Dialog ‘Imaginasi’ Perisikan Yahudi Terkini (IV) – Transkrip Soal Siasat

residential_mansion_
Mesyuarat Perisikan
Kehadiran :
Jeneral Sakhr Mattiyahu : Ketua Perisik
Rabbi Rabin Masaqurry : Ketua Paderi Besar
Agen Q : Perisik Asia Tenggara

Pertemuan kali ini antara Agen Q, General dan Rabbi berlaku dalam suasana santai. Ia berlaku di beranda sebuah rumah agam di lereng bukit, di Cyprus.

Petang itu cuaca nyaman tetapi agak dingin, mereka berpakaian kasual kecuali Rabbi. Agen Q memakai vest bulu biru gelap dan kemeja kelabu-perak dan berseluar jeans hitam longgar yang kelihatan selesa. Jeneral yang berbadan agak gempal, terus-terusan menghisap curutnya, mengenakan kemeja dan kardigan hijau tua beserta slack sepadan ala uniform tentera.

Sesekali menghirup kopi, Agen Q membentangkan laporannya.

Agen Q

Tekanan dari pihak berkuasa kepada jemaah Islam agak ‘constant’. Dari masa ke semasa media-media mereka akan mengeluarkan berita yang menjurus kepada eleman kebencian kepada jemaah ini, ia sama sejak 20-30 tahun lalu. Mesej-mesej media adalah kombinasi journalisme ekstreme, hate speech dan perang propaganda.

Agen Q membentangkan keratan-keratan akhbar sekitar 6 bulan sejak pertemuan terakhir mereka. Disusun mengikut kronologi, terpampang pada skrin tabletnya berserta terjemahan ringkas.

Jeneral Mattiyahu : Ketawa. Lucu bukan? Penyelamat dunia muncul di kalangan mereka, dan itulah yang diwar-warkan.. Tetapi kaumnya menolak mentah-mentah. Yakni Imam Mahdi orang Islam akan muncul di bumi Melayu…hahaha karut.. Sedangkan aku yakin…. ….kenapa mereka membutakan mata?

Kaum berkulit coklat yang secara amnya hodoh itu sendiri tidak yakin akan ada segolongan mereka yang bakal menerajui Islam…

Mudahlah kerja kita! Masa kemenangan mutlak mereka terus dilambat-lambatkan…

Rabbi Masaqurry : ( Kelihatan ceria mendalami laporan Agen Q)

Ya. Orang Islam memang bodoh. Kaum Wahabi secara licik sudah menyembunyikan betapa banyak hadis sahih. Hanya konon tinggal sekadar yang di dalam enam kitab itu. Yang enam itupun tidak dikaji sedalamnya. Mengkaji hadis bukan sekadar di atas kertas sahaja.

Apa mereka kisah tentang Imam Mahdi?? Pada mereka jemaah itu karut dan memalukan Islam…

Sesat ini sangat sinonim dengan jemaah ini, perkataan ini digandingkan bersama nama mereka.

Propaganda kita telah berjaya..propaganda yang dicetus sekian lama.. berakar umbi dari nenek moyang kita…

Kejayaan kita sekarang ini bernilai berapa agaknya untuk kaum kita ya Jeneral?

Jeneral Mattiyahu : Lebih satu billion Euros! hahaha … sekurang-kurangnya aku masih mampu ketawa sekarang. Biarlah anak cucu kita nanti yang akan disembelih Mahdi berdarah Arab-Jawa itu ….hahaha… (tersedak dan terbatuk-batuk)

Agen Q merasa rimas dengan bualan semacam Jeneral yang sesekali meneguk bir itu dengan banyak. Mungkin bir itu telah menyelinap ke dalam minda warasnya. Selalunya meeting sebegini, Jeneral serius malah cemas bila mendengar laporan beliau dari Timur.

Rabbi kelihatan tenang dan bersemangat. Baru sehari sebelumnya beliau menghadiri suatu sidang kewangan di Vatican City. Media di Eropah ada menyatakan tentang anggaran jumlah wang di akaun bank Vatican serta jumlah aset jongkong emas.

Agen Q : Namun saya tidak nampak apa-apa kesannya pada jemaah Islam ini tuan. Malah mereka semakin kuat. Selain gangguan luar, gangguan merosakkan dari dalam terus menerus berlaku termasuk kemuncaknya dari ahli keluarga tuan guru sendiri. Tetapi saya yakin ia pun tidak memberi kesan kepada akar umbi kekuatan mereka.

Mereka sangat bermati-matian berkorban harta, wang, malah seluruh kehidupan mereka untuk Islam. Mereka mencintai Islam lebih dari diri mereka sendiri. Tuan tentu rasa kagum bila melihat keselarasan bertindak dan berfikir seorang ahli jemaah remaja di Yunan adalah sama dengan jalan fikir seorang remaja mereka di Uzbekistan, di Paris mahupun di Papua. Apalagi keselarasan ibadah dan roh mereka, sungguh menggerunkan dunia tuan.

Sejak projek pelancongan di Mekah ditutup, dalam masa sekejap sahaja mereka mendapat tempat baru yang lebih luas dan cantik, hanya 20 minit dari tempat asal. Walau Puan isteri kepada tuan guru sudah pulang ke Malaysia, semangat anak-anak buah tetap sama. Projek di Madinah tiada masalah terutama projek ladang kurma. Ketinggian mutu kurma yang dinamakan kurma Nabi (Muhammad) itu mendapat pujian dari tuan-tuan ladang kurma lain sebagai yang paling sedap di Madinah,

Jeneral Mattiyahu : !? Bagaimana mungkin? Kurma Muhammad ? Benci aku mendengar nama kurma itu. Semuanya hendak dinamakan dengan nama Muhammad !! Taksub… taksub…… Kenapa tidak dinamakan Kurma Melayu?…..hihihihi

Rabbi Masaqurry : Bagaimana boleh keluar cerita di seluruh media Saudi bahawa Puan yang dipanggil IBU itu jutawan hebat dari Timur? Setahu aku mereka tiada akaun individu khusus yang lumayan, apatah lagi di atas nama wanita itu? Dan pengaliran keluar-masuk tunai yang terus menerus memustahilkan mereka memegang wang tunai dalam tangan yang luar biasa banyak pada suatu masa

Agen Q : Mengikut laporan agen kita di Jeddah, semasa operasi penangkapan pada pukul 3 pagi itu, seorang pegawai terjumpa wang berjuta-juta riyal dalam salah satu beg tangan kecil wanita itu, pegawai cuba mengiranya namun tidak habis-habis, tidak boleh dikira. Disebabkan keletihan, lantas diberikan sahaja beg itu kembali kepada wanita itu.

Itulah punca timbul cerita tersebut, apabila pegawai yang menjumpai wang itu menghebohkannya. Menurut perisikan lagi, kemudiannya wanita itu membuka beg itu dan sebenarnya hanya ada beberapa…

Rabbi Masaqurry : Beberapa keping riyal sahaja bukan, seperti sediakala?

Agen Q : Bagaimana tuan tahu?

Rabbi Masaqurry : (Tergagap-gagap)…Aah… aah…. itulah sihir yang diamalkan mereka ! Itu biasa…!

Agen Q hanya diam. Nampaknya Rabbi memperbodohkannya. Pada mata hati Agen Q, itu adalah suatu keajaiban dari kerajaan Tuhan Muhammad.

Agen Q : Seterusnya, disebabkan kegerunan dan penghormatan pihak atasan terhadap kekayaan luar biasa jemaah itu, tuduhan menyebar ajaran bid’ah Imam Mahdi yang membawa kepada hukuman pancung, telah ditukar kepada kesalahan imigresen….

Rabbi dan Jeneral mengangguk-ngangguk, kemudiannya terus meneliti laporan-laporan Agen Q dalam skrin komputer mereka. Mereka juga berkongsi dokumen-dokumen sulit tertentu dari Vatican.

Jeneral Mattiyahu : Bagaimana dengan wabak umpama SARS yang melanda Arab Saudi yang mula tercetus dalam time-frame yang sama dengan penahanan wanita dan kumpulannya, adakah ia berkaitan dengan dihalaunya orang-orang Muhammad ini dari Mekah, Rabbi?

Rabbi Masaqurry : Kau bertanya dan menjawab sendiri soalan itu Jeneral.. Kita lihat nanti wabak ini akan menggegarkan Arab Saudi di musim Haji 2013… Media mereka memang memperkecilkan hal ini…. dan mereka adalah kerajaan yang paling mementingkan diri…

Agen Q : Baiklah . Akhirnya di sini juga ada laporan transkrip soal-siasat pihak agama rasmi Timur dengan si IBU baru-baru ini. Kita beruntung kerana punya rangkaian pintasan yang cukup rapi hingga sistem ini tidak dapat dikesan oleh pentadbir mereka.

Rabbi dan Jeneral terus menumpukan perhatian kepada terjemahan transkrip di srin mereka.

Indestructible Hard Case

Gadjet milik Agen Q

MULA

Transkrip :

Soal Siasat Pegawai Rasmi Agama dengan IBU jemaah.

—————————————————————————

Soalan: Nur Muhammad suatu yang mengelirukan awam. Apakah Nur Muhammad?

Jawaban: Saya biasa mendengarnya sejak kecil di kampung-kampung. Dalam kitab kuning karangan para ulama dahulu, disebut perkataan ‘Nur Muhammad’ di dalam syair-syair.

Soalan : Bukankah Nabi Muhammad?

Jawaban: Nur Muhammad itu cahaya baginda. Nur itu bukan fizikal, fizikalnya sudah wafat. Nur Muhammad adalah roh yang pertama dicipta yang tetap hidup dan berperanan.

Soalan : Nabi Adam yang pertama dicipta.

Jawaban : Nabi Adam secara jasad.

Soalan: Baik, kenapa berani berkata guru kamu terus memimpin walaupun ghaib?

Jawaban : Saya melihat kebangkitan bandar Mekah dan Madinah (tanah dikuasai Wahabi yang tidak mempercayai kuasa roh), di belakangnya adalah kerja roh para sahabat dan ahlul bait yang dikebumikan di Baqi atau Ma’la..

Nabi dianggap ‘mati’ oleh Wahabi tetapi Masjid Nabawi dan Kaabah meriah dengan jutaan manusia setiap tahun. Al Quran sendiri mengatakan roh syahid itu hidup dan berperanan. Manusia terdorong ke situ oleh roh yang bekerja untuk Islam.

Saya yakin guru saya rohnya tetap sentiasa bekerja untuk agama…

Soalan : Yang ghaib itu bukankah Nabi Isa as sahaja?

Jawaban : Saya belajar Islam yang dalam-dalam melalui guru saya. Yang tidak terfikir oleh orang biasa mahupun Yahudi.

Soalan: Jadi memang andalah yang bertanggungjawab atas semua ni?

Jawaban : Ya memang saya paling banyak mendapat peluang bertanya dan mendapat jawaban baik dahulu mahupun sekarang.

Soalan : Ini soal akidah.

Jawaban: Kalau tuan kata ini hal akidah, maka saya kena lalui proses sama, yakni tuan kena dengar, dan jawab soalan saya. Kita saling bersoal-jawab.

Contohnya: Ghaib tu masalah akidah. Apa tuan hendak ulas, sehari sebelum guru saya mati dia bercakap begini kepada saya, kalau saya mati, daulah jadi.

Soalan : OK, baik. Adakah daulah akan terjadi?

Jawaban: Saya tanya guru saya, mana boleh mati lagi setelah menjanjikan daulah sejak sekian lama. Semua orang hendak melihat dan mengharap daulah itu berlaku, mana boleh mati lagi. Kami terlalu sayang Islam, kami mahu Islam menang di negara kami, memerintah dan mendamaikan dunia.

Tuan guru saya jawab : YA. (Mana boleh mati lagi) KALAU saya MATI pun, daulah tetap akan jadi, OLEH SAYA.

Boleh tuan jawab?

Soalan : Hmm… Kami tidak boleh jawab, sebab kami ada badan khas untuk menjawab. Anda hantarlah surat kepada boss kami, anda minta mereka buat satu majlis untuk kami semua dengar. Erm….Perkara sebeginikah yang kami kena dengar?

Jawaban: Ya, dan tolong jawab. Ertinya kalau tidak betul, beritahu mana yang tidak betul dan saya bersedia untuk menerima kebenaran itu.

Soalan: Sebenarnya jabatan ini tidak lajulah. Kita kena cari mufti, kena cari professor-professor yang boleh menjawab. Itu pun tidak pasti bila mereka dapat datang , jadi saya tidak jaminlah boleh mendapat jawaban dengan cepat.

Jawaban: Oklah, tidak kisahlah bila. Begini, saya sedang diburu wartawan sekarang. Kalau wartawan bertanya saya, saya akan katakan bahawa saya sedang menunggu surat dari pengarah tuan untuk satu pertemuan tertutup, untuk kita berbincang hal-hal yang diperselisihkan, demi perpaduan.

Soalan : Bukankah semua tuan mufti satu negara sudah kata sesat, terima sahajalah. Selesai masalah akidah.

Jawaban: Saya tidak boleh terima kalau dikatakan ini adalah masalah akidah. Saya lebih melihat ini masalah perpaduan. Kenapa orang Islam satu negara berpecah, kalau akidah masing-masing betul. Jadi mengapa kita tidak boleh bekerjasama kalau kita semua betul akidah. Saya bukan hendak menerima pelawaan ini atas dasar akidah. Sebab orang akan bertanya, kalau sudah betul akidah kenapa sejak sekian lama pihak berkuasa tidak boleh menyelesaikan masalah ni. Tidak habis-habis bergaduh dan berperang.

Soalan: Ada anda amal wirid kamu?

Jawaban : Buat apa amal benda tidak betul, bukankah sudah sesat. Saya takut masuk neraka dan dibakar api selama-lamanya kalau amal bacaan wirid-wirid itu.

Soalan : Benar?

Jawaban: Saya amal yang ayat-ayat Quran sahaja dari wirid-wirid itu walaupun mengambil masa hampir setengah jam selepas solat. Contoh Fatihah, Qulhuwallah, 3 Qul, Ayat Qursi, Laqadja akum, Ayat 5…..

Soalan : Setengah jam selepas tiap lima waktu ?? Oh…

Jawaban : Ya, kerana ada ayat yang diulang baca – 50x

Soalan : Baik. Setuju atau tidak ini sebenarnya adalah penjenamaan semula jemaah lama kamu dengan nama baru.

Jawaban : Tidak setuju.

Soalan : Kenapa?

Jawaban : Sebab kalau dikatakan begitu bermakna pihak tuan gagal-segagalnya menangani kes kami ini. Itulah maknanya.

Soalan : Kalau begitu jika bukan penjenamaan semula, hendak kata apa?

Jawaban : Membangun era-era jemaah ini bukan kaedah yang sama. Strategi-strateginya dicipta berlainan oleh tuan guru kami, langkah-langkah untuk memastikan suatu yang sudah hancur itu hidup balik, tidak sama.

Contohnya: Setelah mula-mula diharamkan dulu, pihak keselamatan telah menyuruh kami berniaga sebab ia bukan satu kesalahan. Jadi kami memulakan perniagaan dalam situasi itu. Bila perniagaan berjaya, itu jadi satu kesalahan pula dan dikaitkan dengan nama jemaah yang dulu…

Soalan: Bab perniagaan ini memang bersistem lah..

kaabah 123

Jawaban: Bukan mudah. Ia bagaikan mati hidup semula, malah lebih besar dari itu dan tiada siapa dapat menghalang. Lagi satu bukan mudah untuk bercakap hal akidah ini, sedangkan seluruh dunia datang ke Mekah itu membawa 71 akidah, ini Nabi sudah memberitahu. Kalaulah kami sahaja satu-satunya yang ada masalah akidah, mudahlah kami terima, yang lebih teruk dari itu bagaimana. Tak semudah itu kita hendak melabelkan akidah orang. Bagaimana dengan akidah dan amalan umat di negara kita sekarang.. yang sudah jauh dari agama… bagaimana akidah mereka… Itu lagi perlu diperhatikan…

Soalan : Baiklah…. dan jangan lupa…Pendakwaan di mahkamah kemudian nanti, bulannya sudah ditetapkan. Itupun kalau jadilah.

Jawaban : Baik. Kalaulah saya berjumpa wartawan selepas ni, saya akan isytiharkan bahawa masalah kami dengan pihak tuan-tuan akan diadakan perbincangan secara tertutup. Mengapa ya selama ini tidak dibuat. Guru saya tidak pernah diberi peluang untuk berbincang. Kalau dipanggil akan terus diugut. Guru saya berkata sebab dia selalu dilayan begitu, balik rumah dia amalkan semula wirid yang memberi kekuatan roh itu.

- Kami tidak pernah ditanya begini.. ‘Cuba buktikan anda tidak sesat’
– Tidak pernah-
- Selalunya ; Ini sesat ni !!

Tiada perbincangan untuk meyakinkan bahawa apa yang kami amal itu salah.

Kalau hal kami keluar di akhbar-akhbar, bukan hendak memperbetulkan akidah, tetapi, hanya untuk menyakiti, memalukan orang.

Jadi saya ulang,kalau orang bertanya saya lagi tentang pihak tuan, maka saya sudah bersedia untuk berbincang tentang masalah akidah, hendak berdepan dengan pihak mufti lagi.

Soalan : Dalam majlis Persatuan Fatwa Kebangsaan, bersama semua mufti negeri, sepatutnya sudah tidak perlu hujah

Jawaban: Masalahnya suatu kefahaman yang ada, mesti diungkai sebab penjelasan tidak cukup, jadi kami amalkanlah juga yang mana boleh diamal, yang tidak boleh, tidak bolehlah. Zaman ni tuan mana ada orang rajin wirid selama 30 minit selepas solat..

Soalan : Yalah. Siapa rajin? Pada zaman ini?

Erm….. Masih taksub lagikah?

Jawaban : Taksub itu sebenarnya kasih sayang. Biasanya bukankah anak murid sayang kepada guru, yakni masih mengingati tuan guru yang banyak berjasa semasa hidup, apatah lagi setelah sudah tiada, masih teringat kerana guru itu telah memimpin jalan ke akhirat.

Soalan : Baiklah. Saya lebih suka jika pihak anda sanggup berdepan dengan Persatuan Fatwa untuk menyelesaikan masalah ini. Pihak kami tidak sanggup lagi hendak mengintip-ngintip, menyerbu, menangkap dan membuat sidang akhbar yang tiada penghabisan.

Jawaban : Baik tuan. Pihak kami akan menulis surat memohon diadakan satu majlis mmuzakarah dan hasilnya diharap akan diumum secara terbuka kepada rakyat.

TAMAT

Rabbi Masaqurry : Sungguh. Aku lihat nada perubahan kepada pihak yang menyoal. Celaka!

Jeneral Mattiyahu : Mengalah, menang, mengalah. Strategi mereka memang berkesan. Malah aku dengar mereka dilayan dengan baik di situ tidak seperti-mana akhbar melayani mereka. Bagaimana, adakah surat permohonan majlis muzakarah itu sudah dihantar?

Agen Q : Sudah tuan, lama dulu. Tetapi langsung tiada jawaban dari pihak atasan. Mereka menolak untuk bermuzakarah.

Rabbi Masaqurry : Inilah watak perjuangan samawi – dari langit….

Agen Q : Sebentar….. Saya ada soalan. Rabbi, saya ada membaca dalam sejarah Nabi-Nabi dalam kitab Bahasa Arab tentang Nabi Uzair yang hidup semula setelah mati selama 100 tahun, para Ashabul Kahfi yang diyakini masih hidup, juga kisah-kisah ajaib para wali Allah yang punya KARAMAH, malah boleh berumur panjang, malah ada yang mati kemudian hidup semula. Bagaimana pendapat Rabbi, adakah tuan guru itu juga begitu?

Rabbi Masaqurry : Agen, Kau jangan jadi bodoh. Tuhan menjadikan hal-hal ajaib itu hanya pada zaman dahulu sahaja. Zaman ini milik kita. Tiada siapa yang percaya walau di kalangan orang Islam, bahawa tuan guru mereka ghaib, tidak mati dan masih memerintah. Hahahah…. Kau gunalah otak kamu….!

Apa kamu yakin kisah-kisah yang kamu baca itu? ( Aduh… sepatutnya aku menyoal ini dahulu kepadanya)

Agen Q : Oh……Tidak tuan. Semuanya umpama dongengan sahaja. Saya sekadar bertanya kepada yang lebih arif….. (Agen Q berbohong)

Rabbi Masaqurry : Ok.. ok…

Ketiga-tiga individu itu meneruskan perbincangan mereka dan mengatur strategi seterusnya.

Agen Q teringatkan 2, 3 orang rakan agen Hempher spy British yang masuk Islam serta meninggalkan kerjaya mereka setelah tertawan dengan Islam. Adakah dia akan menurut jejak mereka?

Bersambung…

About these ads

2 Comments on “Dialog ‘Imaginasi’ Perisikan Yahudi Terkini (IV) – Transkrip Soal Siasat”

  1. lanncekak says:

    hebat islam…..

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers