Heliconia’s Weblog @ Malaysia

Love God, Care for Humankind

Perutusan Kemerdekaan Islam Global V : Jiwa

shariahins4.jpg 

KEMERDEKAAN JIWA

Sesungguhnya inilah dia keperluan paling asasi.  Merdeka di sudut lain-lain tidak bermakna apa-apa bagi individu yang dibelenggu jiwanya oleh nafsu dan syaitan. Sebab manusia yang bertuhankan nafsu semata-mata tak mungkin boleh diharapkan berkongsi kekuatan dan kemakmuran dengan orang lain sekalipun keluarga apalagi jiran tetangga dan masyarakat.

Oleh itu, bebaskan manusia dari nafsu dan syaitan. Halau musuh batin itu nyah dari ruang jiwanya. Allah SWT telah memberi petunjuk yang terperinci bagaimana manusia berperang melawan nafsu. Kami cadangkan sistem pendidikan memasukkan bidang ini dalan syllabus bermula dari pra sekolah lagi hinggalah ke universiti.

Watak bangsa yang mesti disiapkan untuk tujuan mencapai negara maju ialah kasih sayang, merendah diri, berlemah lembut, pemurah, rajin, berani,bekerjasama, maaf-bermaafan, ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, cintakan Tuhan, takutkan Tuhan dan sering dekatkan diri kepada-Nya.

Dengan watak-watak ini barulah seorang saintis, doktor, peguam, orang politik, korporat, pegawai tadbir dan lain-lain benar-benar menyumbang kepada negara. Sebaliknya seorang guru yang kuat hasad dengki pasti tak boleh lahirkan murid yang baik. Korporat yang tamak mana boleh kongsikan kekayaannya dengan masyarakat. Politikus yang gila kuasa, tak mampu berlaku jujur kepada bangsanya. Demikian seterusnya.

Kalau begitu kita belum puas hati dengan merdeka dan penjajah. Itu kecil. Yang besar, musuh yang kita kena perangi betul-betul ialah sifat-sifat mazmumah yakni nafsu kita yang menjadi musuh dalam diri kita. Kalau kita gagal terhadapnya dia akan merosakkan kita, juga merosakkan orang lain dan harta benda.

Umat Islam kalau mahu jadi umat yang kuat, boleh menandingi umat yang lain, rahsia ini mesti dipelajari dan diperjuangkan sungguh-sungguh. Yakni mengenal pasti mazmumah, iaitu sejahat-jahat musuh kita yang sangat mahu merosakkan kita. Dia bertindak 24 jam dengan bantuan syaitan untuk pastikan cita-citanya tercapai.

Ketahuilah, jangan tak tahu, bisikannyalah yang merosakkan kita, bilamana kita memperturutkannya. Tanpa sedar umat Islam hari ini beramai-ramai telah diperkudakan oleh dirinya.

Kononnya, mereka mahu bebas, tak mahu diikat oleh disiplin Tuhan, walhal dengan menolak Tuhan mereka sebenarnya dibelenggu oleh nafsu dan syaitan. Buktinya masyarakat kita sekarang suka bercinta-cinta dahulu baru berkahwin. Itu falsafah nafsu dan syaitan. Lepas setahun dua, dapat anak satu sudah bergaduh dan bercerai berai. Konon lagi, nak berjaya tak perlu sembahyang, akhirnya bila berjaya bergaduh dan berperangan. Itulah tipuan dari bisikan nafsu syaitan. Hanya ajaran Tuhan yang layak jadi panduan dan menjamin keselamatan dunia dan akhirat.

Akhir sekali saya tegaskan bahawa kemerdekaan ini sebenarnya ialah merdeka dari tipuan dunia dan hawa nafsu, dengan menjadikan hidup dan mati adalah untuk Tuhan Pencipta.

SELESAI : Perutusan dari Sheikh Imam Ashaari Muhammad at Tamimi

August 30, 2007 - Posted by heliconia | KULIYYAH.....! | | 3 Comments

3 Comments »

  1. sedari tentang diri saya yg serba kekurangan ini.. selamat hari merdeka..

    Comment by yginsaf | August 30, 2007

  2. Yginsaf, esok hari ulangtahun kemerdekaan negara dari penjajahan British. Pada saya,yang merdeka adalah hari :)

    Terima kasih sudi berkunjung ke sini…

    Comel anak yginsaf tu..

    Comment by heliconia | August 30, 2007

  3. Semoga sambutan Kemerdekaan ini melambangkan “Kemerdekaan Hakiki” kita daripada penjajahan dunia dan hawa nafsu ke atas kita dan bukan sebaliknya. Marilah kita mengejar kemerdekaan abadi di Syurga sana bersama Abuya sebagai panduannya sebab di dunia ini hanyalah penjara bagi orang Mukmin.

    Comment by MINDASUFI | August 30, 2007

Leave a comment