Amanat Sheikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi

1.Hendaklah banyak dan selalu bersembahyang  sunat Taubat setiap kali atau sebaik sahaja melakukan dosa atau ketika merasa diri berdosa.Bertaubat hendaklah bersungguh-sungguh dan menangislah, sebaik-baiknya sehingga mengeluarkan air mata, berasa takut dengan azab Allah yang Maha dahsyat itu.

2. Banyakkanlah menangis dan mengadukan hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.      

3. Bermunajatlah (berdialoglah) secara langsung dengan Allah di waktu sendirian ketika sunyi (di tempat sunyi) kerana cara itu hijab dengan Allah itu terbuka.Dalam munajat itu mintalah supaya mati dalam di dalam beriman dan Islam dan supaya Allah membantu kita yang lemah ini.

4.Hendaklah menjauhi semua perkara yang haram dan makruh sama ada perkara zahir mahupun batin.

5.Sentiasalah dalam berkeadaan berwudhuk. Sekiranya terbatal, maka diambil semula. Orang yang berhadas, walaupun hadas kecil (tidak berwudhuk) akan terhijab dirinya daripada Allah.

6. Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia. Hendaklah lidah dibasahi dengan selawat lantaran rindu kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang selalu berselawat kerana rindu kepada Rasulullah SAW, barulah Rasulullah  SAW akan rindu kepadanya. Sesiapa yang mencintai Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW pun akan cinta kepadanya dan  di akhirat baginda akan memberikan syafaat.

7. Perbanyakkanlah sembahyang sunat Dhuha kerana ia boleh  menenangkan hati. Setelah sembahyang Dhuha ikutilah pula dengan membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebanyak mungkin yang kamu termampu.

8. Hendaklah redha dengan Allah. Sesiapa yang tidak redha  dengan Allah, maka di dalam hadis Qudsi, Allah telah mencabar supaya mencari Tuhan lain selain daripada-Nya. Hendaklah redha dengan Rasulullah SAW dan rasul-rasul yang lain.

9.Jangan tidur di waktu malam. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, munajat, mengenang dosa dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Sesiapa yang tidur banyak di waktu malam bererti dia lalai daripada mengingati Allah. Malam adalah masa yang terbuka hijab di antara hamba dan Allah.

10. Hati kita jangan dibiarkan lalai, hendaklah sentiasa beristighfar, bertasbih dan berwirid.

11.Jangan berhutang. Kalau berhutang, jelaskan segera walaupun 10 sen. Kerana sesiapa yang mati walaupun mati syahid, sedang dia menanggung hutang, maka ia tidak akan dapat masuk syurga.

12.Sentisalah ingat akan mati kerana orang yang ingat mati dekat dengan Allah.

13. Hendaklah bersangka buruk dengan diri sediri, dan bersangka baiklah dengan orang lain (sahabat).

14. Redhalah dengan sebarang takdir ketentuan Allah yang menimpa sama ada perkara itu baik atau buruk.

15. Suami adalah perantaraan (pembawa) isteri ke syurga.Oleh itu taatlah kepada suami bersungguh-sungguh. Semoga nanti dapat masuk syurga di mana yang dikehendaki. Kalau bersalah dengan suami walaupun kecil, bersegeralah minta maaf. Sentiasalah bermanis muka dan memberikan senyuman mesra kepada suami. Jangan melakukan perkara yang boleh menyentuh dan menyinggung hati suami.

16. Setiap kali mengakhiri doa, akhirilah dengan berdoa untuk semua guru-guru kamu.

Sheikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi

About these ads

3 Comments on “Amanat Sheikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi”

  1. Wakil Nasab says:

    Mana awak dapat amanat Syeikh Suhaimi tu? Kami di Klang ni pun tak pernah diberitau amanat ni. Tolong berikan dari mana sumbernya. Terima kasih

    Like this

  2. heliconia says:

    Bukan semua penduduk Klang dapat amanat ini.

    Like this

  3. zamani says:

    amanat ni menyuruh buat kita buat baik.. siapapun dimana pun apapun yg penting kearah kebaikan.. bkan jalan kesesatan.. tak perlu nak………………………………………………………………………………………………………………………

    Like this


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,061 other followers