Falsafah Tajdid Sains & Teknologi
Falsafah Tajdid Sains & Teknologi
Dr Ing. Abdul Rahman Effendi
Pakar Aerospace Engineering, almuni ENSAE Toulouse Perancis
Pensyarah Fakulti Teknik Universiti Muhammadiyah, Surakarta, Indonesia (2000)
————————————————————————————-
Pendahuluan
Pertama kali saya mendengar tentang Ustaz Ashaari Muhammad pada tahun 1988 melalui sebuah majalah berita mingguan yang menceritakan peribadi dan perjuangan beliau yang begitu unik dan menarik hati, khususnya bagi saya yang ketika itu sangat merindukan sebuah kehidupan Islam ala Rasulullah SAW. Majalah itu menceritakan betapa beliau mencuba untuk mengamalkan Islam dan sunnah Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan. Ketika itu saya berada di Paris sedang menyelesaikan program Masters saya dalam bidang Aeronautical Engineering.
Saya baru mendapat kesempatan berjumpa dengan beliau 2 tahun kemudian (Julai 1990) di Paris ketika beliau membawa rombongan dakwah untuk berdakwah di beberapa negara di Eropah. Sejak itulah saya tertarik untuk mengkaji dan menganalisa peribadi, keluarga, buah fikiran dan perjuangan beliau. Ternyata semakin saya kaji, semakin saya menjumpai pesona-pesona baru, baik yang berkaitan dengan ketinggian akhlak, rasa bertuhan yang tajam, buah fikiran dan perjuangan yang global dan luar biasa. Pemikiran dan perjuangan beliau begitu luas, mencakup seluruh aspek kehidupan manusia. Pada tulisan ini saya hanya akan memfokuskan pemikirannya dalam bidang sains dan teknologi sahaja.
Suatu hari dengan agak ragu-ragu saya bertanya kepada beliau tentang universe atau alam semesta. Saya khuatir pertanyaan saya tidak tepat dan akan membuat beliau merasa kurang senang. Tetapi yang terjadi luar biasa. Setelah diam hampir 5-6 saat lalu beliau mulakan dengan Bismillahirrahman nir Rahim, lalu beliau huraikan tentang alam semesta bermula tentang tahap-tahap ‘the creation of universe’ (penciptaan alam semesta) oleh Allah SWT yakni alam semesta ini ada permulaannya dan akan ada akhirnya. Allah sahaja yang tahu kemaha-luasan alam semesta dan jumlahnya sangat banyak bahkan mungkin tak terhingga atau infinit. Ada alam yang lahir ada yang ghaib. Dalam setiap alam Allah menciptakan makhluk-makhluknya. Setiap makhluk dapat bemusafir (traveling) ke dalam alam lainnya dengan izin Allah SWT. Seluruh universe akan berakhir melalui suatu proses yang disebut kiamat.
Saya terpegun. Beliau yang tidak menempuh pendidikan sains dan teknologi ternyata mampu menerangkan ilmu aerospace kepada seorang PhD aerospace lulusan Perancis dengan sangat ilmiah dan masuk akal. Persiapannya hanyalah 5-6 saat sahaja. Sedangkan para ahli kosmologi menghabiskan ratusan tahun dan berbilion dolar untuk menciptakan berbagai alat penelitian dan mengkaji alam semesta. Bahkan seorang saintis paling top saat ini di England menghabiskan umurnya hanya untuk membuktikan secara ilmiah dan matematik bahawa alam semesta ini ada permulaan dan akan ada akhirnya.
Pada kesempatan lain saya bersama 2 orang kawan yang masing-masing pemegang PhD dalam bidang sains dan teknologi dari Perancis dan Jepun berdiskusi dengan beliau tentang falsafah sains.
Berikut adalah huraian ringkas dari hasil diskusi tersebut yang pernah saya sampaikan dalam sebuah seminar ilmiah tentang Sains pada August 2002 di Washington Convention Center yang dihadiri ratusan saintis, profesor dan engineer dari seluruh dunia Islam.
——————————————————————–
Falsafah Sains Tajdid ( Ustaz Ashaari Muhammad)
Kita mengakui bahwa sains memang telah mengambil peranan penting dalam pembangunan peradaban material. Penemuan-penemuan sains telah memberikan bermacam-macam kemudahan hidup bagi manusia. Semua ini adalah nikmat, anugerah dari Tuhan yang patut manusia syukuri.
Tetapi kelihatannya, semakin maju manusia, semakin sains berkembang, tetapi semakin sedikit manusia yang bersyukur. Malah kejahatan yang ada bertambah kejam dan canggih. Adakalanya manusia sudah hilang kemanusiannya. Yang lebih menyedihkan lagi, banyak saintis dan pakar teknologi yang menuhankan ilmunya, sampai tanpa sedar mereka diperbudakkan oleh ilmunya.
Mengapa dengan semakin berkembangnya sains, manusia semakin jauh dari ketenangan dan kebahagiaan? Bukanlah sains itu yang perlu dibuang.
Sebenarnya yang jadi masalah pada dunia dari dulu sampai sekarang bukan kerana sains, teknologi dan produk-produknya, tetapi yang menjadi masalah adalah pada manusianya. Bila manusia bermasalah, maka sains, teknologi dan produk-produknya akan menjadi masalah.
Sebab itu masalah utama yang perlu dibaiki adalah ‘manusia’nya yang sudah tidak ada ‘rasa hamba. Jadi sebelum membahas peranan sains dan cara memanfaatkannya, sangat penting dibahas peranan manusia.
Tuhan menjadikan manusia di dunia ini sebagai hamba dan khalifah untuk mentadbir dunia. Maka Tuhan tahu apa yang mesti dibekalkan pada manusia.
Tuhan datangkan manusia ke dunia dengan khazanah, aset kekayaan baik yang bersifat material atau pun berupa ilmu, sains dan teknologi. Tujuannya supaya khazanah-khazanah dan kekayaan, segala kepandaian yang Tuhan izinkan manusia menguasainya, dapat digunakan dan dimanfaatkan untuk hamba-hambaNya juga. Maka akan timbullah kasih sayang diantara sesama manusia. Jadi sains dan teknologi bukan berdiri sendiri. Tuhan jadikan semuanya sebagai alat untuk melahirkan kasih sayang antara sesama manusia.
Sebagai hamba, manusia mesti memiliki rasa kehambaan. Maka ia akan merasa bahwa dirinya adalah hak Tuhan. Sains, teknologi dan produk-produknya juga hak Tuhan. Maka dia akan gunakan sains, teknologi dan dirinya menurut apa yang Tuhan kehendaki.
Bila rasa hamba sudah tiada, maka manusia akan sombong, zalim, menyalah gunakan kuasa. Segala kekayaan ilmu, khazanah sains dan ekonomi yang Tuhan anugerahkan yang sepatutnya digunakan untuk berkasih sayang, dia akan ambil untuk kepentingan diri.
Letak kehebatan seseorang bukan kerana dia pandai, ahli sains, kaya, berkuasa, berpendidikan tinggi, atau mencetuskan penemuan-penemuan sains hingga mendapat hadiah nobel, tetapi pada rasa hamba dan dapat mengekalkan sikap kehambaan dalam kehidupan sehari-hari.
Bila dia menjadi seorang pemimpin atau berperanan dalam berbagai bidang, sambil dapat mengekalkan sifat hambanya, barulah dia dapat dibanggakan. Pemimpin dan saintis yang mempunyai rasa hamba tidak akan menyalah gunakan kuasa dan alat-alat yang Tuhan bagi bahkan ia akan turut berperanan dalam melahirkan keamanan, kedamaian, dan keharmonian.
Mengekalkan rasa hamba bukanlah satu tugas yang mudah. Ini lebih sulit dari pada menguasai ilmu atau mencipta formula baru dan membangun peradaban material.
Oleh kerananya, untuk mendapatkan sains, Tuhan tidak perlu mengutus Nabi dan Rasul. Bahkan orang yang tidak kenal Tuhan pun Tuhan beri juga kemampuan itu. Tetapi untuk mendapatkan rasa hamba yang memang sangat diperlukan manusia, Tuhan mengutus Nabi dan Rasul.
Sejarah telah membuktikan bagaimana sahabat-sahabat telah berhasil membangun masyarakat yang aman, damai dan harmoni serta membuat orang-orang kafir masuk Islam. Bukan kerana kagumnya mereka dengan sains dan teknologi para sahabat, tetapi kerana faktor taqwa.
Sekarang banyak saintis Islam di dunia, bahkan sudah ada yang mendapat hadiah nobel. Sudah berapa banyak orang masuk Islam kerana sains mereka? Sekarang bukan saja dengan saintis orang tidak tertarik dengan Islam, bahkan kerana belajar sainslah, ada yang hingga terganggu keislamannya.
Kerana terlalu membesarkan sains, ada seorang pelajar berkata : “Tuhan tidak tahu buat kapal terbang, tetapi Amerika yang membuat kapal terbang “ Sudah banyak yang syirik kerana sains.
Padahal sains hanya satu juzuk kecil dalam kehidupan manusia. Kita mesti memanfaatkan sains supaya manusia semakin takut dengan Allah dan dapat mentadbir dunia moden agar manusia takut dengan Allah.
Sepatutnya para saintislah orang yang paling takut dengan Allah. Tapi kerana hal itu tidak terjadi, maka berapa banyak ingatan dari Tuhan yang Allah datangkan dengan menggunakan hasil teknologi manusia sendiri.
Kerana kita adalah hamba dan khalifah Tuhan, dan sains itu juga hak Tuhan, maka untuk menjadi saintis yang berjaya, manusia mesti mengambil standard tolok ukurnya orang-orang yang Tuhan telah pilih menjadi saintis yang berjaya.
Saintis terbesar selama dunia ini ada tentulah Rasul Muhammad SAW yang dengan sains rohaniahnya telah ‘memalaikatkan’ manusia, sedangkan kebanyakan saintis sekarang telah ‘menghaiwankan’ manusia.
Saintis Islam, atau Ulil Albab, mesti mengintegrasikan sains dengan rasa bertuhan. Dalam Al Quran Allah berfirman:
Ertinya:
‘(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi….’
Al Imran ayat 191
Dengan ayat ini, Allah menyuruh manusia untuk mengingati Allah dahulu di waktu berdiri, duduk, bahkan berbaring. Setelah itu barulah disuruh berfikir dan mengkaji.
Dengan kata lain, ahli sains akan selamat dan menyelamatkan jika ia bermula dengan menanamkan rasa bertuhan, rasa kehambaan, baru setelah itu berfikir dan mengkaji. Kalau tidak, hasil kajian itu akan menjadi ‘tuhan’nya dan ianya akan rosak dan merosakkan.
Lihatlah bagaimana Rasul datang memberi contoh kepada manusia, yaitu diawali dengan menajamkan roh para sahabat, ertinya mendidik para sahabat hingga memiliki sifat taqwa.
Dalam Al Quran Allah berfirman yang maksudnya takutilah Allah, nanti Allah akan mengajar kamu.
Jadi menajamkan roh adalah dengan bertaqwa. Bila roh tajam atau mempunyai sifat taqwa maka akan dapat mencerahkan dan mencerdaskan akal. Roh kuat, akal pun kuat.
Inilah kaedah Islam dalam mencerdaskan akal. Tetapi jika berawal dari akal, maka boleh jadi roh akan bertambah buta. Kalau dari akal semata-mata, mungkin cerdik tetapi dia akan tersesat.
Rasulullah SAW diturunkan bukan saja pada bangsa yang terbelakang, bahkan mereka tulis baca pun tidak tahu. Tapi dengan datangnya Rasulullah SAW Bangsa Arab Badwi bukan sahaja menjadi bangsa yang rohnya tajam, akhlaknya luar biasa, tetapi akalnya terbuka, sehingga lahir bermacam-macam ilmu.
Di samping manusia berakhlak tinggi, kemajuan pun tinggi. Kalau hanya pandai, tapi roh tidak dibangun maka akan seperti haiwan atau syaitan. Kepandaian disalah gunakan, seperti orang jahat dapat senjata.
Nabi Sulaiman as. ketika melihat ahli sainsnya berjaya memindahkan istana Ratu Balqis dalam sekelip mata, ia bertanya pada dirinya, Ya Allah akankah aku syukur atau kufur atas nikmatMu ini? Ini seorang nabi, begitu cemasnya mendapatkan suatu anugerah dari Tuhan. Apalagi manusia biasa, patutnya setiap kali mendapatkan sesuatu yang baru dari Tuhan, tentu merasa lebih cemas lagi dari itu.
Arkitek Blue Mosque adalah Mimar Sinan yang asalnya hanya seorang penjaga kuda Sultan, apabila diilhamkan, yakni dipandaikan oleh Tuhan secara karamah melalui mimpi, lalu paduan akal dan roh yang dicerdikkan oleh Tuhan ini telah menghasilkan seorang arkitek yang berjaya menghasilkan lambang kebanggaan Turki dan umat Islam. Rupanya belajar melalui kaedah luar biasa ini mampu menghasilkan pulangan yang luar biasa. Mana mungkin seorang penjaga kuda boleh bertukar menjadi arkitek hanya melalui ilmu yang diperolehi melalui mimpi dan ilham, tanpa berguru?
————————————————————————————
Contoh saintis lain yang dapat dijadikan teladan adalah Imam Ghazali rh dan Mimar Sinan. Mimar Sinan dari Turki adalah seorang wali Allah. Masjid Biru yang dibinanya lebih dari 500 tahun yang lalu sangat menunjukkan betapa hebatnya Kuasa Tuhan yang dapat memberikan ilmu-ilmu yang luar biasa pada orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan. Di saat gempa bumi di Turki, pada tahun 2000, ribuan orang mati, ratusan bangunan runtuh, tetapi masjid biru yang dibangunkannya masih tetap tegar berdiri.
Dalam pembangunan mesjid tersebut Tuhan ilhamkan berbagai aplikasi teknologi : aerothermodynamic, civil, acoustic dan chemical, dimana formula matematiknya sendiri baru dapat dijumpai pada abad ke 20.
Bila tidak faham kedudukan sains, manusia sering memandang hebat bila ahli saintis yang membuat kajian hingga menemukan sesuatu. Sedangkan mereka tidak merasa kehebatan Tuhan.
Padahal apalah istimewanya. Para saintis mengkaji dan menemukan benda yang memang sudah wujud. Mereka tidak menciptakan sesuatu yang tadinya tidak ada menjadi ada tanpa menggunakan bahan-bahan dari Tuhan, misalnya membuat sebiji pasir. Sepatutnya semakin banyak penemuan-penemuan yang Tuhan berikan, manusia semakin bertambah rasa bertuhan dan rasa kehambaannya. Semakin tersungkur dengan Tuhan.
Penutup
Begitulah pandangannya tentang falsafah sains dan teknologi. Kami semua terpegun dan dalam hati masing-masing berkata, beliau bapa saintis dan teknologi di zaman ini, kerana telah meletakkan sains dan teknologi seperti yang Tuhan kehendaki. Hal ini tidak dibuat oleh saintis dan ahli teknologi lain di dunia ini.
2 Comments »
Leave a comment
About
ASSALAMUALAIKUM, AHLAN WA SAHLAN
Welcome to HELICONIA’S WEBLOG @ MALAYSIA
View Previous Entries Index : 2006-2008
Heliconia’s Weblog @ Malaysia lahir pada 20 Disember 2006, untuk mengisi satu ‘niche’ dunia internet yang tersendiri. Ia lahir atas inisiatif dan usaha peribadi, berupa himpunan pendapat bebas yang dikutip, juga diselang-selikan dengan tulisan sendiri. Heliconia memasuki dunia blogsfera ini untuk memberitahu bangsanya dan dunia seluruhnya, apa yang diyakininya dan diimpikannya, setelah melihat suatu ketidakadilan dan ’stereo-typing’ yang wujud sekian lama dalam medan politik dan media negaranya.
————————————————————————
DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;
1. Dalil Al Quran
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55
2. Dalil Al Hadis
Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]
—————————————————
The followings are extracted from the book:-
AL MAHDI, JESUS and MOSHAIKH [the ANTICHRIST].
http://www.allah.com/download/ALMAHDI.doc
Narrated by the late Grand Muhaddith of Morocco, Shaykh Abdullah ben Sadek Al Ghumari , Ph.D,
(1914 - 1993) may Allah be pleased with him
1. The Youth of Tamimi
The Messenger of Allah, praise and peace be upon him,
was among a group of migrants and supporters.
Ali, the son of Abi Talib was on his left side and Abbas on his right side
when Abbas and a man from the supporters started to debate
with one another.
The supporter spoke harshly to Abbas,
then the Prophet, praise and peace be upon him,
took the hand of Abbas and the hand of Ali and said:
“From the loins of this (indicating to Abbas)
will come a youth who will fill the earth with transgression and injustice
and from the loins of this (indicating to Ali)
a man who will fill the earth with fairness and justice.
If you see this pay attention to the Tamimi youth who will come
from the direction of the east — he is the owner of the
Banner of Al Mahdi.”
Al Hasan Al Basri said:
“A man of medium stature will come from Ar-Ray (a far-eastern town).
