Akidah: Suhana ‘Gadis Kristal’ & Global Warming
Suhana menunjukkan batuan bebola ‘kristal’cantik yg keluar dari ibu jari kakinya.
“Setiap kali bebola itu hendak keluar, saya akan berasa loya dan sakit seolah-olah seperti sakit gigi selama kira-kira 10 minit. Ketika itu kulit dari celah kuku ibu jari kaki kiri saya terus ternganga. “Saya terpaksa menariknya keluar menggunakan pemotong kuku dan selepas itu, lubang yang ternganga terus tertutup seolah-olah tiada apa yang berlaku,” kata Siti Suhana Saadon, 23, yang mencetuskan kegemparan apabila ibu jari kaki kirinya mengeluarkan hampir 100 biji bebola kecil dan hirisan kaca
“Ini kuasa Tuhan. Kita sebagai manusia tidak mengetahuinya,” kata Kamariah Komeng, 52, ibu kepada Siti Suhana Saadon.
Hari ini, kita lihat aqidah umat yang mengaku beragama Islam sudah terlalu rosak. Contoh mudah, fenomena perubahan cuaca yang mendadak sahaja berlaku di Malaysia akhir2 ini, mahupun bencana2 alam yg terjadi di seluruh dunia, mereka sebut dan tulis di media, langsung tidak dikaitkan dengan Allah. Istilah2 yang mereka suka gunakan adalah akibat FORCE OF NATURE, akibat Global Warming ataupun Fenomena El Nino.
FAKTA : Jika terdetik walau sebesar habuk, bahawa hanyasanya kuasa Global Warming itulah yg berperanan merosakkan, bukan atas kehendak dan kuasa Tuhan yang melakukannya, maka boleh jatuh syirik. Allah telah membuat ketentuan : iaitu apa sahaja kejadian baik atau buruk, Dia menjadikan sebabnya dahulu. Inilah yang dikatakan sunnatulah. Ertinya bukan SEBAB yang melakukannya, tetapi Allahlah yang MELAKUKANNYA. Fenomena alam ini adalah ancaman Allah kepada manusia yang ingkar. Dalam Islam, TIADA istilah yang dikatakan ‘KEBETULAN’ jika dikaitkan dengan TAKDIR Tuhan.
SOALAN : Apakah Pengajaran Allah dalam kes Suhana Gadis ‘Kristal’ ?
Perlu diingat, bila Allah menjadikan suatu makhluk, kemudian mentadbir makhluk itu, bukan sahaja makhluk yang Tuhan hendak jadikan itu sudah Tuhan tentukan dari azali…bagaimana Tuhan hendak mentadbir itupun sudah ditentukan dari azali lagi. Tuhan menentukan itu juga tiada permulaan.
SOALAN : Sebentar, apakah maksud dari azali?
Azali : Sesuatu yang tidak ada permulaan. Ia tidak dapat dibayangkan. Qadim dan azali itu sama : kedua-duanya bermaksud sesuatu yang tanpa permulaan. Ertinya bukan Allah merancang. Kalau Tuhan merancang, ada tempoh bermulanya. Sepertinya zat Tuhan yang tiada permulaan, apa sahaja yang Tuhan hendak jadikan, hendak tadbirkan, itu semua adalah ketentuan sejak azali. Bila Allah hendak menjadikan sesuatu, bila sudah terjadi, kejadian itulah yang ada permulaan. Tetapi rancangan untuk menjadikan itu, tidak ada permulaan. Kalau ada permulaan, bererti rancangan Tuhan itu sudah sama dengan makhluk yg pandai merancang. Maha Suci Tuhan…. Fokus di sini ialah, peranan ‘rabbil ‘alamin’ itu, Tuhan mentadbir bukan sesuka hati. Dia sudah menentukan sistem Nya dan Mentadbir berdasarkan sistem itulah. Kalau Tuhan rosakkan pun, atas dasar sistem itu juga. Tuhan tidak akan berbuat dengan cara lain. Walaupun Tuhan ada kuasa dan boleh mengubah apa-apa atas kuasaNya, tetapi Tuhan sudah berjanji, setiap makhluk ada sistemnya, ada sunnahnya, maka Tuhan mentadbir setakat itulah. Tidak akan terkeluar dari sistem itu. Diulang di sini, walaupun sebesar habuk itu ditentukan jatuh ke laut, ia tidak akan jatuh ke sungai! Dia hendak menjadikan suatu perkara itu sejak azali lagi, tanpa dirancang pun Dia sudah tahu. Bila diwujudkan dengan sistemnya sekali, walaupun sebesar habuk, tidak perlu diubah lagi. Tanpa silap dan tidak perlu diperbaiki. Kalau hendak diubah ertinya ada yang tidak kena. Begitu kemasnya sistemNya. Jika kita hendak membuat kereta pun, berapa kali kita kena tukar sistem. Sedangkan sistem Tuhan itu sesempurnanya.
SOALAN: Bagaimana pula dengan kelahiran Nabi Isa tanpa ayah itu yg terkeluar dari sistem yang Tuhan tetapkan?
Itu sudah ditentukan sejak azali lagi. Bukan Tuhan baru berubah niat untuk tiba-tiba menjadikan manusia tanpa ayah. Maha suci Tuhan dari berubah niat, Tuhan bukan manusia….
SOALAN : Bagaimana dengan sistem yang ‘berubah’,…eg. pengeluaran manik2 umpama kristal dari ibu jari Suhana tidak mengikut sistem Tuhan yang kebiasaan?
Memang ada kes gadis Nepal yang mengeluarkan biji2 kaca mahupun kaca2 berbentuk segitiga dari dahinya…namun kes seperti ini yang diketahui setakat ini, di kurun ini, baru sahaja berlaku pada September tahun 2006…kira2 4 bulan yg lalu. Apakah hikmah dari kejadian2 seperti itu?
Girl in far western Nepal emits ‘glass pieces’ from forehead
By J PANDEY
September 21, 2006
http://www.ufoarea.com/paranormal_emitingglass.html
Tuhan sudah membuat sunnah atau peraturan yang tidak akan berubah. Bukan mudah hendak memisahkan kefahaman yaitu : ’sebab’lah yang memberi bekas.
Kita selalu menganggap ’sebab’ itulah memberi bekas, kerana kita lihat ‘sebab’ itulah yang berperanan. ‘Sebab’ itu berperanan kerana sengaja Tuhan menciptakannya.Kalau Tuhan hendak menjadikan sesuatu tanpa ‘sebab’ pun boleh. Tuhan sudah berjanji dengan diri-Nya bahawa setiap yang berlaku, sudah sunnatullah, kena dilahirkan dengan ber’sebab’. Tuhan tidak mungkir janji. Tetapi sekali sekala Tuhan jadikan juga sesuatu tanpa ber’sebab’ dengan Rahmat Tuhan kepada hamba-hamba-Nya, supaya jangan rosak akidah. Contohnya, anak lahir disebabkan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Tiba-tiba Nabi Isa lahir tanpa bapa. Tuhan hendak isytiharkan bahawa dengan kuasa Allah, tanpa ayah pun anak boleh lahir. Juga kes Suhana yang memeningkan kepala pakar2 perubatan, mahupun pakar2 batu2 atau gems termasuk dari luar negara…ini di luar kebiasaan.
Berikut ini hanyalah teori kejadiannya, yang belum dapat dibuktikan in-vitro dalam sistem subjek manusia.
Menurut Dr.Ben Farbey et al dari Harvard University, menyatakan molekul protein yang terdapat dalam sel otot manusia [sel otot licin : fibroblast] adalah seperti bahagian gelas yang cair, yang sentiasa bergetar untuk mendapatkan kesesuaian. Sel-sel ini akan beransur-ansur berubah dari bentuk cecair menjadi gelas yang keras apabila frekuensi gelombang magnet ditingkatkan.
A Cellular Glass Menagerie
http://focus.aps.org/story/v8/st16
Handle with care. This mouse fibroblast cell exhibits behavior similar to that of molten glass, foams, and other semi-ordered materials, according to researchers.
Apakah sebab-sebab kaca, manik dan batu umpama ‘kristal’ itu keluar dari ibu jari kakinya? Dari manakah frekuensi gelombang magnetik itu datang dan meningkat pada diri adik Suhana hanya Tuhan yang mengetahui keajaibannya…Di alam fizikal, suhu sehingga 800 Celcius diperlukan untuk membentuk bebola2 seperti ‘kristal’ itu. Apakah sebab2 yang lazimnya logik yang membenarkan kejadian tersebut berlaku…? Di sini Tuhan mengingatkan bahawa jika Dia menjadikan sesuatu itu tidak mengikut sistemnya, maka ertinya Tuhan mahu supaya kita ini jangan rosak akidahnya… iaitu KUASA TUHAN TIADA BATASNYA….
Ini menunjukkan di dalam Islam itu, akidah sangat penting. Jalan2 ke arah syirik sangat banyak. Bukan hanya yang berkait dengan zat Tuhan tetapi juga terhadap sifat-sifat Tuhan. Kita tanpa sedar menduakan sifat-sifat Tuhan. Banyak orang jatuh syirik kerana ini. Syirik adalah dosa yang besar. Walaupun tidak jatuh kafir, tetapi ia adalah berdosa besar dan boleh membawa kekufuran. Kalau boleh membawa kekufuran, akan batal solat dan batal Islam kita. Wal iyazubillah.
SOALAN : Boleh ulang lagi ulasan pengajaran AKIDAH berkenaan fenomena cuaca?
Allah adalah Pencipta Sains dan Teknologi yang Maha, Maha Ajaib. Saintis yang ada hanyalah melukut di tepi gantang. Allah adalah Maha Pakar pencipta sistem sunnatullah ini..Saintis bangga dengan kajian mereka mengenai Global Warming, green house effect, Fenomena El Nino, yang sudah diuar2kan sejak sekian lama..s..edangkan itu semua hanyalah asbab yang diizinkan berlaku atas kehendak, atas IRADAH Tuhan…Apa yang hendak dibanggakan dengan penemuan? Silaplah jika kita mengagungkan Saintis. Saintis umpama sifakir yg terrjumpa duit yang banyak ditengah jalan, kemudian mengambilnya lalu mengaku dialah jutawan.Tuhan mentadbir bukannya tidak tentu arah. Maha suci Tuhan dari berbuat begitu. Semua itu ada…. tanpa permulaan. Akal pun tidak mampu pergi ke situ. Hanya setakat di ‘sempadan’ sahaja. Di luar permulaan itu, akal tidak boleh pergi lagi…… tetapi di sanalah………adanya Tuhan.
SOALAN : Bagaimana dengan pendapat yang mengatakan kemarahan Allah kepada manusialah yang menyebabkan SEBAB global warming itu berlaku, lantas cuaca dunia menjadi porak peranda??
Jika kita menyamakan Allah dengan makhluknya, kita jatuh syirik. Allah bukan seperti makhluk yang dikurniai emosi. Marah Allah bukan marah yang beremosi. Segala kejadian yang kelihatan akibat kemarahan dan peringatan Allah, juga menunjukkan ianya ayat2 Allah seperti gempa, banjir dll diciptakan dan dijadikan tanpa difikir2, ditimbang2, ditangguh2 …Ia dilakukan atas KeADILannya dan KeMahaBijaksanaanNya
Rujukan : Kuliah Fatihah dan Kuliah Syahadah dari Sheikh Ashaari Muhammad, tahun 2003 -2004.
Lokasi : Labuan, Sabah.
Links: Utusan Online
1. Gadis ‘kristal’ sedia diuji di rumah
2. Siti Suhana bimbang kristal keluar dari kakinya dicuri
3. Kisah kristal keluar dari jari kaki dapat perhatian TV Korea
4. Tidak mahu bedah – Siti Suhana
5. Tiada unsur ganjil – Doktor
6. Lagi pensyarah minat buat kajian
7. Ramai mahu beli ‘kristal’ Siti Suhana
8. Siti Suhana ditawar rawatan pakar percuma
9. ‘Kristal’ dari ibu jari kaki luar biasa – Dr. Ghazali
The Star Online
1. No ‘crystal beads’ from toe
Ustaz Sayid Taha Suhaimi - He Who Showed The Path
al-Marhum al-Ustaz as-Sayyid as-Shaykh
Muhammad Taha Ibn Muhammad Fadhlallah
as-Suhaimi
Al-Marhum al-Ustaz Taha as-Suhaimi is a direct descendant of the beloved Prophet (S) through the Ba Shaiban family, a branch of the illustrious Bani ‘Alawi of Hadramawt. He was born on a Thursday, the 27th of July, in the year 1916 C.E. [26 Ramadan 1334 H.]. He received his early education at the Raffles Institution in Singapore, and later from the Kulliyah al-’Attas in Johor, Malaysia, which his father, Shaykh Muhammad Fadhlallah as-Suhaimi - an ‘alim well-versed in the Shari’ah - helped establish and acted as its Dean [mudir].
After graduation, Ustaz Taha proceeded to the Al-Azhar University in Cairo, Egypt to further his studies. When he was in Egypt, he visited the tomb of Shaykh Ahmad al-Badawi in Tanta. There, he received a clear instruction to sincerely seek knowledge and not certification. Due to that experience, he studied in Egypt for a period of approximately 8 years before returning back to Singapore, filled with the knowledge of various exoteric religious sciences and without any certification whatsoever.
Back home, Ustaz Taha as-Suhaimi soon discovered that his grandfather, Shaykh Muhammad Ibn ‘Abdallah as-Suhaimi, a great Saint of God, founded a Tariqah in which the recitation of al-Awrad al-Muhammadiyah is its main practice. He then proceeded to Klang, Malaysia, where his uncle, Shaykh Muhammad Khairullah as-Suhaimi - a great Sufi - was entrusted to guide the disciples of this Tariqah, lived.
He received intense spiritual training from his uncle in Klang where he entered seclusion ['uzlah] for a period of approximately 6 months. After attaining a station in which he was granted the permission to guide people on and towards this Tariqah, he returned to Singapore and was appointed as a lecturer at the Ngee Ann College and the first president of the local Shari’ah Court.
During the 1960’s, it was well-known amongst the Muslim Community in Singapore that the Tariqah al-Muhammadiyah had a form of martial art known as the Pencak Silat Sunda affiliated to it. During the racial riots in Singapore, Ustaz Taha faced a sudden increase in the numbers of disciples who sought protection from the upsurge of violence which left a black mark in Singapore’s history. The protection which was granted by God through the means of this martial art was so effective that the number of disciples reached tens of thousands.
Now, the Singapore Government required the registration of a license for any association which includes martial arts as its practice. Due to this, Ustaz Taha established the Singapore Islamic and Pencak Silat Association known as PERIPENSIS, which had its location near the Madrasah al-Ma’arif in Ipoh Lane. This Madrasah was also established by Ustaz Taha’s late father and he left his eldest son - Ustaz Taha - in charge of the Madrasah when he departed from this world. May Allah bless his soul.
In Singapore, Ustaz Taha was famous for being a very active debator when it comes to shedding light on Tasawwuf and the flaws of Christianity. He even authored a few books in English concerning Christianity which, I dare say, equals the work of the late Ahmed Deedat. Due to his magnificent understanding of the various religious sciences, courage, wisdom and powerful command of both the English and the Arabic Language, he was always granted success by God when he defended the validity of issues such as Tawassul and Tabarruk. Other Sufi Orders in Singapore even approached him to defend their beliefs whenever they were bombarded with accusations of heresy among certain scholars of the local Muslim Community.
Ustaz Taha will always be remembered as the main propagator of the Tariqah al-Muhammadiyah. He will always be remembered as an extremely patient man who believes that it is impossible for Muslims to lie. I’ve observed him thoroughly each time I met him and found that all his speech and actions were in concordance with the Sunnah of our beloved Prophet Muhammad (S). He lived a life of simplicity and austerity even though he was actually wealthy. He distributed his wealth to the Madrasah al-Ma’arif, PERIPENSIS and to those he deemed needy. He ate very little everyday and his wardrobe consists of only two long shirts which he wore when in public. I have personally seen him alone at night, near the confines of the Madrasah dressed in a shirt which was full of patches. During his lessons, he will, almost always, explain certain concepts of religion in terms of science and otherwise. His logic was undeniably concrete and with it, he will enlighten his students who sometimes find it difficult to understand certain concepts and practices of religion.
There was no doubt that his father and himself played a very important role in the building and strengthening of the Muslim Community in Singapore.
Here are some of the books that he authored:
In the Malay Language
(1) Hakikat Syirik [The True Meaning of Heresy]
(2) Haji dan ‘Umrah [Hajj and 'Umrah]
(3) ‘Ilmu Tauhid [The Science of Tawhid]
(4) Qadha’ dan Qadar [Qadha' and Qadar]
(5) Kitab Fiqh [The Book of Fiqh]
(6) Kitab Puasa [The Book of Fasting]
(7) Bukti-bukti Kebenaran Al-Qur’an [Proofs Concerning the Validity of the Qur'an]
(8) Tafsir Yasin [Commentary of the Surah Yasin]
(9) Manaqib Shaykh Muhammad Bin ‘Abdullah as-Suhaimi [Biography of his grandfather]
In the English Language
(1) Has the Bible Been Altered?
(2) Muhammad Foretold in the Earlier Scriptures
And many more.
Al-Marhum al-Ustaz Taha as-Suhaimi died at the age of 83, on a Tuesday, the 8th of June, in the year 1999 C.E. [26 Safar 1420 H.]. May Allah bless his soul and grant us benefit from his knowledge, lights and secrets. Amin…..al-Fatihah.
Fitnah GILA & MURTAD : MENJAWAB Mufti Perlis!
“Ashaari terkena penyakit gila!…Murtad!” Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (foto kanan).
Muqaddimah : Sebenarnya terlalu banyak kenyataan-kenyataan negatif Dr Asri terhadap peribadi Abuya Ashaari Muhammad yang ditulis dalam majalah i keluaran Februari 2007. Dalam post ini, bukanlah tujuannya untuk menjawab kesemuanya, kerana banyak soal asas yang sudah dijawab dalam blog ini.Berikut adalah petikan wawancara dengan Mufti Perlis yg baru dilantik, Dr Asri Zainal Abidin.
Majalah i : Bagaimana pula dengan dakwaan bahawa mereka[?] beryaqazah dengan Rasulullah dan Imam Mahdi?
Dr Asri : Itu adalah rekaan mereka semata2. Jika mereka mengaku yaqazah itu benar2 berlaku, ertinya itu dari syaitan. […]
Majalah i : Ashaari mendakwa bahawa dirinya sebagai mujaddid kurun ini dan Pemuda Bani Tamim.
Dr Asri : Ashaari ini sebenarnya adalah salah seorang yang terkena penyakit gila. Gila nak jadi nabi, gila nak jadi Imam Mahdi, gila nak jadi orang ghaib. Ini termasuk dalam kegilaan
Majalah i : Ajaran Ashaari dikatakan berpandukan minda, ilmu laduni yang dianugerahkan Allah kepadanya. Minda tidak disebut dalam Al Quran dan hadis, tetapi dalam minda terkandung Al Quran dan Hadis ???{?}
Dr Asri :Apa yang Ashaari lakukan ni hampir sama dengan Syiah. Dalam Syiah ada masyaf Fatimah. Ashaari pun sama. Doktrin Syiah cuba disesuaikan dalam Rufaqa. Bagi saya, Ashaari ini patut dinilai di bawah Akta Murtad.Murtad yang tidak mengaku murtad, tapi perbuatannya murtad.Kita ni masalahnya, yang mengaku murtad baru dikira murtad. Tapi bagi kes Ashaari ni, pendakwaan dia membawanya kepada murtad. Imam Mahdi tu cerita lama, pernah dulu ada Mahdi yang berjaya tawan Masjidil Haram sehingga berlaku pertumpahan darah. Dakwaan mereka sama seperti yang Ashaari buat. Mahdi yang muncul di Sudan pula lebih berjaya dan menang menentang Inggeris. Manusia sebenarnya ada kecenderungan untuk rasa hebat. Antara watak hebat ialah Imam Mahdi yang tidak dapat ditumpaskan oleh musuh dan sentiasa dikaitkan dengan kemenangan.
——————————————————————————–
1. MENJAWAB TUDUHAN YAQAZAH ITU DARI SYAITAN
Amalan2 zikrullah yang diajarkan kepada para pengikut auliya itu ada yang dipanggil ‘Tariqat’, dan ada pula yang dipanggil ‘Aurad’. Telah dirumuskan bahawaTariqat yang benar hendaklah berupa zikrullah yang diajarkan atau diterima secara langsung dari Rasulullah s.a.w. Dengan karamah yang dikurniai Allah kepada para auliya, pertemuan di antara para auliya dengan Rasulullah s.a.w. itu adalah ‘harus’ dan tidak menghairankan.Mungkin cara pertemuan itu [antara Nabi dan Wali] adalah sama seperti pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi Musa a.s. dalam peristiwa Mikraj, hingga Allah berfirman
[Sajadah : 23] : “Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu [dengan Musa ketika Mikraj]”
Bahkan pertemuan dan soal-jawab di antara para Rasul itu [ Rasulullah SAW bertanya sesuatu kepada Nabi Musa as, dan dijawab oleh Nabi Musa as] berlaku juga di masjid Al-Aqsa di mana menurut Hadis Sahih, Nabi s.a.w. telah sembahyang berjemaah dengan mereka. Allah berfirman (Az-Zukhruf : 45) :
“Dan tanyalah orang-orang yang kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para Rasul Kami itu.”
Para auliya itu diizinkan bertemu dengan Ruh Rasulullah s.a.w. [yang telah wafat] sedangkan mereka itu dalam keadaan jaga adalah barakah dari mukjizat baginda dan Karamah para Aulia itu sendiri.
Imam Asy-Syarani dalam Kitabul Mizan, menegaskan bahawa para ulama Mujtahidin seperti Imam Malik, Asy-Syafii dan Ahmad bin Hanbal diriwayatkan pernah melihat zat atau jasad Nabi s.a.w. bukan hanya dalam mimpi mereka, bahkan dalam keadaan jaga.
Dalam pertemuan itu mereka mengajukan beberapa pertanyaan dan Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan mereka. Dalam kitab yang berjudul ‘Tabaqaatul Aulia’ disebut bahawa di antara para ulama dan Aulia yang pernah dan sering bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan jaga ialah : Syeikh Ibrahim Dasuki, Syeikh Jalaluddin As-Suyuti, Syeikh Az-Zawawi, Syeikh Al Mursi, Syeikh Abu Madyan,Syeikh Abu Su’ud, Syeikh As-Syazali,Syeikh Abdul Rahim Qunawi
Imam Asy-Syeikh Jalaluddin As-Suyuti pernah mencatat dalam sebuah kitabnya yang memetik isi sepucuk surat dari seorang ulama besar yang bertaraf Kasyaf bahawa ia (orang itu, sebenarnya Imam Sayuti) mendakwa telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. sebanyak 75 kali secara jaga hingga waktu surat itu ditulisnya. Imam Sadaruddin Al Qanawi di dalam kitabnya, Syarah Al Arba’in, antara lain menulis :
‘Di antara yang boleh berlaku dan tidak mustahil berlaku ialah pertemuan di antara Roh para Anbia dan para auliya (secara Karamah) bila-bila masa mereka kehendaki, sama ada pertemuan itu di dalam mimpi atau dalam keadaan jaga.’
Dalam kitab ‘Syarah As-Salawat’ oleh Syeikh Abdul Ghani An-Nabilsi, dirakamkan bahawa Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah berkata : ‘Kami dikurniakan dengan kemudahan melihat ruh Rasulullah s.a.w. dengan mata kepala dalam keadaan jaga.’
Imam Al Ghazali pula dalam kitabnya ‘Al Munqizu Minadh-Dhalal’ menegaskan :
‘Bahawa orang-orang yang bermartabat Irbabul Qulub [yang berilmu Kasyaf], dalam keadaan sedar kadang kala melihat para malaikat, roh para anbia dan mereka dapat mendengar suara mereka, serta dapat mengambil daripada mereka perkara-perkara yang berfaedah.’
Dalam kitab ‘At-Tarhib Wat-Targhib’ oleh Syeikh Umar al-Lihyaani ditegaskan bahawa peristiwa pertemuan (orang-orang salih dan waliyullah) dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga itu telah diakui sahnya oleh Imam Al Gazali, Al Baariziy, Imam As-Subki, Imam Al Yaafi’I, Imam Al Qurtubi, Ibnu Abi Jumrah, Imam Jalaluddin As-Suyuti, Ibnu Al Hajj dan Imam Malik serta ulama mazhabnya. Kata Ibnu Majri : ‘Perkara itu (pertemuan dengan Nabi s.a.w.) telah disampaikan kepada aku oleh orang-orang yang salih dan yang tidak pernah tercemar namanya oleh fitnah’. (lihat surah Yunus, ayat 62,63, dan 64). Allah berfirman : (maksudnya) : ‘Sesungguhnya para auliya Allah itu tidak ada kebimbangan atas mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu orang yang beriman dan bertakwa. Bagi mereka berita gembira dalam kehidupan di dunia dan diakhirat.’
Di antara alasan para pengkritik kaum Muktazilah dan Wahabi dalam perkara ini ialah bahawa iblis atau syaitan boleh melakukan penipuannya dengan merupakan dirinya seperti rupa Rasulullah s.a.w. hingga orang yang mendakwa menemui Rasulullah s.a.w. itu sebenarnya menemui syaitan. Tetapi Hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim menolak andaian itu kerana Rasulullah s.a.w. menjamin bahawa syaitan tidak boleh merupakan dirinya seperti baginda. Hadis itu berbunyi : ‘Sesiapa bermimpi melihatku, maka dia telah melihat aku, kerana syaitan tidak boleh merupaiku.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Ma’sud dan salah satu dari lima buah Hadis dengan pengertian yang sama.
Adakah hadis ini terbatas ditujukan kepada para umat yang hidup sezaman dengannya sahaja? Jika roh Rasulullah boleh menjelma dalam mimpi umatnya, mustahilkah roh baginda tidak boleh menjelma dalam alam yg bukan dalam mimpi? Persoalan roh ini adalah urusan Allah. Dr Asri sendiri tidak pasti jawabannnya.
Dr Asri berpendapat seolah2 Rasulullah SAW itu wafatnya sama sahaja dengan matinya para orang2 biasa. Jasadnya habis musnah ditelan tanah, rohnya pula terkurung di alam barzakh..tidak beperanan me’monitor’ umatnya setelah wafatnya 1400 tahun.
Seorang ulama besar Tasawuf yang terkenal, Ibnu Arabi, pernah menulis bahawa adalah harus (khususnya bagi orang-orang yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi s.a.w. baik rohnya atau jasadnya, kerana Rasulullah s.a.w. seperti lain-lain Nabi dan Rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan Allah keluar dari kuburnya.
Bukankah kita disaran berdoa agar Rasulullah itu dijadikan wasilah kita, seperti dalam lafaz bacaan doa selepas azan yang diajarkan oleh Rasulullah sendiri.
Kita juga digalakkan berselawat sebanyak2nya dan semahu2nya ke atas Rasulullah SAW, kerana baginda itu boleh mendengar Salawat dari umatnya..malah turut menjawab salam kita, bukan setakat Allah dan malaikat sahaja yang membalas selawat kita itu.
Baginda kenal siapa umatnya walaupun kita ini sudah jauh ditinggalkan jasad baginda, walau kita tidak hidup sezaman dengannya. Roh manusia2 di dunia ini, jika saling berdekatan, ibarat benang yang saling kait mengait…
2. MENJAWAB PERSOALAN YAQAZAH BERKAITAN MUJADDID
Ramai ulama2 dahulu yang terdiri dari umat Rasulullah sendiri mengaku dapat berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, yang mana mereka itu termasuklah terdiri dari para mujaddid untuk sesuatu kurun itu. Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Pada awal setiap 100 tahun Allah mengirim seorang Mujaddid yang memperbaiki agama umatku.”
Maka selama 1400 tahun sesudah Rasulullah s.a.w. wafat telah muncul sekurang-kurangnya 14 orang Mujaddid yang diutus untuk memperbaiki agama umat Islam. Para Mujaddidun itu pula tidak syak lagi adalah para auliya yang termulia diantara para ulama pada zamannya.
Sesudah kewafatan Rasulullah SAW, khatamul anbia, sudah tiada lagi wahyu dari malaikat Jibrail as. Bagaimanakah para ulama mujaddid ini tahu yang mereka ini adalah mujaddid yang dilantik Allah SWT?
Perlantikan itu bukan dilantik oleh manusia seperti jawatan Mufti, tetapi menurut hadis di atas, Allah sendiri yang MENGIRIM SEORANG mujaddid tiap 100 tahun ke dunia ini,yakni mereka itu dipilih, diutus dan dilantik oleh Allah.
Merekalah orang2 pilihan Allah, orang-orang Allah atau Rijalullah. Istilah di’utus’kan di sini bukanlah bererti mereka ini Rasul, tetapi tugas mereka adalah berperananan seperti rasul, istilahnya ialah ‘rasul’ li rasul, ‘utusan’ kepada utusan.
Mujaddid adalah umpama utusan Rasulullah SAW, yang memperjuangkan agama Rasulullah… membersihkannya dari fikrah2 akal semata2 dan memperbaharuinya dengan style yang sesuai pada zaman itu.
Persoalannya?? Bagaimana Allah mahu memberitahu para mujaddid ini yang mereka ini lantikan Allah? Melalui malaikat? Bukankah peranan Jibrail as sebagai pemberi wahyu kepada para Nabi sudah tamat..?
Maka Rasulullah SAW sendirilah yang memberitahu mereka ini, yang dapat berjumpa tidak kiralah samada dalam keadaan mimpi mahupun dalam keadaan jaga dan membantu memberi ilham, ilmu, saran, membantu MEMPERBAIKI agama ini, membantu memilihkan ayat2 Quran yang sesuai dijadikan set zikir untuk zaman tertentu, lalu diijazahkannya, bukan mengajar syariat baru seperti cara2 ibadah haji atau kaedah bersembahyang yang baru, bukan mengajar bab halal dan haram yang telah muktamad hukumnya setelah Rasulullah SAW wafat.
Yaqazah ini hakikatnya adalah satu mukjizat Rasulullah SAW juga. Tiada dalil yang mengatakan mukjizat Rasulullah SAW turut habis dengan kewafatan baginda. Jika diperhalusi, hadis2 Nabi yang dikumpul hingga menghampiri setengah juta oleh para umatnya juga satu mukjizat baginda …. Dan kita sehingga ke kurun ini masih dapat membaca hadis2 yang menjadi panduan hidup kita beragama, walhal Rasulullah SAW sendiri tidak membaca, tidak menulis hadis2 itu, malah penulisan hadis itu tidak dilakukan di zaman baginda. Bukankah ini satu mukjizat?? Adakah mukjizat Rasulullah SAW turut mati dengan ‘matinya’ yakni wafatnya jasad Rasulullah SAW? Tiada dalil aqli mahupun naqli yang mengatakan demikian.
Di dalam Al Quran Allah sendiri ada menyuruh Rasulullah SAW bertanya kepada Nabi2 sebelumnya yang sudah wafat, bermakna Rasulullah SAW yang masih hidup boleh berjumpa arwah nabi2 dahulu..
maka jika Rasululllah yang sudah wafat dapat berjumpa umatnya yang masih hidup yang terdiri dari para auliya pada zaman ini, hakikatnya itu adalah kesinambungan mukjizat baginda, diulang lagi di sini….
baginda boleh beryaqazah dgn arwah Nabi2 semasa hidupnya dan boleh bertemu ‘beryaqazah’ dgn para auliya yg masih hidup sesudah kewafatan baginda pula.
Ini ditulis oleh Imam Al Qanawi, iaitu yaqazah adalah sebagai warisan daripada mukjizat Nabi, seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Surah Az-Zukhruf, ayat 45 yang bermaksud :
‘Tanyalah orang Kami utus sebelum kamu daripada para Rasul Kami dahulu.”
Jika perbezaan antara Nabi Isa as dan Rasulullah yang selama 500 tahun itu boleh sampai menimbulkan agama baru yg tercemar seperti Nasrani, jika belum pun sampai 100 tahun Rasulullah SAW wafat, sudah wujud fikrah Syiah, seterusnya fikrah2 lain seperti Muktazilah, Jabariah, Qadariah dll sekitar 300 tahun kewafatan Rasulullah SAW…bagaimana kita yang ditinggal selama 1400 tahun ini?
Sudah berapa puluhan fikrah yang ada sekarang ini? Sebab itulah sentiasa tiap 100 tahun, diutuskan para mujaddid untuk refresh agama itu.
Dr Asri sibuk bercakap soal TAJDID, berforum sana sini mengenai tajdid, hadis mujaddid ini yang punya kata kunci utama mengenai tajdid, langsung tidak diperhalusi sedalam2nya, tidak dilihat dari segala sudut, tidak pun menyuruh umat2 Islam yang jahil ini mencari mujaddid yang diutus Allah di kurun ini….sepanjang forum tajdid beliau tidak juga mengetengahkan semua mujadid2 - sekurang2nya 10 mujaddid, selama 14 kurun yang lalu.
Dalam kitab2 lama, Imam Shafie RH ditulis ulama sebagai mujaddid kurun ke2, Imam Abu Hassan Ashaari ditulis sebagai mujaddid kurun ke 3 dst…Siapakah mujaddid2 lainnya?
Selain dari itu, yang selalu dikumandangkan Dr Asri adalah ‘kesesatan’ Imam Ghazali kerana dituduh ’mencipta’ hadis2 maudhu, ‘kesesatan’ Imam Tarmizie yg dituduh menulis hadis palsu mengenai fadhilat membaca Yassin pada malam Jumaat, kesalahan2 Imam Shafie dalam memberi hukum,….Apa cerita?
Bagaimana masyarakat Malaysia nak terima, jika hukum membaca Bismillah sebagai satu ayat dalam Al Fatihah pun dikira berdosa, kerana ianya bid’ah?
Ini adalah pendapat bekas Mufti Brunei mengenai isu yaqazah… termaktub dalam kitab ‘Fatwa’ jilid 2 bilangan 63, tahun 1988, antara lain:
Menurut kenyataan beberapa orang ulama besar bahawa soal berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. pada waktu tidur (mimpi) atau pada waktu jaga, dan menerima ajaran doa, salawat atau zikir daripada baginda, adalah boleh dan Harus hukumnya, sebagaimana berlakunya pada sebilangan ulama, ahli ilmu Islam dan para Salihin. Perkara seperti itu termasuk dalam bab ‘Fadha’ilul Ilm’ (kelebihan ilmu). ‘Adapun Syariat mengenai hukum halal dan haram, telah tertutup dengan terhentinya Wahyu sesudah Rasulullah s.a.w. wafat’.
~Dato Mufti Brunei, Pehen Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz.
3 . MENJAWAB TUDUHAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD GILA DAN MURTAD
Tokku Paloh-Ulama Sultan yg digeruni British
The Grand White Mosque asalnya dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara tahun 1793 dan 1808
![]()
Istana Maziah dari kejauhan Simbol Negeri Terengganu
TOKKU PALOH : ULAMA SUFI PENASIHAT SULTAN
“Terengganu ini ada tuannya. Sila berunding dengan tuannya!(Tokku Paloh)” ; titah Sultan kepada wakil British W.L Conlay….
Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti, paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.
Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi kawasan Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik dan sering diberi peluang mewakili sultan berunding dengan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan Allah swt khususnya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembang luaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
Kerusi yg melekat seketika pada punggung penjajah!
“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun,” kata Tukku Paloh. “Tetapi kalau nak tanah, silakan. Isilah ke dalam armada tuan sebanyak mana pihak British mahu… ambillah tanah.”Itulah jawapan Tukku Paloh kepada wakil British, semasa berlaku perundingan antara pihak British dengan Tukku Paloh yang mewakili kerajaan Negeri Terengganu. Jawapan dalam bentuk sindiran itu yang diluahkan dengan tenang tetapi tegas, ternyata menyakitkan hati wakil2 British itu. mereka bangun untuk beredar. Tetapi dengan kuasa Allah, punggung mereka tidak semena2 terlekat di kerusi. Apabila mereka mengangkat punggung, kerusi turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Waktu itu Tukku Paloh bersuara secara bersahaja :“Sudahlah tuan2 hendak ambil tanah Terengganu, kerusi rumah saya pun tuan2 hendak ambil?.”Demikianlah gagalnya diplomasi British untuk menjajah Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Taktik diplomasi yang berjaya digunakan di beberapa negeri lain, gagal di negeri Terengganu kerana adanya gandingan rapat antara ulama dan umarak ( pemerintah). Tegasnya antara Sayid Abdul Rahman Al Idrus atau Tukku Paloh dengan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11 (memerintah 1881-1918).
Keturunan Rasulullah s.a.w
Dilahirkan pada tahun 1817 [1236 Hijrah] di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Tukku Paloh adalah nasab yang ke-32 daripada Rasulullah s.a.w. di kalangan keluarga Al Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein r.a. anak Sayidatina Fatimah Az Zahrah r.ha. bt. Rasulullah.Ibunya, Hajah Aminah ialah isteri pertama daripada beberapa orang isteri Sayid Muhammad yang terkenal dengan gelaran Tukku Tuan Besar. Semasa pemerintahan Sultan Omar, Tukku Tuan besar menjadi Syeikhul Ulama iaitu ketua seluruh ulama Terengganu dan dianugerahkan gelaran Paduka Raja Indra oleh baginda Sultan. Kedua2 kedudukan itu menjadikan Tukku Tuan Besar sangat dihormati dan berpengaruh di kalangan istana dan rakyat keseluruhannya.Menurut cucunya Sayid Abdul Aziz, sejak kecilnya lagi sudah ada tanda2 pelik yang mengisyaratkan Tukku Paloh akan muncul menjadi orang penting masyarakat. Satu ketika semasa Tukku Paloh berada bersama ayahnya Tukku Tuan Besar, tiba2 saja Tukku Paloh melihat seorang yang berserban dan berjubah hijau memanggilnya. Tukku Tuan Besar menahannya seraya berkata, “Engkau jangan pergi dekat dengan orang itu, nanti kamu tidak boleh bersama abah lagi.”Perkataan Tukku tuan besar itu tidak begitu pasti apa maksudnya. Tetapi yang nyata, Tukku Tuan Besar juga seorang yang kasyaf ; dapat melihat kemunculan seorang yang berserban dan berjubah hijau itu. Siapa orangnya? Wallahu a’lam.
Menuntut di Makkah, khalifah Tarekat
Tukku Paloh mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa orang ulama tempatan. Kemudian beliau mengikut jejak ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengalaman di Makkah Al Mukarramah. Di sana beliau belajar dengan ulama2 Ahli Sunnah Wal Jamaah dan khatam banyak kitab muktabar dalam berbagai bidang ilmu tauhid, feqah, tasawuf, tafsir, nahu, saraf dan lain2.Bagaimana pun yang jelasnya, Tukku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawwuf dan ilmu tareqat. Malah beliau ada mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian.Setelah lebih 10 tahun di Makkah, Tukku Paloh pulang sebagai seorang ulama besar. Beliau seorang yang warak dan terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan Tareqat Naqsyabandiah. Sepulangnya dari Makkah, Tukku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kg. Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau berkhidmat kepada orang ramai sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan saja dalam bidang pengajaran ilmu tetapi juga dalam bidang pentadbiran, pemerintahan dan jihadnya menentang mungkar dan penjajah British.
Tokku Paloh adalah Regu Sultan Zainal Abidin III – Sultan yang berketurunan orang soleh kerana Sultan Zainal Abidin I berkahwin dengan anak Tok Pulau Manis, bermakna keturunan Kesultanan Terengganu sekarang bercampur darah ulama sufi / wali Allah tersebut.
Seperti juga ayahnya, Tukku Paloh seorang yang sangat berpengaruh di kalangan istana dan menjadi tempat rujuk sultan. Malah perlantikan sultan itu sendiri mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh Tukku Paloh di kalangan istana, yang diwarisi daripada ayahnya Sayid Muhammmad bin Zainal Abidin yang terkenal dengan panggilan Tukku Tuan Besar, juga merupakan tokoh agama yang amat terkenal dan pengarang kepada lebih kurang 16 buah buku agama dan nazam.Hubungan Tukku Paloh dengan Sultan ini boleh disamakan dengan hubungan antara Sultan Zainal Abidin I [memerintah 1725-1734] dengan seorang lagi ulama besar Terengganu, Syeikh Abdul Malik bin Abdullah. Ulama yang terkenal dengan gelaran Tuk Pulau Manis ini juga dikenali sebagai wali Allah dan banyak mengarang kitab. Sebagai Syeikh Ulama dan mufti, Tuk Pulau Manis amat berpengaruh di kalangan istana dan dikatakan bertanggungjawab atas pertabalan Sultan Zainal Abidin I yang kemudian menjadi menantu beliau.Menyedari peri pentingnya pemerintahan raja yang adil yang berlunaskan hukum2 Allah s.w.t. Tukku Paloh bersama Sayid Abdullah [menteri besar ketika itu] mengetuai sokongan terhadap perlantikan Tengku Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu menggantikan Sultan Ahmad Shah II [memerintah 1876-1881].
Sokongan dua orang yang berpengaruh ini sungguh berkesan sehingga Sultan Zainal Abidin kekal sebagai raja yang berjaya menegakkan pemerintahan yang kukuh dan bermaruah walaupun usianya ketika memegang tampuk pemerintahan negeri baru 16 tahun. Kejayaan baginda itu adalah berkat mendampingi serta menerima keputusan ulama. Baginda memerintah selama kira2 36 tahun 11 bulan hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1918.
Kapal Armada British Senget!!
Rundingan pertama yang dijadualkan berlangsung di atas armada British terpaksa dibatalkan oleh British kerana dikatakan kapal armada itu beberapa kali senget apabila Tukku Paloh menyengetkan serbannya. Ini menakutkan wakil2 British yang menganggap kejadian itu satu sihir atau silap mata, sedangkan yang sebenarnya adalah karamah kurniaan Allah kepada Tukku Paloh.Ekoran itu, rundingan diadakan juga pada waktu lain dan kali ini di rumah Tukku Paloh. Untuk itu Tukku Paloh meminjam beberapa buah kerusi bagi meraikan orang putih yang tidak pandai duduk bersila itu. dengan duduk di atas kerusi, rundingan berjalan dengan panjang lebar dan antara lain wakil British memaklumkan bahawa pihaknya ingin mendapatkan tanah Terengganu dengan alasan membantu membangunkan dan memajukan negeri Terengganu.Dengan kata lain, dalam rundingan itu seolah2nya British hendak membantu memajukan Terengganu. Negeri Terengganu ketika itu berpenduduk sekitar 10,000 orang, kebanyakkannya bekerja sebagai nelayan, tukang dan petani. Mereka diakui oleh Clifford sebagai “orang Melayu yang paling pandai dan paling rajin di Semenanjung Tanah Melayu”.Tukku Paloh mempunyai pandangan yang jauh dan dapat membaca niat jahat wakil British yang mahu menguasai negeri Terengganu dan seterusnya menjajah. Lalu dengan selamba Tukku menjawab segala kehendak wakil British itu dengan penuh sindiran tanpa sedikit pun terpengaruh dengan ‘gula2’ yang diumpan oleh orang2 putih itu. Dalam pertemuan inilah berlakunya kerusi yang diduduki oleh wakil2 British itu melekat seketika di punggung mereka seperti telah diceritakan pada awal tulisan ini.Wakil2 British itu pulang dari rumah Tukku Paloh dengan hati yang berang bercampur takut akan kelebihan yang ada pada Tukku Paloh. Mereka gagal sama sekali untuk menguasai Terengganu menerusi diplomasi.Tidak berapa lama selepas itu, beberapa buah armada British datang lagi ke persisiran pantai Kuala Terengganu. Tanpa memberi sebarang amaran, armada itu melepaskan tembakan meriam dan senapang ke arah pantai dan mengarah ke udara. Serangan yang bertujuan menggertak itu telah membunuh seekor kambing di Padang Hiliran.Orang ramai menjadi gempar dan cemas dan sekali lagi Sultan Zainal Abidin menyerahkan urusan ini kepada Tukku Paloh. Lalu dengan tenang dan yakin Tukku Paloh dan bersama orang2 kanannya termasuk Haji Abdul Rahman Limbong, Syeikh Ibrahim dan Tuk Kelam serta pengikut2nya yang lain meronda sepanjang pantai. Operasi rondaan itu berjalan siang dan malam.Dikatakan ekoran dari itu, British tidak lagi membuat kacau dan semua armadanya berundur. Mengikut laporan angkatan perang British itu nampak ‘beribu2’ pahlawan Terengganu lengkap dengan senjata bersiap sedia untuk melancarkan serangan balas. Sebab itulah mereka cabut lari.Demikian kehebatan perjuangan Tukku Paloh yang mempunyai karamah menentang British berhabis-habisan. Beliau berpegang kepada falsafah: Perjuangan tidak kenal hidup atau mati. Dengan benteng iman dan takwa yang kukuh pada diri Tukku Paloh itu, pihak British gagal menjajah Terengganu sehinggalah beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1917, dan diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III pada tahun berikutnya. Perginya ulama dan umara yang berganding bahu dalam pemerintahan…
Sembahyang berimamkan Nabi Khidir a.s
Sekurang2nya dua kali Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di surau Tokku Paloh. Peristiwa pertama berlaku semasa Tukku Paloh tidak sembahyang berjemaah bersama dengan murid2nya. Para ahli jemaah mendapati ada orang asing yang berserban jubah menjadi imam pada pagi itu. selesai sembahyang, orang yang tidak dikenali itu duduk bersandar di tiang hujung di sebelah kanan balai itu sambil berwirid sebelum beliau pergi menghilangkan diri.Tukku Paloh tahu hal ini, lalu berkata kepada murid2nya,”Kamu tahu siapa yang menjadi imam tadi?”Masing2 diam dan Tukku Paloh terus berkata, “Beruntunglah kamu, yang menjadi imam itu tadi ialah Nabi Khidir a.s. Dapat pahala besarlah kamu.” Kali kedua Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai itu ketika Tukku Paloh menjadi imam.
Amalan Tareqat dan Syahadat Tukku
Selaku pembawa amalan Tareqat Naqsyabandiah, Tukku Paloh terkenal sebagai orang yang kuat mengamalkan zikir2 yang disusun oleh Syeikh Bahauddin, Syeikhul Tareqat Naqsyabandiah yang susur galurnya sampai kepada Sayidina Abu Bakar As Siddiq [makam Syeikh Bahauddin terdapat di Uzbekistan]. Begitu pula dengan amalan ibadah yang asas seperti sembahyang, puasa dan membaca Al Quran dan lain2 amalan sunat. Dengan kata lain Tukku Paloh sangat warak dan berhalus dalam beribadah.Selain mengamalkan zikir Tareqat Naqsyabandiah secara istiqamah, Tukku Paloh juga mengamalkan dan mengembangkan amalan yang disusun oleh ayahnya iaitu ‘Syahadat Tukku’. Amalan ini terus popular dan hingga kini masih diamalkan di banyak tempat di negeri Terengganu secara berjemaah dan bersendirian.Syahadat Tukku ini diwariskan kepada murid2nya. Pengikut kanan beliau Haji Abdul Rahman Limbong mengembangkan amalan ini kepada murid2 dan anak cucunya pula. Ini diakui oleh Pak Cik Ali Haji Yusof, cicit Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berkata, “Saya dapat mengamalkan syahadat ini semasa datuk [menantu Haji Abdul Rahman Limbong] dan ayah saya lagi.”Menurut beliau, amalan itu masih kekal sebagaimana dilakukan pada zaman Haji Abdul Rahman Limbong iaitu bermula dengan ratib Al Hadad dan diakhiri dengan Syahadat Tukku, sekali-sekala disusuli dengan burdah pula.
Syahadat Tokku tulisan jawi & rumi
Syahadat Tukku dituduh SESAT!
Amalan Syahadat Tukku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh sesat. Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Hj. Hussein Hj. Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang singkat saja sudah meriah dengan ramai pengikut.Tuan Hj. Hussein tidak menolak kemungkinan tidakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang2 tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau2 lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau atas alasan yang batil dan fitnah.Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitar tahun1950 itu, Hj. Hussein bercerita :“Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tukku ini.”Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Hj. Hussein sewaktu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini. “Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tukku. Selesai saya membaca semuanya, Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata ; ‘Apa yang Tuan Hj. baca itu ada pada saya.’“Rupa2nya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan ratib Al Hadad dan Syahadat Tukku.“Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang seolah2nya mengalakkan amalan ini diteruskan. Mendengarkan keputusan yang benar itu maka orang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira,” cerita Hj. Hussein lagi.Sehingga kini Hj. Hussein terus mengamalkan Syahadat Tukku bersama2 sahabat2nya, amalan pada setengah orang jahil dikatakan ‘syhadat tambahan’.Syahadat Tukku yang disusun oleh wali Allah itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur2 tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya, ALLAH SWT.
Berjuanglah Membawa ‘Air’
BERJUANGLAH MEMBAWA ‘AIR’, JANGAN MEMBAWA ‘API’
ENGKAU meluahkan rasa marahmu melalui
lidahmu
Rasa marah itu ibarat bara api gunung berapi
Luahan itu adalah laharnya
Laharnya telah melimpah-ruah
Melanda apa saja
Aduh berapa banyak harta yang musnah
Manusia yang cacat dan mati
Begitulah perjuanganmu sekarang
Kamu membawa api
Membakar jiwa-jiwa manusia
Mereka pun sakit hati
Mereka pun membawa api
membakar hati-hatimu semula
Akhirnya bakar-membakar hati terjadi
Dendam kesumat pun membara
Hina-menghina, kata-mengata terjadi
Beginikah perjuangan nabi?
Bilakah kamu berjuang membawa air
menyejukkan jiwa
Islam itu adalah indah
Bak bunga di taman
Senang-menyenangkan setiap hati
Hati bahagia dan tenang
Berjuanglah membawa air, jangan membawa api
Biarlah musuh berjuang membawa api
Kita membawa air memadamkan api
Selepas Asar, 29 - 07 - 1999
……Kalau orang menghina kita
bukan kita yang terhina
yang sebenarnya orang itu
menghina dirinya sendiri……..
Kasyaf:Ilmu Islam yg dilupakan
Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.
Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.
Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi,
Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.
Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:
1) Kasyaf Mata
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.
2) Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.
3) Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.
4) Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.
5) Kasyaf Hati
Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.
Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya.
Link berkaitan kasyaf:
Manakib ringkas Syeikh Suhaimi :-
http://heliconia.wordpress.com/2006/12/23/manakib-ringkas-as-sheikh-suhaimi/
Kasyaf seorang guru tariqah naqsyabandi
http://heliconia.wordpress.com/2006/12/27/keajaiban-abuya-ashaari-muhammad/
37 Pendita Nasrani ‘menunggu’ Imam Mahdi
Foto Hiasan : Sheikh Hisyam Kabbani bersama Putera Charles : Promoting Tolerance & ‘Moderation’ in Islam.
People who have nothing against auliya [ friends and saints of Allah] are my friends even though they claim themselves to be Wahabis of Salafis.
37 Pendita yang Masuk Islam
BismillahhirRahmanniRahim
Suatu hari saya berjalan bersama Sheikh Abdullah
Fa`iz ad-Daghestani ) di suatu pasar. Seorang
pendeta tua mendatangi Sheikh Faiz, mengucapkan
Assalamu`alaikum dan bersalam dengan beliau.
Sheikh bertanya pada saya, “Wahai Nazhim Effendi,
tahukah engkau siapa orang itu?”
Saya menjawab, “Jika
engkau katakan siapa dia, barulah saya tahu; kalau
tidak… saya harus mengatakan kalau dilihat dari
penampilannya orang itu adalah seorang pendita
Nasrani.”
Sheikh berkata, “Dia adalah salah satu
dari 37 pendita yang diperintahkan untuk menerima
Islam dan dia menerimanya.”
Sheikh Abdullah Faiz mempunyai kekuatan untuk
menjadi jalan bagi terjadinya pertukaran (agama) itu.
Kerana Rasulullah saw yang
memerintahkannya, maka Sheikh harus mencari cara
untuk melaksanakannya. Rasulullah saw meminta
Sheikh untuk mencari 37 pendita di Damaskus dan
membuat mereka masuk Islam, tanpa perlu meninggalkan
penampilan luar dan profesi mereka. Kerana perubahan
itu hanya akan menimbulkan fitnah atau cubaan yang
mereka tidak kuat menanggungnya.
Mereka hanya diminta untuk melaksanakan ibadah sembahyang ketika
dalam keadaan sendirian di ruangan mereka.
Sekarang 30 pendita di antara mereka masih hidup; dan 7 orang lainnya telah meninggal.
Di masa Imam Mahdi as, dalam waktu singkat begitu banyak umat Kristian yang akan
masuk Islam secara terang-terangan.
Sekarang anda
hanya menyaksikan tanda awalnya saja, saya bahkan boleh menghitungnya dengan jemari tangan saya. Itu tidak
ada masalah, karena kita mencari kualiti, bukan
kuantiti.
Imam Mahdi Al Shaahibuz Zaman
Sheikh Abdullah Faiz ad Daghestani mengatakan, menuju
peperangan besar nanti kuantiti tidak menjadi
masalah, yang penting adalah kualiti. Kelak, satu
pasukan Imam Mahdi as mempunyai kemampuan yang
setara dengan satu batalion tempur yang terkuat yang
pernah ada. Bilapun tercabik-cabik tubuh dan kulitnya
maka tidak akan mempengaruhi kekuatan
mereka sedikitpun.
Ketika Imam Mahdi as muncul, 12 ribu perajurit akan
berdatangan dari lima negara barat, yang hanya
diketahui oleh para auliya Allah.
Dua belas ribu
perajurit ini mempunyai kekuatan fizik dan spiritual
yang dahsyat kerana selalu dalam hadirat Allah Azza wa
Jalla, sebagai tanda iman dan takwa yang sesungguhnya.
Mereka selalu istiqamah, tidak sekalipun merubah
penghadapan mereka dari tatapan Allah dalam setiap
situasi.
Pasukan kafir tidak ada ertinya bagi mereka, hanya
dalam satu tatapan saja pasukan kafir (ingkar) menjadi
debu. Imam Mahdi as berasal dari keturunan
Sayyidina Ali k.w. Ketika Mahdi a.s bertakbir, “Allahu
Akbar !”, mereka bersiap berposisi di gerbang selatan
Damaskus.
Sheikh Nazim Adil Haqqani
Damascus, Syria : 2001
Amaran utk Blog Rufaqa Sesat, Wartawan, Ulama Rasmi!
PERINGATAN! Kpd Blogger Rufaqa Sesat serta bekas2 Arqam lain yg MEMUSUHI Abuya Ashaari Muhammad, juga kepada para wartawan2 media yg melulu membuat laporan berat sebelah SERTA Ulama Kerajaan yg berhasad…
1. Pertamanya, untuk team bekas Arqam yg memusuhi…yg digunakan sebagai jentera PEMFITNAH para ulama penguasa….. harap diingati fakta ini… jika anda semua tidak tersampai akal untuk memahami minda, visi dan keajaiban2 yg dialami oleh Abuya Ashaari Muhammad, jangan mudah kamu menuduh2 dan menghamburkan kata2 jelek dan beracun kamu hampir di mana2 di internet ini, di dalam laman2 web yg mengetengahkan isu Rufaqa ini, dengan modus operandi yg hampir sama..ie… Search ‘Rufaqa Sesat’ ‘Rufaqa Ajaib’ ‘Abuya’ ‘Ashaari Muhammad’ dan sebagainya, maka dalam list website yg terpapar, anda semua
cuba participate sebagai ahli di mana boleh, untuk sama2 membincangkan dan mengeluarkan kata2 beracun anda untuk meracuni fikiran orang awam yg tak bersalah! Hobi anda juga adalah menghantar e-mail2 panjang dan penuh fitnah, kesat, jahat, kepada siapa2 yg tidak disukai anda.. menulis artikel berjela2 untuk diposting ke blog2 peminat2 Abuya Ashaari, ke forum2 atau group awam, penuh dengan cercaan, penghinaan dan cemuhan. INGAT ILMU INI!! Keajaiban Abuya Ashaari Muhamad, hanya dapat dilihat oleh orang2 yg dikurniakan kasyaf, iaitu dari kalangan guru tariqah dan orang2 yg hampir kedudukannya dengan Allah. Orang2 awam dan orang2 yg baru mahu sampai ke makam solihin tidak dapat melihat hal ini. Hal ini ditolak oleh golongan fasik dan banyak dosa, kerana tidak kesampaian akal dan ketidakmampuan roh mereka untuk memahaminya. Manakala golongan munafik akan mentertawakan fakta ini, lebih2 lagi golongan munafiq yg beragama Islam. Untuk pengetahuan semua, golongan munafiq pada hari ini yg mengaku beragama Islam adalah lebih kejam, lebih keras penentangannya, lebih tebal sifat munafiqnya, dan lebih terbuka penentangannya terhadap golongan sufi dan mujaddid, berbanding golongan munafiq yg bukan beragama Islam!! Disebabkan usaha mereka selama ini, maka fitnah, cercaan, dakwaan palsu kepada peribadi Fata at Tamimi atau Abuya Ashaari Muhammad ini sampai bergema di mimbar2 masjid, dikumandangkan umpatan dan fitnah2 ini dalam khutbah Jumaat yg suci.. Fikirlah, semua jemaah turut sama merasa memakan daging saudara2 mereka yg tak bersalah, menghidu bau busuknya fitnah yg dihembus merata2 seperti para dukun menghembus sihirnya di buhul2. Tidak pernah difikirkah ulama2 Jabatan Agama Islam Selangor, samada sah atau tidak solat Jumaat para jemaah seluruh negeri..kerana tukang khatib berkhutbah dengan memfitnah, yg hukumnya lebih dahsyat dari membunuh = suatu yg haram dan dimurkai Allah. Apa nak dihairankan? Hard Rock Café dan hidangan arak di Hotel Concorde milik ***** pun mereka tak berani nak ambil pusing, takut mahu menegur…. Kilang arak terbesar di
Malaysia yg hembusan aroma Carlsbergnya serta zat asapnya berkepul2 hingga sampai ke minaret2 Masjid Negeri pun mereka tak kisah…. Inikan pula khutbah fitnah kepada peribadi Abuya Ashaari Muhammad, Fata at Tamimi ke seluruh negeri ..apa ana peduli..!!?? Asal puas hati ana!
2. Keduanya, juga ditujukan Kepada Para Wartawan Dari Al-Khara’ithi, Ibnu Abid-Dunya dan Baihaqi meriwayatkan sebuah Hadith berasal dari Abi Hurairah yang beliau berkata, bahawasanya RasuluLLAH S.A.W bersabda: ”Fitnah itu sedang tidur. ALLAH melaknat orang yang membangunkannya.” Pelbagai “cerita-cerita” yang di laporkan di akhbar di
Malaysia yang tidak professional dari segi penggunaan bahasa dan cara di-execute-kan, terbukti teramatlah lemah kualiti kewartawanannya Media masa semata2 ingin mengaut keuntungan perbuatan mereka itu.Disebabkan pihak media mengapi-apikan keadaan, masyarakat menjadi keliru dengan situasi sebenar. Ini sesuatu yang merbahaya yang melanggar Sunnah Rasul S.A.W. Ambil satu contoh; bila disebut perkataan “Wali ALLAH”, pihak media/ wartawan seolah-olah memperlekehkan watak Auliya’ALLAH. Seringkali gelaran itu disamarkan sebagai “sesat” atau “menyeleweng” atau dipersendakan. “…sesiapa yang memusuhi Wali-KU, akan AKU isyhtihar PERANG terhadapnya…” [Hadith Qudsi] Bila fakta telah diputar belitkan dan hukum agama diabaikan, maka masyarakat akan bersangka buruk. Di Akhirat kelak, para wartawan akan disoal-siasat di MAHKAMAH ALLAH akan laporan yang dibuatnya semasa didunia dan kerana dosa-dosa itu; dikhuatiri mereka dicampakkan ke Neraka ALLAH yg Maha Adil. APAKAH HUKUM MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM? Haram hukumnya dan akan kembali kepada si penuduh, tidak boleh mengkafirkan seseorang kecuali setelah ia melakukan sesuatu yang telah di’ijmakan oleh ulama’ pengharamannya. Dari Ibn Umar r.a. dia berkata; RasuluLLAH s.a.w. bersabda, “Apabila berkata lelaki kepada saudaranya ‘wahai Kafir’, maka sesungguhnya telah mengenai salah seorang daripada mereka dengannya, jika benar apa yang dikatakan. Jika tidak, kembalilah kekafiran itu kepadanya.” Daripada Abu Zarrin, bahawa dia telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa menuduh akan seorang lelaki dengan kekufuran dan dia telah berkata ‘musuh bagi ALLAH’ melainkan kembali padanya.” Jelaslah bagi kita bahawa menuduh seseorang Islam itu kafir, syirik dan sebagainya adalah satu fitnah besar. Dan kesannya kepada yang kena fitnah adalah juga besar. Sebabnya, kalau masyarakat Islam termakan fitnah itu, bererti orang yang kena fitnah itu tidak diterima lagi disisi masyarakat Islam. Sebab itu ALLAH berfirman dalam Al-Quran; “Fitnah itu lebih besar dari membunuh..” (Surah Al Baqarah:191) Sebab, kalau orang itu dibunuh, kisahnya selesai disitu sahaja. Tetapi si kena fitnah, dia masih hidup dan terpaksa menanggung beban fitnah itu sehinggalah namanya dibersihkan.
3. Ketiganya, ini juga ditujukan kepada Ulama Penguasa Islam ialah satu kebenaran mutlak yang datang dari ALLAH s.w.t, termaktub ajarannya dalam Al Quran dan Hadith. Siapa yang dapat mencari, memahami, mengikuti, mengamal dan memperjuangkannya maka individu itu termasuklah dalam senarai orang yang benar, yang ada hak untuk bercakap, memberi pandangan dan fatwa mengenai Islam itu. Fatwa bukan terbatas diberi oleh ulama rasmi sahaja. Mana ada undang2 Allah yg menyatakan demikian! Contohnya, dalam masyarakat kita, mana fatwanya??
Menurut ajaran Islam, yang jelas tertulis dalam Al Quran, riba itu haram, bergaul bebas lelaki dan perempuan ajnabi, apalagi bersalaman antara mereka, juga haram. Mendedah aurat haram, mengumpat, memfitnah, menuduh, menipu, menggelapkan wang, berzina, berjudi, membazir, arak dan lain-lain semuanya haram. Apa yg dapat dilakukan ulama rasmi untuk menangani isu ini? Oleh itu, ilmu sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu Mukmin sejati. Iman dan taqwa mesti dicari juga melalui amalan-amalan dan mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu) yang sungguh-sungguh untuk mendorong ilmu-ilmu tadi dapat diamalkan sebaik-baiknya.
4. Akhir kata…berkaitan KEAJAIBAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD… Apa yang dihairankan dengan keajaiban2 itu. Sedangkan David Copperfield si pengamal sihir juga wakil Dajjal pun suatu hari nanti boleh menghidupkan orang yg sudah mati. Allah itu Maha Berkuasa! DIA boleh mengizinkan apa sahaja kepada hambaNya.Tiada siapa yang boleh mengawalNya. Yang diberi tu mungkin berbentuk mukjizat, karomah, maunah atau istidraj, bergantung kepada siapa yangdiberikanNya. Suatu perkara yang sama bila diberi pada Nabi dan Rasul, namanya mu’jizat, kalau kepada para auliya Allah namanya karomah,kalau pada orang soleh namanya maunah dan kalau pada orang kafir,munafiq atau fasik namanya istidraj. Pelik sangat kah? Ini baru menangguhkan kematian, hal kecil sahaja.
Ada auliya yg [bukan Rasul atau Nabi ] yg boleh menghidupkan orang mati dengan izin Allah Taala. Allah juga telah mengizinkan Nabi Isa as untuk menghidupkan orang yg telah lama mati, ini mu’jizat, Allah juga telah mengizinkan Firaun untuk untuk menghidupkan orang mati, ini namanya istidraj. Moga-moga ALLAH TAALAmemancarkan NurNYA kedalam kalbu kita dalam memahami AYAT-AYATNYAbukan saja yang tersurat tetapi yang tersirat juga. SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG DISESATKAN OLEH ALLAH TAALA MAKA TIADA SIAPA YANGBOLEH MEMBERI PETUNJUK KEPADANYA. DAN SESIAPA YANG DIBERI PETUNJUKOLEH ALLAH TAALA MAKA TIADA SIAPA PUN YANG BOLEH MENYESATKANNYA.
Ingatlah jika Allah telah menunjukkan kemarahanNya kepada penduduk suatu negeri, maka itu adalah atas keadlilanNya
HARUS MENGUMPAT ORANG YG BERBUAT FASIQ
Sebagaimana maksud satu hadis.. “Sebutlah kejahatan orang2 lacur supaya orang berhati2 daripadanya.” Jika tidak diberitahu kepada orang awam perbuatan buruk mereka, maka dikhuatirkan akan membawa kerosakan yg lebih parah ke atas masyarakat umum disebabkan akhlak buruknya.
Hayati kata2 hukama “Umpat dan mengadu domba itu berupa jamuan orang2 fasiq, dan hiburan para wanita fasiq, umpama lauk2 bagi anjing2 berupa manusia, dan tempat buang najis, bagi orang2 bertaqwa”
Imamul Mahdi is Mysterious?
|
IMAM MAHDI IS MYSTERIOUS Imam Mahdi is mysterious, Imam Mahdi is a sensitive issue? 300 years after the demise of Prophet Muhammad(peace be upon him),the Islamic nation started to split / disunite, |