Kehidupan Nabi SAW Di Alam Barzakh
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Telah terbukti bahawa kehidupan Nabi kita Muhammad ﷺ di alam barzakh adalah lebih sempurna dan lebih hebat daripada manusia lain. Hal ini diceritakan sendiri oleh Rasulullah ﷺ. Malah disahkan wujudnya hubungan antara diri Baginda dengan umatnya.
Rasulullah ﷺ mengetahui keadaan mereka, melihat amalan mereka, mendengar percakapan dan menjawab salam mereka.



