Heliconia's Weblog @ Malaysia

Menuju Pemerintahan Kerajaan Islam Sejati @ Ajaib

Surat Terbuka Untuk Saudara Zawawi Aman

with 12 comments

Dendam Zawawi Aman kepada jemaah GISB bermula apabila dia keluar jemaah pada pertengahan tahun 2011, tetapi isteri pertamanya memilih untuk tidak mengikutinya. Ini iklan yang disebarkannya di internet walhal dia tahu isteri dan anak-anaknya ada bersama GISB. Sehingga sekarang dia masih menggunakan media akhbar dan TV untuk menjatuhkan GISB.

Dari Hatijah Aam,

Surat terbuka untuk Saudara Zawawi Aman

Ini adalah jawapan kepada saudara seIslam Zawawi Aman yang banyak memperkatakan hal saya (Hatijah Aam) selama ini terutama didalam TV9 dan TV Al-Hijrah. Kalau saya tidak menjawab, tentu orang ramai akan terus tertanya-tanya hal
yang sangat perlu untuk dijelaskan kepada mereka ini.

Saudara Zawawi, saya secara peribadi sebenarnya tidak tahu saudara. Tidak pernah berjumpa kecuali semasa saudara masih bersekolah di Pakistan atas tajaan Jemaah Arqam. Saya bangga, saudara jadi begitu ke depan hasil bersekolah dengan AlArqam!

Setelah dewasa, saya dengar saudara ada masalah dengan jemaah ini di tempat saudara bekerja (sebuah sekolah). Sudahnya saya mendengar saudara keluar dari jemaah tetapi isteri pertama tidak mahu ikut keluar, bersama 5 orang anak! Bila jemaah memberi pilihan kepada isteri tersebut (Shamsiah) samada mahu mengikut suami atau jemaah, dia memilih jemaah! Dia meminta perlindungan di atas tekanan yang saudara berikan padanya. Hal ini ada ditulis Shamsiah sebagai reaksi kepada kenyataan saudara akhir-akhir ini.

Berikut kenyataan Shamsiah:

“Saya memilih untuk terus bersama jemaah tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, saya tidak boleh hidup sendiri kerana berjemaah itu rahmat dan saya amat yakin inilah jemaah yang cari selama ini.

Hidup bagaikan adik beradik, bagaikan satu ibu dan satu ayah. Apa yang penting di sini saya dididik untuk membersihkan hati yang saya tidak dapat di tempat lain. Hidup tanpa pimpinan mursyid tidak mungkin saya akan selamat. Semuanya telah saya perolehi di dalam jemaah ini. Mana mungkin saya meninggalkannya.”

Kalau saudara tidak percaya bahawa tiada siapa memujuk Shamsiah untuk meninggalkan suaminya, mari kita serahkan kepada Allah, hakim seadil-adilnya untuk adili masalah kita ini. Anda setuju kita serahkan pada Allah?

Tidak hanya itu, saudara rupanya tidak puashati dengan banyak perkara tentang saya dan GISB. Tetapi tidak pula mahu berbincang dengan saya terlebih dahulu, terus didedahkan di dalam akhbar dan media. Begitu bertanggungjawabnya saudara dengan nasib Islam dan Iman saya sertaGISB terutama dengan anak isteri! Syabas Saudara Zawawi Aman.

Nampaknya apa yang paling membimbangkan saudara adalah hal akidah.
Marilah kita bincangkan bersama-sama hal kesesatan Arqam.

Saudara, memang umat Islam di seluruh dunia hari ini mengalami masalah yang teruk-teruk! terutama hal-hal akidah kerana kita sudah tidak ada Nabi.
Adanya aliran Sunni dan Wahabi sahaja sudah menjadikan dunia Islam terpecah dua. Masing-masing menyalahkan masing-masing terutama hal-hal akidah! Sekalipun Saudara Zawawi Aman benar tetapi saudara asyik gagal menangani saya, bahkan anak isteri.

Jadi siapakah yang boleh kita harapkan untuk menyelesaikan semua masalah umat Islam ini. Sesudah akidah, perkara yang akan ditanya Allah di hari akhirat ialah sembahyang. Berapa ramai umat Islam di Malaysia sahaja yang betul akidahnya tetapi tidak sembahyang 5 kali sehari! Siapa yang akan menyelesaikan semua masaalah ini saudara?

Allah tidak memberi jalan keluar kah? Di mana Nabi untuk kita kerana dunia jahiliyah mesti ditangani oleh seorang Nabi! Setujukah saudara Zawawi, bahawa seorang Nabi diperlukan oleh dunia akhir zaman ini? Dan kalau Nabi Muhammad sudah tidak mampu berperanan, Allah kenalah hantarkan untuk kita Nabi lain. Betul atau tidak? Tetapi mana ada Nabi lagi sesudah Muhammad SAW sebab bagindalah Nabi akhir zaman!

Jadi, bagaimana Saudara, Nabi Muhammad itu masih mampu berperanankah sebagai seorang Nabi untuk menyelesaikan segala masalah kita?

Tidak, bukan makam Rasulullah sebenar yang akan dibongkar, hanya Kubah Hijau yang di bawahnya menempatkan ruang kosong, (di mana makam Rasulullah hanyalah diliputi tanah rata dan batu kecil ) itu akan dimusnahkan untuk meluaskan dan mencantikkan Masjid Nabawi. Ini hujah puak pro-Wahabi ( fahaman yang diterajui Yahudi) yang menerima rancangan perobohan Kubah Hijau. Sedangkan usaha untuk menebuk Kubah Hijau sebelum ini berakhir dengan pelakunya disemadikan di atas kubah mulia tersebut! Sanggupkan siapapun melakukan yang demikian? Imam Malik kerana terlalu menghormati Rasulullah tidak sanggup menaiki kuda di bumi Madinah kerana takut menyakiti jasad Rasulullah.

Percubaan untuk menebuk Kubah Hijau dan mencuri jasad Nabi menyebabkan kematiannya dan jasad orang ini melekat tanpa siapapun mampu menurunkannya. Sengaja pihak Wahabi mengecat segalanya dengan warna hijau untuk menutup-nutup kejadian ini.

Sebenarnya kini, di hadapan Kaabah, di Mekah, itulah yang sedang saya tanyakan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Saya bercakap-cakap kepada Allah dan kepada Rasulullah SAW. Saya merasakan kampung mereka ini kampung saya juga. Saya merasa mempunyai mereka di sini. Allah memberi macam-macam bukti bahawa Dia wujud dan bersama saya untuk membela Islam di Mekah, kampung Yahudi ini! Setuju atau tidak Mekah ‘di dalam tangan’ Yahudi?

Dua tahun lamanya saya mengkaji dan memang pusat Agama Islam, kiblat orang yang bersembahyang ini memang di dalam tangan Yahudi! Datanglah, saudara ajak Hashim Jaafar sekali untuk melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku di Kampung Rasulullah SAW. Rasulullah SAW itu boleh ditemui sebenarnya. Sepertilah Allah memanggil kita untuk menghadapNya 5 kali sehari . Sesungguhnya Rasul juga memanggil dengan rindu agar kita berhubung dengannya melalui solawat. Jadi sebelum sembahyang kita bersolawat, mohon Rasulullah SAW jadi wasilah pertemuan kita dengan Allah di dalam sembahyang! Ya atau tidak ni saudara? Adakah saya bersalah di dalam hal ini? Tolong jawab ya! Sudah 30 tahun saya didisiplinkan untuk bersolawat kepada Nabi. Nabi yang pernah mengaku merindui para Ikhwan! Apa saudara mengalami merindui Nabi yang tidak pernah bersua wajah itu?

Saya di Mekah meminta pada Rasulullah SAW agar jangan kembalikan saya ke Malaysia lagi sebab saya terlalu rindukan baginda. Saya merasakan Mekah kampung saya. Saya ada Nabi rupanya. Bukan jasad tetapi dengan rohnya. Hati saya sangat-sangat merasakannya! Kalau saudara menganggap saya berbohong dan mereka-mereka cipta agama itu hak saudara sedangkan saya mengalaminya.

Agama itu kan cintakan Allah, rindukan Rasul? Tanpa cinta dan rindu bagaimana kita mampu taati mereka? Tidakkah roh sembahyang ialah percintaan hamba dengan Tuhan yang terlalu Agung cintaNya? Sedangkan Allah dan Rasul tidak mampu dilihat dengan mata kasar?

(Seperkara lagi, berkenaan fitnah besar tentang saya, Rasulkan sudah wafat. Macamana boleh anda percaya Rasulullah SAW pegang betis saya. Waraskah orang yang mempercayainya ? seperti yang didakwa oleh Encik Hashim Jaafar dalam TV Al-Hijrah)

Wahai Saudara Zawawi Aman,
Kalau kesesatan yang berlaku kepada kami itu ialah untuk mendapatkan Allah dan Rasul bukankah ia suatu keganjilan. Ganjil dibandingkan masyarakat Islam biasa? Rasulullah SAW bukankah dituduh sesat juga sebab yang dibawanya itu baru!

Apa tidak mungkinkah bahawa kami ini sedang melalui apa yang telah dilalui Rasulullah SAW? Sebab waktu ini agama sebenar telah hancur. Bila ada yang baru tentu ganjil! Sebab di Mekah Madinah kini GISB sangatlah berkembang dan membesar! Hati-hati kami diproses untuk merasa gentar bila mana nama Allah disebut.

Mekah itu bukankah Qiblat? Di Mekah ada Kaabah. Di Mekah ialah di Pusat Rasulullah SAW. Mekah bukankah terkenal sebagai tempat suci? Siapa yang sesat, Kaabah tidak menerimanya. Siapa yang membawa dosa-dosa besar kan bermasalah di Mekah? Itu semua orang tahu! Sebab itu sudah ramai rakyat Malaysia yang ke Mekah, pergi ke Chalet Nur Muhammad GISB, lantas berkata, Arqam tidak sesat! Sebab orang tahu di Mekah, kalau sesat Allah tidak terima. Tapi kalau di Mekah boleh hidup macam kampung sendiri ini confirm lah orang Allah dan Rasul, kata mereka! Kalau saudara menolak hakikat bahawa bila GISB boleh bertapak di Mekah dan Madinah – ertinya GISB itu berada di bawah perlindungan Kaabah, cubalah saudara berfikir begini : ‘Sudah berderet orang yang hendak menggagalkan Ummu Jah dan GISB di Mekah itu, tetapi nampaknya mereka terus bebas melakukan aktiviti-aktiviti mereka. Kuasa apa yang melindungi mereka daripada segala halangan yang ditimpakan? Lebih baik aku tanya mereka, apakah rahsia mereka ini ya?

Maka GISB pun menjawablah begini : -

Orang Islam yang terancam untuk memperjuangkan Islam di tempat lain, maka berhijrahlah mencari perlindungan di kampung Rasulullah SAW. Berlindunglah dengan kuasa Allah dan Rasul nescaya kamu akan mendapatkan pertolongan dari sebesar-besar kuasa! Maka sejak itu kamu dan Islam yang kamu perjuangkan nescayalah tidak akan kalah-kalah lagi.

Bukankah di Qiblat kita itu ada Baitullah? Itulah gunanya rumah Allah itu kepada umat Islam. Masakan orang Islam yang berTuhankan Allah dan Rasul tidak mempunyai jalan keluar daripada masalah-masalah mereka?

Lalu wahai saudara Zawawi Aman, silalah bertindak apa pun yang diinginkan ke atas GISB, saudara akan lihat nanti bagaimana Kaabah bereaksi! Kaabah yang masih di dalam tangan Yahudi, namun pusat pentadbiran kerajaan Maha Ajaib itu, bukankah sedang menggiatkan kebangkitan Islam kali kedua? Yang Allah dan Rasul telah janjikan? Di akhir zaman di tangan orang Melayu? Bila Abuya dan GISB sudah ke Mekah, segalanya sudah tidak boleh disangkal lagi saudara.

Datang lah lihat sendiri apa yang berlaku! Mana boleh lihat dari jauh sahaja dan memberi penilaian jarak jauh. Kita bincang dulu, barulah saudara membuat kesimpulan tentang GISB. Kan saudara ada seorang anak yang sedang berjuang bersama Ummu Jah di Mekah? Qutaibah, umurnya 19 tahun. Tanya dia kenapa dia memilih GISB. Saya ibu angkatnya!
Setiap hari kami sama-sama berusaha untuk membela Rasulullah SAW yang kian dilupakan orang di Mekah ini. Saudara bertuah mempunyai anak soleh yang begitu gigih berjuang untuk Islam, Allah dan Rasul.

Qutaibah Zawawi bersama team seperjuangan di Mekah

Projek-projek GISB di Mekah-Madinah itulah hasil perjuangan kami atas apa yang kami yakini. Keyakinan itu rupanya bila diperjuangkan, ia memberi hasil luarbiasa. Orang Melayu boleh hidup di Mekah atas nama Abuya dan Sayyidi, sedangkan Melayu-Melayu lain yang ada di Mekah ini, tidaklah mencapai sebesar apa yang dicapai oleh GISB!

Sebahagian daripada pengunjung yang mengunjungi Chalet Nur Muhammad, Mekah yang terdiri dari jemaah Umrah dan Ziarah dari Malaysia.

Maka ramailah orang bertanya saya dengan kuasa apakah Ummu Jah boleh membangunkan empayar Islam di Saudi ini? Cubalah tanyakan hal ini kepada Datuk Mufti Negeri Sembilan dan Puan Erma Fatimah yang telah berziarah ke Pusat-pusat GISB di Mekah dan Madinah. Sesuatu ajaran itu, hendak dinilai sesat tidaknya bukankah dilihat pada apa yang dihasilkan? Pokok kalau hendak dipastikan ia baka bagus atau tidak bukankah dinilai pada buahnya? Orang kalau hendak tahu bagus atau tidak, lihatlah hasil kerjanya. Apa, saudara tergamak menyesatkan satu ajaran yang hasilnya ialah bangunnya ekonomi empayar Islam di Mekah-Madinah?

Kalau bukan oleh kuasa Allah dan Rasul, wanita biasa seperti Ummu Jah ini setelah pemergian Abuya tentu akan balik ke kampung menjaga ibunya di Kedah dan makan pinang bersama-sama.

Ajaran untuk umat Islam dapat menjadikan ilmu Islam sebagai realiti kehidupan yakni untuk teori-teori itu semua dapat dipraktikkan. Abuya dan Sayyidi lah dua tokoh yang mengetahui bagaimanakah caranya? Bahkan bagaimanakah poligami itu dapat dijayakan, kuncinya pun ada pada Abuya dan Sayyidi. Saudara perasan atau tidak, bahawa Abuya hancurkan Arqam untuk memulakan Islam praktikal. Yakni ilmu Islam dirubah menjadi cara hidup Islam. Sungai Penchala ditutup untuk dibuka Bandar Country Homes? Supaya umat Islam tahu bahawa pada Ustaz Ashaari itu ada rahsia bagaimana merialisasikan Islam teori. Tentunya mereka dapatkan dari Islam sebab itulah segala-gala cara hidup yang dicetuskan Arqam itu kami berani namakannya atas nama Islam! Tidak pula orang ketawakan bila berkata begitu. Orang berhasad dengki adalah!

Berfikir semulalah saudara Zawawi Aman. Anda tidak merasa rugikah menentang kekayaan Islam yang Allah telah rezekikan kepada saudara-saudara seIslam? Sesat yang anda katakan itukan Allah sudah jawab dengan menjadikan GISB satu-satunya jemaah Islam yang paling berjaya ekonominya diperingkat nasional dan antarabangsa? Ok kalau Arqam dan Ummu Jah hancur hasil perjuangan saudara ini, apa untungnya? Sedangkan kalau saudara bijak, untuk menghancurkan kami cuba ambil pendekatan berbaik-baik! Sebab semua cara yang diambil sebelum ini yakni cara yang musuh gunakan, gagal untuk menghancurkan Arqam. Cubalah dengan cara berbaik-baik, kemudian hancurkan dan anda akan beruntung kerana GISB akan menjadi milik anda!

Saudara Zawawi Aman,
Kalau anda hancurkan Ummu Jah dan GISB apa alternatif untuk umat Islam mendapatkan semula kegiatan-kegiatan ekonomi Islam yang GISB sumbangkan? Kalau anda boleh membuat gantinya, ok lah! Sedangkan anda sendiri dengan kefahaman yang tidak sesat itu, cuma boleh bercakap sahaja, belum membuktikan apa-apa hasil pun! Tahukah anda bagaimana caranya agar usaha-usaha anda akan boleh menghasilkan Islam realiti? Kalau gagal nanti saudara akan menjadi lebih kecewa! Sedangkan kalaulah anda lupakan saja kami ini, (biarkan GISB masuk Neraka kerana degil dengan kesesatannya!), mungkin anda akan lebih tenang.

Sedangkan kerajaan Malaysia pun pernah menentang, Allah gagalkan mereka, inikan saudara sebatang kara? Bijakkah? Sedangkan waktu ini GISB sudah diterima baik oleh Negara Malaysia. Jabatan-jabatan Agama pun ada yang sudah sudi bekerjasama.

Perihal jenayah seks dalam GISB, saudara Zawawi Aman barangkali kerana marahkan isteri yang lari sampai gelap mata : tidak nampak bahawa pasangan-pasangan suami isteri GISBlah paling bahagia. Sekalipun poligami. Sebab GISB selain menyelesaikan masalah Iman, Islam, Ibadah dan Akhlak, makan minum dan kesihatan dan kebajikan ahli-ahlinya juga mengambil tanggungjawab masalah-masalah seks mereka! Dunia dan Akhirat diuruskan! Mana ada kes jenayah dalam jemaah GISB? Cerita seks bukankah menceritakan syurga dunia! Mengapa saudara boleh tersalah tafsir sampai begitu sekali? Kalau tidak setuju dengan cara kami bagilah alternatif. Jangan-jangan Brousur Seks GISB tu ramai yang mendapat faedah! Tolong saudara bicarakan tentang seks menurut Islam sebagai ilmu panduan untuk umat Islam melakukannya seperti yang Allah dan Rasul kehendaki!

Kenyataan Shamsiah : “Saya sekeras-kerasnya menafikan dakwaan suami saya mengatakan dia mendapat buku Seks Suci Islam (SSI) daripada saya. Ini jelas tidak benar sama sekali sebab saya sendiri tidak pernah memiliki buku tersebut. Saya sungguh tidak sangka suami saya sanggup berbohong pada pihak media dan masyarakat umum. Suami yang saya harapkan dapat membela saya dan anak-anak sanggup membuat tuduhan sebegitu. Saya merayu pada suami saya agar berfikiran waraslah, janganlah hal-hal keluarga dibesar-besarkan pada pihak media. Sedangkan ia boleh diselesaikan secara baik. Bila dia bertindak sedemikian membuatkan saya jadi ragu betul ke suami saya sayang pada kami sekeluarga. Amat memalukan kerana hal peribadi satu dunia tahu. Saya rasa sangat sedih bila melihat gambar 3 anak lelaki saya yang sekarang dalam jagaan suami saya (yang dia rampas dari saya), kopiah pun tak pakai, apa lagi solat. Sedangkan sewaktu anak-anak itu berada dalam jemaah, tahajjud pun tidak pernah tinggal. Lihat 5 org anak saya yang berada dalam jemaah, semuanya terbela. Dapat belajar di Jordan, yang suatu ketika dulu pernah menyuarakan hasrat mereka untuk belajar di luar negara tapi suami saya tak bagi dengan alasan tiada duit. Sepatutnya sebagai suami syukurlah sebab jemaah sanggup ambil tangungjawab kita tanpa bayaran satu sen pun. Anak-anak pun tahu menilai siapa yang mereka nak ikut. Ayah @ ibu?”

Terus terang saudara, bahawa perbezaan di antara kita sebenarnya ialah : saudara perjuangkan ilmu Islam sedangkan kami memperjuangkan cara hidup Islam yang praktikal, yakni bagaimana ilmu Islam boleh menjadi satu sistem hidup! Anda lihat kebudayaan kami yang menghiburkan orang dengan Allah dan Rasul. Nasyid mengelirukan kata saudara! Mana nasyid yang tidak mengelirukan? Sedangkan orang suka nasyid. Kalau anda tidak mampu untuk cetuskan, malulah kepada Allah untuk persoalkan ajaran kami. Salah-salahpun ada hasil yang boleh di manfaatkan. Selagi anda belum mampu untuk buktikan ajaran saudara lebih baik, berani saya katakan bahawa senjata saudara akan memakan diri saudara sendiri. Sebab Allah sangat marah dengan orang yang bercakap tapi tidak berbuat!

Lihat projek-projek GISB untuk menjawab persoalan-persoalan anda tentang ajaran kami. Lihat sembahyang jemaah kami untuk menjawab sesat tidaknya kami! Lihat remaja-remaja kami yang ikut memperjuangkan Islam untuk tahu apa atau tidak baiknya kami. Lihat orang-orang kami yang berniaga ikan, ayam, roti, butik dan lain-lain apa mereka buat bila tiba waktu sembahyang. Ya, mereka sembahyang awal waktu dan berjemaah. Itulah yang diajarkan Abuya, Sayyidi kepada kami. Adakah semua umat Islam di Malaysia yang berniaga dan juga sembahyang 5 waktu sehari semalam? Ajaran apa yang membuatkan mereka itu begitu?

Masyarakat sangat nampak keujudan GISB, projek-projeknya dan orang-orang yang menjaga projek. Mereka melihat sesuatu yang menyenangkan. Mungkin sukar untuk mereka percaya bahawa orang-orang GISB ini sesat. Sebab itu projek-projek kami terus berjalan hasil sokongan masyarakat.

Sebaiknya saudara Zawawi Aman dan sesiapa yang ingin mempersoalkan GISB, datanglah untuk berbincang terlebih dahulu. Tengok dari dekat! Kalau adalah orang yang dari jauh-jauh saja tembak, takut tidak tepat, tidak kena! Anda akan gagal. Apa yang menghalang anda untuk bertemu kami? Moga-moga kita akan dapat berbual panjang tentang macam-macam lagi yang anda ragukan tentang kami ini! Ya, tentang Islam bawaan Abuya dan Sayyidi, (kini dipertahankan oleh Ummu Jah dan GISB) yang telah menghasilkan empayar ekonomi Islam GISB di ¾ dunia. Yakni di Benua Eropah, Timur Tengah, Asia Tenggara, Khurasan dan China! Kalau bukan oleh kuasa Allah dan Rasul di belakang semua ini, mustahil syarikat kecil ini boleh mencipta hasil yang bertaraf Negara! Dan kalau bukan oleh kekuatan yang Allah dan Rasul berikan pada saya, mustahil saya mampu untuk menghasilkan surat ini.

Walaupun surat ini saya tujukan kepada saudara, tapi yang ikut menilainya ialah Allah dan Rasul dan orang mukmin. Apapun yang saudara akan jawab, tapi saya lebih menunggu jawapan dari Tuhan saya, Nabi dan orang-orang mukmin.

Sekian, ampun maaf dan terima kasih!

Hatijah Aam

——————————————————————————————————————————————————————-

Hanya Imam Mahdi yang mampu membebaskan Mekah dan Madinah dari tangan Yahudi. Pelan Masjid Nabawi baru dengan kubah baru. Kerja-kerja perobohan Kubah Hijau dikatakan bakal bermula setelah selesai musim Haji 1434H/2012M. Senibina pelan masjid baru ini seperti ada ciri Freemason?

Baca jawapan tentang isu Seks Suci Islam yang dihebah-hebahkan oleh Zawawi Aman di Jawapan Untuk Zawawi Aman dan TV9

Juga : Pengalaman Ustazah Hatijah Aam bertemu Rasulullah SAW

About these ads

Written by heliconia

November 24, 2012 at 1:37 am

12 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Syukran sdr Syafie atas infonya…

    Sdri Mueeza, menyamai penggodaman web2 dan pendedahan Wikileaks oleh kuasa ghaib

    Syukran, harap The Only Truth ada blog sendiri…. Yang boleh dikongsi…

    heliconia

    November 27, 2012 at 11:33 am

  2. Saya ingin memberi pendapat sebagai Mukmin. Saya menunaikan umrah dalam bulan Mei 2012 dan dapat menziarahi kegiatan yang suci yang diusahakan oleh pihak GISB samada di Mekah atau Madinah amat dipuji. Selain dari ukwah yang ditunjukkan berlandaskan amalan Islam yang suci yang saya pernah nikmati buat pertama kali pada tahun 1975 semasa berhijrah minda semasa di Sungai Penchala, apa yang diusahakan diperingkat awal itu terbukti berkembang dengan sungguh-sungguh direstui oleh ALLAH. Jika kita tidak mampu bersama jemaah mana sekalipun janganlah menjadi penghalang. Keluar dengan diam. Usah jadi penghasut pada orang yang boleh berfikran waras dan rasional dalam usaha mencari keredaan ALLAH. Ada kuasa yang mengaku mereka menguasai secara mutlak dalam negara. Bukan sahaja mereka tersilap langkah bahkan menambah masalah sosyel bahkan tergugat dalam urusan negara. Insaflah bahawa kita tidak mampu bertindak sendirian melainkan berjemaah secara fizikan dan kalau itu pun tidak mampu dalam diam do’a agar sesuatu jemaah yang melakukan kebaikan dilindungi ALLAH. Ayah mertua saya, Almarhum Tuan Haji Aziz bin Borhan selalu mengingati anak-anaknya – Jika kita tidak mampu menjadi sebuku garam yang dapat menyelamat ikan dari menjadi busuk, janganlah menjadi lalat hijau (langau) yang merosak sebakul ikan.

    Saleh Pfordten

    November 28, 2012 at 4:47 am


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 784 other followers