Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Tun Dr Mahathir on BBC’s Hard Talk

The Video Series Click Here

Vidoe2 ini dipaparkan sekadar untuk pengetahuan. Mungkin ada yang tidak berapa bersetuju ( termasuklah saya sendiri ) dengan beberapa point yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir di sini.

Mungkin sepatutnya , Tun Dr Mahathir Mohamad  masih menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai sekarang dan bukannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau pada dasarnya lebih baik dari PM Pak Lah walaupun mempunyai kekurangan. Kalau bukanlah oleh dosa Tun Dr Mahathir menghancurkan gerakan Islam khususnya Arqam, mungkin beliau tidak akan jatuh dari takhtanya. Sepertilah Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin tidak dijatuhkan kalau tidak menjatuhkan Ustaz Asaari Muhammad. 

Sebenarnya semasa pemerintahan team itu, yang lebih merasa terancam dengan Arqam adalah Anwar Ibrahim. Terutama akan ‘prediksi’ Ustaz Asaari  bahawa beliau ( Anwar) tidak akan berkesempatan menjadi Perdana Menteri, walau sehari. Beliaulah master-mind di sebalik kehancurannya jemaah Islam yang paling berpengaruh di dunia semasa itu, baik lahiriah mahupun rohaniah.

Saya  melihat Tun Dr Mahathir, walaupun berlatarkan pendidikan sekular, beliau bukanlah seorang tokoh Melayu yang tipikal. Dia pencorak, bukan dicorak, baik oleh suasana global mahupun lokal. Fikirannya jauh kehadapan. Tunggang terbaliknya parti UMNO di tangan Pak Lah setelah beralihnya kuasa dari beliau, menjadikan beliau merasa bertangungjawab untuk menebus kembali kesalahannya.

Beliau sangat cintakan negara, bangsa dan agamanya. Beliau juga yakin akan kebangkitan Islam dari Timur dan bersedia untuk membantu kebangkitan itu, malah sedang berusaha ke arahnya, di samping ingin menebus dosa2 lalunya  atas penentangannya kepada perjuangan agama di tanah air yang dicintainya ini.

Moga2 Tuhan selamatkan Malaysia, tidak Kau menjadikan sesuatu walau sebutir habuk, dengan sia-sia.

April 24, 2008 - Posted by heliconia | Mahathir Mohamad, POLITIK MALAYSIA | | 9 Comments

9 Comments »

  1. Mahathir adalah ‘orang biasa yang luar biasa’ yang bercita2 besar dlm mengubah pemikiran & cara hidup rakyat Malaysia & negara Malaysia. Tapi kerana ‘kelebihan’ & power yg ada pd beliau inilah maka byk isu2 penyalahgu naan kuasa & ketidakadilan berlaku di zaman pemerintahannya.(cuba lihat cara beliau menjawab soalan drp pengacara BBC tu). 22 tahun adalah tempoh yg agak lama utk seseorang pemegang kuasa mencorak & merosakkan sistem negara. Pemimpin yang cita2nya bukan krn Tuhan, genius manapun akan membawa kpd kerosakan.
    Pak Lah adalah org yg berwatak lembut(mungkin krn berketurunan baik2) dan kurang berkarisma tetapi krn diserang habis2an oleh Mahathir(krn Pak Lah menggugat agenda Mahathir) maka terjadilah apa yang berlaku dlm senario politik skrg….Semua ini adalah ‘agenda’ manusia utk mencapai kehendak mrk tetapi Allah juga ada agenda utk melaksanakan jadualNya mewujudkan Khalifah akhir zaman.
    Mungkinkah semangat membangunkan org Melayu yg diterapkan oleh Mahathir kpd rakyat Malaysia adalah utk kepentingan agenda beliau? Cuba flash back sejarah pemerintahan beliau….
    Namun bagi kita yang dah dpt minda drp Abuya hndklah sentiasa mendoakan Mahathir agar diberi hidayah & taufik oleh Allah agar dia menjadi hamba Allah yang benar2 mencintaiNya & kebenaran Islam.

    p:s-(tak sampai hati bila tengok Mahathir terkulat2 nak jawab soalan wartawan BBC tu)

    Comment by saiyidi | April 24, 2008

  2. Ya, TDM fikirannya ke lain. Contoh, awal2 dulu menyeragamkan waktu Msia Barat dan Timur, juga dasar pandang ke Timur - Jepun dan Korea ( sekarang ramai Japanese speaking Malays),
    Pernah boikot barangan British, sampai penuh satu page iklan di akhbar Msia - kerajaan Margaret Thatcher meminta maaf atas isu apa pun kurang pasti sebab masa tu saya kecil lagi, bergaduh dengan John Howard, ucapan ‘anti-simetic’ nya semasa last OIC conference…bla bla bla..

    yang dahsyat2 pun banyak - pengharaman Arqam, operasi lalang, dan yg dahsyat lagi tak masuk akal, Anwar Ibrahim difitnah homoseksual

    Untung time tu tak de internet, kalau ada maka senasiblah TDM dengan Pak Lah

    Pak lah lembut tetapi ‘lembik’, juga jenis TERCORAK —- tak sesuai sebagai PM negara Malaysia yg banyak challenges..

    Anyway saiyidi, setahu saya Abuya dah doakan TDM ni. Bukan senang nak didoakan org mcm Abuya. Sebab tu saya yang dulu ahli PKR tiba2 je hilang kebencian pada TDM, apatah lagi TDM tuduh Arqam ada suicide team di Southren Thailand…etc etc —-dulu dengar nama Dr M pun tak boleh, selisih malaikat 44 - ! ha ha :D

    Dah ada clue dalam posting di atas…TDM cuba merealisasikan kebangkitan Islam di negara kita ni ..dia pun baca hadis juga dan yakin akan perjuangan itu.. dia juga cuba berusaha untuk mendapatkan ‘credit’ kebangkitan itu walau mungkin agak semberono style nya. ..

    Comment by heliconia | April 24, 2008

  3. Masa Aruah Fadzil Noor(presiden PAS) masih hidup beliau juga sering mendoakan Agar Mahathir panjang umur semoga Mahathir boleh melihat Kehancuran partinya

    Comment by samson | April 25, 2008

  4. Ya, Samson, saya rasa lazim orang2 PAS berdoa begitu pada orang2 UMNO sejak dahulu kala.

    That is politic.

    Comment by heliconia | April 25, 2008

  5. TDM pada pendapat saya sedang mengalami transformasi akal dan rohani yang lebih baik. Selama ini wawasan beliau hanya diadun dengan kecerdikan akal beliau dan cendekiawan-cendekiawan di sekelilingnya.Apa yang berlaku sekarang ini adalah proses untuk melahirkan satu ikon yang betul-betul seimbang kemampuan akal dan rohnya yang dapat berkerjasama dengan team taqwa untuk merealisasikan kewujudan negara yang aman makmur dan mendapat keampunan tuhan.

    Comment by khurasan | April 25, 2008

  6. tp baik doakan keburukan org lain kita saipa lah juga. sama2 hamba yg hina..semuanya dr air mani yg hina..bukannya klu org pas dr intan @ berlian. kalau dr intan bole tahanlah tp..semuanya dr air mani..dan kejadian pertama dr Tanah Yg busuk…Kenapa korbankan kasih sayang sesama manusia…kasih sayang sangat disukai Tuhan.

    Comment by super soleh313 | April 25, 2008

  7. betul2.. lebih baik kite rileks dan tenang.. dalam erti kata meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dan berkasih sayang sesama manusia..

    Comment by kalijogo87 | April 26, 2008

  8. Ya, super soleh313 dan kalijogo87. Benarlah itu.

    Dalam pada itu, rakyat selalu terkeliru, mana satu pemimpin yang bertopengkan Islam, berpura-pura menggunakan nama “ISLAM” untuk berbuat.

    Hanya merka yang diberi pandangan mata hati yang dapat menilai pemimpin sedemikian. Kadang2 pemimpin bercakap mengenai Islam untuk menarik hati rakyat. Atau pura2 menyokong pemimpin yang berjiwa Islam atau berimej Islam demi credit kepada dirinya.

    Adalah lebih baik pemimpin yang tahu dirinya kurang pengetahuan Islamik, lalu dia mengulas hal2 yang dia tahu sahaja, dan megelak untuk memberi pandangan mengenai suatu isu berkaitan Islam secara berlebihan.

    Khurasan, ya harap2 begitulah..
    Pada zaman Rasulullah SAW, ada pemuka Quraisy yang asalnya kafir musyrikin ( Abu Sufyan) ,lalu atas sebab didoakan oleh RSAW atas sifatnya yang mungkin ada yg menjadi keredhaan RSAW, maka Abu Sufyan akhirnya masuk Islam. Di waktu Futuh Mekah, Abu Sufyan yang mengukuhkan Islam atas kedudukannya sebagai pembesar Mekah. RSAW sendiri bersabda ” Siapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan akan selamat”

    BTW, baru2 saya ini agak terkejut dengan kenyataan DS Hj Abd Hadi Awang yang mengajak UMNO bermuzakarah dan bersatu dengan PAS demi Islam. Hmm..padahal sebelum kena mild-stroke dulu DS Abd Hadi kegemarannya memanggil UMNO sebagai ‘bacul’. Saya dapat rasakan sedikit ujian kesakitan yang dialami oleh Hj Abd Hadi telah membuatkan rohnya agak ‘lembut dan nyaman’. Itulah cara Allah memproses roh manusia. :)

    Berkenaan nama PM Australia, tu - komen no 2 : saya telah tersilap, itu zaman Bob Hawke, juga Dr M pernah bertekak dgn PM Australia zaman Paul Keating. Di link CNN di bawah ini ada foto Bob Hawke dan TDM.

    Mahathir: A winner in the war of words?

    (CNN) — In the 22 years he has been Malaysia’s prime minister, Dr Mahathir Mohamad has shown an unerring ability to irritate and upstage his global counterparts — particularly those in the West …

    Comment by heliconia | April 26, 2008

  9. tun mahathir=abu sufyan ke2…best!!!!

    Comment by nassious | May 1, 2008

Leave a comment