Eksklusif : Kelab Taat Suami terbit buku seks. Menjawab Berita Harian !

Terdapat bermacam-macam buku seks di pasaran.Namun bila berbicara tentang seks Islam, yang kemuncaknya menguatkan roh manusia, untuk semakin dekat dengan Allah, JAKIM pun kurang faham. Apatah lagi jika kempen ini secara tak langsung memerangi Yahudi dan propaganda seks haramnya. Apakah, sesatkah?

Beberapa petikan dari buku ini sudah dikeluarkan dalam tag Islamic Sex.  Baca petikan akhbar Berita Harian 12 Oktober 2011 di akhir posting ini.

Seks adalah salah satu keperluan hidup manusia, seperti juga makan, minum, tempat tinggal, dan lain lain. Kekurangan akan keperluan ini mengakibatkan berbagai penyakit dan gejala sosial. Islam sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan kaffah, sudah mengatur dan memberi panduan bagi kehidupan manusia, termasuk juga dalam bidang seks. Seks adalah perbuatan yang suci, halal, dan indah, bahkan merupakan ibadah, sepanjang ia dilakukan dalam koridor syariat yang sudah ditetapkan Tuhan.

Sekarang, terutamanya di kalangan umat Islam, seks dianggap hal yang tabu untuk dibicarakan, memalukan, jijik,jangan sesekali dibicarakan secara terbuka. Malu.

Bahkan ketika Rasulullah SAW dituduh sebagai orang yang gila seks kerana memperisterikan 11 orang perempuan, hampir tidak ada seorang pun di kalangan umat Islam yang berani membela. Sepi. Sunyi. Kalau Rasulullah di gambar dalam bentuk kartun oleh kartunis Denmark, satu dunia ribut. Demonstrasi. Bahkan ada kedutaan besar Denmark yang dibakar.Tapi kalau tuduhan sudah mengarah ke bidang seks, semua diam. Seakan akan umat Islam malu mengakui Nabinya disebut sebagai Tukang Kahwin. Mereka bingung menghubungkan, bagaimana seorang Nabi yang menurut fikiran mereka mestinya zuhud,menjauhi dunia, mengutamakan akhirat, tiba-tiba dapat mendatangi 11 wanita dalam satu malam. Bagaimana mencernanya ? Bahkan jangan-jangan ada yang berfikir, apakah ini layak dilakukan oleh seorang Nabi ? Maka jarang orang membicarakan ini. Takut dan malu.

Orang Islam mungkin akan lebih bingung lagi kalau mengetahui bahwa Nabi Sulaiman A.S memperisterikan 1000 orang. Dalam riwayat disebutkan beliau menggilir isteri-isterinya yang 1000 orang itu di dalam 1 malam. Kekuatannya adalah kekuatan dari Tuhan, satu kekuatan roh. Ini adalah mukjizat.

Bagaimana, 1000 bahagi 8 jam. Tak logik, kata akal. Namun kekuatan roh itu tidak dipengaruhi batas masa. Malah kejaiban roh itu, boleh menghadirkan jasad fizikal mereka di beberapa tempat pada satu masa. Cuba tanya JAKIM, apa pendapat mereka tentang Nabi Sulaiman beristeri 1000 dan mendatangi kesemuanya pada satu malam. Mungkin mereka jawab ‘ One Minute Stand’. Ampun Maaf.

Ingat kisah Sheikh Abu Yazid Al Bustami menggandakan dirinya menjadi beratus-ratus individu ketika pasukan musuh mahu memanahnya? Bukan dongengan Dragonball, ini karamah kurniaan Allah SWT kepada para kekasihNya.

Ingat cerita Puteri Gunung Ledang. Terbang ke sana, ke sini. TELEPORTATION. Tiba-tiba menjelma. Dalam dunia roh tak mustahil.

Apa lagi keajaiban roh, satu sumber kekuatan orang Islam ? Tidak dapat membayangkannya sebab masyarakat kita bukan faham alam ghaib. Alam para wali, para Rasul, yang mereka ini , tetap hidup dan tetap berperanan, apatah lagi yang belum mati sebagai satu ‘trick’.

Kalau alam jin, yakin sungguh. Alam Hollywood, alam artis lagi master. Tips of the fingers. Fida Ibrahim pakai topi, , Nabil putus dengan Irma, video seks Ariel & Luna Maya, tanya apa saja insyaAllah tahu.

Berbalik kepada kisah Nabi Sulaiman AS, dalam riwayat disebutkan,ketika terbuat oleh Nabi Sulaiman suatu perbuatan yang tidak disukai Tuhan, yakni baginda lupa menyebut InsyaAllah,  (Tuhan izinkan ini terjadi sebagai pengajaran), menggilir isteri seorang pun beliau tidak mampu.

Kita sudah berjanji dalam solat kita, “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku, hanya untuk Allah, Rabbul Alamin”. Ertinya segala aspek dalam hidup kita termasuk hubungan seksual, haruslah menjadi ibadah kepada Allah. Apa erti ibadah ? Ertinya dalam hubungan seksual, kita akan terasa kebesaran Allah.

Hubungan seks adalah nikmat dunia yang terbesar yang Tuhan berikan kepada manusia. Semakin tinggi ketakwaan seseorang, semakin tinggi bayaran yang Tuhan berikan kepadanya, diantaranya ialah Tuhan berikan kenikmatan yang sebenar-benarnya dalam hubungan suami isteri.

Sebahagian kecil keluarga Abuya Ashaari Muhammad.

Semakin tinggi ketaqwaanya, semakin mabuk dia memuji Allah, hingga terpekik kagum dan takjub atas kekuasaan Allah. Ia menjadi zikrullah. Dalam merasakan nikmat yang kemuncak ini, hatinya takjub dengan Allah. Ini baru nikmat di dunia. Bagaimana nanti di akhirat, didalam syurga yang dipenuhi oleh bidadari? Maka ingatlah dia dengan akhirat. Maka keindahan seks suci islam ialah hadiah Tuhan bagi Orang bertaqwa. Semakin mendapat nikmat, semakin tunduk, semakin takut dengan Allah, dengan neraka Allah. Sebagaimana juga sembahyang dan juga ibadah-ibadah lain, maka ia mesti diajarkan dengan tepat dan saksama. Seandainya timbul masalah didalamnya, maka segala masalah ini mesti diselesaikan. Begitu juga dengan seks.

Sekarang cuba kita lihat apa yang terjadi di zaman ini ? Seks dianggap tabu. Eleh, orang buta pun tahu, tak payah baca buku.
Membicarakannya memalukan. Kalau ada masalah, tidak tahu kemana mahu mengadu. Perkahwinan dirayakan besar besaran, upacara itu dan ini menelan belanja beribu-ribu, tetapi setelah itu, apa yang semestinya terjadi di balik kelambu pernikahan, tidak diajarkan. Semua diam, tutup mulut. Tabu. Akhirnya semua orang mendapatkan ilmunya dari jalan yang haram. Internet dan video porno menjadi sumber rujukan. Akankah lahir keturunan yang soleh dan bertaqwa dari ilmu yang didapati dari sumber yang haram ?

Siapa yang mengajarkan demikian ? Siapa yang menciptakan hal ini ? Orang yang berkahwin lebih dari satu isteri pun dianggap jijik, lelaki gatal, nafsu berlebihan dan lain lain. Padahal para Nabi dan orang-orang soleh semua melakukan hal ini ? Siapa yang menanamkan pemikiran bahwa seks ini tabu dan jijik ? Bukankah ia keperluan asas manusia yang mesti ditunaikan ?

Bukankah Rasulullah SAW bersabda “Demi jiwa Muhammmad yang ada ditangan-Nya, tidaklah seorang wanita akan menunaikan hak Rabbnya hingga ia menunaikan hak suami. Kalau seandainya suami mengajak isteri (ke ranjang) tidaklah ia menolak ajakannya walaupun ia berada di atas punggung unta.” (HR. Tirmidzi)

Ketika umat Islam sudah disekat dari seks yang suci dan halal dengan mengatakan ia jijik, maka dirancanglah berbagai bentuk seks yang haram. Kahwin misyar, kawin mut’ah, majalah porno, video porno, dan dijuallah berbagai-bagai produk dengan aurat wanita sebagai ikonnya. Perniagaan bernilai jutaan dolar berjalan di atas jalur seks yang haram ini. Pelacuran bermaharajalela,baik gelap maupun terang-terangan, hingga hampir tidak ada pemimpin atau ahli politik negara di dunia sekarang ini, yang tidak terlibat dan terjerat dengan seks haram.

Selain itu, remaja-remaja dididik untuk tidak mampu berdikari. Usia sudah belasan tahun, dua puluhan tetapi masih manja. Jangankan untuk menikah, makan pun masih disubsidi ibubapa. Kementerian Pembangunan Wanita menganjurkan, jangan menjerumuskan diri ke dunia perkahwinan dalam usia terlalu muda. Bahaya , nanti cerai berai, porak peranda. Padahal yang kahwin selepas graduate pun rumah tangga berantakan.

Belanja perkahwinan, wang hantaran menjadi suatu beban yang menyusahkan. Hingga ada yang ikat perut untuk mengumpul dana bertahun-tahun. Atau terlibat dengan riba dengan meminjam dari bank. Semakin susah dan semakin lanjut usia untuk berkahwin, rangsangan seksual dalam bentuk siaran TV, internet, media massa yang menjana pendapatan dari menjual aurat perempuan tidak pernah dihentikan. Semakin terjerumuslah semua orang dalam seks haram.

Mari kita teliti laporan ini yang dipetik dari web ini : Separuh Rakyat Malaysia Keturunan Penzina?

Kajian oleh Institut Pembangunan Belia Malaysia 2010  mendakwa setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan seks luar nikah. Disebutkan antara faktor utama mendorong perbuatan  itu ialah perasaan ingin mencuba, terutama sebagai akibat langsung daripada menonton video lucah.

Namun fakta lebih mendukacitakan ialah apabila dikatakan kebanyakan remaja terbabit adalah lulusan universiti, tidak terkecuali yang memiliki PhD. Ertinya, ia bukan hanya dilakukan kalangan remaja liar dan tidak berpelajaran, tetapi turut melibatkan mereka yang memiliki pencapaian akademik agak memuaskan.

Laporan itu memetik hasil Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010. Ia melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak, terdiri daripada 2,457 orang atau 49 peratus remaja lelaki, manakala 2,559 atau 51 peratus responden adalah perempuan.

Di antara dapatan kajian itu, seramai 2,260 responden mengakui terbabit seks bebas. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.

“Berdasarkan kaji selidik itu juga, sebanyak 52 peratus (2,608) menyatakan rakan mereka melakukan seks sebelum berkahwin dan 76 peratus (3,812) lagi mempunyai rakan pernah menonton video serta memiliki bahan lucah,” laporan itu memetik kata Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakariah Md Sam.

Maka bukanlah lebih baik kalau setiap orang mendapatkan keperluan seksualnya melalui jalan yang halal dan indah ? Bukankah lebih baik jika munculnya keturunan-keturunan yang baik dari hubungan ini, daripada ia menjadi bayi-bayi yang dibuang ke tempat pembuangan sampah ? Sesungguhnya pelacur yang membuka baju di depan pelanggan itu haram, lucah, dan jijik, sedangkan isteri yang membuka baju, menyerahkan tubuhnya 100% kepada suami serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk menjayakan aktiviti intim itu sepuas-puasnya ialah suci, indah, halal, ibadah, bahkan zikrullah, hadiah dari Allah kepada orang-orang bertakwa .

Maka diatas itu, Setelah sekian lama Global Ikhwan memperkenalkan Ekonomi Islam, Pendidikan Islam, Kebudayaan Islam, maka sudah waktunya sekarang, seks Islam di propagandakan

Yang InsyaAllah akan menjadi pintu pembuka, bagi hidupnya kembali seks suci Islam, dan hancurnya seks haram, bersama jutaan dollar transaksi Yahudi yang berjalan di atasnya. InsyaAllah, Hugh Hefner si PLAYBOY dan teman-teman seideologinya, dan semuanya yang menyokong serta para sponsornya boleh bankrup bilamana semua orang telah mendapatkan kembali keindahan seks yang suci di dalam rumah tangganya. Moga-moga berhentilah krisis dunia ini, dan akan tenanglah dunia selepas ini, dengan izin Allah.

Hanya kulit belakang buku yang diwar-warkan akhbar dengan tujuan fitnah.

Caption awal dari Berita Harian ini membayangkan seolah-olah dalam buku ini terdapat ilustrasi atau perincian perlakuan seks dalam bentuk foto Ustaz Ashaari Muhammad. ( Hubungan suami  isteri dengan gambar Abuya, diulas terperinci) Klik dua kali, untuk membesarkan imej. Mahu lebih besar, tekan Ctrl dan +.

Buku ini dalam satu bab ada menulis beberapa istilah seperti celah kangkang, buah dada, kemaluan suami, dan sebagainya. Come on, kita pun dijadikan oleh Allah hasil dari hubungan seks. Lahir pun dari celah kangkang. Semua itu anggota tubuh badan manusia. Kalau tiada celah kangkang, cacatlah kita.  Semua orang insyaAllah ada kemaluan. Apa yang lucah dan jijik. Kalau kita menganggap seks jijik maka manusia lahir dari sesuatu yang jijiklah.

Sebahagian besar posting ini diterjemah dari website Kawan Sejati ( Bahasa Indonesia). TERIMAKASIH !

17 Comments to “Eksklusif : Kelab Taat Suami terbit buku seks. Menjawab Berita Harian !”

  1. i follow dan L4T.. buku ni khas untuk ahli kerana..

    1) ADA segelintir ahli2 GISB yang remaja contohnya yang baru berkahwin mahupun yg lama, kadang2 didapati agak jahil tentang seks. Mereka mengelakkan diri utk melayari web2 porno sebab takut berdosa,

    atau yang wanita malu untuk menyerahkan diri 100% kepad suami, eg malu untuk membuka baju atau berselimut sepanjang masa. Ilmu2 seks dalam buku ni saya lihat biasa shj, skema, basic. nothing special….saya rasa zaman skrg semua org dah advance hal2 seks wl yang belum berkahwin sebab ia terlalu didedahkan

    2) dari segi melawan seks Yahudi, buku ini sangat menekankan agar isteri patuh, taat, setaatnya 100%, bukan sahaja zahirnya tetapi dlm Islam yh penting batinnya. Batin 100% ni yang payah, sebab inilah senjata menjadikan Allah redha dan merahmati rumahtangga itu. Ini yg mahal.

    - bayangkan selera suami dlm seks pada zaman ini, apatah lagi bila terdedah dengan segala aurat wanita yg ditayangkan di seluruh pelusuk alam dgn keadaan hampir bogel, atau bogel sepenuhnya, padahal isterinya di rumah pun ada semuanya, jadi tugas isteri adalah utk memenuhi keperluan dan selera suaminya.

    Pada wanita solehah atau yg bercita2 ke arah itu, hal ni mudah malah berlumba2 untuk menjadikannya ibadah

    Ada wanita yang malu sbb cara dibesarkan dlm jemaah, suka bergelap, acuh-tak acuh dsb… jadi faham2lah… isteri2 dikehendaki memenuhi keperluan suami dgn IKHALS dan GEMBIRA..

    3) kelainan dlm buku ni adalah bila seks itu dikaitakn dgn ibadah, zikrullah, kepuasan melakukan seks atau perasaan selepasnya, yang menyebabkan lebih rasa kehambaan, lebih takut dgn Allah, itu yg kelaianannya. Aneh bila seks dikaitakn dengan Tuhan, sedangkan orang bila berkata tentang seks, ia seolah2 tak relevan dgn Tuhan, jijik, berdosa,geli, walaupun yg halal.

    Saya rasa anda boleh agak isi buku ini, bila membaca excerpt dan intro serta prakata di atas. Kehebatan buku ini bukan dari segi perlakuan seks yang ditulis serba sedikit itu, ettapi kepada rohnya.

    Roh isteri yang taat 100% demi utk memeriahkan seks Islam demi utk melenyapkan seks haram ( eventually)… roh suami yang taat pada Allah dan Rasul dan akan menajdi suami paling cinta dan bertanggungjawab serta kasih pd isteri disamping menjadi pejuang hebat. untuk menyebarkan islam ke seluruh dunia..

    Akhir sekali, kehebatan seks sebagai satu ibadah di kalangan orang2 roh, pemimpin roh,boleh berada di beberapa tempat pada satu masa. Ini baru hal seks. padahal hal lain yg lebih penting dlm perjuangan spt perisikan, mendidik anak2 buah,,,itu senjata hebat org Islam…)

    ( bab ini kalau org awam, atau org bukan Islam dengar memang jadi fitnah lah – spt apa yg dah berlaku )

    Ampun maaf…. itu persepsi saya tentang buku ini….

  2. Minta maaf puan. comment saya “beli dengan Jakim?” cumalah sindiran kepada pihak Jakim yang banyak merampas buku2 karangan IAM. Tak pasti apa yang dibuat oleh mereka dengan buku2 yang telah dirampas sejak tahun 1994?! Kalau mereka sudi menjualnya at least dapat juga untung. Mungkin boleh kaya sehari.

    Terima kasih kerana puan sudi menjelaskannya secara general tentang isi buku ini. Memang sudah menjadi hobi membaca buku2 IAM. Kalau miss rasa kekurangan ilmu. Lagipun saya fikir munkin ada peluang yang besar untuk mendapatkannya kerana dipublish di Malaysia dengan syarat rajin mencari dan bertanya.

    Sebab saya bertanya kepada puan adalah sebab bergantung kepada peluang kemungkinan yang ada. Mana tahu kemungkinan puan ada sourcenya. Lagi-lagi kalau buku IAM. Macam mencari cincin di padang bola. Tetapi puan telah pun memberi jawapannya. Maka chances untuk mendapatnya makin kurang.

  3. Penjelasan yg jelas. Selain JAKIM, pihak intelligen pun turut mengkaji buku2 Ustaz Ashaari. Dan para intelligen pun namanya intelligen, penilaian mrk pastilah lebih LUAS dari JAKIM..
    Tanpa prejudis../

    saya harap ada versi untuk umum..

    suatu waktu dulu wanita2 Muslimah Msia ni dididik oleh majalah2 Arqam.. salesnya menurut Audit Bureau of Circulation…. melebihi majalah Wanita dan Jelita pd zaman itu..

  4. Tahniah.

  5. buku permata yang hilang tu lagi dahsyat rasanya, siap ada rajah_rajah. tapi itulah yang paling top di mana-mana

  6. kalau nak cerita seks kaitkan pula dgn rasul masukkan hadis dan ayat al-quran.baru la ilmiah sikit.ni tulis merapu,mcm majalah lucah tepi jalan je….tak nampak ilmiah langsung.

  7. Sangat lazim apa sahaja yang diperjuangkan Abuya dan jemaahnya diperlekehkan, dikarutkan sejak zaman berzaman oleh orang Islam yang membenci seperti saudara/i, tetapi kaki komen ni tidak pula dapat berjuang spt puak iyg memperjuangkan Islam sampai sanggup berkorban segalanya.
    Mereka mahu yang paling sempurna APABILA DATANGNYA DARI GLOBAL IKHWAN sahaja. Mrk akan analisa dan mengutuk tak habis2. Kalau dari jemaah lain, they don’t even care.
    Buku ni just hand out mcm biasa, small, pocket size.. tetapi protokolnya menggegarkan dunia. Buku seks ilmiah yang disertai hadis2 dan Quran banyak di pasaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 570 other followers