Heliconia's Weblog @ Malaysia

Menuju Pemerintahan Kerajaan Islam Sejati @ Ajaib

Apa kata wanita lebihkan sikit taat kepada suami, OK?

with 8 comments

Isteri Yang Kurang Taat, Untuk Senyum dengan Suami pun ikut Mood

Isteri Yang Solehah Mampu Membahagiakan Keluarga, Menjadikan Anak-Anak Turut Sama Bernaung dalam Rumahtangga Rahmat, Inilah Asas Pembanterasan Gejala Sosial. Ia Tugas Sepanjang Hayat. Suami, Anak Lelaki, Seterusnya Muslimin akan terpandu untuk menjadi Soleh atas peranan besar Isteri Solehah yang bijak dan takutkan Allah. Tangan Isteri Solehah Mampu Menggoncang Dunia...

Penubuhan kelab seumpama ini tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit. Usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali perlu menjadi agenda utama kerana lelaki pemimpin kepada perempuan 

~ komentar Marlina Amir Hamzah, Peguam Syarie ke atas Kelab Taat Suami, Berita Harian 8 Jun 2011

Komen Heliconia : Dalam pada ramai lelaki ( statitiknya berapa peratus Puan Peguam? ) sudah tidak mampu memimpin, sudah dayus, sudah ‘useless’, sudah runtuh akhlaknya, maka disarankanlah para isteri  agar berkorban perasaan dengan cuba berusaha memuliakan suami yang  tak bertanggungjawab itu. Dalam pada wanita pun sama-sama membanting tulang mencari nafkah keluarga, berkorbanlah para isteri dengan merendah diri kepada Allah yang mengurniakan rezeki, yakni dengan semakin menundukkan hati pada suami. Memperolehi gaji lumayan dan dapat  membantu suami mencari nafkah tidak boleh dijadikan lesen untuk sombong dengan Tuhan hingga sukar sangat hendak menghormati suami yang Tuhan kurniakan kepadanya. Hingga sering terdetik, aku boleh hidup tanpanya! Tetapi, mana yang lebih mulia, status isteri atau janda?Ada isteri yang berkata ” Aku lebih rela menjanda, ia bagai satu rahmat”. Soalan ikhlas saya ”Apa benar-benar best ke jadi janda, dah rasa ke?”  

 Realitinya sering kedengaran umpatan isteri ” Para suami memang menyusahkan, semua kawan I cakap macam tu, suami diorang pun sama. Tak ada yang betul-betul ikut macam yang dikehendaki hadis” !

Jadi, apa kata para wanita yang taat sekalian, cetuskan revolusi dengan menjadi isteri solehah yang lebihkan taat, yakni taat, taat-setaatnya pada suami. Macam yang Rasulullah ajar? Merendah diri. Kurangkan berkata-kata, memulangkan paku buah keras sebab geram sungguh dengan suami tak bertanggungjawab tu. Berkhidmatlah dan melayan suami mengikut yang disaran dalam hadis  ” walaupun berada di atas belakang unta” -

Tak kiralah isteri berpangkat besar, gaji besar, menteri, doktor segala doktor ke, pensyarah, businesswoman ke, mak datin ke, pengarah syarikat ke,atau bergaji biasa-biasa je yakni kerani, jurujual, jururawat, pekerja kilang ke….

Saya rasa senario yang akan kelihatan adalah : Kurangnya, bukan zero terus, dari segi jumlah kes seperti ini :

1. Para Menteri, Datuk, CEO, ADUN,  dah kurang telefon orang-orang macam (former) Datuk Nallakarupan atau Datuk Eskay

2. Para suami bila habis kerja cepat-cepat teringat nak balik ke rumah, bukannya melencong berurut kaki atau badan di spa, atau berkaraoke di Red Box,  sebaliknya pulang untuk mendapat perkhidmatan tersebut daripada isteri atau seronok menunjukkan bakat nyanyiannya kepada isterinya

3. Para suami juga kurang keluar melepak tengok bola atau hisap syisya di kedai mamak, , sebab lagi best tengok bola sambil sembang dan bergurau dengan isteri yang lincah, mesra dan penyayang. Kalau isteri tak sempat  masak pun, tapau je nasi kandar dan teh tarik bawa balik rumah,  suruh isteri yang hidangkan dan temankan makan. Barulah berselera !

4. Bila hujung minggu, para suami dah kurang main golf sebab  isteri sepanjang hari duduk di rumah, jadi rugilah, time ni lah nak spend masa bersama-sama, window shopping ke, (qadha mana yang perlu ke), walhal dulu time weekend je mesti gian nak main golf sebab tak tahan tengok muka isteri yang ada je benda nak komplen di rumah, pot pet, pot pet. Kalau jenis mulut tak bising, muka pula yang masam

5. Suami dari keluarga sederhana pun suka pulang ke rumah, sebab walau hidup tak mewah, dan mampu beli motor je, isterinya bersifat qanaah, menerima apa sahaja pemberian suami. Bila mata terpandang isteri yang berhempas pulas menjaga rumah tangga dan anak-anak, setiap kali itulah terdetik doa di dalam hatinya agar Allah turunkan rahmat ke atas isterinya yang sabar itu. InsyaAllah, kalau abang mati dulu atau kamu mati dulu, abang REDHA kamu menjadi isteri abang.

6. Yang flirt sana-sini dah kurangkan aktiviti main sms, flirt kat FB, kat BBM,  kalau yang otak blue, web lucah pun jarang dibuka dah bila isteri dah tidur, malah internet pun dah jarang on, sebab seronok dapat isteri yang melayannya macam raja..  rasa SYIOK sangat… bila jiwa dah  dilimpahi kasih sayang yang SURREAL, benda-benda maya tu semua tolak tepi dah… Adoi…

(I cemburulah u all Malays can got wife like that  - komen seorang netter non-Muslim)

7. Yang dulu asyik naik tangan, naik kaki, tendang kerusi-meja, tiba-tiba terkedu. Eh, buang tabiat ke isteri aku ni?  Dah macam orang lain dah. Elok je, tak merah-merah mata menangis, tak merajuk dah, senyum pun menguntum je, cakap pun baik je, kalau tak —  ADA JE modal.. kalau tak kat rumah, dalam telefon, kat sms…. ada je yang tak kena….Sekarang ni asyik-asyik tanya ” Abang nak minum apa”? Padahal selalu buat sendiri, atau suruh anak buatkan.  ’ Abang penat ke?’ Abang nak urut?” Kalau macam ni dengan anak-anak aku tak sergah dah  selalu macam time aku sakit hati dengan bini..

Apa macam, boleh ke isteri cetuskan revolusi ini? Janganlah marah beb…

Ramai para isteri marah akan penubuhan kelab KTS  ini, manakala para suami pula sedang berfikir-fikir “Adakah aku sebenarnya anggota KTB iaitu Kelab Takut Bini? Di mana selalu aku cakap kat orang ” Ehem, bukan aku takutkan isteri, isteri yang tak takut aku hehe “. Ssshh..

Padahal fitrah isteri sebagai manusia  memanglah takutkan suami, masalahnya cuma susah nak taat. Jika seorang isteri tu takut tidak, apatah lagi taat,bermaksud wahai para suami sekelian, anda adalah manusia yang paling malang. Cek-ceklah apa yang tak kena, selamatkanlah isteri anda dari api neraka. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perintah taat suami adalah perintah Quran dan Hadis

Taat suami oleh setiap isteri adalah punca penyelesaian kepada masalah rumah tangga. Allah suruh taat suami untuk penyelesaian masalah.
Wanita solehah kahwin kerana Allah, taat suami atas sunnah Nabi.
Wanita, kalau tidak taat kepada suami sama ada lahir atau batin, itulah tidak takut Allah.
Bila sudah mahu menyerah diri kepada suami, lahir dan batin, itulah takut kepada Allah.
Bila sudah menghiburkan suami, itulah dikatakan takut kepada Allah.
Kalaulah bukan kerana takut kepada Allah, manalah dia sanggup menghina diri kepada seorang manusia seperti suami.
Bila melayan suami, tidak ingat Allah, itu tidak dianggap lalai.

Para suami di seluruh dunia selama ini menanggung satu masalah yang mana mereka sendiri tidak sedar. Mereka mempunyai isteri tetapi seolah-olah tidak memilikinya. Mungkin mereka menganggap itu adalah sebahagian ujian hidup yang mereka mesti terima sahaja.

Sebagaimana kata-kata dalam bahasa Perancis yang menggambarkan suatu keadaan seperti berikut:
Ada seorang yang lahir saja ke dunia, dia tinggal di rumah kayu di tepi pantai dan di atas air. Maka tandasnya di tepi laut itulah. Jadi satu keluarga akan buang air di situ. Mereka mengharapkan air lautlah membawa najis itu agar tempat mereka tidak busuk. Semasa air surut, kawasan itu menjadi sangat busuk. Orang-orang di situ sudah lali dengan suasana begitu. Mereka tidak merasa busuk lagi.
Namun bila pelawat datang dan berkata, ” Eh, kenapa kawasan ini busuk.”
Orang di situ berkata,” Kami tak perasan pulak busuk.”
Situasi ini kalau di dalam bahasa Perancis dipanggil ‘bur de gensi’ yang bermakna ‘orang yang sudah lali dengan persekitaran sebegitu’.

Begitulah dalam rumah tangga orang Islam yang menganggap perkahwinan, rumah tangga dan lain-lain semua seperti kisah tadi. Itu adalah budaya hidup yang sebenarnya sangat buruk tetapi sudah boleh diterima sebagai satu yang tiada pilihan.

About these ads

Written by heliconia

June 11, 2011 at 12:21 am

Posted in Kelab Taat Suami

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Memang mentaliti yang sudah dibasuh oleh guru kamu. kaum isteri yang asyik dipersalahkan. saya tak sangka blogger macam saudari pun menyokong kelab yang merendahkan kaum wanita, menyokong sebab nak tunjuk baik. Perkahwinan saya tidak bahagia sebab suami pernah curang 8 tahun lalu. Saya tidak dapat memaafkannya hingga sekarang. Awak tak tahu betapa sakitnya bila suami curang. padahal saya tidak pernah curang.

    isteri kecewa

    June 11, 2011 at 12:17 pm

  2. assalamualaikum untuk steri kecewa.
    Kelab Taat Suami merendahkan kaum wanita? atau puan yang rasa begitu?
    masalah puan ialah:-
    1. sejarah perkahwinan yang tidak bahagia
    2. menuduh suami curang
    3. tidak dapat memaafkan bekas suami atas dasar [kononnya] bersifat curang
    4. mengklaim diri tidak curang
    puan yang kecewa,
    - bila kita tidak kenal TUHAN, beginilah jadinya
    - bila kita tidak tahu perbuatan Tuhan, beginilah jadinya
    apa kata puan isteri yang kecewa banyak-banyak istighfar dan bersoal jawab dengan akal dan hati puan dan jawablah dengan ikhlas bahawa kenyataan di atas yang pihak puan keluarkan adalah dari lubuk hati [nafsu!] puan yang belum dididik dan dengan masalah yang puan isteri kecewa hadapai meruapkan tiket terbaik untuk dekat dan rapat serta akrab dengan TUHAN.
    suami adalah alat untuk mendapat TUHAN bukan alat untuk merasa kita MEMILIKInya….
    ujian yang puan isteri kecewa hadapi adalah alat untuk KENAL dan MESRA dengan Tuhan….
    Kalau puan bijak tentu puan sokong Kelab Taat Suami sebab banyak hikmahnya…
    bila puan bangkang dan tidak setuju maka puan isteri kecewa bukanlah dalam kategori isteri cerdik yang solehah tapi isteri kecewa yang bermasalah…. maaf ye…… jangan marah…. nanti mazmumah menyerang….

    ikhwan2011

    June 11, 2011 at 2:39 pm

  3. as salam puan heliconia

    - seorang isteri yg hampir berputus asa dgn perangai suaminya yg tak pernah solat, tak pernah puasa, jarang balik rumah, tidak memberi nafkah dan seribu satu masalah yg lain. dah tak tahu nak buat apa, akhirnya dia berdoa “Ya Allah, aku kembalikan suamiku kepadaMu. Engkaulah yg menjadikan dirinya, Engkaulah yang lebih mengasihi dirinya, hanya Engkaulah yg boleh memberi taufik hidayah kepadanya, tolonglah aku utk menolong dirinya. Ya Allah, aku let it go apa2 yg suami dah buat pada aku – i will just let it go…”
    - pd masa yg sama si suami pun sebenarnya dah tak tahu macam mana nak merubah dirinya menjadi baik. si suami sedar dan insaf akan keburukan dirinya tapi godaan dunia terlalu hebat utk dia lalui. pd suatu hari tanpa disangka2 Allah gerakkan dirinya utk bersolat buat pertama kali. dia berdoa bersungguh2 memohon ampun dan bertaubat.

    mesej tersirat drpd KTS ialah Tuhan hendak memberitahu:
    - wahai para isteri – AKU mencemburui kamu yg hanya bergantung harap kepada para suami kamu sahaja tanpa merujuk kepadaKU. walhal AKU lah TUHAN yg menjadikan dirimu dan suamimu. AKU jugalah yg mentakdirkan jodoh diantara kamu berdua.
    - para suami itu adalah manusia biasa seperti kamu juga yg mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri
    - AKUlah yg memerintahkan supaya isteri taat kepada suami
    - maka pintalah kepadaKU bgmn utk kenal suami mu, mengadulah kepadaKU tika kamu bermasalah dgn suamimu, nescaya AKU akan menolongmu

    kisah bgmn prof muhd kamil ibrahim (http://muhdkamil.org/) dpt berubah menjadi seorang hamba TUHAN yg taat boleh dijadikan iktibar. kesabaran isteri beliau, Puan Roza (http://www.rozaroslan.blogspot.com/) boleh dijadikan tauladan bgmn powernya seorang isteri boleh merubah hati hatta seorang prof menjadi hamba TUHAN yg sangat merendah diri.
    ” Namun anugerah berjumpa dengan Roza terlalu bernilai. Roza sentiasa berada di sisi ketika senang dan susah. Ketika saya mencari-cari arah kehidupan, beliau sentiasa berdoa kepadaNya supaya saya menjadi suami, ayah dan insan yang diredhaiNya.” prof muhd kamil
    bacalah buku karangan mereka – semoga boleh memberi inspirasi
    Travelog Haji – Mengubah Sempadan Iman
    Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
    Travelog Cinta Abadi
    Travelog Impian Abadi
    walaupun buku2 Abuya dah diharamkan, tapi Allah datangkan ilmu daripada orang lain yg masih memberi mesej ketuhanan yg sama

    terima kasih puan heliconia

    mueeza

    June 11, 2011 at 7:12 pm

  4. saya nak berkongi ttg isu lelaki tak/kurang bertanggungjawab serta usaha majlis peguam syarie utk melahirkan ramai lagi lelaki mithali.
    blog syurgadidunia ada mengupas isu ini secara terperinci (yg ditulis oleh seorang lelaki):

    “Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak Bertanggungjawab.”

    http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/patutlah-lelaki-menjadi-semakin-bodoh.html

    ia berkaitan dgn gaya hidup pergaulan bebas di zaman moden (jahiliah akhir zaman) yg mencengkam setiap generasi lelaki2 kita.
    minda lelaki secara biologinya akan menjadi lemah bila terdedah pd perkara2 yg ditegah syariat.
    ia ada kaitan dgn budaya hedonism tanpa batas yg sentiasa menyajikan watak2 “lady in red”.
    kita boleh tengok siri The Arrivals (The Wake Up Project) utk faham bahawa TV merupakan alat pukau dizaman moden yg penuh dgn subliminal message negatif.

    dan jawapan terbaik utk menjayakan misi para peguam itu ialah….ikutlah cara Abuya yg melagangkan kebudayaan Islam, sekolah Islam, ekonomi Islam dll yg telah berjaya melahirkan para lelaki mithali yg disokong oleh para perempuan yg juga mithali disisi mereka. maka dpt mengurangkan para lelaki kita dr terus terdedah dan tergoda tanpa sedar oleh para “lady in red” diluar rumah.
    oleh itu para isterilah yg sewajarnya menjadi “lady in red” yg haq kepada suami mereka.

    terima kasih puan heliconia

    mueeza

    June 11, 2011 at 11:02 pm

  5. salam. kpd isteri kcewa. [....menyokong sbb nak tunjuk baik] perkara yg baik memang perlu ditunjukkan supaya ianya menjadi ikutan kpd orangramai sementara perkara yg tidak baik perlu disorokkan supaya ianya juga tidak menjadi turutan orang kebanyakan.

    abaziz66

    June 12, 2011 at 2:40 am

  6. baguslah heliconia ada usaha menyebarkan dakwah…tapi bagi saya…si suami yang kurang iman itu…haruslah ditingkatkan imanya….bukannaya di puaskan nafsunya……nafsu ni…sifat dia tidak akan pernah puas…..tak kiralah isteri dah bergoyang lebih dari pelacur ke…..tapi isteri tak cantik…dia pegi cari lain juga…..sbb itu saya tak setuju dgn komen kelab ini kene layan suami mcm layanan pelacur kelas atasan supaya suami tak curang………tapi saya setuju kalau diajak taatkan suami…..cuma bab layanan cm pelacur tu je rasa mcm tak sedap dengar……

    lelaki yang nak curang…dia akan curang jugak….walau isteri dia dah hebat dlm melayan….sebab kat dada dia iman dah hilang….jadi apa kata kelab KTS ni ajak para suami isteri menebalkan iman dlm diri….

    sumaiyah abd rahman

    June 22, 2011 at 12:26 pm

  7. janganlah padam entry saya ye….keluarkanlah bagi ramai yang baca

    sumaiyah abd rahman

    June 22, 2011 at 12:27 pm

  8. Sumaiyah, saya terpaksa padam komen2 lain yg sampai 3,4 komen sebab isinya berulang-ulang.
    Saya melihat pendapat Sumaiyah di atas sebagai pendapat peribadi, bukan satu ulasan yang bersifat global.

    Saya setuju, berkenaan menguatkan iman, itu sudah semestinya satu kewajiban bagi setiap Muslim lelaki mahupun perempuan, “awal-awal agama adalah mengenal Allah”

    Sebab itu sejak sekian lama, Abuya tekankan berulang2 akan solat membina peribadi agung, buku dah bermacam buku tentang solat, sajak, nasyid. Kursus solat pun selalu buat. Jika Sumaiyah beserta ( isteri atau suami Sumaiyah )nak ikuti, nanti saya post entri mengenainya

    heliconia

    June 22, 2011 at 2:56 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 783 other followers