Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

‘GELORA’ mengajarku erti Tuhan

Bila suami dan anak turun ke laut  seawal jam 3 pagi setiap hari, hati tertanya. ” Balikkah mereka nanti, atau akan ditelan laut?”

Begitulah. Hati para nelayan dan keluarganya dilunakkan setiap hari oleh keganasan laut. Lembutlah hati para nelayan oleh proses yang menyebabkan mereka sentiasa bergantung kepada Tuhan. Hati para nelayan tidak sombong, sentiasa dalam ketakutan. Walau hidup miskin, mereka merasa cukup, Itulah persiapan hati yang akan dibawa mengadap Tuhan di hari pembalasan yang mengerikan.

—————————————————————————

TAKUT DIPUKUL WARGA KAMPUNG

Di sebuah masjid, di Kampung Asoib, walau jemaah sudah bersurai, Pak Imam belum juga bergerak dari tempat duduknya. Mohamad dengan perasaan ingin tahu mendekati Pak Imam lalu bertanya.

” Mengapa Pak Imam terisak-isak sewaktu berdoa dan kelihatan amat bersedih? Apakah yang menyusahkan Pak Imam?”

” Saya takut”

“Mengapa?”

” Saya takut dipukul warga kampung”

” Tak mungkin orang kampung berani pukul Pak Imam, untuk apa??”

” Maksud saya, saya takut dipukul nanti oleh warga kampung akhirat iaitu para malaikat, kerana susahnya hendak khusyuk dalam sembahyang”

Ya Allah, ampunkanlah kami, kurniakanlah kami hati yang khusyuk, bantulah dan ajarilah kami untuk mendapatkan solat yang khusyuk.”

June 19, 2008 - Posted by heliconia | Fikir Guna Hati, KULIYYAH.....! | | No Comments

No comments yet.

Leave a comment