Manakib Ringkas As Sheikh Suhaimi
Asy-Syeikh Muhammad as-Suhaimi dilahirkan di Kampung Sudagaran di daerah Wanasaba(Wonosobo) di dalam negeri Jawa, Indonesia, pada 14 Jamadil Akhir 1259 Hijrah@12 Julai 1843 Masihi. Gelaran “AS-SUHAIMI” itu ialah ketika beliau sedang menjelajah timur tengah dan tiba di Syria, lalu beliau telah sampai di satu bandar yg bernama “SUHAIM” dan membuat keputusan hendak memakai gelaran dari nisbah tempat tersebut iaitu “AS-SUHAIMI”.
NASAB KETURUNAN/ASAL USUL SYEIKH SUHAIMI.
Nasab Syeikh Muhammad as-Suhaimi adalah sebagaimana berikut:
*Muhammad bin `Abdullah bin
*`Umar bin `Abdur Rahim bin
*`Abdur Karim bin Muhyiddin bin
*Nuruddin bin `Abdur Razzaq al-Madani bin
*Hasan bin `Ali bin
*Ahmad bin Abu Bakr asy-Syaibani bin
*Muhammada Asadullah bin Hasan at-Turabi bin
*`Ali bin Muhammad al-Faqih bin
*`Ali bin Muhammad Sohibul Marbat bin
*`Ali Khali bin `Alawi ats-Tsani bin
*Muhammad bin `Alawi al-Awwal bin
*`Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin
*`Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin
*`Ali al-`Aridhi bin Jaa`far as-Sadiq bin
*Muhammad al-Baqir bin `Ali Zainal `Abidin
*bin Sayyidina Husain bin Sayyidina `Ali
*bin Abu Talib,
dan sedia maklum bahawa ibu kepada Sayyidina Husain ialah Fatimah binti Rasulullah s.a.w.
Dan untuk pengetahuan, bahawa nasab Syeikh Suhaimi yg sampai pada “Muhammad Asadullah” itu bertembung dgn nasab Waliullah Habib Nuh al-Habsyi yg wafat pada 14 Rabi`ul Awwal 1283 Hijrah@27 Julai 1866 Masihi.
NASAB HABIB NUH AL-HABSYI
*Nuh bin Muhammad bin
*Ahmad bin `Idrus bin
*al-Hadi ats-Tsani bin `Idrus bin
*al-Hadi al-Awwal bin Ahmad Sahibus Syu`aib
*bin Muhammad bin `Alawi bin
*Abu Bakr al-Habsyi bin `Ali bin
*Ahmad bin Muhammad Asadullah.
Maka nasab Habib Nuh yg sampai kpd Muhammad Asadullah itulah yg bertembung dgn Syeikh Suhaimi.
`ILMU2 DAN GURU2NYA.
Selepas beberapa tahun Syeikh as-Suhaimi menuntut di “Pondok Sulu Tiang” dan seterusnya di “Pondok Termas” di Negeri Jawa, maka iapun berangkat pula ke negeri Makkah al-Mukarramah dgn seorang diri utk menunaikan fardhu Haji dan juga utk menyambungkan pelajarannya di sana.
Diantara `ilmu2 yg dipelajari oleh Syeikh Suhaimi semasa berada di Makkah ialah seperti ilmu Nahu, Ilmu Saraf, Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqih, Ilmu Tafsir Quran, Ilmu Hadits, Ilmu Usul Fiqih, Ilmu Falak, Ilmu Sejarah Islam dan Ilmu Tasawwuf.
Diantara guru2nya semasa berasa di Makkah ialah:
*Maulana As-Sayyid Ahmad Dahlan (mufti Makkah ketika itu)
*Maulana As-Sayyid Bakri Syata
*Maulana As-Sayyid `Abdullah Az-Zawawi
*Maulana Asy-Syeikh Nawawi Banten
Dan lain2 guru lagi dari Makkah,Mesir dan Jawa.
Setelah Allah Ta`ala mengurniakan fahaman kpd Syeikh Suhaimi terhadap `ilmu2 syari`at dan Tasawwuf maka Syeikh Suhaimi telah berasa ingin pula hendak mencari “Ilmu Mukasyafah”.
Maka semakin kuatlah cita2 Syeikh Suhaimi hendak mencari seorang guru yg boleh memandunya supaya ia boleh mendapat ilmu Mukasyafah itu. Di dalam pengembaraannya di negeri2 Syria, Mesir, Baghdad, Istanbul,dan lain2 lagi,maka Syeikh Suhaimi belum lagi berjumpa dgn seorang guru yg boleh memandunya supaya ia boleh mendapat ilmu Mukasyafah itu. Tetapi akhirnya beliau telah mendapat khabar daripada segolongan org yg Soleh bahwa guru yg seperti itu ada di negeri Mesir dan sdg menginap di sebuah desa yg tertentu.
Mendengar khabar itu, beliau pun berangkat menuju ke tempat tersebut utk berjumpa dgn guru yg boleh memandunya supaya mendapat ilmu Mukasyafah itu. Maka setelah beliau berjumpa dgn guru itu, maka guru itu menyuruh Syeikh Suhaimi masuk ke dalam sebuah bilik lalu pintu bilik itu terus di tutup dan dikunci dari luar. Di dalam bilik itu kelihatan ada alat2 utk beribadah dan utk bersuci.
Tiap2 pagi Syeikh Suhaimi diberi susu dan sekeping roti dan tdk diberi apa2 makanan lagi sepanjang hari dan malam dan lamanya hal itu ialah 40 hari 40 malam. Tetapi setelah habis masa yg tersebut itu, tiba2 didapati roti itu masih ada cukup 40 keping, yakni Syeikh Suhaimi hanya minum susu saja sebyk 40 gelas sepanjang tempoh tersebut dan roti itu tidak dimakannya sedikit pun.
Maka setelah Syeikh Suhaimi berkhalwah selama 40 hari, maka iapun diizinkan pulang daripada tempat tersebut. Lalu ia keluar daripada biliknya dan memohon utk meninggalkan gurunya tadi. Kemudian beliau singgah di sebuah masjid, tetapi ketika ia masuk ke dalam masjid itu, tiba2 ia telah terperanjat besar dan hairan kerana ia melihat org2 yg sedang berwudhu` atau sedang bersolat disitu ada yg kepalanya berupa anjing atau khinzir dan lain2 binatang lagi namun ada juga yg tetap berupa manusia.
Maka yg dilihat oleh Syeikh Suhaimi itu ialah roh manusia yakni ada roh manusia yg berupa kepala anjing,khinzir dan lain2 binatang lagi. Maka peristiwa ganjil yg dialami oleh Syeikh Suhaimi itu adalah satu daripada contoh2 ilmu mukasyafah yg diperolehi olehnya, iaitu ia dpt melihat perkara yg ghaib yg kebykkan org tdk boleh melihatnya.
KEMBALI KE TANAH AIR
Setelah 12 tahun Syeikh Suhaimi berada di Makkah dan di negeri2 Arab yg lain, serta ia berasa sudah tercapai dan berhasil maksudnya, maka iapun berangkat belayar kembali ke Singapura lalu bermukim di Singapura dan tinggal di Kampung Dalam (iaitu di dua buah rumah,no.21&23 Clyde Street, berhadapan dgn Masjid Maa`ruf yg kini telah dirobohkan).
Setelah bermukim di Singapura maka Syeikh Suhaimi barulah pergi ke Tanah Jawa tetapi tidak lama disana beliau pun kembali semula ke Singapura. Kemudian iapun mendapat sebidang tanah di Klang,Selangor, iaitu di daerah Teluk Pulai, dan Syeikh Suhaimi telah membuat rumah di sana tetapi ia tetap berulang alik antara Klang dgn Singapura.
ASAL/PUNCA `AURAD MUHAMMADIYAH
Sebagaimana sudah diketahui umum, bahwa Syeikh Suhaimi ada mempunyai “Aurad” atau “Thariqat” yg mengandungi bacaan ayat2 Quran, Syahadah dan Selawat kpd Rasulullah s.a.w yg dibaca tiap2 solat.
Maka asal/punca Syeikh Suhaimi mendapat `aurad itu ialah, bahwa Syeikh Suhaimi ada mengamalkan banyak zikir2 daripada ayat2 Quran dan lain2nya yg perlu dibaca pada tiap2 hari atau pada tiap2 jangka masa yg tertentu. Dari itu, Syeikh Suhaimi mulalah berasa keberatan serta tidak cukup masa utk mengamalkannya dgn sempurna. Lalu iapun berdo`a kpd Allah supaya ditunjukkan cara2 utk meringkaskan amalan2 itu atau apa cara utk mengatasinya.
Maka tidak lama selepas ia berdo`a itu maka ada seorang gurunya telah mengarahkan Syeikh Suhaimi supaya pergi ke Makkah dan masuk ke dlm Kaa`bah selepas tengah malam. Dan guru itu juga menyuruh Syeikh Suhaimi berdiri di suatu sudut di dalam Kaa`bah itu.
Setelah Syeikh Suhaimi masuk ke dlm Kaa`bah, beliau pun solat di sudut yg telah ditentukan oleh gurunya itu. Setelah selesai mengerjakan solat, tiba2 ia telah berjumpa dgn secara jaga akan roh Rasulullah s.a.w yg telah pun berada di sebelahnya. Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepadanya bacaan2 `aurad itu serta cara2 mengamalkannya. Maka `aurad itu telah diizinkan utk diijazahkan kpd sesiapa yg berkehendak mengamalkannya.
Sekianlah ringkasan Manaqib Syeikh Suhaimi.
(Posting drp Ummu BasSamaH, Singapore)
Link:
http://heliconia.wordpress.com/2006/12/24/biografi-ringkas-imammul-mahdi/






[...] Sheikh Sayid Mohd Fadhlullah bin Muhammad bin Abdullah AsSuhaimi - anak kepada Sheikh Suhaimi. Penulis Manaqib Sheikh Suhaimi yang pernah diharamkan Pusat Islam Malaysia . Baca : Baca Petikan Manaqib 1, 2, 3 dan 4. Lihat juga Biografi Ringkas Muhamad bin Abdullah AsSuhaimi, Manakib Ringkas As Sheikh Suhaimi [...]