Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Perutusan untuk Etnik Melayu UMNO

       

Wahai UMNO… Menurut ajaran agama, orang Islam yang tergilakan dunia akan menjadi semakin lemah dan tewas. Ini sudah terbukti. Baguslah kalau UMNO berusaha membaiki diri dan bersedia untuk kuat kembali. Tetapi UMNO  tidak mungkin boleh naik lagi. Tidak mungkin. Jangan kamu kira ‘tangan’ yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi.

Sudah sunnatullah, siapa di kalangan orang Islam yang membelakangkan agamaNya, maka jatuhlah ia. Maka akan hancurlah kamu wahai UMNO oleh tangan-tangan yang telah membangunkannya. Sepertilah runtuhnya tembok pemisah Berlin yang diruntuhkan oleh pembinanya sendiri. Memanglah begitu sudahnya nasib semua yang diciptakan. Hanyasanya kuasa Tuhan yang kekal abadi.

UMNO, kamu pernah mendabik dada mengatakan kamu membela rakyat, tetapi masalah ekonomi dan kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat, kamu tidak mampu menanganinya. Menderita rakyat akan bahana semakin kecilnya nilai wang, dan survival hidup yang makin mendesak.

UMNO, kamu sebagai peneraju dan pemangkin kemajuan agama Islam tidak bersikap yang sepatutnya.  Apalah yang dihairankan, kamu sendiri gagal mendidik orang2 kamu , inikan pula nak mendidik rakyat?! Tiada yang indah agama Islam itu di mata rakyat, jika dilihat dari pembawaan orang2 kamu dan isteri2 kamu, pada segala harta yang kamu pamerkan kepada rakyat.

UMNO, bagaimana layanan kamu terhadap rakyat bukan Islam dan kaum pendatang dari negara asing?  Mereka yang mahu sama2 hidup bersama kamu itu bukanlah  orang2 yang jahat,  bukannya kafir Harbi yang melawan atau mengajak perang. Mereka ialah kafir zimmi yang menerima kerajaan yang dipimpin orang Islam. Penentangan kalau pun ada bukan dari rasa pemusuhan, cuma rasa tidak puas hati dan tidak meyakini serta tidak faham dengan setengah hal yang kamu lakukan atas nama Islam. 

Mengapa kamu berkeras dengan mereka?  Di manakah keindahan Islam yang sepatutnya diteladani dari junjungan mulia?  Sungguh nama Islam JATUH di tangan kamu!!

Terhadap kafir Zimmi ( bukan Islam yang tidak menentang ) Nabi kita memerintahkan agar kita membela mereka. Bukannya diajak bertengkar atau bergaduh. Rendahkanlah egomu.  Islam mengajar kita melayan apa juga bangsa dengan segala kasih sayang serta budi yang halus dan baik.

UMNO.. Bukankah kamu masih berharap kepada rakyat untuk menyokongmu ? Walhal kamu amat sedar bahawa kamu sudah terlalu mengecewakan rakyat. Cintamu yang berlebihan kepada dunia hingga kamu meremehkan Tuhan dan akhirat adalah sebab utama mengapa kamu gagal menyelamatkan rakyat.

Konon kamu mencari Al Ghazali, As Shafie  untuk Negara mu, walhal mujadid Tuhan di depan mata kamu tidak pedulikan. Masakan kamu tidak mampu melihat kebenaran yang dibawanya? Ya, kamu melihat kebenarannya tetapi kamu buat2 tak tahu atas sebab cinta dunia kamu yang sangat menebal. Kamu tidak akan dapat  lari ke mana, wahai UMNO..

Apa kamu rasa Tuhan tidak campur tangan dalam pilihanraya 2008? Kuasa apakah yang mendetik-detik dalam hati rakyat untuk menolak kamu?  Penolakan terhadapmu bererti penolakan terhadap semua rakan2mu. Apakah rakyat merasakan parti pembangkang adalah terlebih baik dari kamu?  Tidak juga. Mengapa gelombang yang sebegitu dahsyat ini sungguh mengejutkan hingga yang mencapai kemenangan pun tidak menyangkanya? Inilah penangan kuasa yang paling Agung yang menggenggam hati2 manusia. Yang menentukan hidup matinya manusia!

 

Anwar Ibrahim

Dia pun tidak tahu menahu pun akan apa yang bakal dan telah menimpa kamu ini. Dia pun orang yang sama-sama sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju gelombang-gelombang yang sedang melanda ini sebenarnya. Kerana ia seperti tidak masuk akal. Yalah, bukan semua kerja Tuhan masuk akal.

Dia terundang untuk masuk semula ke gelanggang sesudah dia jatuh dengan begitu teruk sekali. Dia pun tidak tahu siapakah yang memberikan peluang ini semula. Yang membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula . Rindu yang sudah terkulai layu lama dulu. Lalu dia pun mencubalah untuk menggapainya walau pun dia dalam keadaan yang lemah  sebenarnya.

Dengan Tun Dr Mahathir dia tidak mampu, dengan Pak Lah yang lemah itupun belum lagi dia pasti. Dia bukanlah orang yang layak sebenarnya, apatah lagi tidak semua menyokongnya.

Dosa2nya menghapuskan sebuah jemaah perjuangan Islam pun masih menjadi mimpi ngerinya. Dia umpama singa tua yang taringnya telah tumpul, dia hanya mampu mengaum2 menakutkan ‘mangsa’ sekelilingnya.

 

Tun Dr Mahathir Mohamad

Sebagai Perdana Menteri, dia jauh lebih baik dari Pak Lah, walaupun mempunyai banyak kekurangan. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya sayang dia pada bangsanya, betapa kejujurannya pada UMNO. Dia mahu menyelamatkan UMNO dan bangsanya.

Pak Lah sebenarnya diharapkan oleh Tun Mahathir untuk tidak mengenepikannya, bahkan terus menerima  kepimpinannya di sebalik tabir atas sebab  : daya kepimpinan Pak Lah lemah. Namun kerana watak dunia ini menipu, maka kedua-duanya dapat ditipu serta saling tertipu. Pak Lah seperti lupa diri dan Tun Mahathir pun sudah hilang sabar!

Jadilah Malaysia Negara kecintaan sebagai mangsanya.  Tun yang banyak berjasa ini sebenarnya ingin mempastikan Pak Lah Badawi itu tidak lagi terus melemahkan Negara, dengan cara menjatuhkan Pak Lah kalau tidak mahu berundur.

 

Yang Dipertuan Agong

Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya dijadikan boneka oleh kuasa politik. Sebelum penjajahan Britisah, raja-raja sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin. Tapi kerajaan beraja sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah.

Bagainda yang sangat cintakan agama dan mahukan rakyat selamat, merasa bertanggungjawab untuk mencatur politik negara yang sudah teruk! Lalu hiduplah semula kuasa raja.

Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia amat-amat memerlukan campur tangan banyak pihak untuk diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.

Akhirnya mari kita sama2 berdoa agar Tuhan selamatkan dan sejahterakan Malaysia!

April 21, 2008 - Posted by heliconia | KULIYYAH.....!, Mahathir Mohamad, PENYELAMAT, POLITIK MALAYSIA, Pengumuman, WATAK DUNIA | | 18 Comments

18 Comments »

  1. Selamat Tinggal Politik Kotor!!! menyampahnya aku tengok orang2 politik nie….

    Comment by SuperSoleh313 | April 22, 2008

  2. Sebenarnya rakyat sekarang pun tiada beza sangat dengan kepimpinan. Bila umat rata2 lupakan Tuhan, Dia datangkan pemimpin2 yang juga melupakan Tuhan.

    Bila hati2 umat sudah mahukan Tuhan dan kedamaian dalam kehidupan mereka, maka dengan KuasaNya akan didatangkan pemimpin yang dapat membawa umat selamat di dunia dan akhirat.

    Pemimpin yang dilantik Tuhan, bukan calang2 orang. kerana di belakangnya ada Kuasa Yang Maha Kuasa. Kun Fa Yakun..

    Comment by heliconia | April 22, 2008

  3. Pemimpin diantara kumpulan jahat adalah orang yang paling dikenal jahat diantara mereka. Sebaliknya pemimpin dikalangan orang baik adalah orang yang paling baik.

    Tuhan akan mengubah nasib bangsa ini dengan mendatangkan pemimpin yang baik jika kita sudi mengubah apa yang ada dalam diri kita, yaitu dengan membaiki hati,lurus dgn Tuhan, mengubah perangai, berkasih sayang, dsb.

    Jangan pula kita seperti umat terdahulu, bani israil, mereka meminta kepada Tuhan melalui nabi Samuel agar diturunkan pemimpin yang baik, namun setelah Tuhan datangkan seorang super soleh bernama Thalut [seorang petani] sebagai pemimpin, mereka justeru menolaknya.

    Comment by aboutmiracle | April 22, 2008

  4. Tun Dr Mahatir on hardtalk:”He (PM ‘Flip-Flop’ Abdullah) is making use of the system in the worsts ways!”

    Comment by blogger | April 22, 2008

  5. 1st time dgr PN negeri bacakan surat ni, hati saya terdetik, berani sungguh Abuya kita…Abuya x takut siapa pun utk sampaikan msg..hatta pemimpin negara sekali pun….(umniyah bnyk lagi x tau minda2 Abuya n br nak kenal Abuya betul2.

    satu lg cerita di luar dugaan kita…ada org dari pondok terengganu, bkn org jemaah ikhwan…ntah ape yg mndorong dia..fotostat gambar Abuya, pergi ke shopping komplks dan lagak mcm promoter barang tp yg ni bukan nak promote barang, dia nak promote Abuya…Dalam flyers dia tu..tulis “Abuya PM ke 6″…. terkejut kami tgk keberanian org tu…begitulah kuasa Tuhan bila dia nak promote orgNYa…dari org yg x disangka2…
    dan cara Tuhan promosi orgNya bukannya dengan cara kita tapi cara ‘apabila sesuatu peristiwa berlaku, mengingatkan semula kita pada Abuya”…coz ada org lain pulak (kalau x silap kalangan pemimpin jugak….) dulu dia ni x nak sgt baca buku Abuya (pemimpin paling ajaib), tp bile keputusan PRU 12 br2 ni, terus dia ke rawang nak cari buku tu……

    Comment by umniyah | April 23, 2008

  6. Hati saya juga setiap hari ada satu dorongan yang amat kuat untuk promosi Abuya kepada rakan-rakan sekerja, hari-hari bila pergi kerja saya pasti akan bawa buku Abuya atau saya print apa-apa saja bahan dari internet dan masukkan dalam fail dan promosi kepada rakan-rakan, ada yang menerima tapi was-was, ada percaya tapi takut dan ada yang langsung tak percaya. Yang tak tahannya, sedih sangat kalau orang menghina Abuya.Itulah kelemahan saya dan keimanan yang masih nipis ni.

    Comment by PUTERI | April 23, 2008

  7. Umniyah, perutusan itu asalnya adalah berbentuk peribadi, bukan edaran umum. Sama macam kes surat Datuk Mukhriz kepada PM Pak Lah tak lama dulu, di mana ada pula pihak yang membukanya kepada umum. Posting ini mengandungi intipati sebahagian yang tertulis di perutusan tersebut. Sebahagian lagi adalah karangan saya sendiri, sesuai dengan dunia politik dalam blogsfera sekarang, yang asal-usulnya juga berpandukan ulasan pihak yang sama ( pihak Abuya )..

    Sebahagian lagi isi perutusan itu adalah mengajak UMNO kembali kepada Allah, dengan memikirkan akan kematian, cintakan Allah, cintakan akhirat dsb. Jika berkesempatan saya akan sambungkan ke bahagian kedua.

    Puteri, dah lama tak memberi komentar… :)

    Pertamanya, kepada mereka yang masih prejudis kepada Abuya, kita disarankan menunjukkan akhlak sebaik2 akhlak dahulu. Promosikan cintakan Allah dan Rasul dulu, itu yang penting. Promisikan kuliah sembahyang membina peribadi Agung etc..

    Kemudian lihat watak, latar belakang pendidikan, taraf pemikiran serta IQ.

    Comment by heliconia | April 24, 2008

  8. Inilah hikmah terbesar pabila Rufaqa’ di serang habis2an sblum PRU. Bila Allah telah mula memenangkan parti Barisan Rakyat, tanpa disangka2 rakyat dah mula teringatkan perjuangan Abuya. Bahkan byklah kisah2 org bukan jemaah Ikhwan yg sedang membantu mempromosikan Abuya. Hal ini juga terjadi pd kawan saya yg skrg ini tiap2 hari dtg ke tempat saya utk bercerita ttg kebenaran Abuya..Akhirnya saya dah tak perlu bercerita ttg Abuya, tapi dia sendiri yg bercerita(hasil drp mengkaji Abuya). Dia adalah pengikut kuliah Mufti Perlis, tapi setelah menghayati ceramah2 Abuya di era Arqam, beliau dgn beraninya menegur Ustaz2 Wahabi dgn menggunakan kata2 Abuya ttg ‘bukak kitab tutup kitab’(sila dgr ceramah Abuya di era Arqam). Pada beliau ‘asyik bukak kitab tutup kitab’, ‘kertas kerja..kertas kerja. Kertas bekerja org tak bekerja’ dan hospital ‘lawan hospital’. Dia kata lagi dia nak influence org2 Wahabi ini utk fahami perjuangan Abuya.Pada dia Abuya itulah leader & setiap kata2 Abuya adalah Al Quran & Hadis.
    Itu baru sikit yg saya alami & Puteri juga alami…Saya yakin byk lagi kisah2 macam ni sedang berlaku.
    Ramai jugak pengikut2 dlm PAS & NGO Islam yg masih ada hati dgn Abuya. Sebabnya mereka ni ada jiwa juang.Bila Arqam dah tak de,terpaksalah mrk masuk PAS & NGO. Tapi cuba kita hidup2kan memori zaman Arqam, Pasti mereka yg akan bersemangat bercerita.
    Saya setuju dgn cadangan Heliconia…tunjukkan akhlak sebaik2nya & banyakkn jihad ekonomi sbb masyarakat sdg rancak menjalankan jihad cara ini. Yakinlah dgn agenda Allah…skrg umat Islam kat Malaysia sdg buat macamana yg Abuya buat masa era Arqam dulu dan perjuangan Abuya ttg cinta & takutkan Tuhan akan menyusul bilamana jihad ekonomi telah mantop..InsyaAllah.
    Terima kasih Abuya di atas perjuanganmu…..

    Comment by saiyidi | April 24, 2008

  9. apakah pandangan pemimpin2 pas skgni terhadap Abuya???atau mereka langsung tidak ambil tahu???

    Comment by nassious | May 1, 2008

  10. Kita promosikan Tuhan dan sistem Islam pada semua orang. Tak kisahlah orang nak kata apa.

    Comment by heliconia | May 1, 2008

  11. Nas, antara berita yang saya dengar akhir2 ni.
    1. TG Nik Aziz pernah kate yang kerajaan dok canang Abuya sesat, walhal Islam Hadhari dan cara hidup para pemimpin sekarang lebih2 sesat lagi.

    2. Tg Nik Aziz tidak senang sekali hatinya dengan tindakan Anwar dan PKR yang cuba menarik MP sabah n sarawak kedalam PR. Ini kerana katanya, orang yang lompat parti adalah opportunist dan pengkhianat amanah.
    Kedua2nya saya dengar dari kawan penyokong pas.

    Comment by gearbox | May 1, 2008

  12. Saya ada mendengar dari seorang yang saya kagumi, seorang muallaf dari UK yang luar biasa, dan beliau sangat yakin akan kebangkitan Islam.

    Menurut beliau, semua orang di dunia ini dilahirkan sebagai Islam. Apabila mereka saat ini belum melaksanakan sistem hidup Islam maka tugas kita lah untuk menyampaikan pada mereka.

    Jika kaedah kita betul maka akan kita lihat mereka mengamalkan sistem hidup ini di hadapan mata kita secara beramai-ramai, sekalipun bukan Islam.

    Kenapa? karena Islam adalah fitrah setiap orang…

    Comment by aboutmiracle | May 2, 2008

  13. terimakasih gearbox…
    rasa macam nak belanje gearbox sup gearbox je..hehe
    saya bertanyeni bukan ape…
    anatara orang2 pas dok becerite hal2 tsunami politikni…
    kot2 la nama Abuya pun terkeluar dari mulut mereka…
    saya ada dengar yang baru2ni, di malaysia, ada seorang ustaz tahfiz yang tidak mengenali Abuya sibok mengedarkan risalah yang berbunyi Abuya perdana menteri ke6…
    kawan2 ada dengar tentang berite tersebut????

