Ijtihad siapa Imam Mahdi : Pengakuan Cucu Sheikh Suhaimi
Ustaz Taha Suhaimi
Dari mana pada awalnya, Ustaz Ashaari Muhammad mendapat maklumat bahawa Syeikh tariqatnya, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi, [seorang wali Allah berketurunan Rasulullah SAW] itu bakal muncul sebagai Imam Mahdi?
Salah satu sumber alam zahirnya [sumber bukan dari alam wali ] adalah bersandarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Al Fadhil Almarhum Ustaz Muhammad Taha Suhaimi, cucu kepada Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi sendiri, seperti yang tersiar di dalam akhbar Sunday Times, Singapura pada 13 Julai 1986.
Ketika itu tiada apa-apa dakwaan dari Majlis Ugama Islam Singapura [MUIS], atau Pusat Islam Malaysia [sekarang JAKIM] bahawa Ustaz Muhammad Taha Suhaimi telah sesat. Tetapi apabila perkara ini disebut oleh peribadi yang bernama Ustaz Ashaari Muhammad, terus melentinglah ulama-ulama Pusat Islam Malaysia … lantas menuduh Ustaz Ashaari sesat dan menyesatkan.
Terdapat beberapa alasan utama, mengapa cucu pengasas Aurad Muhammadiah membuat dakwaan terhadap datuknya itu..
1) Pengakuan itu adalah lanjutan daripada pendedahan2 lain yg dibuat di dalam buku Manakib (semacam Biografi) Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi itu. Buku itu ditulis di dalam bahasa Jawa, dan seperti manaqib Syeikh tariqat lain, tidak dimaksudkan untuk sebaran umum, ia hanya untuk pengamal Aurad Muhammadiah sahaja. Pendedahan awalnya telah dibuat oleh anak Syeikh Suhaimi itu sendiri iaitu Ustaz Muhammad Fadhlullah As Suhaimi.
Ustaz Fadhlullah Suhaimi - Penulis Manaqib
2) Pengamal Aurad ini sudah berkembang pesat di Pulau Jawa, Singapura, Johor, Sumatera dan lain-lainsemasa itu, jadi pengakuan itu adalah khas untuk meyakinkan pengamal2 aurad tersebut.
3) Menentukan siapa dia Imam Mahdi secara khusus hukumnya adalah harus dan tidak merosakkan akidah. Ini memandangkan persoalan ini adalah soal khilafiah sahaja. Atas dasar itu, Ustaz Muhammad Taha mengumumkan kepada pengamal Aurad Muhammadiah khususnya dan orang ramai amnya, bahawa datuknya itu bakal muncul sebagai Imam Mahdi. Ini berdasarkan beberapa isyarat dalaman yang diterimanya berkat Aurad yang diamalkannya sejak dahulu.
Beliau yakin ijtihadnya benar dan mendapat pahala kerana beliau yakin sudah mendapat ilmu yang cukup dan mencapai tahap mampu mengeluarkan ijtihadnya sendiri.
4) Pengakuan di akhbar itu tidak dibuat oleh Syeikh Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi itu sendiri, juga, bukan dari khayalan cucunya itu, juga tidak bertujuan duniawi. Pengakuan itu dibuat berdasarkan fakta dan sumber-sumber meyakinkan akan kebenaran pengakuannya itu.
Tiada berlaku kesilapan fahaman antara ucapan beliau dengan apa yang dicatat wartawan. Beliau sendiri bertanggungjawab penuh terhadap pengakuannya mengenai datuknya itu. Sebelum pengakuan itu dibuat, beliau sudah mengkajinya bersungguh-sungguh dan mendapat segala maklumat yang diperlukan dari orang-orang soleh yang masih hidup, yang semasa itu sudah berumur lanjut dan pernah berjumpa sendiri dengan datuknya itu.
5) Pengakuan ini satu ijtihad, jika betul akan mendapat dua pahala, jika salah tetap mendapat satu pahala. Oleh kerana konsep SIAPA Imam Mahdi adalah furuk dan ikhtilaf di dalam Islam, tidak salah berijtihad mengenainya. Samada benar atau salah, tidak sampai menjejaskan akidah sebagai seorang Islam.
Orang-orang awam tidak akan terjejas apa-apa dalam soal ini, malah tidak dipaksa mempercayainya.
6) Pengakuannya tidak bermotifkan politik dan dia tidak menganggotai mana-mana parti. Beliau seorang guru agama yang gigih berjuang menegakkan hukum Allah [pernah menjadi presiden Mahkamah Syariah, Singapura]. Beliau juga bukan anggota jemaah Al Arqam hinggalah ke akhir hayatnya.
Dalam laporan akhbar itu Ustaz Muhammad Taha Suhaimi mengatakan datuknya belum mati.
——————————————————————–
Menurut Ustaz Ashaari Muhammad, beliau [Ustaz Ashaari] sendiri telah menemui ramai orang-orang tua [ahli zikir dan abid] yang hidup sezaman dengan As Sheikh Muhammad bin Abdullah itu, yang satu sama lain tidak kenal mengenal..yang melihat sendiri fizikal dan karomah-karomahnya.
Mereka berkata..
“ As Sheikh Saiyidi Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi itu mempunyai nama, sifat dan alamat betul-betul seperti apa yang dikatakan di dalam hadis-hadis mengenai Imam Mahdi.
Namanya Muhammad bin Abdullah, Ibunya Aminah, Berketurunan Arab dari Rasulullah SAW (generasi ke 33).
Kulitnya seperti kulit Arab [putih kemerahan]. Bentuk badan macam Israel [besar tinggi]
Ada tahi lalat di pipi kanan.
Hidungnya mancung serta berjanggut tebal.”
Seperti Ustaz Taha Suhaimi, mereka juga mengatakan Syeikh Suhaimi itu belum mati. Dan mereka percaya bahawa dialah bakal Imam Mahdi yang sebenar.
Ketika mula-mula mendengar cerita ini lama dahulu, Ustaz Ashaari susah mahu mempercayainya.
Di mana logiknya, seorang yang telah diusung ke pusara, dikebumikan pada tahun 1925M di Klang Selangor, dikatakan tidak mati?
Tetapi memandangkan orang-orang yang bercerita itu adalah ulama-ulama [anak cucu Sheikh Suhaimi] yang alim-alim dan lulusan universiti serta orang2 tua lain yang ahli ibadah, ahli wirid yang soleh2 dan warak2 maka Ustaz Ashaari mengambil sikap tawaqquf [yakni tidak menolak atau mengiakan kerana khabar itu sudah mutawattir].
Beliau mengambil sikap tawaqquf bermakna beliau tidak menolak.
Kerana, jika peribadi Sheikh Suhaimi ini sudah mati, mana mungkin dia bakal menjadi Imam Mahdi. Jika dikaji di dalam Al Quran dan Hadis, tidak mustahil ia berlaku bermaksud seseorang dipanjangkan umur atas kehendak Allah.
Contohnya:
1) Allah SWT telah merubah wajah seorang pengikut Nabi Isa a.s menjadi betul-betul seperti wajah Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s yang sebenarnya telah diangkat oleh Allah ke langit dan belum dimatikan. Demikianlah kehendak dan kuasa Allah.
2) Kuasa Allah SWT juga telah menidurkan tujuh orang pemuda di gua ( Ashabul Kahfi) selama tiga abad.
3) Nabi Allah Uzair juga dikatakan mati oleh kaumnya, tetapi 100 tahun kemudian dia muncul kembali.
Ustaz Muhammad Taha Suhaimi bercerita di Sunday Times Singapura 13 Julai 1986…
Pada hari Kiyai Agung di bawa ke kubur, seorang muridnya telah berjumpa dengannya di Port Klang dan beliau telah berkata kepada muridnya..“
“Pergi lihat apa yang sedang berlaku di rumahku [di Klang]”.
Si murid pun pergilah ke rumah Sheikh Suhaimi dan mendapati orang ramai sedang menguruskan jenazah tuan gurunya itu.
Menurut Kiyai Mustahab, salah seorang kanan Sheikh Suhaimi, sewaktu pengebumian, di mana sebaik sahaja diletakkan jenazah Sheikh Suhaimi ke dalam liang lahad, nampaknya hanya kain kafan yang tinggal.
Hal ini tidak diketahui orang lain, Kiyai Mustahab hanya bercerita kepada orang-orang tetentu sahaja, bukan untuk diumumkan buat masa itu.
Kita cukup sedar bahawa telah banyak berlaku Imam Mahdi palsu sebelum ini. Dimulai sejak kerajaan Bani Umaiyah ke zaman Bani Abbasiyyah….
Di India, Mirza Ghulam Ahmad, Di Sudan pun suatu waktu dahulu ada Mahdi palsu. Di Indonesia pengasas tarikat Mufarradiah telah mengaku sebagai Imam Mahdi.
Di Makkah pada 1 Muharram 1400H seorang lagi Imam Mahdi palsu bangkit, iaitu Muhammad bin Abdullah Al Qahtani.
Di dalam manaqib Sheikh Suhaimi yang panjang itu, banyak diceritakan karomah2 Sheikh Suhaimi sebagai seorang waliAllah , beliau pernah berada dalam tiga tempat pada satu masa dan banyak lagi karomah2 lain.
Manaqib ini telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu.
Kisah2 wali Allah ada disebut dalam Al Quran iaitu Asif bin Barkhaya yang mengangkat singggahsana Permaisuri Balqis, Kisah Maryam ibu Nabi Isa, dan Ashabul Kahfi.
Kisah2 wali lain iaitu para umat nabi Muhammad SAW juga banyak….Kisah Saiyidina Umar Al Khattab r.a yang boleh memperdengarkan khutbah kepada tenteranya Sariah yang beratus batu jaraknya daripada beliau, Ibnu Umar yang boleh menjinakkan singa, kisah seorang Wali dari Jawa yang telah pergi solat Jumaat di Masjidilharam dalam perjalanan sedetik sahaja, lalu menghadiahkan buah durian kepada tuan gurunya di sana, kisah Syeikh Nawawi Bantan, bila dibukakan keranda untuk dikebumikan jenazahnya, jenazahnya sudah tiada, lalu dikebumikanlah kerandanya itu.
Jadi satu persoalan pokok di sini adalah menentukan Imam Mahdi adalah persoalan khilafiah dan boleh diijtihadkan.
Ijmak ulama menentukan demikian kerana hanya satu Imam Mahdi hak yang akan muncul..Ijtihad demi ijtihad, satu ijtihad sahaja yang akan benar….
Dan mempercayai ijtihad siapa Imam Mahdi itu tidak langsung menyesatkan akidah seseorang Muslim.
——————————————————————-
Sumber Rujukan :
1. Imam Mahdi : Rahsia Kegemilangan Umat Islam Pd Zaman Moden:2002 Hawari b. Abd Malik[Limited Edition dan Edaran Eksklusif : Saiz A4 : 477 pages]
2. Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam : Sekaligus menjawab tuduhan:1986 : Ustaz Ashaari Muhammad.






Insyallah yang benar akan terbukti jua nanti bersabarlah.
Kebenaran itu milik Allah. InsyaAllah Pemilik Kebenaran itu yang akan membelanya.
Sering saya meninjau mereka yang tidak menyukai peribadi Ustaz Ashaari, dengan sewenang2nya memfitnah dan mencerca beliau [di internet] seolah2 tiada setitis pun kebaikan yang telah dibuat oleh beliau.
Saya teringat kisah jalan yang disusuri Rasulullah SAW, yg dilumuri najis manusia, juga kisah seorang buta yang terlalu benci kepada baginda hingga tidak sanggup mendengar namanya..
Namun, apabila kebencian melulu itu tidak dapat terbendungkan, segala keburukan dan kejelekan akhlak musuh beliau itu terserlah sendiri tanpa mereka sedari.
Masyarakat akan menilai.
saya yakin,dgn berita ini.
Saya ada mendengar langsung dari belahan keluarga Syeikh Suhaimi di Wonosobo,Almarhum mbah Fatah.
Syeikh Suhaimi memang bernama MUHAMMAD. Ayahnya pula bernama ABDULLAH, ibunya AMINAH. Ayah Abdullah bernama Syeikh UMAR Sutodrono. Seorang Sayyid Arab yang dibawa ayahnya yang bernama Sayyid Abdurrahim Asy Syaibani pergi ke tanah jawa.
Syeikh Umar merupakan panglima perang Pangeran Diponegoro. Diponegoro dikenal oleh orang jawa bahawa beliau pernah berjumpa (yakazah?) dengan Ratu Adil Berserban Hijau di sebuah bukit di wilayah Yogjakarta.
Yang tersirat, Syeikh Umar ini punya 6 orang anak, kelima anaknya memiliki nama Jawa, hanya anak bongsu sahaja diberi nama ABDULLAH. Bukan saja2..
Kesemuanya menjadi wali2 Allah yang mashyur dan berperanan. Begitulah mulia keturunan ini.
From Sheikh Fadhlullah as Suhaimi antara ulama pengasas PAS, 2008/04/30 at 2:57 PM