Kes Altantuya : Saya tarik diri! - ZULKIFLI NORDIN
Tiba-tiba sahaja peguam Zulkifli Nordin, 45, membuat kejutan apabila menarik diri dari menjadi peguambela tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri dalam perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu. Alasan yang beliau berikan adalah kerana ‘gangguan pihak ketiga’.
Di Mahkamah Tinggi Shah Alam itu juga Zulkifli membuat kenyataan media mengatakan bahawa pertukaran pembelaan yang dibuat oleh Cif Inspektor Azilah Hadri akan memberi ‘manfaat dan melindungi pihak ketiga’. Siapakah pihak ketiga yang dimaksudkan oleh peguam lulusan dari Universiti Wellington, New Zealand ini?
Biarpun terpaksa menyembunyikan banyak perkara tetapi beliau tidak menolak untuk ditemubual.
” Kes Altantuya ini akan menjadi seperti kes Anwar Ibrahim. Banyak perkara ‘ajaib’ yang menguntungkan ‘pihak ketiga’ akan berlaku” Ujar beliau. Ikuti temubual bersama peguam Zulkifli Nordin..SUARA KEADILAN [ 3-17 JULAI 2007]
———————————————————————————————————————
SK : Bagaimana saudara boleh terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya?
Ketika kes ini mula terdedah dan tertuduh pertama iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri sudah ditahan, sepupu beliau yang juga merupakan seorang pelajar yang sedang membuat chambering di sebuah firma guaman datang berjumpa dan meminta saya mengambil kes ini.
Selepas diperkenalkan, saya dan keluarga Azilah pergi ke penjara Sungai Buloh untuk bertemu dengan Azilah dan berbincang mengenai perlantikan saya sebagai peguam.
Sebaik sahaja bertemu, saya rasa pernah melihat dia tapi saya lupa di mana. Tapi setelah Azilah memberitahu bahawa beliau adalah pegawai pengiring Anwar ketika hari pembebasan Anwar baru saya ingat pernah melihat Azilah di mahkamah.
SK : Berdasarkan pemerhatian, bagaimana saudara melihat Azilah.
Semasa pertama kali bertemu di penjara, saya lihat karektor beliau sebagai seorang yang susah nak percaya kepada sesiapa.
Beliau kelihatan murung dan ketakutan. Jadi pertemuan dengan beliau harus dilakukan banyak kali untuk menyakinkan beliau bahawa saya benar2 seorang peguam.
Beliau merasakan bahawa beliau teraniaya dalam kes ini. Kes ini kes besar. Kes bunuh.
Bila seseorang yang dituduh membunuh dan merasakan dia sudah teraniaya, memang susah untuk individu tersebut percaya kepada orang lain kerana dalam fikiran mereka semua orang mahu menganiaya dirinya.
SK : Bagaimana saudara yakinkan Azilah bahawa saudara tiada niat menganiaya beliau?
Saya beritahu Azilah bahawa saya benar2 seorang peguam bukan wakil dari pihak lain yang terus menerus yang mahu menganiaya beliau. Saya beritahu dia saya Zulkifli Nordin, peguam yang turut terlibat semasa perbicaraan Anwar Ibrahim.
Pada awalnya Azilah cuma melantik saya sebagai peguam ketika sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah Azilah melantik saya sebagai peguam beliau untuk perbicaraan kes ini.
Selepas sebutan pertama itu, saya sering bertemu Azilah di penjara Sungai Buloh. Setiap minggu saya akan ke sana bertemu Azilah untuk berbincang dengan beliau dan untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi.
SK : Adakah Azilah menceritakan kepada saudara apa sebenarnya berlaku?
Ya. Segala2nya diceritakan. Biarpun pada awalnya beliau cuma menceritakan secara kasar dan banyak memberikan bukti secara bayangan sahaja tetapi selepas dua atau tiga pertemuan barulah dia menceritakan secara jelas apa yang berlaku.
Sebagai peguam saya perlu mendapatkan maklumat yang lengkap dari anak guam saya untuk memudahkan saya melakukan pembelaan terhadap beliau bila perbicaraan dimulakan. Terlalu banyak perkara yang beliau ceritakan kepada saya.
SK : Apa latar belakang Azilah?
Beliau menyertai UTK pada tahun 1997. Dalam UTK dipecahkan banyak unit. Antara unit2 itu adalah unit keselamatan kepada menteri dan Azilah dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri. Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM.
OCBG adalah ketua kepada unit ini. Sehari sebelum tarikh Altantuya dikatakan dibunuh iaitu pada 18 Okt 2006, Azilah mengiringi TPM di Kuala Lumpur.
SK : Bagaimana sikap keluarga Azilah?
Saya mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga Azilah. Mereka mahukan saya melakukan yang terbaik untuk beliau.
SK : Macam mana dengan orang ramai dan pihak2 lain?
Orang ramai juga memberikan sokongan kepada saya. Mereka sangsi terhadap kes ini. Dari awal lagi orang ramai sudah mengesyaki bahawa kes ini melibatkan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam politik. Jadi mereka mahukan saya membongkar kes ini agar orang yang bertanggungjawab menerima hukuman.
Ada anggota UTK turut memberikan sokongan kepada saya kerana Azilah dari UTK. Mereka tidak mahu nama baik mereka tercemar. Ada anggota UTK menawarkan saya pengawalan peribadi kerana mereka bimbang ada pihak yang akan mencederakan saya dan juga keluarga saya.
SK : Maksud saudara orang ramai dari awal mengesyaki ada pihak lain yang terlibat dalam kes ini?
Ya, kerana mereka tahu UTK hanya akan bertindak jika mendapat arahan. Azilah adalah anggota UTK, dia tidak akan mengeluarkan arahan kepada orang bawahannya jika beliau tidak menerima arahan dari pihak atasan.
Dan bagi orang ramai jika kes ini tidak melibatkan orang yang berkepentingan politik, UTK tidak akan digunakan. Penggunaan bom C4 juga tidak menimbulkan kesangsian pada orang ramai. Semua orang tahu bom C4 hanya digunakan oleh tentera dan bukan UTK. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh meluluskan penggunaan bom ini.
SK : Selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tarikh bicara pada 18 Jun, saudara telah menarik diri. Mengapa?
Saya memutuskan untuk menarik diri dari menjadi peguam kepada Azilah kerana saya tidak bersetuju dengan keputusan beliau mengubah strategi pembelaan di saat akhir dengan menggunakan kaedah pembelaan …….
Sepanjang mengambil kes ini, telah 12 kali saya mengadakan pertemuan dengan Azilah dan pada awalnya dengan seorang lagi tertuduh Sirul (Azhar Umar). Pada mulanya beliau bersetuju untuk menggunakan strategi pembelaan yang saya cadangkan.
Semuanya berjalan baik sehinggalah pada dua pertemuan akhir, saya terhidu sesuatu yang tidak kena. Dalam dua2 pertemuan tersebut, tiba2 Azilah memaklumkan bahawa beliau ingin menukar strategi pembelaan.
Saya mula mengesyaki ada pihak tertentu di belakang semua ini. Beliau memberitahu bahawa beliau kini mempunyai………Dan terperanjat kerana ini tidak dimaklumkan dalam pertemuan sebelum ini. Strategi ini akan merosakkan strategi awal yang telah dipersetujui bersama.
Ia juga akan memberi kelebihan dan perlindungan kepada pihak ketiga. Bagaimana pun sebagai peguam, saya akur dengan kehendak anak guam saya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk menarik diri kerana ia bertentangan dengan prinsip dengan ‘gerak hati’ saya.
SK : Siapa pihak ketiga itu?
Itu tidak boleh saya bagitahu.
SK : Apakah insiden seperti pertukaran mahkamah, hakim dan peguam adalah sesuatu yang biasa terjadi?
Bila kita lihat pada kes Altantuya ini, banyak berlaku pertukaran seperti pertukaran mahkamah dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sedangkan pertuduhan dilakukan di Kuala Lumpur.
Insiden pertukaran hakim juga terjadi, dari hakim kanan (KN Segara) ditukar kepada seorang pesuruhjaya kehakiman atau pelatih hakim, Mohd Zaki Md Yassin. Kemudian berlaku juga pertukaran peguam Razak Baginda, daripada Muhammad Shafie kepada Wong Kian Kheong.
Sedangkan semua orang tahu kehebatan Muhammad Shafie berbanding Wong. Wong Kian Kheong merupakan peguam dari firma Tetuan Hishamuddin Hussein dan Hishamuddin merupakan sepupu kepada Najib Tun Razak.
Kali terakhir berlaku pertukaran hakim, mahkamah dan peguamialah dalam kes Anwar Ibrahim, lapan tahun lalu.
SK : Sebagai seorang peguam, apa pendapat saudara mengenai pertukaran pasukan pendakwa dalam kes ini?
Sejak kes pembunuhan Norita Samsudin, Peguam Negara telah menubuhkan satu unit khas yang baru dan dipanggil Unit Kes Terkelas.
Unit ini ditugaskan untuk menguruskan kes2 yang berprofil tinggi. Unit ini diketuai oleh seorang pendakwaraya yang paling kanan (Salehuddin Saidin) dan tumpuan diberikan kepada kes yang berprofil tinggi.
Kes Altantuya ini diuruskan oleh mereka kerana kes ini merupakan kes yang berprofil tinggi.
Bila berlaku pertukaran, kita mengagak pertukaran berlaku di antara pendakwa dari unit pendakwaan, tetapi apa yang berlaku ialah pertukaran dilakukan dengan mengambil pendakwa yang menguruskan bahagian awam (Tun Majid Tun Hamzah). Tidak pernah berlaku pertukaran pihak pendakwa semasa kes berjalan.
SK : Jika seseorang peguam mempunyai pertalian darah hakim, apa yang patut dilakukan?
Sama ada peguam itu akan tarik diri atau hakim tersebut yang akan tarik diri, jika tidak ini mengundang persepsi buruk masyarakat.
Dari segi etika, tidak wajar jika seorang hakim dan peguam yang mempunyai hubungan keluarga menguruskan kes yang sama dalam satu2 masa.
Sedangkan dalam kes Altantuya ini juga, Peguam Negara membuat keputusan menukar pasukan pendakwa Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin kepada Tun Majid Tun Hamzah dan Manoj Kurup kerana Salehuddin dikatakan pernah dilihat bermain badminton bersama hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin.
Itu cuma bermain badminton ditukar tetapi yang mempunyai hubungan persaudaraan tidak ditukar.
SK : Pendapat saudara mengapa perkara ini berlaku?
Di Malaysia, Peguam Negara terlalu berkuasa hingga melebihi kuasa hakim, dan Jabatan Peguam Negara pula diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya kita mengambil contoh negara lain yang meletakkan Peguam Negara di bawah Parlimen.
Jadi kalau ada apa2 perkara yang meragukan seperti kes ini, pihak pembangkang boleh bertanya terus kepada Peguam Negara bukan bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kadang kala tidak tahu prosedur undang2. SK
~Typed by : ES for Heliconia WordPress~
3 Comments »
Leave a comment
About
ASSALAMUALAIKUM, AHLAN WA SAHLAN
Welcome to HELICONIA’S WEBLOG @ MALAYSIA
View Previous Entries Index : 2006-2008
Heliconia’s Weblog @ Malaysia lahir pada 20 Disember 2006, untuk mengisi satu ‘niche’ dunia internet yang tersendiri. Ia lahir atas inisiatif dan usaha peribadi, berupa himpunan pendapat bebas yang dikutip, juga diselang-selikan dengan tulisan sendiri. Heliconia memasuki dunia blogsfera ini untuk memberitahu bangsanya dan dunia seluruhnya, apa yang diyakininya dan diimpikannya, setelah melihat suatu ketidakadilan dan ’stereo-typing’ yang wujud sekian lama dalam medan politik dan media negaranya.
————————————————————————
DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;
1. Dalil Al Quran
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55
2. Dalil Al Hadis
Dari Nukman bin Basyir, katanya…
‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam….
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]
—————————————————
The followings are extracted from the book:-
AL MAHDI, JESUS and MOSHAIKH [the ANTICHRIST].
http://www.allah.com/download/ALMAHDI.doc
Narrated by the late Grand Muhaddith of Morocco, Shaykh Abdullah ben Sadek Al Ghumari , Ph.D,
(1914 - 1993) may Allah be pleased with him
1. The Youth of Tamimi
The Messenger of Allah, praise and peace be upon him,
was among a group of migrants and supporters.
Ali, the son of Abi Talib was on his left side and Abbas on his right side
when Abbas and a man from the supporters started to debate
with one another.
The supporter spoke harshly to Abbas,
then the Prophet, praise and peace be upon him,
took the hand of Abbas and the hand of Ali and said:
“From the loins of this (indicating to Abbas)
will come a youth who will fill the earth with transgression and injustice
and from the loins of this (indicating to Ali)
a man who will fill the earth with fairness and justice.
If you see this pay attention to the Tamimi youth who will come
from the direction of the east — he is the owner of the
Banner of Al Mahdi.”
Al Hasan Al Basri said:
“A man of medium stature will come from Ar-Ray (a far-eastern town).
He will be dark and from the children of Tamim -
a Wasaj, named Shuayb son of Salih with four thousand men.
Their clothes will be white and Banners black,
and at his front is Al Mahdi.
He meets no one that he does not defeat and scatter”.
Ka’b, the son of Alkamah said:
“In front of the Banner of Al Mahdi will come a youth
whose beard is yellowish and thin.
If he fights the mountains, he will destroy them
until he reaches Alya’.”
2. Black Banners from the EAST asking for the truth
Ibn Masood reported: “We went to the Messenger of Allah,
praise and peace be upon him,
and he came out with good news -
and happiness was easily recognizable upon his face.
When we asked him about a matter
he would tell us about it,
and we were never silent about anything until he spoke of it,
until a party from the Bani Hashim passed by
amongst whom were Al Hasan and Al Hussain, peace be upon them.
When he saw them he hugged them with tears in his eyes,so we asked:
‘O Messenger of Allah’
we see something has changed your face which distresses us
‘Thereupon he replied:
‘We are a Family of a House
for whom Allah has chosen the Hereafter rather than the present.
After me my family will be refugees,
driven out of countries until the Black Banners are raised in the east.
They will ask for the truth
but they will not be given it,
so they will ask again for it,
and they will not be given it ,
so they will fight and be given victory.
Those of you or your descendants who live during that time
go to the Imam of the Family of my house
even if you have to crawl over ice to him.
Indeed, they are banners of guidance.
They will deliver it to a man from the Family of my House
his name is the same as my name,
and the name of his father is the same as my father,
and he will fill the ground with fairness and justice.
3. Black Banners from the East
“The Black Banners will come from the East for
the children of Al Abbas.
Then there will remain whatsoever Allah wishes.
Then, small Black Banners will come
to fight a man from the children of Abu Sufyan from the East.
They will give their allegiance to Al Mahdi.
“Allah will send a Black Banner from the East,
and Allah will give victory to whosoever supports it.
Whosoever does not support it, Allah will forsake them!
4. Hearts like Iron
“The Black Banners will come to you from the East,
their hearts are like iron.Whosoever hears about them
let them go crawling — even over ice!”
5. The Government of Al Mahdi:
“People will come from the east
and will establish the government for Al Mahdi.”
6. Al Mahdi : Resemble an Arab or an Israel
“Al Mahdi is a man from my children.
His face is like a glittering star,
his skin is the color of an Arab,
and his body is like that of Israel.
He will fill the earth with justice
just as it will have been filled by injustice,
and the dwellers of Heaven and Earth
will be pleased with his Caliphate.”
“If only one day remains in the world,
Allah will send a man with a name like mine.
His manners will be likened to my manners.”
“Al Mahdi is a man from my children
his color is that of the Arab,
and his body is like that of Israel.
On his right cheek there is a mole
that glitters like a star.”
7. Al Mahdi with his banner
Al Mahdi will come upon his Banner and the herald will proclaim:
‘This is Al Mahdi, the Caliph of Allah so follow him!”
8. A group keep fighting for the truth
A group from my nation will keep fighting for the truth
until Jesus, the son of Mary descends at dawn in the
Mosque of Jerusalem.
He will approach Al Mahdi who will say:
‘O Prophet of Allah, come, lead us in prayer.’
But he will decline saying:
‘This nation has princes over each other’
~God will bring out from concealment al-Mahdi from my family and just before the day of Judgment; even if only one day were to remain in the life of the world, and he will spread on this earth justice and equity and will eradicate tyranny and oppression.
~Terjemahnya : Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya, Al Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu tinggal sehari sahaja lagi. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan.[ A Hadith in Musnad Ahmad ibnu Hanbal, Vol 1, p 99 ]






maaf saya bercakap di luar topik
dari khutbah jumaat yang saya dengar tadi di masjid USJ, berkisarkan kepada SKOP PEMAKANAN halal, haram dan subhahnya. dalam ribuan jemaah, dapat saya tafsirkan begini
sumbernya satu yakni khatib yang membacakan khutbah tersebut
manakala pendengarnya ribuan. jadi tentulah saja tahap penafsiran dan tahap penerimaan input bagi setiap jemaah berbeza-beza antara satu dengan lain. dapatlah saya kategorikan sebanyak 4 kategori
1.jemaah yang menumpukan pada tajuk2 penting dan mengabaikan huraiannya
2.jemaah yang mendengar sahaja isi2 tanpa menghuraikan mengikut pemahaman sendiri
3.jemaah yang mendengar isi2 lantas menafsirkan bagaimana untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian samada di rumah, di tempat kerja atau di mana saja
4.jemaah yang langsung tidak mendengar kerana tidur diakibatkan kepenatan dan memandangkan topik terlalu biasa dan sudah menjadi kebiasaan dibincangkan dimana2
pendapat PERIBADI nassious
pendapat peribadi tau. sekali lagi saya ulang PEN DA PAT PE RI BA DI. ok
begitu juga dengan minda Abuya yang bertaraf ilmu mujaddid
sedangkan ilmu2 biasa pun pelbagai tafsirannya apatah lagi minda Abuya. disini dapatla saya kategorikan kepada 3 kategori iaitu
*pengguna=orang yang mendengar/membaca MINDA ABUYA
1. PENGGUNA SELAMAT
menggunakan minda untuk keselamatan diri sendiri
2. PENGGUNA ILMU
menggunakan minda untuk membaiki diri dan menambahkan serta mengembangkan ilmu semata-mata
3. PENGGUNA BERJUANG
menggunakan minda untuk membaiki diri dan mengaplikasikan dengan berstrategi dalam kehidupan dengan niat mengajak manusia kepada tuhan demi mewujudkan daulah.
jadi bila tahap penafsiran yang berbeza, ia menghasilkan perwatakan dan pembawaan yang berbeza.
PENGGUNA SELAMAT
lebih bersifat menumpukan hablumminallah. kuat dalam hamblumminallah tapi kurang dalam hamblumminnas kerana sentiasa memikirkan hal2 dalaman diri tanpa menggunakan minda untuk menyelamatkan masyarakat dan tiada usaha lahir untuk menyelamatkan manusia, banyak merintih tanpa usaha lahir. juga boleh digelar sebagai ahli abid.
PENGGUNA ILMU pula medium. hablumminallah dan hablumminannas meraka sama kuat kerana menggunakan minda untuk membaiki diri dan menggunakan minda dalam berhujah dan menyampaikannya semula kepada orang lain. kurang menggunakan minda untuk menyelamatkan masyarakat dengan usaha lahir.
tapi PENGGUNA PEJUANG hablumminallah dan hablumminnas mereka dua2 kuat kerana mereka bergelanggang dalam bidang masing2 bercampur dengan masyarakat pelbagai tahap dan mereka sentiasa berfikir bagaimana mengajak mereka kepada tuhan dan juga kepada abuya, lantas merintih kepada tuhan meminta pertolongan disamping usaha lahir berpandukan minda yang dibuat secara berterusan. sebagai contoh ahli jemaah yang terdiri daripada golongan profesional yang giat dalam bidang masing2 tapi menggunakan minda sebagai panduan. juga ahli2 jemaah yang terlibat dengan aktiviti rufaqa tapi bersungguh2 dalam membuat kerja yang diamanahkan.
so anda pengguna mane?????
rasa2 nassiousla kan, puan heliconia pengguna pejuang..
Heeemmm…nampaknya ramai yg dah bosan dgn berita Antatuya ni. Rakyat dah tau agenda disebalik insiden. Typicallah kalau melibatkan pihak2 ketiga. Tiba2 je kes tutup !
Belum tutup lagi, tiba2 je ditangguhkan 3 minggu, walhal ini kes antarabangsa yg menjadi perhatian dunia. Adakah dikarenakan ia akan mengganggu sambutan kemerdekaan? Saya sering membaca 2nd opinion mengenai kes ini di http://sloone.wordpress.com/
A cool woman blogger, with the cool cat pix in action..Beliau pernah menulis, beliau blog kerana sayangkan Malaysia. Sedih saya membacanya bila mereka2 org bukan Islam ‘confused’ atas perbuatan pemimpin2 kita yg konon2nya beragama Islam tetapi tidak berkelakuan Islam. Mungkin ada yg tak suka dgn komen2 pengunjung, selalunya saya baca posting je.
Jikalau benarlah macam Raja Petra sebut, ada sesetengah pengunjung adalah team cyber ‘ Dato’ Azalina Othman Said’ yg provoke sana, provoke sini..maka anda kan benar2 rasa kurang senang dengan komen2 yg berbau RACIST. Anyway senang, je read and ignore. Wallahualam.