Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikan-’nya’..

Sebilah keris bertatah batuan mahal, membawa seribu maksud.

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa :

Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya.
Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah ai-Hasan dan al Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya,

“Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.”

Baginda menjawab, “Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak
sehingga datanglah ‘Panji-panji Hitam dari Timur.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya
Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan.

Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah.

Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan. “

(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Bakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus
Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan mendapat dua ujian iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka.
Ujian pertama, sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya Sayidina Husain RA di padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah di Baghdad.
Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab,

SEDIKIT PENERANGAN HADIS MENGENAI PANJI-PANJI HITAM :-

They will ask for the truth

but they will not be given it,

so they will ask again for it,

and they will not be given it ,

so they will fight and be given victory

Mereka Meminta Kebaikan

Maksudnya mereka menyeru manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu Islam yang diasaskan pada tiga ilmu yang fardhu [tauhid, fekah dan tasawuf] sehingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Dari sini beliau mendirikan sebuah kerajaan dalam kerajaan, iaitu kerajaan Islam bayangan. Islam mereka adalah Islam praktikal, bukan Islam teori.Maksudnya ialah Islam yang hidup dalam dunia nyata, bukan sekadar Islam tempel atau Islam kulit. Islam itu adalah Islam yang menyeimbangkan antara syariat zahir dengan syariat batin, melalui rasa berTuhan yang tinggi. Juga Islam yang menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan keutamaan akhirat.
Maksudnya setiap yang mereka buat adalah untuk akhirat, tetapi dunia yang tidak sia-sia tetap dibuat, dengan niat untuk akhirat. Tamadun akhirat menjadi keutamaan bagi dan sebagai hasilnya tamadun dunia akan terbina dengan sendirinya tanpa perlu bersusah-susah memikirkan mengenainya.

Itulah sebahagian kecil erti mereka meminta kebaikan seperti yang disebutkan oleh hadis Nabi SAW.

—————————————————————————————–

chain-rusty.jpg

Tidak diberikan- ‘nya’

Di sini menunjukkan seorang atau sekumpulan orang, tidak melibatkan orang lain atau pihak lain. Dan NYA yang dimaksudkan bukanlah orang atau sekumpulan orang yang biasa, melainkan orang atau orang-orang yang mempunyai kuasa atau ilmu atau cantuman kedua-duanya sekali.

Jika orang biasa, mustahil mereka dapat menghalang usaha dakwah yang memang sentiasa mampu menarik manusia kembali kepada ajaran Islam sebenar itu.

Maka orang inilah atau kumpulan inilah yang berusaha keras menentang usaha-usaha dakwah mereka, sehingga mereka sanggup menyeksa dan memperlakukannya sedemikian kejam sedangkan mereka sendiri tiada bukti dan alasan untuk memperlakukannya demikian.

Namun, itulah kehendak Allah SWT seperti yang tersurat di dalam takdirNya. Dan hal ini memang telah pun berlaku dan sekali gus membenarkan apa yang disabdakan oleh baginda SAW.

Mereka ini pula datang dengan berbagai-bagai rupa dan cara. Ada yang berbentuk pemerintah sebenar, yang menggunakan kaedah kuku besi untuk menindas perjuangan suci ini.

Ada yang berupa orang baik lagi bersih tetapi mendalangi perbuatannya pada orang lain, iaitu berselindung di balik nama orang lain. Dialah dalang sebenar dan terbesar, kerana ada niat tersembunyi dan besar.

Ada yang berupa orang alim dalam hal ehwal agama, iaitu menggunakan agama sebagai alat untuk membunuh usaha dakwah berkenaan. Ada yang berupa pihak penyampai, iaitu menggunakan media mereka sebagai alat untuk menabur fitnah dan berita bohong mengenai keburukan mereka dan perjuangannya itu.

—————————————————————————————-

Mereka pun berjuang.

Berjuang di sini bukan bermaksud berjuang dengan pedang atau senjata moden yang lain. Islam tidak akan dapat ditegakkan oleh sesiapa pun dengan menggunakan senjata pedang semata-mata.

Belum pernah lagi terjadi dalam sejarah, ajaran Islam dapat ditegakkan semata- mata dengan pedang, iaitu memaksa-maksa orang lain menerima. Sebenarnya ada senjata yang lebih berkuasa dan lebih tajam dari pedang iaitu dakwah yang berhikmah dan bi lisanul hal.

Maksud berjuang adalah berjuang memperbaiki diri dan ibadat kepada Allah SWT, berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan setiap yang boleh mendatangkan dosa sehingga menghijab hubungan antara mereka dengan Allah. Mereka takut dikeranakan dosa mereka itu, perjuangan mereka tidak dibantu oleh Allah lalu mereka Allah biar dikalahkan oleh musuh mereka.

——————————————————————————————

Mereka memperoleh kejayaan.

Hasil mujahadah nafsu dan muhasabah diri mereka itu, Allah berkenan membantu mereka sehingga perjuangan itu berjaya. Berjaya di sini dimaksudkan dengan berjaya mengalahkan nafsu jahat mereka sendiri sehingga nafsu mereka dapat ditundukkan kepada Allah, berjaya mencapai taraf soleh dan solehah, sangat berjaya dalam setiap bidang yang diceburi, berjaya membina tamadun mereka yang tersendiri, dan berjaya mengajak masyarakat kembali kepada Allah dan mengamalkan ajaran agama Islam yang sebaiknya dalam diri masing-masing.

Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman
di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh
,

bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka,
dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya
untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar [keadaan] mereka, sesudah
mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

About these ads

7 Comments on “Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikan-’nya’..”

  1. heliconia says:

    Dalam Quran ada disebut kisah Firaun, yg sejarahnya, jasadnya, bakal menjadi iktibar, nah..terbukti pakar2 akeorlogi yg menggali kuburnya membenarkan ayat2 Quran itu. Rasulullah SAW bukan ahli arkeologi [tak relevan]semasa ayat2 itu diturunkan, baginda hanya menyampaikannya sahaja. Begitu juga hadis2 mengenai zaman fitnah, hujung zaman, hingga baginda sudah menangis mendahului kita bila mengenang fitnah di zaman ini. Baginda juga sudah menuturkan Islam itu akan bangkit di Timur, panji2 hitam akan menyerahkan kekuasaan kepada al mahdi,dsb. Apakah itu hadis dongengan???
    memang ada kaum yg meyakini hal ini kerana mereka mendapat ilham, ini bukan perkara main2..Dalam perjuangan, bukan kekuasaaan itu yg utama, yg utama adalah mendapat petunjuk dan hidayah Allah yg sangat, sangat MAHAL..dan dgn kasih sayang Allah, sesudah tiada Rasul, tiada lagi ulama2 muktabar di zaman ini yg mampu mendidik roh manusia, diutuskannnya Fata at Tamimi, yg JUGA DISEBUT dalam hadis2 tesebut..

    sanggup setengah kaum ini, walau diibaratkan terpaksa merangkak di atas salji utk mendapatkan ilmu2 yg maknawiyah itu, walau terpaksa menelan segala hinaan, namun atas dasar keyakinan, ia tetap bertahan.Inilah yg musuh2 tak dapat rasionalkan.

    Umpama Nabi Nuh as yg dituduh gila membina bahtera di atas bukit, umpama penghinaan dan celaan kepada nabi Ayub as atas ujian uzur dan ujian penyakit yg terlalu dahsyat kepadanya, siapa yg masih setia kepada nabi Nuh turut dianggap gila semasa itu.

    Berjuang untuk melawan hawa nafsu..itu yg utama..TARGET mendapat cinta dan takut Tuhan yg sebenar2nya meresap ke dalam jiwa, bukan di atas kertas semata2..
    Itulah kebahagian hidup ..perjuangan..

    Like this

  2. heliconia says:

    Nampak gaya yang paling paranoid dgn Rufaqa, Arqam dan istilah AJARAN SESAT adalah ulama2 rasmi Malaysia..
    dan juga ahli politik yg ada kepentingan…

    ada yg paranoid terang2an, ada yg paranoid tapi tak berani bercakap kuat2.

    Ustaz Ashaari mengganggu keselamatan negara?, ekonomi kuat tapi busuk di dalam?. Eversince saya baru belajar membaca sampai sekarang..tak habis2 dgn isu arqam sesat..tapi saya tengok SEMAKIN TENANG DAN MEYAKINKAN…

    Pandainya ada kasyaf tengok orang lain busuk internally.. :)

    Bercakap pasal kes ajaran SESAT yg dicetuskan seorang berketurunan India yg diuar2kan dalam suratkhabar baru2 ni, asalnya ia mula ditimbulkan oleh IGP secara cakap2 pada media…

    Soalnya, kenapa tak terus tangkap kalau dah ada bukti…

    Bila dah tangkap barulah cerita pada public..]

    Awal2 lagi heboh diceritakan dalam suratkhabar BH, TV3 [ tak ada media lain ke?]..
    Bukankah sekarang dah terlepas ketua ajaran sesat tu… tak terkejar… dah lari ke mana entah,Australia? macam kes Ayah Pin..yg tak tertangkap2 lagi sampai sekarang..
    Tapi dalam fail imegresen beliau [ ketua ajaran sesat Hindu] tu tidak dilaporkan pergi ke luar negara pun..

    lepas tu konon2nya si ketua ajaran sesat yg mengaku Tuhan tu pura2 sakit, tak berani tonjol diri selain dah lari ke luar negeri..the list endless.

    apa agenda sebenarnya…? agenda nak mengenakan sesiapa ke?

    We are all tired of pure lies..or not so little white lies..

    Adakah si ketua ajaran SESAT tu ada power macam Ayah Pin, hingga jejaknya macam jejak halimunan..?

    BERITA HARIAN 25 APRIL 2007
    Interaksi: Ancaman ajaran sesat tak boleh dipandang remeh

    ORGANISASI ajaran sesat merujuk kepada kumpulan manusia yang menganut sesuatu kepercayaan dan amalan yang bertentangan dengan norma masyarakat umum. Sebagai contoh, jika pemimpin ajaran sesat itu beragama Hindu, dia akan memburukkan agama itu untuk mendapat sokongan ahli masyarakat yang sependapat dengannya atau yang masih tercari-cari sesuatu dalam hidup mereka.

    Kumpulan seperti Peoples Temple (Jim Jones), Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God, Solar Temple, Heaven’s Gate, Branch Davidians, World Church of the Creator, Scientology, Aum Shinrikyo – Shoko Asahara, Lord’s Resistance Army – Joseph Kony dan Falun Gong, adalah contoh kumpulan ajaran sesat yang diketahui pada zaman moden. Persamaan dalam semua kumpulan itu ialah mengamalkan pembunuhan diri beramai-ramai dan membunuh atas arahan ketua mereka.

    Pada 1978, seramai 914 rakyat Amerika yang juga pengikut Jim Jones, termasuk 274 kanak-kanak mati beramai-ramai sama ada dibunuh atau membunuh diri menggunakan gas, manakala pada 2000, 780 hingga 1,000 ahli Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God membunuh diri di Uganda. Pada 1994 hingga 1997, 74 ahli kumpulan Order of the Solar Temple membunuh diri di Kanada dan pada 1997, 39 pengikut Heaven’s Gate juga membunuh diri di San Diego, California.

    Di Malaysia, walaupun kumpulan ajaran sesat belum ke tahap itu, hampir semua perjuangan mereka ialah ke arah mewujudkan ‘agama atau fahaman baru’ yang diilhamkan ketua mereka.

    Ciri-cirinya ialah mempunyai pengucapan mengenai alam ghaib, antimasyarakat, menganggap mereka bijak, manakala yang lain bodoh, mempunyai ketua yang dipuja seperti Tuhan atau nabi, mengenakan kawalan fizikal terhadap ahli, mencari keuntungan dan memaksa taat tanpa membantah.

    Antara kumpulan yang sudah diharamkan di Malaysia ialah Silat Sunda Pukulan Ghaib, Ilmu Kebatinan, Potong Maya, Wali Suci, Kalimat Sakti, Silat Pukulan Jarak Jauh, Trancendentel Meditation – Maharisi Mahish Yogi, Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya, Khatijah binti Ali @ Puan Tijah, Al-Arqam, Golongan Anti-Hadis, Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana, Ajaran Hassan Anak Rimau, Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh), Mohd Nor Seman, Ayah Pin dan Al-Ma’unah.

    Terbaru, satu kumpulan diketuai lelaki India memperkenalkan diri sebagai ‘master’ dan mendakwa dirinya Tuhan untuk merekrut ahli dengan berselindung di sebalik kegiatan motivasi dan yoga berpusat di Kota Damansara, Kuala Lumpur, menimbulkan kebimbangan. Pengikutnya termasuk yang beragama Hindu, Buddha, Islam dan Kristian.

    Walaupun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti kumpulan itu, tindakan ketuanya yang memperlekeh agama lain menimbulkan keresahan di kalangan rakyat kerana jika tidak dikawal ia boleh menjejas keharmonian kaum dan agama yang dinikmati sekarang.

