Penentang2 Jemaah sepanjang zaman..

scan0025.jpg

PARA PENENTANG UTAMA =

Orang yang menentang perjuangan beliau adalah dari pelbagai golongan, dari pelbagai sudut, dari pelbagai cara, dan pelbagai masa, dan pelbagai bidang dan dari pelbagai sebab. Ada yang menyatakan penentangannya secara terus terang dan terbuka, ada yang menyatakannya dengan berselindung di balik ‘sesuatu’ yang dijadikan sebagai ‘kambing hitam’, ada yang mereka-reka cerita dan fakta untuk ‘membuktikan’ kesalahan pemimpin itu dan sebagainya lagi.
Berikut ini kami senaraikan beberapa nama yang pernah tercatat di dalam sejarah, sama ada di dalam Al-Arqam dahulu mahupun pada masa se!epas tarikh jemaah itu dibubarkan.
I. ULAMA SEMASA

Sepatutnya para ulama, yang lebih dikenali sebagai ‘orang agama’ itu, menunjukkan kepada masyarakat bahawa antara sesama ulama adalah saling menolong dan menyokong sebarang usaha dakwah yang dilakukan oleh golongan agama yang lain.

Ini kerana merekalah yang paling faham tentang selok-belok Islam, yang gigih memperjuangkannya, dan paling berusaha memahamkan orang ramai terhadap perjuangan pemimpin jemaah yang lain. Tetapi rupa-rupanya tidak semua ulama yang ada itu mahu mengiktiraf keilmuan dan kelebihan ulama lain, terutama sekali ulama yang tidak sejalan dengan pemikiran dan perjuangan mereka.

Maka sepanjang sejarah jemaah Darul Arqam dahulu hinggalah kepada Rufaqa’ Corp. ini, telah tercatat nama beberapa orang ulama yang menentang jemaah ini, dengan pelbagai alasan dan cara. Ada ulama yang menentang itu adalah penjawat mufti di negen-negeri, ada yang menjawat sebagai pensyarah di universiti, ada yang semata-mata ulama tersohor, dan tidak kurang pula ulama yang menumpang populariti  lalu menjadi terkenal dengan menggunakan Al-Arqam dan Rufaqa’ sebagai platform asas mereka.
Antara  mereka itu ialah bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan, Datuk Haji IB, iaitu seorang mufti yang dikenali dengan warak dan alimnya di kalangan mufti negeri¬negeri yang ada. Beliau selalu diundang oleh pihak media elektronik (televisyen dan radio) untuk menyampaikan ceramah dan kuliah. Namanya pun tersohor di seluruh Malaysia. Tetapi ternyata pula bahawa beliau adalah salah seorang penentang yang kuat pula. Beliau memahami bahawa Aurad Muhammadiah tidak ada salahnya, tetapi tetap juga mengikut jumhur ulama Malaysia yang menyatakan bahawa Aurad itu salah dan jemaah Al-Arqam sebagai sesat.

Selain beliau, mufti-mufti negeri lain turut menyatakan bahawa buku, Aurad Muhammadiah patut diharamkan daripada jualan, edaran, sebaran, bacaan, dan disimpan oleh umat Islam di negeri masing-masing. Maka akhirnya ‘sebulat suaralah’ mereka menyatakan keharaman buku tersebut, walaupun dengan alasan-alasan yang berlainan dan pada masa yang berlain-lainan pula. Tidak ada satu  ketetapan yang benar-benar qat’ie untuk diikut dalam masalah pengharaman ini, sehinggalah akhirnya diselaraskan oleh Pusat Islam dengan kerjasama Majlis Fatwa Kebangsaan.

Keselarasan itu sebenarnya adalah atas arahan daripada Perdana Menteri Malaysia sendiri [yang bukan ulama dan tidak faham hal sebenar]

Selain itu, tercatat juga nama Ustaz MUEM , tokoh yang diiangkat sebagai ulama dan berasal dari negeri Kelantan. Beliau gigih memperkatakan di sana-sini tentang betapa patutnya kerajaan Malaysia mengharamkan terus jemaah ini atas kesalahan-kesalahan yang terlalu besar untuk dimaaf dan diampunkan itu, kononnya. Memang beliau amat gigih berceramah di sana sini tentang jemaah Al-Arqam. Pada masa itu, bintangnya tengah naik, selalu keluar TV dan selalu pula diundang ke negeri2 untuk berceramah tentang kesalahan Al-Arqam.
Namanya pun terkenallah sejak itu. Hasil yang paling membanggakannya ialah akhirnya perjuangan beliau itu ‘dibalas’ oleh kerajaan apabila beliau dilantik sebagai Fellow Kehormat IKIM.

Nama Ustaz Saman Kati, ulama yang sangat terkenal di Perak, dan menjadi sumber rujukan terbesar dalam bidang fiqh pada zaman itu di negeri berkenaan, turut memasukkan namanya sebagai penentang jemaah Al-Arqam. Hasil terakhimya ialah sebuah risalah kecil menafikan Abuya sebagai Syuaib bin Saleh, ditulis dalam tulisan jawi dan dikeluarkan olch Jabatan Agama Islam Perak. Sayangnya kerana tidak sampai pun dua bulan selepas risalah itu dicetak dan diedarkan, beliau meninggal dunia. Di dalam buku itu dimuatkan penafiannya bahawa Pemuda Bani Tamim itu adalah Ashaari  Muhammad, kerana katanya, nama Pemuda Bani Tamim yang disebut oleh hadis-hadis adalah Syuaib bin Saleh, bukannya Ashaari bin Muhammad.

Majlis Agama Islam Seluruh Acheh juga turut termasuk dalam golongan yang menentang  jemaah Al-Arqam kerana mereka turut mengharamkan ‘ajaran-ajaran’ yang dibawa oleh jemaah daripada dikembangkan di wilayah mereka, dan turut ‘menyesatkan’ Aurad Muhammadiah yg diamalkan oleh anggota jemaah itu. Keputusan ini dicapai dalam satu mesyuarat oleh ahli-ahli majlis mereka, yang keputusan itu dilihat dibayangi oleh pengharaman aktiviti jemaah itu di Malaysia, berlawanan dengan keputusan yang dibuat oleh jemaah-jemaah Islam lain di Indonesia pada masa  itu, kerana kebanyakan mereka, termasuk jemaah yang mempunyai ribuan kiyai dan jutaan pengikut tidak menganggap jemaah itu sesat dan tidak pernah pula menyatakan bahawa Aurad Muhammadiah itu salah.

Ustaz Mokhtar Yaakob, seorang ulama yang terkenal, berasal dari Pahang, berkelulusan sarjana (M.A.) dan Universiti Al-Azhar, Mesir, adalah pemimpin nombor dua di dalam jemaah Arqam. Kealiman beliau memang diakui oleh semua pihak, samada di dalam jemaah mahupun luar jemaah. Buktinya, sebaik sahaja keluar daripada.. jemaah  Al-Arqam, beliau terus ditawarkan jawatan sebagai  Mufti Negeri Pahang. Sebelum itu, semasa  dalam jemaah pula, beliau adalah pemimpin nombor dua. Sayangnya, kerana semasa menjadi mufti itu, beliau telah memburuk-burukan dan menyebarkan perkara-perkara furuk agama yang tidak sepatutnya diketahui dan diperbincangkan  oleh orang ramai. Dan penentangannya ini menyebabkan Abuya terpaksa menulis sebuah buku khusus untuk ‘melawan” balik tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya kepada peribadi Abuya dan  jemaah itu. 

ltulah antara beberapa nama yang sempat kami masukkan di sini. Selain mereka’ banyak nama lagi yang boleh dimasukkan di sini, tetapi dirasakan tidak begitu perlu kami berbuat demikian. Kami tidak berhasrat untuk memasukkan semua nama itu ke dalam buku ini. Bukan ertinya kami mahu memburuk-burukkan mereka atau mengenang-ngenang semula kesalahan dan keterlanjuran mereka kepada kami dan jemaah lama kami itu.

Hanya Allah sahajalah yang mengampunkan dosa-dosa mereka, jika mereka ini mahu bertaubat kepada Allah dan mahu meminta maaf secara terbuka juga kepada’ kami.

Kesalahan yang mereka lakukan adalah kepada Allah, kepada orang ramai, bukan kepada kami yang dilakukan secara terbuka. Maka untuk memastikan dosa mereka diampunkan Allah, perlulah mereka menyatakan taubat secara terbuka juga, memohon maaf kcpada semua hadirin yang telah mendengar ucapan mereka dahulu.

II. Bekas pengikut sendiri

Hal ini sudah beliau nyatakan sejak awal-awal lagi, seawal tahun  1988 lagi. Sudah beliau sebutkan secara terang-terangan bahawa ada ahli jemaah yang akan meninggalkan beliau kerana tidak tahan dengan segala macam ujian yang berat, yang akan menapis semua orang yang lemah keyakinan dalam perjuangan mereka. Beliau menyatakan,

Malangnya, segelintir masih ragu, samada di hadapan sana ada kejayaan, atau ada berjuta kesulitan. Hati mereka cemas, dada mereka berdebar, jantung. mereka bergerak kencang. Walaubagaimana pun mereka masih mengikut langkah orang yang di hadapan, sebagai pentaklid semata-mata. Harapan mereka rapuh, iaitu moga-moga benarlah kejayaan yang dikatakan itu akan tercapai menjadi kenyataan. .

Ada sebahagian orang dalam barisan pejuang, telah tenggelam dek ombak, basah kuyup ditimpa hujan, rebah punah dipukul angin. Mereka tertinggal di belakang dan akhirnya terkeluar dari barisan pejuang. Untuk berundur ke belakang perjalanan sudah jauh ditempuh. Untuk maju ke hadapan, mereka tidak mampu lagi. Mereka ini umpama orang yang terperangkap di tengah medan “graviti” langit dan bumi. Tidak hairanlah, akhirnya mereka menjadi pihak berkecuali.

Bersama Pemimpin, AI Munir; November 1988, ms 15

Takdir telah menentukan demikian, dan tidak dapat disangkal lagi oleh sesiapa. Telah tertulis beberapa nama murid beliau sendiri yang kemudiannya menjadi. penentang beliau.

Antara mereka yang terkenal itu ialah iaitu enam orang bekas ahli kanan dalam jemaah Al-Arqam yang kini gigih menentang guru mereka. Dahulu merekalah orang-orang yang gigih berjuang bersama-sama beliau dan sama-sama menikmati segala kemudahan yang diberikan oleh jemaah. Kini, setelah diuji dengan sedikit kesusahan, mereka terus melarikan diri jauh-jauh dan kemudian meludah kembali muka guru mereka itu.

Malang sungguhlah nasib mereka ini. Antara bekas muridnya yang berjaya menulis buku yang memburuk-burukkan pemimpin jemaah ialah Roshdi Yusof. Beliau adalah seorang pensyarah dan merasakan dirinya bijak pandai dalam jemaah. Buku yang ditulisnya mengenai jemaah ‘membongkar’ empat puluh masalah yang dihadapi oleh Al-Arqam, iaitu empat puluh kesalahan dan kesesatan di dalam batang tubuh jemaah itu. Anehnya, semasa di dalam jemaah, tidak terdengar pun beliau ada menyebutkan kesalahan-kesalahan jemaah seperti yang ditulisnya itu.

Selain beliau, yang paling menonjol ialah Zabidi Mohamed. Beliau adalah seorang lepasan undang-undang dan telah empat kali dibawa ke luar negara untuk berdakwah. Sayang sekali kerana apa yang ditulisnya di dalam bukunya itu menunjukkan yang dia sendiri masih tidak berapa faham lagi akan perjuangan gurunya yang dituduhnya sesat itu.

Kerana asas agamanya lemah, dia gagal memahami maksud-maksud tersirat di sebalik apa yang diperkatakan oleh gurunya. Bukunya yang berjudul & bermaksud…kapal yang tenggelam, sebenarnya lebih sesuai dikembalikan ke mukanya kerana yang  sebenarnya tenggelam itu ialah kapal Zabidi sendiri, atau keyakinannya yang tenggelam dilambung badai ujian yang menggunung.

