Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

‘Kerajaan Bisnis ‘dari Malaysia dipromosi media Indonesia.

         

         

Apa dan bagaimana pun DA, pada kenyataannya organisasi ini telah memberi kontribusi positif terhadap kehidupan beragama dan pertumbuhan ekonomi yang signifikan.
 

Berbagai keberhasilan gerakan dakwah DA tidak serta merta mulus. Berbagai cap miring dan sesat mengarah kepada jamaah ini. Alasan yang dipakai oleh para pengkritik bermacam-macam.

Seorang ulama pemimpin 30 juta orang Badui, Jazirah Arab, Syeikh Abu Khalid As Syamar, berkata bahwa Abuyalah yang disebut dalam Hadits sebagai orang yang akan membangkitkan Islam di akhir zaman. Abuya adalah aL-Fata at- Tamimi sebagaimana disebutkan dalam hadis.

Seorang ulama dari Jordania,  Syeikh ‘Abu Mus’ab, pada satu kesempatan, ulama ini diberitahu oleh Rasulullah, bahwa yang bernama Ashaari Muhammad akan datang ke Jordania. Dan itu terbukti.

  

Baca artikel pg 4 - 15, mengenai KERAJAAN BISNIS ARQAM di majalah Khalifah di file pdf di sini (termasuk covers) : click to download/save khalifah-edisi-20jun-18julai1

Pg 4 : Rufaqa : Korban Konspirasi Penguasa dan Pengusaha

Pg 6 : Mengungkap Kerajaan Bisnis Abuya Arqam di Indonesia : Dari Bandar Sudirman hingga Sentul

Pg 8 : Ekonomi Ketuhanan Arqam / Erie Sudewo : Sertifikat Halal Peninggalan Arqam

Pg 9 : Metarmofosa Darul Arqam  = ( meminjam sekeping foto Heliconia’s Flickr )

Pg 10 : Inilah Wirid yang Kontroversial itu

Pg 11 : Arqam Inspirator  Nasyid Islam

Pg 12 : Abuya Ashaari Muhammad : Mujaddid dari Timur

Pg 15 : Pemimpin yang dijanjikan

July 5, 2008 Posted by heliconia | Al Arqam, Caliphate, Darul Arqam, Mahdi, Rufaqa, Tariqah | | 1 Comment

Altantuya’s Murder Case : Statutory Declaration no 3

The now timid P. Blasubramaniam with NEW LAWYER, yesterday’s obviously is fired  -  ( photo : The Star )

The Star Online 4th July, 7:37 PM PI retracts declaration (updated)

 KUALA LUMPUR: Political analyst Abdul Razak Baginda’s private investigator P. Balasubramaniam on Friday retracted the statutory declaration which he made less than 24 hours ago.

In a startling turn of events Balasubramaniam revealed in a second statutory declaration that he wished “to retract the entire contents of my statutory declaration dated July 1 2008. I was compelled to affirm the said statutory declaration under duress”.

The document also read that all statements made were inaccurate and not the truth.

Read more »

July 4, 2008 Posted by heliconia | altantuya shariibuu | | No Comments

Even the computers hate what’s going on, too !

Bursa Malaysia must ensure the technical glitch that saw trading suspended yesterday does not happen again. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Bursa Malaysia must act quickly to fix the problem which was certain to put the Malaysian markets and economy in a negative light.

mstaronline 3 Julai 2008

KUALA LUMPUR: Tiada urus niaga di Bursa Malaysia hari ini kerana bursa itu menghadapi kegagalan sistem, yang menimbulkan spekulasi di kalangan pelabur yang cemas.

Lewat petang ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak mahu masalah yang sama berulang sambil menegaskan bahawa ia tiada kaitan dengan perkembangan politik tanah air.

Wartawan mStar Online melaporkan, Abdullah menolak andaian Bursa Malaysia yang digantung pada hari ini berpunca daripada faktor keselamatan dan ketidakstabilan politik negara.

Abdullah berkata, beliau diberitahu bahawa penggantungan Bursa Malaysia adalah disebabkan oleh masalah teknikal, Read more »

July 4, 2008 Posted by heliconia | POLITIK MALAYSIA | | No Comments

Altantuya’s Murder Case : Statutory Declaration no 2

   

P.Balasubramaniam : not another PM wannabe - The righteous should be bold as a lion !! -

Today’s - July 4th - News from The Sun ( Sun2surf.com ). Read from the Star Online : Cops left out vital info , DPM says statutory declaration is a ‘red herring’, See DPM in a video inside this entry. - Anyway we are waiting for the next statutory declaration, by the DPM himself!.

————————————————————————

 newsdesk@thesundaily.com  : Tim Leornard

PETALING JAYA, July 3rd : A private investigator hired by Abdul Razak Baginda today made shocking allegations involving Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak which he claimed were omitted from his police statement and never brought up in the trial of murdered Mongolian Altantuya Shaariibuu.

In a statutory declaration (SD) made on July 1, P. Balasubramaniam, 48, a former lance corporal with the police special branch, said Abdul Razak told him that he (Razak) was introduced to Altantuya at a diamond exhibition in Singapore by Najib who had confided in him that he (Najib) had sexual relations with her. Read more »

July 4, 2008 Posted by heliconia | POLITIK MALAYSIA, altantuya shariibuu | | No Comments

Army to help maintain order if need arises - IGP

Diharap rakan2 bloggers tidak membuat spekulasi negatif bahawa akan berlaku rusuhan dan penyalahgunaan kuasa pihak keselamatan di negara ini, disebabkan kenyataan yang dibuat oleh IGP ini. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, marilah sama2 kita berdoa pihak tentera dan polis dapat menjalankan tugas mereka secara tulus, bertanggungjawab  dan tidak mengikut nafsu. Saya sebagai rakyat biasa  tidak berapa pro akan perhimpunan-perhimpunan yang akan diadakan untuk memprotes kerajaan.  Ingat, kerajaan yang zalim, nanti Allah yang akan menjatuhkannya. Bukankah segala kejahatan para al-malaun di kalangan pemerintah dibuka oleh Nya satu persatu.. Cukuplah mereka bercakaran sesama mereka. Adakah kita tidak yakin pada kuasa Allah ?? Saya berharap Mursyidul Am PAS, berilah nasihat sedikit kepada penasihat PKR. Apa nak takut jika kita berada di pihak yang benar ? Samanlah diri sendiri di malam-malam yang hening, mengadulah kepada Allah SWT. Muhasabahlah, tidak Allah menjadikan sesuatu atau ‘mengizinkan’ sesuatu berlaku dengan sia-sia, walaupun sebutir habuk yang diciptakanNya.

The Star July 3rd, 2008 : Army to help to maintain order if need arises

KUALA LUMPUR: The armed forces will be called in to assist police in maintaining public order if the security situation of the country warrants it, said Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan.

“However, this will only be done after consultation with the Home Affairs and Defence Ministers,” he told reporters after witnessing the launch of the inaugural six-day joint police-armed forces exercise at the Royal Malaysian Police Senior Officers College in Cheras yesterday.

Musa said it was the responsibility of both the police and armed forces to ensure that peace and security prevailed in the country at all times.

He said one of the reasons why the police and armed forces held the joint exercise was to ensure they were prepared for the situation, following recent challenges faced by law enforcement agencies here. Read more »

July 3, 2008 Posted by heliconia | BERITA REALITI, Pengumuman | | No Comments

(I) Siapa membantunya akan dibantu, yang menghinanya akan dihina!

Ummu Anas - Snapshot diambil dari video.

( Entri ini berdasarkan video wawancara dengan Ummu Anas,  selama 1 jam lebih termasuk terjemahan translator - maaf  blogmaster tak dapat ‘tangkap’ nama sebenar beliau dalam video itu sebab mutu pendengaran kurang bagus)

————————————————————————

Wanita yang lebih dikenali dengan nama Ummu Anas ini adalah isteri  seorang Menteri di Jordan. Suaminya seorang berkelulusan PhD dalam Syariah dan Ekonomi, merupakan penasihat agama kepada pemerintah negara  Jordan sejak 15 tahun lalu. Suaminya pernah mendapat anugerah ahli ekonomi terbaik di timur tengah oleh pihak Universiti Jeddah.  Mempunyai 5 anak dan salah seorang anak lelaki mereka berkahwin dengan  ahli keluarga diraja Jordan. Ummu Annas salah seorang dari begitu ramai pengikut Abuya Ashaari Muhammad di Jordan sejak awal 1990an, malah  antara ratusan ribu lagi dari seluruh Timur Tengah dan negara Islam dari Afrika Utara.  Baca testimonial2  ulama-ulama Timur Tengah, Maghribi dan antaranya Prof Ir. Imaduddin Abd Rahim dari Indonesia. 

1.Beliau Mujaddid di kurun ini” - Prof Dr Hisyam at Tamimi, 2. Kebangkitan Islam di Timur Bermula dari tuan !, 3. Pribadi Yang Saya Kagumi, 4. Testimonial dari Arab Saudi  5.Falsafah Tajdid Sains & Teknologi

( Terkini, antara yang telah mendatangi Abuya Ashaari Muhammad di  Malaysia sekitar setahun lalu adalah dari kawasan tengah negara China, seorang yang berketurunan Red Indian dari Amerika, juga dua sheikh tarikat - ahli sufi berkulit hitam dari negara Afrika, semuanya datang setelah diberi ilham melalui mimpi dan seumpamanya)

Testimonial tentang Abuya Ustaz Ashaari Muhammad oleh Ummu Anas.

1. Setelah pertama kali bertemu dengan jemaah dari Malaysia ini di Jordan,saya dapat merasakan kehebatan akhlak para ahlinya dan diberi rasa hati bahawa jemaah ini bukanlah sebarang jemaah biasa, tetapi ia jemaah pilihan Allah.

2. Semenjak itu hati saya tersangat ingin bertemu dengan Abuya  Ashaari Muhammad. Sebelum bertemu dengan Abuya secara zahir, saya telah bertemu dengannya melalui mimpi.

3. Setelah itu saya telah direzekikan untuk menunaikan umrah di  Mekah, di situ saya berdoa di hadapan Kaabah

“Kalaulah benar Abuya  itu adalah Al Fata at Tamimi, jadikanlah saya sebagai pengikutnya”

4. Jawaban dari doa itu, saya telah dapat pergi ke Malaysia tetapi Abuya berada di Thailand, namun saya dapat bersama2 jemaah beliau untuk beberapa waktu di Malaysia sebelum pulang ke Jordan..

5. Setelah pulang ke Jordan, saya dikurniakan mimpi yang sangat menggembirakan. Untuk pertama kalinya, saya bermimpi bertemu Rasulullah SAW ( maka itu adalah mimpi yang benar, kerana syaitan tidak boleh menyerupai Rasulullah SAW )

6. Dalam mimpi itu, Rasulullah SAW ada bersama-sama Abuya dalam suatu majlis, dan diwaktu itu  ada suara bertanya kepada saya ” Adakah kamu tahu apa yang dihadapan kamu?” Dan saya menjawab

” Dialah Rasulullah SAW”

7. Waktu itu adalah sekitar tahun 1991,dan saya dapat merasakan bahawa Abuya akan datang ke Jordan. Saya bercakap2 dengan orang2 jemaah, dan memberitahu mereka bahawa Abuya akan datang ke Jordan.  Mereka bertanya ” Bagaimana kamu tahu ?”..

8. Saya kemudiannya telah mendapat kemuliaan, di mana saya telah berbai’ah dengan Abuya di Hotel Regency dan itu adalah ‘arahan’ dari Rasulullah SAW.

