Menyanggah pendapat anti-hadis, Dr Ahmad Farouk Musa
Imam Nawawi meriwayatkan dalam kitabnya ‘Tabaqatul Qubra’ dari Abu Tayib Al Qadhi bahawa dalam satu majlis ilmu yang diberi oleh Abu Tayib, tiba-tiba datang seorang muda dari Khurasan & meminta supaya diberikan dalil bagi menyokong suatu masalah agama yang dimusykilkannya. Abu Tayib membawa Hadis Riwayat Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah.
Pemuda itu menolak dalil tersebut lalu berkata, “HADIS DARI ABU HURAIRAH TIDAK BOLEH DITERIMA !”
Pada saat itu juga seekor ular besar jatuh dari atas kepala pemuda itu. Orang lain melarikan diri tetapi ular itu mengejar pemuda itu seorang sahaja.
Sambil lari lintang pukang dia menjerit
” Ampunilah saya ya Allah!”
“Maafkan saya ya Aba Hurairah’Dia mengulang perkataan itu beberapa kali.
Tidak lama kemudian ular itu pun hilang.
Ok. Kisah yang dipetik dari kitab Imam Nawawi RH itu menunjukkan karamah Sayidina Abu Hurairah RA selepas kewafatannya. Itu baru menolak si perawi hadis. Bagaimana jika menolak Rasulullah SAW yang Sadiqul Masduq? Menolak cara hidup baginda. Dr Ahmad Farouk, kalau ikut Al Quran semata-mata dan membelakangkan hadis, sembahyang jadi tiga waktu sahaja sehari-semalam.
Mengapa saya memetik kisah ini? Dr Ahmad Farouk Musa telah menyatakan secara live di radio BFM 89.9 bahawa hadis yang menyatakan wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam, yang diriwayatkan dari Sayidina Abu Hurairah RA adalah suatu ‘ajaran’ tidak boleh diterima. Allah SWT tidak mengatakan yang sedemikian. Riwayat sebegitu katanya hanya dijumpai dalam Deuteronomy Bible ( huh, tak pernah dengar pun perkataan ni)
Saya agak kecewa dengan hujahnya di program yang membincangkan tentang OWC itu. Sejak kecil saya sering membaca di akhbar-akhbar nama Kassim Ahmad ( bukan Kassim Selamat ) yang pernah menjadi seorang yang anti-hadis, tiba-tiba secara live saya dapat mendengar seorang cendekiawan agama menolak sungguh hadis-hadis yang dikategorikan sebagai hadis sahih.
Dua hadis yang disebut mafhumnya oleh Dr Azlina Jamaluddin BDSc (Adelaide) MDSc (London) -bukan berkelulusan khusus agama-
1) Narrated by Anas ibn Malik
Allah’s Messenger (saws) said, “When a woman observes the five times of prayer, fasts during Ramadan, preserves her chastity and obeys her husband, she may enter by any of the Gates of Paradise she wishes.”
Al-Tirmidhi Hadith 2862) Narrated Abu Huraira: Allah ‘s Apostle said, “Treat women nicely, for a women is created from a rib, and the most curved portion of the rib is its upper portion, so, if you should try to straighten it, it will break, but if you leave it as it is, it will remain crooked. So treat women nicely.” Volume 4, Book 55, Number 548: Bukhari
Ini pula hujah anti-hadis Dr Ahmad Farouk Musa, sedangkan Dr Azlina tidak pun menyatakan hujahnya dari Al Quran. Saya hairan takkanlah cendekiawan seperti Dr Ahmad Farouk tidak perasan yang hujah Dr Azlina itu dipetik dari Hadis Rasulullah SAW, atau buat-buat tak faham.
Dr Ahmad Farouk Musa :
I think it is very important for me to explain that, what was mentioned just now, this four criteria, you mention in the Quran, by God, four criteria that women will have, should have, for them to enter Paradise, and to enter, any, what do you call, to enter any doors of Paradise that you wanted to, you cannot find such verses in the Quran, and this is what we call indoctrination, you know, something that actually you cannot find, but those who say that it is established in the Quran, but you cannot find such verses in the Quran.
So in other ways, I mean, this is basically the thing that people will try to do, to try indoctrinate other people, to believe in certain facts, intangible things, things that you cannot see, but you have to believe.Dr Ahmad Farouk Musa :
I see it. You know in the Holy Quran, God has never put women inferior to men. And to believe that in the Holy Quran and that a woman is mentioned created from a fraction of a man, from the rib of man, is totally unfounded. In the Quran, it is never mentioned like that. It comes from Deuteronomy because you can find in Deuteronomy.
Artikel Pendek ini saya tujukan khas untuk Dr Ahmad Farouk Musa juga Jawaban untuk Menyanggah Golongan Anti Hadis.
Allah telah membekalkan kita Al Quran dan juga As Sunnah atau Hadis yang perlu kita gunakan sebagai panduan hidup dalam perjalanan menuju akhirat yang kekal abadi.Terdapat juga segolongan manusia yang mempertikaikan As Sunnah dan ada juga yang menolaknya.
Marilah kita hayati dan memahami penjelasan ringkas oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad dibawah ini di dalam menangkis pendapat-pendapat golongan yang menolak As Sunnah.
Al Quran Dan Sunnah Tidak Boleh Dipisahkan, Hadis atau Sunnah hakikatnya adalah wahyu juga,tetapi mengikut bahasa Nabi Akhir zaman…
Ia merupakan penjelasan bagi Al Quran atau mentafsirkan Al Furqan. Adakalanya Al Quran menceritakan suruhan, As Sunnah menggambarkan perbuatan. Tidak kurang juga adakalanya Al Quran adalah matan, Hadis adalah huraiannya
Setengah ayat Al Quran tidak boleh difaham,Hadis memahamkan atau As Sunnah mentafsirkan
Ketika Al Quran menceritakan secara singkat dan ringkas, Al Hadis atau As Sunnah memperpanjangkan hingga jelas dan terang ceritanya atau hukum hakamnya
Adakalanya Al Quran menyebut hukum hakam, As Sunnah memansuhkan.
Al Quran juga adakalanya memberitahu secara ringkas, tidak sebut tempat, tidak sebut nama, As Sunnah atau Hadis memperincikan hingga jelas.
Kalau hendak ikut Al Quran sahaja akan tersesat jalan, Al Quran itu bersifat ilmu bukan perbuatan,
As Sunnah pula menggambarkan perbuatan hingga mudah diamalkan
Tuhan, Dia Maha Suci daripada perbuatan-Nya hingga menyamai makhluk-Nya, Kerana itulah Rasul melakonkan segala perbuatan yang diperintahkan, hingga mudah diamalkan. Itulah peranan As Sunnah. Hamba-hamba Allah yang lain ikut sahaja Rasulullah disegi perbuatan.
Arahan dari Tuhan sudah disebutkan melalui Al Quran, tapi ada kesamaran, lalu tugas Rasul yang menjelaskan
Kalau ada orang mengatakan ikut sahaja Al Quran tetapi As Sunnah diketepikan, dia akan tersesat jalan kebenaran
Al Quran dan As Sunnah adalah gandingan, perlu memerlukan, kuat menguatkan, mana boleh dipisahkan
Yang satu matan, yang satu lagi tafsiran,
Yang satu membuat arahan,yang satu lagi menggambarkan arahan
Matan dan tafsir mana boleh dipisahkan,
Al Quran hanya jadi matan, perlukan tafsiran dari Rasul,
apakah hikmahnya diciptakan begitu?
Allah Taala adalah Pemimpin dan Dia bukan jenis makhluk,
Perlu adanya seorang pemimpin jenis insan melakonkan,
Tuhan yang memimpin hanya memberi ilmu dan arahan,
Rasulullah pula ialah pemimpin berjenis manusia yang melakonkan untuk ikutan sepanjang zaman
Kalau tidak ada pemimpin jenis insan melakonkan, susahlah Al Quran untuk diamalkan, Allah SWT itu Maha Suci daripada melakonkan
Tuhan memang boleh perjelaskan seterang-terangnya di dalam semua hal di dalam Quran, tanpa tafsiran
Tapi Tuhan perjelaskan melalui Rasul-Nya yang dikatakan As Sunnah, tentu ada hikmahnya,
Kerana Tuhan hendak memuliakan Rasul-Nya, maka Rasul menjelaskan Al Quran
Kerana Rasul itu kekasihnya, Tuhan mahu disebut nama-Nya,maka disebut juga nama Rasul-Nya
Kalau Allah disuruh sebut selalu, Rasul juga disuruh sebut selalu, Kerana itulah dua kalimah syahadah Tuhan gandingkan nama-Nya dengan nama Rasul-Nya
Sebab itulah Tuhan menceritakan di dalam Al Quran hanya matan, Rasul pula mentafsirkan dan menghuraikan, Matan dan tafsir berhubung rapat tidak boleh dipisahkan
Begitulah peranan As Sunnah bagi mentafsirkan Al Quran, Hakikatnya As Sunnah wahyu juga tapi mengikut bahasa Nabi akhir zaman
Kalaulah Allah jadikan segala-galanya telah dijelaskan oleh Al Quran tanpa perlu As Sunnah lagi sebagai ikutan,
Bahayanya, orang hanya akan ikut Al Quran sahaja dan meninggalkan Rasul-Nya, Padahal Rasulullah adalah wakil Tuhan membawa risalah kepada umat, untuk menggambarkan secara sikap dan perbuatan
Maka mana boleh Rasul dilupakan tanpa dijadikan ikutan? Ertinya As Sunnah sangat diperlukan!



Quote (Pada saat itu juga seekor ular besar jatuh dari atas kepala pemuda itu. Orang lain melarikan diri tetapi ular itu mengejar pemuda itu seorang sahaja).
[17:36] Jangan sekali kamu menerima sebarang maklumat, melainkan kamu menentusahkannya sendiri. Aku telah berikan kepada kamu pendengaran, pemandangan dan akal, dan kamu akan dipertanggungjawabkan untuk menggunakan kesemuanya itu.
Quote (Al Quran Dan Sunnah Tidak Boleh Dipisahkan, Hadis atau Sunnah hakikatnya adalah wahyu juga,tetapi mengikut bahasa Nabi Akhir zaman…)
[29:51] Tidakkah cukup sebuah mukjizat yang kami turunkan kepadamu buku ini, sedang dibacakan kepada mereka? Ini sesungguhnya adalah belas kasih dan peringatan untuk orang orang yang percaya.
[68:36] Apa salah dengan logik kamu?
[68:37] Adakah kamu mempunyai BUKU YANG LAIN untuk didukung?
[68:38] Didalamnya, adakah kamu mendapati apa yang kamu mahu?
Quote (Al Quran juga adakalanya memberitahu secara ringkas, tidak sebut tempat, tidak sebut nama, As Sunnah atau Hadis memperincikan hingga jelas).
Allah telah memberitahu kepada kita yang Al Quran itu lengkap dan terperinci.
[6:114] Mestikah aku mencari selain Allah sebagai perundangan, apabila Dia yang telah menerangkan kepada kamu KITAB YANG SEMPURNA DAN TERPERINCI? Mereka yang mendapat kitab mengenalinya yang ianya telah diturunkan oleh Tuhan kamu, dengan kebenaran. Kamu jangan sekali kali menyimpan sebarang keraguan.
[6:38] Kesemuanya haiwan dibumi, and kesemua burung burung yang berterbangan dengan kepak kepak adalah komuniti seperti kamu. KAMI TIDAK TINGGALKAN SAUATU APA PUN DARI KITAB INI. Kepada Tuhan mereka, semua haiwan haiwan ini akan dikumpulkan.
[12:111] Didalam riwayat mereka, adalah pelajaran bagi orang orang yang mempunyai kecerdasan. Ini bukannya Hadis palsu; (Quran) ini mengesahkan semua kitab kitab terdahulu yang MENGANDUNGI PENERANGAN YANG TERPERINCI, petunjuk dan rahmat bagi orang orang yang percaya.
Quote (Arahan dari Tuhan sudah disebutkan melalui Al Quran, tapi ada kesamaran, lalu tugas Rasul yang menjelaskan)
Di dalam Al Quran, Allah menerangkan yang tugas Rasul hanya untuk menyampaikan tetapi Allah lah yang menerangkannya.
[75:16] Janganlah menggerakkan lidahmu untuk mempercepatkannya.
[75:17] Ianya adalah kami yang mengumpulkannya menjadi Quran.
[75:18] Apabila saja kami membacakannya, kau mestilah mengikuti Quran yang sedemikian.
[75:19] Kemudian ianya adalah KAMI YANG MENERANGKANNYA.
Sebagai contoh, kita ambil ayat Al Quran berkenaan hukuman yang di kenakan kepada pencuri pencuri.
[5:38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (eqta’u) POTONG (aydiyahuma) TIGA ATAU LEBIH TANGAN mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[5:39] Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Di dalam Al Quran, perkataan “tangan” itu banyak di ertikan kepada kebolehan (ability/resources). Sebagai contohnya,
[38-45] Dan hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang (ulu al-aydee) (mempunyai banyak tangan) mempunyai kekuatan dan pandangan.
[5:64] Orang orang Yahudi malahan berkata, “TANGAN Allah telah terikat!” Bahkan tangan tangan mereka yang terikat…..
[57:29] ……dan semua kurnia adalah diTANGAN Allah. ……
Oleh itu, pengertian ayat [5:38] adalah lebih sesuai si tafsirkan kepada berikut,
[5:38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka POTONGLAH KEBOLEHAN MEREKA sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Dengan ini pencuri pencuri boleh lah di penjara atau di pantau pergerakannya dan hukuman ini boleh di jalankan kepada pencuri pencuri yang mencuri dari sebatang pensil kepada pencuri yang mencuri wang berbilion billion ringgit. Dengan itu juga, ayat [5:39] yang menuruti ayat [5:38] boleh di terima akal.
Dan akhir sekali Allah juga menasihatkan kepada kita yang kita mestilah meneliti semua pandangan dan mengambil yang terbaik.
[39:18] Mereka adalah orang orang yang meniliti semua perkataan perkataan, lalu mengikuti yang terbaik. Inilah orang orangnya yang mendapatkan petunjuk dari Allah; inilah orang orangnya yang mempunyai kecerdasan.
Salam.
jeff
August 17, 2012 at 4:30 pm
[quote]Bahayanya, orang hanya akan ikut Al Quran sahaja dan meninggalkan Rasul-Nya, Padahal Rasulullah adalah wakil Tuhan membawa risalah kepada umat, untuk menggambarkan secara sikap dan perbuatan
Maka mana boleh Rasul dilupakan tanpa dijadikan ikutan? Ertinya As Sunnah sangat diperlukan![/quote]
Salam dan maaf saya berkata bahwa kenyataan yg saya quote diatas, pada saya ianya adalah kenyataan yang paling dangkal yg pernah saya baca. Al Quran itu keluar melalui mulut baginda nabi untuk dismapaikan kepada manusia maka mana mungkin seseorang dikatakan menolak nabi atau melupakan baginda selagi seseorang itu menerima Al Quran. Potensi tidak mengkuti nabi adalah lebih besar jika berpandukan selain Al Quran kerana tiada siapa yg dapat memberi jaminan bahwa sesuatu riwayat hadis itu benar2 bersumberkan nabi.
Syam
September 27, 2012 at 8:33 am
Salam Syam, memang ada puak yang menolak baginda Nabi dan hanya menerima Al Quran semata-mata kerana menganggap Al Quran adalah kalam Allah dan Hadis adalah kata-kata peribadi baginda, yakni berdasarkan akal fikiran baginda, bukan bersumberkan daripada ilham/wahyu/hatif dsb yakni Allah. Saya kenal seseorang Mesir yang bermastautuin di Malaysia yang menolak semua Hadis berdasarkan pemahaman itu. Saya harap anda berfikiran terbuka dan tidak menanggapi ayat itu secara harfiah/literal. Di malaysia, golongan anti hadis ni dipanggil JAM ie Jemaah Al Quran.
Kita boleh agak rakan2 Bob Ibrahim yang memberi komen seperti di atas adalah dalam golongan itu. Juga komen Jeff di atas menggambarkan ia termasuk dalam golongan yang meng’akal’kan hadis. Sebelum itu, adakah kita faham Quran sebenar=benar faham, sebagaimana kita tidak faham hadis. Cuba lihat kuliah ini. http://heliconia.wordpress.com/2007/09/24/lapisan-lapisan-ilmu-al-quran/
Tolong jangan guna perkataan ‘dangkal’ untuk merendahkan pendapat orang lain di dalam blog kepunyaan saya ini, ok. Ampun maaf.
heliconia
September 27, 2012 at 12:21 pm
Nampaknya sdr tidak faham apa yg telah saya nyatakan…. sekali lagi saya ulangi, selagi seseorang itu menerima Al Quran sebagai petunjuk maka dia tidak boleh dituduh atau dikatakan menolak baginda nabi kerana Al Quran itu firman (kalam) Allah yg keluar melalui mulut baginda melainkan ada dakwaan bahwa Al Quran itu bukan melalui baginda nabi. Berbeza dengan riwayat2 hadis, siapakah yang dapat memberi jaminan bahwa sesuatu riwayat hadis itu benar2 bersumberkan baginda tanpa dimanipulasikan oleh orang2 yg berkepentingan?
Berkenaan individu tertentu yg sdr labelkan itu(berdasarkan komen2 meraka), saya kira sdr tiada hak untuk melabelkan seseorang dalam golongan tertentu selagi mereka itu tidak nyatakan sendiri atau mengakui, hanya individu yg suka duduk dalam golongan maka suka pula melabelkan orang lain bergolongan.
Saya dah baca link yg sdr beri itu…. membuat kategori ilmu seperti itu untuk memahami Al Quran hanya membuatkan manusia atau umat islam lebih menjauhi Al Quran dan akhirnya jadilah Al Quran itu satu perlembagaan yg tidak dipedulikan (Quran Surah 25 ayat 30 atau QS25:30) dan Al Quran hanya penting pada acara2 tertentu sahaja seperti mana yg berlaku pada hari ini.
Sekali lagi maaf…. ini kerana saya mendapati tiada perkataan yg sesuai selain dari itu untuk mengambarkan apa yg saya rasa keatas kenyataan artikel yg saya quotekan itu.
Syam
September 28, 2012 at 9:02 am
[quote]Ketika Al Quran menceritakan secara singkat dan ringkas, Al Hadis atau As Sunnah memperpanjangkan hingga jelas dan terang ceritanya atau hukum hakamnya
Adakalanya Al Quran menyebut hukum hakam, As Sunnah memansuhkan.
Al Quran juga adakalanya memberitahu secara ringkas, tidak sebut tempat, tidak sebut nama, As Sunnah atau Hadis memperincikan hingga jelas.
Kalau hendak ikut Al Quran sahaja akan tersesat jalan, Al Quran itu bersifat ilmu bukan perbuatan,
As Sunnah pula menggambarkan perbuatan hingga mudah diamalkan
[/quote]
Sama ada saya yg tidak faham atau kenyataan yg saya quotekan diatas mengelirukan…… As Sunnah sdr katakan “menggambarkan perbuatan hingga mudah diamalkan” dan “As Sunnah atau Hadis memperincikan hingga jelas” dan “As Sunnah memperpanjangkan hingga jelas dan terang ceritanya atau hukum hakamnya” namun sdr mengatakan “Adakalanya Al Quran menyebut hukum hakam, As Sunnah memansuhkan”.
Dapat difahami dari ketiga2 keterangan (ayat) sdr diatas, As Sunnah atau dalam bahasa melayunya adalah “perbuatan” yakni perbuatan terhadap hukum hakam yg terdapat dalam Al Quran…… maka bagaimana pula perbuatan (sunnah) tersebut boleh memansuhkan hukum hakam yg terdapat dalam Al Quran ? Melakukan (perbuatan) tetapi dalam masa yg sama batal….. bukankah apabila sudah batal maka tidak perlu dilakukan atau diperbuat ?
Lagi satu betul ke ada hukum hakam atau ayat2 Al Quran yg baginda nabi mansuhkan (batalkan) ?
Terima kasih.
Syam
September 28, 2012 at 9:35 am
Assalammualaikum&Selawat dari ana.Maafkan ana.Sebenarnya,apa yang dibentangkan oleh Puan Heliconia dah MANTAP.Muai & padat isi kandungan entry ini.Mungkin kerana “background/latarbelakang” yang berbeza,ana ingin sarankan Saudara Syam ke ustadzhazizi.wordpress.com,bab,”Pencerahan Modernisme,Sekularisme,Demokrasisme,Liberalisme & Pluralisme”.
After U get your Priorities & Prerogatives Straight & Right CONSCIOUSLY,rujuklah kepada husaynjan.wordpress.com untuk bab2,”Ayat2 Alquran yang dimansuh dengan Hadis”,basically,bab MUTA’AH dan lain2 lagi,Insya’Allah.
Never underestimate the power of the mind {faculti akal}.Itu sebab Allah Azza Wajallah selalu mengingatkan makhluk NYA,khususnya manusia supaya rujuk kepada Alquran & Sunnah bila ada perselisihan pendapat.
Siapa lah kita untuk compete dengan Albert Einstein atau Prof Stephen J Hawkings yang MENCABAR ALLAH dengan “Theory M in 11 Dimensions”???.
Power TANPA Control BUKAN Power,Akal TANPA Landasan BUKAN Akal.MUSNAH,BRO,MUSNAH!!!.
Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.
jahfarini
September 28, 2012 at 6:27 pm
Hujah balas anti-hadis:
http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah1.htm
Jomfikir
September 30, 2012 at 2:35 pm