Namun, seperti dimaklurni, jumlah mcreka ini tidaklah begitu ketara kerana bilangannya agak kecil.Yang ramainya adalah mereka yang bersikap berkecuali , iaitu tidak menyokong perancangan Pusat Islam tetapi dalam masa yang sama mereka juga sudah ‘berlepas diri’ daripada guru mursyid. Mereka sudah  menjadi golongan awam yang menjalani kehidupan seperti orang biasa. Bayangkan, daripada lebih sepuluh ribu orang ahli yang sebelumnya begitu komited terhadap perjuangan jemaah, kini yang tinggal meneruskan pcrjuangan bersama-sama Abuya tidak lebih daripada tiga ratus orang (pada tahun 2003) sahaja.

Mana perginya yang lain-lain dahulu?

Sumber : Sebuah buku edaran EKSKLUSIF
 


“Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.”

1hadis.jpg

 Rasulullah telah redha dengan para sahabat yang telah berbai’ah kepada beliau…

 “Sesungguhnya Allah telah redha kepada orang-orang mukmin (para sahabat) semasa mereka berbaiat kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah turunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir.”
(Al-Fath : 18)

Manakala untuk umat akhir zaman iaitu zaman kita ini, para pengikut Pemimpin yang memimpin umat sedunia juga adalah khusus seperti yang pernah disebutkan oleh Sayidina Ali KMW,

“Apabila dia yang dari ahli keluarga Muhammad SAW keluar, Allah akan mempertemukan para pengikutnya dari Timur dan Barat dengannya, seperti bertemunya awan-awan pada musim luruh. Mereka adalah ar-Rufaqak, mereka datang daripada penduduk Kufah [ arah timur-pent] dan Wali Abdal yang datang daripada penduduk Syam.”

Juga dipanggil sebagai Ikhwan.

Rasulullah bersabda.

“Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku.”
Maka bertanyalah para sahabat,

“Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?”

Rasulullah SAW menjawab,

“Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan.

Dari lbnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,

“Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?”

Baginda SA W menjawab,

‘Mereka itu adalah lkhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.”  (diulang 3 kali).
(Riwayat Muslim) 

              ikhwanku.jpg

 

Link : 12 CIRI Pemimpin SEJATI yg bakal muncul


Rintihan Hati Murshid

fire2.jpg 

Hatiku tidak susah di waktu aku dihina
Aku tidak sedih di waktu aku menderita
Aku tidak sedih di waktu aku disisih
Jiwaku tidak menderita ketika aku ditohmah dan difitnah
Aku tahu semua itu pembersihan dosa
Tapi aku sedihkan dosa2ku yg kulakukan
orang yang macamku ini sudah pasti tidak terlepas darinya
Yang aku sedihkan kesalahan dan kesilapanku
Bahkan dosa2 itu setiap hari memburuku
Aku takut pintu syurga tertutup bagiku
Pintu neraka terbuka untukku
Aduh! Tuhan, tidak ada arti kekayaan, kesenangan
kalau dosa tidak diampunkan
Itulah yang mengganggu jiwaku selalu wahai Tuhan
Jiwaku tidak tenang dibuat oleh dosa

Maafkan aku!
Tuhan, ampunkan aku!
Kalaupun bukan dengan rahmatMu
Tapi dengan kemaafanMu..

—————————————-

Abuya Ashaari Muhammad


Kemunculan Penyelamat Islam, Barat diambang KETAKUTAN!

 bush_umbrella5.jpg

Bush Tidak Suka Membaca

Selepas sah Presiden George Walker Bush mendapat mandat kali kedua, Dr. Chandra Muzaffar meramalkan pentadbirannya akan terus angkuh dengan kekuasaannya.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia( Just) itu, berpendapat Washington akan terus membelakangkan United Nations, sama seperti apa yang telah dilakukannya semasa melanggar Iraq.

Ia akan menggunakan kekuasaan ketenteraannya untuk mewujudkan apa yang disifatkan sebagai Empayar Global Pertama [ The First Global Empire]

Empat tahun akan datang ini akan lebih buruk daripada empat tahun sebelumnya!” kata Dr Chandra.

Beliau melihat pengaruh Zionis kanan yang banyak menentukan dasar luar Amerika itu, sudahpun mendapat dukungan daripada satu lagi kumpulan yang berpengaruh besar iaitu Kristian konservatif, yang mempengaruhi kemenangan Bush kali ini.

mahathir2.jpg

Dr Mahathir ‘gila’ Membaca

 *[Seperti yang disebut Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa ucapannya di persidangan OIC [Organisations of Islamic Conference] pada tahun 2003 di Putrajaya Malaysia…

The Jews rule the world by proxy!”

Ucapan ini yang dibuat tidak berapa lama sebelum persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, telah mendapat kecaman hebat oleh media Barat, terutamanya CNN, beliau dituduh anti-semitik.

Saya telah terbaca sebuah laman forum Islam berbahasa Inggeris yang menyokong keberanian & kelantangan suara Dr Mahathir, telah mengutarakan mungkinkah Islam itu akan gemilang dan dihidupkan di timur di sebelah Nusantara ini dalam waktu terdekat ini, seperti yang diisyaratkan hadis, tetapi peribadi Muhammad ben Abdullah, AlMahdi Al-Muntazar itu masih juga belum muncul, yang ada hanya- ben Muhammad iaitu, Dr Mahathir ?!…di manakah peribadi PENYELAMAT yang sangat ditakuti puak Zionis dan Kristian Konservatif itu?.

Kebanyakan ulama di timur tengah dan Nusantara berplatformkan sufi (Sunnah) yakin dia sudah lahir….hanya tunggu dizahirkan sahaja..

muzaffarp1.jpg 

Di sini saya petik secara ringkas interview wartawan Mingguan Malaysia -MM, Noor Azam Shairi dengan Dr Chandra Muzaffar yang disiarkan pada 7 November 2004]*

MM: Apakah faktor –faktor yang membawa kemenangan Bush?

 Dr.Chandra: Ada dua faktor yang sama-sama dikaitkan dgn ketakutan. Pertama, takut berulangnya 9/11. Mereka merasakan perlunya kepada seorang pemimpin yang sudah teruji yang boleh melindungi keselamatan mereka.Ketakutan ini mengatasi kegelisahan mereka tentang penglibatan Amerika di Iraq.

Kedua, mereka bimbangkan isu-isu moral dan kekeluargaan. Mahkamah pertama yang membenarkankan perkahwinan sejenis ialah di Massachusettes, tempat asal John Kerry..Isu inilah yang telah dieksploitasi oleh Bush di dalam kempennya.

MM: Siapakah golongan agama yang berperanan di sebalik kemenangan Bush?

Dr.Chandra: Golongan Kristian kanan atau konservatif sebenarnya semakin berpengaruh di US, sejak era pemerintahan Ronald Reagan lagi. Dalam dekad 80-an dan 90-an, mereka dapat meresapkan individu yang cenderung kepada pemikiran mereka di Kongres.

  Selain soal2 domestik, mereka juga punya agenda di peringkat antarabangsa. Tafsiran keagamaan mereka itu membawa kepada ajaran bahawa keutuhan dan keselamatan Israel adalah faktor yang sangat penting. Sekiranya Israel selamat, mengikut kitab-kitab mereka, agama Kristian akan berkembang.

   Penguasaan Israel terhadap Asia Barat adalah prasyarat untuk kemunculan kembali Jesus ke dunia dan selepas itu fahaman Kristian akan berkembang. Fahaman ini membantu Zionis kerana memang inilah yang mereka mahu – kuat , selamat dan dominan di tengah-tengah dunia Arab.

     Dalam tempoh 20 – 30 tahun ini hubungan golongan Zionis kanan ini dengan Kristian konservatif menjadi kukuh.

MM: Apakah bahayanya golongan Kristian Kanan ini?

Dr. Chandra: Mereka begitu anti-Islam. Dalam tempoh 3 tahun lalu kalau kita meneliti ucapan paderi-paderi seperti Pat Robertson, Franklin Graham dan Jerry Falwell, mereka selalu menyerang Islam, al Quran dan Rasulullah SAW. Mereka juga aktif dalam penyebaran Kristian konservatif. Selepas Iraq dikuasai US, mereka telah mendirikan enam gereja di Baghdad…tetapi setakat ini usaha  mereka mengkristiankan penduduk Baghdad gagal.

Mereka juga menyebarkan fahaman Kristian sempit ke negara-negara Islam, bukan sebagai mubaligh, tetapi bertopengkan profession-profession lain.

  Selain dua golongan ini, jangan lupa pengaruh satu peratus kumpulan kaya-raya dalam masyarakat atasan Amerika Syarikat.

MM: Apakah yang dilakukan kumpulan ini dalam menentukan dasar luar Bush? Apa matlamat mereka?

Dr. Chandra: Kumpulan yang disifatkan sebagai neo-konservatif yang 100% Zionis, bergantung kepada kuasa ketenteraan US untuk menguasai dunia; belum pernah ada kuasa sebegitu hebat seperti ini yang muncul sepanjang sejarah manusia..Mereka mahu mendirikan empayar global pertama.

Lihat Project for the American New Century www.newamericancentury.com.

Bagi mereka langkah pertama ialah menyusun peta politik Asia Barat…ini ada hubungkaitnya dengan petrol dan Israel. Iraq mangsa pertama dan utama kerana Iraq sebelum ini sangat memusuhi Israel. Selain sumber petrolnya yang kaya, Iraq juga banyak sumber air berbanding Israel yang tiada sumber air. Selepas ini mereka mungkin akan menyerang Syria.

MM: Kenapa Syria? Apakah kepastian serangan ke atas Iran?

Dr. Chandra: Syria tidak begitu kuat. Alasan yang akan diberikan ialah negara Syria melindungi terrorist. Israel memang mahu Syria dihancurkan. Selepas itu mungkin Sudan…Iran sudahpun masuk dalam radar skrin Washington….

**Dalam interview ini, soal2 Korea Utara, United Nations, dan isu-isu domestik US dibincangkan tetapi saya hanya memetik yang berkaitan dengan dunia Islam**

Setiap empayar dalam sejarah pasti akan runtuh..lebih-lebih lagi jika ia melakukan sesuatu yang bertentangan dengan keadilan dan kemanusiaan..

Ia akan hancur, sudah sunnatullah.

——————————————————————-

PENGAKUAN ORANG-ORANG BARAT TERHADAP IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR

Agenda Yahudi kesembilan ix (untuk memusnahkan umat Islam)
Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.

Sehubungan dengan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam London Times pada tahun 1968

“ Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan  dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan agama itu akan (bangkit semula) dan merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”

Beliau bermaksud pemimpin yang bertaraf khalifah, bukan bertaraf Perdana Menteri atau Presiden yang hanya layak memimpin dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak memimpin dunia tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh negara Islam

Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,

“ Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah , kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad baru”

Muhammad baru yang dimaksudkan tidak lain ialah Imam Mahdi Al Muntazar, dan bayangan jemaahnya kerana Imam Mahdi itu dilahirkan dengan nama Muhammad bin Abdullah sama dengan nama Rasulullah SAW.

 Jelaslah bahawa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini..dan ketakutan mereka ini tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah umat Kristian dan Yahudi jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga..menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, (mereka mengkaji hadis-hadis dan mempercayainya sehingga sekecil2nya serta muslihat /clue hadis2 tersebut dan bertindak untuk menghalang kebangkitan Imam Mahdi ini)..mereka tahu tempat keluarnya, ‘bila’ tanda -tanda keluarnya.

Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis itu..

Yang tidak percaya sibuk memperkecilkan golongan yang percaya, manakala yang percaya sibuk mempertahankan diri dari dicemuh yang tidak percaya.

Titik pertemuan tidak juga diperolehi. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Dalam satu novel karangan A.J Quinell, bertajuk The Mahdi..

 Di dalam novel ini disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa2 besar Barat.Mereka akan bergabung tenaga fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk didikuti oleh seluruh umat Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di tanah suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa besar Barat.

Idea novel ini juga berpandukan hadis2 Nabi Muhammad SAW.

Umat Yahudi mazhab Ortodoks percaya akan lahir Penyelamat akan lahir di kalangan mereka, dengan segala keramat dan kelebihan, akan mengembalikan mereka ke tanah tumpah asal mereka iaitu Baitulmaqdis, Bukit Tursina dan Palestin. Mahdi mereka dipanggil Messiah/Mosaikh.

turbanator.jpg

1.From the three water signs (seas) will be born a man
Who will celebrate Thursday as his feast day
His renown, praise, reign, and power will grow
On land and sea, bringing trouble to the East

2.One who the infernal gods of Hannibal
Will cause to be reborn, terror of all mankind
Never more horror nors the newspapers tell of worse in the past
Then will come to the Romans through Babel (Iraq)

3.This King will enter Europe wearing a blue turban,
He is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again
He will be the terror of mankind
Never more horror

MICHEL DE NOSTRADAMUS

Font : Wingdings

JEW vs     ISLAM

 Link Blog : Doa Menghancurkan Musuh Islam, ‘Ramalan’ Nostradamus & Wali 9

senyum_kambing.jpg


TAKE A BREAK! With NoStRaDamUS

Nostradamus, the Universe and everything

 

Ok juga video tu…..except the numerology part….BTW, Adakah pengarah film pendek ini memang tidak faham atau buat2 tidak faham siapakah gerangan antichrist ke 3 yg disebut oleh NoStRaDamUS sebagai Mabus?
?!? Bukankah Si Mabus itu sudah amat terkenalnya?!?

Ini juga sebagai pengetahuan [about NoseTradamUS again];

http://www.youtube.com/watch?v=24zrmJ2Qzbo

Jika kita baca hadis2 akhir zaman yg dilafaz oleh lidah Rasulullah SAW sadiqul masduq, bukan sahaja kejadian2 akhir zaman ini dikhabarkan secara yg zahir2,  masalah kerohanian dan kemanusiaan juga diterangkan dengan terperinci. Begitulah keajaiban mukjizat Nabi kita yg dapat memberitahu kita akan masalah2 dalaman kemanusiaan yg tidak dapat dinilai secara luaran, walau ia dituturkan lebih 1400 tahun yang lalu.

===================================================

Dalam pada itu, Saluran Discovery Channel ada menyiarkan siri rencana The War on Terror, juga dokumentari Nostradamus : The Truth di mana dalam satu siri itu, ramalan Nostradamus ada dikaitkan secara langsung dengan peristiwa 911.
Saya sempat melihat sebahagian sahaja rencana itu, dan antara kata2 tertentu Nostradamus yg ditafsirkan oleh Discovery Channel adalah yg berikut.

Erupting, the fire at the earth’s centre will shake the….”

Disebabkan di internet ini, bait2 ramalan Nostradamus banyak yg diubah2 dan diadaptasi utk kepentingan peribadi atau untuk tujuan  sensasi, maka versi2 yg saya petik ini mungkin yg belum diubahsuai.

[Earth-shaking fires from the world's centre roar,
About Villeneuve* the earth shall be a-quiver.
Two leaders long shall wage a fruitless war, Till Arethusa reddens a new riverar]

*Line 3 is in fact based on a French expression
(‘faire la guerre aux rochers’ — ‘to make war on the rocks’)
which in fact means ‘to struggle fruitlessly’. ‘Deux grands’ means ‘two nobles’. ]

——————————————————————–
Dalam dokumentari2 Discovery Channel itu,
EARTH SHAKING FIRE FROM THE WORLD”S CENTRE ROAR :
dimaksudkan sebagai api bakaran petroleum yg asalnya dari pusat bumi, yg datangnya dari kedua2 pesawat yg melanggar menara berkembar itu,

Walhal, menurut kajian2 yg dijalankan oleh organisasi Reopen 911,
‘Fire from the world’s centre’ itu bolehlah kita maksudkan sebagai api dari ledakan bom yg dipasang di paras basement kedua-dua menara berkembar tersebut.

Ini pula adalah link buku Nostaradmus, di mana bait2 prophecies-nya bolehlah dipercayai keasliannya.
jika ada yg berminat $$..
Nostradamus Book

Apakah yg dikatakan oleh Nostradamus?!? Ilham?! Kasyaf?! Bukan! Itu istilah dalam agama Islam…Bukanlah ilmu kasyaf itu milik dan kurniaan Allah?
‘Kasyaf’ atau seumpamanya jika berlaku pada orang awam yg fasiq atau bukan Islam boleh diistilahkan sebagai istidraj dari Tuhan. Jika berlaku pada seseorang yg
bukan Islam yg terkenal itu seperti Nostradamus pastilah ada hikmahnya dari Allah untuk manusia sejagat.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui….

——————————————–

Link2 di bawah ini pula sebagai pengetahuan sahaja…

Truth and Lies In The War On Terror

http://www.youtube.com/watch?v=8kN3tD6jkTQ

Filem Fahrenheit 911 online/ Discovery Channel : The War on Terror

http://www.jonhs.net/freemovies/documentaries.htm

Link blog ini:
‘Ramalan’ Nostradamus & Wali 9

Kasyaf:Ilmu Islam yg dilupakan


Indonesia Negara Bencana : Apa hikmahnya?

   api-lapindo-dalam.jpg          

Kalimah Allah dan logo lama Pertamina (kuda laut) pada api Lapindo

JAKARTA, Indonesia (Reuters) — An Indonesian passenger jet crash landed and burst into flames, killing 23 people trapped inside. A further 117 people escaped.

Following is a list of some of the other disasters to hit Indonesia since the Asian tsunami of 2004

December 26, 2004 – Nearly 132,000 Indonesians are killed and more than 37,000 listed as missing after a 9.15 magnitude earthquake off Indonesia and a tsunami triggered by it in the Indian ocean region. The toll in affected
Indian Ocean countries reaches 230,000 dead.
 
 

February 21, 2005 - At least 96 are killed in landslide that sweeps through two
West Java villages near a garbage dump

  March 28, 2005 – Nearly 1,000 are believed killed after a quake of magnitude 8.7 hits the coast of Sumatra. 
  July 20, 2005 – Indonesia confirms first deaths from bird flu. To date the disease has killed 63 people in Indonesia, the world’s highest bird flu death toll. 
  September 1, 2005 – Landslide on island of Sumatra kills 14 and leaves more than a dozen missing. 
  September 5, 2005 - Domestic airliner operated by local carrier Mandala Airlines crashes in residential area of Indonesia’s third biggest city
Medan, killing 102 aboard and 47 local residents in an inferno on the ground.
 
  May 15, 2006 - Mount Merapi volcano erupts with clouds of hot gas and rains ash on surrounding areas
 

May 27, 2006 – Earthquake rocks area around ancient royal city of
Yogyakarta killing at least 5,000 and destroying or damaging 150,000 homes

  July 17, 2006 - A tsunami after a 7.7 magnitude quake in
West Java province kills at least 550 people. At least 54,000 people are displaced.
 
  December 30, 2006 – A ferry with at least 600 aboard sinks during a stormy night voyage as it traveled between
Borneo and Java.
 
  January 1, 2007 – An Adam Air passenger plane flying from Surabaya to Manado with 102 people aboard crashes into the sea off the west coast of
Sulawesi.
 
  February 22, 2007 – At least 42 people are killed when fire breaks out aboard a ferry which was heading from Jakarta to Bangka island off
Sumatra.
 
  March 6, 2007 – Two strong earthquakes kill at least 31 people and injure dozens in the West Sumatra provincial capital of
Padang.
 
  March 7, 2007 - A Garuda Airlines Boeing 737-400 crash lands at
Yogyakarta in central Java, killing at least 23 people. A further 117 people escape from the burning wreckage.
  Copyright 2007 Reuters. All rights reserved.This material may not be published, broadcast, rewritten, or redistributed.

hotmud.jpg

 LUMPUR PANAS LAPINDO : MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN CARA TUHAN

Dr.-Ing. Abdurrahman R Effendi*, Ir. Medria Kusuma Dewi MSc**

Bubble gas dan blow out yang terjadi di sekitar Sidoarjo telah menjadi bencana nasional yang melibatkan dan meletihkan semua penduduk Indonesia. Suka atau tidak suka ini adalah rentetan bencana yang bertubi-tubi menimpa bangsa Indonesia. Tsunami, gempa bumi, gunung berapi meletus, banjir, telah mengambil korban nyawa manusia dan harta yang banyak serta membuat kita semua letih. Yang lebih menyedihkan lagi kita sudah tidak paham hikmah dan maksud Allah memberi peringatan melalui bencana itu kepada kita. Tidak ada satupun pemimpin atau ulama yang berwibawa dengan tegas mengatakan semua yang terjadi ini erat kaitannya dengan dosa-dosa dan kesalahan kita pada Allah.

Padahal Rasulullah SAW, pernah mengungkapkan bahwa bila seorang tertusuk duri kakinya maka ada beberapa maksud Allah kepada dia.

Yang pertama sebagai peringatan dari Allah untuk menginsyafkan dia karena selama ini dia lalai dari Allah.

Yang kedua sebagai penghapusan dosa dia dan yang ketiga untuk meningkatkan derajat dia di sisi Allah (jika dia tidak berdosa). Sedang kepada orang yang tidak beriman, ujian itu merupakan satu bentuk hukuman Allah kepada dia di dunia sebelum dihukum di Akhirat kelak.

Yang menyedihkan kita semua, berbagai bencana yang telah menimpa bangsa kita tapi kita belum sungguh-sungguh menjadikannya sebagai momentum untuk menginsyafkan kita, betapa jauhnya kita dari kehidupan yang Allah kehendaki dan belum meningkatkan iman taqwa kita kepada Allah. Kita khawatir berbagai bencana yang merupakan peringatan dari Allah kepada kita akan datang lagi dalam berbagai bentuk.

Bukankah kejadian ini adalah sejarah yang berulang di era nabi/ rasul/ mujaddid? Lihat fenomena blow out lumpur Lapindo, yang kita semua tidak bisa berbuat apa-apa dengan lumpur tersebut. Makhluk hidup apapun di sekitar lumpur panas tersebut tidak mau hidup, bahkan burung pun tidak mau terbang. Kejadian ini hampir mirip dengan kisah laut mati di Jordan di mana ikan, burung, tidak ada yang mau hidup di laut mati karena laut mati bukan lah air laut tetapi air dari dalam perut bumi, yang dengan kuasa Tuhan dibalikkan karena kemungkaran umat manusia pada masa itu (kaum Sodom) yang tidak mau mengikuti kebenaran yang dibawa oleh Nabi Luth sebagai Utusan Tuhan kepada mereka.

Banyak sudah analisa, penelitian, seminar, oleh para ahli-ahli di bidangnya yang mencoba untuk menutup lemparan liar sumur lumpur. Tapi sudah hampir empat bulan ini, belum ada tanda-tanda sukses. Malahan yang berkembang adalah sebab, itu yang dibesar-besarkan. Sementara penduduk yang kehilangan rumah dan sawah, juga merupakan masalah sosial tersendiri apabila masing-masing tidak redho atas ketentuan yang berlaku di luar kehendak manusia. Padahal sebab itu terjadi juga dengan izin Tuhan. Kita khawatir, mereka bukan saja kehilangan harta benda dan tempat tinggal, tetapi juga kehilangan berbagai sifat mulia yang diperintahkan Allah seperti sabar, pemaaf, redho dengan ketentuan Allah, tawakkal dengan Allah dan lain-lain. Yang lebih berbahaya lagi bila mereka kehilangan keyakinan dengan Allah. Akhirnya rugi di dunia dan rugi di Akhirat.

Mari kita andaikan, kalau sumur lumpur ini, tidak dapat dihentikan, oleh siapapun kecuali memang Tuhan kehendaki, apa akibat yang akan terjadi :
-Porong akan tenggelam dengan dead area (lihat kisah laut mati, Quran).
-Sifat asli dalam perut bumi porong berubah (tekanan, temperature, kedalaman, dan lain lain), ini akan membawa perubahan struktur lapisan bumi di atasnya. Inilah sunnatullah (material balance, istilah yang dipakai dalam petroleum industry). Jalan toll (sudah terjadi), jalur kereta api (jalur krisis), pipa-pipa transportasi gas pun akan terganggu. Posisi yang berubah akan berdampak pada hitungan ‘pressure loss’ dalam pipa yang berubah, sehingga ‘deliverability sales gas’ sangat mungkin berubah. Tentu saja ini akan berdampak pada suplly dan demand dari producer dan buyer.
-Andaikan dalam setahun tidak dapat dihentikan, maka kalau 360 ha/4 bulan, untuk 1 tahun mungkin bisa 1000 ha++ dalam kubangan lumpur atau paling tidak rembesannya, selama tekanan di bawah masih cukup untuk menendang aliran lumpur keatas. Bisa jadi Surabaya/Jawa Timur sebagian menjadi daerah mati (panas dan beruap).
-Dampak social dan accident rohani, faktor kejiwaan, untuk penduduk sekitar, pemimpin, ulama, tanpa pimpinan Allah akan menjadi rawan dan sangat menakutkan. Manusia bisa kehilangan iman apabila tidak memahami apa makna hakekat bencana ini.

Jelas sudah, bagi orang yang dekat dengan Allah, ini adalah suatu bencana yang memang Allah kehendaki, karena kita selama ini sudah lalai, agar kita semua kembali kepada Nya. Sudah sekian lama, kita lebih membesarkan selain-Nya, padahal kita hidup di atas bumi-Nya,bernapas dengan udara ciptaan-Nya, tapi kita sombong dan ingkar pada-Nya. Sehingga Allah antar tentara-Nya, yang taat setia akan perintah Allah, untuk menghancurkan hamba-Nya yang lalai dan ingkar kepada-Nya. Lumpur, air, gunung, tumbuh-tumbuhan adalah makhluk Allah juga yang selalu berzikir pada Tuhannya.

Dentuman ‘drilling bit’ Lapindo adalah sebab saja. Yaitu tepat mengusik /mengena pada rekahan (fracture) lapisan bumi yang terhubung dengan sumber gas/lumpur/air.

Akidah kita, demikian rusaknya, termasuk yang Islam, bahwa sebab itulah yang dibesarkan, bukannya lagi kuasa Tuhan yang menjadikan ‘sebab itu berlaku’.

Demikianlah respon dari Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi, seorang sufi besar, Mursyid, pejuang Islam di zaman ini, mengulas tentang tragedi Lapindo. Sebagai orang yang diberi paham akan benda-benda tersirat oleh Allah di zaman ini, Abuya Syeikh ikut prihatin dengan banyaknya peringatan Tuhan kepada umat Islam di seluruh dunia pada akhir-akhir ini, seperti yang sekarang terjadi di Irak, Libanon dan Indonesia yang ditimpa berbagai bencana.

Beliau sering menangis memikirkan nasib umat Islam yang terzalimi, baik yang terzalimi secara lahiriah lebih-lebih lagi secara bathiniah, karena mereka tidak dikenalkan kepada Tuhan. Bahkan Abuya Syeikh ikut ambil bagian dalam usaha-usaha menyelesaikan masalah manusia di zaman ini, terutama dalam menyelamatkan rohani mereka.

Seperti peristiwa Tsunami di Aceh, Abuya Syeikh telah menerbitkan sebuah buku yang menjelaskan tentang hikmah di sebalik Tsunami, dengan judul “Tsunami pembawa pesan dari Tuhan”.

Dan untuk bencana Lumpur Lapindo yang sudah berlarut-larut ini, Abuya Syeikh telah mengarahkan wakilnya di Indonesia membentuk Tim khusus untuk melakukan operasi rohani dengan usaha-usaha taqwa dan karamah, sebagai bantuan secara resmi kepada pemerintah Indonesia untuk bersama-sama mengatasi semburan lumpur tersebut, di bawah panduan langsung Abuya Syeikh dari jauh (Malaysia).

Di era Nabi Samuel, pada bangsa Israel setelah ditinggal Nabi Musa, pernah terjadi krisis kepemimpinan, yaitu tidak adanya pemimpin umat (rohani) yang bisa menyatukan dan menyelesaikan masalah di kalangan bani Israel, lantas pemuka-pemuka bani Israel meminta panduan dan nasehat kepada orang Allah di zaman itu yaitu Nabi Samuel. Maka nabi Samuel berdoa pada Tuhan untuk melantik seorang pemimpin kepada bani Israel sebagai penyelamat.

Ternyata Tholut, adalah pemimpin yang Tuhan pilih, walaupun pemuka-pemuka bani Israel menolaknya karena Tholut berasal dari rakyat biasa dan bukan dari kalangan bangsawan, tapi ia tetap berjuang akhirnya menuai kemenangan dengan bantuan Tuhan

  Read the rest of this entry »


Rufaqa: The Legacy Continues

asitting.JPG      rufaqashop.gif

Orang ramai dari pelbagai lapisan dan peringkat, mengakui keupayaan beliau kali ini dalam membangunkan perniagaan yang berlandaskan syariat. Ekonomi Islam yang sejati ada pada syarikat mereka ini. Masyarakat Islam sejati juga ada pada mereka. Mereka berniaga, tetapi dalam masa yang sama juga, berdakwah. Dakwah melalui perniagaan. Atau sambil berniaga, sambil berdakwah. Cara ini adalah kaedah yang digunakan oleh para pendakwah Islam yang datang dan Tanah Arab ke Tanah Melayu pada zaman dahulu.. Kini doa beliau yang dipanjatkan pada tahun-tahun awal selepas Al-Arqam diharamkan, kini sudah menjadi kenyataan.. Syarikatnya semakin besar dari sehari ke sehari, nama syarikat itu juga semakin masyhur. Rangkaiannya semakin berkembang dan mampu membina jaring-jaringnya sendiri, yang kukuh. Semuanya itu berlaku dalam masa yang amat sekejap jika dibandingkan dengan Al-Arqam dahulu.

“Rufaqa’ ditubuhkan dengan matlamatnya yang tersendiri, antaranya seperti yang dijelaskan di atas tadi, iaitu menyediakan perniagaan sebagai wadah mendekatkan diri dengan Tuhan. Keuntungan duniawi bukan matlamat utama tetapi yang lebih penting ialah dapat menegakkan pelbagai syariat Tuhan melaluinya iaitu:

  • Dapat berkhidmat dan menyediakan khidmat kepada masyarakat.
  • Dapat menyediakan makan minum untuk keperluan asas yang halal.
  • Dapat menjalinkan hubungan persahabatan di antara penjual dan pembeli.
  • Dapat bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sarna lain.
  • Dapat belajar untuk bertolak ansur dan mengalah dengan orang lain. Ujian di dalam perniagaan dapat melatih diri untuk sabar dan berharap kepada Allah.
  • Dapat melatih diri untuk berlapang dada dan memaafkan orang dalam menghadapi kerenah pelanggan.
  • Dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.
  • Dapat membantu memasarkan barangan orang Islam yang lain melalui rangkaian perniagaan yang diwujudkan.
  • Dapat menegakkan syiar Islam melalui kemajuan yang dibangunkan melalui perniagaan.
  • Dapat membantu fakir miskin serta orang yang memerlukanDapat menunaikan kewajipan zakat.

Moto Rufaqa’ Corp. ialah “TENANG DAN MEYAKINKAN”. Ringkas sahaja. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan dua perkataan itu?

TENANG ialah apabila rasa bertuhan dan rasa kehambaan dapat dihayati di dalam jiwa, pasti akan terasa tenangnya di dalam hati.

MEYAKINKAN ialah apabila syariat Tuhan dapat dihayati di dalam kehidupan, natijahnya pasti meyakinkan. Inilah keyakinan Rufaqa’ dalam mengetengahkan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.

ikhwan-beach.jpg

Visi (matlamat) perniagaan Rufaqa’ Corp. ialah pembangunan insan menjadi teras kepada bangunnya kemajuan material. Setiap pekerja Rufaqa’ dididik melalui pendekatan Tuhan hinggalah Tuhan dirasakan Maha Pencipta, Maha Hebat dan Maha Agung, dan kita sebagai insan yang lemah, tidak memiliki apa-apa kekuatan. Apabila rasa bertuhan dan kehambaan dapat ditanam secara mendalam di dalam hati serta dihayati secara sungguh-sungguh, terutamanya melalui sembahyang, natijahnya akan lahirlah rasa takut dan rasa cinta, secara serentak, kepada Tuhan yang membawa kepada terbangunnya syariat Tuhan dalam seluruh kehidupan, termasuklah melalui perniagaan. Read the rest of this entry »


JAIS raid photos at Flickr…

Pencerobohan JAIS

padlock.jpg photographer.jpg

tuhan-bila-murka.jpg asztv3.jpg

Diharap bagi mereka yg tahu serba sedikit akan maklumat2 semasa waktu kejadian dapat berkongsi sedikit ulasan dgn para surfers di sini.


Al Arqam Legacy 4 – The rising of Rufaqa’ Empire

abuya-kecil.jpg    signing.jpg

 Seorang anak Melayu yang mengubah dunia.

Selepas dua bulan ditahan di bawah ISA,  Abuya dikenakan perintah tahanan terhad (RO) dan ditempatkan di Bandar Baru Country Homes, sebuah bandar baru di pinggir Rawang, Selangor. Di situlah bermulanya era baru dalam hidupnya sebagai seorang yang menjalani proses tahanan rumah tahun demi tahun. Bandar Country Homes pada masa itu sebenarnya merupakan sebuah projek perumahan yang masih belum siap lagi, dan masih dalam proses pembinaan. Kedudukan bandarnya jauh dan dirasakan agak terpencil.

 

Majoriti penduduknya adalah bangsa Cina, yang menghuni kira­-kira 80 peratus petempatan. Pada waktu itu, bandar ini masih lagi dipenuhi oleh hutan dan menjadi sarang pendatang tanpa izin dari Indonesia menyorok dan bermaharaja lela. Abuya dihantar ke situ dalam keadaan dia berseorangan, diberikan sebuah rumah kerajaan untuk tempat tinggal bcrsama-sama keluarganya yang  besar itu kerana beliau memang tidak mempunyai tanah sendiri, apa lagi untuk mempunyai rumah sendiri.

Di rumah pemberian kerajaan itulah beliau tinggal bersama-sama keluarganya yang besar itu selama setahun lebih. Pada setiap hujung bulan beliau akan pergi ke Bukit Aman untuk melaporkan setiap aktiviti yang dilakukannya sepanjang bulan itu, Hanya beberapa tahun selepas itu barulah beliau melapor diri di Balai Polis Rawang. 

Beliau tidak bebas bergerak sesuka hati, hanya ditemani oleh anak-anak dan isteri yang ramai  dan setia itu, sedang berada di hujung usia 50-an, keadaannya pula tidak mampu lagi bekerja keras untuk mencari penghidupan, mempunyai keluarga yang besar dengan empat orang isteri dan puluhan  anak serta ratusan cucu, tidak seorang pun isterinya yang bekerja, dan tidak juga dikembalikan walau satu pun projek perniagaan Al-Arqam dahulu, tidak dibenarkan langsung berhubung semula dengan bekas ahli-ahli Al-Arqam dahulu, sentiasa dikawal ketat setiap pergerakannya oleh pihak keselamatan sepanjang masa, dan tidak pula diberikan sebarang modal, walau  satu sen pun untuk tujuan memulakan penghidupan baru.

Beliau juga tidak dibenarkan menerima  walau sesen pun modal dari mana-mana pihak, jika ada yang mahu membantu.  Setiap sen yang dibelanjakannya akan disoal dari mana sumberya, siapa yang memberinya, bagaimana boleh diperoleh dan pelbagai soalan lagi. Maka setiap pergerakannya sentiasa dipantau dan dikawal ketat oleh pihak polis. Pun begitu, beliau sentiasa sabar dengan keadaan hidup yang seketat itu, dan tidak pernah lagi bel1au menentang rutin hidup yang dilihat amat sempit tadi. Dalam keadaan yang sebegini, Abuya sentiasa merintih kepada Allah, dan salah satu rintihan yang diucapkannya tengah-tengah malam ialah, 

Wahai yang empunya hati, walaupun segala-galanya telah diambil dariku, tetapi masih ada sesuatu yang paling mahal yang masih ada padaku, iaitu Engkau wahai Tuhan. ‘Memilik’i-Mu bererti aku memiliki segala-galanya, kehilangan-Mu bererti kehilangan segala-galanya. Andainya aku berada di pihak yang benar, maka buktikanlah wahai Tuhan, demi kebesaran agama-Mu. Ku-pohon pada-Mu,berikanlah daku kekayaan demi untuk kepentingan  agama-Mu

  Read the rest of this entry »


Videos on JAIS raid 1/3/07 BCH

1. Laporan berat sebelah Bulletin Utama TV3 pada malamnya.

2. Pencerobohan di Kafeteria Ikhwan dan ruang solat di sebelahnya, yg didakwa sebagai ‘bilik suci’ oleh TV3, nama bilik itu Baitul Musyrif..

3. Pencerobohan di Rufaqa Inn, lagi di Kafeteria Ikhwan -

4. Pencerobohan di Pasaraya Rufaqa yang terkunci, kemudian pintu besinya dirosakkan.Perhatikan di kaki lima premis itu terdapat ‘water dispenser’ untuk para pelanggan melepaskan dahaga..Inilah adab2 & akhlak cara melayan tetamu dlm Islam yg sepatutnya.

Tunggu untuk video serbuan di banyak lagi premis lain..di YouTube webpage…


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,062 other followers