Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Tun Dr Mahathir on BBC’s Hard Talk

The Video Series Click Here

Vidoe2 ini dipaparkan sekadar untuk pengetahuan. Mungkin ada yang tidak berapa bersetuju ( termasuklah saya sendiri ) dengan beberapa point yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir di sini.

Mungkin sepatutnya , Tun Dr Mahathir Mohamad  masih menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai sekarang dan bukannya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau pada dasarnya lebih baik dari PM Pak Lah walaupun mempunyai kekurangan. Kalau bukanlah oleh dosa Tun Dr Mahathir menghancurkan gerakan Islam khususnya Arqam, mungkin beliau tidak akan jatuh dari takhtanya. Sepertilah Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin tidak dijatuhkan kalau tidak menjatuhkan Ustaz Asaari Muhammad. 

Sebenarnya semasa pemerintahan team itu, yang lebih merasa terancam dengan Arqam adalah Anwar Ibrahim. Terutama akan ‘prediksi’ Ustaz Asaari  bahawa beliau ( Anwar) tidak akan berkesempatan menjadi Perdana Menteri, walau sehari. Beliaulah master-mind di sebalik kehancurannya jemaah Islam yang paling berpengaruh di dunia semasa itu, baik lahiriah mahupun rohaniah.

Saya  melihat Tun Dr Mahathir, walaupun berlatarkan pendidikan sekular, beliau bukanlah seorang tokoh Melayu yang tipikal. Dia pencorak, bukan dicorak, baik oleh suasana global mahupun lokal. Fikirannya jauh kehadapan. Tunggang terbaliknya parti UMNO di tangan Pak Lah setelah beralihnya kuasa dari beliau, menjadikan beliau merasa bertangungjawab untuk menebus kembali kesalahannya.

Beliau sangat cintakan negara, bangsa dan agamanya. Beliau juga yakin akan kebangkitan Islam dari Timur dan bersedia untuk membantu kebangkitan itu, malah sedang berusaha ke arahnya, di samping ingin menebus dosa2 lalunya  atas penentangannya kepada perjuangan agama di tanah air yang dicintainya ini.

Moga2 Tuhan selamatkan Malaysia, tidak Kau menjadikan sesuatu walau sebutir habuk, dengan sia-sia.

April 24, 2008 Posted by heliconia | Mahathir Mohamad, POLITIK MALAYSIA | | 9 Comments