    Dr Rozmi Ismail, pensyarah Pusat Psikologi Sosial dan Pembangunan Manusia di Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata ada beberapa sebab pengikut mudah terpengaruh dengan fahaman seperti itu.

    Selain lemah pegangan agama, pengikut kumpulan seperti itu adalah mereka yang mencari sesuatu yang baru dan berbeza, mencari Tuhan yang bagi mereka sesuatu yang subjektif (tidak pasti yang mana satu), tekanan dalam hidup, tiada pendirian dalam hidup, selain ada ketua yang menggunakan pukau dan didorong untuk mencari keuntungan peribadi.

    Walaupun kegiatan kumpulan ajaran sesat di Malaysia belum mencapai tahap menjejaskan keselamatan secara fizikal sama ada pembunuhan beramai-ramai atau membunuh diri beramai-ramai seperti yang menjadi budaya di Barat, perbuatan mereka ini tidak boleh dipandang remeh.

    Kerajaan perlu menyiasat dan mengambil tindakan sesuai untuk melindungi orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan kumpulan seumpama

    Like this

  3. careliph says:

    Rukun Iman
    Percaya Kepada Allah – Mereka mempercayainya
    Percaya kepada malaikat – Mereka mempercayainya
    Percaya kepada rasul – Mereka mepercayainya
    Percaya kepada kitab – Mereka mempercayainya
    Percaya kepada Hari Kiamat – Mereka mempercayainya
    Percaya kepada Qada’ dan Qadar – Mereka mempercayainya

    * Sesetengah dari kita tidak mempercayai perkara ghaib. Bukankah Allah, malaikat, hari kiamat serta Qada’ dan qadar itu perkara ghaib?

    Rukun Islam
    Mengucap 2 kalimah syahadah – mereka mengucapkannya
    bersolat 5 waktu – mereka melakukannya
    Membayar zakat – mereka melakukannya
    Berpuasa di bulan Ramadhan -mereka melakukannya
    Menunaikan haji – mereka melakukannya

    * Rukun Islam dapat dilihat dan didengar sedang faktor iman(kepercayaan) di hati tiada siapa yang tahu. Orang beriman pastinya Islam tapi orang Islam belum tentu imannya.

    RUKUN NEGARA
    Kepercayaan kepada Tuhan.
    - Sememangnya mereka taat pada tuhan dan menjadi bukti golongan sekular dan Atheis tak layak berada di Malaysia.

    Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    - Belum pernah mereka derhaka pada YDPA dan sultan malah mendokong kesultanan. Tidak pernah menentang kerajaan mahupun memeranginya malah memakmurkan negara melalui sosial dan ekonomi.

    Keluhuran Perlembagaan
    - Mereka patuh dan percaya bahawa raja harus beperlembagaan. Namun hak mereka sebagai rakyat untuk tidak menyokong demokrasi. Sistem demokrasi bukanlah sebahagian dari perlembagaan. Keadilan adalah milik perlembagaan.

    Kedaulatan Undang-undang
    Mereka mendaulatkan undang-undang serta mematuhi undang-undang. Mereka di ISA dan diberi perintah tahanan. Tetapi tidak melanggar hukuman yang diberi. Malah tidak mengeji penguasa yang melaksanakan tugas.

    Kesopanan dan kesusilaan.
    Itulah sunnah rasul mulia yang cuba diamalkan dan dihidupkan mereka. Bukankah akhlak yang paling baik adalah akhlak nabi Muhammad.

    * Rukun Negara di atas menunjukkan betapa bumi Malaysia sememangnya tempat yang diberkati. Amin.

    Komen Saya
    Mereka memenuhi syarat di atas. Mengapa mereka harus dimusuhi atau dijauhi? Kalaupun tak mahu bersama jangan lah membenci. Biarkan mereka dengan amalan mereka. Jika mereka melanggar ketiga-tiga rukun di atas maka wajar lah didik dan dibantu mereka atau diberi hukuman.

    Siapa ‘mereka’ itu? dan siapa pula yang tidak mematuhi semua rukun di atas?. Saya serah kan pada budi bicara kalian. Sekiranya ada tulisan saya yang tersalah, sila betulkan dan saya dahului dengan ampun maaf.

    Like this

  4. heliconia says:

    Jika difikirkan banyak lagi seribu satu macam masalah dari mereka2 yang bukan meminta kebaikan malah
    menimbulkan seribu KEJAHATAN.

    Like this

  5. [...] Human Rights Violation in Malaysia – Islamic State? BACA : Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikan-’nya’.. [...]

    Like this

  6. fauzan says:

    menurut allah tak knl mk tak syng…

    Like this

  7. isa777_musa says:

    SIAPAKAH THE MAN FROM THE EAST Assalamualaikum, Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat “mala-fide” Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam. 1. Akan muncul A New World Religion.Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:Sabda Rasulullah SAW:”Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya.” (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih)Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini.Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000.Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda Rasulullah SAW: “Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Riwayat Ahmad)Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa’-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus. 2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East. Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim) 3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman.Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan ‘kerja-kerja kotor’ iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara.Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya “The Man from The East” itu.Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia.Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini.Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi.Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand).Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami.Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya. 4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat. Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya.Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil.Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia.Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.Dari Ibnu Mas’ud RA, katanya, “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah)Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.Sabda Nabi SAW,”Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabilakamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelahTimur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi.” (Riwayat At-Tabrani) 5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban). Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang.Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti.Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau.Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus. 6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah.Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya.Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja.Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.Sabda Nabi SAW,”Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”(Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)

    Pemuda Bani Tamim
    Bismillahir Rahmanir Raheem

    Bacalah ini dengan iman yang sebenar!

    Diambil dari http://maszleemalik.blogspot.com/search?q=Pemuda+Bani+Tamim+

    (Artikel ini pernah disiarkan di dalam beberapa media bercetak dan eletronik yang lain. Ianya disiarkan lagi di web ini sebagai ulangan bagi mereka yang tidak berkesempatan membacanya)

    Pemuda Bani Tamim Dari Rembau

    Cerita mengenai Pemuda Bani Tamim di Malaysia dipopularkan oleh para pengikut jamaah al-Arqam. Mereka beriktiqad bahawa Syeikh Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiyah adalah Imam al-Mahdi. Mereka juga meyakin bahawa al-Mahdi tersebut akan dibantu oleh seorang pemuda dari Bani Tamim. Pemuda Bani Tamim adalah satu individu yang merujuk kepada riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa Imam al-Mahdi akan dibantu oleh seorng pemuda berketurunan Tamim yang bernama Syuib bin Salih. Walau bagaimanapun riwayat-riwayat tersebut bukanlah riwayat yang masyhur di kalangan para ulama muktabar ketika membicarakan persoalan al-Mahdi.

    Menurut Ashaari Muhammad, pengasas jamaah Darul Arqam ataupun al-Arqam, pemuda tersebut adalah dirinya sendiri. Para pengikut beliau pula meyakini juga bahawa Abuya mereka, Ashaari bin Muhammad adalah pemuda tersebut. Menurut mereka juga, Ashaari selaku pembantu Bani Tamim akan dibantu oleh Asoib, iaitu pengikut-pengikutnya dari kalangan ahli jamaah al-Arqam. Hal berkaitan pemuda Bani Tamim ini telah banyak mereka bincangkan semenjak tahun 1992 lagi. (Lihat: Ann Wan Seng, Rahsia al-Arqam, KL: PTS Publication, hal. 84-86)

    Antara buku-buku yang bercerita mengenainya ialah buku “Timur dan Khurasan dalam jadual Allah” tulisan Pahrol Mohamad Juoi, buku “Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi” tulisan Abu Muhammad Atta, buku “Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim” tulisan Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, dan buku “Dakwah Islam dalam Perspektif Ashaari Muhammad” oleh Dr. A. Tasman Ya’cub.

    Selepas jamaah al-Arqam diharamkan pada tahun 1994, ramai yang menyangkakan doktrin ini akan terus hilang. Malangnya, walaupun ianya diharamkan di Malaysia, namun di luar negara, para pengikut al-Arqam terus aktif bergerak dan menjalankan aktiviti mereka. Di dalam negara pula, mereka telah bermetamorfosis menjadi Rufaqa. Dengan lebih 500 cawangan di seluruh negara sehingga tahun 2005, Rufaqa meneruskan semula perjuangan al-Arqam. (Lihat: Ashaari Muhammad, Nasihat buatmu bekas kawan-kawan lamaku, hal. 68).

    Buku-buku yang dihasilkan selepas pengharaman al-Arqam dengan jelas menunjukkan perkara tersebut. Segala riwayat-riwayat yang berkaitan dengan “Pemuda Bani Tamim” telah cuba diserasikan oleh para pengikut al-Arqam dan kemudiannya Rufaqa dengan Ashaari. Ashaari mengganggap ianya sebagai ijtihad beliau, dan inilah hujah yang diguna pakai oleh para pengikut mereka. Perbincangan lanjut mengenai isu ini telah dikupas dengan baik oleh Dr Abdul Rahman Abdullah di dalam bukunya, “Gerakan Tradisional Islam Di Malaysia: Sejarah Pemikiran Jamaat Tabligh Dan Darul Arqam”, terbitan Karisma Publication, dari halaman 117 sehingga 121.

    Kesimpulannya, bagi para pengikut al-Arqam dan juga Rufaqa meyakini bahawa Pemuda Bani Tamim yang akan muncul membantu Imam al-Mahdi adalah Ashaari Muhammad yang dilahirkan di Rembau Negeri Sembilan pada tahun 1938. Mereka juga percaya bahawa, Ashaarilah yang akan membantu Imam al-Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi untuk menguasai dunia. Mereka juga percaya, bahawa mereka adalah tentera-tentera al-Mahdi.

    Pemuda Bani Tamim dari Tehran

    Sepertimana lain-lain kumpulan berteraskan aqidah “Masionic” (menantikan penyelamat atau Messiah), Syiah juga tidak ketinggalan mempunyai iktiqad berkaitan pemuda Bani Tamim. Antara teras aqidah Syiah Imamiyah ialah kedatangan Imam al-Mahdi. Imam ke-12 (Muhammad bin Hassan al-Askari) menurut aqidah Syiah itu akan muncul menjelang akhir zaman untuk mendaulatkan Islam selepas beliau menghilangkan diri berkurun-kurun lamanya. Imam al-Mahdi juga menurut kepercayaan Syiah akan membawa kebahagiaan kepada manusia sedunia (al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, hal. 165).

    Menurut aqidah Syiah, Imam al-Mahdi yang akan muncul itu akan dibantu oleh Syuib bin Saleh, atau juga yang dikenali sebagai pemuda Bani Tamim. Di dalam buku al-Syiah wa al-Raj’ah, kaum Syiah ada meriwayat kata-kata Ammar bin Yasir yang mengatakan : “Syuib bin Salih akan bersama panji al-Mahdi”. (di dalam “al-Syiah wa al-Raj’ah, j. 1, hal. 211″, rujuk: http://www.wahamb.spaces.lives.com).

    Di dalam riwayat yang lain pula, ada disebutkan: “Yang akan mengetuai tentera al-Mahdi adalah pemuda dari (Bani) Tamim, (beliau) berjanggut jarang dan dipanggil sebagai Syuib bin Salih”. (Lihat Ibn Hammad, al-Fitan)

    Menurut riwayat-riwayat yang menceritakan sifat-sifat Syuib bin Salih, ialah: Beliau adalah seorang pemuda yang berkulit sawo matang, berbadan kurus, janggutnya jarang, pemimpin tentera, seorang yang tegas, seorang tentera yang berpengalaman, dan juga beliau berasal dari al-Ray (Iran).

    Ciri-ciri tersebut menurut sesetengah golongan Syiah, terdapat pada Ahmadi Nejad ataupun “Ahmadi Nazod”, presiden Iran sekarang. Berdasarkan fakta ini, seorang ulama Syiah, Syeikh Misbah al-Yazdi, yang juga merupakan penasihat spritual kepada Ahmadi Nejad telah menegaskan bahawa Ahmadi Nejad merupakan Syuib bin Salih atau pemuda Bani Tamim tersebut. Beliau telah mengatakan perkara tersebut di dalam akhbar berbahasa Arab, al-Syarq al-Awsat bertarikh 13 November 2005.

    Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan jolokan yang diberikan rakyat Iran kepada Ahmadi Nejad. Beliau digelar sebagai “Mard Dimyar” atau “Mard Soleh” yang bermaksud “Pemuda yang salih”. Beliau yang disayangi rakyat juga digelar sebagai “Notijat Sya’bi Salih” yang bermaksud “Syuib bin Salih”. Hal ini telah disentuh oleh seorang penulis Syiah dari Lubnan Syadi al-Faqeh di dalam bukunya, “Ahmadi Nejad Wa al-Thawrah al-Alamiyyah al-Muqbilah” (hal. 75-76).

    Sepertimana gurunya, Ahmadi Nejad juga meyakini bahawa umat Islam sedunia sekarang berada di ambang kemunculan Imam al-Mahdi yang mereka nanti-nantikan. Pelbagai ramalan dan tilikan telah dilakukan oleh para ulama Syiah sekarang demi memadankan riwayat-riwayat dari imam-imam mereka tentang al-Mahdi dan peristiwa di zaman kemunculannya agar serasi dengan zaman sekarang. Sepertimana al-Aqam, Syiah yang lebih luas pengaruhnya di serata dunia juga turut mengakui bahawa merekalah tentera al-Mahdi. Peperangan Hizbullah-”Israel”, nuklear Iran dan juga ancaman dari AS dianggap sebagai mukadimah kepada kemunculan al-Mahdi. Kesimpulannya, Syiah juga turut mencalonkan Ahmadi Nejad untuk mengisikan kekosongan jawatan Syuib bin Salih, pemuda Bani Tamim.

    Siapakah sebenarnya Pemuda Bani Tamim?

    Persoalannya kini, siapakah sebenarnya pemuda Bani Tamim? Adakah beliau seorang Melayu yang dilahirkan di Negeri Sembilan? Ataupun dia seorang pemimpin negara yang berasal dari Ardibil, Iran?

    Seperkara yang menarik mengenai kedua-dua calon Pemuda Bani Tamim tersebut ialah kedua-duanya bukanlah orang Arab dan bukanlah berasal dari Bani Tamim. Apa yang menarik juga ialah, kedua-dua calon berkenaan mempunyai Imam Mahdi yang berbeza. Seorang menantikan Imam Mahdi yang berasal dari Indonesia, manakala seorang lagi menantikan Imam Mahdi yang akan muncul dari Sirdabnya di Iraq. Lebih malang lagi nasib buat jawatan Imam al-Mahdi, bukan hanya dua orang calon dari Indonesia dan Iraq itu sahaja yang ada, malah ribuan calon al-Mahdi lain, sejak dari dulu, kini dan masa akan datang bersedia untuk mengisikan kekosongan jawatan tersebut. Setiap tarekat Sufi mempunyai calon masing-masing, setiap firaq (kumpulan) Syiah mempunyai calon mereka yang tersendiri, dan setiap kumpulan ajaran-ajaran sesat yang lain juga mempunyai calon mereka yang tersendiri. Ini bermaksud, jawatan Pmuda Bani Tamim juga bukanlah hanya milik kedua-dua calon dari Malaysia dan Iran. Ribuan lagi para penanti al-Mahdi yang bersedia untuk dinobatkan sebagai “Pemuda Bani Tamim”.

    Tidakkah kita belajar dari pengalaman-pengalaman yang lepas. Bukankah ajaran-ajaran sesat dan agama-agama baru banyak yang muncul akibat Mahdi-Mahdi yang pernah muncul. Di kalangan Syiah sendiri pun, ajaran Bahaiyyah, Nusayriyah dan lain-lain lagi merupakan produk kemunculan Mahdi di zaman-zaman lampau dari kelompok mereka. Begitu juga halnya dengan ajaran-ajaran sesat lain yang turut timbul dari kumpulan-kumpulan sufi yang telah disesatkan oleh Mahdi-Mahdi mereka.

    Persoalannya, apakah riwayat mengenai al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim benar-benar kuat dan qat’iyy? Kita serahkan kepada pakar-pakar hadith untuk meneruskan perbincangan seterusnya.

    KOMEN DAN PENDAPAT :

    Mungkinkah Pemuda Bani Tamin dan The Man From The East telah muncul?

    PANJI HITAM DARI TIMUR

    Black Flag From The East

    (24 Ogos 2007 : 11 Syaaban 1428)

    Semua sudah ketentuan Ilahi,

    Sebuah tamadun bangkit kembali,

    Mengibar gagah sebuah panji,

    Berjuang tekad menagih janji,

    Telah dilafaz oleh Baginda,

    Dalam hadis berabad lamanya,

    Bagai kepingan besi waja,

    Datangnya langsung tidak diduga,

    Setiap detik seratus tahun,

    Pasti datang seorang pembangun,

    Meletak Islam di tempat teragung,

    Silaturrahim hati terdorong,

    Panji Hitam Dari Timurr,

    Berkibar setelah Islam hancur,

    Setelah iman mula gugur,

    Taqwa tersemai hancur lebur,

    Panji Hitam Dari Timur,

    Dirintis oleh seorang pemuda,

    Yang tetap sedia dan taat setia,

    Pada Raden, Sultan dan bangsa,

    Pada tanah air tercinta,

    Panji Hitam Dari Timur,

    Akan berkibar ke serata dunia,

    Menghapus sistem ciptaan manusia,

    Diganti dengan sistem Yang Esa,

    Rahmat melimpah tidak terduga,

    Panji Hitam Dari Timur,

    Akan diserah kepada Al-Mahdi,

    Penguasa timur dan barat sejati,

    Pemimpin yang telah lama dinanti,

    Nabi Isa kan muncul kembali,

    Janji Tuhan pasti terjadi…

    Janji Tuhan pasti terjadi…
    Janji Tuhan pasti terjadi…

    By : The Man From The East (Klang)

    PEMUDA BANI TAMIN

    Dunia sedang berhadapan dengan alaf baru,

    Tahun 2000 yang ditunggu-tunggu,

    Setiap bangsa menunggu alaf itu,

    Terutama Islan, Kristien, Yahudi, Buddha dan Hindu,

    Zaman itu dikatakan zaman cemerlang, gemilang hidup senang dan harmoni,

    Setiap bangsa atau agama menganggap masa itu bangsanyalah yang memimpin dunia,

    Seorang tokoh dikalangan mereka punya kuasa membela mereka,

    Ada juga orang yang berkata alaf itu pemimpin yang baik akan berkuasa,

    Mereka tidak menetapkan orangnya,

    Baik sesiapa atau dari mereka,

    Tidak kurang juga dikalangan bukan Islam meramalkan ini giliran Islam,

    Seorang tokoh bukan ahli politik tapi ahli agama meneraju dunia,

    Mereka tidak prejudis bahkan sama2 menunggu dengan gembira,

    Sebahagian kecil umat Islam memang percaya,

    Seorang ulama akan berkuasa,

    Membawa kasih sayang, keamanan, kemakmuran dan keharmonian,

    Tapi malangnya ramai dikalangan umat Islam alaf yang aan datang mereka tidak mempedulikannya,

    Mereka sibuk berjuang melalui politik,

    Memacak bendera memeriahkan suasana,

    Mereka yakin ditangan merekalah,

    Akan berlaku perubahan itu,

    Padahal kepada umat Islam ada panduan,

    Nabi melalui sabdanya ada membawa berita,

    Bahawa di awal kurun hijri yang ini,

    Islam bangkit dari sebelah timur,

    Yang dirintis oleh seorang mujadid,

    Pemuda Bani Tamin gelarannya,

    Selepas ini akan disambung oleh Imamul Mahadi buat menyempurnakan,

    Sepatutnya diwaktu ini umat Islam telah mencari pemuda itu dan jamaahnya,

    Ini bukan jamaah politik,

    Tapi jamaah membawa pembaharuan yang sesuai dizamannya.

    By : Qatrunnada

    THE MAN FROM THE EAST

    The Man From The East,

    Tercetus dari ramalan manusia,

    Bangkitnya seorang yang akan berkuasa,

    Mengegar setiap penjuru dunia,

    Mengejut dunia yang sedang lena,

    The Man From The East,

    Munculnya dari sebelah Timur,

    Pertembungan 3 lautan nan makmur,

    Nama kan gah pastinya tersohor,

    Mengubah dunia yang kelam dan kabur,

    The Man From The East,

    Serban biru imej dibawa,

    Sunnah dari Nabi tercinta,

    Membawa sistem ekonomi Yang Esa,

    Mengubah seluruh sistem manusia,

    The Man From The East,

    Kemunculannya terus dinanti,

    Oleh dunia sehari hari,

    Bagi seorang pejuang sejati,

    Inilah saat yang dinanti,

    The Man From The East,

    Mungkinkah beliau dari Malaysia,

    Pemimpin agung yang dinanti dunia,

    Mengegar seluruh alam semesta,

    Moga dari golongan agama,

    The Man From The East,

    Dunia menanti kemunculanmu,

    Bagi merubah yang bercelaru,

    Di dunia kejam yang penuh seteru,

    Kahabarkanlah kemunculanmu,

    Agar dapat kami berjuang bersamamu.

    By : The Man From The East (Klang)

    http://isa777.multiply.com

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers