Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Harga makanan naik : Sekatan ekonomi dari TUHAN!

Pix : The Silent Tsunami - Food Protest in Mexico.

The U.S. Role in Haiti’s Food Riots: 30 Years Ago Haiti Grew All the Rice It Needed. What Happened?

Kenaikan harga makanan global secara teorinya berpunca dari penggunaan bahan makanan mentah yang diproses untuk menjana ethanol, sejenis biodiesel - alternatif kepada petroleum sebagai bahan bakar.

——————————————————————————-

Dunia sedang ditimpa bala dari segala sudut. Kenaikan harga makanan mendadak berlaku di seluruh dunia. Harga makanan asas naik berlipat kali ganda : harga jagung, gula, susu, beras, tepung, minyak. Di negara2 dunia ketiga dan membangun, semakin ramai yang kelaparan sehingga menyebabkan kebuluran dan rusuhan. Lihat video : FOOD RIOTS Begin Worldwide

Di Afghanistan contohnya, ramai yang terpaksa makan roti murah yang selalunya guna diberi makan binatang peliharaan.

Hati kecil berkata. Tidak apalah, ini sementara sahaja. Nanti para cerdik pandai dan pakar ekonomi dunia tahulah jalan keluar dari permasalahan ini.

Kemudian hati tersentak seketika.  ?? Bolehkah semua masalah dunia ini kita mengharapkan manusia sendiri yang menyelesaikannya ? Apatah lagilah masalah ekonomi. Contoh paling mudah. Siapa yang boleh diharap untuk menahan supaya harga petroleum tidak akan naik lagi?  Siapa yang boleh diharap supaya harga petroleum turun sekurang-kurangnya 50%?  George W Bush? OPEC? Bank Dunia?

Bagaimana dengan masalah-masalah lain yang tidak selesai-selesai. Sudah sekian lama, masalah perang, jenayah, masalah gejala sosia, penyakit, ketagihan dadah, AIDs,  kemiskinan, tiada nampak sedikit pun tanda-tanda  noktah akan berakhirnya.

Dalam negara kita sendiri Malaysia tidak terkecuali Semua orang merasa bahana bebanannya. Pemimpin pening kepala. Rakyat sugul. Pemborong kata beras ghaib, peniaga pun kata beras lesap . Suatu waktu dahulu, walaupun kita tidak mewah, tidak ada TV satelit, handphone atau internet,  tidaklah sampai susah untuk makan. Makanan murah !!  Bacalah keluhan pemborong dan pekedai beras serta penjual nasi.
Kesan kenaikan harga makanan keperluan,  ramai penjual kuih, penjual nasi yang serba kesusahan, berniaga takut tak pulang modal. Para penggunalah yang akhirnya merasa sangat terbeban dengan kekurangan bekalan dan kenaikan harga segala keperluan asas ini.

Tidakkah kita pernah terfikir bahawa ini semua kerja Tuhan? Apa Tuhan itu tiada peranankah?

Terimalah HAKIKAT bahawa sekarang seluruh dunia sedang dilanda sekatan EKONOMI dari Tuhan. Inilah bala dariNya bila semua manusia tahu MAKAN sahaja tetapi melupakanNya. Semua manusia sudah terlalu lalai. Sudah terlalu bertuhankan duit.

Manusia berfikir, dengan adanya duit maka segala masalah boleh selesai. Bukankah hakikatnya masalah yang melanda dunia semuanya juga puncanya adalah duit?  Negara sesama negara berperang kerana harta, kerana minyak, kerana duit. Manusia merompak, makan rasuah, membunuh, berpolitik semua kerana duit, bukan kerana Tuhan. Tuhan sudah tak relevan.

Walhal, Tuhanlah penyelesai segala masalah dunia dan akhirat

BAGAIMANA TUHAN AKAN MENYELESAIKAN MASALAH INI ?

Ambillah iktibar dari sejarah :

Semasa Halimatus Saadiah mengambil Rasulullah SAW sebagai anak susuannya, dia yang miskin tiba-tiba  menjadi kaya. Untanya yang kurus menjadi gemuk, kambing-kambingnya mengeluarkan susu yang banyak. Rezekinya melimpah ruah berkat kemuliaan Rasulullah SAW. Allah, demi sangat cintaNya kepada Rasulullah SAW, mengurniakan keberkatan kepada keluarga miskin Halimah.

Juga, semasa pemerintahan Saiyidina Umar bin Abdul Aziz ra, negaranya makmur, rezekinya banyak. Harta benda melimpah ruah kerana BERKAH  pemimpin bertaqwa, sehingga zakat yang dihantar ke Mesir, Yaman, Habsyah, untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin, pulang semula ke Damsyik sebanyak yang dihantar tadi, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana khalifah pun.

Semua orang berkasih sayang. Manusia hilang rasa pergaduhan, padahal sewaktu itu pergeseran hati puak Umaiiyi, Abbasi dan Alawi yang sedang hebat pun boleh reda begitu sahaja. Serigala dan kambing  pun oleh berbaik seperti yang masyhur diriwayatkan orang.

Bila serigala sudah menerkam kambing semula, rupa-rupanya orang perasan bahawa khalifah sudah meninggal dunia.

Ini semua adalah berkah pemimpin yang dicintai Tuhan.

Jadi, pada zaman ini jika kita mahukan Tuhan turut campur tangan menyelesaikan masalah dunia, maka kita carilah pemimpin yang turut dicintai Tuhan. Pemimpin yang boleh membawa manusia tunduk kepada Tuhan. Yang demikian itu, maka rahmat Tuhan akan turun dan rezeki akan melimpah ruah. Segala sekatan ekonomi akan ditarik balik.

Inilah teori ekonomi Islam yang hakiki, yang berasal dari kekuatan Roh. Tiada debit atau kredit. Kuncinya adalah mencintai Tuhan. KUNCINYA ADALAH CINTA KEPADA TUHAN!. Cukup dengan apabila rakyat menerima pemimpin yang dicintai Tuhan, pasti Tuhan akan selesaikan masalah manusia.

InsyaAllah, sistem pemerintahan yang kucar kacir dan kejatuhan ekonomi yang semakin dirasai ini adalah petanda Allah akan menyegerakan kedatangan mereka.  Amin. Ya Tuhan —  KASIHANILAH KAMI.

May 4, 2008 - Posted by heliconia | Fikir Guna Hati, PENYELAMAT, WATAK DUNIA | | 18 Comments

18 Comments »

  1. Amin ya rabbal a’lamin.
    Tadi ada pakistan datang niaga khat, borak2 dan last2 terpancul perkataan ‘black flag’ dari mulut die.
    Nampaknya semua bangsa (terutama khurasan) sedang menunggu2 ketibaan panji2 hitam ini.

    Comment by gearbox | May 4, 2008

  2. Pemandangan di atas memang hari2 dapat dilihat di TV2 sini. Rakyat antri membeli beras, minyak goreng, bahkan air bersih pun harus dibeli.

    Seperti dibawa flash back tahun 1965 waktu komunis berkuasa.

    Bezanya sekarang berlaku di zaman serba canggih, zaman internet, di zaman banyak orang pandai2.

    Comment by aboutmiracle | May 5, 2008

  3. Istilah ‘merangkak di atas salji ‘ dan ‘ panji2 hitam’ ni sanagt popular di kalangan musuh Islam sejak sekian lama kerana takutnya mereka pada Al Mahdi.

    Mereka sangka betullah Mahdi akan muncul dari Khurasan/ Afghanistan sana, sebab di sana ada salji walhal wilayah Khurasan dlm hadis dikatakan yg akan turut sama ‘membantu’ perjuangan itu, di mana di situ akan bergabungnya puak panji2 Hitam dari Timur yg telah mara ke kawasan tsb

    Pendapat lain - “Merangkak di atas salji” , selain menunjukkan betapa sukarnya untuk kembali kepada Tuhan dan Islam yg benar dan menunukkan betapa mahalnya ilmu itu yang berada pada pembawa panji2 hitam itu..

    ia juga menunjukkan tanah kebangkitan kali ke dua itu MASIH BERSAMBUNG dengan Tanah Madinah - ( dalam konteks semasa hadis itu dituturkan) dan terletak di Timur.

    Amerika mencari ‘black flag’ di Afganistan yang bersalji, Sebelah kakinya juga sudah berpijak di Pakistan..

    —————–
    Istilah Indonesia ‘antri’ itu dalam BMnya adalah beratur - “queue up”

    Comment by heliconia | May 6, 2008

  4. Ya betul tu Heli, semasa bercakap mengenai keadaan politik dinegaranya, walaupun ada bunyi2 kehampaan dengan kematian Benazir Bhutto malahan die cukup mengagumi ayah Benazir Bhutto yang baginya mampu menyatukan Negara2 Islam di khurasan sana.

    Tapi, selepas buka soal Imam Mehdi dan hadis2, terus die sebut hadis yang amat popular dikalangan kita, “when you see a black flag coming from the khurasan, go for them”.so now we are waiting the black flag, altough now we are separated to find rezki, but if for the jeehad fisabilillah, I’ll come back to the Pakistan.

    Pastu saya tanya, do you have heard about ‘youth/teens of at-Tamimi’? Tapi die macam confused sikit, kawan2 kat sekeliling saya pun dah gelak2, tapi dia jawab “maybe I know, but in another words, I am thinking just like have heard about that terms, but I dont know where”

    P/s: Mungkin ada yang pelik, pakistan jual khat ni pandai english, sebenarnya die ni pelajar college kat PJ, tapi part time jual khat.

    Comment by gearbox | May 6, 2008

  5. Ada atsar Sayidina Ali kwh menyatakan bahawa sesungguhnya akan benar berlaku pengikut2 Al Mahdi ( a.k.a IKHWAN ) itu bagaikan singa2 jantan yang keluar daripada HUTAN.

    Di tanah arab, khurasan, adakah di sana HUTAN yang meng-hijau sepanjang tahun ?

    Comment by aboutmiracle | May 6, 2008

  6. untuk makluman agar tidak terkeliru,semasa di pakistan org syiah pada masjidnya akan mengibarkan bendera hitam,sekiranya kita lihat masjid tu ada bendera hitam (faham ajelah) benazir adalah syiah juga,rumahnya kat clifton(pantai di karachi)penuh bendera hitam tu

    Comment by samson | May 6, 2008

  7. Inilah atsar Saiyidina Ali yg dimaksudkan :

    Kata Sayidina Ali KMW,

    “Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang
    dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang
    lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat
    kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan
    mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu
    ayah.”

    Mereka juga adalah orang-orang atau sekumpulan orang yang amat ditakuti oleh pihak musuh. Kekuatan setiap orang daripada mereka adalah bersamaan dengan kekuatan sepuluh orang bagi pihak lawan. Ketakutan pihak musuh terhadap mereka adalah seperti takutnya seseorang apabila
    melihat singa jantan yang baru keluar daripada hutan lalu masuk ke tengah kampng atau bandar. Pasti kampung atau bandar itu akan kecoh dan huru-hara dibuatnya. Sepuluh orang lelaki yang gagah pun belum tentu berani atau sanggup menangkap seekor singa yang terlepas ke dalam bandar atau kampung.

    Sudahlah mereka itu diibaratkan seperti singa, hati mereka pula diumpamakan seperti
    kepingan-kepingan besi yang ditempa. Sudahlah menggerunkan musuh, amat handal dan tahan pula.
    Besi yang ditempa adalah bahan yang terbaik dan terkukuh untuk digunakan sebagai senjata atau apaapa
    sahaja. Begitu halusnya perumpamaan yang dibuat itu.

    Hutan yang dijadikan perumpamaan ini juga bermaksud kawasan tempat tinggal mereka
    adalah kawasan yang mempunyai hutan yakni berpokok dan bukannya kawasan gurun. Dan kawasan
    di Timur seperti yang banyak disebutkan itu adalah kawasan yang berhutan dan berpokok. Jelaslah
    bahawa Sayidina Ali KMW menerangkan sesuatu yang telah disebutkan oleh Nabi SAW tetapi
    dengan menggunakan bahasa yang berlainan dan perumpamaan yang berbeza.

    ———————–
    Samson, mungkin kaum Syiah fanatik kepada bendera hitam sebagaimana fanatiknya mereka kepada Imam Mahadi mereka.

    Adalah suatu kenyataan bahawa mempercayai Imam Mahdi adalah salah satu daripada
    rukun iman bagi mereka. Sungguh pun begitu, mereka juga berselisih pendapat dalam menentukan
    siapa dia Imam Mahdi itu. Ada yang menyatakan Imam Mahdi itu

    1. Adalah Imam Muhammad Al-Baqir, Imam Kelima mereka,
    2. Ada yang mengatakan Imam Mahdi itu adalah Imam Ismail bin Jaafar Sadiq
    (bagi firqah Ismailiyah),
    3. Bagi firqah Kaisaniyah pula, mereka meyakini Muhammad bin Ali al-
    Hanafiyah adalah Imam Mahdi,
    4. Dan bagi firqah Imamiah Isna Asyariyah pula, mereka menyatakan Imam
    Mahdi itu adalah Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari

    Comment by heliconia | May 6, 2008

  8. ustsamson,memandangkan kecetekan ilmu sy,boleh tak ust cite sal syiah…sebabnye sy ade dengar yang ada syiah yang betol akidahnya..terangkan sikit ust…tafaddalmashkuro ya ust samson…

    Comment by nassious | May 7, 2008

  9. Very exiciting, thanks Heli for the details.. :)

    Kepingan besi yang berbagai2 grade boleh disatukan setelah ditempa dan dipanaskan dalam api ribuan degree.Diuji,ditempa,dipukul,disusah2kan.Hingga hati mereka luluh karena takutkan Tuhan. Maka jadilah mereka itu satu besi yang utuh, yang sejenis.Bagaikan satu ibu satu ayah.

    Nas, kalau ada masa, selengkapnya boleh baca buku Abuya Ashaari Muhammad dengan tajuk Bahaya Syiah, atau buku I’tikad Ahlussunnah Wal Jamaah oleh Buya Sirajuddin Abbas.

    Syiah ni pun terpecah menjadi setidaknya 20 firqah. Pada awalnya dulu masalah politik iaitu pasal tak mau terima Khalifah yang tiga, lalu bekembang menjadi penyelewengan akidah.

    Kalau di Timur Tengah, Khurasan, Iran dsb sangat ketara ke-syiah-an mereka, namun apabila kita tengok syiah2 di Timur ni, mereka halus2, kalau kita tak perasan mereka macam sufi2 juga. Mungkin pengaruh dari segi budaya Timur.

    Comment by aboutmiracle | May 7, 2008

  10. kalau nak citer memang panjang,kat web ni pun banyak berbalik kepada mengenai panji hitam dan imam mahdi memang hal ini banyak dalam kitab syiah, tapi apakah dengan itu boleh dilabelkan syiah,begitu hal nya kebanyakan org syiah memulaiakn ahlil bait sama hal dengan syair imam shafie yg memuji ahlil bait sehinggakam orang menyangkakan dan menuduh imam syafie simpati syiah,

    jadi jangan salah tafsir seperti ada org yg mengililingi dunia tiba tiba dia jumpa nabi Isa yg selamtkan nya, dan jadi hujahnya untuk masuk kristian padahal bukan kah semua nabi nabi membawa agama islam bukan bererti nabi isa membawa ajaran kristian,begitu hal nya denagn Sayidina Ali bukan dia membawa fahaman syiah

    Comment by samson | May 7, 2008

  11. FAKIR MISKIN DIJADIKAN BAHAN PUBLISITI
    Apa sudah jadi!
    Fakir miskin sudahlah malang,
    Hidup susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
    Mereka dijadikan subjeknya pula oleh petualang-petualang,
    Oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak memikirkan perasaan orang,
    Mereka dijadikan bahan publisiti untuk kepentingan diri,
    Mereka diberi bantuan bukanlah seberapa,
    Mereka diisytiharkan di seluruh dunia di media massa,
    Malunya mereka dijadikan bahan berita,
    Mereka juga dijadikan bahan propaganda,
    Untuk menjatuhkan lawan politiknya,
    Kerana tidak mempedulikan mereka menderita,
    Untuk mengangkat diri sebagai pembela,
    Menuduh si polan si polan itu bukan pembela,
    Kasihan fakir miskin,
    Telah menjadi mainan oleh para pemimpin,
    Mereka dijadikan alat,
    Sekaligus menaikkan diri sebagai pembela konon,
    Orang yang ikhlas bantu sahajalah mereka senyap-senyap,
    Tanpa heboh-heboh dan bising-bising,
    Mereka terbela tanpa orang tahu,
    Selamatlah mereka daripada mendapat malu,
    Maruah mereka sama-sama kita jaga,
    Isytihar kemiskinan mereka bukan caranya,
    Kerana mereka juga ada maruah.

    Comment by SuperSoleh | May 7, 2008

  12. kepada pemikir2 masalah, rujuklah masalah anda kpd Abuya Ashaari Muhammad. Beliau ada formula menelesaikan masalah umat hari ini.

    Comment by MG | May 13, 2008

  13. sono to-ri (betul tuh)

    Comment by Kalijogo87 | May 13, 2008

  14. MG : “kepada pemikir2 masalah, rujuklah masalah anda kpd Abuya Ashaari Muhammad. Beliau ada formula menelesaikan masalah umat hari ini.”

    ou en francais :pour tous qui sont les penseur de problems, allez les demander a Abuya Ashaari Muhammad. il a une formule pour repondreer tus de problemes d’aujourd’hui..

    je suis vraiment d’accord :)

    Comment by aimedieu | May 16, 2008

  15. i’m sorry..there’s a mis-taping in my words above.. :)
    to speed while taping.. :)

    Comment by aimedieu | May 16, 2008

  16. Aimedieu,
    Where did u learn French?

    Kore wa nan des ka? Wakarimasen…

    Mungkin kalijogo boleh ajar kita sedikit Japanese lepas ni. :)

    Saya bolehlah baca beberapa tulisan Jepun, juga sedikit ayat2nya sahaja, I learnt it 4 a while in school..

    bahasa asing memang susah untuk dipelajari, sebab saya saya tak berapa berminat, lambat pick up… :D

    Comment by heliconia | May 16, 2008

  17. Hehe.. I learn it at the university until now.. Since in high school i’ve already interest in language..why gitu?

    Comment by aimedieu | May 16, 2008

  18. Itulah keunikan setiap manusia..ada yang lambat, ada yang cepat.. :)

    Comment by heliconia | May 18, 2008

Leave a comment