Berkuda, memanah, berenang, sunnah Rasulullah SAW

 

Hamzah, (penjaga kuda di Perdana Stables milik Tun Dr Mahathir Muhammad di Pulau Langkawi) adalah seorang penunggang kuda yang tangkas, sedang menunggang Al Barriq. Al Barriq adalah kuda stallion Arab pemberian Raja Arab Saudi semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Sejak kita lahir kita sudah terbiasa mendengar kuda yang dikaitkan dengan perjudian seperti loteri lumba kuda, juga yang berkaitan permainan polo. Yang banyak terlibat pula adalah para taukey kapitalis, taukey judi seluruh dunia, orang-orang atasan.

Budaya berkuda seolah-olah dipinggirkan dari seluruh lapisan masyarakat kita. Hingga terwujud satu mentaliti terkait iaitu, KUDA = JUDI = HARAM.

Yang Mulia Sultan Mizan, Yang Dipertuan Agong bila ditanya orang ” Kenapa gemar berkuda?”

Jawab baginda ” Ini sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW.”

Bahkan ! Berkuda ini adalah kesukaan Nabi. Pernah atau tidak kita terfikir bahawa apa pun yang junjungan besar nabi kita buat akan segera dimusuhi, diburukkan dan diputar belit oleh musuh. Contohnya amalan poligami, ia satu sunnah yang menjadi amalan para solehin, dicemuh dan dimomokkan hingga dibenci sungguh oleh orang Islam sendiri.

Musuh Islam apabila melihat bahawa Rasulullah itu sangat menggemari kuda,  mereka tahu kebaikan berkuda itu sangat merbahaya jika nanti diikuti oleh orang Islam. Musuh akan menghalang segala bentuk kekuatan yang ada pada Rasulullah yang akan dapat memanfaatkan umat Islam.

Mereka sangat-sangat berhasad dengki dan memburukkan segala yang dari Rasulullah sejak sekian lama dan merancang agar umat manusia sedunia menganggap baik semua kejahatan mereka.

Namun, pejuang Islam di TIMUR akhir-akhir ini telah berjaya meleraikan fitnah kepada Islam, bermula dari yang paling asas iaitu membudayakan kewajiban menutup aurat dengan memakai tudung, malah amalan poligami turut dibela semula.

Apabila Rasulullah SAW berkuda dan dilihat hebat serta nampak ada kekuatan, musuh Islam merosakkan budaya ini, maka dibuat berkuda ini dikaitkan dengan judi, hanya untuk orang atasan, maka mereka kawal kuda ini dari sampai ke umat Islam seperti juga mereka menghalang dari orang memperkatakan tentang Imam Mahdi.

Ada sesetengah kuda jenis Arab Sambrani mempunyai  tanda kebesaran iaitu tanda seperti huruf alif di lehernya dan tanda ini menunjukkan ia kuda keturunan kuda Rasulullah. Tanda ini diperturunkan kepada bakanya hingga sekarang. Tanda lekuk itu ialah satu ‘impression’ iaitu tempat  tekan ibu jari Rasulullah SAW semasa memegang lehernya untuk menaikinya.  Tanda ini juga dikenali dengan nama ‘ THE PROPHET’S THUMB’ . Inilah mukjizat.

FAEDAH BERKUDA, MEMANAH, BERENANG.

Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ‘ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Memanah

Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Berenang

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular )

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

——————————————————————

Tun Dr Mahathir Mohamad mula meminati riadhah berkuda semasa berumur 60 tahun. Beliau mengekalkan kesihatan badannya dengan mengamalkan sunnah kegemaran Rasulullah ini.

Berikut petikan rencana dari : http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/4034.html

Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.(riwayat Muslim)

Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:

(1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah).
(2) Seorang yang mendidik kudanya.
(3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya.
(4) Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)


Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
“Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah s.a.w.) pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.

Adapun hadiah yang dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat Ahmad).

Dan ia bersabda:

“Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, yaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, yaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi kebutuhannya.

(Riwayat Bukhari dan Muslim

Alifah, salah satu kuda peliharaan GISB di Kedah, mempunyai tanda “the prophet’s thumb’ di lehernya.

About these ads

8 Comments on “Berkuda, memanah, berenang, sunnah Rasulullah SAW”

  1. saiyidi says:

    Hurmmm…..DIPONEGOROpun sgt tangkas dlm menunggang kuda & dia

    sangat sayang dgn makhluk ciptaan Tuhan ini. Siap diberi nama…KIYAI GENTAYU dan disajakkan…

    Abuya Ashaari juga punya minat yg sama….

    Saya rasa org yg diberikan Tuhan minat berkuda ini pasti ada keturunan pejuang!

    Like this

  2. Nurulhaq says:

    It remind me of him too…hope he will be among the ten horswmen including me insyaAllah by the karomah and barokah of the Youth of Tamimi Amin…

    Following is part of the relevant Hadith narrated by Yusair Bin Jabir regarding the horses.
    A cry will reach them: ‘The Dajjal has taken your place among your offspring.’ They will therefore throw away what is in their hands and go forward, sending ten horsemen as a scouting party. Allah’s Apostle (peace be upon him) said: ‘I know their names, the names of their forefathers and the color of their horses. They will be the best horsemen on the surface of the Earth on that day or among the best horsemen on the surface of the Earth on that day.’”(Sahih Muslim, Book 41, No. 6927)

    Like this

  3. luqman says:

    nk ternak utk tunggang kuda, tapi kuda mahal.. yang termampu kita ternak kambing je.

    Like this

  4. heliconia says:

    We have to start somewhere, bila ada kemampuan, pasti ada jalannya. Kuda dah jadi asing pada masyarakat Melayu, macam pupus ..sebab tiada inisiatif usaha membela kuda

    Like this

  5. wak sempadan87' says:

    hati orang2 yg minat berkuda semacam ada satu pahutan yg kuat. alhamdulillah skarang saya ada saekor kuda yg tgah bunting. klau di lihat skarang banyak yg telah memiliki kuda seperti di kelantan dan di dengkil selangor cuma kita yg perlu berani untuk bertanya.

    Like this

  6. Kalijogo87 says:

    serius best naek kuda.. insya Allah, smpai masenye nanti, pejuang2 akhir zaman semuanye berpeluang berkuda.. ameen..

    Like this

  7. heliconia says:

    Naik kuda ni bagus untuk mereka yang tulang belakangnya kena alignment dan balancing di samping menenangkan fikiran serta meningkatkan paras endorphin ( hormon penenang ) ke otak..

    Bila termembaca forum2 orang putih yang berbincang pasal kuda2 mereka, rasa cemburu juga, mereka lebih tahu ASAL USUL the PROPHET’S THUMB,suatu tanda pada leher kuda, berbanding kebanyakan kita..

    Like this

  8. Rara says:

    ada siapa2 b’minat? http://www.pemanah.net

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers