JAKIM : Tarikat Naqsyabandi Haqqani turut SESAT..

kabbani-ashman1.jpg

Yang berbahagia mulia Sheikh Hisham Kabbani bersama Yang Mulia Raja Ashman Shah Raja Azlan. JAKIM telah menuduh mereka SESAT tanpa bicara atau muzakarah. Tuduhan SESAT adalah serius dalam agama, dunia dan akhiratnya. Jika yang dituduh tidak sedemikian, maka tuduhan akan berbalik kepada si penuduh.

Link : Amaran utk Blog Rufaqa Sesat, Wartawan, Ulama Rasmi!

Ini sesuatu yang merbahaya yang melanggar Sunnah Rasul S.A.W.  Ambil satu contoh; bila disebut perkataan  “Wali ALLAH”, pihak JAKIM seolah-olah memperlekehkan watak Auliya’ALLAH. Seringkali gelaran itu  disamarkan sebagai “sesat” atau “menyeleweng” atau dipersendakan.

“…sesiapa yang memusuhi Wali-KU, akan AKU isyhtihar PERANG terhadapnya…” [Hadith Qudsi]

 


KEPUTUSAN FATWA MUZAKARAH JAW. MAJLIS KEBANGSAAN  BAGI HAL EHWAL ISLAM 3 APRIL 2000

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan-kategori.asp

Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani

a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar

 Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48

 Tarikh Keputusan : 3 April 2000Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

——————————————————————————

Di seluruh dunia, pengamal tarikah ini wujud di merata pelusuk bumi, termasuklah Malaysia ini. Dan di Malaysia ia dituduh sesat.

Selain Raja Ashman, ramai kerabat diraja yang mengamalkan tarikah ini.Baru-baru ini anak kepada Tun Hussin Onn. Hajjah Hanim telah meninggal dunia dan beliau adalah seorang anak murid Naqsyabandi Haqqani yang taat. Ini satu belasungkawa dari pihak pimpinan Naqsyabandi Haqqani dalam satu websitenya.

Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah sentiasa melihatnya.Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda.

Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”

INI MESEJ TAKZIAH PEMERGIAN HAJJAH HANIM HUSSEIN ONN KERAHMATULLAH PADA 17 SEPTEMBER 2005 OLEH SHEIKH HISHAM KABBANI.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji`oon
To Allah we belong and to Him do we return

As-salaam `alaykum,

It is with deepest sorrow and a broken heart that I, Shaykh Hisham
Kabbani, on behalf of Shaykh Nazim al-Haqqani, and all mureeds of the
Naqshbandi-Haqqani Sufi Order, sends heartfelt and sincere
condolences to the family
of  Mrs. Hanim Hussein Onn, in particular to
her brother Dato’ Hishamuddin Tun Hussein Onn, Minister of Education
of Malaysia, to her cousin, the Deputy Prime Minister of Malaysia,
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, and to her husband Dato’ Ghazi
Ishak, her sons Rizal, Hafiz, Ridzuan, mother, auntie, auntie’s
brother, cousins and all other members of her family.

Mrs. Hanim Hussein Onn passed away yesterday after lengthy struggle
against illness. She was a dedicated mureed and she did her best,
together with her family, in supporting goodness against evil.

The Naqshbandi disciples of Shaykh Nazim al-Haqqani will consider the
day of Saturday, as a day of mourning. Everyone will pray Salat al-
Janaza `ala al-ghaibeen in their respective countries.

We request that all students recite the whole Qur’an and Surat al-Fatiha on
behalf of Tun Hanim.

Again, on behalf of Shaykh Muhammad Nazim al-Haqqani, myself, Shaykh
Hisham Kabbani, and on behalf of all the Naqshbandi-Haqqani mureeds
I send our deepest condolences to the family of Tun Hanim, especially
to her brother, the Minister of Education, her cousin, the Deputy
Prime Minister, her husband, children, mother and relations.

 was-salaat was-salaam `ala Sayyidina Muhammad wa `ala alihi wa
sahbihi wa sallam 
 

Signed, Shaikh Muhammad Hisham Kabbani : 18 September 2005

 

             shahdah_86.jpg

 sheikh-hisham-nazim.jpg

L : As Sayyid Maulana Syeikh Muhammad Hisham Kabbani, R : As Sayyid Maulana Sheikh Muhammad Nadhim Adil Al Qubrisi Al Haqqani

 http://www.sufilive.com/

About these ads

110 Comments on “JAKIM : Tarikat Naqsyabandi Haqqani turut SESAT..”

  1. razif says:

    sebab saya bertanya perkara ini,sy sering melihat sheikh saya maulana zubir (tabligh) dan dr imran husien memerhatikan saya dengan mata yang tajam di dalam satu khemah dalam keadaan sedang mesyuarat ,sedangkan saya selalu melihat shiekh nazin haqqani selalu berlinangan air mata nya dan saya lh tukang tadah air mata beliau,dan saya selalu melihat shiekh nazin berpakaian penuh berwarna putih bergembira di atas kerusi sedangkan hari ini beliau sedang sakit tenat,ianya seolah -olah memberi semangat kepada saya y dia boleh hidup lagi.dan keadaan itu mengembirakan saya dan melonjakkan jiwa saya untuk mencari kerehdaan allah.sering kali saya teringat kan sheikh nazim saya selalu teringatkan satu mimpi saya yang lama dulu apabila saya melihat langit seperti kebiru-biruan seolah hari sudah senja. dan di belakang saya ada satu kabilah yang panjang dan kami kehausan selepas melalui padang pasir yang panas .dan kami melihat ramai kabilah sedang minum di telaga yang besar.dan kami pun menuju kesana.setibanya disana kami yang hendak minum dihalau 2 orang berbadan besar.dia menengking kami ” kau tidak layak minum dari telaga ini” .dengan sedih saya menoleh kebelakang melihat kabilah pimpinan saya keletihan dan haus sangat-sangat.sedih jiwa ini, dengan tidak disangka-sangka telaga tersebut sendiri memancutkan air setinggi langit meyebabkan kami bukan sahaja minum tapi diberi mandi sepuas-puasnya…pada ketika itu saya rasa dihargai dan dimakbulkan kesedihan saya pada kabilah pimpinan saya.dan kenangan ini lah menguatkan kasih sayang saya pada ahlulllah yakni ahli-ahli allah.

    Like this

  2. Tang rivolsa says:

    Kalau kita menuduh suatu thariqat adalah sesat sedangkan thariqat adalah lapisan dalam dari al islam dan Al islam adalah agama yang disempurnakan Allah .:ogikanya adalah Islam itu juga sesat..Apakah sipenuduh dapat bertanggung jawab dalam penuduhan tersebut. Wahai Malaysia Insaflah bahwa kezaliman yang terjadi pada abad era akhir aman ini therapi yang paling tepat adalah kembali ke thariqat.

    Partai politik Tharioqat islam Indonesia
    Jalan Tempirai 6 No 212 Oerumnas griya Martubung Medan Labuhan.

    Like this

  3. Tang rivolsa says:

    Jakim harus mencabut fatwa kembali.Malaysia harus sadar bahwa banyak doa dari oara shufi thariqatullah yang menyelamatkan negara Malaysia.Sekian Wassalam dari Partai politik Tjariqat Islam Indonesia.Tertanda

    Tangrivolsa di Jalan tempirai 6 No2 12 Perumnas griya Martubung Medan Labuhan,

    Like this

  4. Rosli says:

    aku tak tau yang mana tak sesat yang menuduh atau yang di tuduh yang aku yakin aku tak sesat

    Like this

  5. Sebaik-baik jalan adalah jalan yang dibentangkan oleh Rasullulah Muhammad s.a.w iaitu Islam pilihan Allah, Al Quran Kitab Allah dan Sunnah peninggalan Rasullulah s.a.w . Berimanlah mengikut seperti Al Quran dan bukan dari punca lain selain Al Quran.. Selain perjalanan dan aturan yang bukan dari Al Quran adalah “bidaah”. Islam itu mudah.

    Like this

  6. KHS says:

    Yang mendakwa diri dalam kebenaran mengikut jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah
    jawablah dalam diri sendiri,

    Kenapa solat masih suka dilengah-lengahkan lagi?
    Kenapa solat susah sangat nak lurus dan rapatkan saf?
    Kenapa selepas solat susah sangat hendak berselawat?

    Kalau soal asas Islam masih tidak selesai lagi,
    Janganlah mengaku diri sudah berada di jalan yang lurus.
    Apatah lagi mengikut Al-Quran dan As Sunnah.

    Masyarakat boleh terima,
    kalau ayat-ayat suci Quran digunakan untuk mengubati penyakit lahir dan sihir,
    tetapi tidak pernah dibertahu bagaimana boleh mengubati penyakit rohani,
    seperti mazmumah cinta dunia, ujub, sombong, hasad dengki, penting diri, suma’ah dll.
    Sedangkan penyakit umat Islam yang semakin menjadi-jadi,
    adalah lahir dari masalah ini,
    iaitu rohani yang tidak dipimpin.

    Justeru pembacaan Al-Quran bersama penghayatan diamalkan,
    contohnya waktu baca ayat2 Quran mengenai azab neraka,
    dalam hati hadirkan rasa gerun yang amat sangat,
    dalam hati dibisikan minta perlindungan kepada ALLAH SWT,
    dalam hati diberi amaran keras agar tidak membuat noda dan dosa.
    Zaman sahabat r.a seluruh isi kitab dijadikan amalan zikir,
    Rasulullah SAW sebagai pemimpin rohani memandu hati-hati mereka kepada ALLAH SWT,
    dizaman tidak ada Rasul SAW,
    didatangkan para mujaddid setiap 100 tahun ada seorang pemimpin,
    ada kalanya tugas ini dipikul sekali oleh wali-wali bertaraf pemimpin,
    bersama mereka adalah amalan wirid yang ilhamkan kepada hati mereka yang suci murni.
    Kini masyrakat mengenalinya sebagai amalan tareqat sperti tareqat Nasqabani dll,
    Amalan wirid ini adalah Sunnah,
    dan ia bersesuaian dengan keadaan zaman, dan fitrah manusia dan keadaan masyarakat setempatnya.
    Dunia Islam kaya dengan ratusan tareqat yang masih diamalkan,
    tetapi sayang kini ia disesat-sesatkan oleh orang yang tidak segan-silu
    mengaku dirinya ulama yang kebanyakan adalah hasil belajar dari bukan Islam,
    atau institusi Islam yang sudah lama dirosakan oleh agen musuh Islam.

    Selain sembahyang yang dihayati,
    Amalan tareqat dijadikan tambahan kepada pembersih hati
    daripada kehendak nafsu yang bersifat berubah-ubah dan halus kejahatnya,
    Ia tidak akan berkesan sekiranya sembahyang masih dicuai-lalaikan,
    Sembahyang merupakan nasi,
    Amalan sunnah tareqat adalah lauknya.
    Begitulah tamsilannya.

    Kalau ubat rohani sudah disalah fahamkan sebagai racun,
    atau diambil tanpa mengetahui,memahami, menyakini, menghayati,
    maka tidak hairan masyarakat Islam masih tidak terubat lagi,
    kerana tidak pernah makan ubat atau tersalah makan ubat.

    Kalau Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi tidak menyampaikan ilmu ini,
    kita masih tercari-cari apakah sebab umat Islam menjadi begitu sekali,
    sedangkan sebab dan penyelesaiannya sudah disusun rapi dalam almari Quran dan Hadith.

    salah silap mohon pembetulan dan ampun maaf.

    Like this

  7. Pomli says:

    Saya rasa kalau tulis sebijik dua boleh jadi munafaat atau tidak pun tak tau ,terpulanglah para pembaca yang menilaikan kut.Mungkin sebenarnya kita semua ni sedang mencari jalan supaya diahirat nanti kita tak kena tibai, kalau kita tak kena tibai tiada orang yang dok sebok samada sesat atau tidak .Yang dok menahan orang daripada terjerumus dalam kesesatan tu maka depa tak sesat dah kut dah lurus sangat dah kut.ketam tak pernah ajar anaknya berjalan tak betul melainkan betul tetapi kita membandingkan perjalanan ketam tu dengan perjalanan kita sendiri.Perjalanan ketam itu akan dikatakan betol jika yang lain tu turut mengikut ketam tu berjalan 99% macam ketam tu .Orang yang belum mengenal akan Allah itu dinamakan sesat lah tu tapi kita teruskan berjalan jugak lama2 kena dengan betul jalanya maka baru tak sesat dan sekian daripada ” sesat jalan teruskan belari pulak maa “.

    Like this

  8. Hambali says:

    paling mudah adalah menilai orang lain, menghakimi orang lain…tetapi yang PALING SULIT adalah menilai diri sendiri…janganlah mudah mengatakan sesat kepada orang lain…bisa jadi diri sendirilah yang sesat dengan kesombongan diri…astaghfirullah…mohon ampun yaa Allah…

    Like this

  9. Jangan komen ikut suka nafsu je, segala sesuatu tu ada MINHAJ nya,kita kena arif bidang tu barulah boleh cakap,komen, ILAHI ANTA MAKSUDI WA RIDHO KAMATLUBI,

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers