Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Harga makanan naik : Sekatan ekonomi dari TUHAN!

Pix : The Silent Tsunami - Food Protest in Mexico.

The U.S. Role in Haiti’s Food Riots: 30 Years Ago Haiti Grew All the Rice It Needed. What Happened?

Kenaikan harga makanan global secara teorinya berpunca dari penggunaan bahan makanan mentah yang diproses untuk menjana ethanol, sejenis biodiesel - alternatif kepada petroleum sebagai bahan bakar.

——————————————————————————-

Dunia sedang ditimpa bala dari segala sudut. Kenaikan harga makanan mendadak berlaku di seluruh dunia. Harga makanan asas naik berlipat kali ganda : harga jagung, gula, susu, beras, tepung, minyak. Di negara2 dunia ketiga dan membangun, semakin ramai yang kelaparan sehingga menyebabkan kebuluran dan rusuhan. Lihat video : FOOD RIOTS Begin Worldwide

Di Afghanistan contohnya, ramai yang terpaksa makan roti murah yang selalunya guna diberi makan binatang peliharaan.

Hati kecil berkata. Tidak apalah, ini sementara sahaja. Nanti para cerdik pandai dan pakar ekonomi dunia tahulah jalan keluar dari permasalahan ini.

Kemudian hati tersentak seketika.  ?? Bolehkah semua masalah dunia ini kita mengharapkan manusia sendiri yang menyelesaikannya ? Apatah lagilah masalah ekonomi. Contoh paling mudah. Siapa yang boleh diharap untuk menahan supaya harga petroleum tidak akan naik lagi?  Siapa yang boleh diharap supaya harga petroleum turun sekurang-kurangnya 50%?  George W Bush? OPEC? Bank Dunia?

Bagaimana dengan masalah-masalah lain yang tidak selesai-selesai. Sudah sekian lama, masalah perang, jenayah, masalah gejala sosia, penyakit, ketagihan dadah, AIDs,  kemiskinan, tiada nampak sedikit pun tanda-tanda  noktah akan berakhirnya.

Dalam negara kita sendiri Malaysia tidak terkecuali Semua orang merasa bahana bebanannya. Pemimpin pening kepala. Rakyat sugul. Pemborong kata beras ghaib, peniaga pun kata beras lesap . Suatu waktu dahulu, walaupun kita tidak mewah, tidak ada TV satelit, handphone atau internet,  tidaklah sampai susah untuk makan. Makanan murah !!  Bacalah keluhan pemborong dan pekedai beras serta penjual nasi.
Kesan kenaikan harga makanan keperluan,  ramai penjual kuih, penjual nasi yang serba kesusahan, berniaga takut tak pulang modal. Para penggunalah yang akhirnya merasa sangat terbeban dengan kekurangan bekalan dan kenaikan harga segala keperluan asas ini.

Tidakkah kita pernah terfikir bahawa ini semua kerja Tuhan? Apa Tuhan itu tiada peranankah?

Terimalah HAKIKAT bahawa sekarang seluruh dunia sedang dilanda sekatan EKONOMI dari Tuhan. Inilah bala dariNya bila semua manusia tahu MAKAN sahaja tetapi melupakanNya. Semua manusia sudah terlalu lalai. Sudah terlalu bertuhankan duit.

Manusia berfikir, dengan adanya duit maka segala masalah boleh selesai. Bukankah hakikatnya masalah yang melanda dunia semuanya juga puncanya adalah duit?  Negara sesama negara berperang kerana harta, kerana minyak, kerana duit. Manusia merompak, makan rasuah, membunuh, berpolitik semua kerana duit, bukan kerana Tuhan. Tuhan sudah tak relevan.

Walhal, Tuhanlah penyelesai segala masalah dunia dan akhirat

BAGAIMANA TUHAN AKAN MENYELESAIKAN MASALAH INI ?

Ambillah iktibar dari sejarah :

Semasa Halimatus Saadiah mengambil Rasulullah SAW sebagai anak susuannya, dia yang miskin tiba-tiba  menjadi kaya. Untanya yang kurus menjadi gemuk, kambing-kambingnya mengeluarkan susu yang banyak. Rezekinya melimpah ruah berkat kemuliaan Rasulullah SAW. Allah, demi sangat cintaNya kepada Rasulullah SAW, mengurniakan keberkatan kepada keluarga miskin Halimah.

Juga, semasa pemerintahan Saiyidina Umar bin Abdul Aziz ra, negaranya makmur, rezekinya banyak. Harta benda melimpah ruah kerana BERKAH  pemimpin bertaqwa, sehingga zakat yang dihantar ke Mesir, Yaman, Habsyah, untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin, pulang semula ke Damsyik sebanyak yang dihantar tadi, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana khalifah pun.

Semua orang berkasih sayang. Manusia hilang rasa pergaduhan, padahal sewaktu itu pergeseran hati puak Umaiiyi, Abbasi dan Alawi yang sedang hebat pun boleh reda begitu sahaja. Serigala dan kambing  pun oleh berbaik seperti yang masyhur diriwayatkan orang.

Bila serigala sudah menerkam kambing semula, rupa-rupanya orang perasan bahawa khalifah sudah meninggal dunia.

Ini semua adalah berkah pemimpin yang dicintai Tuhan.

Jadi, pada zaman ini jika kita mahukan Tuhan turut campur tangan menyelesaikan masalah dunia, maka kita carilah pemimpin yang turut dicintai Tuhan. Pemimpin yang boleh membawa manusia tunduk kepada Tuhan. Yang demikian itu, maka rahmat Tuhan akan turun dan rezeki akan melimpah ruah. Segala sekatan ekonomi akan ditarik balik.

Inilah teori ekonomi Islam yang hakiki, yang berasal dari kekuatan Roh. Tiada debit atau kredit. Kuncinya adalah mencintai Tuhan. KUNCINYA ADALAH CINTA KEPADA TUHAN!. Cukup dengan apabila rakyat menerima pemimpin yang dicintai Tuhan, pasti Tuhan akan selesaikan masalah manusia.

InsyaAllah, sistem pemerintahan yang kucar kacir dan kejatuhan ekonomi yang semakin dirasai ini adalah petanda Allah akan menyegerakan kedatangan mereka.  Amin. Ya Tuhan —  KASIHANILAH KAMI.

May 4, 2008 Posted by heliconia | Fikir Guna Hati, PENYELAMAT, WATAK DUNIA | | 18 Comments

Jentera Tuhan yang menciptakan sebutir nasi

Sebutir nasi adalah rezeki dari Tuhan

Pernahkah kita meluangkan sedikit masa dari umur kita untuk memikirkan hakikat ini?

Sebelum sebutir nasi itu ada di hadapan kita, seluruh jentera kerajaan Tuhan telah bekerja
keras menghasilkannya.

Jika kita sedar, pasti kita tidak akan sampai hati untuk memperlekehkannya walaupun sebutir.

Mari kita telusuri perjalanan sebutir padi ciptaan Tuhan, hingga akhirnya terhasilnya sebutir nasi.

Para petani atau pekerja ladang menyemai jutaan benih-benih padi di sawah mereka - benih padi yang sudahpun wujud ratusan kurun, yang  belum pernah lagi mengalami kepupusan. 

Hari apa dan tarikh bila benih ini diturunkan ke bumi hanya Penciptanya yang tahu.

Setiap hari si petani, pekerja ladang yang rata-rata miskin itu menyiram dan menjaga semaian mereka,

Di sebalik itu sebenarnya para malaikat di bawah perintah Allahlah yang mengawal dan menjaga
tumbesaran tanaman rezeki kurniaan Tuhan kepada manusia itu.

Akar-akar padi, Tuhan arahkan agar bergeraklah !! menjalarlah,
pecahkanlah!!
kelikir-kelikir tanah di bumiKu menjadi ketulan halus..

Molekul2 mineral dan makhluk air pula, TAAT menurut perintah,
SETIA berkhidmat terus mengalir di celah-celah tanah, menyerap ke dalam akar tanpa soal,

Sang matahari, SIAJAIB  yang tak pernah padam ‘lampu’nya sejak ia diciptakan,
memancarkan cahayanya ke atas dedaunan hijau, demi proses fotosintesis

molekul-molekul O2 yang ‘ghaib’ di udara, juga
disedut oleh si makhluk hijau itu untuk proses respirasinya..

Masa ciptaan Tuhan kemudiannya mengizinkan buah-buah padi itu masak,
untuk dituai hasilnya.

Ribuan petani atau pekerja yang mengendalikan mesin-mesin di ladang, di kilang, para pekerja sistem pengangkutan, gudang, pasaraya, pekedai, adalah semuanya makhluk Tuhan yang membantu menyampaikan walau sebutir padi kepada kita.

Pernahkah kita si hamba Allah terfikir sesenduk nasi di dalam piring kita itu asalnya dari mana, siapa yang menyemai benihnya ke bumi..dan seterusnya?

Guru mengajar, bila kita di hadapan makanan, rendahkanlah hatimu, berterimakasihlah kepada Tuhan,
berdoalah untuk semua petani, nelayan, penanam sayur, pekedai, tukang masak dan
semuanya yang membantu memberi nikmat itu kepada kita.

Betapa MAHA baiknya Allah.

Sesungguhnya walau sekaya mana pun manusia, ia tidak akan mampu hidup sendirian.

 ——- LOVE GOD, CARE FOR HUMANKIND.

May 4, 2008 Posted by heliconia | KULIYYAH.....! | | 10 Comments