Pada 9 Ogos lalu bertempat di Tingkat 86 Tower 1, KLCC, bekas Perdana Menteri, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD telah memberi satu interviu ekslusif kepada SIASAH. Dalam interviu selama satu jam itu Dr.Mahathir bercakap pelbagai isu semasa dengan mengkhususkan kepada isu pembangunan Wilayah Iskandar di Johor. Beliau turut mengulas mengenai peranan secara tidak langsung Singapura di dalam projek berkenaan yang dilihat akan turut mendapat keuntungan jangka panjang. Selain itu Dr Mahathir juga turut mengulas mengenai sikap dan budaya kalangan ahli Umno hari ini yang menurutnya sudah hilang jati diri dan maruah diri. Ada sesuatu yang menarik Dr Mahathir perkatakan mengenai ahli-ahli Umno itu. Ikutlah wawancara wakil Siasah ABDUL AZIZ ISMAIL.
———————————————————————————-
Foto Ihsan SIASAH 26 Ogos – 1 September 2007. Editor : Mohd Sayuti Omar
Pada 9 Ogos lalu bertempat di Tingkat 86 Tower 1, KLCC, bekas Perdana Menteri, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD telah memberi satu interviu ekslusif kepada SIASAH. Dalam interviu selama satu jam itu Dr.Mahathir bercakap pelbagai isu semasa dengan mengkhususkan kepada isu PembangunanWilayah Iskandar di Johor. Beliau turut mengulas mengenai peranan secara tidak langsung Singapura di dalam projek berkenaan yang dilihat akan turut mendapat keuntungan jangka panjang. Selain itu Dr Mahathir juga turut mengulas mengenai sikap dan budaya kalangan ahli Umno hari ini yang menurutnya sudah hilang jati diri dan maruah diri. Ada sesuatu yang menarik Dr Mahathir perkatakan mengenai ahli-ahli Umno itu. Ikutlah wawancara wakil Siasah ABDUL AZIZ ISMAIL.
———————————————————————————-
SIASAH: Projek mega Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah sebuah projek yang amat besar, menelan belanja yang besar dan dikatakan amat memberi faedah kepada negara khususnya negeri Johor, pada jangka waktu panjang. Tetapi beberapa pihak seperti Tun sendiri, termasuklah penganalisis kewangan antarabangsa yang berpangkalan di Singapura merasa skeptikal bolehkah projek itu berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan?
DR MAHATHIR: Kita boleh bangunkan wilayah kita dimana-mana pun yang kita suka.Tapi yang menjadi masalah ialah penglibatan Singapura dalam projek pembangunan itu. Kenapa perlu ada Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri untuk menentukan pembangunan di Malaysia? Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk membangun WPI? KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ. Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.
Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu , kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu. Melaka dan Pulau Pinang kekal dalam Malaysia adalah kerana jumlah penduduk Cina dapat diimbangi dengan jumlah penduduk Melayu yang ramai. Sebaliknya, di Singapura lebih 75 peratus penduduknya adalah kaum
Cina dan orang Melayu cuma 15 peratus. Orang-orang Cina di sana kaya dan mengusai ekonomi. Oleh sebab itu, kita terpaksa lepaskan Singapura kerana mereka terlalu ramai dan telah menguasai pulau itu. Dan ketika itu Lee Kuan Yew yang pada mulanya berjanji tidak mahu mencampuri hal ehwal politik Semenanjung. Tapi beliau telah mungkir janji dengan bertanding pada pilihan raya tahun 1964 di Bangsar yang menyebabkan Almarhum Tunku jadi marah dan menyingkirkan Singapura.
Dan sekarang kita cuba mengundang Singapura memasuki negara kita melalui penyertaan aktif mereka dalam WPI dengan berbagai insentif dan galakan pelaburan. Satu hari nanti orang Melayu Johor yang pada mulanya berkeras tidak mahu menjual tanah milik mereka tetapi dengan pujukan tawaran harga berlipat kali ganda yang tinggi dan lumayan ini mungkin ada orang Melayu Johor yang jadi kelabu mata dan menjual hartanahnya kepada orang Cina Singapura kerana boleh jadi kaya cepat.
Selepas itu orang Melayu mahu duduk di mana? Mereka akan sendirinya terusir keluar dari wilayah pesat WPI itu. Mereka tidak mampu membeli hartanah yang mahal di situ dan terpaksa tinggal di luar WPI. Jadi WPI akan dipenuhi oleh orang-orang Cina Singapura dan orang Cina kita yang mampu. Apa jadi kalau mereka terlalu ramai dibandingkan dengan penduduk Melayu. Kita akan kehilangan sekali lagi wilayah Melayu kepada orang Cina Singapura seperti kita kehilangan Singapura dulu.
SIASAH : Bagaimana dengan penglibatan aktif pemerintah Singapura sebingga diwujudkan Jawatan Kuasa Khas Peringkat Menteri di antara kedua buah negara. Adakah Jawatankuasa Khas itu perlu dan relevan?
Selama ini kita tidak pernah meminta bantuan dan nasihat sesiapa untuk bangunkan negara kita. Kita bangunkan KL dulu sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kita tidak panggil mana-mana menteri dari negara luar memberi nasihat cara bagaimana kita harus bangunkan KL. Kita ada EPU – Economic Planning Unit (Unit Perancangan Ekonomi) untuk memberi nasihat dan merancang bagaimana kita harus membuat dan melaksanakan pembangunan. Contohnya Putrajaya, Labuan, Langkawi dan seluruh negara semuanya adalah buah tangan dan kepakaran orang kita. Mengapa kita harus bangunkan WPI dengan meminta nasihat dari Menteri Singapura? Mereka pun sama seperti kita. Kita bangunkan negara ini semua tanpa bantuan nasihat orang asing, tanpa bantuan nasihat mana-mana menteri negara luar termasuk Singapura.
Menteri Singapura itu yang duduk dalam Jawatankuasa Peringkat Menteri itu pun sebenarnya tidak boleh membuat keputusan sendiri melainkan dengan arahan dan persetujuan orang yang paling berkuasa di pulau itu, Lee Kuan Yu.
SIASAH: Adakah ini bermakna PM Datuk Seri Abdullah telah tidak mendapat nasihat yang tepat dalam projek WPI itu?
Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat nasihat yang tidak tepat atau tidak. Tapi yang pasti keputusan yang dibuat (mengenai WPI) beliau itu adalah salah. Beliau sering melaungkan bahawa projek WPI adalah cetusan dari idea beliau sendiri. Dan seorang pemimpin harus bertanggungjawab kepada setiap keputusan yang diambil sama ada beliau mendapat nasihat dari orang lain atau keputusan yang beliau buat sendiri. Beliau berhak menolak nasihat yang tidak tepat jika beliau fikir nasihat itu tidak baik untuk negara. Dan jika beliau bersetuju dengan nasihat orang lain bermakna beliau tidak boleh lepas tangan dengan mengatakan projek itu dibuat atas nasihat orang lain kerana akhirnya seorang Perdana Menteri harus bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuat.
SIASAH : Jika kerajaan tidak berhati-hati nasib bumiputra dan penyertaan peniaga Bumiputra Johor khususnya dalam projek WPI itu akan terusir keluar dari kawasaan pembangunan pesat itu kerana mereka tidak mampu. Apakah peranan dan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan nasib mereka ini tidak ketinggalan, terbela malah kalau boleh untuk sama aktif dalam pembangunan projek itu?
Mudah saja. Jangan libatkan pemerintah Singapura. Kita buat sendiri. Kalau mereka melabur dalam WPI kita teliti dan pertimbangkan penyertaan mereka, tapi tidak perlu mendengar nasihat mereka. Kita ada kebolehan kita sendiri. Kita ada badan-badan tertentu yang boleh menjalankan peranan.
Kalau kita lihat apa yang berlaku di sekeliling kita ini (KL) dan seluruh negara adalah usaha kita sendiri tanpa bantuan dan nasihat asing. Semua pembangunan yang dibuat dari zaman Tunku, Tun Razak hingga zaman saya tidak pernah mendapat nasihat dari orang luar. Kita ada EPU yang boleh menasihat kita, Ketika kita mengambil keputusan mahu menjadikan negara ini negara perindustrian, kita tanya EPU dan bukan nasihat pihak luar.
Bersambung…






