Ashabul Kahfi lari bersembunyi di gua demi CINTA AGUNG
Tercatat dalam sejarah Al Quran
Kisah tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi cinta yang paling AGUNG
Demi menyelamatkan iman
Tulang belulang berserakan
Itulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan syurga
Qitmir yang dimuliakan
Disangka tidur hanya sehari
Rupanya hingga 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdun
Begitulah kuasa Ilahi
Kepada Ashabhul Kahfi
Tiada mustahil di dunia ini ia boleh berlaku
Jika kita beriman dan bertaqwa
~ Berdasarkan lirik lagu Ashabul Kahfi - (raihan) ~
————————————————
Berikut adalah sebuah catatan perjalanan Ustaz Ashaari Muhammad ke gua Ashabul Kahfi, Jordan pada November 1985. Dipetik dari buku KEMBARA MEMBUKTIKAN KEBENARAN AL QURAN :Gua yang dipanggil Cave of Seven Sleepers of Ephesis ( menurut Kitab Perjanjian Lama ) juga didakwa terletak di Turki, tetapi yang terletak tidak berapa jauh dari Amman, Jordan ini dikatakan adalah yang SAHIH seperti yang diceritakan di dalam Al Quran.
Al Kahfi ( The Cave ) @ Wikisource
———————————————————————
SAMPAI ke satu tempat kira-kira tujuh batu dari bandar Amman kereta kami berhenti. Kami dikejutkan dengan perkataan, ASHABUL KAHFI. la keluar dari mulut pemandu kami.
Alangkah terharunya, satu impian yang sekian lama mengganggu fikiran; di manakah Ashabul Kahfi? Kini impian kian menjadi kenyataan. Seakan satu mimpi lagi bahawa kami boleh berada di sana.
GUA di mana tujuh orang pemuda ditidurkan bersama seekor anjing yang tersebut di dalam Al Ouran itu rupanya berada di Jordan, kira-kira tujuh batu dari Amman. Tetapi daerah Rakim kini bukan lagi semak samun, tempat untuk bersembunyi.
la sudah terbuka menjadi bandar dengan bangunan-bangunan tinggi dan jalan-jalan raya berselirat dan besar-besar.
TANAH LAPANG padang pasir berbukit itu kini sudah menjadi tumpuan kehidupan dan Ashabul Kahfi yang tegak di situ menjadi bahan lawatan dan punca kemasyhuran Rakim.
Letaknya Ashabul Kahfi tidak jauh dari jalan raya, di atas tanah tinggi lebih kurang 20 kaki ( 6 meter ). Kami mendaki dengan debaran keinginan yang sukar dinyatakan. Tanpa peduli kiri kanan, batu-batu besar yang mengganggu jalan, kami langkah untuk segera tiba.
Pintu masuk ke gua Ashabul Kahfi
Dan tiba di pintu gua, perasaan sebak hiba, menyesak dada.
DISINI engkau lari membawa diri
ASHABUL KAHFI
lari dari kekufuran dan kezaliman
membawa IMANMU yang kental pejal
hanya simpati dari seekor anjing
sedang Raja Tarajan mahu membunuhmu.
Wahai tujuh pemuda beriman,
kenapa ke GUA larimu?
Tidak adakah selain gua waktu itu
yang sudi padamu?
Apakah gua lebih faham tentang TUHAN
daripada saudara-saudaramu?
ADUH! Kau menyabung nyawa
untuk TUHAN, pemudaku.
Apa yang dapat kau buat
di dalam gua yang gelap ini
wahai anak muda
selain berbaring, menyorokkan diri
dari kesejukan dan kebuasan binatang liar
sedang hatimu bertanya
MATIKAH aku?
Wahai pemuda
kau lari pada TUHAN
menjadi TETAMUNYA
lalu kau disambut
pun ditidurkanNYA.
TIDURLAH,
kami datang bukan mengganggumu
cuma mahu nyatakan
bahawa kami rindu menanti
hari bangunmu
untuk gempurkan dunia
yang KUFUR dan KEJAM ini
bersama membantu
IMAM MAHDI dan NABI ISA AS.
—————————
Dari Ibnu Abbas RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Ashabul Kahfi itu adalah para pembantu al-Mahdi.”
Kami menyusup pintu gua yang berbentuk empat segi kemudian menuruni tiga anak tangga, ke dasar gua. Lantainya rata berbatu licin.
Bumbung gua juga batu yang melengkung. Jarak lantai dengan bumbung lebih kurang 12 kaki ( hampir 4 meter ) . Di kiri dan kanan pintu masuk terdapat binaan seperti maqam. Di kanan empat buah, di kiri tiga buah. Tujuh semuanya dibina oleh orang-orang dahulu sebagai tanda pada tiap-tiap orang pemuda penghuni gua itu.
Terdapat ruang lain dalam gua itu yang di sana kami disuruh mendongak ke atas oleh penjaga gua, melihat lubang-lubang masuknya cahaya matahari ke gua tersebut seperti yang terkandung di dalam AIQuran di dalam Surah Al Kahfi ayat 17
“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong
dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam
menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada
dalam tempat yang luas dalam gua itu”.
Disitu juga terletak almari tua yang di dalamnya disimpan bekas-bekas lama kesan lawatan orang-orang dahulu (Umaiyah). Antaranya bekas wudhuk mereka. Terdapat juga tulang-tulang dan tengkorak anjing di dalamnya, kononnya ditemui dalam gua itu dan kata penjaga gua itu, itulah tulang anjing ASHABUL KAHFI.
Tulang2 yg dijadikan bahan sejarah, yang dikatakan kononnya kepunyaan Qitmir ( anjing Ashabul Kahfi )
Sejuk kami rasa berada dalam gua itu. Keadaan tidaklah terang sangat sebab cahaya matahari hanya masuk dari pintu gua. Lubang cahaya yang ada telah dftutup dari atas. Kami berpusing-pusing di dalam gua yang tidak luas itu. Hati tertanya-tanya bagaimana keadaan pamuda-pemuda itu sekarang? Di mana dan bagaimana? Di dalam Ouran menyatakan bahawa mereka itu tidak mati, hanya tidur. Hadith pula menceritakan mereka akan bangun kembali, membantu perjuangan Imam Mahdi dan Nabi Isa AS.
Kalau tidak mati, di mana jasad mereka? Penjaga gua menunjukkan kami tulang-tulang rangka manusia dalam satu dari maqam yang mereka gali. Katanya itulah tulang Ashabul Kahfi. Kami agak keliru, tetapi logiknya mungkin begini; Secara lahirnya jasad yang lahir mungkin hancur dimamah zaman maka yang tinggal hanya tulang. Tapi di sisi Allah swt, di sebalik pandangan lahir manusia mereka itu tetap hidup dan nanti akan dikeluarkan kembali ke alam nyata. Allahu ‘Alam.
Kami tidak boleh lama di dalam gua sebab hari sudah petang, penjaganya mahu tutup pintu gua. Kerajaan Urdun menjaga gua tersebut betul-betul hingga dibuat pintu dari besi di pintu gua itu. Terpeliharalah tempat mulia itu dari kejahatan makhluk-makhluk yang berniat begitu.
Di luar gua juga penuh dengan tanda-tanda sejarah. Kami mendaki ke atas gua dan mendapat tiang-tiang satu dari bangunan lama yang telah roboh. Kata pemandu kami itu ialah rumah ibadah yang dibangunkan oleh kerajaan Rome yang mula-mula menemui Ashabul Kahfi sebelum kedatangan Islam, kerajaan Kristian yang masih diiktirafkan (oleh Nabi Muhammad SAW).
Tapi bangunan-bangunan itu kini tinggal tiang-tiangnya saja bagaimanapun amat penting bagi kajian sejarah. Kami berjalan ke sekitar dan jumpalah lubang yang tembus ke bawah yakni lubang untuk cahaya masuk ke gua. Tetapi ianya telah ditutup dan dikunci. Besarnya lebih kurang 2 kaki ( 2/3m) panjang 1 1/2 kaki ( 0.4 m) lebar. Tidak jauh dari lubang cahaya terdapat satu lubang lain yang juga ditutup, kami cuba membukanya dan rupanya perigi. Ada air di dalamnya. Pelik di atas bukit batu ada perigi. Berkat Ashabul Kahfi agaknya air keluar di situ. .
Di halaman hadapan gua terdapat juga tiang-tiang batu, kesan bangunan lama yang telah roboh. Kami difahamkan itu ialah masjid yang dibangunkan oleh kerajaan Umaiyah. Tapi juga telah roboh, tinggal tiang-tiangnya sahaja. Di luar masjid itu terdapat pula bekas-bekas kubur yang sebahagiannya telah digali dan dibiarkan berlubang. Semuanya adalah kesan lama dan kubur itu bukan tanah tapi batu. Orang-orang dahulu memahat bukit batu untuk mengkebumikan mayat.
