Foto-foto Majlis Pelancaran Roti Ikhwan SHAH ALAM
Majlis dirasmikan oleh ADUN Kota Anggerik, Shah Alam, YB Hj Yaakob Sapari, yang juga EXCO Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.
‘ Saya sebagai EXCO baru yang mewakili kerajaan dan menggantikan orang yang memusuhi tuan-tuan ….sekarang orang itu sudah tiada dan ini semua adalah dengan berkat doa tuan-tuan’.
Lihat foto-foto selainnya di sini
Sepatah Kata dari Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd
Berikut apa kata Pengerusi Eksekutif tentang penubuhan syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD.
“Kebangkitan Islam yang kian memuncak di Malaysia dan antarabangsa telah mendorong negara ini dan negara Islam lainnya berusaha untuk kian menepati ajaran Islam yang sebenarnya. Pemimpin dunia telah bercakap tentang merujuk kepimpinan kepada apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. Perkembangan inilah di antara faktor penyebab mengapa saya Ashaari Muhammad mendaftarkan satu lagi syarikat perniagaan Global Ikhwan Sdn. Bhd.
Bertujuan mencetuskan perniagaan komersial ke peringkat nasional dan internasional, satu bidang yang umat Islam patut perjuangkan sebagai keutamaan sesudah Iman; jika kita mahu jadi umat yang kuat.
Terdapat 12 jenis biro atau kegiatan yang diperjuangkan oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. ini:
1. Politik/ Tugas Khas/ Strategi.
2. Pentadbiran/ Perlaksanaan
3. Pendidikan/ Pelajaran.
4. Dakwah dan Motivasi
5. Hal Ehwal Masyarakat.
6. Ekonomi.
7. Kewangan.
8. Kebajikan.
9. Kesihatan.
10. Kebudayaan.
11. Pertanian/ Teknologi/ Ternakan.
12. Pelancongan.
Semua ini digerakkan di dalam 6 zon perniagaan: Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Pantai Timur, Zon Malaysia Timur dan Zon Antarabangsa. Setiap zon mempunyai barisan kepimpinan atau pengarah yang mengetuai pekerja yang akan menjayakan perniagaan Global Ikhwan Sdn Bhd..
Dengan bilangan pengarah dan pengurus seramai 300 orang di berbagai peringkat, pekerja seramai 5000, remaja 7000, syarikat ini sekarang mempunyai 700 premis perniagaan di semua bidang biro yang disenaraikan.
RANGKAIAN PERNIAGAAN
Cita-cita saya dan syarikat ini bersama seluruh kakitangan di Muharram 1429 bersamaan Januari 2008, ialah menghidupkan rangkaian syarikat untuk lonjakan perniagaan Komersial Ikhwan. Dengan produk-produk seperti Roti Ikhwan, Minuman Ikhwan, Snek Ikhwan, Mee, Laksa, Meehoon, Kuew Tiow Ikhwan, Sos Kicap Ikhwan, diharapkan syarikat dapat mengedar ke seluruh premis di seluruh zon dalam dan luar syarikat. Ertinya produk ini akan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan antarabangsa.
STRATEGI PEMASARAN DAN PROMOSI
Umat Islam perlu membina dan memulakan rangkaian perniagaan sendiri dengan mencetuskan sistem pemasaran yang praktikal dan berkesan. Tidak berlakunya selama ini adalah kerana umat Islam tidak mendapat sokongan dari Tuhan. Sedangkan orang bukan Islam mampu melakukan kerana mereka dapat mencukupkan syarat yang
ditetapkan oleh Tuhan. Iaitu mereka ada Quwwah yakni kekuatan wang, orang, kepakaran dan strategi.
Sedangkan orang Islam, kalaupun semua Quwwah itu dapat disediakan namun Tuhan tidak juga akan memberi kerjasama dan pertolonganNya, selagi mereka tidak bertaqwa. Taqwa adalah syarat utama untuk umat Islam jika mahu berjaya. Tanpa Taqwa, nescaya Tuhan tidak akan menyerahkan urusan dunia ini kepada orang Islam, sepertimana telah diserahkan kepada orang bukan Islam sekian lamanya.
Walhal sebelum 700 tahun terakhir dunia memang dalam tangan orang Islam oleh kebangkitan Islam pertama oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a.. Sebab mereka melakukannya dengan Taqwa. Maka untuk kali kedua ini pun umat Islam akan bangkit dengan Taqwa.
SUMBER DANA DAN KEKUATAN
Sumber kekuatan yang disediakan Tuhan kepada orang Islam tidak sama dengan sumber untuk orang bukan Islam. Orang bukan Islam diberi dari sumber alam dunia yang lahir. Sedangkan orang Islam yang bertaqwa sumbernya dari alam ghaib oleh kekuatan roh.
Maksudnya dan contohnya; Rasulullah memenangi Perang Badar adalah oleh adanya sokongan 5000 malaikat yang datang dari alam ghaib. Maka walaupun lahirnya para sahabat cuma 313, sedangkan kafir Quraisy 1000 orang, tapi Rasulullah memenanginya.
Peperangan perniagaan di zaman ini, orang bertaqwa akan Tuhan hantarkan wang dari sumberNya. Iaitu dari tangan orang kaya-Nya, yang menyalurkan untuk Islam atas dasar cinta Tuhan tanpa meminta balasan. Mereka memberi bukan sebagai pinjam atau hutang. Pemberian adalah untuk buktikan cinta sekaligus ingin melihat syiar Islam bangun di muka bumi Tuhan.
PELAKSANA
Mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w.di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan kapitalis atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana diketuai oleh Saidina Abdur Rahman bin ‘Auf r.a. memanggil pertolongan Allah SWT dan RasulNya untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka. Mereka sembahyang hajat, berdo’a, taubat, zikir wirid, membaca Qur’an, selawat dan lain-lain demi mendapatkan semata-mata Tuhan sebagai penolong dan pemimpin.
Berlakulah hendaknya Wahai Tuhan oleh kuasa-Mu yang Maha Agung, di tangan orang Melayu Islam di Malaysia ini, perniagaan komersial bertaraf nasional di atas rangkaian pemasaran mereka sendiri. Jadikanlah produk mereka berkualiti dan meyakinkan masyarakat. Buatkanlah hati rakyat senang dengan produk ini semuanya.
Ameen, Ya Rabbal Alameen…
‘Kun Fayakun’
Yaseen 36:82-His command, when He intends anything, is only to say to it: Be, so it is.
Suatu waktu dahulu, tanah ini pernah berdaulat atas kuasa Raja-raja. Penjajah Inggeris datang menjarah kekayaan negara, mengamalkan dasar pecah dan perintah, hampir sahaja menghapuskan kuasa kesultanan lambang ‘kekhalifahan’ dengan menubuhkan Malayan Union.
Link : Teknik Penjajah men’design’kan Melayu jadi ‘Bodoh & Miskin’, Lapan Faktor Kemunduran Suatu Bangsa, Bangsa Berjiwa Besar - Pemangkin Melayu bagaimana?, Kekuatan Suatu Bangsa
British memperkenalkan demokrasi ciptaan mereka dan mengajar anak jajahannya cara-cara berpolitik cara mereka, sebelum ‘kemerdekaan akhirnya dianugerahkan’. Mutakhirnya sekarang, sistem ini seolah2 membenarkan rakyat memilih pemerintah ala ‘diktator’ mereka sendiri, tidak kisahlah diktator kecil, sederhana atau besar, tersembunyi, samar-samar atau terang nyata.
— Dengan segala ‘privilege’ takhta yang ada, mahu sahaja mereka meneroka dan menjarah hasil bumi dan kekayaan rakyat demi poket sendiri dan kroni, merekalah para pemerintah mewarisi watak penjajah. Apa sangatlah, negeri Perlis ’semiskin’ dan sekecil itu tidak dihiraukan, dibandingkan Terengganu yang kaya dengan hasil emas hitamnya?
Bila Allah berkehendakkan keselamatan ke atas tanah bumi Malaysia ini, kekuasaan mereka-mereka ini akan ditarik balik sedikit demi sedikit. Sistem warisan penjajah British yang digunapakai sejak sekian lama, akan sendirinya tertolak dan kesultanan Melayu akan berperanan semula, seperti asalnya. Kuasa Tuhan tiada yang mustahil!
KUN FAYAKUN !! ===== BE ! and IT IS!!
Rukun Negara / National Principles
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
——————————
NATIONAL PRINCIPLES
Our nation, Malaysia, being dedicated :
to achieving a greater unity of all her peoples;
to maintaining a democratic way of life;
to creating a just society in which the wealth of the nation shall be equitably shared;
to ensuring a liberal approach to her rich and diverse cultural traditions;
to building a progressive society which shall be oriented to modern science and technology;
We, her peoples, pledge our united efforts to attain these ends guided by these principles:
BELIEVE IN GOD
LOYALTY TO KING AND COUNTRY
UPHOLDING THE CONSTITUTION
RULE OF LAW
GOOD BEHAVIOUR AND MORALITY
Promosi Website Ikhwan Today
Ikhwan Today ( Berikut , satu halaman ruangan Madah)
- Daripada api kemarahanlah lahirnya api kebakaran di dunia dan akhirat.
Oleh itu didiklah nafsu, kerana api kemarahan datang daripada nafsu.
- Cerdik dan pandai itu, memang digemari dan patut dicari.Tapi adakalanya dia memakan diri, yakni bilamana dia sombong dengan kemampuannya. Orang akan benci dan lari, akibatnya tinggal seorang diri.
- Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia
- Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa. Miskin idea buntu di dalam kehidupan. Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
- Rasulullah pilihan daripada seluruh rasul pilihan. Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir zaman. Membawa Quran dari Tuhan, untuk panduan umat kemudian.
- Rasulullah bulan purnama, cahayanya cerah menerangi buana. Menyuluh kehidupan manusia, memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya.
Agar manusia selamat di dalam perjalanan mereka.
- Makanan dan minuman makanan jasad. Ilmu dan pengalaman makanan akal.
Iman makanan roh.
- Batu yang keras itu air yang lembut dapat melembutkan, tapi hati yang keras itu tiada sebarang benda dapat melembutkan, sebab itu gunung lebih senang diubah dari merubah hati.
- Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran, untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkenaan.
- Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita.
A Spiritual Tsunami will lash the whole nation
Suatu Khabar Gembira :
Perihal bahawa Malaysia ini bakal dilanda Tsunami Kasih Sayang dengan bertukarnya negara yang kita cintai ini kepada negara yang benar-benar Negara Daulah Islamiyah, yang mana akan merintis tapak sistem Khalifah yang akan menyelamatkan dunia.
InsyaAllah.
—————————————————————————–
Link in this Blog : Fitnah : Gerakan Kuning Penderhaka Negara!
CINTAKAN NEGARA SEBAHAGIAN DARI IMAN
Dengan Nama Allah, TUHAN yang Maha Pemurah dan Yang Maha Mengasihani..
Ya Tuhan, Tuhan Yang Maha Lemah Lembut
Yang Maha Sabar, Tuhan Yang Maha Mengasihi HambaNya
Ya Tuhan, Tuhan Yang Maha Keras,
Maha Pemarah dan sangat Menghukum
dengan KeadilanMu..
Kami adalah hamba-hamba ciptaanMu yg maha lemah
yang amat memerlukanMu
dan mendambakan pembelaanMu, serta pengampunan
dan tunjuk ajar, juga kasihan belasMu
Jadikanlah negara Malaysia negara yang aman makmur dan mendapat keampunanMu
Jadikanlah nanti pemimpin-pemimpinnya orang yang bertaqwa
kepada rakyat yang bertaqwa
Ya Tuhan
perselisihan faham antara kami
sulit untuk diselesaikan
tetapi tentu amat mudah bagiMu
Dikaulah yang membolak-balikkan hati.
Ya Tuhan, jadikanlah Pemimpin Malaysia nanti seorang yang cinta
dan takut padaMu
Jadikanlah wawasannya sumber kebahagiaan umat di dunia dan akhirat
Jadikanlah kepimpinannya bersih dari penyalahgunaan kuasa, korupsi, khianat, inflasi, riba, arak, zina, judi, pendedahan aurat dan lain2 maksiat
Jadikanlah Malaysia, bangsa dan negaranya, maju di dunia dan akhiratnya
Jayakanlah pembangunan insan dan materialnya selaras dengan agamaMu
untuk kebahagiaan dunia dan akhirat
Ya Tuhan, demi kuasa “Kun Fayakun”, tiada yang mustahil bagiMu
maka kasihanlah kami terhadap apa yang kami pohonkan ini Ya Tuhan,
lihatlah hati2 kami yang penuh dengan keinginan
kepada keselamatan dunia dan akhirat
Ingin pada kemajuan, pembangunan, kejayaan serta kebahagiaan bersama pertolonganMu dan keselamatan dariMu..
Pohon diperkenankan harapan kami, Ya Tuhan kami
Ameen….Ya Rabbal Alameen
—————————————————————————————-
( Next Round) PM Abdullah Vs Gelombang Kuning
(BN wants Idris) Vs (The Palace wants Ahmad Said)
Mengejutkan, dalam masa melagangkan taat setia dan patuh kepada Raja atas nama kesinambungan Melayu, pihak yang sama juga cuba menderhaka kepada Raja, adakah ini satu konspirasi atas arahan (…..) yang sudah tak senang duduk takutkan kerusi empuknya mengalami nasib yang sama?
—————————————————————————————————————————
The Star : Palace picks Ahmad Said but 22 reps want Idris
KUALA TERENGGANU: In an unexpected move which ended 14 days of uncertainty, the office of the Sultan of Terengganu announced yesterday that Kijal assemblyman Datuk Ahmad Said will be the new Mentri Besar of Terengganu instead of Datuk Seri Idris Jusoh.
The swearing-in ceremony is scheduled to take place at Istana Tamu at 10am today but is likely to be boycotted by 22 state assemblymen who are supporting Idris, the former Mentri Besar.
They are planning a protest walk from Seri Iman, the MB’s official residence, to Istana Tamu, about 500m away at 7.30am.
“In accordance with Clause 14 Paragraph (2) (a) of the Terengganu State Constitution (Chapter 2), the Regency Advisory Council, in undertaking the function on behalf of the Regent, hereby appoints Datuk Ahmad Said as the Mentri Besar of Terengganu to head the Terengganu State Executive Council,” said the palace statement released to Bernama at 3.30pm. ( Read More)
New Straits Times : Palace appoints Ahmad Said as new Terengganu MB but he faces 23-assemblymen boycott
Berita Harian : KUALA TERENGGANU: Pejabat Sultan Terengganu semalam mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar baru walaupun 22 Adun Barisan Nasional (BN) di negeri ini sebulat suara mahukan Datuk Seri Idris Jusoh dilantik semula.
Berikutan itu, semua 22 Adun yang mengadakan mesyuarat khas di sini semalam, berikrar memulaukan majlis angkat sumpah Ahmad, sebagai Menteri Besar yang dijadualkan di Istana Tamu, pagi ini. Malah, mereka turut menegaskan akan meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula untuk jawatan itu. ( Read More )
Juga baca sepenuhnya di Utusan Malaysia di sini.
Jika Bangsa Melayu Mahu Berjaya
(POLITIKUMNODESPERADO) : Obviously, this latest trend of ‘acclaimed CLEAN street demonstartions’ - acutely approved by the nation’s ruling party is one big surprise for everyone.
————————————————————————————————————————-
Orang Melayu atas nama bangsa Melayu tidak sepatutnya hanya berpuas hati dengan kuasa politik. Kuasa politik tidak memberi erti apa-apa jika orang Melayu masih di takuk lama dalam pelbagai bidang, ekonomi dan pendidikan terutamanya. Mengapa saya berani berkata begini? Atas nama orang Melayu, mereka kena sedar, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, yang khazanah alam Dia yang punya, yang Dia itu memegang hati-hati manusia ciptaanNya, hanya akan membantu dan menolong sesuatu bangsa itu atas nama agama Islam.
Maksudnya atas nama bangsa, Tuhan tidak akan membantu. Tapi Tuhan akan tolong atas nama Islam. Dalam Islam, jika bangsa itu bersedia mengubah diri mereka menjadi orang yang bertaqwa, maka di situ nanti terbuka segala macam bantuan Tuhan.
Firman Tuhan: Tuhan sekali-kali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum tidak mengubah apa yang ada dalam diri mereka.
Ayat ini jelas memberitahu, Tuhan hanya akan membantu jika sesuatu kaum atau bangsa itu mahu berubah menjadi orang bertaqwa. Bukanlah ayat ini menyeru agar mengubah yang lahir-lahir.
Yang lahir-lahir senang untuk diubah. Perubahan lahiriah apa sekalipun, tidak akan dapat meraih rahmat dari Tuhan. Kesan daripada sekadar mengubah yang lahir, timbul berbagai side-effect yang negatif.
Negara kita, Malaysia sudah 50 tahun membuat perubahan lahir dan sejak 10 tahun kebelakangan ini perubahan berlaku secara drastik dan mega. Namun, apa yang terjadi, di sebalik pembangunan lahir yang terancang, maju dan moden, pembangunan insan menyembah bumi. Jatuh merudum tanpa kasihan. Timbul berbagai masalah sosial yang merosakkan manusia, seperti rasuah, rompakan, pelacuran, permusuhan, penyalahgunaan dadah dan hiburan melampau ala barat.
Inilah hasilnya bila kita mengenepikan pembangunan insan. Jangan salah faham dengan pembangunan insan. Ramai orang memperkatakan pembangunan modal insan dan yang difokuskan adalah memajukan akal fikiran dengan ilmu-ilmu keduniaan.
Pembangunan insan yang sebenarnya adalah memajukan rohaniah kita melalui penghayatan sembahyang, penghayatan Al-Quran dan menghiasi hati dengan sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah. Kesannya nanti, jadilah kita orang yang benar-benar bertaqwa. Dengan taqwa ini sahaja, bangsa kita mampu membangun dan berjaya.
Kelemahan ketara bangsa Melayu perlu diperhalusi daripada sekarang. Puncanya bukan kerana masalah lahir-lahir ini. Tapi puncanya kerana tidak kembali kepada Islam dengan mengusahakan taqwa. Tidak menjadikan taqwa itu sebagai pakaian kehidupan, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW semenjak 1400 tahun yang lalu.
Ayuh, bangsaku Melayu, sudah tidak masanya untuk tidak terus tersilap langkah. Mulakan daripada saat ini untuk mengusahakan taqwa dan kelak anda akan dapati hasilnya bangsa anda akan menguasai bukan sahaja negara tetapi dunia!.
—————————————————–
Jika Tuhan berkehendak menyelamatkan suatu bangsa untuk dunianya dan akhiratnya, maka akan dihantarkan hambaNya dari kalangan muqarrabin bertaqwa menjadi pemimpin mereka. Siapa?
—————————————————————————————————————————–
Taqwa Rahsia Kepimpinan
Apabila pemimpin yang berkuasa itu
Mempunyai sifat taqwa yang tinggi
Maka Tuhan pun membantu
dengan mengalirkan rahmat
dan berkat kepadanya..
Dan berkat itu pun melimpah
dan mengalir ke seluruh rakyat
di dalam negara..
Maka Tuhan pun campurtangan
ikut mengawal serta menjaga
dan dimudahkan rezeki
maka jadilah negara makmur,
rakyat mewah..
Pintu hati manusia pun tertutup
untuk melakukan jenayah
kebimbangan dan ketakutan
pun hilang
Tuhan memasukkan ke dalam hati manusia
malu untuk membuat maksiat..
Maka bersihlah negara
dari sebarang kemungkaran
Mata selamat,
hati tidak ternoda,
iman tidak tercacat
Kelihatan menusia penuh tawadhuk
Malu, bermaruah dan berdisiplin
berkasih sayang sesama meraka
Bekerjasama dan hormat-menghormati
bertolak ansur, simpati,
mengutamakan orang lain dan harmoni
tidak ada orang miskin yang terbiar
tidak ada org sakit yg terlantar yang tidak diambil perhatian
tidak ada org kaya yang tamak dan bakhil
Masing-masing menjadi pemurah,
seronok berkhidmat kepada oanrg yg susah
ke mana dan di mana sahaja perempuan pergi
tidak ada yang menodai
barang yang tercicir dijumpai kembali
atau akan dikembalikan semula kepada yang empunya
org2 yang musafir berebut untuk dijadikan tetamu..
Di mana-mana sahaja kelihatannya…
Tuhan itu dibesarkan dan disembah
syariat diamalkan
akhlak ibarat bunga yang indah dalam kehidupan
syiar Islam itu kelihatan di mana-mana sahaja
alangkah indahnya hidup ini
kerana adanya pemimpin yang bertaqwa
dengan sebabnyalah seluruh rakyat
mendapat rahmat dan berkat
dengan sebab inilah rakyat dibantu
dan diberi rezeki
About
ASSALAMUALAIKUM, AHLAN WA SAHLAN
Welcome to HELICONIA’S WEBLOG @ MALAYSIA
View Previous Entries Index : 2006-2008
Heliconia’s Weblog @ Malaysia lahir pada 20 Disember 2006, untuk mengisi satu ‘niche’ dunia internet yang tersendiri. Ia lahir atas inisiatif dan usaha peribadi, berupa himpunan pendapat bebas yang dikutip, juga diselang-selikan dengan tulisan sendiri. Heliconia memasuki dunia blogsfera ini untuk memberitahu bangsanya dan dunia seluruhnya, apa yang diyakininya dan diimpikannya, setelah melihat suatu ketidakadilan dan ’stereo-typing’ yang wujud sekian lama dalam medan politik dan media negaranya.
————————————————————————
DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;
1. Dalil Al Quran
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55
2. Dalil Al Hadis
Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]
—————————————————
The followings are extracted from the book:-
AL MAHDI, JESUS and MOSHAIKH [the ANTICHRIST].
http://www.allah.com/download/ALMAHDI.doc
Narrated by the late Grand Muhaddith of Morocco, Shaykh Abdullah ben Sadek Al Ghumari , Ph.D,
(1914 - 1993) may Allah be pleased with him
1. The Youth of Tamimi
The Messenger of Allah, praise and peace be upon him,
was among a group of migrants and supporters.
Ali, the son of Abi Talib was on his left side and Abbas on his right side
when Abbas and a man from the supporters started to debate
with one another.
The supporter spoke harshly to Abbas,
then the Prophet, praise and peace be upon him,
took the hand of Abbas and the hand of Ali and said:
“From the loins of this (indicating to Abbas)
will come a youth who will fill the earth with transgression and injustice
and from the loins of this (indicating to Ali)
a man who will fill the earth with fairness and justice.
If you see this pay attention to the Tamimi youth who will come
from the direction of the east — he is the owner of the
Banner of Al Mahdi.”
Al Hasan Al Basri said:
“A man of medium stature will come from Ar-Ray (a far-eastern town).
He will be dark and from the children of Tamim -
a Wasaj, named Shuayb son of Salih with four thousand men.
Their clothes will be white and Banners black,
and at his front is Al Mahdi.
He meets no one that he does not defeat and scatter”.
Ka’b, the son of Alkamah said:
“In front of the Banner of Al Mahdi will come a youth
whose beard is yellowish and thin.
If he fights the mountains, he will destroy them
until he reaches Alya’.”
2. Black Banners from the EAST asking for the truth
Ibn Masood reported: “We went to the Messenger of Allah,
praise and peace be upon him,
and he came out with good news -
and happiness was easily recognizable upon his face.
When we asked him about a matter
he would tell us about it,
and we were never silent about anything until he spoke of it,
until a party from the Bani Hashim passed by
amongst whom were Al Hasan and Al Hussain, peace be upon them.
When he saw them he hugged them with tears in his eyes,so we asked:
‘O Messenger of Allah’
we see something has changed your face which distresses us
‘Thereupon he replied:
‘We are a Family of a House
for whom Allah has chosen the Hereafter rather than the present.
After me my family will be refugees,
driven out of countries until the Black Banners are raised in the east.
They will ask for the truth
but they will not be given it,
so they will ask again for it,
and they will not be given it ,
so they will fight and be given victory.
Those of you or your descendants who live during that time
go to the Imam of the Family of my house
even if you have to crawl over ice to him.
Indeed, they are banners of guidance.
They will deliver it to a man from the Family of my House
his name is the same as my name,
and the name of his father is the same as my father,
and he will fill the ground with fairness and justice.
3. Black Banners from the East
“The Black Banners will come from the East for
the children of Al Abbas.
Then there will remain whatsoever Allah wishes.
Then, small Black Banners will come
to fight a man from the children of Abu Sufyan from the East.
They will give their allegiance to Al Mahdi.
“Allah will send a Black Banner from the East,
and Allah will give victory to whosoever supports it.
Whosoever does not support it, Allah will forsake them!
4. Hearts like Iron
“The Black Banners will come to you from the East,
their hearts are like iron.Whosoever hears about them
let them go crawling — even over ice!”
5. The Government of Al Mahdi:
“People will come from the east
and will establish the government for Al Mahdi.”
6. Al Mahdi : Resemble an Arab or an Israel
“Al Mahdi is a man from my children.
His face is like a glittering star,
his skin is the color of an Arab,
and his body is like that of Israel.
He will fill the earth with justice
just as it will have been filled by injustice,
and the dwellers of Heaven and Earth
will be pleased with his Caliphate.”
“If only one day remains in the world,
Allah will send a man with a name like mine.
His manners will be likened to my manners.”
“Al Mahdi is a man from my children
his color is that of the Arab,
and his body is like that of Israel.
On his right cheek there is a mole
that glitters like a star.”
7. Al Mahdi with his banner
Al Mahdi will come upon his Banner and the herald will proclaim:
‘This is Al Mahdi, the Caliph of Allah so follow him!”
8. A group keep fighting for the truth
A group from my nation will keep fighting for the truth
until Jesus, the son of Mary descends at dawn in the
Mosque of Jerusalem.
He will approach Al Mahdi who will say:
‘O Prophet of Allah, come, lead us in prayer.’
But he will decline saying:
‘This nation has princes over each other’
~God will bring out from concealment al-Mahdi from my family and just before the day of Judgment; even if only one day were to remain in the life of the world, and he will spread on this earth justice and equity and will eradicate tyranny and oppression.
~Terjemahnya : Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya, Al Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu tinggal sehari sahaja lagi. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan.[ A Hadith in Musnad Ahmad ibnu Hanbal, Vol 1, p 99 ]





