Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Mahdi : The Mystery Solved (.)

Sebelum meneruskan pembacaan, lihat bahagian pertama Mahdi : The Mystery Solved?

Juga baca : “Beliau Mujaddid di kurun ini” - Prof Dr Hisyam at Tamimi, Kebangkitan Islam di Timur Bermula dari tuan !, Pribadi Yang Saya Kagumi, Testimonial dari Arab Saudi, The truth about ‘hizbullah’ - The Party of Allah

——————————————————————————–

Bila dikatakan dighaibkan ertinya beliau itu pernah berjuang, pernah menjadi tokoh tetapi orang tidak perasan. Umat  Islam disibukkan, digelapkan oleh hal-hal dunia, manalah perasan. Ertinya beliau sudah berjuang. Waktu dia berjuang, waktu itu dia dikenali sebagai  tokoh ulama bukan sebagai Al Mahdi . Bila beliau sudah berjuang berpuluh tahun maka  Tuhan simpan, disorok dari Yahudi dan Amerika sebab beliau ada peranan di akhir zaman.

Maka didatangkan pembantunya iaitu Fata at Tamimi. Dalam hadis  berkata, “Kalau kau dengar ada orang perkatakan di tempat kamu ada  Fata at Tamimi, hendaklah kamu pergi jumpa, berba’iah sekalipun merangkak di  atas salji.”Jadi kalau sudah jumpa orangnya, wajib taat.

Yang kedua, hadis nyatakan, “Siapa yang menolong Fata at Tamimi akan ditolong Allah, siapa  yang menghinanya akan terhina.” Kalau tidak terhina secara lahir,  dia akan terhina secara batin. Mungkin perasannya menderita dan tidak tenteram.

Di antara karomah Muhammad ke 2 yang bukan Rasul dan bukan Nabi ini, dengan izin Allah, beliau boleh menyalurkan ilmu  pada Fata at Tamimi. Maka ilmu itulah digunakan di seluruh dunia sampai orang  mabuk dan tergila-gila dengan ilmunya. Tapi golongan itu tidak  ramai. Golongan itu disebut hadis, yang pertama disebut Ikhwan. Ini  pati yang pure. Yang kedua disebut Asoib, ertinya golongan fanatik.

Sebab itu musuh sangat hendak menghancurkan gelaran ini sebab Asoib  itu maksudnya fanatik. Kalau tidak fanatik, tidak boleh berjuang dalam perjuangan ini.

Kalau tidak fanatik, setakat percaya, orang  akan duduk di rumah dengan anak isteri, fikir kereta dan duit dalam bank. Sebab  itulah perkataan fanatik ini cuba dihapuskan oleh musuh. Berjaya
Yahudi membuang perkataan itu. Golongan Asoib itu adalah golongan  kedua, yang bilanganya beribu-ribu. Asoib ramai di Timur. Ikhwan  juga ramai dari Timur. Ada sedikit-sedikit di Timur Tengah dan  Mesir. Pengikut Imam Mahdi ini hanya 2 golongan iaitu Ikhwan dan Asoib.

Pengikut yang ketiga adalah orang soleh. Ada orang soleh yang tidak disebut pengikut, disebut orang awam. Ikhwan dan Asoib adalah anak didik Mahdi yang dididik oleh Fata at Tamimi. Siapa pun yang bagaimana bijak pun  tidak akan mampu melahirkan Ikhwan dan Asoib. Ini hanya khusus untuk  Al Mahdi  dan Fata at Tamimi. Sebagaimana Sahabat kepada Rasulullah. Kualiti Sahabat itu tidak pernah dilahirkan sebelum dan selepas Rasulullah. Orang  bertaqwa di zaman Rasulullah dinamakan Sahabat.

Selepas Rasulullah, pemimpin yang bijak pun tidak akan mampu  melahirkan orang yang kualitinya macam sahabat. Begitu jugalah  kebangkitan akhir zaman akan berlaku di tangan 2 pemimpin ini, akan lahir pengikut yang dinamakan Ikhwan dan Asoib yang tidak pernah  dilahirkan sebelum atau selepasnya. Tapi kualitinya tidaklah seperti  sahabat. Takkan lah didikan 2 pemimpin ini lebih baik dari didikan  Rasulullah. Sebenarnya hal tentang Ikhwan ini pernah Rasulullah  bercerita pada Sahabat,

“Ikhwan itu mencintai aku walaupun tidak  pernah berjumpa aku. Mereka tidak jumpa aku tetapi mereka ikut  sunnah ku.” Menangis Sahabat kerana rindu. Begitulah hadis beritahu.

Kalau Rasulullah, team kepimimpinannya, di bawahnya ada 4 orang, di  bawahnya lagi ada 10, kemudian ada 15, 40 dan akhir sekali 313. Inilah team kepimpinan Rasulullah. Yang lain itu dikatakan Sahabat  umum.

Yang Rasulullah pernah bersabda, “Mana satu pun sahabat yang  kamu ikut, kamu akan dapat keselamatan. “

Bagi Imam Mahdi  pula, pembantu utamanya Fata at Tamimi. Taraf kedua, wazir-wazir adalah Menteri Utamanya.  Ada  7 orang iaitu seorang di Timur, seorang di Madinah,  seorang di Jordan : ketua kepada 30 juta Badwi seluruh Arab. Di Turki pula keempat dan kelima , seorang di Magribi dan seorang  di Iraq.  Di  bawahnya ada beratus orang Ikhwan. Kemudian beribu-ribu orang Asoib.

Keramat Al Mahdi  itu luarbiasa. Read more »

April 17, 2008 Posted by heliconia | PENYELAMAT | , , | 5 Comments

Vivre Avec Dieu ( To Live with God )

The writings of Shaikh Abuya Ashaari Muhammad now can be accessed in French at La Lumière dans Le Visage d’Islam (The Light in the Face of Islam)

—————————————————-

Here’s an excerpt of the blog :

Vivre avec Due ( To Live with God ) Suggested Web Translater

Dieu est important dans notre vie quotidienne, qui vivent uniquement de l’instinct naturel est insuffisant

Fitrah un autre mot pour instincts naturels de l’homme ou les besoins humains et les besoins, certains sont importantes, certaines sont moins importantes. Il n’ya qu’un seul principal besoin ou le désir c’est-à-dire le besoin ou le désir d’avoir Dieu dans la vie. Les moins importants sont nombreux, qui comprennent le besoin de l’amour et des soins, de l’amitié, l’amour de la beauté, l’harmonie, la paix et la sérénité et l’amour de la bonne caractères tels que la douceur, généreuse, humble, etc pardonnant

En fait, nous sommes en mesure de vivre en paix et en harmonie avec nos seuls instincts naturels surtout lorsque les instincts sont toujours en bon état, intact et non polluées par l’environnement. La suite sur la seule instincts naturels, la société pourrait être en paix, en harmonie et en aidant les uns les autres comme ce sont des désirs naturels et les humains se comportent en fonction de leurs désirs naturels.

Read more »

April 17, 2008 Posted by heliconia | KULIYYAH.....! | | 6 Comments