Intipati Ucapan Ibu Puan Hatijah Aam Pada 10 Muharram 1435H (14 November 2013)

20131116-074414.jpg

20131116-074433.jpg

PENGERUSI EKSEKUTIF GISB HOLDINGS DI MAJLIS KESYUKURAN DAN PERASMIAN PEJABAT URUSAN GISB HOLDINGS SDN BHD 10hb Muharram 1435H (Khamis 14hb Nov 2013), PUAN HATIJAH AAM

Ucapan Salam dan Kata-Kata Aluan.

1. Menelurusi perjalanan Allah dan RasulNya atas nama Islam adalah satu perjuangan yang wajib atau tidak boleh tidak oleh orang Islam.

2. Allah dan Rasul itu sepatutnya di hati setiap orang Islam, bukan di mulut. Seperti hati yang begitu mendalam rasanya kepada ibubapa, anak-anak, isteri-isteri dan suami. Maka dengan Allah dan Rasul lebih-lebih lagilah. Sepatutnya rasa cinta itu begitu mencengkam di dada terhadap Tuhan dan Nabi yang kita yakini itu,

3. Orang Islam itu hebat kerana mempunyai Tuhan dan Nabi di dalam hati dalam keadaan mata yang tidak mampu melihat. Sungguh, justru itulah hati akan menjadi cukup bercahaya dan mampu merasai sentuhan Maha Kasih Sayangnya Allah dan Rasul itu pada diri-diri mereka.

4. Sungguh orang Islam itu jauh lebih tinggi dari orang-orang bukan Islam, kerana mempunyai hubungan cinta yang mendalam dengan kuasa Pencipta dan Penjaga langit dan bumi. Dalam apa sahaja keadaan orang Islam dapat merasakan Allah dan Rasul sentiasa bersama mereka. Orang Islam sepatutnya tidak pernah merasa keseorangan kerana amat yakin dan merasakan Allah dan Rasul itu sentiasa bersama untuk menjaga dan menolong pada setiap saat.

5. GISB Holdings ini kini berada di banyak negara di dunia atas nama Melayu Islam, berdikari, tanpa berhutang dengan bank atau dengan sesiapa pun. Kenapa?

Sebab Allah dan Rasul itulah dijadikan pemodal. Merekalah modal untuk apa juga urusan hidup. Dalam keperluan politik, sosial, budaya, ekonomi, kesihatan, kebajikan, kekeluargaan, sukan, pentadbiran, kewangan, perhubungan dan lain-lain serba-serbi kehidupan.

6. Allah dan Rasul melalui Al-Quran dan Hadis telah berjanji bahawa kemenangan untuk umat Islam akan berlaku. Sedangkan untuk umat bukan Islam, Allah dan Rasul tidak menjanjikan apa-apa untuk dunia dan akhirat. Lihat dunia di dalam tangan Yahudi, mana ada keamanan dan kemakmuran. Cuma kesenangan dunia yang menipu daya yang mereka perolehi.

7. GISB Holdings Sdn Bhd sempena tahun baru ini berazam untuk terus menambah takut dan rindu pada Allah dan Rasul supaya segala yang Allah janjikan untuk orang yang bertakwa itu kami kecapi.

Sumber Foto : Blog Anjangmuor


Saya Bangga Dengan TV Ikhwan Tetapi…

TV Ikhwan

Salah satu program siaran internet TV Ikhwan

TV NM 2

Seorang penasyid Global Ikhwan Indonesia memakai serban songket, di siaran langsung TV SCTV Indonesia, Di Malaysia, penasyid Global Ikhwan masih diharamkan dari memakai serban.

http://tv.nurmuhammad.net/

Siaran TV internet, TV Nur Muhammad terbitan GISB Holdings telahpun ditukar nama kepada TV Ikhwan, selaras dengan langkah ke era menghormati fatwa Mufti Malaysia.

Saya bangga dan seronok mengikuti siaran TV ini kerana konsepnya global. Liputannya meluas bukan sekadar dari Malaysia dan negara Asia Tenggara lain, seperti Indonesia dan Thailand di mana Global Ikhwan kuat bertapak, selain Singapura dan Brunei, tetapi juga dari ahli remaja Global Ikhwan Australia, Jordan, Arab Saudi. Mesir, England, German, Perancis, Uzbekistan, Yunnan dan Turki. Bilangan mereka sedikit, tetapi mampu menghasilkan bermacam-macam kreativiti. Terbukti dari kajian, filem memberi pengaruh yang sangat besar kepada minda masyarakat.

Dalam masa kaumnya berbangga dengan filem seperti KL Gangster, Hantu Mak Limah, dan segala filem beraksi Mat Rempit., atau sibuk dengan program senda-gurau  kurang cerdik seperti Maharaja Lawak,  segolongan kaum remaja dari seluruh penempatan GISB sedunia ini bersungguh-sungguh menghasilkan filem pendek dengan tujuan membawa manusia kembali pada Allah dan Rasul-Nya. Untuk menghasilkan filem yang baik, selain usaha lahir, mereka bangun di malam-malam hari merintih kepada Allah agar mesej filem mereka memberi kesan kepada roh para penontonnya.

Seperti kebanyakan kita, end-user adalah orang yang paling seronok untuk menikmati suatu hasil kreativiti filem. Saya tahu pembikinan filem bukan mudah, jadi bila melihat anak-anak muda Global Ikhwan berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang ‘acceptable’ to ‘excellent” usaha mereka sangat patutlah dipuji.

Di dada akhbar setiap hari, kita membaca keruntuhan akhlak pemuda-pemudi  Melayu, kes buang anak, rogol, zina, liwat, lesbian, buli, rokok, arak, dadah, curi motor, rampas kereta ala-Hollywood, bunuh dan segala macam kes lagi. Kem PLKN diharap dapat menjadikan anak-anak muda menjadi lebih patriotik, berdisiplin dan perkasa, tetapi kes potong line masa beratur pun boleh berakhir dengan pembunuhan. Di manakah silapnya? Inilah ayat famous, “di manakah silapnya?”

Silapnya terlalu banyak, tiada siapa boleh membaiki masyarakat kita, anak-anak muda kita secara menyeluruh, mungkin hanya KEAJAIBAN dari langit !

Berbalik kepada TV Ikhwan, dan tajuk entri ini : ‘ Saya Bangga Dengan TV Ikhwan Tetapi…?

Beberapa saranan saya.

1. Ceriakan dan professional-kan lagi lay out web TV Ikhwan

2. Twitter saya @Heliconia WPress pernah follow @TVNurMuhammad, tetapi sebab jarang sangat sangat diupdate walau sebulan sekali, saya pun unfollow.

3. Jika ASTRO ada TV guide, ada PVR yang boleh rekod siaran TV, sekurang-kurangnya di web TV Ikhwan itu, sediakanlah jadual siaran program beserta infonya – yakni penerangan ringkas atau sinopsis, supaya penonton boleh mengatur masa untuk menontonnya.

4. Twitter atau Facebook TV Ikhwan haruslah diupdate untuk setiap program.

5. Web TV Ikhwan tentu belum lagi dapat menandingi web tonton.my atau ASTRO-on-the-GO, tetapi kalau buat konsep sebegitu kan bagus. Sekurang-kurangnya adakan Apps untuk  ios ( I-pad) atau Android, jadi penonton tidak perlu menonton secara live online.

Seperti web tonton.my, selain ada TV streaming, penonton akan ada lebih kuasa untuk memilih apa yang mahu ditonton, pada bila-bila masa, sebagaimana web TVRSA dulu.

6. TV arus perdana seperti ASTRO dan Unifi menyediakan bermacam-macam siaran hiburan yang melalaikan, ia tidak mendidik roh manusia untuk mengingati, merindui serta mencintai Allah dan RasulNya, malah menjauhkan penonton dari Islam. TV Al Hijrah dan Astro Oasis ada sebagai alernatif kepada yang berminat cuma sentuhannya tidak sama dengan TV Ikhwan.

7. Program TV Ikhwan patut dikategorikan kepada drama, dokumentari, berita, nasyid, supaya mudah untuk penonton memilih.

Semasa saya  sedang menulis entri ini, sebuah program tentang Bahaya Syiah sedang berlangsung di TV Ikhwan.

***** It’s such a waste a lot of good programmes are available on TV Ikhwan but viewers don’t have easy and free to roam access to the programmes.********

——————————————————————————————————————————————-

UPDATES :

Baru dapat info update tentang TV Ikhwan.  Saya menerima mesej  BBM, website baru TV Ikhwan rupa-rupanya sedang dalam proses untuk dipersiapkan…  Semoga semuanya berjalan lancar.. ! InsyaAllah, dengan berkat Rasulullah SAW,


Berita dari Global Ikhwan, Papua Indonesia

Berita keluaran November 2011, diharap tidak terlalu lambat untuk menghayati  kebangkitan Islam di tanah asing ini.

Kepada pembaca selain orang Indonesia, ada istilah-istilah yang kurang difahami.

Maaf, kena faham-faham sendiri  kerana buat masa ini belum sempat cek.


Taubat Tarhil – Versi Bahasa Inggeris

dari TV Nur Muhammad Australia

Mohon maaf atas kesalahan ejaan dan nahu…
Sepatutnya ‘REPENTANCE from a servant most zalim’ not ‘ forgiveness from a servant most zalim’
Atau yang betul…
@ forgiveness OF a servant most zalim’…


Masjid Negara turut menyumbang kepada Rumah Amal

Sumber : Group BBM

20130616-075911.jpg

Konsep Rumah Amal adalah mengajak manusia beramal untuk saham akhirat dengan bersedekah kepada antara asnaf zakat yakni para pejuang agama yang bekerja sepenuh masa untuk Islam tanpa sistem gaji, anak fakir miskin, anak yatim, dan ibu tunggal. Anak-anak Rumah Amal didisiplinkan dengan bangun seawal 4.30 pagi untuk qiyamullail. Selawat 30 minit sebelum waktu solat juga dilazimkan. Mereka bersekolah di sekolah kerajaan setiap hari setelah kerajaan mengharamkan sekolah rendah sistem Abuya. Seorang ahli korporat, penyumbang rumah amal di Indonesia berkata ‘ Mana mungkin saya mampu bangun qiyamullail sebagaimana anak-anak ini, semoga sumbangan saya ini membuatkan saya ( yang sudah lanjut usia ini) mampu beramal seperti mereka, istiqamah selawat, sebelum saya meninggal’ : FOTO: Pihak Masjid Negara di Majlis Lawatan Mahabbah ke Rumah Amal Giching, Sepang.

20130616-080142.jpg

20130616-080218.jpg

Temuramah Dengan TV Al Hijrah milik JAKIM.


Konsep BANK TUHAN : Selamat Datang Ke PentadbiranKu!

Dipetik dari Bulletin Nur Muhammad

KERAJAAN ROH MENJAMIN DUNIA AKHIRAT

Selamat datang ke pentadbiranKu!

Di sini disertakan beberapa kisah benar yang berlaku ( sebenarnya banyak lagi kalau nak cerita) tentang rezeki, duit datang dari sumber yang tidak disangka. Memang orang yang berhasad dengki kepada Ustaz Ashaari dan jemaahnya akan menuduh macam-macam : duit dari jin, duit dari syaitan, toyol dan sebagainya. Siapa yang percaya? Kalau benarlah berkawan dengan jin boleh jadi kaya-raya macam ahli politik, profesion bomoh dah tak laku lagi.

1, Laporan dari Negeri Sembilan

Beberapa hari yang lalu kami ditakdirkan menghadapi masalah yang genting untuk menyelesaikan sewa, eletrik, air dan kebajikan anak buah. Kami meminta semua yang terlibat berkasih sayang, bermaafan sama sendiri, kemaskan ibadah dari solat hinggalah ke ‘pencak’ melawan nafsu jahat – satu amalan dalam tarikat – sepertimana juga tarikat lain, cuma nama dan cara berbeza – supaya dihayati dan dibuat secara berjemaah terutamanya di kalangan pemimpin hingga ke peringkat exco. Kami mengaku kami tidak mampu dan berdoa kepada Allah dengan bertawassul sungguh-sungguh dengan nama Nur Muhammad. Lalu, menangis dengan air mata taubat, seorang Muslimah barisan ibu kepimpinan Negeri Sembilan ini yang keletihan terus merintih hingga tertidur. Di dalam tidurnya itu beliau bermimpi di dalam bank atas namanya, duit sudah masuk dengan banyak sedangkan seingat dia hanya ada RM 1000 sahaja, yang memang tidak cukup untuk menyelesaikan overhead. Alangkah terkejutnya beliau, pada keesokan harinya, bila diperiksa, didapati dalam bank tersebut telah ada tambahan kemasukan sebanyak RM 8000. Terima kasih ya Allah! Terimakasih Nur Muhammad. Jadi Tuhan telah benar-benar menghiburkan kami dengan kemasukan duit sebanyak RM 8000 itu. Benarlah kata Ummu Jah, yang air mata menangis kerana Islam tidak akan dihampakan oleh Allah.

Pernah di awal-awal pembukaan Rumah Amal Baitul Mahabbah, pengurusnya, seorang Muslimah hanya mampu mempunyai sebanyak RM300 dalam tangan sedangkan sewa Rumah Amal itu lebih kurang RM1500. Beberapa jam lagi tuan sewa akan datang meminta bayaran sewa. Cemas, tetapi tidak mahu meminta-minta kepada manusia selain Allah, yakin dengan janji Allah – jika bekerja dan perjuangkan Islam, pasti Allah akan bela, maka beliau menangis dan merintih, bertawassul sungguh-sungguh dengan Rasulullah. Tidak berapa lama kemudian, pintu diketuk orang. Jiran sebelah memperkenalkan diri ” Benarkah ini Rumah Amal? Saya tak perasan pun, ini saya niat hendak menderma, dan di sini saya sudah sediakan cek RM1500 sebagai sumbangan saya”

Rumah Amal Baitul Mahabbah, Seremban

2. Laporan dari Australia

Berlaku satu perkara yang ajaib di sini, ada kemasukan AUSD 2350.01 dollar (RM7 ribu) tanpa diketahui dari siapa dan yang paling peliknya Nombor Rujukan kemasukan duit itu bertulis Ref:00000/7. Akaun ini dipegang oleh seorang sahaja, ianya adalah akaun khusus. Tuan punya akaun bertanya-tanya siapakah yang memasukkan wang tersebut jadi diwar-warkanlah pada semua kawan-kawan tetapi tidak mendapat maklumat. Sungguhlah terkejut sebab bila diperiksa slip bank hanya bertulis Ref :00000/7. Biasanya kalau ada orang yang memasukkan duit, nombor rujukannya akan ada angka-angka penuh. Tepatlah, duit dari bank Tuhan, dari ‘alam ghaib” itu banyak, bahkan melimpah ruah. Maka duit itu digunakanlah untuk kegunaan projek jemaah.

Read the rest of this entry »


Hanya ‘Imam Mahdi’ Sebenar Yang Tidak Akan Dipancung….

nabawi

Rasulullah SAW telah bersabda “Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan kerajaan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya.” (Ibnu Majah)

Sekian lama manusia dalam keadaan mempertuhankan nafsu. Di akhir zaman ini walaupun sudah 1500 tahun berlalu sejak Rasulullah wafat fizikalnya, bilamana agama pun sudah hancur, namun bila Allah mengkehendaki, Dia akan campur tangan membetulkan kesilapan kita berfikir, berperasaan serta bertindak. Selama ini kita memberi keutamaan kepada yang tidak utama. Jika Allah terus biarkan keadaan ini, maka tidak akan berlaku kebangkitan Islam kali ke 2.

Tuhan memberitahu kita, sebenarnya kita tersalah fikir selama ini bila kita bercakap tentang Islam. Kita mengutamakan projek duniawi, pembangunan material yang disasarkan. Sebenarnya yang harus dibangunkan adalah hati@roh untuk manusia sampai betul-betul dapat bertemu Tuhan dan mencintaiNya. Kalaulah itu dapat dibuat, itulah yang dinamakan kebangkitan Islam. Yang ditekankan selama ini, yang ditafsirkan adalah kebangkitan material, kebangkitan pembangunan, perlaksanaan undang-undang Islam atau meriahnya jabatan-jabatan yang menguruskan hal agama Islam..

Namun, bila Tuhan mengkehendaki, Dia hanya berkata “Jadilah’ maka jadilah sesuatu…

Tuhan telah memilih orang Melayu yang asalnya satu kaum yang lemah, Tuhan kuatkan dengan dapat berkawan dengan Tuhan dan Rasul. Orang Melayu ini pun diangkat pergi ke Mekah, sampai ke Haramain terasa hampir diserah kepada bangsa Melayu. Kemudian Tuhan telah bawa pulang orang-orang ini ke Malaysia untuk Tuhan tunaikan janjiNya bahawa kebangkitan itu akan menjadi satu kuasa politik di Malaysia. Kita sebenarnya sedang berjalan di atas jadual Tuhan.

Pada 17 Januari 2013 pihak kedutaan besar Malaysia sangat berharap GISB balik ke Malaysia. Bersorak-sorailah musuh-musuh GISB terutamanya bekas-bekas yang memusuhi. Tetapi tidak berjaya dibawa ke Malaysia hasil bantuan pihak atasan orang Arab Saudi sendiri, yang rapat dengan keluarga diraja.

Sebelum 27 Mac 2013 dengan lantang Ummu mengiystiharkan Malaysia akan menjadi Islam pada bulan Mei. Maka selepas itu didatangkan atas nama penguasa Mekah, seramai 95 orang diproses untuk balik ke Malaysia dengan ditahan di ‘penjara’ dunia yakni diuzlahkan terlebih dahulu.

Ummu Hatijah Aam telah dihantar pulang ke Malaysia pada 13 Mei 2013. Sebaik tiba di KLIA beliau telah ditahan JAIS dan ini telah menjadi antara berita utama negara dicelah-celah berita politik yang sedang panas.

Ini bagaikan mengulangi proses Abuya ditangkap sebelum Arqam diharamkan pada tahun 1994. YB Tamrin Ghafar telah menelefon Abuya di Amman, Jordan. Katanya “Ustaz sudah boleh balik ke Malaysia, kerajaan sudah beri laluan, ustaz akan selamat di Malaysia dan kita akan tunaikan janji dengan tertubuhnya negara Islam”.

Abuya kata “Boleh tak tunggu sikit lagi, sebab saya tidak bergerak di atas jadual itu’.

Ummu pelik, apa lagi yang Abuya tunggu?

Kebetulan 2,3 bulan selepas itu, passport Abuya sudah hendak tamat tempoh, maka Abuya merancang singgah ke Bangkok sebelum ke Malaysia. Suasana di sana sangat penuh dengan SB (polis Cawangan Khas Malaysia), dapat dirasakan kelainan. Selalunya di Bangkok aman, makan-makan tomyam… . Abuya lalu meminta rombongan menghala ke Chiengmai.. Berlaku Abuya berkata kepada Ummu, “Esok ada peristiwa besar”.

Maka dalam perjalanan bas dua tingkat Arqam itu, mereka telah diiringi motor polis yang lengkap dengan pistol dan senapang patah, lalu mereka dihalakan ke suatu balai polis. Maka Abuya pun diekstradisi. Wartawan CNN berkejar untuk mendapatkan ‘breaking news’ itu, maka jadilah satu berita dunia, bahawa Ustaz Ashaari ditangkap.

Jadi Ummu pun berkata “Oh Abuya tunggu ini rupanya”

Abuya hendak balik dalam keadaan CNN sudah bersedia. Hari itu juga passport Abuya tamat tempoh. Abuya hendak menunjukkan dia mampu mencatur sesuatu. Abuya hendak berita gempar tentangnya sampai ke peringkat dunia, sampai ke musuh-musuh Islam. Dan CNN yang muncul entah dari mana, yang pertama meluru mengambil gambar Abuya.

Orang-orang roh ini, mereka saja hendak melalui jalan-jalan yang tidak selesa, berpaku, berdawai. Orang-orang roh suka mengambil assignment yang last minute, yang kelihatan sangat negatif..

Dunia memperkatakan betapa negatifnya, namun sebenarnya kebenaran subur di atas watak negatif itu. Masa zaman Abuya tu, ada orang siap datang dan bercakap kepadanya, “Tahniah ustaz, ustaz memenangi suasana”.

Pope Francis consulted senior cardinals over the clergy sex abuse scandals.abuya-mosque

Pope Francis, pengganti Pope Benedict ke XVI yang bersara mengejut. – Abuya di Turki

Maka Vatican sebenarnya telah gagal melaksanakan hukuman pancung kepada 95 orang GISB, malah orang-orang ini berjaya pulang ke negara asal. Lalu atas membalas dendam, Vatican ketengahkan bahawa kerajaan Uthmaniah pernah memancung 800 orang Kristian yang diisytiharkan sebagai wali-wali yang syahid. Pope Francis pengganti Pope Benedict yang menjalankan upacara ‘pewalian’ tersebut. Sebelum itu, Pope Benedict ke XVI sendiri yang mengesahkan pewalian (canonization) tersebut pada hari beliau bersara. Dan cerita ini juga ditimbulkan oleh Pope Benedict XVI pada Vatican.

Lihat berita beberapa hari lalu : Search – Ottoman Beheaded 800 Christians

Dunia terkejut mengapa Vatican berani mengeluarkan cerita ini? Tidak pernah disebut dalam sejarah? Sebenarnya mereka mengungkit hal sedemikian untuk mendorong orang Kristian melakukan qisas.. Walaupun mereka tahu dalam jadual Allah, dalam hadis, mereka akan kalah, sedikit pun mereka tidak mengaku kalah. Walaupun mereka sudah digodam, ditewaskan oleh kerajaan Imam Mahdi..!

ummu nabawi

Mana mungkin seorang wanita lemah yang ‘kematian’ suami mampu meneruskan kesinambungan suatu jemaah sebesar GISB, yang terus berdepan dengan banyak ujian dan cabaran dari dalam mahupun cabaran dari sebesar sebuah kerajaan, yang tidak henti-henti, melainkan ada kuasa Allah yakni Pemerintah Kerajaan Ghaib di belakangnya. Dia dikatakan kaya-raya oleh pihak media sedangkan dia tiada harta peribadi pada dirinya, apatah lagi pada anak-anaknya.

KES PENAHANAN UMMU JAH DAN 95 AHLI GISB OLEH KERAJAAN ARAB SAUDI

Pada awalnya memang berita yang beredar mengatakan bahawa kesalahan utama jemaah GISB adalah atas isu akidah, serta perlakuan (amalan) bid’ah yang boleh membawa kepada hukuman pancung di Arab Saudi yang berfahaman Wahabi. Ini telahpun dibincangkan dalam akhbar-akhbar Saudi. Rujuk petikan komentar pembaca akhbar online Saudi di akhir entri.

Proses penahanan bermula pada 27 Mac 2013, namun setelah 10 hari ditahan, Raja Saudi telah mengampunkan kesalahan dalam bidang tersebut. Dan akhirnya penahanan ditukar atas sebab kesalahan tiada iqamah @ tinggal lebih waktu ( semasa ditahan iqamah sedang dalam proses untuk disiapkan) Rujuk entri ini.

Apakah sebenarnya yang telah berlaku?

Pada pihak berkuasa Arab Saudi, orang berduit apalagi bertaraf jutawan selalunya tidak mendatangkan masalah. Di Saudi, orang-orang kaya terutama yang datang untuk berniaga dan memakmurkan negara mereka sangat dihormati, baik Islam mahupun bukan.

Mereka yakin akan kekayaan perniagaan jemaah apabila melihat rumah GISB yang bertaraf istana, segala projek dan ladang di sana, tambahan pula diwar-warkan di akhbar Saudi bahawa Ummu adalah wanita Melayu dan seorang usahawan kaya dari Malaysia yang berpendapatan jutaan riyal sebulan.

Salah seorang pegawai kerajaan yang bertugas, semasa bercakap dengan salah seorang tahanan lelaki, berkata begini:-

Bila kami melihat muka-muka kalian, kami tak dapat nak percaya yang kamu semua ada maksud jahat atau akan membuat kejahatan tentang Imam Mahdi’

‘Sebenarnya bos-bos kami gerun dengan persiapan kamu menunggu Imam Mahdi. Tetapi kami suka cara kamu sebab kamu kaya’

‘Kamu cukup persisten. Kamu baik. Namun kami tak boleh membiarkan kamu di sini. Cara kamu bersiap menunggu Imam Mahdi sungguh menggerunkan’

‘Orang lain datang menunggu Imam Mahdi dengan cara yang memusykilkan, militan, tetapi kamu dengan rumah besar, duit banyak, restoran-restoran, ladang-ladang’

Tambahan pula, ada orang-orang kenamaan dan korporat warga Saudi yang rapat dengan pihak atasan, yang meyakinkan pihak berkuasa akan status jemaah di sana. Malah mereka tersebut juga telah membantu urusan iqamah yang begitu mahal untuk hampir 100 lebih ahli di sana.

Selain itu pihak terlibat juga dengan cukup bangga mengesahkan akan kekayaan jemaah GISB di Mekah-Madinah kepada pihak berkuasa.

‘ Takkanlah orang asing yang beragama, berakhlak malah kaya akan mengadakan huru-hara dan terlibat dengan masalah moral di sini.’

Begitu ulas seorang pegawai imigresen.

‘Sedangkan bangsa-bangsa lain yang kami buat serbuan, contoh pekerja Indonesia, mereka duduk bersama lelaki dan perempuan dalam satu rumah. Apatah lagi perangai dan masalah yang ditimbulkan perkerja-pekerja asing bangsa lain dari India, Bangladesh, Pakistan dll’

‘ Bila kami buat serbuan di rumah kamu yang besar itu, kami hairan, kami tak jumpa langsung kaum lelaki. Di mana orang lelaki dalam rumah itu?’

‘ Rupanya mereka tinggal di extension di luar, dekat kolam renang. Begitu berdisiplin sekali’.

‘Jika begitu cara orang Melayu menunggu Imam Mahdi, pasti kerajaan kami tidak akan dapat bertahan (Kemenangan pasti akan diberi kepada kamu). Sungguh kerajaan Imam Mahdi dari timur ini menggerunkan. Jika seorang pun sudah mempamerkan akhlak sebegini, bagaimana jika satu pasukan’?’

Mereka berkata , satu cerita popular dalam masyarakat mereka, bahawa di Mekah, semua ‘Imam Mahdi’ yang datang akan dipancung raja, kecuali Imam Mahdi yang sebenar.

———————————————————————————————————————————–

Berikut adalah petikan komen warga Saudi tentang tangkapan ke atas Ummu Jah dan 95 anggota GISB pada 27 Mac 2013 lalu. Dipetik dari blog anjangmuor. Terimakasih Sy!

1.Abu Faris:

Kejahilan dan kesesatan sepatutnya ditangani dengan memberi kesedaran sebelum operasi tangkapan. Kasihan orang-orang Ajam. Allah lah Penolong. Mazhab mereka membenarkan apa yang mereka lakukan.

2. Mansur ‘usfur:

Ini adalah syiar agama, mereka bebas melakukannya. Tidak sepatutnya mengambarkan mereka seperti penjenayah. Kenapa tak gambarkan sarang pelacuran di majlis perkahwinan di dalam masyarakat kita.

3. Mafeneno:

Demi Allah, mereka terpedaya. Tidak sampai kepada mereka Islam yang indah. Pada pandanganku, bawa mereka untuk mendengar nasihat untuk kesedaran kemudian dihantar pulang. Memberi panduan lebih baik dari penjara kemudian diusir.

4. Al-Ghamsi al-’Anazi:

Demi Allah, sudah pasti wanita ini cerdik. Kalau tak cerdik masakan dia boleh sampai ke tahap kaya yang luar biasa. Kalau aku tau, aku dah kerja dengannya. Aku jadi tukang sembelih lembu dan kambingnya dengan cara yang menepati syara’.

5. Al-Fahd:

Aku lihat mereka adalah orang yang sopan santun malah tak ada pergaulan bebas antara mereka.
Aku tak percaya, bagaimana serbuan boleh dilakukan tanpa pasukan pencegah maksiat.
Kes yang sebenar-benarnya adalah hasad dengki.
Apakah rahsia dia mendapat pendapatan jutaan riyal setiap bulan dengan merosakkan manusia?
Satu-satunya kesalahannya ialah menggunakan pekerja tanpa permit kerja.
Adapun tuduhan yang dikenakan terhadap mereka, Allah sahaja yang mengetahui.

6. Seorang pembaca memberi komen:

Bagaimana kamu boleh katakan mereka tertuduh walaupun apa yang mereka lakukan bercanggah dengan syara’, ini bukan cara yang tepat bertindak terhadap mereka. Sepatutnya Pasukan Pencegah Maksiat dan Imigresen menasihatkan mereka dengan tenang daripada bertindak terhadap mereka secara polis. Aku rasa apa yang mereka lakukan mendekati kumpulan sufi yang dibenci oleh saudara-saudara kita di Pasukan Pencegah Maksiat. Berlemah lembutlah dengan mereka.

7. Seorang lain menulis:

Rasulullah adalah contoh terbaik bagi kamu.
Sepatutnya dibuka pintu perbincangan dengan lemah lembut dan kasih sayang, bukannya tindakan yang keras. Apapun, ia adalah keputusan peribadi. (Terpulang mereka nak pilih apa)

8. Al-Mattal:

Persoalan sebenar, tidak ada apa-apa larangan. Ia hanyalah umpama majlis zikir bersama kaum kerabat mereka dan ternakan lembu-lembu dan unta-unta.

Ramai sahaja para alim ulama atau syeikh-syeikh melakukan seperti itu untuk mendekatkan gambaran kehidupan Rasulullah SAW. Tak ada siapa pun menyalahkan mereka.

Tapi membesar-besarkan isu dengan mengatakan ianya ritual syirik akan membuatkan satu dunia membenci kehidupan kita sebagai orang Saudi seolah-olah kita malaikat. Setiap bangsa ada jalan dan cara mereka beragama. Yang paling penting niat dalam mereka beramal.

9. Khalid:

Setiap apa pun bid’ah. Kalau ada orang yang berdoa tak sama dengan doa alim ulama kita, semuanya bid’ah. Bila ada orang berkumpul beramai-ramai, mengulang-ulang doa, semuanya bid’ah. Macam kita saja orang Islam.

Baiklah, ceritakan apa ritual yang mereka lakukan? Kenapa kita kumpulkan mereka seolah-olah mereka penjenayah. Mereka ni orang Malaysia, satu bangsa yang peka, berpendidikan, bangsa yang mencari pendidikan Islam yang sebenar. Perlaksanaan Islam di negara kita adalah sangat memalukan kerana kita merasakan, kita melaksanakan Islam 100%, orang lain laksanakan Islam 10%.

Kalaupun mereka benar-benar lakukan bid’ah, ini bukanlah cara yang tepat dilakukan kepada mereka.

10. Abbas Al-Makkawi:

Wahai yang berkenaan, wahai semua, kamu katakan mereka syirik. Kamu kata mereka musyrikin. Takuuuutlaah Allah!! Baiklah, sila beritahu kami cara ritual mereka!

Lepastu, mereka kan tetamu Allah bukan buat kerosakan. Benar-benar hasad dengki dah menutup mata kamu semua.

11. Baya’syut al Kendi:

La haw la wala quwwata illa billahil aliyil azim

Walau apapun ritual keagamaan mereka, sepatutnya menasihati mereka dan memberi panduan bukan menyerbu tempat mereka dan menggambarkan mereka sebagai musyrikin, penjenayah dan menakut-nakutkan mereka.

Tindakan ini membuatkan mereka benci dengan orang-orang Saudi, khasnya majoriti orang-orang Saudi bercuti dan berbulan madu di Malaysia dan Indonesia. Nanti di negara mereka, kita akan menerima tindakan seperti yang kita lakukan terhadap mereka tanpa sebab hanya kerana mereka benci dengan apa yang kita lakukan terhadap mereka.

12. Ya Hoo:

Aku yakin apa yang dilakukan oleh pihak berwajib berlainan dari kebiasaan dan melanggar hak asasi manusia. Kita akui terdapat ritual di kalangan umat Islam yang diamalkan mengikut kepercayaan mereka yang mungkin tak menepati aqidah wahabi.

13. Abu Muhammad al Maliki:

Agama itu nasihat. Perkara bid’ah patut dihadapi dengan diberi pendidikan agama. Takutlah kepada Allah.

14. Seorang pembaca memberi komen:

Biarkan mereka dengan cara mereka. Paling tak, mereka menyembah Allah, bertasbih, berzikir dengan cara mereka. Kamu nak mereka semua ikut cara kamu dalam semua perkara, wahai orang Saudi!!

Paling tidak mereka berjaya mentadbir negara mereka. Mereka mempunyai asas pembangunan yang kukuh dan prasarana yang lengkap ‘first class’ untuk rakyat mereka. Aku cabar kamu siarkan kenyataan aku ni.

15. Seorang komen:

Hari ni kerajaan Saudi mengusir keluar hamba-hamba Allah.
Orang yang bertasbih, diusir keluar.
Orang yang tiada visa, diusir keluar.
Orang yang ada visa, diusir keluar.
Tinggallah orang-orang Saudi.

16. Luai an-Nasir:

Kalau kamu katakan berdoa secara berjemaah adalah syirik, nilailah diri kamu sendiri. Orang yang mengatakan, kami mengikut cara Rasulullah SAW, ertinya kamu bermaksud berjuta orang lain (selain Wahabi) bukan dalam agama yang betul.

17. Ahmad:

Kita kembali membesar-besarkan isu. Adakah penghulu kamu Muhammad SAW, Nabi rahmat lakukan seperti kamu, menyerbu, menakutkan, mengganas terhadap orang lain.
Bertakwalah kepada Allah. Bertakwalah kepada Allah terhadap urusan manusia.
Tak ada kah seorang yang di hatinya ada rahmat dan belas kasihan. Menasihati dengan cara yang sopan dan menyenangkan hati.

(Semua telah ditangkap, diserbu, dipenjara dan soal siasat)

Dah tak ada kehidupan yang mulia bagi manusia. Tolonglah rujuk kepada Al Quran dan As Sunnah, wahai orang yang menyeru kepada Islam. Bukankah rumah kediaman ada kehormatan (tak boleh dicerobohi) Aku jadi takut akan keselamatan diriku, mungkin aku akan ditangkap, isteriku bersamaku atau salah seorang anak saudaraku. (Kerana banyaknya aku dengar kes-kes tangkapan)
Bukankah lebih baik, dihantar seorang mengetuk pintu, meminta tuan rumah datang kepada pihak berwajib dan berbincang dengan cara yang bertamadun, jauh dari ketakutan, kegerunan, ancaman, gambaran buruk dan mendedahkan aib pada semua urusan. Melainkan jika ia mengenai keamanan negara.

18. Komen seorang pembaca:

Demi Allah, sesuatu yang pelik. Orang duduk di tempat berkunci, tak menganggu orang, tidak mencuri, tak bunuh orang, duduk berzikir, beribadah kepada Allah, berzikir dengan cara mereka, yang biasa mereka lakukan di negara mereka tiba-tiba diserbu, milik peribadi mereka dicerobohi, ditangkap kemudian dipenjara. Wallahu A’lam.

Walaupun kalau kita nampak mereka tersalah dalam melaksanakan ibadah mereka, sepatutnya kita nasihatkan mereka dengan kata-kata yang baik, memandu mereka bukan menangkap mereka seperti penjenayah. Alangkah baiknya kalau kita gunakan akal kita, bertindak dengan betul, menentang yang salah walaupun ia dilakukan oleh ahli keluarga kita (moga Allah tutup aib kita) cuba fikirkan, jika orang-orang Indonesia membuka aib dan ritual keluarga kita di villa-villa di puncak bukit dan barat Jakarta.

19. Rambo:

Menasihati mereka lebih baik dari menangkap mereka dengan cara ini. Aku tak lihat ia sebagai cara bekerja pihak keselamatan ibu Negara. Aku tak setuju cara mengambarkan mereka seperti penjenayah adalah cara bertamadun. Mereka tidak tau, apa yang diperlukan hanya nasihat sahaja.

20. MousaSR:

Apa yang telah dilakukan oleh Pihak Keselamatan Bandaraya Suci adalah salah nanti rakyat yang menanggung bebannya. Biarkan mereka, mintalah maaf dari mereka. Mereka adalah tetamu Allah. Berhabis-habisan untuk datang mengerjakan umrah. Wirid zikir mereka tak sepatutnya sampai dihukum penjara.

21.. محمد الكنزي

أما لو كان صلاح الدين الأيوبي ويوسف بن تاشفين وملوك ذلك الزمان من أيوبيين وإخشيديين وموحدين ومرابطين وسلاجقة وعثمانيين وكل من بيده الشوكة منهم على قيد الحياة لتصوفوا أمثال ملوكهم..

فالناس على دين ملوكهم كما هو حالهم الآن..

أرباب الدين وآلهتها أرادو أن يحددوا للناس دينهم.. ويحكموا عليهم بالخطأ والصواب والردة والتكفير كلما اشتموا أي رائحة اختلاف عن ما وجدوا عليه آبائهم أو خالف سياسة بلادهم..

