Imej kalimah & manusia berserban di langit Johor

tahiyyat-cloud-sky-version.jpg

Imej Rekaan Sekadar Untuk Hiasan  : ( Ihsan Muhd Zayyid, Indonesia )

Antara 10 imej tertera yg terhasil oleh kepulan awan pada petang tersebut adalah imej seorang manusia yang berserban sedang dalam kedudukan tahiyyat akhir, menunjukkan hampir selesai solatnya .

———————————————————————————

21 Februari 2008 : Kalimah ‘Allah’ gemparkan warga sekolah agama

Petikan dari Harakah Daily

KLUANG, 21 Feb (Hrkh) – Kemunculan lebih 10 objek dengan perbagai bentuk kalimah ‘tauhid’ yang dihasilkan oleh awan di ruang angkasa, telah menggemparkan hampir 200 murid dan guru di sebuah Sekolah Agama, di sini.

Objek yang mempamerkan dengan begitu jelas kalimah ‘Allah’, ‘Lillahi’, ‘Bismi’ ini disedari seorang pelajar yang baru saja selesai menunaikan solat Asar, pelajar tersebut kemudiannya memaklumkan kejadian aneh ini kepada seorang guru sekolah tersebut.

Selain kalimah tersebut terdapat juga objek yang melakarkan bentuk lembaga sedang sembahyang pada kedudukan tahiyat akhir dengan memakai serban.

Kesemua objek yang terbentuk hasil pergerakan awan ini dipaparkan di udara selama kira-kira setengah jam, bermula dari jam 5.45 hingga 6.15 petang, kemunculan objek ini telah menarik perhatian semua pelajar dan guru sekolah tersebut yang tidak melepaskan peluang menyaksikan kejadian aneh ini sehingga objek ini lenyap dari penglihatan mereka.

Guru-Guru sekolah tersebut yang ditemui mengesahkan kejadian aneh ini, mereka juga menunjukkan rakaman peristiwa yang dianggap ganjil ini melalui telefon bimbit mereka, bagaimanapun disebabkan kedudukan kalimah tersebut begitu tinggi di angkasa, hanya kalimah yang bersaiz besar sahaja dapat dirakam dengan jelas.

Menurut seorang guru yang ditemui, memberitahu, ada di antara kalimah-kalimah tersebut yang terbentuk lengkap dengan baris dan juga tanda sabdu, seperti kalimah ‘Allah’, yang menjadikannya sangat jelas untuk dibaca.

“Walaupun objek-objek ini bergerak-gerak apabila ditiup angin tetapi bentuk asalnya tidak berubah, hanya kedudukannya saja yang berubah.

“Apabila kalimah-kalimah ini hilang, muncul pula objek dari arah sisi yang menunjukkan lakaran seseorang sedang bersembahyang pada kedudukan tahiyat akhir, dengan memakai serban,” katanya.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Johor, Ustaz Atan Gombang, ketika diminta mengulas kejadian ini, berkata, warga sekolah ini amat bertuah kerana telah diperlihatkan dengan suatu kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah SWT.

“Bukan semua orang bernasib baik dapat melihat kejadian-kejadian yang amat ganjil ini, mudah-mudahan lakaran objek yang ada kaitannya dengan agama Islam yang maha suci ini akan memberi taufik dan hidayah serta inayah Allah swt kepada kita semua dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Imej Awan Kalimah Link 1

About these ads

22 Comments on “Imej kalimah & manusia berserban di langit Johor”

  1. lipan says:

    Apa yang lura biasa sangat. Biasalah kadang-kadang awan berbentuk binatang, anjing ke apa ke.

    Like this

  2. jalanselamat says:

    Subhanallah, itu menunjukkan kebesaran Allah.

    Like this

  3. aboutmiracle says:

    Manusia diberi pandangan hati berperingkat2, mengikut peringkat akal, nafsu dan ruhnya. Sama ada peringkat Malaikat, Haiwan, Jamadat, Syaitan, dsb

    Contohnya :

    Ada orang yang tengok awan2 ni, dia terus ingat Tuhan, ingat kebesaran Tuhan, dia ingat Maha Suci-nya Tuhan dari sifat2 kekurangan dan sifat2 “biasa”…

    Ramai juga yang kata, ni kan fenomena biasa je, apa luar biasa? Mereka tiada rasa apa2 macam batu dan jamadat.

    Baginya, Kuasa Tuhan yang begitu, bukan sesuatu yang luar biasa. Sedangkan kerdipan mata dia yang “biasa” tu pun menunjukkan kuasa-Nya yang LUAR BIASA…

    Ada pula sesetengah orang dia tengok kawan-nya buat dosa, ada yang terus mencemuuh menghina, ada pula yang terus hatinya mendoakan dan menasihati, ramai juga yang DAYUS !

    Ada lagi sesetengah manusia, apabila tengok alam ni, terus Mabuk, Jiwang, entah apa lagi hingga merapu2, bikin puisi, terus lupa Tuhan…

    So, kita pilih mana satu yang nak kita tempuh.
    Ingat Tuhan, dayus, atau terus lalai…

    Kalau taraf Sahabat, tercucuk duri dia akan rasa : ” apa dosa aku ni..? ”

    “…dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah)…” ( Al – A’raf : 179 )

    Like this

  4. cakna says:

    Lipan,
    Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Cara kau cakap ni macam kau tak menghargai satu anugerah Tuhan. Seolah-olah macam kau kata ” Tuhan nak buat, buatlah, aku peduli apa. maaf ye, mungkin kau terasa teguran aku ni, yang penting kita menjadi orang yang mensyukuri, menghargai dan berterima kasih kepada Tuhan.

    Like this

  5. cekdat says:

    Salam Heliconia
    blog ni best tapi sya pakai dial up, kasihanilah saya

    Like this

  6. heliconia says:

    :)

    Maaflah mungkin banyak foto di blog ni,sy pun baru dlm blogging ni, jadi tak sempat nak compress foto sebelum2 ni

    Moga2 nanti Allah rezekikan jalur-lebar utk cekdat.

    Lipan… harap2 Lipan bukan antara rakyat yang terkena bahana ulama2 rasmi turun-temurun yang menolak ‘kebenaran’ dgn segala macam alasan.

    Moga2 Allah menyelamatkan negara kita dari kejahatan para pemimpin.

    Like this

  7. MurDIANto says:

    SUBHANALLAH WALHAMDULILLAHI ROBBIL ALAMIN LA ILLA HA ILLALLAH MUHAMMAD ROSULULLAH SAW.
    Ilahi ANTA maksudi
    Wa Ridho’ka Maglubi
    A’tini Mahabata Wa makrifata’ka
    Birahmatika Ya ARHAMAR ROHIMIN.

    Like this

  8. shuhada says:

    SUBAHANALLAH…maha suci ALLAH..terkedu saya melihat kebesaran ALLAH..marilah kita sama-sama memuhasabah diri dan mendekatkan diri pada pencipta kita ALLAH S.W.T

    Like this

  9. heliconia says:

    Tentu ada maksud tersirat di sebalik imej tersebut. Tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

    Ini meningatkan saya pada link lama ..
    ————————————-
    Kepulan Awan yg Membentuk Nama…

    14. Dua orang bergaduh kemudian bersalaman

    15. Lelaki berserban sujud ke arah kaabah dan yang lain
    membelakangi Kaabah dan sujud membelakangkan kaabah

    Like this

  10. lipan kurang ajar kau dengan Tuhan..i2 lah memandang alam dengan nafsu..

    Like this

  11. aman says:

    bawaklah mengucap kepada lipan…. itu menunjukkan kebesaran allah..

    Like this

  12. heliconia says:

    Subhanallah, rindunya yang amat kepada kedamaian di Malaysia, juga seluruh dunia..Rindu sangat kepada tsunami spiritual dan tsunami kasih sayang, bila kah ia akan menjelma..

    Moga2 kerinduan itu kita sambut dengan segera baiki diri, dan tingkatkan rasa memerlukan dan bergantung kepada Allah dalam semua aspek kehidupan..seolah2 maut pasti datang di esok hari..ke mana mahu lari?

    Ya Tuhan kami, percepatkanlah zahirnya Baqiatullah..

    Like this

  13. apa dah jadi.. says:

    byk petanda yang Allah tunjuk agar manusia insaf dan sedar..dan akur kepada perintah-Nya..Ya Allah..jagalah hati kami ini agar sentiasa mengingati-Mu..amin..

    Like this

  14. mansiam says:

    Jika kita teliti dengan betul-betul daripada sudut teknikal atau pandangan jurugambar profesional, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan gambar tersebut
    1. Objek awam yang menyerupai seseorang yang sedang sumbahyang
    adalah objek pada gambar lain yang telah diedit menggunakan
    teknik pertindihan. Kalau betul objek itu adalah awan,sudah
    tentulah ianya tidak nampak saperti apa yang anda lihat..
    2. Anda perhatikan betul-betul kalau awan, tak kan ada warna-
    warni? awan yang Allah jadikan itu adalah bewarna puteh.
    Jadi, Jangan nak ‘kelentonglah’

    Kepada ‘PELAWAT-PELAWAT’ ruangan ini, saya sarankan jangan
    mudah terpedaya dengan gambar-gambar ‘karut’ tu..
    Kita telah diberi akal, gunakanlah.. Ante fikirlah sendiri..!

    Like this

  15. heliconia says:

    Mansiam, Maaflah, mungkin info saya mengenai foto hiasan tu kurang tepat. (SEkarang saya dah tambahkan istilah ( REKAAN UNTUK HIASAN ) Foto hiasan tu sekadar untuk hiasan, bukan foto sebenar di lokasi ekjadian. Ia adalah REKAAN MANUSIA guna teknik komputer.Direka oleh rakan dari Indonesia.
    :D

    Like this

  16. aboutmiracle says:

    Heli, kalau ada imej originalnya mungkin boleh menguatkan. Namun saya dengar susah nak didapati.

    Mansiam, jangankan jurugambar profesional, saya yang awam pun nampak. I think it doesnt matter, just an ilustration, ambil iktibarnya, ambil pengajaran atas apa yang berlaku itu… ;)

    Like this

  17. samson says:

    kasihan sungguh,dah ditulis kat foto itu sebagai hiasan, tak faham ke? patutlah digelar man siam,eloklah baiki bahasa melayu tu agar dikenali man melayu pulak

    Like this

  18. heliconia says:

    Man siam ni saya me-lihat banyak meng-gunakan ejaan lama, sebelom 1972.

    Like this

  19. Jeffery says:

    Aduuh…Sakit perut ana membaca komen oleh saudara mansiam ini. Itulah, lain baca dulu sebelum beri sebarang komen. Itu menunjukkan anda bersikap tidak ‘berhati-hati membuat tuduhan’(pinjam tajuk dari salah satu buku tulisan abuya)

    Minta maaf jika komen saya ini terkasar bahasa dan boleh menyinggung sdr mansiam.Tapi semua ini kita boleh jadikan iktibar bersama agar jangan terlalu sangat berburuk sangka dan beremosi kerana akibatnya amat memilukan dan memalukan sendiri (Sperti yg terjadi ini)

    Like this

  20. reD_liOn08 says:

    org dah x suke…mcm2lah nak dikata..
    sampykan x persan membodohkan diri sendiri…
    ‘siapa yg menghina dia akan dihina’….walaualm.

    Like this

  21. nassious says:

    kita sama2 doakan agar mansiam direzekikan untuk dapat bersama2 dengan Fatah Attamimi, pembantu kanan Imam Mahdi…tak sekarang,akan datang…amin..

    Like this

  22. reflisia says:

    plbgai pkara dpt kta npk @kta lhat p hny y ttntu dpt mlhat kjadian y plik fkirlah ssgguhnya pasti ada ssuatu hikmat@msej y tsembunyi y ingin dsmpaikan pd umat mnsia ttg ssuatu pkara.dan mgkin jga sbgai slah satu kbesaarnNYA y dpt dlihat dan bsyukur padaNYA

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers