Tsunami II : Bab 5 – Aceh Hancur, Islam Bangun

KALAULAH benar Abuya ialah pencetus Tsunami, mari kita tanya Abuya apa maknanya keajaiban-keajaiban  lain, selain yang terjadi di rumah Mujib?

Abuya ini orang Sunni. Berbeza sekali beliau dengan orang-orang Wahabi yang ramai di Indonesia, walau apapun namanya. Terutama di sudut bagaimana mempercayai alam ghaib dan tentang roh, yakni terutama dalam hal-hal tawassul dan mengenai kedudukan orang-orang yang sudah mati. Maknanya kalau nak tahu orang itu Sunni atau Wahabi lihat pendiriannya :

Apakah dia menyokong kerja-kerja merata atau menghapuskan maqam-maqam sahabat di Mekah dan Madinah atau tidak. Yang menyokong itu Wahabi, yang mengharamkan tawassul. Yang menentang itu Sunni. Menganjurkan tawassul.

Ada pendapat yang menyatakan Aceh itu Serambi Mekah untuk Sunni Indonesia. Manakala Padang itu ialah Serambi Mekah untuk Wahabi Indonesia. Maka tidaklah pelik bila mana Abuya Ashaari memilih Aceh untuk dihancurkan tetapi penuh keajaiban. Sedangkan hancurnya Padang oleh gempa bumi, jauh sekali sifatnya. ( Lihat posting sebelum ini)

Kalau kita rajin menghitung keajaiban Tsunami Aceh dengan cara mendengar dari seramai-ramai manusia yang terlibat maka sebanyak itulah bilangannya.

Ertinya seramai itulah roh-roh yang bekerja dan sebanyak itu pulalah kreativiti mereka masing-masing. Buku ini ditulis di bulan Maulid Nabi, dengan tema Nabi Muhammad SAW  ‘Orang Roh Pembawa Keajaiban’. Sebab, Nabi Muhammad SAW datang untuk mengambil alih bumi dari orang akal yang sudah jahiliyah itu. Tentunya Baginda itu Orang Roh, bukannya orang akal!

Bila dunia diperintah oleh Orang Roh, semuanya ajaib belaka, tidak dapat diukur dengan akal. Sebab semuanya di luar akal! Demikian Tsunami dicatur oleh Orang Roh, dengan izin Allah, dengan misi keselamatan untuk Aceh. Semuanya penuh keajaiban.

Diberitakan kepada saya, oleh (Syeikh) Raja Ibadiyasyakur, orang Aceh lulusan UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) bahawa 2 bulan sebelum Tsunami, seorang ulama karismatik di Aceh, Tengku Ibrahim Woyla memberitahu pengikut-pengikutnya

“Sebentar lagi kita akan habis”.

Bagaimana ulama itu tahu Tsunami akan terjadi? Amerikakah yang memberitahu kepadanya secara sainstifik atau Abuya Ashaari-kah yang memberitahu kepada rohnya?

Bahkan menurut (Syeikh) Tengku Abdurrahman Umar (orang Aceh) pula lagi kepada saya, seorang ulama sufi bernama Abu Payapase bercerita sebelum Tsunami terjadi itu, katanya dia mendengar dialog antara daratan dan lautan.

Daratan: “Wahai laut, naiklah ke daratan, samaklah bumi ini dari kejahatan dan maksiat. Aku dah tak tahan menanggungnya”.
Lautan: ”Nescaya tidak akan ku binasakan Umat Muhammad”.
Daratan: “Kalau begitu biarlah aku sahaja yang buat”.

Maka bumi pun bergegar untuk menghasilkan Tsunami. Orang Roh mendakwa mendengar bumi dan laut bercakap mengenai Tsunami. Kalau pun itu pembohongan, namun hebatnya dia kerana boleh membuat kebohongan yang hebat. Lebih hebat dan lebih bijak dari Amerika yang cuba berbohong konon dialah yang mencetuskan Tsunami oleh alat pemancar gempa!

Aceh, Serambi Mekah Sunni dimuliakan Allah, kerana di dalamnya ada ujian yang dahsyat, tetapi nikmat keajaibannya lagi dahsyat. Abuya Ashaari membuat pukulan maut kepada Barat dan Wahabi dengannya. Tercengang-cengang orang-orang Amerika dan rakyatnya, Setiausahanya dan bekas Presidennya yang datang melihat keajaiban Tsunami.

(Sedangkan gempa bumi dan tsunami lain di mukabumi ini, ada mereka singgah menjenguk? contohnya di Jepun.  Keajaiban yang mengiringi tsunami Aceh memang hebat! HWP)

Masjid Raya Baitur Rahman di tengah Banda Aceh tidak dimasuki air sedangkan air yang sekitarnya sudah mencapai bumbung masjid. Semua orang di dalamnya selamat. Air tidak masuk itu, katanya burung-burung putih (burung Ababil) mengangkatnya (masjid itu) lebih tinggi dari paras air. Ya burung-burung itulah para roh.

Masjid Rahmatullah di Lampuuk, di belakangnya pantai Lampuuk yang terkenal di kalangan pelancong Barat dengan aktiviti meluncur.Penduduk Lampuuk, hanya 700 yang selamat dari 6300 warganya. Sejauh mata memandang, di sekeliling masjid ini hancur luluh. Kemusnahan kecil masjid di bahagian yang tidak mengadap laut.

Masjid Rahmatullah di Lampu’uk, (400 meter dari garis pantai) terkenal sebagai masjid walit kerana dibina hasil jualan sarang burung layang-layang. Yang ajaibnya, keseluruhan bangunan mewah yang diduduki orang-orang kaya di daerah itu hancur musnah, orang-orangnya semuanya mati, tetapi Masjid itu tetap gagah dengan hanya ¼ bahagian sahaja yang rosak. Ertinya ( bila seluruh kampung musnah) kekuatan air itu umpama kekuatan bom nuklear untuk memusnahkan , malah kelihatan ia lebih kuat dari itu.

Menurut Abuya, senjata Nuklear yang didakwa Saddam dimiliki Amerika  untuk membolehkan Amerika menghancurkan negara sebesar Iraq dan Saddam – sebenarnya tersimpan di dalam masjid-masjid di Aceh terutamanya masjid Rahmatullah di Lampu’uk itu.

Amerika yang bodoh telah tersalah tafsir, akibatnya Iraq yang indah jadi hancur lebur. (Amerika menafsirkan kekuatan Islam yang harus dihancurkan dahulu adalah di Iraq, berbanding Timur – HWP).  Maka Abuya pun menyerang balas dengan mendatangkan Tsunami di tempat yang Amerika baru sahaja sedang merancang untuk dihancurkan lagi.

Abuya Ashaari membuktikan bahawa di Aceh memang ada kekuatan nuklear itu, tapi tidak mungkin Amerika boleh campur tangan (untuk meranapkan Aceh dengan nuklear – HWP) sebab baru dirancang sahaja Abuya Ashaari sudah tahu dan meranapkannya terlebih dulu.

Lihat posting tentang kewujudan bahan nuklear di laut setelah Tsunami Aceh.

#. Kebanyakan mayat yang dijumpai diliputi kulit hitam yang keras, kematian akibat lemas tidak akan menukar warna kulit dengan begitu cepat dan begitu hitam, mayat sebegitu hitam juga muncul selepas peristiwa pengguguran bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki.

#. Sisa nuklear yang didapati 2 bulan selepas tsunami di Somalia yang kemudiannya mendedahkan UNEP, yang kononnya berasal dari Lautan Hindi.

Lihat posting ini : Tsunami Aceh adalah satu hasil teknologi HAARP Amerika ! (Desperate)

Betullah Aceh Serambi Mekah, sebab ada kekuatan luarbiasa di sana atas nama Islam. Tapi Abuya Ashaari menghancurkan Serambi itu sebagai bukti kepada Amerika. Sebab Serambi boleh sahaja dikorbankan demi Mekahnya. Sama seperti Amerika mengorbankan WTC di New York yang dijadikan alasan untuk menghancurkan Iraq dan Negara-negara Islam lainnya.

Kekuatan Serambinya sahaja pun sudah begitu sekali, Gambarkanlah wahai Amerika, betapa kuatnya rumahnya (‘Mekah’) iaitu Malaysia. Lihat, Tsunami yang membunuh 500 ribu orang Aceh tetapi cuma 67 orang terkorban di Malaysia yang bersebelahan sahaja letaknya. Walhal India yang lebih jauh jumlah kematiannya mencapai ribuan orang. Itulah yang Abuya Ashaari mahu katakan kepada Amerika dan Wahabi. Orang Roh jauh lebih kuat dari kamu orang akal! Macam langit dan bumi bezanya. Tidakkah kamu takut kepada Tuhan dan Orang-orang Tuhan? Mereka menghancurkan di satu tempat tapi mampu menyelamatkan tempat yang sepatutnya turut tidak selamat. Aceh hancur tapi semenanjung Malaysia sebelahnya, rosak sedikit sangat.

Keajaiban kapal PLTD Apung, Kampung Punge BLong Cut oleh Abuya Ashaari. Kapal ini telah berkhidmat kepada Aceh. Kapal besi yang beratnya 2600 tan fungsinya adalah untuk menjana bekalan elektrik kepada Aceh. Lalu Abuya Ashaari menukar fungsinya sekarang. Sekarang pengabdian kapal PLTD adalah sebagai sumber keinsafan kepada masyarakat dunia.

Saya bertemu dua sukarelawan di kapal itu. Mereka berkongsi cerita mereka demi mencetuskan keinsafan.Siapa pun yang mendengar pasti insaf. Kapal PLTD bergerak hanya 5 minit sejauh 5 km untuk menyapu bersih dua banglo besar dan kini bertapak di situ mengambil alih kedudukan asal banglo tersebut.Kedua-dua rumah mewah itu diranapkan sebab tidak mahu berkhidmat kepada masyarakat seperti berkhidmatnya kapal PLTD, demikian menurut pemuda itu.

Perjalanan kapal itu yang sepatutnya lintang pukang oleh halangan, tetapi ternyata tidak demikian, kata seorang mekanik yang bertugas di dalamnyaDia terkejut bila melihat orang kampung sudah memasuki kapal, rupanya kapal sudah di darat. Penuh mayat tersadai di sekelilingnya sedangkan dia tidak merasa apa-apa.

Di bawah kapal ini ranap dua banglo mewah yang besar, dengan para penghuninya sekali. Kelihatan bekas seretan kapal yang mengharungi tsunami dan merempuh melanggar apa sahaja.

Menurut Abuya, Kapal PLTD Apung ialah simbol jemaah kebenaran yang menggunakan Tsunami yang diutuskan kepada ‘kezaliman’ yang hendak dihancurkannya. Kini kapal PLTD Apung adalah simbol jemaah kebenaran yang tersergam gagah di tengah-tengah Aceh untuk mencipta Aceh Baru. Kebenaran ini akan dikongsikan dengan semua! Kapal itu adalah kepunyaan Syarikat Minyak Pertamina, maka jemaahkanlah dia!

Demikianlah kisah keajaiban Serambi mekah. Abuya Ashaari gunakan untuk membetulkan fahaman Wahabi dan menakutkan Amerika.

Cuba bayangkan, ada sebuah kampung bernama Lampisang yang betul-betul berada di dalam kawasan rempuhan Tsunami, terletak dekat dengan pantai dibandingkan dengan Banda Aceh. Tapi sedikit pun tidak kena badai teruk Tsunami. Kata Rita di situ ada tinggalan rumah ( replika) pahlawan dan bangsawan, Srikandi wanita Islam yang telah bangun melawan Belanda. Namanya Cut Nya’ Dhien. Kuasa Roh dan Tsunami amat menghargainya. Nampaknya Amerikakah yang melepaskannya dari Tsunami atau oleh kuasa roh Abuya Ashaari yang berkuasa cahaya itu?

Saya dibawa berziarah ke rumah seorang rakan iaitu DR. Hasbuh Aziz, pernah menjadi Rektor di Universiti Muhamadiyah di Aceh. Sekarang Pensyarah Ekonomi di beberapa Universiti di Aceh. Isterinya Ibu Asma adalah seorang tokoh wanita Aceh, Ketua Pengajian Majlis Ta’lim Namirah, yang mengajar isteri-isteri orang kenamaan Aceh.

Kata DR. Pak Hasbuh, semua rumahnya habis rosak, dengan isi-isi di dalamnya hilang, (kecuali rumah kerajaan di luar kawasan Tsunami), tetapi satu Al Qurannya elok tidak basah, malah boleh terus di baca, di jumpai di satu tempat diatas lingkaran seekor ular kuning.

Ibu Asma pula bercerita, semua tasbihnya hanyut kecuali yang paling murah yang selalu dipakai, elok tersangkut ditempat yang tidak disangka.

Satu lagi keajaiban yang cukup popular disiarkan di akhbar-akhbar adalah tentang seorang warga emas yang istiqamah menunaikan sembahyang sunat Dhuha. Jadi pada hari itu, waktu sedang terjadinya Tsunami dia bersembahyang. Selesai sembahyang bila dilihat keluar semua sudah hancur lebur sedangkan dia dan rumahnya tidak terjadi apa-apa. Bahkan dia tidak merasa apa-apa pun yang berlaku. Allahu Akbar, hebatnya kuasa Allah. Ajaibnya caturan Abuya Ashaari.

Namun menurut Abuya, kalaulah dengan sunat dhuha sahaja seseorang boleh dimuliakan sebegitu, ketahuilah bahawa akan lebih jauh dari itu, Allah akan muliakan para pengamal Zikir Agung ( Aurad Muhammadiah), kenapa?

Sepertilah Mujiburizal, itulah apa yang dapat disaksikan perbuatan Allah padanya, jauh lebih hebat dari pengamal sunat Dhuha. Rumahnya kini diiktiraf sebagai rumah keajaiban kerana sebuah kapal terletak di bumbungnya untuk menyelamatkan keluarga mereka dan jiran-jirannya.

Zikir Agung itu ialah zikir Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim. (Ia ringkasan Al Quran) Wirid ini umpama Al Quran kepada Nabi Muhammad. Dengannya Rom dan Farsi jatuh.

Dengan zikir ini, Allah mengizinkan Tsunami untuk menghancurkan Amerika.

About these ads

7 Comments on “Tsunami II : Bab 5 – Aceh Hancur, Islam Bangun”

  1. LookingForTruth says:

    Puan apakah setiap orang layak membaca wirid Aurad Muhammadiah?

    Like this

  2. LookingForTruth says:

    Memang teringin sekali membaca wirid yang mulia ini. Sebelum ini pernah melihatnya tetapi tak faham sebab tulisan Al-Quran. Kalau syaratnya ialah Islam, perlulah saya tunggukan.

    Mengenai bab tsunami yang terbaru ini, rupanya banyak keajaiban yang terjadi. Sebelum ini saya fikir konspirasi HAARP yang melakukannya. Ternyata itu cuma theory Amerika. Alangkah bagusnya berita keajaiban inilah dijadikan tajuk berita pada 7 tahun lepas. Berita mengenai masjid tidak dimasuki air laut juga tidak diceritakan, begitu juga dengan makam para wali yang tidak terusik juga tidak “di-airkan” oleh pemberita tempatan.

    Terima kasih puan. Rasa tidak sabar untuk membaca chapter ke-6.

    Like this

  3. heliconia says:

    InsyaAllah masanya akan tiba…ajaib bila mana org melihat kemuliaan zikir ini, apatah lagi yg belum Islam, sedangkan masyarakat dimomokkan dgn kesesatannya suatu waktu dulu,,

    dalam bab seterusnya ada ditulis mengapa setelah 7 tahun baru dideclare yg ia caturan orang Tuhan

    sejurus selepas Tsunami ada buku ditulis oleh Imam Ashaari, Tsunami I, tetapi lebih kpd kehebatan kuasa Tuhan yg menjadikan Tsunami itu.. dalam buku tu ada cerita2 yg disebut L4T spt di atas… cuma tiada cerita kapal nelayan lampulo, PLTD apung dsb spt dlm buku Tsunami II.

    Buku Tsunami I telah diharamkan kerajaan Msia, buku Tsunami II pula hanya diedar di Indonesia, sebab di Malaysia, jemaah masih ‘diperangi; waktu itu.

    Sepanjang 2010 blog ini masih tutup, semasa peluncuran buku ini di Indonesia pada April 2010 pula, saya sedang MC lama….. ada program bedah buku dsb, tetapi saya tidak dpt maklumat tentang isi bedah buku tu… baru skrg nak kaji..

    Kalau L4T nak file buku Tsunami I, saya akan email ke email tertera…

    Like this

  4. LookingForTruth says:

    Cahaya kebenaran memang tidak mampu dipadamkan. Saya percaya Aurad Muhammadiah akan jadi satu amalan mulia di zaman Daulah Islamiah kali-2.

    Terima kasih puan. Buku tsunami 1 telah pun saya beli daripada Penerbit GISB di BCH. Tetapi bagus juga kalau puan boleh emailkan kepada saya supaya dapat sharekan kepada orang2 lain.

    Buku pertama kurang menceritakan keajaiban tsunami dan lebih menekankan sebab kejadian dan sifat Allah. Saya dapati buku tsunami 2 lebih menarik isi kandungannya kerana isinya uncut. Saya rasa buku 2 adalah sambungan buku 1.

    Harap puan teruskan usaha menceritakan bab2 seterusnya.

    Like this

    • heliconia says:

      InsyaAllah dgn izin Allah,> Tinggal 2 bab yang pendek sahaja. Isi utama dgn segala keajaibannya sudah selesai diceritakan…
      Saya kena selongkar dulu file buku Tsunami I.. dlm PC saya… harap dpt mailkan kemudian nanti

      Like this

  5. ALL ABOUT TSUNAMI AT SERAMBI MEKKAH

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers