Halalkah sembelihan lembu Australia yang ditikam di dada? Juga ayam Satun, Lahar-Yooi dan HPA.


1. Daging Lembu Sembelihan

Daging halal yang semakin menjadi pilihan di restoran-restoran ‘tidak halal’ di Eropah telah menjadi kebimbangan banyak NGO dan golongan anti -Islam serta kumpulan Pencinta haiwan.

Namun  kerana lebih segar, lebih lembut dan tahan lebih lama maka restoran-restoran tersebut sanggup membeli daging halal secara diam-diam walau di pasaran gelap, demi memenuhi permintaan pelanggan bukan Islam dan pastinya demi keuntungan perniagaan mereka!

Soalnya, mengapa daging halal lebih sedap berbanding daging dari ternakan yang tidak disembelih? Dan apa kaitannya dengan musuh Islam yang memainkan peranan besar disebalik kenyataan itu?

Bila Islam dikatakan agama yang syumul dan ‘a way of life’, itu benar-benar bermaksud bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna dari sudut semua aspek. Itulah agama ghaib dari langit yang membawa manusia kepada kesempurnaan hidup dengan Rahmat dan Kasih Sayang Tuhan yang tidak bertepi.

Agungnya pimpinan dan didikan Baginda Rasulullah saw yang bukan sahaja melalui kata-katanya tetapi juga dengan perbuatannya, bukan hanya untuk di waktu hayatnya tetapi untuk seluruh zaman selepasnya hingga ke akhir zaman ini.

Apa kaitannya daging halal dan Nabi Akhir Zaman? Berpuluh tahun, usaha musuh Islam merosakkan aqidah dan pemikiran manusia akhirnya hancur kerana kebenaran. Setiap ajaran Nabi Muhammad adalah benar dan membawa kepada kebaikan. Maka hanya ada satu cara sahaja untuk melawan Islam. Yakni dengan menegatifkan kaedah/sistem yang dibawa oleh Nabi Muhammad yakni ajaran suci itu diterbalikkan,  supaya Islam kelihatan hina, kejam, ketinggalan zaman.

Hati yang suci ditempa dari makanan yang halal lagi suci. Hati yang suci inilah sangat susah untuk musuh Islam tembusi dan kuasai. Dan selagi hati-hati itu tidak dapat ditembusi, Islam tidak dapat dikalahkan. Maka berhempas-pulaslah mereka dengan berbagai cara yang tidak terjangkau oleh akal. Dengan hujah-hujah dan berbagai iklan serta promosi diusahakan untuk mengaburi kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Antaranya ialah mencanangkan kekejaman orang Islam kerana menyembelih binatang ternakan. Sedangkan kaedah penyembelihan Islam adalah yang paling tidak menyakitkan haiwan dan daging haiwan sembelihan menjadi lebih bersih dan segar.

Ini terbukti dalam laporan Berita Harian, (9 Januari 2006), satu kajian saintifik yang dibuat oleh Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Institut Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, penyembelihan binatang ternakan dengan pisau yang tajam – sekurang-kurangnya dapat memotong kertas A4 yang tergantung dan pisau berkeadaan kering- wajib bagi memotong sekurang-kurangnya, dua urat merih @ dua arteri karotid kanan dan kiri dengan pantas yang dapat memutuskan bekalan oksigen dari jantung ke otak lalu menyebabkan haiwan sembelihan pengsan serta-merta. Dalam proses pantas ini struktur berdekatan termasuk vena jugular, esofagus dan trakea turut terpotong.

Kepantasan terputusnya bekalan darah ke otak, menyebabkan haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. (Arteri karotid leher inilah yang di’target’ dalam kaedah persilatan untuk membuatkan musuh atau lawan jatuh pengsan serta merta.)

Melalui catatan electroencephalograph – otak – (EEG) dan electrocardiogram – jantung-(ECG) yang dikaji untuk mengetahui keadaan otak dan jantung haiwan yang disembelih dan haiwan yang dibunuh dengan cara barat yakni pistol kejutan (CBP) jelas menunjukkan perbezaan.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau selepas pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung (ECG) masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak-gerak aktif secara luar kawal, seperti satu konvulsi (convulsion) akibat tindak balas koordinasi saraf-otot, menyebabkan semua darah keluar membuak-buak dari badan haiwan melalui arteri yang disembelih pada lehernya, menghasilkan daging yang bersih, selamat untuk dimakan.

Pada lembu, arteri vertebra yang terdapat di tengkuk masih utuh, ia membekalkan darah ke otak, maka sistem saraf pusat (Central Nervous System) tidak terjejas untuk terus meransang jantung supaya mengepam darah ke seluruh badan haiwan). CNS masih berfungsi sebab tulang belakang (vertebra) tidak disembelih.

Perkara ini turut didedahkan oleh Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

“Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala diceraikan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

Ini bermaksud, darah yang terkumpul di dalam daging akan menyebabkan pereputan yang cepat menjadikan daging tersebut menjadi rosak (bangkai) dalam masa yang singkat. Kerana itulah, Islam tidak membenarkan haiwan dipenggal kepalanya supaya saraf tunjang itu tidak rosak dan darah dapat dikeluarkan secara optimum dari badan haiwan.

Ini juga dapat menjelaskan punca wabak Lembu Gila (Mad Cow Disease) sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh Texas A&M University dan Canadian Food Inspection Agency. Tisu otak dan saraf tunjang merupakan bahagian yang paling terjejas teruk apabila haiwan itu dijangkiti penyakit lembu gila. Kaedah CBP ini boleh menyebab tisu otak hancur dan bertaburan sehingga menyebabkan bakteria penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Memakan daging yang tidak disembelih mengikut Imam Al-Ghazali akan menyuburkan sifat-sifat buruk atau mazmummah dalam diri seseorang contohnya takbur dan riak.

Selain daripada sudut kesihatan, penyembelihan juga merupakan satu penghormatan terhadap haiwan yang merupakan ciptaan Allah. Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Begitu banyak rahsia kebaikan di sebalik penyembelihan haiwan dalam Islam. Tentunya kebaikan-kebaikan itu juga baik bagi yang bukan Islam. Jika sistem hidup Islam benar-benar dikaji, masyarakat bukan Islam sangat boleh menerima malah mempraktikkannya kerana cara hidup Islam yang sempurna sesuai untuk seluruh manusia.

Begitulah hakikatnya, walau bagaimana licik pun agenda musuh Islam, kebenaran dan kebaikan tetap menjadi pilihan manusia. Tidak mustahil jika daging dari sembelihan menurut kaedah Islam menjadi pilihan di seluruh dunia suatu hari nanti tanpa prejudis.

Bagaimana jika tikaman mengenai jantung, atau saraf-saraf ke arah jantung,lalu terganggu fungsi jantung atau ia akan berhenti berdenyut dan mengganggu proses pengeluaran darah dari badan sembelihan?

2. Ayam Halal?

Ayam adalah makanan ‘asasi’ hampir kesemua kaum di Malaysia.  Status kehalalan ayam yang dijual di mana-mana sering menjadi persoalan. Kebimbangan yang tidak berkesudahan. Baca : Tiga Keluarga Saman Tesco Jual Ayam Tak Halal

3. Kilang Ayam dan Ikan Keli Ternak di Satun, Thailand

4. Kilang Ayam Lahar Yooi, Sungai Dua, SP, Pulau Pinang.

Dari sebuah kilang ayam
Melayu Islam
Kepada sebuah kilang ayam
Global Ikhwan
Bukan sejarah biasa-biasa
Harga sebuah tebusan dosa
Maruah bangsa Melayu baru Islam tercipta
‘Power’ Nur Muhammad sumber kejayaan

Hasil keringat dinilai
Detik masa diukur
Untuk Tuhan, demi Islam
Ayam ada harga
Bukan sekadar sedap dirasa
Bukan untuk dibayar upah
Kerana lelah bekerja
Tapi maruah
Islam dibela
Fardhu Kifayah dibina
Walaupun susah

Dalam kilang ada ukhwah
Ada ulfah, ada karomah
Rintihan hamba inginkan maghrifah
Ada manusia ajaib di dalam
Busuk bersimbah hamis ayam
Hati Ikhwan bercahaya
Kakinya di bumi hatinya di langit
Kilang ayam ada Perindu Rasul
Yang dicemburui Sahabat

Masyarakat awam bertanya
Kilang ayam pun ada manusia begini
Bagaimana nanti mereka
Menguasai dunia ini?
Gerun sekali..

Kilang ayam, kilang ayam
Kilang Ayam Global Ikhwan
Datang untuk
Masyarakat dengan kasih sayang

8/1/2012
Lahar Yooi

5. Ayam Rangup Ikhwan

Warung Ayam Rangup Ikhwan (ARI) - Melaka

Foto  Lahar-Yooi diambil dari blog Jumie Samsuddin


6. HPA dan Radix Fried Chicken

Francise RFC Seksyen 7, Shah Alam. Berita gembira, RFC sudah mula menakluki Lembah Kelang, hanya baru-baru ini sejak kerajaan negeri bertukar dari BN ke PR. Selama ini, Syarikat Fried Chicken Antarabangsa sudah berhabis wang untuk menghalang berkembangnya RFC yang halal dan enak ke Lembah Kelang dan negeri-negeri lain. Ia amat popular di utara mengalahkan saingan terdekatnya, Syarikat Fried Chicken Antarabangsa.

Sejak HPA menukar pusat operasinya dari Perlis ke Shah Alam, dan membeli bangunan sendiri bernilai RM54 juta ini, khabarnya prestasi syarikat ini terganggu sedikit sebanyak. Pembukaan beberapa Restoran RFC di pusat membeli belah canggih sekitar Lembah Kelang turut melibatkan kos. Kos operasi yang tinggi menyebabkan banyak produk HPA terganggu pengeluarannya. Stokis-stokis kecil yang menyewa kedai banyak tutup bisnes. Saya antara ahli HPA yang setia dengan ayam organik, sukar mencari bekalan, ayam ok juga lagi, produk lain perlahan sedikit dan kebanyakan stokis beroperasi di rumah. (Semuanya dipusatkan di bangunan juta-juta itu, hingga membebankan pengedar dan pengguna). Semoga Allah selamatkan perniagaan HPA!  Amin.

Rujukan Artikel Berita Harian : Sains buktikan sembelihan Islam kaedah terbaik

About these ads

7 Comments on “Halalkah sembelihan lembu Australia yang ditikam di dada? Juga ayam Satun, Lahar-Yooi dan HPA.”

  1. arif says:

    kurang tau, tapi kejam sekali

    Like this

  2. jahfarini says:

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Dalam keadaan/situasi apa kah yang mendorong JAKIM mengeluarkan FATWA begitu???.Tertekan & tekanan dari ANIMAL RIGHTS ORG???.Dalam bab makan,tidak boleh lah mengambil pendekatan “HARUS” berdasarkan alasan2 yang di utarakan.Tak boleh semudah itu.Tak rujuk ke kajian saintific which was published pada tahun 2003???.Sebongok2 nya ana pun ana faham isi kandungan kajian itu.VERY EXPLICITLY LAID DOWN.Daging2 yang di TUSUK DI DADA MESTI di label di packaging untuk memberitahu kepada pembeli2,terutama MUSLIMS,kerana ana percaya ada logo HALAL pada packaging2 tersebut.Kalau si GUMARI & TANTATWA endorse pun,ana tak beli,insya’Allah.Sukran,Selawat & Salam dari ana.

    Like this

  3. heliconia says:

    Sdra/sdri arif, penikaman tu tidak menyakitkan kerana lembu sudah disembelih. Cuma musykil jika ia mengganggu fungsi jantung dari mengepam, lalu darah tak habis dikeluarkan.

    JAKIM ini selalu buat fatwa meragukan..atau dah buat Fatwa, orang JAKIM atau Menteri tak ikut fatwa

    Like this

  4. heliconia says:

    Terbeli Ayam Cucuk

    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-berjabat-tangan-dengan-wanita-ajnabi
    Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi

    Keputusan:
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 – 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.

    Keputusan (English):

    Shaking Hands With Ajnabi Female (Women That Can Be Married)

    Decision:

    The 79th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 6th-8th September 2007 has discussed on the ruling on shaking hands with ajnabi. The Committee has decided that principally, shaking hands with ajnabi is forbidden. However, in certain inevitable situations, it is permitted but in controlled conditions so as not to be a culture within the Muslim community.

    Like this

  5. jahfarini says:

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Err,ni apa cerita pulak ni???.Berjabat tangan dengan ajnabi ni mungkin dibolehkan dalam keadaan tertentu tapi BERSENTUHAN KULIT,jangan sekali.MANUSIA SEJAGAT ALAM memerintah 3/4 dunia,menurut TONTOWI,tak jumpa satu hadis pun berkenaan masa’alah diatas.Seafdalnya,kita mencontohi lah perbuatan MANUSIA SEJAGAT,dan bukan membelakangkan nya.Mungkin kerana takut untuk menasihat orang atas atasan,pengambilan pendekatan HARUS dijadikan sebagai alternative pulak.Ini,sebenarnya ada lah pandangan LIBERAL dan menurut ulama2 di Timur Tengah,”adalah terlaknat”.Dorang yang mengeluarkan fatwa tu tak pernah ke naik bas,LRT atau MRT yang PENUH SESAK??????.Ada disenaraikan beberapa saranan dibawah ni untuk kita kongsi bersama,insya’Allah.1} Public announcement sebelum upacara pemberian anugerah/hadiah untuk pengetahuan umum,2} Adakan Pengapit disebelahan untuk menerima salaman dari selain jenis,3} Melambai tangan & meletak di dada seperti melambai Hajar Aswad & 4} kalau benar2 tak boleh elak,pakai lah khidmat sarung tangan/sapu tangan/kain,insya’Allah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Like this

  6. SihatSelalu says:

    terjumpa info ni, juga tentang sembelih… sharing is caring :)Kelebihan Menyembelih Binatang

    Like this

  7. heliconia says:

    Terimakasih SihatSelalu, maaf comment sdra/i sudah termasuk ke dalam spam dan saya lambat menjumpainya. (thumbs up)

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers