Roti Ikhwan : Pure food forms pure hearts
Roti Ikhwan : Inilah hasil perjuangan saya, menghadiahkan kepada orang kita Melayu-Islam di Malaysia khususnya, sesuatu yang sepatutnya mereka sudah punyai sejak 50 tahun yang lalu.
~ Pengerusi GLOBAL IKHWAN SDN BHD : Ustaz Hj Ashaari Muhamad
Global Ikhwan Sdn Bhd, sebuah syarikat kepunyaan bumiputera sepenuhnya telah membuktikan kemampuan menjalankan perniagaan komersil dan bertaraf antarabangsa.
Pengeluaran produk halal yang amat diperlukan oleh orang Islam disediakan dari sumber halal dan diusahakan oleh individu2 yang cuba mempraktikkan ajaran agama ini dengan
sesungguhnya.
Molekul2 produk makanan yang diusahakan oleh pekerja2 yang berzikir dan mengingati Allah, disertai rasa takut dan cintakan Tuhan akan mempengaruhi sel2 orang yang memakannya dan turut menjana tenaga dan aura zikir dalam badannya.
Makanan yang benar2 halal adalah faktor berjayanya kelangsungan perjuangan
satu generasi umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW ” Hati yang baik ditempa dari makanan yang bersih ( iaitu buatan tangan orang2 Muslim sendiri)”
Allah dan RasulNya menetapkan perintah fardhu kifayah kepada umat Islam menghasilkan sendiri makan minum mereka. Berdosalah umat Islam jika tiada siapa di kalangan mereka yang mengusahakan keperluan ini.
Sesungguhnya, suci dan halal yang sah haruslah menurut ukuran Islam dan OLEH umat Islam, bukannya ukuran datangnya dari tangan orang bukan Islam. Marilah umat Islam kita sama-sama berganding bahu menegakkan hukum fardhu kifayah ini.
Rasulullah berpesan bahawa berjemaah itu rahmat, berpecah itu azab. Ini bermakna umat Islam hanya mampu menunaikan semua hukum-hakum fardhu kifayah bilamana mereka melakukannya secara bersatu dan beramai-ramai. Berjuang bersama-sama mengikut disiplin Islam dan kaedah syariat berteraskan rasa bertaqwa kepada Allah dan Rasul.
Perusahaan Roti Ikhwan juga dicetuskan atas niat untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan pembelaan hidup sama ada di dunia mahupun akhirat seperti anak yatim dan fakir miskin.
Dalam Islam, seseorang yang tidak membela anak yatim dan tidak memberi makan orang miskin dianggap sebagai pendusta agama. Di dalam Al Quran, Allah mengancam golongan ini dengan Neraka Wail yang mana dosa ini berpunca terutamanya akibat lalai dalam sembahyang.
Ertinya memperjuangkan Islam itu termasuk di dalamnya agenda untuk membela anak yatim dan memberi makan fakir miskin.
Satu matlamat projek ini adalah untuk bebas dari pinjaman yang berunsur riba seperti meminjam dari institut perbankan. Semua umat Islam adalah dialu2kan untuk berkorban harta membangunkan projek milik umat Islam ini bersama-sama.
Petugas yang ikut menjayakan projek fardhu kifayah ini mestilah mereka yang sudah selesai atau sudah menyempurnakan fardhu ain mereka. Maksud Al Quran ” Allah hanya menerima persembahan orang yang bertaqwa”.
Roti Ikhwan akan diusahakan diiklankan secara besar-besaran, dengan sokongan umat Islam semua.
Tenaga pemasaran akan berada di seluruh pelosok tanah air untuk menghantar produk Roti Ikhwan ke serata tempat di mana pelanggan atau pengguna boleh mendapatkannya. Ini dilakukan samada secara komersil atau secara ziarah, begitu juga kenderaannya boleh juga secara komersial atau kenderaan peribadi, bagi peringkat permulaan ini. Pengorbanan lahir dan batin amat diperlukan dari semua demi tertegaknya ekonomi agama dan bangsa ini.
Dalam menjejaki Sunnah Rasulullah SAW, pesuruh Allah junjungan kita ini pernah memperjuangkan pasar Ansar. Bermula dengan sehelaii sepinggang untuk membangunkan ekonomi umat Islam di Madinah melalui pengorbanan Saiyidina Abdul Rahman bin Auf r.a, pasar Ansar berurusniaga dengan penuh kasih sayang secara layaknya orang2 beriman berniaga. Tertawan dengan gaya perniagaan selama enam bulan pertama sahaja, semua wang umat Islam di Madinah berpusing di sekitar umat Islam yang ditaja oleh Rasullah. Hiduplah ekonomi berlandaskan kasih sayang dalam beragama dan berakhirlah ekonomi riba.
Bilamana perniagaan ini memerlukan begitu ramai tenaga dan wang, maka secara automatik ia menjadi sebab umat lslam terikat antara satu sama lain. Bahkan antara negeri dengan negeri boleh bersatu bahkan kerjasama ini boleh pergi ke peringkat nasional dan antarabangsa.
Selama ini, kewujudan rangkaian jemaah yang sangat besar ertinya dalam perniagaan dan sebagainya sentiasa gagal untuk dimanfaatkan. Melalui Roti Ikhwan, mudah-mudahan impian untuk mempunyai ‘link’ sendiri dalam perjuangan akan menjadi kenyataan dan dengan izin dan kuasa Allah, insya-Allah.
Berjuang di siang hari bagai singa, beribadat di malam hari bagai abid. Berusaha untuk memiliki sifat taqwa serta menegakkan ekonomi fardhu kifayah umat walaupun bermula dengan kecil-kecilan.
Imej kalimah & manusia berserban di langit Johor
Imej Rekaan Sekadar Untuk Hiasan : ( Ihsan Muhd Zayyid, Indonesia )
Antara 10 imej tertera yg terhasil oleh kepulan awan pada petang tersebut adalah imej seorang manusia yang berserban sedang dalam kedudukan tahiyyat akhir, menunjukkan hampir selesai solatnya .
———————————————————————————
21 Februari 2008 : Kalimah ‘Allah’ gemparkan warga sekolah agama
Petikan dari Harakah Daily
KLUANG, 21 Feb (Hrkh) – Kemunculan lebih 10 objek dengan perbagai bentuk kalimah ‘tauhid’ yang dihasilkan oleh awan di ruang angkasa, telah menggemparkan hampir 200 murid dan guru di sebuah Sekolah Agama, di sini.
Objek yang mempamerkan dengan begitu jelas kalimah ‘Allah’, ‘Lillahi’, ‘Bismi’ ini disedari seorang pelajar yang baru saja selesai menunaikan solat Asar, pelajar tersebut kemudiannya memaklumkan kejadian aneh ini kepada seorang guru sekolah tersebut.
Selain kalimah tersebut terdapat juga objek yang melakarkan bentuk lembaga sedang sembahyang pada kedudukan tahiyat akhir dengan memakai serban.
Kesemua objek yang terbentuk hasil pergerakan awan ini dipaparkan di udara selama kira-kira setengah jam, bermula dari jam 5.45 hingga 6.15 petang, kemunculan objek ini telah menarik perhatian semua pelajar dan guru sekolah tersebut yang tidak melepaskan peluang menyaksikan kejadian aneh ini sehingga objek ini lenyap dari penglihatan mereka.
Guru-Guru sekolah tersebut yang ditemui mengesahkan kejadian aneh ini, mereka juga menunjukkan rakaman peristiwa yang dianggap ganjil ini melalui telefon bimbit mereka, bagaimanapun disebabkan kedudukan kalimah tersebut begitu tinggi di angkasa, hanya kalimah yang bersaiz besar sahaja dapat dirakam dengan jelas.
Menurut seorang guru yang ditemui, memberitahu, ada di antara kalimah-kalimah tersebut yang terbentuk lengkap dengan baris dan juga tanda sabdu, seperti kalimah ‘Allah’, yang menjadikannya sangat jelas untuk dibaca.
“Walaupun objek-objek ini bergerak-gerak apabila ditiup angin tetapi bentuk asalnya tidak berubah, hanya kedudukannya saja yang berubah.
“Apabila kalimah-kalimah ini hilang, muncul pula objek dari arah sisi yang menunjukkan lakaran seseorang sedang bersembahyang pada kedudukan tahiyat akhir, dengan memakai serban,” katanya.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Johor, Ustaz Atan Gombang, ketika diminta mengulas kejadian ini, berkata, warga sekolah ini amat bertuah kerana telah diperlihatkan dengan suatu kejadian yang menunjukkan kebesaran Allah SWT.
“Bukan semua orang bernasib baik dapat melihat kejadian-kejadian yang amat ganjil ini, mudah-mudahan lakaran objek yang ada kaitannya dengan agama Islam yang maha suci ini akan memberi taufik dan hidayah serta inayah Allah swt kepada kita semua dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,” katanya.
Falsafah Tajdid Sains & Teknologi
Falsafah Tajdid Sains & Teknologi
Dr Ing. Abdul Rahman Effendi
Pakar Aerospace Engineering, almuni ENSAE Toulouse Perancis
Pensyarah Fakulti Teknik Universiti Muhammadiyah, Surakarta, Indonesia (2000)
————————————————————————————-
Pendahuluan
Pertama kali saya mendengar tentang Ustaz Ashaari Muhammad pada tahun 1988 melalui sebuah majalah berita mingguan yang menceritakan peribadi dan perjuangan beliau yang begitu unik dan menarik hati, khususnya bagi saya yang ketika itu sangat merindukan sebuah kehidupan Islam ala Rasulullah SAW. Majalah itu menceritakan betapa beliau mencuba untuk mengamalkan Islam dan sunnah Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan. Ketika itu saya berada di Paris sedang menyelesaikan program Masters saya dalam bidang Aeronautical Engineering.
Saya baru mendapat kesempatan berjumpa dengan beliau 2 tahun kemudian (Julai 1990) di Paris ketika beliau membawa rombongan dakwah untuk berdakwah di beberapa negara di Eropah. Sejak itulah saya tertarik untuk mengkaji dan menganalisa peribadi, keluarga, buah fikiran dan perjuangan beliau. Ternyata semakin saya kaji, semakin saya menjumpai pesona-pesona baru, baik yang berkaitan dengan ketinggian akhlak, rasa bertuhan yang tajam, buah fikiran dan perjuangan yang global dan luar biasa. Pemikiran dan perjuangan beliau begitu luas, mencakup seluruh aspek kehidupan manusia. Pada tulisan ini saya hanya akan memfokuskan pemikirannya dalam bidang sains dan teknologi sahaja.
Suatu hari dengan agak ragu-ragu saya bertanya kepada beliau tentang universe atau alam semesta. Saya khuatir pertanyaan saya tidak tepat dan akan membuat beliau merasa kurang senang. Tetapi yang terjadi luar biasa. Setelah diam hampir 5-6 saat lalu beliau mulakan dengan Bismillahirrahman nir Rahim, lalu beliau huraikan tentang alam semesta bermula tentang tahap-tahap ‘the creation of universe’ (penciptaan alam semesta) oleh Allah SWT yakni alam semesta ini ada permulaannya dan akan ada akhirnya. Allah sahaja yang tahu kemaha-luasan alam semesta dan jumlahnya sangat banyak bahkan mungkin tak terhingga atau infinit. Ada alam yang lahir ada yang ghaib. Dalam setiap alam Allah menciptakan makhluk-makhluknya. Setiap makhluk dapat bemusafir (traveling) ke dalam alam lainnya dengan izin Allah SWT. Seluruh universe akan berakhir melalui suatu proses yang disebut kiamat.
Saya terpegun. Beliau yang tidak menempuh pendidikan sains dan teknologi ternyata mampu menerangkan ilmu aerospace kepada seorang PhD aerospace lulusan Perancis dengan sangat ilmiah dan masuk akal. Persiapannya hanyalah 5-6 saat sahaja. Sedangkan para ahli kosmologi menghabiskan ratusan tahun dan berbilion dolar untuk menciptakan berbagai alat penelitian dan mengkaji alam semesta. Bahkan seorang saintis paling top saat ini di England menghabiskan umurnya hanya untuk membuktikan secara ilmiah dan matematik bahawa alam semesta ini ada permulaan dan akan ada akhirnya.
Pada kesempatan lain saya bersama 2 orang kawan yang masing-masing pemegang PhD dalam bidang sains dan teknologi dari Perancis dan Jepun berdiskusi dengan beliau tentang falsafah sains.
Berikut adalah huraian ringkas dari hasil diskusi tersebut yang pernah saya sampaikan dalam sebuah seminar ilmiah tentang Sains pada August 2002 di Washington Convention Center yang dihadiri ratusan saintis, profesor dan engineer dari seluruh dunia Islam.
——————————————————————–
Falsafah Sains Tajdid ( Ustaz Ashaari Muhammad)
Kita mengakui bahwa sains memang telah mengambil peranan penting dalam pembangunan peradaban material. Penemuan-penemuan sains telah memberikan bermacam-macam kemudahan hidup bagi manusia. Semua ini adalah nikmat, anugerah dari Tuhan yang patut manusia syukuri.
Tetapi kelihatannya, semakin maju manusia, semakin sains berkembang, tetapi semakin sedikit manusia yang bersyukur. Malah kejahatan yang ada bertambah kejam dan canggih. Adakalanya manusia sudah hilang kemanusiannya. Yang lebih menyedihkan lagi, banyak saintis dan pakar teknologi yang menuhankan ilmunya, sampai tanpa sedar mereka diperbudakkan oleh ilmunya.
Mengapa dengan semakin berkembangnya sains, manusia semakin jauh dari ketenangan dan kebahagiaan? Bukanlah sains itu yang perlu dibuang.
Sebenarnya yang jadi masalah pada dunia dari dulu sampai sekarang bukan kerana sains, teknologi dan produk-produknya, tetapi yang menjadi masalah adalah pada manusianya. Bila manusia bermasalah, maka sains, teknologi dan produk-produknya akan menjadi masalah.
Sebab itu masalah utama yang perlu dibaiki adalah ‘manusia’nya yang sudah tidak ada ‘rasa hamba. Jadi sebelum membahas peranan sains dan cara memanfaatkannya, sangat penting dibahas peranan manusia.
Tuhan menjadikan manusia di dunia ini sebagai hamba dan khalifah untuk mentadbir dunia. Maka Tuhan tahu apa yang mesti dibekalkan pada manusia.
Tuhan datangkan manusia ke dunia dengan khazanah, aset kekayaan baik yang bersifat material atau pun berupa ilmu, sains dan teknologi. Tujuannya supaya khazanah-khazanah dan kekayaan, segala kepandaian yang Tuhan izinkan manusia menguasainya, dapat digunakan dan dimanfaatkan untuk hamba-hambaNya juga. Maka akan timbullah kasih sayang diantara sesama manusia. Jadi sains dan teknologi bukan berdiri sendiri. Tuhan jadikan semuanya sebagai alat untuk melahirkan kasih sayang antara sesama manusia.
Sebagai hamba, manusia mesti memiliki rasa kehambaan. Maka ia akan merasa bahwa dirinya adalah hak Tuhan. Sains, teknologi dan produk-produknya juga hak Tuhan. Maka dia akan gunakan sains, teknologi dan dirinya menurut apa yang Tuhan kehendaki.
Bila rasa hamba sudah tiada, maka manusia akan sombong, zalim, menyalah gunakan kuasa. Segala kekayaan ilmu, khazanah sains dan ekonomi yang Tuhan anugerahkan yang sepatutnya digunakan untuk berkasih sayang, dia akan ambil untuk kepentingan diri.
Letak kehebatan seseorang bukan kerana dia pandai, ahli sains, kaya, berkuasa, berpendidikan tinggi, atau mencetuskan penemuan-penemuan sains hingga mendapat hadiah nobel, tetapi pada rasa hamba dan dapat mengekalkan sikap kehambaan dalam kehidupan sehari-hari.
Bila dia menjadi seorang pemimpin atau berperanan dalam berbagai bidang, sambil dapat mengekalkan sifat hambanya, barulah dia dapat dibanggakan. Pemimpin dan saintis yang mempunyai rasa hamba tidak akan menyalah gunakan kuasa dan alat-alat yang Tuhan bagi bahkan ia akan turut berperanan dalam melahirkan keamanan, kedamaian, dan keharmonian.
Mengekalkan rasa hamba bukanlah satu tugas yang mudah. Ini lebih sulit dari pada menguasai ilmu atau mencipta formula baru dan membangun peradaban material.
Oleh kerananya, untuk mendapatkan sains, Tuhan tidak perlu mengutus Nabi dan Rasul. Bahkan orang yang tidak kenal Tuhan pun Tuhan beri juga kemampuan itu. Tetapi untuk mendapatkan rasa hamba yang memang sangat diperlukan manusia, Tuhan mengutus Nabi dan Rasul.
Sejarah telah membuktikan bagaimana sahabat-sahabat telah berhasil membangun masyarakat yang aman, damai dan harmoni serta membuat orang-orang kafir masuk Islam. Bukan kerana kagumnya mereka dengan sains dan teknologi para sahabat, tetapi kerana faktor taqwa.
Sekarang banyak saintis Islam di dunia, bahkan sudah ada yang mendapat hadiah nobel. Sudah berapa banyak orang masuk Islam kerana sains mereka? Sekarang bukan saja dengan saintis orang tidak tertarik dengan Islam, bahkan kerana belajar sainslah, ada yang hingga terganggu keislamannya.
Kerana terlalu membesarkan sains, ada seorang pelajar berkata : “Tuhan tidak tahu buat kapal terbang, tetapi Amerika yang membuat kapal terbang “ Sudah banyak yang syirik kerana sains.
Padahal sains hanya satu juzuk kecil dalam kehidupan manusia. Kita mesti memanfaatkan sains supaya manusia semakin takut dengan Allah dan dapat mentadbir dunia moden agar manusia takut dengan Allah.
Sepatutnya para saintislah orang yang paling takut dengan Allah. Tapi kerana hal itu tidak terjadi, maka berapa banyak ingatan dari Tuhan yang Allah datangkan dengan menggunakan hasil teknologi manusia sendiri.
Kerana kita adalah hamba dan khalifah Tuhan, dan sains itu juga hak Tuhan, maka untuk menjadi saintis yang berjaya, manusia mesti mengambil standard tolok ukurnya orang-orang yang Tuhan telah pilih menjadi saintis yang berjaya.
Saintis terbesar selama dunia ini ada tentulah Rasul Muhammad SAW yang dengan sains rohaniahnya telah ‘memalaikatkan’ manusia, sedangkan kebanyakan saintis sekarang telah ‘menghaiwankan’ manusia.
Saintis Islam, atau Ulil Albab, mesti mengintegrasikan sains dengan rasa bertuhan. Dalam Al Quran Allah berfirman:
Ertinya:
‘(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi….’
Al Imran ayat 191
Dengan ayat ini, Allah menyuruh manusia untuk mengingati Allah dahulu di waktu berdiri, duduk, bahkan berbaring. Setelah itu barulah disuruh berfikir dan mengkaji.
Dengan kata lain, ahli sains akan selamat dan menyelamatkan jika ia bermula dengan menanamkan rasa bertuhan, rasa kehambaan, baru setelah itu berfikir dan mengkaji. Kalau tidak, hasil kajian itu akan menjadi ‘tuhan’nya dan ianya akan rosak dan merosakkan.
Lihatlah bagaimana Rasul datang memberi contoh kepada manusia, yaitu diawali dengan menajamkan roh para sahabat, ertinya mendidik para sahabat hingga memiliki sifat taqwa.
Dalam Al Quran Allah berfirman yang maksudnya takutilah Allah, nanti Allah akan mengajar kamu.
Jadi menajamkan roh adalah dengan bertaqwa. Bila roh tajam atau mempunyai sifat taqwa maka akan dapat mencerahkan dan mencerdaskan akal. Roh kuat, akal pun kuat.
Inilah kaedah Islam dalam mencerdaskan akal. Tetapi jika berawal dari akal, maka boleh jadi roh akan bertambah buta. Kalau dari akal semata-mata, mungkin cerdik tetapi dia akan tersesat.
Rasulullah SAW diturunkan bukan saja pada bangsa yang terbelakang, bahkan mereka tulis baca pun tidak tahu. Tapi dengan datangnya Rasulullah SAW Bangsa Arab Badwi bukan sahaja menjadi bangsa yang rohnya tajam, akhlaknya luar biasa, tetapi akalnya terbuka, sehingga lahir bermacam-macam ilmu.
Di samping manusia berakhlak tinggi, kemajuan pun tinggi. Kalau hanya pandai, tapi roh tidak dibangun maka akan seperti haiwan atau syaitan. Kepandaian disalah gunakan, seperti orang jahat dapat senjata.
Nabi Sulaiman as. ketika melihat ahli sainsnya berjaya memindahkan istana Ratu Balqis dalam sekelip mata, ia bertanya pada dirinya, Ya Allah akankah aku syukur atau kufur atas nikmatMu ini? Ini seorang nabi, begitu cemasnya mendapatkan suatu anugerah dari Tuhan. Apalagi manusia biasa, patutnya setiap kali mendapatkan sesuatu yang baru dari Tuhan, tentu merasa lebih cemas lagi dari itu.
Arkitek Blue Mosque adalah Mimar Sinan yang asalnya hanya seorang penjaga kuda Sultan, apabila diilhamkan, yakni dipandaikan oleh Tuhan secara karamah melalui mimpi, lalu paduan akal dan roh yang dicerdikkan oleh Tuhan ini telah menghasilkan seorang arkitek yang berjaya menghasilkan lambang kebanggaan Turki dan umat Islam. Rupanya belajar melalui kaedah luar biasa ini mampu menghasilkan pulangan yang luar biasa. Mana mungkin seorang penjaga kuda boleh bertukar menjadi arkitek hanya melalui ilmu yang diperolehi melalui mimpi dan ilham, tanpa berguru?
————————————————————————————
Contoh saintis lain yang dapat dijadikan teladan adalah Imam Ghazali rh dan Mimar Sinan. Mimar Sinan dari Turki adalah seorang wali Allah. Masjid Biru yang dibinanya lebih dari 500 tahun yang lalu sangat menunjukkan betapa hebatnya Kuasa Tuhan yang dapat memberikan ilmu-ilmu yang luar biasa pada orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan. Di saat gempa bumi di Turki, pada tahun 2000, ribuan orang mati, ratusan bangunan runtuh, tetapi masjid biru yang dibangunkannya masih tetap tegar berdiri.
Dalam pembangunan mesjid tersebut Tuhan ilhamkan berbagai aplikasi teknologi : aerothermodynamic, civil, acoustic dan chemical, dimana formula matematiknya sendiri baru dapat dijumpai pada abad ke 20.
Bila tidak faham kedudukan sains, manusia sering memandang hebat bila ahli saintis yang membuat kajian hingga menemukan sesuatu. Sedangkan mereka tidak merasa kehebatan Tuhan.
Padahal apalah istimewanya. Para saintis mengkaji dan menemukan benda yang memang sudah wujud. Mereka tidak menciptakan sesuatu yang tadinya tidak ada menjadi ada tanpa menggunakan bahan-bahan dari Tuhan, misalnya membuat sebiji pasir. Sepatutnya semakin banyak penemuan-penemuan yang Tuhan berikan, manusia semakin bertambah rasa bertuhan dan rasa kehambaannya. Semakin tersungkur dengan Tuhan.
Penutup
Begitulah pandangannya tentang falsafah sains dan teknologi. Kami semua terpegun dan dalam hati masing-masing berkata, beliau bapa saintis dan teknologi di zaman ini, kerana telah meletakkan sains dan teknologi seperti yang Tuhan kehendaki. Hal ini tidak dibuat oleh saintis dan ahli teknologi lain di dunia ini.
ALLAH
I tried to find Him on the Christian cross, but He
was not there; I went to the Temple of the
Hindus and to the old pagodas, but I could not
find a trace of Him anywhere.
I searched on the mountains and in the valleys
but neither in the heights nor in the depths was I
able to find Him. I went to the Ka’bah in Mecca,
but He was not there either.
I questioned the scholars and philosophers but
He was beyond their understanding.
I then looked into my heart and it was there
where He dwelled that I saw Him;
He was nowhere else to be found.
RUMI
The truth about ‘hizbullah’ - The Party of Allah
Ali Imran -104 : And from among you there should be a party who invite to good
and enjoin what is right and forbid the wrong, and those are the successful.
————————————————————————–
The difference between the Party of Allah and the secular party of Western Politics is like heaven and earth. Even though there are some groups who name their party as an Islamic party, but without the proper criteria and characteristics, they are not and cannot be deemed as the Party of Allah.
Their principles, techniques, methods, characteristics, approach, objective, and everything else are so different from that of Islamic politics, as different as night is to day.
Even though it is difficult to find the party of Allah in this era, we cannot strive and struggle to uphold Islam through secular politics on the platform of democracy with the excuse that we have no choice.
If we still do it, that is if we use secular politics to confront Western secular politics (the end justifying the means), in order to uphold Islam, then we will never be able to defeat the enemy. Only the Party of Allah is able to overcome the Western secular party which is totally unIslamic as well as being anti Islam.
Let us build the Party of Allah as shown by the Prophet , the Caliphs (Khulafaur Rashidin) and the Mujaddids (Reformers). Among the criteria and characteristics of the party of Allah are as follows:
A. THE CRITERIA OF THE LEADER
1. The leaders of the party of Allah are the representatives or the caliphs of Allah. They are appointed or chosen by Allah through divine revelations (wahyu), Hadiths, by divine inspirations (ilham) or by the consultative counsil (the Ahlul Halli wal Aqdi).
The Apostles were shown by divine revelations. The Caliphs (Khulafaur Rashidin) were shown by the Hadiths and the Ahlul Halli wal Aqdi. The Reformers (Mujaddids) were and are shown by the Hadiths and divine inspirations. Saul (Tholut) and Alexander the Great (Zulkarnain) were shown by divine revelations. Muhammad The Conquerer (Muhammad Al Fateh) was shown by the Hadiths and divine inspirations.
The second coming of Prophet Isa or Jesus is shown by the Quran and Hadiths. Al Mahdi is shown by the Hadiths and divine inspirations. The Youth of Tamimi is also shown by the Hadiths and divine inspirations. There were also minor leaders who were saints and pious people whose birth and leadership were shown by divine inspirations.
The Caliphs or Allah’s representatives do not become leaders through the process of elections or counting of votes.
In fact, they do not go through any specific method. They are accepted by the people around them because of their worship, their taqwa (fear of Allah), their exemplary character, knowledge, sacrifices, leadership, services to the society and their contribution towards the community. Even if non-Muslims do not convert to Islam, they still accept and love them and their leadership.
These leaders are accepted by the hearts of people and not by votes or the show of hands. That is how Allah appoints His people.
2. Leaders chosen by Allah are given knowledge through divine revelations or divine inspirations or knowledge that goes direct to their hearts (laduni). Divine revelations are only for the Apostles and the Prophets whereas leaders who are not Apostles and Prophets are given divine inspirations (ilham). Divine inspirations give new meaning to the interpretation and understanding relating to divine revelations (Quran) and the laws of Allah (shariah).
Every Reformer(Mujaddid) brings divine inspirations of his own which form his mind or his thoughts, which is knowledge that is relevant and suitable for his time and era. His mind is knowledge which is new and different from those existing and those before it. His mind however is not a new teaching neither is it a new set of laws and regulations. It does not change divine revelations but expounds it and gives it a new understanding, meaning and dimension relevant to its particular era.
This brand of knowledge is not learned from the existing and contemporary education system of the time (schools, colleges or universities) but is specifically given to him directly by Allah. To the Prophets and Apostles, Allah gave them 100 percent of the knowledge. To His saints, Allah gives them a portion to be added to the knowledge already learned. Sometimes the knowledge of the saints are the result of their own mind (ijtihad).
With the greatness and wisdom of their knowledge, they can repair the damage done to the religion in their time and can again revive it and give it new impetus and a new lease of life.
Every reformer (Mujaddid) brings with him different knowledge (mind) and thoughts. This is because they live in different times and they encounter different problems. The damage to religious life at every era is not the same. This shows that divine revelations can be interpreted and practised through different kinds of methods suitable for different periods of time.
This is because each verse of the Holy Quran has 70 meanings some of which are explicit while most are esoteric. Such is Allah’s grace upon us.
Imam Sya’rani had written about this in his book, which means:
“Divine revelations (wahyu) bring new religious rules and regulations. Divine inspirations (ilham) bring new meanings and interpretations.”
Perhaps this new approach, understanding and interpretations of the Reformers(Mujaddids) which differ with the old and traditional one, is the reason why contemporary Islamic clerics, theologians and scholars who are tied to the old view, oppose the Mujaddids. They regard the new interpretations as foreign, alien and as such deviant and unIslamic.
3. With these new knowledge and interpretations, these leaders who are appointed by Allah, preach and educate mankind on the individual basis. This method is used to gather and to increase followers. Whosoever accepts, practises and is ready to strive and struggle with him, he is a member of the party. There is no form to fill or membership fee to pay to be a member. But the commitment to Islam is the prime condition. They do not operate as a political party through elections or as an association or guild. This concept of jamaah as taught by the Prophet is the basis of the Party of Allah.
4. For the followers of the party of Allah, the leader is a teacher; father, companion and comrade. The personality, attitude and character of the leader is the mirror for his followers to emulate and to judge by themselves. Allah’s caliph is the image of the Prophet Akin to how the companions (sahabah) gave their love to the Prophet, that is also how the followers of the Party of Allah love their leader. They sell and sacrifice everything they own to “buy” Allah and the Prophet. Those who do not understand this phenomenon will label them as fanatics who give blind allegiance to their leader. But in truth, such allegation is made up by envious Islamic scholars and contemporary leaders because try as they may, they could not get followers who love, are loyal and are obedient to them.
5. The leader of the party of Allah is the poorest member of the party or is in the poorest group. All his wealth is sacrificed in the way of Allah. But he lives like a truly rich person. This is because he gets his every need whether for himself, his family or the party (jamaah). He gets his sustenance from unknown sources, which Allah had promised to those who have taqwa (the fear of Allah).
6. As a leader, the caliph of Allah not only is capable of teaching the affairs of religion and nurturing mankind, but he also has social knowledge and knowledge concerning material development and physical civilisation. He encourages his followers to be active in the economy, education, social, health, agriculture, communication, mass media, culture, architecture, the art of war (when suitable to the period) and other worldly development in the proper Islamic way.
The caliphs of Allah do not learn all these knowledge in any centre of higher learning but they get their ideas through divine inspirations on how to develop physical and worldly civilisation in their party which is suitable to their time. They are able to balance between the human and material development. Their leadership and capability in both aspects of human and material development can be clearly seen. They are the fathers of both sufism and technology, who can educate and lead mankind to be worshippers and warriors of Allah all at the same time, which can never be done by other Islamic scholars or political leaders alike.
7. Because his ascension is through a natural process and not through the result of lobbying, the leader of the party of Allah is a lifelong leader, whether such party is at the level of group (jamaah), state, nation or empire. There is no change of the top leadership in the party of Allah. There is no such thing as vote of no confidence and no one can topple him. His leadership is not limited to a timeframe or term of office because he is capable as long as he is not terminally ill.
—————————————————————
B. THE CRITERIA OF THE FOLLOWERS
1. Normally members of the party of Allah are small in number but they possess quality and are greatly influential. Only their sympathisers are many. Perhaps because of the stringent requirement to be a member, many cannot qualify. The wisdom is that Allah wants to present Himself and show His greatness that His party, although small, is able to defeat their opponents of greater numbers. This will verify Allah’s decree:
Meaning: “How often a small group overcame a mighty host by Allah’s will? And Allah is with those who are patient?” (Surah Al Baqarah: 249)
Or at least, it is easier to uphold the complete and all encompassing Islamic way of life in a smaller party compared to a big one with Allah’s permission.
2. The levels of people who make up the party come from various groups and professions. There are farmers, undergraduates, judges, lawyers, businessmen, politicians, policemen, soldiers, civil servants, artists, clerics, millionaires, ministers and so on. Most of them are full time members, working in accordance to their skills and expertise.
3. Members of the party of Allah who are distributed in nations all around the world are similar and uniform in their thinking, character, identity, behaviour and in the way they struggle. They conform to each other as though they are of one father and mother even though some of them do not know and have never met each other because they live too far apart. This happens because the upbringing and education comes from one source, which flow through the established channels to every nook and corner wherever the members are around the world.
4. The ties of brotherhood between the followers is akin to a closely arranged set of bricks that make up a wall. There is no way and it is very difficult for the enemy to infiltrate and penetrate without being noticed. Their hospitality and love, the feeling of togetherness, cooperation, helping each other is clearly apparent, which is the result of emulating their leader. And it is also because brotherhood and fraternity is made the second basis of strength of the party after faith. These are the unique characteristics of those who practice Sufism. Their hearts are tied together and are held by the leader (guru). The ropes that tie them together are faith, brotherhood and fraternity, which are the fruits of zikr (contemplation in the remembrance of God). This cannot be done by contemporary clerics, scholars or theologians and other leaders.
5. The general criteria of the followers of the party of Allah is described as follows: They are monks by night and lions by day. They do not abandon the worldly nor do they abandon the Hereafter. Both the worldly and the Hereafter are kept in exact balance. Both are non-separable and one compliments and strengthens the other.
6. The followers of the party of Allah, even though they do not have any power or authority over a state or nation, they are self-reliant. In every aspect of their life, they do not depend on others, let alone upon the enemies of Islam. The political leaders of their time are usually jealous, spiteful and are suspicious towards them. They do not work to earn salary with the un-Islamic system except for a small number of them who do so for strategic reasons. They have a complete Islamic way of life, which provide jobs for the party members. Even then, they do not work for the salary but mostly to fill the requirement of the struggle in the way of Allah. The party provides sustenance which is called “maash” for their livelihood. Some of them earn their own upkeep.
7. Members of the party of Allah practise the Islamic shariah or the Islamic way of life in accordance to the traditions of the Prophet with zeal. They are eager to practice the Prophet’s traditions from the smallest to the biggest ones. From matters related to the individual to social matters. They dress uniformly following the way of the Prophet. While the women emulate the way the wives of the Prophet dress which were big and loose, and covering parts of their bodies which should be covered in accordance to the shariah.
———————————————————
C. THE CRITERIA OF THE PARTY OF ALLAH
1. The complete Islamic way of life
There is truth in the party meaning there is a complete Islamic way of life. Established in the party are the Islamic system of economy, Islamic social system and other Islamic systems in health, welfare system, Islamic information, motivation and communication, agriculture and systems in other aspects of life whether at the level of party, state, nation or even up to the level of an empire. All these are based on the Islamic shariah and are guided by faith (iman).
2. Human and material development
The difference between the party of Allah and that which is not is that in the party of Allah, there exist both material and human development. Like a steelyard, both are in complete balance. These are the factors that result in peace, prosperity and the forgiveness of Allah in the party because the physical development is owned and carried out by good people who are spiritually developed and virtuous. They are able to uphold the shariah or laws of Allah and the traditions of the Prophet in every aspect of life. They are able to manifest and practise Islam in real life, not only in their minds which are only theoretical and grossly impractical. This cannot be done unless they have the strength, power and energy derived from human and spritual development.
3. Its influence is universal
The influence of the party of Allah is universal. Its followers are of various races and they come from many countries. The way of the party can fulfil and satisfy the needs of all Muslims who love the truth regardless of their race and origin. It can fulfil their innate and inborn nature; whereby such nature is common to all humans no matter what their race and ethnic are. If a party comprise members and supporters of only one race from one country or of only one group or profession, may they be youths, scholars, clerics, farmers, labourers, literary people, businessmen and so on, then it is not the party of Allah because it is then exclusive and not universal.
Ali Imran - 103 : And hold fast by the covenant of (Allah) God all together and be not disunited
4. Universal unity
In Allah’s party, there is universal unity or unity of the ummah. In other words, the party of Allah is where people from around the world unite, and they practise the same system and way of life. Everyone is bound by Allah’s laws. This is what Allah meant by the decree:
Meaning: “Holdfast all of you together to the rope of Allah, and do not be divided among yourselves.” (Ali Imran: 103)
The party that practises the laws of Allah is liken to a rope which whoever holds on to it would be joined together to one source of reference that is Allah. That is what is called unity.
5. Own system of livelihood
The party of Allah does not depend on its enemies for its system of life and its livelihood. It not only is able to patronise its members but can also support other people including the non-Muslims. In fact the whole world muslims and non-muslims alike once submitted to Islam under the Prophet and the Caliphs (Khulafaur Rashidin). This means the party of Allah is a place where people come for shelter and a place to refer concerning various aspects of life including education, finance, problems in life, news and whatever, even for the Non-Muslims. Allah gives the party strength so much so it does not need to beg from others. Even the Non-Muslims happily depend on the party on their own accord.
6. Own strength
The party of Allah, even if it has not reached the level of a government, but it is like a small government within a bigger government. It is like a small system within a bigger system. And it cannot be limited or contained by the bigger government because it has its own strength. Usually, the bigger government is afraid of it because of its great influence. But there are governments which accept it because of its potential and the truth that it brings.
7. Those who love truly love, those who hate truly hate
Those who love the party of Allah truly love it and those who hate it, truly abhor it. As such, people will be divided into two clear categories Read more »
Testimonial dari Arab Saudi
Dr Mahmood yg juga menantu kepada Ustaz Ashaari Muhammad
————————————————
Dr. Mahmood bin Abdul Rauf Al Husaini
Khalifah Tarikah Syadziliah
PhD in Mechanical Engineering
-University of Northern Ireland
————————————————–
Pendahuluan
Pertama kali saya mendengar tentang peribadi Ustaz Ashaari Muhammad adalah dari guru saya sendiri yaitu Syeikh Abdul Nasser. Kemudian dalam dua kali kunjungan saya ke Malaysia dan Indonesia, Allah mengizinkan saya berjumpa beberapa kali dengan
beliau. Beberapa kali pertemuan ini mendatangkan kesan yang begitu mendalam di hati saya dan saya pun memetik banyak pelajaran baik secara langsung dari beliau ataupun secara tidak langsung melalui murid-muridnya dan perjuangannya.
Pada tulisan ini akan saya sampaikan beberapa point yang sangat berkesan di hati saya yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang.
1.Perjuangan beliau seperti perjuangan Rasulullah SAW dan para Sahabat
Setelah mengkaji dan memahami dengan jelas struktur kerja dan perjuangan dari perusahaan beliau, saya berkesimpulan bahwa karakteristik perjuangannya sama seperti perjuangan Rasulullah SAW, iaitu membangunkan Islam dalam segala aspek kehidupannya. Beliau membangunkan sebuah jemaah dan berjuang di tengah masyarakat dengan kasih sayang untuk mengenalkan Tuhan agar Tuhan dikenal, dicintai dan ditakuti.
Keberadaan beliau di tengah pengikutnya bagaikan keberadaan Rasulullah di tengah para sahabat. Diantara pengikut beliau akan ada orang-orang yang berwatak seperti Sayidina Abu Bakar yang keyakinannya dan cintanya kepada Rasulullah demikian tinggi, atau seperti Sayidina Umar yang tegas dan pemberani, atau seperti Sayidina Usman yang pemurah atau Sayidina Ali yang pengasih dan menjadi pembela kepada anak yatim dan janda-janda dsb.
2. Beliau Pembangun Sistem Hidup Islam di Akhir Zaman
Beliau juga merupakan seorang pakar dan pengamal ekonomi yang berhasil. Salah satu keistimewaannya adalah konsep ekonomi yang diketengahkan dan diperjuangkannya bukanlah hasil perahan akal.Tidak ada daftar rujukan dalam buku-buku yang telah ditulisnya. Padahal beliau bukanlah seseorang yang pernah mengecap pendidikan rasmi hingga ke peringkat tinggi.
Yang pasti, beliau adalah seorang yang sangat fanatik terhadap Rasulullah SAW.
Baginya konsep ekonomi yang terbaik adalah konsep yang Allah telah berikan melalui Rasulullah SAW.
Tidak aneh bila kemudian Allah ilhamkan kepadanya bagaimana mengaplikasikan konsep ekonomi Rasulllah di akhir zaman ini, sehingga dalam masa yang singkat ekonomi tersebut telah berkembang ke seluruh dunia dengan 500 rangkaian dan bertapak di 18 negara. Melalui platform ekonomi inilah beliau membangunkan sistem hidup Islam lainnya seperti pendidikan, kebudayaan, dakwah dan perhubungan, kesihatan, sosial kemasyarakatan, pertanian, perkilangan, sains dan teknologi dan sebagainya.
Untuk dapat menjayakan sistem hidup Islam Islam, beliau mulakan dengan mendidik dan membawa insan-insan yang terlibat dalam membangun sistem hidup Islam itu kepada Tuhan. Mereka dididik untuk menjadi orang-orang bertaqwa atau mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjadi orang bertaqwa.
Mereka dididik untuk menjadi pejuang-pejuang atau mujahidin Allah, bukan sekadar
pekerja biasa yang hanya menunggu gaji atau keuntungan material setiap awal bulan.
Mereka memiliki akhlak yang mulia, cinta pada Allah, jujur, pemaaf, peramah, bertimbang rasa dan sifat terpuji lainnya. Mereka sanggup berkorban apa saja untuk menegakkan hukum-hukum dan aturan-aturan Allah dalam seluruh aspek kehidupan.
3.Beliau tumpuan umat Islam sedunia hari ini
Kerana ketaqwaannya beliau mendapat ilmu dan panduan dari Tuhan cara untuk mendidik manusia dengan mengenalkan mereka kepada Tuhan. Ribuan orang dari seluruh dunia datang menziarahi beliau. Bagi orang2 yg ikhlas, pertama kali berada bersamanya, setiap orang dapat merasakan kebesaran dan keagungan Tuhan. Rasa inilah yang mereka bawa ke tempat mereka.
4. Beliau sangat berkasih sayang
Beliau adalah seorang mursyid bagi murid-muridnya dan merupakan orang yang sangat sensitif dengan Tuhan. Sebagaimana mursyid-mursyid lain, beliau sentiasa mendidik dan menjaga murid-muridnya untuk menjadi Rijalullah @ orang2 Tuhan.
Ia sentiasa menjaga dan melindungi murid-muridnya bagaikan kulit buah yang melindungi buah di dalamnya. Bila buah yang belum masak dimakan, maka akan terasa masam, pahit bahkan dapat menyebab sakit perut bagi orang yang memakannya.
Tetapi kalau sudah masak ia akan nampak cantik dan manis rasanya. Begitu juga dengan murid. Bila murid sudah menjadi seperti yang dikehendaki mursyid mengikut ajaran Rasulullah, maka ia akan menjadi orang yang berguna bagi orang lain dan semua
orang menyukainya.
Beliau juga sangat bimbang dengan keselamatan murid-muridnya dan umat manusia se dunia. Beliau akan membela muridnya bila muridnya dihina atau disakiti orang. Tetapi bila dirinya dihina orang, dia tidak mempermasalahkannya.
5. Beliau Bapa Pendidik di Zaman ini
Ketika mengunjungi sebuah sekolah jemaah di lndonesia,saya melihat seorang anak perempuan kecil bertudung cantik yang berumur 4-5 tahun, mungkin masih di sekolah Tadika. Kemudian saya memanggilnya untuk bersalam dengan saya, tetapi dengan tegas tapi hormat ia menjawab,
’Mohon maaf, saya tidak dapat bersalam tangan dengan tuan, sebab tuan bukan mahram saya, Nanti Tuhan marah’.
Saya sangat tersentuh dengan ucapan anak ini yang merupakan salah satu contoh hasil didikan beliau. Setelah saya kaji, saya dapati bahwa dalam mendidik beliau tidak menekankan dulu kepada syariat dan peraturan, tetapi sangat menekankan untuk kenal, cinta dan takut kepada Tuhan. Menurut beliau, bila seseorang kenal Tuhan maka ia akan merasa ber’Tuhan’ di mana saja ia berada. la akan merasa sentiasa di awasi oleh Tuhan, maka ia tidak akan sanggup berbuat jahat, maksiat atau hal-hal yang dilarang oleh Tuhan. Bila manusia kenal Tuhan maka ia akan merasakan betapa banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan yang dianugerahkan kepadanya. Maka ia akan terdorong bersyukur kepada Tuhan dan berbuat baik kepada sesama manusia.
Beliau menjadikan Tuhan sebagai pemangkin atau pendorong untuk beramal, berbuat baik dan meninggalkan kejahatan. Dan inilah sebaik-baik pemangkin atau pendorong bagi manusia.
6. Bersama-nya Insya Allah ada pengampunan Allah.
Guru saya, Syeikh Abdul Nasser pernah bercerita bahwa orang yang pernah melihat Rasulullah dijamin masuk syurga. Ada yang bertanya bagamana dengan Abu Jahal/Abu Lahab yang juga sering melihat Rasulullah, apakah mereka juga dijamin Syurga? Sidi menjelaskan tidak, mereka tidak akan masuk syurga sebab mereka melihat Muhammad SAW bukan sebagai Rasulullah tetapi sebagai anak yatim.
Begitu juga murid-murid tarekat dengan Syeikhya, jika mereka melihatnya sebagai orang biasa, suami, ayah atau ulama biasa, mereka tidak akan mendapat kebaikan apa-apa dari nya hatta ia isteri dan anaknya sendiri.
8. Ganjaran buat Ikhwan Rasulullah di Akhir zaman
Suatu hari Rasulullah SAW sedang berada bersama para sahabat. Lalu beliau bersabda :
“Di dalam Firdaus ada sebuah istana yang indah, dengan bertabur berlian, intan,dan mengalir sungai susu”.
Para sahabat bertanya : “Untuk siapa semua ini ya Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab, “Untuk ikhwanku”.
“Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?”
Rasulullah SAW menjawab : “Bukan, kamu bukan ikhwanku, tapi sahabatku. Ikhwanku adalah orang yang yakin denganku dan berjuang untuk menegakkan sunnahku, walau mereka tak pernah berjumpaku”
Sahabat-sahabat boleh berjumpa Rasulullah, boleh mengambil berkat, mengambil pengajaran langsung, dsb. Tetapi ikhwan, mereka tak berjumpa Rasulullah, tetapi mereka sangat yakin, dan ikut berjuang menegakkan ajaran Rasulullah SAW.
9. Tingginya makam Abu Bakar sebab cintanya yang mendalam kepada Rasulullah
Suatu hari sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang keistimewaan Abu Bakar ra. Rasulullah SAW menjawab : “Di dalam hati Abu Bakar ada semua yang kupunyai, kecuali kerasulan”
Guru saya, Sidi Abdul Nasser menerangkan bahwa Saiyidina Abu Bakar r.a ada pada kedudukan tertinggi, bukan kerana ibadahnya, solat malamnya, pengorbanannya yang habis-habisan dsb, tetapi kerana kecintaannya pada Rasulullah SAW.
Ba’da Isya setelah berpisah dengan Rasulullah SAW, di rumahnya yang terletak hanya
beberapa puluh meter dari rumah Rasulullah, beliau duduk sambil melipat dan memeluk kakinya dan menangis : “Ya Habibi, ya Rasulullah..” sambil terus menangis sampai pagi.
“Ya Rasulullah, bilakah malam berakhir?
“Bagaimana saya mahu tidur kerana terpisah dengan Rasulullah?”.
Padahal Sayidina Abu Bakar tidak berjumpa Rasulullah hanya 4 jam saja
Begitulah tingginya makam seorang murid di sisi Allah adalah yang paling cinta kepada kepada gurunya.
Tentang Penulis
Dr. Mahmood bin Abdul Rauf Al Husaini, MEng lahir di Madinah, Arab Saudi, dan dibesarkan dalam bimbingan keluarga Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan Tarikat Syadziliah. Beliau masih keturunan Rasulullah SAW, baik dari pihak ibu mahupun dan pihak ayah (Hussaini).
Dr. Mahmoud mendapat pendidikan tinggi di United Kingdom dan memperolehi PhD pada tahun 1996 dari University of Northern Ireland, dalam bidang Mechanical Engineering. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di sebuah syarikat petroleum yang terbesar di dunia, di Arab Saudi. Selain seorang jurutera, beliau juga pengamal tarekat Syadziliah. Beliau telah menjadi khalifah (ke-50) tarekat Syadziliah sejak tahun 1989.Dr. Mahmoud juga telah mendapat ijazah hadis dari Syeikh Muhd. Yassin Al Padangi, seorang ulama hadis terbesar akhir zaman yang menguasai puluhan ribu hadis dengan sanad dari Rasulullah SAW.
Pribadi Yang Saya Kagumi
A Model Islamic City : Bandar Country Homes, Rawang, Malaysia
———————————————————————-
Pribadi yang Saya Kagumi
Prof. Dr. Ir. Imaduddin Abdurrahim MSc @ Bang Imad
Tokoh Cendikiawan Islam Indonesia
Pendiri dan mantan Pimpinan WAMY (World Association of Moslem Youth)
——————————————————————————
Sebenarnya saya sudah lama mendengar tentang Ustaz Ashaari Muhammad dan jamaahnya, iaitu sejak tahun 90-an. Ketika itu beliau dan jemaahnya dikatakan sesat dan menyesatkan oleh pemerintah Malaysia dan beritanya dimuat oleh hampir seluruh
media cetak dan elektronik di Malaysia dan Indonesia. Tetapi, sebagai seorang ilmuwan, saya agak ragu-ragu dan tidak begitu saja percaya dengan berita sesat menyesatkan yang dibawa oleh berbagai media tersebut.
Ketika hati saya masih mengandung pertanyaan tentang beliau dan perjuangannya, tiba-tiba seorang sahabat saya, Dr Sugiyat, mengajak saya berkunjung ke Malaysia untuk berjumpa secara langsung dengan beliau. Saya benar-benar kaget. Saya baca di majalah bahwa beliau disingkirkan di Malaysia karena dianggap membawa ajaran sesat, jadi tanpa ragu saya menyetujui ajakan Dr. Sugiyat itu dan kami pun berkunjung ke Malaysia dan berjumpa dengan beliau di rumahnya.
Sejak saya bersalaman dengan beliau, saya sudah sangat terkesan dan sepanjang 2 hari saya bertemu dengan beliau, saya dapati beliau seorang yang ikhlas. Ketika itulah pandangan saya berubah dan sepanjang pertemuan itu saya temui tidak ada ajaran beliau yang menyalahi Islam atau Al Qur’an dan AsSunnah.
Beliau mengamalkan Islam dengan sangat baik. Sejak itu saya mengatakan ajaran beliau baik dan yakin betul bahwa beliau dan jamaah beliau sejak dahulu hingga sekarang tidak sesat dan tidak juga menyesatkan.
Dari hasil berdiskusi secara langsung selama 2 hari, saya mendapati bahwa buah fikiran beliau cukup jelas dan transparan, tidak ada yang menyalahi agama. Pribadinya baik, saya kagumi.
Beliau dapat menyatukan beberapa isterinya serumah. Saya sampai sekarang masih tanda tanya dalam hati saya, apa rahasianya. Tetapi hal ini sekali lagi membuktikan keikhlasan beliau kepada Tuhan.Kalau tidak mana mungkin dapat mengumpulkan ke-4 orang isterinya dan anak-anaknya yang 30 orang lebih itu dalam satu rumah.
Perjuangan beliau dalam membangun Islam lebih banyak di Malaysia, saya tidak mengikuti secara dekat. Walaupun demikian, keikhlasan beliau dalam berjuang sangat terasa dan berkesan dalam hati saya.
Salah sebuah buku beliau yang pernah saya baca adalah Mengenal Diri Melalui Rasa Hati. Buku ini membahas tentang tasawuf. Ketika membaca buku ini, saya teringat dengan buku karangan Buya Hamka yang pertama kali saya baca ketika saya masih dalam masa pancaroba, di masa penjajahan Jepang, yaitu Tasawuf Moden. Buku ini berkembang hingga 4 jilid dan dijadikan satu seri mutiara filsafat. Sejak itulah saya mengenal ilmu tasawuf. Namun ternyata buku beliau ini lebih mudah dibaca dan isinya mencakup ke-4 buku karangan Buya Hamka tersebut.
Negeri Indonesia sekarang sedang terpuruk karena banyak pemimpin yang tidak tahu diri, oleh itu saya anjurkan untuk membaca buku ini. Korupsi masih merajalela, pemimpin seperti anak-anak, saling boikot. Buku ini nampaknya dapat menerangkan sebab-sebabnya dan cara penyembuhannya, sehingga sangat perlu dibaca oleh setiap orang dan pantas kalau dijadikan best seller. Jadi saya anjurkan anda untuk membaca buku ini demi perkembangan pribadi anda sendiri.
Dari sisi kepemimpinan, saya dapati kepemimpinan beliau begitu unik, lebih cenderung kepada kepimpinan seorang syeikh, yang ingin menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Jauh berbeda dari pemimpin politik. Beliau mengajak orang untuk kenal, cinta dan takutkan Allah. Tekanannya pada mencintai Allah. Ajaran dan perjuangan beliau menurut saya diambil dari sifat Tuhan yang 99, khususnya yang kita selalu sebut berulang-ulang yaitu Ar Rahman dan Ar Rahim, Pengasih dan Penyayang.
Hal ini hanya dapat dirasakan oleh orang yang memang sangat dekat dengan Allah. Hal ini tidak dapat diuraikan secara logika, karena bukan lapangan logika, tapi lapangan cinta yang sangat luas, seluas alam ini, manifestasi dari pada Rahman Tuhan. Sedangkan Ar Rahim hanya dapat dirasakan oleh orang-orang yang ikhlas kepada Allah.
Saya sangat tersentuh dengan kasih sayang, pemurah dan pribadi beliau. Saya mendengar dari murid-murid beliau tentang pemurah beliau. Kalau beliau pergi ke restoran beliau selalu membayar untuk semua orang yang ada dalam restoran tersebut. Kepada orang yang berbuat jahat kepada beliau, beliau doakan dan balas dengan kebaikan. Yang ada pada diri beliau ini ada dalam Quran, yaitu balaslah kebaikan dengan kejahatan. Untuk sampai pada peringkat ini tidak mudah. ltulah yang disebut — ‘ibadurrahman, apabila dicemooh oleh orang yang bodoh, dia akan jawab dengan salam dan mereka menghabiskan waktu malamnya untuk sujud kepada Tuhannya.
Tentang kebangkitan Islam dari Timur yang selalu beliau sebut, saya sudah sering mendengarnya. Mula-mula dari Prof Fazlurrahman yang pertama kali saya berjumpa tahun 1981. Dialah yang memberikan Doktor kepada Nurchalis Majid dan Syafii Maarif. Ketika itu dia berkata, “Mengapa saya rasa berbahagia bejumpa dengan anda, saya mengetahui kebangkitan Islam di dunia ini akan dipimpin oleh bangsa anda. Apa buktinya? Indonesialah satu-satunya negara yang ada organisasi yang tidak bermazhab, tetapi menghormati semua mazhab. Yang dapat menjawab tantangan abad 21 hanya Quran. Saya sangat senang berjumpa dengan anda sebagai salah seorang pelopornya. Yang kedua di Indonesia wanita sangat dilindungi sebagaimana tuntutan Al Qur’an. Yang ketiga bahasa Indonesia itu hampir 50% berasal dari bahasa Arab. Maka jadikanlah Al Quran sebagai pedoman.
Setelah bertemu dengan Ustaz Ashaari, saya dapati beliau tidak hanya mengatakan tentang kegemilangan Islam dari Timur bahkan menjadikannya sebagai perjuangan dan hidup matinya. Saya sangat kagum pada beliau dan ini membuat saya bertambah yakin dengan kebangkitan Islam yang disebut oleh Rasulullah SAW dan kita sedang menuju ke arah kebangkitan itu.
Kebangkitan Islam di Timur Bermula dari tuan !
Prof Dr Abdussalam Harras, bersama para tetamunya pada malam 2 Oktober 1985. sedang menonton video dari Malaysia.
Prof. Dr. Abdussalam Harras
Profesor Emeritus, University of Qarawiyyin, Fez, Morocco
[Sudah membimbing lebih 200 orang pelajar PhD, Penasihat Kerajaan Morocco]
——————————————————————————-
Suatu hari di bulan Oktober 1985 di rumah saya, di Fez Morocco, saya dan keluarga didatangi tetamu yang sangat istimewa iaitu Ustaz Ashaari Muhammad
beserta seorang isteri dan seorang anaknya serta beberapa pengikutnya.
Kerana istimewanya maka saya undang juga beberapa Profesor dan Doktor dari University of Qarawiyyin, Imam Masjid Qarawiyyin, pembaca dan hafiz Quran, tuan guru, pendakwah-pendakwah terkenal, pengarang majalah AI-Huda, dan
beberapa ahli perniagaan untuk datang ke rumah saya.
Mengapa ia begitu istimewa pada pandangan saya?
Kerana ia menceritakan kepada saya, baik secara langsung ataupun dengan menggunakan audio visual yang canggih, tentang perjuangannya dalam membangunkan model Islam yang kaffah atau syumul.
Melalui jemaahnya semasa itu, beliau mencuba untuk mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan, bermulai dari diri, keluarga, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, penerbitan, pertanian, perikanan, pengangkutan, perdagangan dan lain-lain. Beliau juga membangunkan perkampungan-perkampungan Islam model di seluruh Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara.
Melalui video ditunjukkan betapa indahnya Islam bila diamalkan sesuai dengan yang dikehendaki oleh Islam. Semua anggota jamaah terbela zahir dan batin sebab jemaah mempunyai program ke luar (untuk masyarakat) dan ke dalam (untuk ahli jemaah).
Jemaah memperhatikan fardhu ‘ain dan ibadah para anggotanya dengan pengadakan program-program kelas fardhu ain dan motivasi. Kelas-kelas ini tidak hanya dihadiri oleh anggota jemaah tetapi terbuka untuk masyarakat umum.
Begitu juga dengan makan minum, pendidikan anak-anak, kesihatan keluarga, pekerjaan, sumber pendapatan yang halal dan berkat, hiburan, pengangkutan dipenuhi sesuai dengan keperluan setiap orang dan kemampuan jemaah.
Selain itu jemaah membangunkan berbagai projek ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pertanian, peternakan, perikanan dan lain-lain untuk peluang pekerjaan bagi anggotanya dan masyarakat umum.
Nampak sekali betapa jemaah beliau menjadi rahmat tidak hanya untuk para anggotanya tetapi juga untuk masyarakat Malaysia khususnya dan dunia umumnya.
Benarlah kata Rasulullah SAW bahawa berjemaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab.
Saya tahu bahwa ini bukan perjuangan yang mudah. Banyak sekali tentangan yang dihadapi oleh beliau dan jemaahnya.
Di saat umat Islam sedunia sedang terbuai dengan kehidupan moden yang materialistik serta melalaikan dan di sudut lain banyak pejuang-pejuang Islam lebih banyak berjuang dengan kata-kata, maka perjuangan beliau dengan kaedah membaiki diri dan membangunkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan terasa amat istimewa.
Setelah melihat perjuangan beliau, tanpa sedar saya kemudian duduk disampingnya dan dengan suara yang agak berbisik, saya katakan kepadanya,
“Islam akan bermula di Timur.”
Beliau terperanjat dan lantas bertanya, “Apa tandanya?”
Maka saya menjawab “Tandanya ialah tuan datang ke sini, “
Beliau dengan merendah diri bertanya lagi, “Maksudnya orang Timur datang ke Afrika memperkatakan tentang Islam?”
Maka saya jawab dengan tegas, “Ya, Islam akan bangkit kembali dan ia bermula dari tuan!”
Beliau tunduk, diam dan malu. Saya pun terkejut dengan kata-kata saya. Mengapa saya sebut bermula dari tuan bukan dari negeri atau negara tuan?
Barulah saya faham 16 tahun kemudian ketika sekali lagi rumah saya didatangi tetamu istimewa. Kali ini yang datang bukan beliau tetapi murid-muridnya.
Dari mereka saya mendengar ujian yang Allah berikan kepada beliau dan jemaahnya melalui kerajaaan Malaysia yang mengharamkan, membubarkan, menyita seluruh aset, menyesatkan serta memenjarakan beliau Read more »
“Beliau Mujaddid di kurun ini” - Prof Dr Hisyam at Tamimi
ORANG TIMUR MEMBAWA ISLAM TAJDID KE DUNIA ARAB : Aktiviti Kebudayaan - Kumpulan Nasyid Mawaddah Jordan mengadakan persembahan di stesen TV di Amman, Jordan.
————————————————————————————–
Beliau Mujaddid di Kurun ini
Prof. Dr. Hisyam At Tamimi
Pensyarah Kuliah Syariah Islam, Universiti Jordan, Amman Jordan
—————————————————————————————
Saya mengenal Ustaz Ashaari Muhammad di akhir tahun 80-an di Amman, Jordan. Pada masa itu beliau mulai mengembangkan dakwah dan perjuangannya melalui jemaahnya secara intensif di luar Malaysia, termasuk Jordan, Mesir, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya.
Mula-mula saya sangat terkesan dengan peribadi dan akhlak beliau yang seperti saya juga keturunan At Tamimi. Akhlaknya begitu lembut, penyayang, pemurah, sabar, berkarisma, gigih dan lain-lain.
Setelah berbicara dengannya yang menceritakan pandangannya tentang Islam dan perjuangannya, fikiran dan hati saya semakin terbuka.
Perjuangan beliau ternyata amat besar. Beliau membangunkan model Islam yang kaafah dalam seluruh aspek kehidupan manusia, mulai dari diri, keluarga, ekonomi,
pendidikan, kebudayaan, pertanian, perdagangan, penerangan dan lain-lain.
Minda-minda beliau tentang Islam begitu global, indah, cantik dan sangat praktikal. Yang lebih berkesan lagi,b eliau tidak hanya mengatakan atau menuliskan minda-mindanya, tetapi ia amalkan dan perjuangkannya.
Bahkan menjadi hidup matinya.
Beliau mengajarkan kepada pengikutnya untuk menjadikan seluruh kegiatan mereka sehari-hari sebagai ibadah kepada Allah. Beliau tidak membataskan ibadah itu hanya dengan mengerjakan solat, membayar zakat, puasa dan haji, tapi beliau perluaskan. Menurutnya, dengan berekonomi, melaksanakan aktiviti pendidikan, kebudayaan, pertanian, bina insan, perdagangan dan lain-lain yang sangat diperlukan oleh umat Islam dapat menjadi ibadah fardhu kifayah atau ibadah secara umum dan
perjuangan mengajak diri dan manusia menuju Allah SWT.
Maka tertanamlah semangat yang besar, kegigihan yang tinggi dalam diri setiap pengikut beliau untuk berjuang dan bekerja sungguh-sungguh membangunkan model Islam.
Aktiviti jemaah remaja di Amman Jordan, [dalam bahasa Arab, sarikata Bahasa Melayu]
Tidak hairan dalam masa yang singkat, bantuan Tuhan turun mencurah-curah, sehingga projek-projek beliau bertebaran tidak hanya di Malaysia atau Asia Tenggara, bahkan di seluruh dunia. Semuanya dibuat untuk mencari redha dan kasih sayang Tuhan.
Sungguh aneh mendengar minda-minda beliau tentang Islam yang begitu global, indah dan cantik. Pandangan ini keluar dari seorang ajam yang tidak berpendidikan tinggi, kurang fasih berbahasa Arab, bukan keluar dari ucapan atau tulisan para ulama, Professor atau doktor di Jordan, Mesir atau negara timur tengah lainnya.
Pandangan beliau tentang berbagai hal dalam Islam kadangkala sangat berbeza dengan pandangan ulama-ulama lain baik di zaman ini atau di zaman-zaman sebelum ini.
Tetapi kalau kita memahami peribadi beliau yang sangat bertaqwa, tidaklah hairan mengapa ilmu minda beliau demikian hebat, kerana dalam Al Quran disebutkan bahwa Allah akan mengajar dan memberi ilmu kepada orang-orang yang bertaqwa. Beliau mendapat ilmu dari Allah.
Kalaulah kepada lebah saja Allah ilhamkan, tentulah ilmu yang beliau peroleh juga merupakan ilham dari Tuhan.
Ketika mendengar ujian yang Allah berikan kepada beliau dan jemaahnya melalui kerajaaan Malaysia yang mengharamkan, membubarkan, menyita seluruh aset, menyesatkan serta dan memenjarakannya, saya semakin yakin bahwa yang beliau
perjuangkan adalah kebenaran. Kerana hal ini merupakan sunnah pejuang kebenaran dan ia telah berlaku kepada para nabi, rasul dan pejuang-pejuang kebenaran lainnya.
Allah berfirman dalam Al Qur’an:
“Beginilah yang kami jadikan kepada setiap Nabi, musuh dari syaitan dari jin dan manusia yang membisikkan kepada sebahagian mereka dengan kata-kata yang indah untuk menipu mereka”.
Begitu juga dengan para Wali yang mengikut jalan Nabi juga didatangkan musuh yang sama. Tapi saya yakin Insya Allah selepas ini beliau akan Allah hadiahkan
kemajuan dan kemenangan yang besar.
Selain itu , Insya Allah saya akan kekal bersama beliau dan akan membantu beliau seperti Nabi Harun membantu Nabi Musa. Saya akan bersama beliau dalam semua perkara.
Saya yakin beliau diberi ujian yang berat oleh Allah, kerana beliau seorang wali Allah. Hadis ada berkata; “Orang yang paling berat diuji adalah para rasul, nabi dan wali-wali Allah kemudian mengikut taraf iman masing masing “.
Bila iman besar, maka ia akan diuji dengan ujian yang besar. Kekuatan iman beliau besar, sebab itu ujian yang Allah berikan kepadanya juga besar.
Kalau ada peluang saya akan menyarankan kepada beliau untuk membuka asas universiti Islam sebagai asas untuk menjadi universiti Islam antarabangsa. Saya bersedia menyiapkan tenaga pengajar dari seluruh dunia dalam semua bidang. Saya pemah mengatakan hal ini pada beliau ketika di Thailand dulu (1994).
Sebab universiti itu akan menjadi pusat penyebaran minda beliau ke seluruh dunia. Minda ini sangat diperlukan oleh seluruh manusia, tidak kira apa bangsa dan agama, sebab ia merupakan panduan dari Tuhan untuk kehidupan manusia.
Minda ini untuk mendidik manusia secara hak yaitu mengenalkan Tuhan sehingga manusia akan cinta dan takut kepada Tuhan.
Kita sudah lihat hasil didikan beliau Iaitu lahirnya insan-insan yang tangan dan fikirannya sibuk membangunkan dunia tetapi hatinya senantiasa takut kepada Tuhan. Beliaulah tokoh pendidik di abad ini.
Sebenarnya taklim di seluruh dunia Islam, termasuk di pesantren-pesantren dan universiti-universiti Islam sudah gagal, sebab mereka sudah meninggalkan manhaj wali dan tasawuf. Manhaj beliau adalah manhaj wali dan bertujuan menghidupkan agama dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Untuk menghidupkan agama mesti dengan tasawuf.
Dunia Islam sudah hancur dan memerlukan seorang Mujaddid. Insya Allah beliau adalah mujaddid di kurun ini dan kita akan bersama tajdidnya.
Saya lihat Malaysia dan Indonesia merupakan tapak yang subur untuk menanam benih Islam. Matahari terbit dari sana (Timur), sehingga cahaya pun datang dari sana, dari Timur ke barat.
Alhamdulillah saya bersyukur untuk murid-murid atau staff yang masih kekal bersama beliau. Dari 10 000 hanya tinggal 500 orang saja. Tetapi saya yakin kualiti yang 500 orang ini lebih baik dari yang 10 000 orang dahulu. Mereka akan mendapat kemulian bersama beliau.
Biarlah yang pergi itu, pergilah. Tidak ada masalah, inilah dunia.
Para Rasul dan Nabi dulu, juga ditinggalkan orang. Seperti Bani Israil yang pernah berkata kepada Nabi Musa, “Pergilah engkau berjihad dengan Tuhan engkau, kami hanya akan duduk di sini”.
Mungkin yang kekal bersama Nabi Musa lebih sedikit dari pada yang kekal bersama beliau.
Yang lebih mengejutkan lagi beliau menceritakan bahwa perjuangan yang sedang lagangkan ini adalah untuk menagih janji Tuhan yang diucapkan melalui lidah Rasulullah SAW bahwa Islam akan bangkit dan gemilang kembali sehingga akan menguasai dunia dan membawa dunia kepada keamanan, kedamaian, keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran di bawah pimpinan Imam Mahdi.
Kebangkitan ini akan bermula dari Timur iaitu Malaysia dan Indonesia yang diasaskan oleh seorang yang juga dijanjikan oleh Allah melalui lidah RasulNya yaitu Fata at Tamimi.
Mendidik Manusia Melalui Sembahyang
Dalam mendidik hati manusia, beliau mulakan dengan mengenalkan Allah sehingga terasa kewujudan Allah dalam hati, kemudian menyempurnakan dan memperhaluskan sembahyang. Inilah perkara yang paling baik. Kebanyakan manusia masuk sembahyang dan keluar dari sembahyang tanpa tahu apa yang mereka lakukan, sebab mereka tidak atau kurang menghayati sembahyang mereka.
Beliau mengajak manusia untuk sungguh-sungguh mengusahakan rasa bersama dan bertemu dengan Allah dalam sembahyang mereka.
Dalam kuliah sembahyangnya yang tajdid yang saya sudah mengikutinya dari murid-muridnya, beliau memberitahu bagaimana bila berada dalam sembahyang dan apa yang dikata dalam sembahyang kerana orang yang masuk ke dalam sembahyang
mestilah memutuskan hubungannya dengan dunia dan masuk ke dalam alam Tuhan.
Ini kata-kata wali.
Saya teringat satu kisah seorang ulama fikh yang bertanya kepada seorang ulama sufi dengan tujuan untuk mempersendakannya. “Apa hukum orang yang lalai dalam solat?”
Ulama sufi itu bertanya pula, “Pada kami atau pada kamu?”.
Ulama fikh bertanya, “Apakah ada dua mazhab?”
Jawab ulama sufi, “Betul.”
Kata ulamak fikh, “Apa hukumnya dalam kedua-dua mazhab itu?”
Ulama sufi menjawab,”Kalau pada kamu cukup sujud sahwi sudah selesai, tapi pada kami layaknya dia dibunuh atau dipotong kepalanya, kerana dia sedang menghadap dan bercakap-cakap dengan Tuhan, tiba-tiba dia lari dan pergi pada orang lain. Orang begini layak dipenggal kepalanya. ”
Beliau inginkan sembahyang yang seperti ini. Ini kata-kata yang agung dan tidak ada kata-kata yang lebih agung dari padanya. Tajuk sembahyang seperti yang beliau kupas tidak ada lagi di dunia ini sekalipun di universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi Islam, melainkan hanya ada pada orang-orang tasawuf dan wali-wali Allah.
Solat beliau untuk Allah. Kerana itu kita perlu orang yang menyembah Allah seperti beliau, kerana dia akan membawa kita kepada Allah, Tuhan yang sebenar, bukan kepada
dunia.
Akibat Memusuhi Wali Allah
Sejarah berulang kembali, banyak orang seperti Al Hallaj dan Ibnu Arabi yang menghadapi tentangan tetapi akhirnya kemenangan untuk mereka.
Allah berfirman “Barangsiapa yang memusuhi waliKu, Aku isytihar perang terhadapnya”.
Tiada yang lebih dahsyat daripada perang melawan Allah. Seperti yang terjadi pada Anwar Ibrahim, yang terjadi pada dirinya bukan peperangan dari wali Allah yang dijatuhkannya tetapi dari Allah.
Ini satu yang pelik, ini pedang Allah. Manusia sangka mereka kuat tapi pedang Allah lebih gagah. Yang paling berat adalah memerangi wali Allah seperti beliau.
Kalau kita tidak mahu bantu dia, diam saja dan perangi kemungkaran dengan cara kita, bukan malah memerangi kebaikan yang beliau perjuangkan. Saya yakin dengan Allah, kemenangan beliau hampir tiba.
Allah berfirman,
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah sedangkan Allah lah yang menyempurnakan cahayanya walaupun orang kafir/ingkar tidak suka”
Insya Allah.
—————————————————————————
Catatan: Tulisan ini disarikan dari Perbincangan Dr [lng] Abdurrahman R Effendi [Indonesia] dengan Prof. Dr.Hisyam Tamimi, Rabu, 19 Januari 2000, dirumahnya di Amman Jordan.
[ Adaptasi ke versi bahasa Melayu oleh Heliconia's Weblog @ Malaysia]
Bicara Ekonomi : Menjelang Cuti Panjang Tahun Baru Cina
Satu notis kenaikan harga tauhu yang dikeluarkan pengusaha2 tauhu negeri Selangor baru2 ini. Cubalah berkunjung ke pasar2 semasa cuti panjang tahun baru Cina pada pertengahan hingga ke hujung minggu ini, lihatlah macam serba serbi tak kena. Stok barang2 jualan segar yang dijual peniaga Melayu sangat2 kurang atau hampir tiada : sayur, ikan, buah-buahan, apatah lagi jenis2 tauhu yang berkaitan foto di atas, —- tempe dalam plastik pun senasib, tempe ni bukannya orang Islam yg buat, pernah dengar belacan berulat? …..the list endless.
———————————————————————————–
Berikut [dalam HOMEpage blog] adalah petikan sedikit kuliah ekonomi Fardu Kifayah dalam Islam. Di sini disentuh khusus soal penyembelihan daging ayam. Jika kita lihat, kerja2 pihak berkuasa agama selama ini seolah2 difokuskan kepada meluluskan atau menarik balik sijil penyembelihan, di samping pemantauan dan penyerbuan.. serbu sana, serbu sini, sergah sana sini. Asyik dan bangga benar berita ini disensasikan dalam muka depan Harian Metro…ayam haram, mi haram, bebola ikan haram.
Jika kita baca di web2 pengguna Islam pula , bukan main marah lagi admin dan forumner pada para pengusaha dan peniaga yang bukan Islam. Sampai bila kita nak menghamburkan kemarahan tak tentu pasal dan melulu pada peniaga? Menghabiskan tenaga sahaja. Menyalahkan diri kita sendiri lebih baik. Mereka tak bertanggungjawab atas apa yang kita makan. Tuhan tak akan bertanya kepada mereka pun. Kita yang akan ditanya!
Namun bila difikir2, nampak gaya hingga tahun 2020 pun kes ayam halal tak akan selesai. Janganlah salahkan pengeluar ayam jika harga ayam naik, atau pusat penyembelihan jika daging sembelihan jatuh ke taraf syubhat dan haram. Cubalah para ulama rasmi bersama PNB membuat ANJAKAN PARADIGMA dan fokus kepada ekonomi Islam macam kuliah penuh di bawah ini. Namun adakah umat Islam pimpinan para Mufti serta ulama2 rasmi mampu? Separuh abad, tiga suku abad lagi pun tak akan mampu <—- Ini pendapat peribadi saya.
EKONOMI FARDHU KIFAYAH
Ekonomi fardhu kifayah adalah ekonomi yang dibangun dengan tidak berorientasi pada keuntungan kerana tujuannya bukanlah untuk mencari profit semata-mata melainkan untuk melahirkan kehidupan Islam dalam bidang ekonomi atau memenuhi keperluan asas umat Islam.
Misalnya di suatu daerah atau negeri, umat Islam memerlukan daging ayam yang halal yang benar2 disembelih mengikut syariat, kerana kebanyakan pengusaha pusat2 penyembelihan besar adalah bukan Islam yang tidak benar2 mematuhi prosedur pihak berkuasa agama.
Maka mengusahakan projek rangkaian penyembelihan ayam yang benar2 halal menjadi fardhu kifayah bagi orang-orang Islam yang tinggal di suatu kawasan atau negeri itu. Bila tidak ada umat Islam yang mengusahakannya, maka seluruh umat Islam di suatu kawasan atau negeri itu berdosa, terutama pihak berkuasa yang sepatutnya menjaga hal ehwal ekonomi orang Islam.
Bila sudah ada orang yang membangunkannya, dan bekalan yang benar2 tiada syubhat mencukupi ke seluruh negeri, maka seluruh umat Islam negeri tersebut terbebas dari dosa fardhu kifayah tersebut.
Ikuti kuliah penuh ringkasan EKONOMI ISLAM .. Read more »
About
ASSALAMUALAIKUM, AHLAN WA SAHLAN
Welcome to HELICONIA’S WEBLOG @ MALAYSIA
View Previous Entries Index : 2006-2008
Heliconia’s Weblog @ Malaysia lahir pada 20 Disember 2006, untuk mengisi satu ‘niche’ dunia internet yang tersendiri. Ia lahir atas inisiatif dan usaha peribadi, berupa himpunan pendapat bebas yang dikutip, juga diselang-selikan dengan tulisan sendiri. Heliconia memasuki dunia blogsfera ini untuk memberitahu bangsanya dan dunia seluruhnya, apa yang diyakininya dan diimpikannya, setelah melihat suatu ketidakadilan dan ’stereo-typing’ yang wujud sekian lama dalam medan politik dan media negaranya.
————————————————————————
DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;
1. Dalil Al Quran
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55
2. Dalil Al Hadis
Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]
—————————————————
The followings are extracted from the book:-
AL MAHDI, JESUS and MOSHAIKH [the ANTICHRIST].
http://www.allah.com/download/ALMAHDI.doc
Narrated by the late Grand Muhaddith of Morocco, Shaykh Abdullah ben Sadek Al Ghumari , Ph.D,
(1914 - 1993) may Allah be pleased with him
1. The Youth of Tamimi
The Messenger of Allah, praise and peace be upon him,
was among a group of migrants and supporters.
Ali, the son of Abi Talib was on his left side and Abbas on his right side
when Abbas and a man from the supporters started to debate
with one another.
The supporter spoke harshly to Abbas,
then the Prophet, praise and peace be upon him,
took the hand of Abbas and the hand of Ali and said:
“From the loins of this (indicating to Abbas)
will come a youth who will fill the earth with transgression and injustice
and from the loins of this (indicating to Ali)
a man who will fill the earth with fairness and justice.
If you see this pay attention to the Tamimi youth who will come
from the direction of the east — he is the owner of the
Banner of Al Mahdi.”
Al Hasan Al Basri said:
“A man of medium stature will come from Ar-Ray (a far-eastern town).
He will be dark and from the children of Tamim -
a Wasaj, named Shuayb son of Salih with four thousand men.
Their clothes will be white and Banners black,
and at his front is Al Mahdi.
He meets no one that he does not defeat and scatter”.
Ka’b, the son of Alkamah said:
“In front of the Banner of Al Mahdi will come a youth
whose beard is yellowish and thin.
If he fights the mountains, he will destroy them
until he reaches Alya’.”
2. Black Banners from the EAST asking for the truth
Ibn Masood reported: “We went to the Messenger of Allah,
praise and peace be upon him,
and he came out with good news -
and happiness was easily recognizable upon his face.
When we asked him about a matter
he would tell us about it,
and we were never silent about anything until he spoke of it,
until a party from the Bani Hashim passed by
amongst whom were Al Hasan and Al Hussain, peace be upon them.
When he saw them he hugged them with tears in his eyes,so we asked:
‘O Messenger of Allah’
we see something has changed your face which distresses us
‘Thereupon he replied:
‘We are a Family of a House
for whom Allah has chosen the Hereafter rather than the present.
After me my family will be refugees,
driven out of countries until the Black Banners are raised in the east.
They will ask for the truth
but they will not be given it,
so they will ask again for it,
and they will not be given it ,
so they will fight and be given victory.
Those of you or your descendants who live during that time
go to the Imam of the Family of my house
even if you have to crawl over ice to him.
Indeed, they are banners of guidance.
They will deliver it to a man from the Family of my House
his name is the same as my name,
and the name of his father is the same as my father,
and he will fill the ground with fairness and justice.
3. Black Banners from the East
“The Black Banners will come from the East for
the children of Al Abbas.
Then there will remain whatsoever Allah wishes.
Then, small Black Banners will come
to fight a man from the children of Abu Sufyan from the East.
They will give their allegiance to Al Mahdi.
“Allah will send a Black Banner from the East,
and Allah will give victory to whosoever supports it.
Whosoever does not support it, Allah will forsake them!
4. Hearts like Iron
“The Black Banners will come to you from the East,
their hearts are like iron.Whosoever hears about them
let them go crawling — even over ice!”
5. The Government of Al Mahdi:
“People will come from the east
and will establish the government for Al Mahdi.”
6. Al Mahdi : Resemble an Arab or an Israel
“Al Mahdi is a man from my children.
His face is like a glittering star,
his skin is the color of an Arab,
and his body is like that of Israel.
He will fill the earth with justice
just as it will have been filled by injustice,
and the dwellers of Heaven and Earth
will be pleased with his Caliphate.”
“If only one day remains in the world,
Allah will send a man with a name like mine.
His manners will be likened to my manners.”
“Al Mahdi is a man from my children
his color is that of the Arab,
and his body is like that of Israel.
On his right cheek there is a mole
that glitters like a star.”
7. Al Mahdi with his banner
Al Mahdi will come upon his Banner and the herald will proclaim:
‘This is Al Mahdi, the Caliph of Allah so follow him!”
8. A group keep fighting for the truth
A group from my nation will keep fighting for the truth
until Jesus, the son of Mary descends at dawn in the
Mosque of Jerusalem.
He will approach Al Mahdi who will say:
‘O Prophet of Allah, come, lead us in prayer.’
But he will decline saying:
‘This nation has princes over each other’
~God will bring out from concealment al-Mahdi from my family and just before the day of Judgment; even if only one day were to remain in the life of the world, and he will spread on this earth justice and equity and will eradicate tyranny and oppression.
~Terjemahnya : Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya, Al Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu tinggal sehari sahaja lagi. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan.[ A Hadith in Musnad Ahmad ibnu Hanbal, Vol 1, p 99 ]