Abuya GHAIB – Teknologi Islam !
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. Bulan Disember 2012 sudah berlalu, sepertimana tahun sebelumnya sebulan penuh sepanjang Disember 2011 saya tidak blogging. Saya minta maaf atas khilaf kerana banyak email melalui blog ini, mahupun message di Facebook yang saya tidak dapat tanggapi.
Sejak kempen belajar Bahasa Arab oleh GISB, maka saya antara yang addicted dengan pembelajaran bahasa Rasulullah dan bahasa Al Quran itu. Masa digunakan selama 2,3 jam sehari untuk mendengar audio files dan mentelaah. Juga selalunya terlebih lalai melayan keletah anak bongsu yang baru masuk umur 3 tahun dan semua abang kakaknya yang bercuti sekolah.
Kali ini saya ingin menyentuh tentang GHAIB. Abuya Ghaib.
Banyak carian ke blog tentang isu ini.
Istilah ini ditakuti sesetengah orang kerana mungkin dikaitkan dengan kemampuan ghaibnya makhluk jin/syaitan dan keSESATan. Apakah hanya hantu mistik yang difikirkan mereka? Manusia ghaib dengan izinNya seperti tidak layak
dibincangkan dan mustahil berlaku seolah-olah ia bukan style/cara Allah bertindak pada alaf ini, serta tidak RELEVAN dengan kemanusiaan.
Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang belum Islam, tetapi sangat yakin dengan agama ini, hanya tinggal mengucap syahadah sahaja dan cita-citanya adalah untuk mati dalam Islam. Sekarang beliau masih lagi mendalami Islam dan masih mengumpul kekuatan untuk mengatasi halangan-halangan sekeliling yang begitu berat di pundaknya.
Bagaimana beliau boleh tertarik dengan Islam? Sebagaimana yang berlaku kepada saudara Ahmad Mustaqim seorang yang mengakui keIslamannya dalam beberapa artikel di blog ini, saudara yang lagi seorang ini turut tertarik dengan Islam setelah melihat Islam yang dibawa Abuya terutama melalui buku-buku Abuya sejak zaman Arqam dan Rufaqa (Terutama buku Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia).
Apa pandangannya tentang Islam? Antara ayat yang saya tidak akan lupakan adalah menurutnya…
” Islam itu sangat indah, indah.. “
” Saya juga merasakan hati saya, malah dunia ini gelap gelita, hinggalah saya mengenal Islam. Kekafiran adalah suatu
kegelapan yang menakutkan”
Lalu antara isu yang saya tanya, bagaimana pendapatnya bahawa (sekurang-kurangnya lebih 5000 anggota dewasa GISB sedunia) serta para simpati yakin Abuya telah ghaib dan akan muncul semula untuk menyelamatkan Malaysia, dan seterusnya dunia sebagai pembantu Imam Mahdi?
Jawabnya : Bahkan. Jika lebih dari itu pun saya yakin. Sebab kesan tulisan, didikan Abuya melalui mindanya, sangat memberi sinar kepada hati saya berbanding didikan dan tulisan ulama lain yang saya baca. Mustahil Abuya sesat. Abuya adalah umpama nabi kepada kita, rasul li Rasul. ( Hadis : Ulama di kalangan umatku adalah umpama Nabi di kalangan Bani Israel). Sekarang, setiap langkah hidup saya, saya akan praktikkan apa yang Abuya ajar tentang Islam, dalam fikiran dan tindakan..
Begitu komen seorang yang belum Islam… Yang hatinya mungkin seribu kali lebih baik dari hati kita orang Islam baka.
Anda bagaimana?
Saya sangat yakin pemergian Abuya adalah persis sama dengan pemergian Sayidi Sheikh Suhaimi, yakni pemergian mereka adalah bertujuan untuk kembali semula.
Bagaimana anda akan hujahkan kerana kebanyakan orang akan berkata itu tidak mengikut Al Quran dan As Sunnah?
Ini tidak mustahil bagi Allah SWT. Sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Yaasin yang selalu dibaca
umat Islam iaitu apabila Tuhan mengkehendaki sesuatu, cukuplah dengan berkata: “Jadi, maka jadilah ia.”
Siapa yang berkata begitu yakni ini bertentangan dengan Quran dan Sunnah, hakikatnya mereka ”mengaji tidak habis”
Sebab jelas di dalam Al Quran dan Hadis tentang peristiwa sebegini.
Seperti kisah Nabi Isa a.s yang nampaknya seperti mati iaitu disalib, tetapi hakikatnya diangkat oleh Allah SWT ke sisi-Nya
Juga dengan kisah Ashabul Kahfi yang nampak seperti mati dan akhirnya ghaib tetapi tidak pada hakikatnya. Allah datangkan semula ke dunia selepas 309 tahun “tidur”. Dan akan hadir bersama semula untuk membantu Imam Mahdi kelak.
Juga dengan kisah Nabi Uzair a.s yang Allah tidurkan atau “matikan” buat beberapa waktu dan didatangkan semula sebagai menjawab persoalan tentang bagaimana Allah menghidupkan semula orang mati.
Ini semua ada dalil yang jelas di dalam Al Quran dan Hadis.
Juga kisah-kisah daripada para wali seperti yang berlaku kepada Kiyai Salleh dari Pulau Jawa yang hidup semula sebanyak 9 kali selepas matinya semata-mata untuk melaungkan azan. Ini semua fakta sejarah. Bukan dongengan.
Banyak lagi kisah para ulama dan wali zaman dahulu yang banyak dalam kitab berbahasa Arab kalau kita rajin membongkarnya.
Jadi, kembalinya Abuya bersama Imam Mahdi nanti bukanlah dogengan. Kalau ianya dongengan, tidak perlulah Rasulullah
SAW mewariskan banyak hadis tentang peristiwa akhir zaman.Untuk apa hadis-hadis itu? Untuk siapa hadis-hadis itu? Adakah semuanya hadis dhoif? Adakah semuanya hadis palsu?
Sekiranya Fata At Tamimi dan Imam Mahdi tidak akan hadir, tolong beritahu bagaimanakah caranya Allah hendak menaikkan Islam di akhir zaman. Cara demokrasi? Cara demonstrasi? Cara politik? Cara sains dan teknologi? Cara barat? Masing – masing ada jawapannya.
Islam tidak akan naik dengan cara logik. Sejarah akan berulang bilamana Islam akan menjadi empayar dunia dengan cara yang tidak logik pada pandangan orang Barat dan sekularisme yang mengagungkan sains dan teknologi akal. Islam akan bangkit dengan kaedah ghaib yakni dengan karamah dan teknologi roh.
Jangan sangka kerajaan Allah dan RasulNya itu berlepas tangan dan membiarkan umat Islam yang bertaqwa, apalagi yang telah dijanjikan, tanpa apa-apa hubungan.



Terima kasih Puan kerana kembali “memblog”.
Abu Syahiid
January 4, 2013 at 8:02 pm