9. Semenjak dari waktu itu hingga sekarang, saya masih bersama Abuya sepertimana hadis Rasulullah SAW..

Apabila kamu sudah melihat panji-panji hitam dari sebelah timur, maka ketahuilah, di situ ada khalifah Imam Mahdi dan di waktu itu hendaklah kamu mendatanginya kerana di situ adanya petunjuk”

Dan apa yang saya lihat yang sebenarnya Abuya adalah Fata at Tamimi.

10. Abuya adalah Al Mansur ( orang yang dibantu ) seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW. Fata at Tamimi akan mempersiapkan kezahiran Imam Mahdi sepertimana orang2 Quraisy mempersiapkan kedatangan Rasulullah SAW.

11. Abuya adalah orang yang dibantu sepertimana hadis Rasulullah SAW, barangsiapa yang membantunya akan dibantu, barangsiapa yang menghinanya akan dihina, dan orang yang membantunya akan diberi rahmat dan keberkatan di dunia dan di akhirat nanti akan diberi keampunan.

12. Dan di sini saya teringat akan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa akan lahir dari sulbi ini, seorang yang akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana bumi ini dipenuhi huru-hara dan fitnah. Hari ini telah berlaku kezaliman dan fitnah dan itulah tanda Fata at Tamimi sudah tiba dan sudah zahir.

13. Allah telah memberi kelebihan kepada Fata at Tamimi untuk membawa manusia kepada Allah, dan dialah yang menanggung segala penderitaan umat, dan di tangannya akan berlaku kemenangan itu.

Bersambung .

July 1, 2008 Posted by heliconia | BERITA REALITI, Caliphate, Rasulullah TERCINNNTA... | | 2 Comments

Someone is lying, but who?

Refer : http://en.wikipedia.org/wiki/Raja_Petra_Kamarudin

1. After all the hassle, the denials, the arrest, finally the supremely confident RPK is telling the whole world,

“THE RIGHTEOUS SHOULD BE BOLD AS A LION!”

2.  So now the whole rakyat of Malaysia is guessing - between PM, DPM and RPK - someone is lying. But WHO ??

3. So, either there’s a BOLD LIAR as brave as a LION staring at us, but he is not a PM wannabe.

4. Or there are two BOLD LIARS, well, maybe not as brave as the lions, staring at us - the rakyat?…( people say one lie lead to a 1000 other lies)

5.  If the DPM is innocent and RPK is guilty,  then the DPM should be the one making a statutory declaration,

6. But now we have only one statutory declaration but too many statements made in press conferences..

7. Why made a POLICE report against RPK ?  We all know too well that even the Police’s Unit Tindakan Khas ( Special Action Squad)  will do anything under the DPM’s command !

8. There were murder cases involving Ministers before this , but they managed to escape, one  even brought the truth to his grave.

9. Now, the people demand answers… and this time God is with us !

June 29, 2008 Posted by heliconia | altantuya shariibuu | | No Comments

The physical Miracle of the Quran

                                      

In the house of one Mr. Mohamed Farooq, a resident of Tappachabutra, Hyderabad, India

Coloni(es) of termites had apparantly eaten up a-100-year-old Quran

The box that contained the Quran and the covers of the Book itself were totally damaged to debris.

Miraculously, the termites selectively ate up only the writings of the Quranic translations in Urdhu,  below each line of the Arabic verses 

……and spare the Arabic writings — (the original language  of the Quran)  Note : Termite workers are generally blind due to undeveloped eyes ( Wikipedia )

This shows that the WORDS of Allah, The Creator of the universe, are eternally preserved by Him - himself

The present text of Al Quran we read today is the exact duplicate ( in language and grammar - differ slightly in the ’style’ of how the alphabets are linked ) of the completed text that was revealed in stages, more than 1400 years ago.

——————————————————

- thanks to a friend who put this up in his blog —  I wonder what Sir David Attenborough - a naturalist turned to almost atheist ? -  got to say about this.  Anyway, thanks to you sir, your BBC documentaries (’ The Secret Life of…. ‘ series ) bring many Muslims like me closer to God via the sufi way ( tassawuf is important in faith ). May God one day showers His lights to your heart, Sir!

June 27, 2008 Posted by heliconia | Koran, Miracle of Quran | | 1 Comment

Gabungan tiga kehancuran yang bakal meruntuhkan sebuah negara

Tiga pemimpin yang pernah bersahabat baik, kini saling jatuh menjatuhkan.

Sebuah negara yang mengamalkan sistem sekular boleh jatuh apabila berlakunya kombinasi kehancuran tiga sistem berikut :-

1. Gejala sosial

2. Politik

3. Ekonomi

Pertama, kita sedang melihat jatuhnya moral masyarakat iaitu penyakit gejala sosial yang semakin dahsyat.  Sudah sekian lama ia menjangkiti. Kini ia sampai ke peringkat hingga jenayah dan maksiat hampir sudah tidak terbendungkan lagi. Jika lebih 30 tahun lalu, bila ada kes bayi dibuang atau pembunuhan, ia boleh menyebabkan kegemparan, dan dijadikan bahan terbaik untuk melariskan jualan akhbar. Sekarang ia perkara biasa, tidak perlu lagi di letak di muka depan. Pembaca sudah sampai ke peringkat muak dengan  berita-berita sebegini. Malah dalam akhbar2 tabloid harian, isi sensasinya adalah perihal KEROSAKAN MASYARAKAT, dipapar hebat untuk menarik pembaca, tanpa diiringi tulisan2 yang menyarankan solusinya. Semua orang semacam muak juga untuk bercakap soal Islam dan Tuhan.

Masyarakat sudah merasa tidak selamat. Penculikan, rogol, zina, rompakan, ragut, pecah rumah, sindrom along dan jenayah yang berkaitan dengannya,  semakin menjadi-jadi…  Jika 30 tahun lagi keadaan masih seperti sekarang, kita mungkin bakal menonton siri non-fiksyen berdasarkan realiti - CRIME NIGHT MELAYU- atau MALAYSIA’S FAMOUS HOMICIDES di kaca TV kita . Lihat : Agenda Pemusnahan Yang Terancang

CCTV laris sekali, ia  dipasang di mana-mana, kecuali di lorong-lorong gelap di mana kejadian jenayah lebih kerap berlaku, permintaan terhadap sistem penggera elektronik juga semakin meningkat. Penjara dibanyakkan, kekebalannya sangat diutamakan supaya banduan tak lolos, teknologi forensik dicanggihkan, makmal forensik dibesarkan,  bilangan polis diperbanyakkan, gaji polis dinaikkan, peruntukannya dilipatgandakan,  kosnya pula melibatkan jutaan ringgit. Ini sahajalah yang dapat dijanjikan para pemimpin untuk mengurangkan kejadian jenayah (konon) dan melegakan ketakutan rakyat. Tuhan dan Islam juga  tidak relevan dalam janji2 mereka, tidak lagi hadhari.

Keduanya, penyakit yang boleh meranapkan sebuah sistem negara sekular adalah apabila jatuhnya sistem politik. Jangkitan penyakit politik ini sudah hanyir dan busuk.  Ia bagai  tumour malignant kronik yang menghampiri peringkat ke empat. Sekarang hanya menunggu ajal sahaja. Politik yang penuh kepalsuan ini mengganas, hampir semuanya terlibat,  pemimpin besar, kecil tidak terkecuali. Kejatuhan sistem politik sekular berdasarkan demokrasi sudah sangat hampir. Lihat : Politik Lakonan

Dalam mempertahankan diri para pemimpin, rakyat bawahan sudah tidak relevan lagi, Yang penting AKU, EGO AKU, PANGKAT AKU,  MEDIA AKU, GAJI AKU, DUIT AKU, PROJEK AKU, DENDAM AKU! Lihat : Bangsaku bukan Melayu / Bila Melayu Terbela?

Imej dari http://liyindesign.wordpress.com/

Pemimpin Malaysia sekarang sudah punya jauh lebih dari tujuh puluh sebab untuk beliau meletakkan jawatan. Segala usahanya untuk menguatkan kerajaan gagal dan tidak boleh dipertahanan. Untuk menampung lubang sana, lubang sini pula terbuka. Jalan yang sepatutnya lurus kelihatan bengkang bengkok, malah berlubang-lubang.  Keputusannya sudah tidak konsisten. Rakyat sudah masak dengan agendanya.  Tiada siapa yang kelihatan mampu dan layak untuk memulihkan kerosakan semua sistem yang ada, kecuali angan-angan belaka. Lihat : Peringatan utk Pemimpin…menunggu pemimpin SUPER-SOLEH…

Ketiganya, penyakit ekonomi. Kejatuhan sistem ekonomi boleh menjadi punca utama peranapan sebuah sistem negara sekular. Nah, tiba-tiba ia menyerang dengan acute sekali. Dalam masa negara tenat dengan pertelagahan politik, kelumpuhan ini tiba-tiba menyerang dari segala sudut. Inilah penyakit yang mengakibatkan semua kelas rakyat merana. Ketepurukan ekonomi Malaysia dikatakan bakal berlaku bagai retak menanti belah. Pakar2 ekonomi sudah mempredikkannya, bahananya sudah dirasai sedikit demi sedikit tetapi pantas. Tiada apa yang dapat diperkatakan lagi ! Tunggulah ….. ! Lihat : Harga makanan naik : Sekatan ekonomi dari TUHAN!

June 25, 2008 Posted by heliconia | POLITIK MALAYSIA, WATAK DUNIA | | 2 Comments

Pedoman : Roh ’suci’ isteri pulang berjumpa suami

Hiasan : Majalah Mastika yang memaparkan kisah-kisah misteri menarik, dihidangkan dalam gaya ‘popular writing’ , targetnya untuk golongan remaja, muda dan dewasa dalam kelasnya yang tersendiri.

Baca pautan di blog ini : Membongkar Rahsia Kehebatan Roh

————————————————————–

Kelmarin, saya terbaca sebuah artikel menarik di Majalah Mastika edisi Mei 2008, yang telah dibeli lebih sebulan yang lalu tetapi belum berkesempatan untuk membacanya. Saya mulanya tertarik dengan tajuk kecil di kulit Majalah berbunyi ‘Politik Malaysia dalam bahaya? ‘ lantas membelinya.

Artikel yang paling menarik itu adalah di muka surat 26, tulisan wartawan terkenal Mastika, saudara Shahidan Jaafar bertajuk “ Roh isteri jengah suami di Felda Hulu Tebrau”.

Berdasarkan maklumat dari artikel tersebut, saya membuat carian di internet ke atas nama ‘Dr Talib Samat - UPSI’ , dan hasilnya beliau adalah Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Artikel ini berkenaan arwah ibunya yang telah meninggal dunia tetapi rohnya masih berkunjung ke rumah keluarga mereka di kampung Felda Hulu Tebrau untuk berbual2 dengan ayahnya. Dr Talib mengundang Mastika untuk menyiarkan kisah ini untuk dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua.

Pada hari Jumaat 30 November 2007, jam 12.05 tengahari, ibu kepada Dr Talib Samat, Puan Nea Mohd Zain, 75 telah meninggal dunia dan disemadikan pada petangnya di Tanah Perkuburan Islam Hulu Tebrau. Di sini saya petik sebahagian isi artikel tersebut sepertimana yang diceritakan Encik Samat Tukiman, 75, kepada wartawan Mastika.

—————————————————————————

Foto Mastika : Pakcik Samat Tukiman, foto kecil - almarhum makcik Nea Mohd Zain ( moga2 kita bertaubat bersungguh-sungguh demi menelusuri jejak langkah kesolehan makcik Nea)

MALAM itu, majlis tahlil arwah diadakan. Jiran-jiran dan saudara-mara terdekat dijemput.Tiba-tiba ketika majlis tahlil sedang berlangsung, Samat terpandang arwah isterinya datang dengan memakai telekung putih.

Arwah isterinya muncul dari pintu utama dan kemudian berjalan ke kelompok jemaah wanita. Setelah itu, arwah mendekatinya. Samat melihat tubuh isterinya tidak longlai seperti ketika dia sedang sakit dahulu. Tubuhnya segar dan kuat.

“Saya sihat!” jelas arwah isterinya sambil memerhatikan orang yang sedang bertahlil.

Samat senyum dan mengangguk. “Ramai orang di rumah kita ni!?” tanya arwah isterinya.

“Tengah tahlil, baca doa untuk awak!” beritahu Samat.

“Baguslah! Tapi di sana lebih istimewa. Kawan-kawan pun ramai,” beritahu arwah isterinya lagi.

Arwah isterinya itu tidak lama menghadiri majlis tahlil. Setelah muncul beberapa minit dan berbual-bual dengan Samat, wanita itu berjalan menerusi pintu utama dan terus ghaib.

Ketika itu tiada sesiapa yang menyedari kehadiran arwah kecuali Samat seorang.

Pada malam kedua, arwah isterinya datang lagi ketika majlis tahlil sedang berlangsung.

“Masih tahlil lagi?” tanya arwah isterinya.

“Ya. Tahlil,”jawab Samat.

Pada malam berkenaan, itulah sahaja perkara yang ditanya arwah isterinya.

Malam-malam berikutnya, arwah isterinya datang lagi, semasa majlis tahlil diadakan. Selepas bertanya khabar, wanita itu menghilangkan diri semula.

Namun pada malam ketujuh, arwah datang dengan membawa rombongan kawan-kawannya
seramai lebih kurang 60 orang. Setiap ceruk rumahnya penuh dengan kawan-kawan arwah
isterinya. Semua wanita yang dibawa isterinya itu memakai telekung putih, seorang pun tidak dikenalinya.

“Macammana di sana (kubur) ?” tanya Samat.

“Lagi istimewa. Dalam kubur, ada cahaya terang benderang!”

Semasa berbual-bual itu, arwah banyak mengingatkan supaya jangan lupa sembahyang, bersedekah dan membuat ibadat supaya apabila meninggal dunia kelak kuburnya dilimpahi cahaya terang-benderang.

Samat juga diberi gambaran oleh arwah keadaan di kuburnya tidaklah sunyi dan gelap seperti disangka tetapi terang benderang seperti sebuah bandar.

“Rumah kita ni gelap sikit. Tapi sana (kubur) macam bandar, terang-benderangl”
beritahu isterinya lagi.

Rakan-rakan arwah semuanya hanya mendiamkan diri.

Samat sempat bertanya arwah bagaimana corak kehidupan dalam kubur.

” Sana saya bukan makan nasi, saya makan kalimah syahadah, lailahaillah dah kenyang,” beritahu isterinya lagi.

Setelah majlis tahlil berakhir, arwah isterinya mengajak 60 orang rakannya tadi pulang. Tapi sebelum pulang, sekali lagi arwah isterinya berpesan kepada Samat supaya jangan lupa bersembahyang.

Kalau berhutang boleh dibayar tapi sembahyang, wajib kena buat,” pesan
arwah lagi.

Samat juga pernah bertembung dengan arwah isterinya dalam sebuah kereta ketika
dalam perjalanan menghantar anaknya, Dr. Talib ke perhentian bas di Larkin, Johor Bahru.

Apabila ditanya Samat, arwah isterinya memberitahu dia sengaja datang untuk mengetahui ke mana anak dan suaminya hendak pergi. Arwah muncul dan sepantas kilat boleh menghilangkan diri - lolos ketika kereta sedang laju bergerak.

Samat juga pernah bertembung dengan isterinya ketika mereka sekeluarga sedang minum di restoran.

Roh arwah juga ada kalanya muncul untuk menolong Samat ketika orang tua itu dalam kesusahan, mengangkat barang seperti kerusi atau menyapu sampah.

“Pernah arwah tolong cabutkan pokok cempaka tu!” cerita Samat. Read more »

June 23, 2008 Posted by heliconia | Kisah Orang Soleh, Love God, Misteri Alam Akal | | 7 Comments