مرض وهاجس تبديع الناس وتخوين الناس والنشوة والفرح بقتل الناس والتشكيك في النوايا وشق الصدور والتحريض أصبحت مؤخرا هي الحالة النفسية الملازمة على الدوام لبعض من ارتدى جلبابا قصيرا وأطال لحيته وألصق بوستر “سلفي” على قفاه..

سيظل بوستر وملصق لم ولن يفهموا معناه على حقيقته

{ وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ أَلْقَى إِلَيْكُمْ السَّلَام لَسْت مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ الْحَيَاة الدُّنْيَا } النساء -

22.Abdullah bin Ali:

Hahahahaha
Ketua yang mengamalkan ritual bid’ah adalah seorang jutawan. Pendapatan bulanannya melebihi 1 juta riyal hasil dari majlis-majlis bid’ah dan nasyid-nasyid bid’ah.
Sesungguhnya sebahagian dari sangka-sangka itu adalah dosa!!!!!!!

23. Ali al-Hadromi:

Apa ni, penghinaan dan berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang tak patut. Mengambarkan seolah-olah mereka adalah penjenayah melakukan ritual syirik.
Yang jelasnya, mereka menasyidkan maulid, berselawat kepada Nabi SAW, perkara ini ada perbezaan pendapat ulama.
Kenapa taksub sangat dalam agama. Kamu jadikan orang lain membenci kamu dengan ajaran kamu. Layanan kamu yang tidak lemah lembut kepada lain-lain pegangan agama di kalangan Ahli Sunnah. Kamu patut sedar bahawa orang lain juga mempunyai media yang memungkinkan mereka memberi gambaran yang tidak elok tentang kamu.

24. Samir Batti:

Saya pelajar yang pernah belajar di Malaysia dan pernah melancong ke Indonesia. Ritual (yang dikatakan bid’ah yang syirik) adalah seperti membaca quran berjemaah, berdoa berjemaah, bertahlil, berselawat ke atas Rasul adalah masalah khilafiyah.
Ia bukan seperti yang dilihat oleh golongan yang ekstrim. Cukuplah, jangan kita halang kebebasan orang lain atas nama agama. Kita tak mencapai akhlak berlebih kurang, berlapang dada dan menerima perbezaan seperti orang-orang Malaysia, Indonesia dan Turki.
Pelik kalau ada yang menjawab sedangkan dia sendiri tidak memahami agama dan akalnya tertutup. Biarkanlah perkara ini ditangani oleh alim ulama bukan orang-orang yang bodoh.


Surat Terbuka Untuk Saudara Zawawi Aman

Dendam Zawawi Aman kepada jemaah GISB bermula apabila dia keluar jemaah pada pertengahan tahun 2011, tetapi isteri pertamanya memilih untuk tidak mengikutinya. Ini iklan yang disebarkannya di internet walhal dia tahu isteri dan anak-anaknya ada bersama GISB. Sehingga sekarang dia masih menggunakan media akhbar dan TV untuk menjatuhkan GISB.

Dari Hatijah Aam,

Surat terbuka untuk Saudara Zawawi Aman

Ini adalah jawapan kepada saudara seIslam Zawawi Aman yang banyak memperkatakan hal saya (Hatijah Aam) selama ini terutama didalam TV9 dan TV Al-Hijrah. Kalau saya tidak menjawab, tentu orang ramai akan terus tertanya-tanya hal
yang sangat perlu untuk dijelaskan kepada mereka ini.

Saudara Zawawi, saya secara peribadi sebenarnya tidak tahu saudara. Tidak pernah berjumpa kecuali semasa saudara masih bersekolah di Pakistan atas tajaan Jemaah Arqam. Saya bangga, saudara jadi begitu ke depan hasil bersekolah dengan AlArqam!

Setelah dewasa, saya dengar saudara ada masalah dengan jemaah ini di tempat saudara bekerja (sebuah sekolah). Sudahnya saya mendengar saudara keluar dari jemaah tetapi isteri pertama tidak mahu ikut keluar, bersama 5 orang anak! Bila jemaah memberi pilihan kepada isteri tersebut (Shamsiah) samada mahu mengikut suami atau jemaah, dia memilih jemaah! Dia meminta perlindungan di atas tekanan yang saudara berikan padanya. Hal ini ada ditulis Shamsiah sebagai reaksi kepada kenyataan saudara akhir-akhir ini.

Berikut kenyataan Shamsiah:

“Saya memilih untuk terus bersama jemaah tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, saya tidak boleh hidup sendiri kerana berjemaah itu rahmat dan saya amat yakin inilah jemaah yang cari selama ini.

Hidup bagaikan adik beradik, bagaikan satu ibu dan satu ayah. Apa yang penting di sini saya dididik untuk membersihkan hati yang saya tidak dapat di tempat lain. Hidup tanpa pimpinan mursyid tidak mungkin saya akan selamat. Semuanya telah saya perolehi di dalam jemaah ini. Mana mungkin saya meninggalkannya.”

Kalau saudara tidak percaya bahawa tiada siapa memujuk Shamsiah untuk meninggalkan suaminya, mari kita serahkan kepada Allah, hakim seadil-adilnya untuk adili masalah kita ini. Anda setuju kita serahkan pada Allah?

Tidak hanya itu, saudara rupanya tidak puashati dengan banyak perkara tentang saya dan GISB. Tetapi tidak pula mahu berbincang dengan saya terlebih dahulu, terus didedahkan di dalam akhbar dan media. Begitu bertanggungjawabnya saudara dengan nasib Islam dan Iman saya sertaGISB terutama dengan anak isteri! Syabas Saudara Zawawi Aman.

Nampaknya apa yang paling membimbangkan saudara adalah hal akidah.
Marilah kita bincangkan bersama-sama hal kesesatan Arqam.

Saudara, memang umat Islam di seluruh dunia hari ini mengalami masalah yang teruk-teruk! terutama hal-hal akidah kerana kita sudah tidak ada Nabi.
Adanya aliran Sunni dan Wahabi sahaja sudah menjadikan dunia Islam terpecah dua. Masing-masing menyalahkan masing-masing terutama hal-hal akidah! Sekalipun Saudara Zawawi Aman benar tetapi saudara asyik gagal menangani saya, bahkan anak isteri.

Jadi siapakah yang boleh kita harapkan untuk menyelesaikan semua masalah umat Islam ini. Sesudah akidah, perkara yang akan ditanya Allah di hari akhirat ialah sembahyang. Berapa ramai umat Islam di Malaysia sahaja yang betul akidahnya tetapi tidak sembahyang 5 kali sehari! Siapa yang akan menyelesaikan semua masaalah ini saudara?

Allah tidak memberi jalan keluar kah? Di mana Nabi untuk kita kerana dunia jahiliyah mesti ditangani oleh seorang Nabi! Setujukah saudara Zawawi, bahawa seorang Nabi diperlukan oleh dunia akhir zaman ini? Dan kalau Nabi Muhammad sudah tidak mampu berperanan, Allah kenalah hantarkan untuk kita Nabi lain. Betul atau tidak? Tetapi mana ada Nabi lagi sesudah Muhammad SAW sebab bagindalah Nabi akhir zaman!

Jadi, bagaimana Saudara, Nabi Muhammad itu masih mampu berperanankah sebagai seorang Nabi untuk menyelesaikan segala masalah kita?

Tidak, bukan makam Rasulullah sebenar yang akan dibongkar, hanya Kubah Hijau yang di bawahnya menempatkan ruang kosong, (di mana makam Rasulullah hanyalah diliputi tanah rata dan batu kecil ) itu akan dimusnahkan untuk meluaskan dan mencantikkan Masjid Nabawi. Ini hujah puak pro-Wahabi ( fahaman yang diterajui Yahudi) yang menerima rancangan perobohan Kubah Hijau. Sedangkan usaha untuk menebuk Kubah Hijau sebelum ini berakhir dengan pelakunya disemadikan di atas kubah mulia tersebut! Sanggupkan siapapun melakukan yang demikian? Imam Malik kerana terlalu menghormati Rasulullah tidak sanggup menaiki kuda di bumi Madinah kerana takut menyakiti jasad Rasulullah.

Percubaan untuk menebuk Kubah Hijau dan mencuri jasad Nabi menyebabkan kematiannya dan jasad orang ini melekat tanpa siapapun mampu menurunkannya. Sengaja pihak Wahabi mengecat segalanya dengan warna hijau untuk menutup-nutup kejadian ini.

Sebenarnya kini, di hadapan Kaabah, di Mekah, itulah yang sedang saya tanyakan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Saya bercakap-cakap kepada Allah dan kepada Rasulullah SAW. Saya merasakan kampung mereka ini kampung saya juga. Saya merasa mempunyai mereka di sini. Allah memberi macam-macam bukti bahawa Dia wujud dan bersama saya untuk membela Islam di Mekah, kampung Yahudi ini! Setuju atau tidak Mekah ‘di dalam tangan’ Yahudi?

Read the rest of this entry »


Datin Seri Rosmah jangan takut pada tohmahan – Ummu Jah

Bulletin Rakyat 1 Mei 2012

Teks NORZAH BTE KEPOL

Sememangnya beliau mempunyai waktu yang sibuk dalam menguruskan perniagaannya sehingga ke Timur Tengah. Bukan calang- calang wanita mampu memiliki kudrat seperti Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan Ummu Jah, yang diuji dengan pelbagai cabaran hidup termasuk dianggap ‘musuh’ oleh sesetengah pihak. Tak cukup itu pelbagai tohmahan buruk dilemparkan kepadanya antaranya mahu menghidupkan kembali bekas pertubuhan al-Arqam dan sebagainya. Namun bila diajukan cadangan mahu menemubual beliau hanya merangkumi persoalan berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) ‘wanita cekal’ ini tidak mampu mengelak. Sememangnya itulah kelebihan Ummu Jah yang fikirannya tidak tertakluk kepada ilmu agama semata-mata juga mampu memberikan apa sahaja pandangan termasuk hal-hal berkaitan politik semasa. Apa yang nyata selepas menghabiskan temubual ini antara lain Ummu Jah berkata,

” Moga-moga jawapan ini akan menggembirakan Allah dan Rasul. Supaya kita semua dan DSRM diselamatkan dunia akhirat, oleh Allah dan Rasul.”

SOALAN (S) : Bagaimana masyarakat Timur Tengah melihat penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) dalam usaha pendidikan awal kanak-kanak?

UMMU JAH: Pendidikan awal kanak-kanak Islam, ialah memperkenalkan mereka kepada Allah dan Rasul. Hal ini semua orang Islam tahu, dan semua orang suka dan setuju. Apa lagilah masyarakat Islam di Timur Tengah yang merasakan Islam itu mereka punya. Tapi usaha-usaha DSRM dilihat orang penuh tanda tanya. Sepertilah isteri-isteri Perdana Menteri lain di dunia Islam hari ini, apakah akan lahir anak-anak yang akan mengalami cinta dan takutkan Allah serta rindukan Nabi Muhammad SAW? Sebab Tuhan dan Nabi itu lebih penting bagi manusia daripada oksigen. Putus saja hati manusia daripada Allah dan Rasul nescaya manusia tidak akan mampu untuk mempertahankan kemanusiaan mereka lagi, jadi haiwanlah manusia.

S: Kalau masyarakat luar boleh menerima idea-idea bernas dalam menekankan usaha pendidikan awal kanak-kanak sehingga usaha itu diiktiraf olek universiti luar negara kenapa di Malaysia keadaan itu berlaku sebaliknya?

UMMU JAH: Malaysia sesungguhnya ialah tapak kebangkitan Islam kali ke 2. Maka rakyat Malaysia umumnya mempunyai cita-cita Islam yang lebih tinggi daripada rakyat negara lain. Sebab itu di Malaysia, kalau setakat idea bernas, tapi belum terbukti hasil yang bernas, masyarakat belum iktiraf. DSRM, kena buktikan perlaksanaan hukum Islam yang asas pada dirinya iaitu menutup aurat. Hal ini jugalah yang wajib diterapkan di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kita orang Islam, diajarkan Allah dan Rasul supaya selamat dunia akhirat kenalah ikut disiplin syariat. Umpamanya, penunggang motosikal didisiplinkan dengan pemakaian topi keledar demi keselamatan, itupun kita taat!

S :Apakah di Malaysia rakyatnya belum bersedia untuk menerima mana-mana wanita berfikiran inovatif, kreatif dan berfikiran jauh seperti DSRM sehingga dituduh cuba campur tangan dalam pentadbiran Perdana Menteri? Read the rest of this entry »


Komik ‘Rindu’ Kurun ke 15 Hijrah

Sila klik tajuk entri untuk full screen view. Artis anonymous dari Tanjung Gemar@Gemok, Pahang


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,059 other followers