Mana Ada Orang Mengaku Bertemu Rasulullah SAW Melainkan Ianya Benar!
Tajuk kuliah di atas yang disampaikan oleh Sheikh Fakhrurrazi At Tamimi ada kaitan dengan isu yang dibincangkan di bawah. Anda juga boleh mendengar file mp3 kuliah-kuliah ini di Box Net saya
——————————————————————————————————
Yahudi menguasai dunia sudah 700 tahun lebih lamanya! Dengan kuasanya itu, perkataan sesat yang Allah labelkan kepada mereka telah ditukar sama sekali. Tafsiran sesat yang diajarkan di universiti-universiti Islam seluruh dunia hari ini, itu ditujukan kepada jemaah-jemaah Islam yang membawa kebenaran dari Allah! Yahudi mempersiapkan di negara-negara umat Islam, sekumpulan orang –orang yang digelar ‘ulama’ yang akan menamakan jemaah-jemaah kebenaran itu sebagai sesat. Dengan ‘agama baru’ ciptaan Yahudi iaitu Wahabi, sesungguhnya Agama Islam sebenar dirosakkan atas nama agama!
Memang umat Islam yang berada di bumi ini tidak mampu untuk memahami semua ini kerana seelok lahir ke bumi, kita terus menyedut udara yang telah di-Yahudi-kan. Maka benar belakalah apa saja yang Yahudi ciptakan di bumi umat Islam waktu ini. Maklumat semuanya memihak kepada mereka.
Al-Qur’an dan Hadis pun sudah diterbalikkan sama sekali agar umat Islam kini menganut agama yang terbalik. Contoh: Matlamat pendidikan akhirnya adalah supaya orang Islam termasuk pendakwah makan gaji. Padahal Allah dan Rasul memerintahkan umat Islam dididik untuk bertaqwa dan menyerahkan sepenuh masa kepada perjuangan Islam demi Allah dan Rasul: seperti ucapan kita di dalam sembahyang: hidup mati untuk Allah. Ya makan gaji dengan Allah!
Tetapi hari ini umat Islam tidak percaya untuk full time dengan Islam sebab katanya Allah tidak mampu membayar gaji mereka. Lalu umat Islam beramai-ramai makan gaji di atas sistem yang tidak peduli sembahyang 5 kali sehari atau sembahyang lalai atau sembahyang yang tiada nilai apa-apa di sisi kerja makan gaji itu!
Sembahyang atau tidak sembahyang sama saja, tidak kena mengena dengan gaji. Bahkan Tuhan seperti tidak diperlukan di dalam kerja-kerja untuk makan gaji itu! Allah tidak dibincangkan, apakah perlu dicintai atau tidak, sedangkan Al-Qur’an sangat memerintahkan agar cintakan Allah itu dijadikan Cinta Yang Agung.
Ya, umat Islam, yang katanya beriman dengan Allah dan Rasul , dengan Al-Qur’an dan Hadis, tetapi sikap mereka ialah bersandar nasib kepada gaji! Serta mendakwa gaji itupun daripada Allah, padahal untuk mendapat gaji itu, Allah dan Rasul tidak diperdulikan.
Sedangkan boss lebih sanggup melanggar syariat Allah daripada melanggar peraturan kerja yang ditetapkan sistem Yahudi! Jadi bila ada orang Islam menyesatkan pejuang kebenaran yang memperjuangkan Allah dan Rasul maka umat Islam pun beramai-ramai ikut mengiakan! Bertanya pula lagi, mana Hadis tentang itu dan ini? Walhal manalah umat Islam melaksanakan Hadis di dalam kehidupan sekular mereka itu. Kerana Al-Qur’an dan Hadis telah dipisahkan sama sekali dari hidup seharian umat Islam!
Ya, telah berjaya sungguhlah Yahudi menghancurkan agama Allah di bumi ini, di kalangan umat Islam. Orang yang benar-benar beragama dengan mudah saja disesatkan! Sedangkan yang betul-betul sesat itulah yang dikatakan kebenaran!
Demikianlah Allah sanggup mengizinkan ianya berlaku. Menangis-nangislah Nabi Muhammad …. ummati, ummati, ummati!…. Hingga kini dapatlah bara api Islam dipertahankan sebagai sesuatu ytang terpencil di tengah-tengah dunia sekular Yahudi ini. Maka adalah seorang lelaki yang keluar dari sebuah desa terpencil, dengan mengatakan ‘Hidup Imam Mahdi!’ di waktu majoriti umat Islam di dunia sudah tidak percayakan Imam Mahdi lagi. Hatta Nabi Muhammad pun tidak dipercayai sebagai Nabi lagi. Imam Mahdi itu janji Allah untuk umat Islam akhir zaman. Yahudi tentunya menjadikan ia musuh nombor satu! Lalu mencarilah mereka akannya dari lubang mana ia akan keluar untuk dibunuh!
Maka, apa yang terjadi kini di dunia ini ialah Allah dan Rasul-Nya dengan perlahan-lahan sedang mempamerkan Imam Mahdi-Nya. Melalui tangan seorang warga desa Pilin, yang tidak pernah bersekolah dengan sistem Yahudi. Semua halangan dapat dilepasi, kebenaran dapat dizahirkan satu persatu. Betul-betul oleh pertolongan kuasa Allah. Kalau bukan dengan kuasa Allah dan Rasul, sesungguhnya lelaki itu sudah dikebumikan beberapa kali! Oleh Yahudi.
Begitu rupanya cara Allah memulakan kerja-kerja untuk memenangkan agama-Nya di atas kuasa Yahudi. Sedikit demi sedikit, satu demi satu persoalan dilepasi. Saat itu kebenaran sedang dikatakan kesesatan.
Bahkan sesatnya itu ialah kerana mengaku dapat berbual-bual dengan Nabi Akhir Zaman.
Semua umat Islam hari ini tahu, bahawa sesiapa yang betul-betul bertemu roh Rasulullah SAW dalam mimpi atau jaga ia adalah benar sama sekali kerana syaitan diharamkan untuk menipu, menyerupai dari segala segi sebagai Rasulullah SAW oleh Allah!
Sebab itu Wahabi mengatakan Rasulullah SAW sudah wafat, maka ia bukan nabi lagi. Peranannya sudah tamat. Itulah tipuan yang dibuat kepada Rasulullah SAW.
Wahabi tidak berani berkata, mereka telah berjumpa Nabi, dan Nabi berpesan itu dan ini, kerana mereka tidak mampu melaksanakan pesanan Nabi kerana cita-cita pegangan asal ini adalah memusuhi Nabi, bukan memperjuangkan Nabi!!
Kalaulah Wahabi berbohong konon telah berjumpa Nabi, nanti orang akan bertanya kenapa perbuatan mereka berbeza sangat dengan apa yang dibuat oleh Rasulullah SAW semasa hayatnya?
Ertinya kalau wujudlah orang yang ingin berbohong bahawa mereka telah berbual-bual dengan Rasul, apa yang ditakuti adalah sekiranya pihak itu gagal membuktikan bahawa isi perbualannya selaras dengan Rasulullah SAW yang dikenali orang melalui Al-Quran dan Hadis.
Sebab pengakuan itu perlu dibuktikan! Kalau dapat berbual-bual dengan Rasulullah SAW tetapi hasilnya sangat tidak membenarkan, tahulah orang bahawa pihak itu telah berdusta.
Sebab itu mana ada orang yang berani berbohong atas nama Nabi!
Jika ada yang mengaku Nabi Muhammad sekalipun, sudahnya ternafi sebab orang tidak percaya kalau Nabi itu ialah seperti dirinya itu! Maka belum pernah berhasillah sekalipun seorang di bumi ini, untuk mengada-adakan cerita bahawa dia itu Nabi ataupun dia telah bertemu Nabi!
Maka bilamana Ummu Jah mendakwa dia bertemu dan berbual-bual dengan roh Nabi akhir zaman, untuk mengetahui benar ke bohong, lihat lah hasilnya! Lihat Umu Jah dan lihat jemaah Abuya dan lihat apa yang didakwa disebut Rasulullah kepadanya tentang dunia dan Malaysia itu, betul atau tidak?
Kenapa Ummu Jah terlalu berani mengaku berjumpa Rasulullah SAW? Sedangkan jika dunia tidak melihat apa-apa tanda pada dirinya mahupun perjuangannya sebagai hasil jemaah pimpinan Rasulullah tentulah dunia akan menyatakan beliau berbohong atas nama Rasulullah SAW.
Ertinya, kalau jemaah itu dapat dibangun di Mekah dan Madinah, pengakuan Ummu Jah sukarlah disangkal. Sebab orang tahu bukan mudah untuk melepasi sistem Yahudi yang menguasai pusat kampung Rasulullah itu! Padahal Ummu Jah melakukan perjuangan itu atas nama Fata at Tamimi dan Imam Mahdi yang paling dibenci oleh Yahudi.
- Dari Haramain-



Salam sayang.Tq diatas perkongsiaan ini mudah-mudahan bertambah ilmu,yakin dan terus berjuang.Tq Ummu Jah(Ibu Wasilah).Tq RSA.
zulkarnain bin omar
January 14, 2013 at 8:10 pm
Bagaimana dalam masa terdekat ini..InshaaAllah… seseorang yang akan muncul dalam masa yang sama juga beliau diangkat menjadi seorang Pemerintah di Nusantara ini berlandaskan pengesahan Ulama Nusantara dan badan dunia bahawa beliau lah Keturunan yang hilang itu dan berketurunan campuran terus dengan Nabi Muhammad SAW juga Nabi Allah Sulaiman A.S serta mengesuai ekonomi dunia iaitu Bank Dunia. Dalam masa yang sama juga semasa pemerintahan nya dia hanya menggunakan bendera ArRayah (Panji Hitam) sebagai simbol bendera Empayar Pemerintahan nya. Bagaimana jika simbol Khutubun Nubuwwah@Triangle sama seperti di badan Rasulullah SAW itu di badan nya sebagai tanda. Bagaimana pula jika kehidupan yang di bawa hanya sederhana walaupun ekonomi dunia memang berada di tangan dia. Bagaimana pula jika dia mengajak umat kembali hidup dalam amalan kenabian dengan mengamal sunnah-sunnah nya. Dan yang paling dia tekan kan mengajak umat bersolat jamaah dan memberatkan solat jamaah. Dan usia nya sama seperti Rasulullah SAW dan para Ulama nyatakan, beliau berusia 40 tahun semasa muncul dan dapat kuasa pemerintahan.Dia juga menyeru umat tinggalkan kesyirikan dan kembali ikut perintah Allah dan Taat kepada Rasul yang sebenar-benarnya. Alhamdulillah proses-proses ini sedang berjalan mengikut peraturan-peraturan sistem yang ada sekarang. SIAPAKAH BELIAU?
PencariPanjiHitam
January 16, 2013 at 1:16 pm
As salam Puan Heliconia,
Saya mahu bertanya… apakah yang tersirat & tersurat disebalik peristiwa banjir besar yg melanda kota Jakarta baru-baru ini ??
Ramai warga terpaksa menyelamatkan diri masing-masing, paras air berada ditahap bahaya sehingga Presiden mengistiharkan darurat kepada kota itu
Istana presiden juga dinaiki air banjir
Khabarnya Jakarta selalu dinaiki banjir setiap lima tahun sekali, tapi banjir kali ini – Jan 2013 merupakan musibah yg terburuk sekali
Mohon pencerahan kiranya ada…
Salam kasih sayang tidak terhingga kepada Ibu Agama – Yang Mulia Bonda Wasilah Bonda Ummu Jah yang sentiasa memberi khabar dari alam ghaib
Ampun maaf kepada RSA kerana diri ini masih selalu lalai dengan dunia
mueezza
January 18, 2013 at 10:39 pm