Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Jentera Tuhan yang menciptakan sebutir nasi

Sebutir nasi adalah rezeki dari Tuhan

Pernahkah kita meluangkan sedikit masa dari umur kita untuk memikirkan hakikat ini?

Sebelum sebutir nasi itu ada di hadapan kita, seluruh jentera kerajaan Tuhan telah bekerja
keras menghasilkannya.

Jika kita sedar, pasti kita tidak akan sampai hati untuk memperlekehkannya walaupun sebutir.

Mari kita telusuri perjalanan sebutir padi ciptaan Tuhan, hingga akhirnya terhasilnya sebutir nasi.

Para petani atau pekerja ladang menyemai jutaan benih-benih padi di sawah mereka - benih padi yang sudahpun wujud ratusan kurun, yang  belum pernah lagi mengalami kepupusan. 

Hari apa dan tarikh bila benih ini diturunkan ke bumi hanya Penciptanya yang tahu.

Setiap hari si petani, pekerja ladang yang rata-rata miskin itu menyiram dan menjaga semaian mereka,

Di sebalik itu sebenarnya para malaikat di bawah perintah Allahlah yang mengawal dan menjaga
tumbesaran tanaman rezeki kurniaan Tuhan kepada manusia itu.

Akar-akar padi, Tuhan arahkan agar bergeraklah !! menjalarlah,
pecahkanlah!!
kelikir-kelikir tanah di bumiKu menjadi ketulan halus..

Molekul2 mineral dan makhluk air pula, TAAT menurut perintah,
SETIA berkhidmat terus mengalir di celah-celah tanah, menyerap ke dalam akar tanpa soal,

Sang matahari, SIAJAIB  yang tak pernah padam ‘lampu’nya sejak ia diciptakan,
memancarkan cahayanya ke atas dedaunan hijau, demi proses fotosintesis

molekul-molekul O2 yang ‘ghaib’ di udara, juga
disedut oleh si makhluk hijau itu untuk proses respirasinya..

Masa ciptaan Tuhan kemudiannya mengizinkan buah-buah padi itu masak,
untuk dituai hasilnya.

Ribuan petani atau pekerja yang mengendalikan mesin-mesin di ladang, di kilang, para pekerja sistem pengangkutan, gudang, pasaraya, pekedai, adalah semuanya makhluk Tuhan yang membantu menyampaikan walau sebutir padi kepada kita.

Pernahkah kita si hamba Allah terfikir sesenduk nasi di dalam piring kita itu asalnya dari mana, siapa yang menyemai benihnya ke bumi..dan seterusnya?

Guru mengajar, bila kita di hadapan makanan, rendahkanlah hatimu, berterimakasihlah kepada Tuhan,
berdoalah untuk semua petani, nelayan, penanam sayur, pekedai, tukang masak dan
semuanya yang membantu memberi nikmat itu kepada kita.

Betapa MAHA baiknya Allah.

Sesungguhnya walau sekaya mana pun manusia, ia tidak akan mampu hidup sendirian.

 ——- LOVE GOD, CARE FOR HUMANKIND.

May 4, 2008 - Posted by heliconia | KULIYYAH.....! | | 10 Comments

10 Comments »

  1. Subhanallah, berapa banyak pembaziran nasi2 yang tak dimakan dilongkang2, tanah dan didalam plastik2 sampah. Patutlah ia menangis.

    Comment by gearbox | May 4, 2008

  2. Ya Allah.. malu rasanya bila baca posting ini. Kita tak hidup bersendiri. Setaip sesuatu atas Perintah Allah dan setiap makhlukNya akur untuk memberi khidmat kepada manusia khalifah di bumi.

    Sedang kita selalu alpa melupakan Tuhan. Ramai juga yang lupa berterima kasih kepada makhluk Tuhan yang lain. Termsuklah diri yang menulis ini. Ampunkan ku Tuhan.

    Comment by Diri | May 5, 2008

  3. Sesiapa mendoakan kebaikan untuk saudaranya maka seluruh penduduk langit akan mendoakan kebaikan 1000 kali ganda untuknya.

    Rasanya sungguh mustahil jika benda kecil sebulir nasi pemberian Tuhan pun kita tak sanggup menghargai, bagaimana kita akan menghargai amanah2 Tuhan yang lain yang lebih besar.

    Kita kena belajar makan terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain…

    Comment by aboutmiracle | May 5, 2008

  4. Betul gearbox, cuba kita lihat org kita time makan buffet, macam jerung kelaparan, lepas tu tak habis. Sebab tu ada sesetengah restoran di Spore, jika kita makan buffet, yang tak habis pun pihak tuan punya akan charge juga untuk mendidik orang agar tidak mmebazir.

    Diri - same here…

    AM, ya, jika amanah sekecil ini kita tak sanggup jaga, bayangkan hati orang2 yang enak2 menerima rasuah — Jom, kita ceramahkan kuliah sebutir nasi ni pada datuk Zahid :)
    Zahid Akan Mulakan Jihad Memerangi Rasuah

    Ini petikan sajak di page — Luahan hati. Begitu halusnya hati seorang hamba pencinta Tuhan..

    Kemudian..saya melihat screen komputer ini - dan terdetik, mari kita doakan manusia2 yang telah berjasa membantu menyediakan alat2 canggih ini utk kemudahan kita, agar mereka juga akan turut kenal Tuhan dan masuk Islam,
    (bagi yg belum Islam)…

    Bila aku berpakaian,
    Menaiki kenderaan,
    atau menghadap hidangan…
    Terbayang di fikiranku
    Banyak orang yang terlibat
    Dalam menyediakannya
    Aku merasa berdosa

    Aku merasa berdosa
    Kalau tidak mendoakannya

    Comment by heliconia | May 6, 2008

  5. Betul Heli, kita harus doakan juga manusia2 yang menyediakan alat2 dan teknologi canggih ini. Jangankan yang berjasa pada kita, kalau kita mahu jadi orang Tuhan, mereka2 yang berbuat jahat pada kita pun kena kita doakan, membalas kejahatan mereka dengan kebaikan.

    —- maaf OOT sikit —-

    Saya baru perasan pada posting2 tertentu di WP ni sekarang terdapat ‘automatic generated links’, ianya memang meningkatkan jumlah links2 kepada bloggers WP yang lain dan juga meningkatkan jumlah visitors( sebelumnya biasa menggunakan sistem TAGS ).

    Dengan itu semoga semakin banyak orang2 yang membaca website2 semacam ini untuk mendapatkan kebenaran. Thanks GOD…

    Tapi ada yang membuat saya sedikit pening pada perubahan WP ini, yaitu pada random avatar (simbol2) yang diperuntukkan bagi non-registered persons.

    Comment by aboutmiracle | May 7, 2008

  6. br kt sedar kt nie bangsa yg suka membazir…bukan sj dr bahan2 makan malah dalam semua aspek kita membazir..masa, tenaga, fikiran dan semuanya yg ada kt bazirkan. walhal membazir kawan saitan….dan kt jg sering melupakn golongan yg menyediakan, yg kt tahu hanya makan minum, berpakaian. tp golongan yg menyediakan kt lupakan. kt rasakan duit kt blh beli segalanya..tp sekarang banyak duit pun dah tak berguna…duit kt bertimbun tp kalau makann takde hendak dibeli nak makan apa..nak makan duit kertas yg berlambak di peti2 besi..di bilik kebal atau duit kt yg berjuta di bank..oleh itu sama2lah kita membaiki diri..dan membela golongan petani dan buruh2 kasar. paling kurangpun kt rs simpati dan mendoakan kesejahteraan mereka agar mereka selamat di dunia dan di negara akhrat sana….sedarlah duit kita yg berjuta tu tak kemana pun kt masih lagi memerlukan orng yg selama ini kt lekehkan selama ini seperti golongan petani dan buruh-buruh kasar.

    Comment by SuperSoleh | May 7, 2008

  7. HIKMAH CIPTAAN TUHAN
    Tuhan jadikan manusia berbagai-bagai peringkat ada hikmahnya,
    Bahkan ada rahmatnya,
    Ada yang kaya, miskin, pandai, bodoh, berpangkat, orang biasa,
    Kalau setiap golongan itu faham dan boleh menerima hakikat, boleh bekerjasama,
    Alangkah indahnya dunia,
    Jika Tuhan jadikan semua manusia satu golongan sahaja,
    Atau dua tiga golongan manusia sahaja, manusia terseksa,
    Kerana keperluan hidupan manusia berbagai-bagai macamnya,
    makan, minum, makanan, tempat tinggal, kenderaan, pentadbiran, kepimpinan,
    pengawal, perhubungan dan lain-lain lagi;
    Setiap bidang itu memerlukan tenaga manusia menjayakannya,
    Menyediakan makan minum, tempat tinggal,
    Munasabahlah orang miskin yang membuatnya,
    Pentadbir adalah orang yang sederhana kepandaiannya yang menjayakannya,
    Para pemimpin tentulah orang yang bijak pandai yang boleh melakukannya,
    Menjaga kebersihan, mengawal keselamatan, membawa kenderaan,
    tidak perlu orang pandai,
    Kalau kita lihat di sini satu sama lain perlu-memerluka,n
    Kerana itulah. Tuhan menjadikan manusia berbagai-bagai golongan,
    Kerana sesuai menjayakan bidang-bidang kehidupan,
    Cuba kita fikir kalau semua orang kaya,
    Siapa hendak menjadi petani dan nelayan,

    Kalau semua orang bijak pandai, siapa hendak menjadi buruh kasar?
    Untuk kebersihan pekan dan bandar,
    Jika semua golongan miskin, siapa pula yang hendak membangunkan ekonomi
    bangsa dan negara,
    Sekiranya semua golongan tidak pandai,
    Siapa yang akan jadi pemimpin atau pegawai tadbir?
    Apa akan jadi jika tidak ada pemimpin?
    Atau tidak ada pegawai tadbir?
    Atau apa akan terjadi kepada rakyat pemimpin yang tidak pandai?
    Atau pegawai tadbir yang tidak ada ilmu?

    Baru kita faham pentingnya ada berbagai-bagai golongan di dalam masyarakat,
    Setiap bidang ada orang yang menyelesaikan untuk keperluan setiap golongan,
    Rakyat makmur semua keperluan hidup ada, kemudahan-kemudahan sedia ada,
    Kalau setiap golongan perlu ada untuk menunaikan keperluan hidup di semua,
    Untuk kepentingan bersama di dalam kehidupan,
    Setiap golongan perlu-memerlukan satu sama lain,
    Kalau kita faham hakikat ini semua golongan mulia, setiap kelompok ada jasa,
    Tapi kenapa terjadi di dalam kehidupan, yang kaya,yang berkuasa, yang pandai sombong
    dan bangga,yang miskin bodoh dihina;
    Golongan bawahan hasad dengki, golongan atasan menghina,
    Sedangkan setiap golongan perlu-memerlukan,
    Mengapa terjadi saperti yang dikatakan?
    Padahal setiap golongan ada jasa kepada kelompok yang lain,
    Sebabnya kerana mereka sudah kehilangan Tuhan,
    Takut dengan Tuhan sudah tidak ada,
    Cintakan Tuhan apatah lagi sudah gersang,
    Maka otomatik kasih sayang sesama insan hilang,
    Maka terjadilah benci-membenci satu sama lain padahal perlu-memerlukan.

    Comment by SuperSoleh | May 7, 2008

  8. KALAU ENGKAU MAHU BERFIKIR

    Pagi-pagi engkau keluar rumah, untuk tugas harian,
    Mula-mula sekali bumi (tanah) yang engkau pijak,
    Itulah dia kejadian engkau yang pertama,
    Kejadian engkau yang kedua lebih lagi hinanya,
    Kalau engkau orang yang insaf, engkau malu dengan diri engkau,
    Sombong engkau sudah tentu hilang,
    Engkau pun merendah diri di muka bumi Tuhan,
    Apabila engkau berhadapan dengan makanan yang sedang dihidang,
    Makanan dan lauk-pauknya pula berbagai-bagai jenisnya,
    Ada sayur, ada ikan, ada daging bukan engkau yang mengusahakannya,
    Engkau hanya memilih bahan mentahnya,
    Kalau mata hati engkau celik,
    Engkau akan terasa wah ramai sungguh orang yang memberi khidmat kepada engkau,

    Sama ada engkau sedar ataupun tidak, kenal atau sebaliknya,
    Secara langsung mahupun secara tidak langsung,
    Biasanya mereka itu adalah buruh-buruh,nelayan-nelayan dan tenaga orang susah,
    Engkau akan terasa sedih waktu hendak makan,
    Pasti engkau akan simpati kepada mereka itu,
    Jangan-jangan mereka tidak pun memakan seperti yang engkau memakan makanan yang sedap-sedap itu,
    Padahal merekalah yang menghasilkan semua itu,
    Tentulah engkau akan sentiasa mengambil berat mereka-mereka yang miskin dan susah,
    Kerana mereka setiap hari memberi khidmat kepada engkau,
    Begitulah seterusnya setiap apa sahaja yang engkau gunakan, miliki dan pakai,
    Berapa ramai pula yang terlibat menjayakannya,
    Lagilah ramai orang yang telah berjasa kepada engkau,
    Apakah engkau boleh berfikir semacam ini?!
    Kalau engkau berfikir semacam ini,
    Engkau tidak akan sombong, pasti engkau merendah diri,
    Kalau engkau boleh berfikir semacam ini,
    Sudah pasti engkau sentiasa simpati dengan golongan yang susah,
    Engkau tidak akan menghina mereka,
    Tapi engkau tidak berfikir semacam ini,
    Maka engkau pun sombong, dan fakir miskin engkau tidak peduli.

    Comment by SuperSoleh | May 7, 2008

  9. AM said

    “Tapi ada yang membuat saya sedikit pening pada perubahan WP ini, yaitu pada random avatar (simbol2) yang diperuntukkan bagi non-registered persons”

    Hm..saya dah ubah setting ( untuk sementara ) automatically generated wavatar pada unregistered WP users. Kind of FUN. Cuma yang supersoleh punya — tak berapa cute - hope SS 313 doesn’t mind.

    Sekarang saya sibuk sedikit, nanti saya ubah semula .. :D

    Comment by heliconia | May 7, 2008

  10. Nice avatar, thanx u so much Heli.

    Comment by gearbox | May 7, 2008

Leave a comment