Rasulullah SAW nabi akhir zaman yang terus berperanan…

1. Kalaulah ada seorang umat Muhammad yang terdampar di sebuah pulau, hidup bersendirian, terputus dari semua orang hingga dia tidak dapat mendengar dakwah, tidak mendapat didikan dan bimbingan, namun kalau dia ada hati dengan Rasulullah SAW, ada kerinduan kepada baginda, maka baginda akan hadir kepadanya dan membimbingnya supaya selamat di dunia dan di Akhirat.

2. Jadi soal bertemunya seseorang dengan Rasulullah SAW ini bukan soal ilmu yang banyak hingga digelar ulama oleh manusia, tetapi soal roh orang itu. Apakah beliau ada merasa cinta dan rindu dengan Rasulullah atau tidak.

3. Bila persoalan roh, ia bukan soal jantina, bukan soal kelayakan menurut ukuran manusia, lebih-lebih lagi bukan soal pangkat dan jawatan. Tetapi apakah orang itu ada cinta dan rindu kepada Rasulullah. Tidak kira jantina, lelaki atau perempuan, sebab cinta dan rindu itu adalah kerja ROH sedangkan ROH itu tiada jantina. Jantina ini ada bila roh itu sudah masuk ke dalam jasad di dunia ini.

Jadi kita sebagai orang awam jauhi dari prasangka jika kita mendengar yang seseorang itu samada lelaki atau wanita, dapat bertemu dengan Rasulullah SAW apatah lagi menuduh seseorang itu sesat, syirik dan sebagainya. Ditakuti tuduhan itu akan dilemparkan balik ke muka si penuduh.

Suatu hadis menyebut :

Ertinya : “Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian” ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )

Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
‘Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”

Maka dengan pegangan yang kuat kepada hadis itulah umat Islam umumnya akan bangga bilamana bermimpi atau beryaqazah dengan roh Rasulullah SAW. Kerana itu betul-betul Rasul dan bukannya syaitan. Siapa yang mendengar cerita rakannya didatangi Rasul pun akan bangga dan menganggap rakannya itu bertuah kerana mendapat rezeki besar didatangi Rasulullah.

Justeru tidak berlakulah di dunia ini, orang berani menipu tentang Rasulullah; sebab kalau yang mengaku itu syaitan, maka akan terbakar, apa jadi kalau orang atau manusia yang mengaku telah bertemu dengan baginda? Cubalah!

Siapa-siapa yang berani hendak mencuba, katakan ‘saya Rasulullah SAW atau saya telah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW atau saya beryaqazah dengan Rasulullah?’

Di dalam catatan sejarah ada wali-wali besar atau mujaddid yang mengaku dapat berbual-bual dengan Rasulullah SAW selepas wafatnya Baginda. Orang biasa pun ada, secara mimpi atau jaga. Ya, mereka berani sebab pengalaman mereka itu benar.

Tetapi ada atau tidak orang-orang jahat yang mengaku? Walhal ramai penipu-penipu berbohong kononnya dia Jibrail, Maryam (ibu Nabi Musa), Imam Mahdi, mengaku Nabi (umum), utusan Tuhan dan lain-lain. Tentang Nabi Muhammad siapa yang berani? Melainkan ianya benar!

Melihat orang berjuta-juta ke Masjid Nabi dan Kaabah, untuk umrah dan haji, ialah melihat berjayanya Nabi Muhammad SAW membina pengaruh bilamana setelah wafat. Menjadi nabi secara fizikal dulu, Islam cuma diterima di sekitar Mekah dan Madinah. Tetapi setelah menjadi Nabi Akhir Zaman tanpa fizikal, cuma dengan roh, Islam kini berada di seluruh pelosok dunia. Islam yang sama seperti para sahabat iaitu cinta dan rindukan Rasulullah hingga umat Islam sanggup mendatangi Mekah dan Madinah dengan segala susah payah demi Allah dan Rasul.

Bilangannya meningkat dari tahun ke tahun. Rupa-rupanya penangan oleh roh yang bebas dari pengaruh fizikal Nabi Muhammad itu jauh lebih dahsyat daripada apa yang dibuatnya semasa secara fizikal. Bukankah itulah dia hakikatnya wahai cerdik pandai? Bahawa roh Baginda yang pernah mampu untuk membungkus jasad, berjalan dengan kelajuan yang lebih daripada kelajuan cahaya untuk sampai ke Sidratul Muntaha, hanya berlaku selama semalaman peristiwa Israk Mi’raj itu, kini setelah wafat fizikalnya, telah terbukti rohnya berjuang hingga seolah-olah  Futuh Mekah itu boleh saja berulang buat kali kedua seperti Baginda sabdakan; bahawa zaman kekhalifahan akan berlaku kali kedua.

Benarlah hadis bahawa tiada lagi nabi selepas wafatnya Nabi Muhammad, kerana Baginda jugalah terus menjadi Nabi hingga ke akhir zaman! Dengan teknologi roh! Dahsyatnya roh. Hebatnya orang roh oleh teknologi roh. Apa sahajalah teknologi Barat bila berhadapan dengan teknologi roh Nabi Muhammad SAW dan roh orang-orang Nabi Muhammad?

Siapa berani berhujah untuk menafikan ini, dipersilakan!

About these ads

2 Comments on “Rasulullah SAW nabi akhir zaman yang terus berperanan…”

  1. LookingForTruth says:

    Alangkah bagusnya dapat bertemu Baginda.

    Like this

  2. heliconia says:

    Perasaan rindu dan cinta kepada Rasulullah SAW itu disuburkan dgn alunan selawat yg mendalam dalam hati – (atau boleh dibantu dgn dengar lagu Lau Kana Bainana berulang2)… juga khusyukkan solat, seolah2 baginda mengimami solat kita…

    dan semasa memberi salam dlm tahiyyat, rasakan – bukan bayangkan – baginda menjawab salam kita… waalaikum salam ya L4T (contohnya)

    Macam L4T,belum disyaratkan bersolat, maka cuba berdialog dgn roh baginda, lama-kelamaan, roh akan terpaut, … seolah baginda ada disebelah kita….

    jika diberi2 rasa hati yakni suara hati yang muncul tanpa kita usahakan, dan semuanya berisi kebaikan, itulah hubungan roh… suara hati seolah2 menasihatkan kita, suara hati Rasulullah SAW.. suara2 ni bukan kita perah2 otak atau usahakan utk berfikir .. ia datang seperti lintasan.. dan isinya adalah menepati Quran dan Sunnah

    bertemu secara roh dulu… wallahualam… ampun maaf…

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,059 other followers