Pengalaman Ustazah Hatijah Aam bertemu Rasulullah SAW

Kezahirannya biarlah menjadi rahsia (dahulu).Foto kecil adalah 6 wazir Imam Mahdi, para ulama dari Timur Tengah yang diberitakan tentang kemunculan Fata at Tamimi dari Timur oleh Rasulullah SAW sendiri dan mereka sudahpun berbai'ah kepada Abuya.

Bagaimana pendapat anda bilamana pada ketika ini, ada ramai yang yakin bahawa Abuya adalah orang yang dihantar Allah dan Rasulullah yang tugasnya untuk memperkenalkan Imam Mahdi kepada dunia, yakni beliau adalah Fata at Tamimi, serta beliau sedang mempersiapkan jemaah Imam Mahdi dari Timur (Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikan-’nya’ ) yang disebutkan dalam hadis-hadis itu.

Bukan orang Melayu Malaysia tempat kelahirannya sahaja yang yakin , malah di Indonesia, Australia, Singapura, walau bertebaran di manapun mereka, samada di Amerika atau di England, di Perancis, di negara-negara Teluk, mereka saling berhubung melalui group di handphone atau laman sosial seperti Facebook dan sebagainya, dan saling bercakap dalam ‘satu bahasa’ dan satu visi serta satu keyakinan yang sama, bagaikan adik-beradik kelahiran satu ayah dan satu ibu, walaupun tidak pernah bertemu.

Yang paling ajaib, terdahulu keyakinannya adalah Imam Mahdi itu telah ghaib dengan izin Allah, tidak merosakkan akidah dan telah terjadi. Tiada apa yang mustahil di sisi Allah. Baca Manaqib Sheikh Suhaimi dan Tercari-cari Imam Mahdi. Dan bilamana keyakinan bahawa Fata at Tamimi juga belum mati sepertimana Imam Mahdi, maka itu juga tidaklah merosakkan akidah. Di sini disebut belum mati, bukan tidak boleh mati. Kerajaan Allah, keajaiban roh, penciptaan masa dan relevannya dengan lama atau sekejap adalah di luar kuasa manusia. Milik mutlak Allah.

Islam di akhir zaman yang sudah hancur ini pasti akan menang. Manusia yang tiada pimpinan payah untuk memahami Islam yang ajaib. Sebab itulah manusia perlukan pimpinan direct dari Rasulullah SAW, Rasul akhir zaman, bukan rasul zaman 1400 tahun lalu, bukan Rasul zaman dahulu. Di samping yang lahir, umat Islam wajib beriman dengan yang ghaib. Sedangkan Allah itu sendiri GHAIB!

Dipendekkan cerita, saya sebagai penyampai berita ini di blog yang anda sedang baca ini, sangat yakin yang Abuya itu Fata at Tamimi…walaupun secara lahir tidak terlibat langsung dalam jemaah ini. Tidak pernah masuk di bawah sistem syarikat Arqam, Rufaqa atau Global Ikhwan, tapi hati ini tak pernah ‘keluar’dari jemaah ini. Pengharaman Arqam pada tahun 1994, atau fitnah yang bertali arus sehingga sekarang, tidak menggugat keyakinan itu. Jemaah ini tidak pernah dan tidak akan hancur !

Pada tahun 2000 – telah terbit sebuah booklet bertajuk ’63 Tahun Abuya Sheikh Imam Ashaari at Tamimi’ sempena hari lahir Abuya pada 30 Oktober 2000, yang disusun oleh isterinya Ustazah Hatijah Aam. Di sini saya petik beberapa tulisan dari booklet itu, saya olah dan ringkaskan tetapi ia tidak mengubah maksud tulisan.

Berlakunya sejak akhir-akhir ini hubungan secara langsung antara Syeikh Suhaimi dengan Abuya, dan Rasulullah sendiri dengan Abuya. Umpamanya dalam menulis suatu sajak, sebelum Abuya dan Sheikh Suhaimi berhubung, Abuya dikejutkan hatinya, teringat sangat dengan Sheikh Suhaimi. Kadang-kadang Abuya cuba lupa-lupakan, beliau pula dapat sakit. Macam-macam bentuk sakit, kadang-kadang dalam bentuk sesak nafas, kadang-kadang sakit sebelah tangan, mengejutkan supaya disuruh cepat menulis. Maknanya Sheikh Suhaimi yang mempunyai upaya dari Allah secara kerohanian menghembus-hembus hati Abuya supaya teringat kepadanya. Ataupun jika Abuya kata – Ni macam sakit biasa sahaja – memanglah ia sakit biasa, dan tiada kaitan dengan hubungan roh itu. Abuya memang seorang yang teliti dalam hal-hal sebegini takut dipermainkan syaitan.

Bila datang sakit yang tertentu itu hingga bernafas pun sukar, selepas menulis sakit pun baik. ( Saya jurutulis Abuya)

Abuya pernah sarankan saya agar mengosongkan fikiran dari berfikir apa-apa. Kemudian beri salam pada Sheikh Suhaimi dan tanya apa yang perlu, samada minta nasihat atau maklumat, kemudian cuba tulis. Memanglah tak jadi. Bila kita kosongkan, memang jadi kosong betullah. Tiada apa-apa yang terlintas kecuali kita perah fikiran. Pada orang yang Allah kehendaki, memang idea datang mencurah-curah, seperti Abuya. Itulah hubungan kerohanian roh dengan roh. Itu antara caranya, sedangkan dalam kerohanian banyak caranya roh berhubung. Sesekali yaqazah wa muhasyafahah,  memang nampak dan boleh betul dapat berbual-bual.

Sejak akhir-akhir ini Rasulullah pun datang ( bersama Saiyidi), Baginda datang dengan rohnya sebab baginda sudah wafat. Tetapi Saiyidi dengan jasad lahirnya, Kadang-kadang berjubah hijau, nampak lebih gagah dan tampan. Kalau pakai putih, nampak tua sedikit. Mereka bertiga berbual-bual dan Abuya pun bertanya soalan-soalan. Kadang-kadang Abuya membenarkan saya tumpang bertanya. Saya pun tanyalah, Tetapi saya suka tanya hal perempuan. Saya pernah tanya, bagaimana perjuangan para wanita di zaman Rasulullah. Baginda menjamwab mereka sangat hebat. Kebanyakannya tidak menimbulkan masalah kepada suami dan anak-anak. Mereka bijak membahagikan masa, membahagikan buah fikiran untuk keluarga dan perjuangan Islam. Hinggakan menurut Rasulullah, sekiranya barisan lelaki kesemuanya mati dalam perjuangan, InsyaAllah kaum ibu boleh mengisi kekosongan barisan hadapan tersebut.

Bermacam hal lagi ditanyakan pada baginda. Satu pertanyaan adalah di antara para sahabat, siapakah yang paling Rasulullah sayang? Baginda seperti menangis lalu bersabda dengan membacakan hadis mereka yang tidak berjumpa dengan aku tetapi sangat mencintai aku. Itulah orang yang aku sayang. Yang dimaksudkan baginda adalah Abuya dan kawan-kawannya. Yang mana mereka tidak berjumpa Rasulullah, tidak pernah melihat baginda tetapi sangat fanatik pada baginda dan sangat memperjuangkan ajaran Rasulullah SAW.

Rasulullah berkata ‘ Sesiapa yang merinduiku, aku bersedia menyirami mereka dengan air rinduku’ hingga baginda pernah berkirim salam kepada naqib-naqib usrah Arqam  semasa itu. Daripada Rasulullah dan Sheikh Suhaimilah jemaah ini mendapat banyak arahan, mendapat didikan, panduan dan juga cara-cara hendak mengelak daripada musuh, bahkan tindakan-tindakan musuh diberitahu terlebih awal. Itulah caranya, hinggakan pihak intelligen kadang pening kepala kerana tidak boleh mengesan secara lahir atau sikap perjuangan ini.

CARA ABUYA MENDIDIK PARA ISTERINYA.

Abuya dan tiga isterinya. Almarhum Rokiah @ Walidah tiada dalam gambar.

Bagaimana Abuya mendidik para isterinya? Cara didikannya memang berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Kita misalkan keempat isterinya itu bagaikan empat wajah, singa, ular, monyet dan sebagainya. Itu semua yang hendak dipulihkan. Untuk menyelamatkan mazmumahnya menjadi mahmudah dan Abuya juga mempunyai cara dan bantuan yang berbagai.

Contoh paling menarik bagaimana Rokiah ( Walidah) isteri ketiga dididik. Padanya Allah kurniakan, Abuya tidak perlu bercakap banyak kepadanya. Dia bukan nak masuk cakap banyak-banyak ni. Jadi caranya ialah Walidah selalu nampak dan berjumpa Abuya. Kami pernah tinggal serumah empat orang. Suatu hari tiba-tiba dia menggelabah dan terkejut. Mengapa? Sebab pada waktu itu Abuya berada di bilik air tetapi sedang Walidah menyiapkan tempat sembahyang, tiba-tiba dia terlihat Abuya sedang memerhatikan dia membuat kerja tersebut. Sedangkan di waktu itu Abuya ada di bilik air. Dia pun terkejut lantas pergi mengetuk pintu bilik air. Abuya ‘terperanjat’ – mengapa ketukan begitu keras. Abuya pun buka pintu bilik air. Walidah berkata ‘Eh! Ustaz, tadi Kiah nampak Ustaz’. Cara begini membuatkan Walidah bertambah yakin dengan Abuya. Apabila yakin beliau taat mengamalkan ajaran dan didikan. Itulah caranya beliau dididik. Sebab beliau bukan boleh nak faham didikan melalui bahasa ilmiah. Jadi dengan cara ini Allah rezekikan.

Bagaimana hendak mendidik Ummu Jah yang agak keras sedikit. Jadi Allah buat melalui cara direct. Apa jua kesalahan, kesilapan serta tabiat yang tidak baik itu, Allah beritahu Abuya melalui mimpi. Jadi sebelum suatu perkara itu berlaku, Abuya sudah memberitahu apa yang bakal terjadi. Jadi sempatlah dididik, diajar, dimarah, diasuh. Dalam pada itu, Ummu Jah melihat pada dirinya Abuya mungkin sulit hendak menghadapi beliau. Jadi ada satu bantuan Allah, dengan cara lain iaitu Allah mula rotan-rotankan dengan pelbagai ujian. Selepas di atas kesakitan kena rotan dari Allah itu adalah bisikan-bisikan kerohanian yang memberitahu, inilah dosa kamu, inilah akibat perbuatan kamu. Takutlah dengan azab Allah di dunia, azab Allah di akhirat lebih dahsyat dari ini. Bertaubatlah, jangan buat lagi. Merendah dirilah jangan degil lagi misalnya. Ummu Jah difahamkan yang berbisik-bisik itu, suara roh itu adalah suara Abuya. Begitu beliau diyakinkan. Itulah yang saya katakan teknik kepimpinan yang halus dan luar biasa, sebagai seorang mursyid. Kalaulah Abuya bersyarah dengan mulut biasa didengar melalui telinga biasa ni, mungkin susah nak terima. Mungkin rasa nak merajuk, kalau takpun, rasa nak marah. Macam ada pihak ketiga yang melaporkan kepadanya dan sebagainya. Sebagai mursyid Abuya tahu cara terbaik mendidik hati anak muridnya. Jadi beliau mengajar kaedah halus di mana sesiapapun pun tidak dapat menolaknya lagi. Dan saya yakin, begitu juga anak-anak buahnya. InsyaAllah ikutlah watak masing-masing.

Isteri Abuya yang pertama Ummi Noor adalah ibu dalam keluarga. Beliau tidak banyak ragam. Tidak sukar mendidiknya, cara biasa sudah selesai. Ini diakui sendiri oleh Abuya. Manakala Ummu Ain selalu ditinggalkan, tidak dibawa berjuang. Setiap kali kalau berjumpa, apa yang Abuya ajar dan syarahkan, semua itu memukul, mengingat dan mendidik hatinya.

Imam Al-Allamah An-Nafrawi r.h.l. berkata (di dalam bukunya (Al-Fawakih Ad-Diwani, jilid 3, m/s 360):

“Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis). Mereka cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi s.a.w. itu dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran) sahaja?… Adapun mereka yang mengingkarinya, maka hukumnya Haram, kerana kalaulah dia mengingkarinya kerana dia seorang yang mengingkari tentang keramat (perkara-perkara yang luar biasa dari adat) para wali (kekasih Allah s.w.t.), maka untuk berbahas dengan mereka sememangnya sia-sia, kerana dia sendiri telahpun mendustai apa yang dithabitkan di dalam sunnah (samada mengenai karamat para wali atau mengenai bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah)…”

Advertisement

2 Comments to “Pengalaman Ustazah Hatijah Aam bertemu Rasulullah SAW”

  1. ……….”Bagaimana hendak mendidik Ummu Jah yang agak keras sedikit. “……….
    Aku masih ingat sewaktu aku direzekikan menziarahi Abuya di rumahnya di Rawang (BCH)……
    Sebelum aku, isteri & 2 orang anak lelaki masuk ke ruang tamu, dah ada seorang tetamu lain (bekas Pegawai Kanan Tentera) yang datang lebih awal.
    Selepas memberi salam, aku pun dijemput masuk…
    Masa nak duduk setelah besalam dgn Abuya ; Ummu Jah dgn. muka yang serious “sound direct” kat aku ………”(muka) ni dah pernah datang baru2 ni kan….?”……..tekezut aku….!!
    Cepat2 aku jawab……” tak-tak…..ini kali pertama datang…..”
    Kecut perut aku…..
    Yerlah masa tu Abuya masih dalam Perintah Tahanan Terhad (ISA)
    Dengo cerita dia perlu menghadkan menerima jumlah tetamu……
    Yang aku lak , anak beranak buat sibuk gi ziarah Abuya ……..tapi aku gi pun melalui “cable” anak buah Abuya…heheheee
    Masa sembang2, aku nampak Ummu Jah ni jenis cakap “tak berkias2″……..straight to the point…..
    Padan muka aku…

  2. Mohon share puan heli, mudah-mudahan rakan FB saya yang tak kenal Abuya, akan mula mengenali dan mencintainya dan diharap mereka termasuk orang-orang yang akan menunggu kepulangan Abuya nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 570 other followers