Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Islam Kini Yatim Piatu

surausepi.jpg

Waktu solat Asar, 30/3/2008 : Surau Ar Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam masih lagi ‘dikunci rapat’ selepas hampir sebulan pilihanraya selesai. Baca kisah surau ini di sini dan yang tragik di sini.. Sekarang hanya dedaun kering bertaburan di luar halamannya, serta cicak berkeliaran di atas siling ruang sucinya.  Siapa peduli? Moga-moga segera datang pertolongan Allah dengan syarat para hamba-hambaNya mengusahakan taqwa …

———————————————————————————————————————

Bersabda Rasulullah SAW ” Akan tiba ketikanya, kamu akan dikeronyok oleh musuh-musuh sebagaimana orang-orang yang berebut untuk makan suatu hidangan.”

Para sahabat bertanya ” Apakah ketika itu jumlah kami sedikit, Ya Rasulullah?”

Jawab baginda ” Tidak, bahkan jumlah kamu ketika itu ramai sekali tetapi seperti buih-buih ketika air bah, sedang kamu ditimpa penyakit wahan.”

Mereka bertanya lagi : ” Apakah penyakit wahan itu, Ya Rasulullah?”

Baginda menjawab ” Kecintaan kepada dunia dan takut mati” ( Riwayat Abu Daud )

—————————————————————————————————————————

melawati2.jpg

Tidak berapa jauh dari lokasi surau yatim piatu : Majlis kesyukuran meraikan kerajaan Selangor baru di Stadium Malawati,  Shah Alam, 31/3/08 : Bukan hanya penyokong parti dari Selangor, bahkan Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Wilayah Persekutuan dan Terengganu turut hadir dalam program tersebut. Mereka mahu bersama meraikan kemenangan Selangor walaupun di bawah pakatan PKR-DAP-PAS.

—————————————————

UPDATE 5 APRIL 2008 :  SINAR HARIAN EDISI KL, SELANGOR.

‘Surau Seksyen 8 akan dibuka semula’

April 2, 2008 - Posted by heliconia | POLITIK MALAYSIA | | 13 Comments

13 Comments »

  1. If we act like it matters, and it doesn’t matter, then it doesn’t matter..

    but if we act like it doesn’t matter and it matters, then it matters.

    Comment by pemuda islam | April 2, 2008

  2. Sebenarnya isu Surau Ar Rahmah ini agak sulit untuk diselesaikan, walau ia bermula dari isu berpuak-puak dan politiking, penutupannya melibatkan campur tangan pihak istana. Tidak adil untuk menyalahkan parti PAS atau pejuang-pejuang Islam di kawasan itu.

    Comment by dato jiwa | April 2, 2008

  3. Teringat satu bait puisi, Islam kini tinggal yatim piatu, tidak berayah, tidak beribu.

    Umat Islam sedunia cenderung untuk memberontak bila Islam dihina, contoh terbaru ( macam tak biasa ) adalah propaganda keganasan dalm filem Belanda tu. Kita sering menyalah2kan musuh, tanpa kita sedar musuh Islam pun ada dalam diri kita sendiri.

    Kebelakangan ini, bila browse blog2 atau website2 orang kita, tiada apa yg lebih menarik minat netterts selain bicara tentang fitnah, cercaan, maki hamun, dsb dsb.Di manakah kredibiliti dan apa sudah jadi dengan mentalitinya..

    Sudah sampai masanyalah kita mula berdiskusi hal2 membangunkan umat, ekonomi, bekerjasama dengan syarikat media dan penerbitan untuk menerbitkan siaran2 dan bahan2 bacaan untuk umat, rancangan TV yang mendidik, at least Kelantan dan Kedah sudah boleh ada stesen satelit TV sendiri untuk menyaingi ASTRO…yang boleh dipancarkan ke seluruh Malaysia. Juga siaran FM yang menggegar roh dan jiwa.

    Pembangunan roh amat penting.

    dato’ jiwa, saya tidak menyalahkan sesiapa, apatah lagi untuk menyalahkan musuh, sewajarnya kita menyalahkan setiap satu dari diri kita sendiri, tanyakan, mengapa Allah tak bantu?..apa yang kita sudah berbuat untuk Islam hari ini?, atau kita masih enak lagi mengunyah2 daging2 saudara2 kita sendiri…tak kisahah daging baru atau daging dah busuk..

    Islam tinggal yatim piatu, tidak berayah, tidak beribu….dalam hati2 umat yang kering dari siraman tarbiah..

    Seribu satu masalah umat sedunia adalah tanggungjawab setiap dari kita untuk menyelesaikannya..jalannya adalah TAQWA.

    Comment by heliconia | April 2, 2008

  4. Mudah-mudahan dengan kuasa yang diberi Allah melalui masyarakat dapat digunakan untuk membuka, memulia dan mengimarahkan kembali masjid-masjid dan surau-surau.

    Kuasa sudah ada ditangan, tiada guna jika masih berdalih.

    Comment by careliph | April 2, 2008

  5. Trima kasih kerana menimbulkan isu surau dikunci ni. saya seorang penduduk Shah Alam dan turut ambil berat.PAS menggunakan isu ’surau kami dikunci, konsert jom heboh sampai pagi’ sebagai kempen pilihanraya. cukup baik. sebenarnya ada khabar2 mengatakan Sultan sangat murka dgn kes politiking dan perpecahan yg berlaku, katanya kepada yg dipertua Mais, ” Tunggu beta mimpi dulu, baru boleh bukak surau tu”

    Comment by mohamad | April 3, 2008

  6. Careliph, moga-moga Islam akan terus diimarahkan di seluruh Selangor, negeri yang terkaya di Malaysia, walau tiada petroleum, moga2 dengan kekayaan tersebut mereka yang diberi kepercayaan oleh masyarakat untuk memerintah atas nama Islam akan menggunakan harta itu untuk berjuang menegakkan kalimah Allah..

    Sudah sampai masanya menukar taktik perjuangan, kurangkan terlalu banyak bercakap dan politiking, muhasabah, bagaimana membangun kekuatan roh melalui alat2 yang sedia ada, bagaimana dakwah harus disebarluaskan untuk mengurangkan kadar kejadian jenayah.. saya pasti parti Islam akan berhempas pulas siang malam memikirkan masalah sosial, jenayah, kebajikan umat setelah kuasa ada di dalam tangan.

    walau kuasa itu dikongsi dengan parti liberal-demokratik dan sosialis, itu bukan satu alasan lagi untuk ber TAPI TAPI. Harapan anak jati Selangor macam saya untuk melihat kebangkitan Islam bermula dari atas melalui kuasa politik sangatlah tinggi, terlalu tinggi.

    Comment by heliconia | April 3, 2008

  7. sembahyang 2 imam? dari saya kecik sampailah ke saya dewasa isu ni tak habis2 lagi ye. dulu di kampung saya, dalam kampung yg kecik tu pun ada surau p** dan ada surau u***. cuma waktu solat jumaat saje masing2 terpaksa ke satu masjid besar di hujung kampung.

    tindakan yg sgt merugikan ummat Islam sendiri. bila kesatuan tiada, mudahlah musuh membuat kerja. malah musuh boleh senyum sendiri sbb hati2 kita sendiri pecah belah sebab menegakkan pegangan masing2.

    berjayanya ideologi politik demokrasi yg dilagang musuh..

    sampai bila hal ini akan berlaku?

    Comment by hismailmd | April 4, 2008

  8. begitulah bukan nya berlaku di malaysia sahaja bahkan inilah masalah umum,Tujuan membina msjid sudah lari, padahal masjid adalah tempat untuk menyatukan ummat.Tapi oleh kerana tujuan bina masjid itu dipenuhi dengan keduniaan jadi tak tahulah,jangan lupa Abdullah bin Ubay (ketua munafik) pernah mendirikan masjid juga

    berlaku di perth ini yg umat islam yang sekelumit ini,masa bina masjid semua bersatu tapi bila masjid dah didirikan masing2 berebut kuasa akhirnya terpaksa buat penyelesaian ke Mahkamah yang kos nya sudah tentu hampir sama nak buat masjid tu

    jadi di akhir akhir ini buat masjid lebih mendatangkan fitnah sahaja,lihatlah bermegah dengan masjid kristal,masjid besi dsb.

    Comment by samson | April 4, 2008

  9. Mohamad, seingat saya bukan ‘ Surau kami dikunci, jom heboh sampai pagi’ tapi ” Surau KITA Dikunci (..)

    Kelmarin (5/4) akhbar Sinar Harian edisi Selangor ada mengeluarkan berita Surau ni. InsyaAllah, macam dah nampak jalan penyelesaian, tapi kena tunggu Sultan balik bercuti dari overseas dulu, nanti saya scan beritanya utk tatapan semua InsyaAllah.

    Dan samson, betul tu, jika di masjid di Perth ada kisah menyedihkan kes saman-menyaman di mahkamah, surau kecil Seksyen 8 ni pun ada kaitan dengan kes mahkamah juga.

    Bila sebut Masjid Kristal, teringat kos yang berjuta2 jauh melebih dari kos yang di atas kertas, juga kesilapan protokol, MB Idris terpanggil salah orang untuk merasmikannya :(

    Comment by heliconia | April 6, 2008

  10. Sedih bila dengar perihal isu masjid di bawa ke mahkamah. Mahkamah yang mengadilinya adakah mahkamah sivil? Orang bukan Islam tentu berpeluang untuk mendengar dan memerhati prosiding kes itu, lantas menjatuhkan imej Islam dan muslimin keseluruhannya. Benarlah kerosakan itu dibuat oleh tangan-tangan kita sendiri.

    Berkenaan masjid kristal, apa maksud heliconia terpangil salah orang?

    Comment by careliph | April 7, 2008

  11. kalau duduk di luar ni,kes perebutan jawatan imam atau apa yang related kat masjid tu dah biasa sangat dibawa ke mahkamah, kalau nak cerita panjang kisah nya..

    antara yang berlaku kata sini,
    1. masalah fund yang dkeluarkan oleh negara islam lalu dipertikaikan sape yang layak terima apakah untuk bangsanya atau masjid nya, lalu dibawa ke court
    2.Perebutan tanah yang memang tiada nilai tapi oleh kerana ada 4 persatuan islam yg merebutkan tanah tu akhirnya dibida tanah yang tiada nilai itu melompat berkali ganda

    kerajaan benarkan umat islam terbitkan siaran radio dan diberi lesen ,ada pihak yg tak setuju, minta kerajaan tarik balik lesen itu kerana radio tu milik badan islam yang tak berdaftar dengan islamic council…
    banyak lagi lah…..

    yelah masjid biasanya sultan ketua agama (warisan sistem british) jadi bila nak rasmi mesjid kena jemput sultan lah

    Comment by samson | April 7, 2008

  12. Careliph, itu salah satu perkara yang menjadi ‘kecil hati’ pihak istana, sepatutnya Ketua Agama Islam Negara yang lebih layak merasmikan Masjid Kristal, bukan PM Pak Lah, bila Pak Lah dan baginda ada bersama2 dlm majlis sebegitu, Pak Lah sepaptunya dah tak layak menjadi perasmi Masjid tersebut.

    Lihat : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kristal

    Yg menariknya masjid itu dalam link disebut masjid pintar. Itu lagi satu istilah yang kurang pintar atau istilah pandir. Apa..?? Yang dikaitkan dengan internet dan wifi sahaja dikatakan pintar? Sebab tak kelihatankah? Bagaimana dengan ilmu ilham, ilmu ruh, yang direct dari Allah, juga tak kelihatan, bukankah itu yang selayaknya lebih pintar dalam islam?

    Macamlah, orang satu dunia mengkagumi kuasa elektrik, yang asalnya ditemukan kononnya 100% oleh ilmuwan Barat, tetapi matahari ciptaan Tuhan yang tak pernah PADAM tu manusia tak sedar pun kehebatannya.

    Kita2 yang ditimpa penyakit al wahan ni macam yang ayat Quran sebut ‘ Summum, bukmum, umyun, fahum, la ya’kiluun..’Nauzubillah..

    Ini petikan Wiki.

    Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

    Comment by heliconia | April 7, 2008

  13. [...] Baca post lalu mengenai surau ini di dini : Islam Kini Yatim Piatu [...]

    Pingback by Air Mata Iringi Pembukaan Semula Surau yg dikunci 8 Bulan « Heliconia’s Weblog @ Malaysia | April 22, 2008

Leave a comment