Hari sudah hampir Maghrib ketika kami melangkah meninggalkan kawasan Ashabul Kahfi. Baru kami sedar bahawa di depan pintu pagar kawasan gua itu ada sebuah masjid baru yang dibina dalam tahun 60an. Tujuan pembinaannya ialah untuk menghidupkan kawasan Ashabul Kahfi supaya sentiasa
dikunjungi dan dipelihara.
Masjid Ahlul Kahf tidak jauh dari gua Ashabul Kahfi di Urdun, Jordan
Dari sebuah kitab tentang Ashabul Kahfi, ditulis oleh seorang ulama Urdun yang mengaku mula-mula mengkaji dan menemukan Ashabul Kahfi, gua itu sebelum ini terbiar. Tidak seorang pun yang menghiraukannya. Ketika beliau mula-mula sampai, jalan masuk ke situ pun tiada. Gua itu di dalamnya pula terlalu gelap. Tidak nampak satu benda pun.
Beliau mendesak kerajaan Inggeris masa itu untuk mem bersihkan gua tersebut. Tidak pun dilayan. Hinggalah Urdun merdeka, kerajaan Islam di bawah Menteri Wakaf menyahut seruannya dan desakannya itu untuk mengkaji gua itu. Maka didatangkan pengkaji-pengkaji sejarah purba untuk mengkaji rahsia gua itu dan mereka semuanya setuju bahawa itulah gua Ashabul Kahfi.
Di dalam kitabnya, penulis itu menyatakan kalau di tempat lain orang mengaku ada Ashabul Kahfi, itu adalah pengakuan tanpa bukti dari tafsiran yang diagak-agakkan sahaja. Penulis Islam Pakistan, Abul A’la Al Maududi yang terkenal itu pernah pergi ke gua itu tetapi kata penulis kitab itu masa itu gua itu masih gelap.
Kami rasa bertuah kerana waktu kami pergi ke gua itu sudah di pelihara baik di dalamnya agak terang dan cukup untuk melihat apa-apa di dalamnya.
Allah SWT setelah memuliakan gua itu dengan menempatkan orang-orangNya lalu memuliakannya dengan satu kemuliaan yakni anak zina tidak boleh masuk ke situ.
Pernah berlaku satu masa dulu sekumpulan tentera Islam datang ziarah dan sembahyang di hadapan gua. Bersama mereka terdapat seorang hamba kulit hitam yang banyak sembahyang. Selesai sembahyang si hamba pun berjalan ke gua untuk masuk ke dalam. Tetapi dia tidak boleh masuk. Berkali-kali dia mencubanya, namun tidak dapat juga (terasa ada angin menolaknya keluar). Tahulah orang bahawa di hamba adalah anak zina.
Kami meninggalkan gua petang itu dengan syukur tidak terkira. Betapa kuasanya Allah SWT membawa kami ke tempat yang dimuliakanNya, sedangkan kami secara lahirnya bukanlah orang yang mampu untuk sampai ke situ.
Dan bila ziarah Ashabul Kahfi, lebih nyata pada kami bahawa Allah boleh buat apa sahaja. Yakni Allah menidurkan orang-orang yang dikehendakiNya selama 309 tahun tanpa apa-apa cacat cela dalam gua batu yang gelap.
Dan Allah tentu boleh lebih dari itu sendirian. Tapi, siapakah yang layak untuk mendapat pertolongan istimewa dari Allah itu? lalah orang yang beriman. Orang yang melebihkan cinta pada Allah dan Rasul lebih dari dirinya sendiri.
Pada mereka yang demikianlah saja akan berlaku janji Allah,
“Sesungguhnya Allah pelindung orang-orang yang BERTAQWA”.
Menyaksikan Ashabuf Kahfi memperolehi satu kekuatan. Kalau tujuh orang pemuda itu lari dari kekufuran masuk ke gua lalu Allah menyelamatkan mereka dan memuliakan mereka sepanjang zaman, kenapa kita takut untuk lari dari kekarutan SEKULARISME (ekonomi kapitalis, pendidikan, politik barat dan lain-lain lagi) ?