He will be dark and from the children of Tamim -
a Wasaj, named Shuayb son of Salih with four thousand men.
Their clothes will be white and Banners black,
and at his front is Al Mahdi.
He meets no one that he does not defeat and scatter”.
Ka’b, the son of Alkamah said:
“In front of the Banner of Al Mahdi will come a youth
whose beard is yellowish and thin.
If he fights the mountains, he will destroy them
until he reaches Alya’.”
2. Black Banners from the EAST asking for the truth
Ibn Masood reported: “We went to the Messenger of Allah,
praise and peace be upon him,
and he came out with good news -
and happiness was easily recognizable upon his face.
When we asked him about a matter
he would tell us about it,
and we were never silent about anything until he spoke of it,
until a party from the Bani Hashim passed by
amongst whom were Al Hasan and Al Hussain, peace be upon them.
When he saw them he hugged them with tears in his eyes,so we asked:
‘O Messenger of Allah’
we see something has changed your face which distresses us
‘Thereupon he replied:
‘We are a Family of a House
for whom Allah has chosen the Hereafter rather than the present.
After me my family will be refugees,
driven out of countries until the Black Banners are raised in the east.
They will ask for the truth
but they will not be given it,
so they will ask again for it,
and they will not be given it ,
so they will fight and be given victory.
Those of you or your descendants who live during that time
go to the Imam of the Family of my house
even if you have to crawl over ice to him.
Indeed, they are banners of guidance.
They will deliver it to a man from the Family of my House
his name is the same as my name,
and the name of his father is the same as my father,
and he will fill the ground with fairness and justice.
3. Black Banners from the East
“The Black Banners will come from the East for
the children of Al Abbas.
Then there will remain whatsoever Allah wishes.
Then, small Black Banners will come
to fight a man from the children of Abu Sufyan from the East.
They will give their allegiance to Al Mahdi.
“Allah will send a Black Banner from the East,
and Allah will give victory to whosoever supports it.
Whosoever does not support it, Allah will forsake them!
4. Hearts like Iron
“The Black Banners will come to you from the East,
their hearts are like iron.Whosoever hears about them
let them go crawling — even over ice!”
5. The Government of Al Mahdi:
“People will come from the east
and will establish the government for Al Mahdi.”
6. Al Mahdi : Resemble an Arab or an Israel
“Al Mahdi is a man from my children.
His face is like a glittering star,
his skin is the color of an Arab,
and his body is like that of Israel.
He will fill the earth with justice
just as it will have been filled by injustice,
and the dwellers of Heaven and Earth
will be pleased with his Caliphate.”
“If only one day remains in the world,
Allah will send a man with a name like mine.
His manners will be likened to my manners.”
“Al Mahdi is a man from my children
his color is that of the Arab,
and his body is like that of Israel.
On his right cheek there is a mole
that glitters like a star.”
7. Al Mahdi with his banner
Al Mahdi will come upon his Banner and the herald will proclaim:
‘This is Al Mahdi, the Caliph of Allah so follow him!”
8. A group keep fighting for the truth
A group from my nation will keep fighting for the truth
until Jesus, the son of Mary descends at dawn in the
Mosque of Jerusalem.
He will approach Al Mahdi who will say:
‘O Prophet of Allah, come, lead us in prayer.’
But he will decline saying:
‘This nation has princes over each other’
~God will bring out from concealment al-Mahdi from my family and just before the day of Judgment; even if only one day were to remain in the life of the world, and he will spread on this earth justice and equity and will eradicate tyranny and oppression.
~Terjemahnya : Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya, Al Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu tinggal sehari sahaja lagi. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan.[ A Hadith in Musnad Ahmad ibnu Hanbal, Vol 1, p 99 ]






tumpang lalu…
masyaallah…wlaupun bnyk ilmu sains yg aku pelajari selama ini tp tidak dpt aku hubungkan dgn Tuhan…bahkan rasa mcm terpisah shj (nauzubilah).
ya sains dan tknologi Tuhan itu mengatasi segalanya..
Kita sbg hambaNya..semakin kita mengkaji ilmu Tuhan yg maha luas ini sepatutnya semakin mendalam rasa kehambaan didalam diri kita(suppose directly proportional)..
waallahualam….
dr.bius
rasa2 kehambaan yg maknawiyah tu bukan mudah kan nak dirasa berbanding menyebut…