
Mahu pun habluminannas
Inilah janjiku kepada Tuhan 2x
4. Rasa Hatiku Setiap Hari
Entah apa lagilah perasaan hatiku
Yang berlaku setiap hari
dalam hidupku
Cukuplah sekadar itu aku memberitahu kamu
Apa yang ada didalam hatiku
Begitulah hatiku lebih sibuk dari fizikalku
Bahkan diakhir ini fizikalku tak sibuk
Kerana keuzuranku
Namun hatiku tetap sibuk
Seperti yang telah ku beritahu padamu
Semoga apa ku tulis dipelihara
Tuhan jauhi dari riya
Dari perkara yang merosakkan
Dan ku tulis perasaan hatiku ini
Agar dapat dikongsi bersamamu
Semoga perasaanmu sama dengan perasaanku
Walaupun begitu aku bukan rasul
Mahupun nabi
Tentu aku ini mempunyai kelemahan diri Kalau terjebak juga dengan riya
Aku memohon ampun kepada Tuhanku
Dengan rahmatMu Tuhan
Maafkanlah diriku
Dengan rahmatMu Tuhan jangan bertindak ke atasku
Kerana kelemahanku
Aku berharap dengan rahmatMu Tuhan
Pimpinlah aku selalu
5. Rasa Hatiku Terhadap Dosa
Wahai anak-anakku engkau tak tahu
Apa yang ada dalam hatiku
Biarlah aku beritahu
Untuk dikongsi bersama dengan kamu
Jiwaku sakit lebih dari fizikalku
Oleh itu fizikalku sakit
Aku tidak ambil peduli
Kecuali tak mampu menahan sakit itu
Apakah anak-anakku ingin tahu
Jiwaku sakit lebih dari fizikalku
Elok aku beritahu
Supaya kamu tahu perasaanku
Aku rasa dosa-dosaku
Sentiasa di hadapan mataku
Susah hati hendak melupakannya
Menjadikan perasaanku
Keluh kesah selalu
Lebih-lebih lagi kalau aku
Sedar terbuat dosa lagi
Lagilah jiwaku menderita
Lagilah jiwa aku menderita
Bahkan aku teringat selalu
Dosa-dosaku di waktu mudaku
Penyakit jiwaku
Menyerang kedalam hatiku
Lantasku ulangi, ku ulangi taubatku
Maklumlah dizaman mudaku dahulu
Tiada siapa yang memimpinku
Macam aku memimpin dirimu
Macam aku memimpin diri kamu
Diwaktu itu tiada jemaah islam
Yang boleh mendidikku
Wahai anak-anakku






Wahai Abuyaku..guru mursyidku.. walaupun abuya mngatakan dosa2 Abuya dwktu mudanya byk, tp kami sdr dosa2 kami lbh byk darimu.. sdgkn kami ada jemaah dan pemimpin yg alim mcm dirimu jd kalau kami msh sng dgn mlakukn dosa2 maka mmg kami trmsk dlm golongn org yg rugi dan buta hati..Mzb
Muaz, memang wajarlah ..kita yg banyak dosa ni mencontohi luahan hati Abuya ni.
Saya sedang menug’update’kan nasyid2 di atas dalam sidebar blog ini…Moga2 ada manfaatnya kepada pembaca.

Secara personal, saya sangat menyukai lagu2 tersebut. Saya dah beli dua kali CDnya, tetapi dua2 kali rosak, bukan mutunya tak elok, satu tertumpah glue, satu lagi menggelongsor jatuh dari glove compartment entah lalu mana?, masuk ke ruangan enjin di depan, yg jumpa pun mekanik, CDnya dah kemek.. nasiblah tak meletup mobil lama tu..
Mungkin ada kaitanlah dengan saya yg banyak dosa ni.
Lagu2 ini saya upload dari CD-ROM MBook Ustaz Ashaari Muhammad. Terima kasih Abuya.. atas berkongsi rasa..yg susah dihayati….
Memang terasa betul dengan lagu Rasa Hatiku Terhadap Dosa. Begitu sekali tawadhuknya Abuya terserlah lagi dengan kata-kata Abuya dalam lagu tu.
Lemahnya dan teruknya diri ini.
kepada barokah/ about miracle [WP]. dll… atau rakan2 yg guna blogger acc, dipersilakan embed box file LUAHAN HATI ABUYA tu dlm blog…bolehlah kita sama2 dapat pengajaran darinya..
Kepada Anak Perak..[ Ini dari luahan hati Abuya]
—————–
Bila ada orang mencaciku
Ataupun menghina diriku
Bukan hati tidak sakit
Tapi aku buat tak tahu
Atau buat tak peduli
Atau dilupakan saja
Supaya sakit hatiku tidak berpanjangan
Kerana sakit hati itu fitrah semula jadi
Sekali sekala terutama selepas tahajud
Kudoakan kebaikan buat mereka
Jadi aku memaksa hatiku
Tak berdendam dengan mereka
Makin banyak ku mendengar orang menghina diriku
Kerja aku bertambah lagi
Menjadikan aku mendoakan mereka
Agar mereka dapat Petunjuk dari Tuhan
Untuk memujuk hatiku
Supaya aku tak sakit hati
Aku bermujahadah
Agar aku dapat mengikut sunnah nabi yang sentiasa
mendoakan musuh dapat petunjuk
InsyaAllah…
Abuya pemimpin Allah datangkan untuk umat akhir zaman. Tujuan bukan lain untuk mendidik manusia berhati binatang kepada fitrah
Assalamu’alaikum,
Nak ziarah barang sekejap. Tanya kabar hari ini. Smoge sentiase dalam Ridha Allah
Wassalam
Fakhrurrozy
Waalaikum salam Fakhrurrozy, Alhamdulillah, Jazakallah..
dapat peluk Abuya kan best..
andai kamu bersalah dengan MURSYID, janganlah khuatir kerana sifat pemaafnya melebihi sifat pemarahnya..
:petikan buku MURID YANG SEJATI
p/s:camtulah lebih kurang bunyinya..saya xingat real sentence die..
nak sangat peluk Abuya..
jumpe tak penah lagi…huhu
Eh! warrior sekalian! kesianlah dgn Nassious!
apa perlu kita buat ye?
Hmm….terharunya luahan hati seorang anak muda. pastinya Abuya akan memeluk nassious dgn penuh kasih sayang, [jika ia tahu], dgn sepenuh hatinya..
Peluklah orang yg paling mencintai Rasulullah SAW di zaman ini..cinta dan rindu yg tak tertahan2..
terima kasih kepada rakan2 di blog ini yg banyak membantu dan hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa kamu………..(memang tak dapat digambarkan macam mana perasaan ketika bertemu seoang wali Allah ketika itu)
mau tanya sesuatu;
bagaimana menurut islam tentang bisnis online via internet? apa hukumnya…..
Satu soalan ?…
Hukumnya ‘harus’ menurut Islam. Bukan HARUS dari segi Bahasa Indonesia.
Sama juga dengan hukum poligami. Harus bila dihukumkan dari segi ini : wajib, sunat, harus, haram..
Dari segi bahasa harus itu adalah MESTI!
mungkin Rahmat orang Indonesia ya?
‘HARUS’ means MUBAH atau ‘BOLEH’ in Bahasa Indonesia.
Asalkan menempuh tata cara dan syarat tertentu supaya ada nilaian ibadah disisi Tuhan,insyaAllah barokah.
Paling tidak ada 5 syarat :
1.Pasang niat yang baik2 karena Tuhan, lillahi ta’ala bukan lil duit,lil nama dsb. Misalnya : niat untuk memudahkan sesama manusia niatkan karena Tuhan.
2.Pelaksanaan bisnes itu kamu pastikan tidak melanggar hukum Islam
3.Benda yang kamu bisneskan itu benda2 yang halal.Sebab sekarang ini apapun boleh diperolehi via internet, tak kira halal haram.
4.Hasil kamu berbisnes gunakanlah di jalan Allah, sedekah, bantu orang miskin,berbagi rizki, hiburkan orang, dsb
5.Jangan tinggalkan ibadah fardhu. Misalnya : Jangan pula nanti kamu bisnes, asik depan internet aja hingga terlewat sembahyang zohor.
Jadi sebetulnya, Islam itu sangat menghiburkan jiwa manusia…
TQ, Semoga dapat menambahkan.
[edited]….dgn izin Allah serta karamah dn berkat mu,bantu lah aku dalam mujahadah ku ini..
Hidup Penyu
Kita ni bagaikan anak penyu
Ditelurkan ibu penyu
Satu masa dahulu
Tugas kita
Kembali ke lautan
Mencari ibu
Tetapi
Bahana menanti
Musang di pantai
Jerung di laut
Berdikari sendiri
Makan sendiri
Ombak badai ditempuhi
Cedera situ
Cedera sini
Hanya beberapa sahaja dari kita
Berjaya menemui ibu
Kalijogo87
Tak dapat jumpa Abuya sc jasad tak pe..kt usahakan taqwa dan bersihkan hati..insya-Allah kt akn bertemunya