    Comment by nassious | May 5, 2008

  14. Tak ada pulak nas, tapi tentang tsunami politik,
    sudah kedengaran kata2 termasuk orang pas yang
    sudah serik dan tidak percaya lagi pada demokrasi.
    Buktinya, walaupun sudah menang, Islam tetap tidak dapat ditegakkan, bahkan terpaksa didiamkan dan jadi hidden agenda pulak, untuk menjaga hati hati dalam pakatan.

    Jadi, persoalannya, camana nak tegakkan Islam di Malaysia ni? yang menariknya uslub dakwah Abuya pula yang dijadikan alternatif oleh mereka, iaitu Islamkan negara melalui diri, keluarga, rakan dan masyarakat.

    Comment by gearbox | May 5, 2008

  15. Nassious, My informers from BCH pernah ceritakan perihal risalah Abuya PM ke enam. Katanya ada orang2 yang tak dikenali menyebarkan risalah2 itu di Bandar Country Homes, dan mereka sendiri tak tahu siapa punya kerja. Ada yang kata orang PAS.

    Tetapi, disebabkan sudah lazim terlalu banyak musuh jemaah ini di mana2 yang cuba memerangkap ketenangan jemaah ini dengan berbagai cara, maka saya agak ragu juga.Bukan ini dari kerja pihak atasan ??

    Saya ada meminta kawan2 mendapatkan poster tu utk simpanan saya, ( mungkin utk diblogkan pada masa yg sesuai) tetapi saya terlupa untuk mengambilnya, entah masih ada atau tidak poster2 tu di sana.

    Kemudian maklumat yg sahih adalah begini :

    Asal risalah itu dari Terengganu. Seorang pemuda kampung
    ( nassious kata ustaz hafiz??) bernama Azman, anak murid Hj Sulaiman Merbau Patah K.Terengganu, secara solo tanpa dipengaruhi mana2 pihak telah mengedarkan risalah ASAARI PM ke 6, bermula pada hujung bulan March hingga sekarang..

    Dia kata terdesak2 hatinya untuk mempromosikan Abuya secara solo kepada umum. Menurutnya dia yakin 200% ini akan berlaku. Dia print foto Abuya 16 tahun lalu bersama sajak ” Yg Benar tetap Benar”
    Dia juga mendakwa mendapat alamat bahawa Abuya akan naik atas sokongan Sultan…

    Dia berani bertindak solo kerana katanya apabila bertindak berjemaah, itu membahayakan. Dia promosikan di pasaraya2, dan tempat umum dengan suara lantang. Ada juga pihak keselamatan seperti Polis memberi amaran kepadanya, tetapi dia tak takut.

    Aneh kan? Begitu berani pemuda itu.
    ——————————

    Comment by heliconia | May 6, 2008

  16. Membaca kisah keberanian pemuda itu mengingatkan saya pada kisah Abu Dzar Al Ghifari, di masa kebangkitan Islam kali pertama dahulu di tangan Rasulullah.

    Abu Dzar seorang pemuda dari Bani Ghifar, Bani yang ditakuti karena dikenal sebagai perompak.

    Selepas dia jumpa Rasulullah sahaja, dia terus pergi Ka’bah, dengan suara lantang dia kata “wahai manusia, telah datang seorang Rasul untuk kalian, dst..”

    Lepas dia ceramah tu dia dipukuli beramai2 hingga pengsan, berdarah2. Setelah bangun dari pengsan, ceramah lagi, dipukuli lagi hingga pengsan lagi. Berkali2…

    Akhirnya dia datang mengadu pada Rasulullah begian begian. Kata Rasulullah, “wahai Abu Dzar pulanglah kamu pada kaummu”. Maka pulanglah Abu Dzar pada kaumnya.

    Selama 15 tahun dia tak jumpa Rasulullah. Baru berjumpa setelah di Madinah. Dan di tangannya telah Islam 2 Bani sekaligus, Bani Ghifar dan Bani Salamah seramai lebih 80 orang…

    Banyak sejarah kan berulang, membawa kenangan silam….

    Comment by aboutmiracle | May 6, 2008

  17. ustaz tahfiz,al hafiz…maaf….

    Comment by nassious | May 7, 2008

  18. Terima kasih webmaster sebab blog ni sangat informatif.

    Saje nak cuba, apa-apa e-mail yang tak betul boleh masuk tak dalam komen kat sini.

    Comment by tester | May 7, 2008

Leave a comment