Dalam kitab tasawwuf bertajuk Ad Darun Nafis karangan
Syeikh Muhammad Nafis bin Idris ibnul Hussin Al Banjari,
ada tertulis yg berikut…
Sabda Nabi SAW,
Ertinya ” Jangan kamu ceritakan kepada manusia akan ilmu yang tidak sampai
kepada akal mereka itu, adakah kamu menghendaki bahawa diperdustakan
oleh mereka itu akan Allah dan RasulNya?’
Berkata lagi Abu Hurairah ra..
Ertinya ” Aku memperolehi daripada Rasulullah SAW dua buah bijana ilmu.
Satu daripadanya boleh kunyatakan,
manakala satu lagi, tidak boleh kunyatakannya.
Jika aku menyatakannya,
nescaya halkumku disembelih orang.”
…..Riwayat Bukhari.
Telah berkata Zainul A’bidin bin Al Hussin bin Ali bin Abi Talib ra..
Ertinya..” Sesungguhnya aku sembunyikan segala yg indah2 daripada ilmuku,
supaya tidak dilihat oleh orang jahil, maka sudah pasti ia akan
memfitnahkan aku..”
Berkata Sahl bin Abdullah At Atasturi qs
Ertinya ” Jangan kamu beritahu kepada orang2 yg baru belajar itu
segala rahsia sebelum tetap
pada mereka itu syariat dan tarikat”
Sebagaimana Nabi Allah Isa as berkata..
” Jangan kamu menggantungkan mutiara pada leher babi.”
************************************************************
Kejadian benar yg saya petik ini telah berlaku sebelum Ustaz Ashaari Muhammad menulis buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam.
Pengamal tarekah Naqsyabandi yg diceritakan di bawah ini ( sudah almarhum) adalah salah seorang ulama sufi yg turut menyumbangkan ilmunya dan membantu Abuya menulis buku tersebut.
Pada suatu hari Abuya Ashaari Muhammad telah menerima sepucuk surat yg panjang dan tebal beserta isinya yg tidak elok dari seseorang yg tidak dikenali.
Semasa itu memang musim fitnah sedang melanda jemaah darul Arqam terutama oleh Utusan Malaysia.
Dipendekkan cerita akhirnya diketahui yg menulis surat itu adalah Cikgu Maarof, pengamal Tarekat Naqsybandi yg tinggal di Batu Pahat, Johor.
Lalu Abuya Ashaari Muhammad dan rombongannya menziarahi Cikgu Maarof di rumahnya.
Cikgu Maarof tidak disangka2 telah menyambut Abuya dengan penuh terharu,memeluk beliau sambil menangis dalam jangka masa yg cukup lama, hingga basah baju kedua2 mereka.
Setelah itu, barulah Cikgu Maarof bersalaman dgn ahli rombongan Abuya yang lain.
Rupa2nya pengamal tarekat Naqsyabandi ini, telah dikurniakan ilmu kasyaf oleh Allah SWT. Kata Allayarham, semasa Abuya dalam perjalanan memasuki rumah beliau, yang mengiringi rombongan tersebut adalah malaikat2 utama
termasuklah Jibril as, Izrail as, dan Israfil as.
Dan malaikat2 telah berbisik kepada dirinya ( Cikgu Maarof) ‘Inilah pejuang2 haq akhir zaman.”
Setelah hampir seminggu selepas tamu2 itu datang, rumah Cikgu Maarof masih berbau wangi, hinggakan baju yg digunakan semasa memeluk Abuya pun tidak dibasuh kerana wanginya.
Kain lap tangan yg diguna Abuya turut berbau wangi.
Inilah antara bukti2 zahir yg Ustaz Ashaari Muhammad adalah seorang yang membawa Islam yg benar.
PETIKAN : SUMBER EKSKLUSIF






